Followers

Thursday, February 2, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 00

Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!


.: 00 :.

          Alunan musik jazz menjadi halwa telinga tetamu-tetamu majlis makan malam sempena ulang tahun penubuhan syarikat Zainal Berjaya Developers kali ke 29 tahun. Kakitangan-kakitangan syarikat, dan wakil-wakil syarikat yang pernah bekerjasama dengan Zainal Berjaya Developers sedang menjamu selera, menikmati hidangan yang disajikan. Tidak lupa juga sahabat handai yang sama-sama memberi sokongan mereka serta melihat bagaimana susah payah Tuan Haji Zainal mengusahakan syarikat itu sehingga menjadi salah satu syarikat pembinaan yang berpengaruh dan disegani. 
            Bukan mudah bagi seorang bumiputera hendak berjaya seperti Tuan Haji Zainal tambahan lagi saingan sengit dari syarikat bukan bumiputera benar-benar menguji, tetapi syukur alhamdullillah sepanjang 29 tahun Tuan Haji Zainal berkecimpung dalam dunia perniagaan belum pernah lagi dia menggunakan jalan kotor, mendapatkan projek-projek kerana memberi rasuah, atau menipu. Alhamdullilah
            Sedang semua tetamu menjamu selera, Tuan Haji Zainal berbual dengan sahabatnya paling rapat, Dato’ Mirzan Azmi dