**08**
~Subhan si pakej lengkap~
Sudah
masuk hari ketiga Hanna langsung tidak jawab panggilan telefon yang dibuat oleh
Subhan. Bengang Subhan dengan sikap Hanna yang asyik buat tidak peduli sahaja. Semua
panggilan, mesej, Whatsapp yang Subhan hantar, semua Hanna tak layan.
Semalam
dia ada terserempak dengan Hanna, tapi boleh Hanna buat tidak tahu sahaja,
seolah-olah mereka langsung tidak pernah kenal antara satu sama lain. Ikutkan
hati mahu sahaja dia tarik Hanna dan meminta penjelasan, tapi disebabkan dia
juga sudah lambat untuk ke kelas, niat itu dibatalkan sahaja.
Hari
ini Subhan tahu dia pasti akan berjumpa dengan Hanna lagi kerana setiap minggu dia
pasti akan berjumpa Hanna di situ kerana kebetulan mereka ada kelas di bangunan
yang sama. Hanya di situ sahaja lah tempat yang berpotensi untuk Subhan
terserempak dengan Hanna pun… Mereka berdua mengambil kursus yang berbeza, dan
fakulti mereka juga berbeza. Untuk mereka berjumpa di tempat lain amatlah tipis
kemungkinannya. Nama sahaja satu universiti, tapi kadang-kadang selama empat
tahun belajar di tempat yang sama, ada setengah tu langsung tak pernah
bertembung tau! Nak tahu kenapa? Sebab universiti ini terlampau luas! Satu
fakulti ini dekat barat, fakulti lagi satu dekat timur kut!
Sampai
sahaja, Subhan terus melangkah ke kafe. Dia tahu Hanna dan rakan-rakannya
selalu melepak disitu sebelum masuk ke kelas. Dan tepat seperti jangkaan Subhan.
Kelihatan Hanna dan rakan-rakannya duduk makan di salah sebuah meja sambil
bergelak ketawa.
Kaki Subhan
terus melangkah ke meja di belakang meja Hanna dan melabuhkan punggungnya di
situ. Dia tidak terus menyerbu ke meja Hanna kerana dia tahu pasti nanti Hanna
akan bertambah marah dengannya. Biarlah dia tunggu sehingga mereka semua habis
makan dahulu.
Sepuluh
minit berlalu, Hanna dan rakan-rakannya juga sudah menghabiskan makanan di
pinggan masing-masing. Lantas Subhan ingin bangun dan mendekati Hanna. Dia juga
tidak boleh berlama-lama di situ kerana kelasnya juga bakal bermula sebentar
sahaja lagi.
Tetapi
belum pun Subhan bangun daripada duduknya, matanya menangkap kelibat seorang
lelaki menghampiri meja Hanna. Lelaki itu terus mengambil tempat di sebelah Hanna.
Subhan yang tadinya sudah mahu bangun terus terkaku di situ dan tidak jadi
untuk bangun. Dia hanya terduduk kembali dan melihat sahaja apa yang berlaku di
hadapannya saat ini.
Hanna
nampaknya begitu mesra dengan lelaki di sebelahnya itu. Siap bertepuk tampar
lagi. Hati Subhan tertanya-tanya sendiri, siapakah lelaki itu? Membara hati Subhan
melihat kemesraan antara mereka. Lama dia merenung ke arah mereka berdua.
Tanpa
sedar, Hanna dan rakan-rakannya sudah bangun dan mahu meninggalkan meja mereka.
Tersentap jantung Hanna apabila dia berpaling ke belakang, wajah Subhan yang
muncul. Garang riaknya dan matanya tajam memandang Hanna tanpa berkelip.
‘Mamat
ni lagi. Annoying gila!’ Hanna mengutuk
Subhan di dalam hati.
Subhan
dan Hanna berbalas pandangan, tetapi kedua-dua mereka langsung tidak berkata
apa-apa. Subhan mahupun Hanna, kedua-dua mereka memberikan pandangan tajam,
seolah-olah sedang berdepan dengan musuh sahaja lagak mereka. Lama mereka dalam
keadaan begitu. Hanna hanya tersedar apabila bahunya dicuit oleh rakannya,
Aliff.
“Hanna,
kenapa tercegat dekat sini. Jom lah, kelas dah nak start dah ni.”
“Ha....a…
haa… Jom.” Hanna agak tersentak namun laju dia menutup kegugupannya itu.
Rupanya Neesa dan rakan-rakannya yang lain semua sudah mara ke hadapan, hanya
tinggal Aliff sahaja di sebelahnya. Mungkin sedang menunggunya yang terkaku di
situ.
Tanpa
senyuman mahupun sapaan, Hanna terus berlalu bersama Aliff untuk ke kelas. Menganggap
seperti dia langsung tidak nampak kelibat Subhan di situ. Hatinya masih geram
dengan Subhan yang suka mencampuri urusannya. Hanna meninggalkan Subhan di situ
dengan hati yang makin membengkak.
*~*~*~*~*~*
Hanna
menghempaskan tubuhnya yang lelah di atas tilam bujang miliknya. Badannya
terasa amat penat sekali hari ini kerana kelasnya penuh dan kelas terakhir
tamat pada pukul 7 tadi. Hanna paling
tidak gemar kelas yang bermula pada pukul 5 dan tamat pada pukul 7. Walaupun
sebelum itu dia tidak punyai apa-apa kelas, tetapi entah kenapa badannya pasti
akan terlebih letih. Nasib baik dalam seminggu hanya satu hari sahaja kelasnya
tamat pada pukul 7. Kalau seminggu dua tiga kali, boleh pengsan dia macam itu.
Sedang
matanya terpejam ingin menghilangkan lelah di badan, Hanna teringat kembali
pertemuan dia dan Subhan siang tadi. Sejak pagi tadi rasanya Subhan sudah
berhenti daripada menghubunginya, Hanna lega. Dalam tempoh tiga hari ini dia
terasa seperti mahu gila sahaja apabila Subhan tidak henti-henti
menghubunginya. Dia benar-benar rimas. Entah apa lah yang lelaki itu mahu
daripada Hanna, padahal mereka bukannya rapat mana pun. Hanna sungguh menyesal dengan
tindakannya memberikan nombor telefonnya kepada Subhan.
Jangan
cakap yang Subhan juga menaruh minat padanya kut? Namun begitu, cepat-cepat
telahan itu disangkal oleh akal waras Hanna. Tak mungkin lah. Kalau minat mesti
dia keluar skill memikat, bukan
bermulut longkang dua puluh empat jam!
Dengar
kata Subhan itu budak hot di
fakultinya, ramai gadis yang tergila-gilakannya. Iyalah, siapa tak minat dengan
lelaki yang dianggap mempunyai pakej lengkap seperti Subhan. Budak pandai, ada
rupa dan paling penting Subhan juga adalah pemain bola sepak bagi kelab yang
tidak kurang juga popularnya!
Sememangnya
atlet ni tinggi sedikit sahamnya di mata perempuan, macho lah katakan. Ah, tapi
yang penting dia tak tertawan langsung! Yang lebih hot daripada Subhan pun pernah datang menyerah padanya okey! Alah,
setakat Subhan tu… Tanpa sedar, Hanna sudah mencebik jengkel.
‘Dia tu suka menyibuk dalam hidup aku! Dia tu
mesti spy mama tu.’ Hanna berbicara
di dalam hatinya, tidak langsung terdetik di hatinya rasa suka kepada lelaki
itu. Menyampah lagi adalah.
Kalau
macam tu macam mana Cik Hanna boleh tahu semua details pasal Subhan? Lengkap pula tu! Tiba-tiba satu suara berbisik
di dalam otak Hanna.
‘Tu
semua aku tahu daripada Syafiq lah!’ Lantang suara Hanna menjerit di dalam
hati. Lantas dia teringat kembali perbualan dia, Neesa dan Syafiq minggu lepas.
Waktu itu mereka berada di kafe tempat mereka selalu melepak sebelum kelas
bermula.
“Weh...
Kau tengok tu, handsome doh mamat tu!”
Hanna
yang sedang menyuap makanan ke dalam mulut tersedak apabila disiku oleh Neesa.
Terbatuk-batuk Hanna dibuatnya. Neesa pantas mencapai air dan menghulurkannya
kepada Hanna. Tangannya pula mengusap-usap belakang Hanna. Terbit rasa bersalah
di dalam hatinya kerana telah menyebabkan rakannya itu tersedak.
Menyirap
darahnya dengan perlakuan Neesa itu. Semata-mata teruja melihat lelaki kacak
sampai tersedak dia dibuatnya. Mahu membunuh agaknya Neesa ini.
“Kau
ni agak-agak lah, aku kan tengah makan ni!” Marah Hanna kepada Neesa. Hanna
memang agak terkenal dengan sikap garangnya.
Neesa
hanya mampu tersenyum kambing sahaja apabila dimarahi oleh Hanna. Memang patut
pun dia dimarahi, kalut sahaja apabila melihat lelaki kacak. Sampai tak
menyempat-nyempat. Syafiq yang duduk di hadapan mereka pun hanya ketawa melihat
telatah dua gadis itu.
“Sorry lah. Aku tak sengaja. Tapi ni
memang handsome weh… Kalau kau tengok
gerenti marah kau hilang.” Pujuk Neesa.
“Yelah
tu, tiap kali pun kau cakap handsome.
Tapi semua hampeh! Mana dia? Kalau tak handsome
siap kau!” Hanna memberi amaran kepada Neesa.
“Eh,
yang ni betul-betul handsome! Kau ni,
tak percaya kat taste aku ke? Ni Neesa
okey.” Ujar Neesa sambil mendabik dadanya. Kononnya hebat sangat lah taste dia. Hanna hanya mencebik dengan
tingkah rakan baiknya itu.
“Sudah
lah kau! Bukannya boleh percaya sangat kau ni. Mana dia yang handsome sangat tu?” Hanna dan Neesa bersikap
selamba sahaja walaupun Syafiq berada di hadapan mereka.
“Tu...
tu… Yang tengah bayar dekat kaunter tu.” Lurus telunjuk Neesa menunjuk ke arah
lelaki yang memakai t-shirt hitam di kaunter
pembayaran.
Terus
mata Hanna melekap kepada sang jejaka. Diam diam, Hanna membuat penilaian di
dalam hati.
‘Hmmm…
Badan tegap. Tinggi melangit pula tu!
Mesti handsome….’ Nakal suara hati Hanna
memberi komen. Dia tersenyum sendiri.
Namun
begitu, serta-merta mati terus senyumannya apabila lelaki itu berpusing setelah
selesai membuat pembayaran. Subhan rupanya!
‘Cehh,
mamat tu! Aku tarik balik pujian tadi.’
“Kau
tengok tu, tengok tu… Handsomenyaaa!!!”
Neesa sudah mula menggedik.
Hanna
pula tidak memberikan apa-apa respon. Selalunya dia akan turut menggedik sama
dengan Neesa, tetapi hari ini dia hanya buat tidak tahu sahaja. Syafiq
disebelah mereka turut memandang ke arah lelaki yang disebut Neesa itu. Dia
juga ingin lihat, kacak sangat kah lelaki itu.
“Oh...
Subhan ke? Patut lah Neesa ni gedik semacam.” Selamba Syafiq mengutuk Neesa tanpa
rasa bersalah. Mereka memang suka bercakap lepas, tetapi itu bukanlah maksud
sebenar mereka. Sekadar mahu bergurau sahaja.
“Eh,
kau kenal ke mamat handsome tu
Syafiq?” Neesa bertanya dengan nada teruja.
“Kenal.
Siapa tak kenal Muhammad Subhan! Excellent
student dekat fakulti aku tu!”
“Oh… So
dia budak sains komputer sama dengan kau
lah Syafiq?” Bertambah teruja suara Neesa.
“Ha’ah,
dia tu senior aku. Second year, software engineering. Lelaki
paling hot dekat fakulti kami!”
Lancar Syafiq memperkenalkan Subhan.
Syafiq
sebenarnya adalah pelajar pengkhususan kejuruteraan perisian juga. Tapi Neesa dan
Syafiq dulu menuntut di Kolej Matrikulasi yang sama, jadinya mereka kenal. Dan
kebetulan pula untuk subjek Hubungan Etnik, mereka sekelas. Jadi selalulah
mereka melepak sekali.
“Wow!
What a great profile!!! Wow… Wow...
Wow...” Sampai begitu sekali reaksi Neesa dek perasaan terkejut.
Hanna
juga agak terkejut dengan maklumat yang baru diterimanya daripada Syafiq
sebentar tadi. Tidak sangka pula Subhan itu memang hebat. Sebelum ini dia tidak
pernah ambil tahu langsung perihal Subhan. Yang dia tahu pun, Subhan adalah
penuntut tahun dua dalam bidang sains komputer. Tetapi secara terperincinya
tidak pernah pula dia ambil tahu. Sekarang sedikit sebanyak terbit rasa kagumnya
pada lelaki itu. Bidang sains komputer tu boleh tahan lah juga payahnya!
“Kalau
kau nak tahu Neesa, dia tu pun pemain bola sepak untuk satu kelab yang terkenal
tau! Hebat kan... Kita orang yang lelaki ni pun kagum dengan dia, kau orang yang
perempuan ni apatah lagi...” Syafiq menambah.
Memang
itulah kebenarannya. Subhan bukan sahaja terkenal dalam kalangan perempuan
tetapi juga dalam kalangan lelaki juga. Mereka semua kagum dengan kebolehan Subhan.
Entah macam mana lah lelaki itu boleh membahagikan masanya.
Makin
besar mulut Neesa ternganga. Kagum dan rasa tidak percaya bercampur menjadi
satu. Beruntunglah siapa yang dapat memiliki lelaki sehebat Subhan. Tebaknya di
dalam hati.
Sedikit
sebanyak, wujud lah juga rasa kagum dengan Subhan di hati Hanna. Tetapi dia
langsung tidak memberikan apa-apa reaksi. Kagumnya hanya dilahirkan di dalam
hati sahaja. Nampaknya dia perlu menyorokkan kenyataan yang dia dan Subhan
sebenarnya kenal antara satu sama lain. Kalau tidak mesti dia akan sentiasa
diganggu oleh Neesa yang sekarang ini seolah-olah sudah angau dengan Subhan.
“Dah lah
Neesa, tutup mulut kau tu! Nanti lalat masuk, baru padan muka kau.” Hanna
menegur Neesa.
“Gila…
Macam mana lah dia boleh excellent
sampai macam tu sekali? Dia tu manusia ke alien?”
Soalan
Neesa itu hanya disambut oleh ketawa Syafiq sahaja. Pada mulanya dia juga
beranggapan yang sama. Tetapi segalanya tidak mustahil dengan minat yang
mendalam bagi sesuatu bidang itu. Syafiq dapat lihat betapa mendalamnya minat Subhan
dalam bidang ini. Jadi mungkin disebabkan itu lah senang sahaja ilmu itu masuk
ke dalam otak Subhan.
“You got the basic, you got the brain, nothing is impossible Neesa. Tapi aku rasa dia tu memang genius lah. Dengar kata dia masuk
belajar ni bukan sebab dia yang nak tapi ayah dia yang suruh.” Ujar Syafiq lagi.
“Wow!
He’s brilliant! Dalam tak nak, tak
nak tu pun boleh excellent macam tu…”
Neesa memuji lagi.
“Eh,
jom lah masuk kelas. Dah lambat sangat ni, nak kena bebel dengan doktor ke?” Hanna
mengingatkan mereka berdua. Khusyuk sangat bersembang pasal Subhan sampai tidak
sedar masa berlalu.
“Hmmm...
Kalau dapat Subhan tu… Perghhh, bahagia hidup!!!” Neesa sudah berangan sehingga
terpejam-pejam matanya.
Masih
tidak habis lagi rupanya topik pasal Subhan. Hanna menggeleng. Bab berangan memang serah dekat kawannya yang seorang ni.
Memang nombor satu!
“Kalau
kau nak hidup bahagia lepas ni baik kau jalan cepat sikit. Nanti tak
pasal-pasal Dr. marah nanti.” Hanna menggertak Neesa. Dr. Aini memang tegas dan
tidak suka pelajarnya masuk lewat ke kelas.
“Eh...
Betul juga, kita kelas Dr. Aini kan... Jom... Jom… Seram aku.” Baru Neesa tersedar.
Hanna
dan Syafiq sudah ketawa dengan tingkah kalut Neesa itu.
“Hanna, bangun! Dah tujuh empat puluh dah tu...
Pergi mandi, solat.” Suara Sarah bergema mengejutkan Hanna.
“Hmmm…
Dah bangun dah...” Hanna bangun daripada pembaringan dan mencapai tualanya.
Sebentar tadi bukannya dia tidur pun, dia cuma memejamkan matanya sahaja sambil
merehatkan badan.
Sambil
Hanna berjalan ke bilik air, fikirannya masih menerawang memikirkan tentang Subhan.
Memang dia akui Subhan itu mempunyai ciri-ciri lelaki idaman semua gadis.
Tetapi mungkin tidak buat Hanna! Kerana sikap Subhan yang Hanna tidak suka
lebih banyak daripada kelebihannya di mata Hanna. Di dalam hatinya berharap
agar Subhan tidak lagi mengganggunya. Masa tiga hari ini memang membuatkan Hanna
benar-benar rimas!
*~*~*~*~*~*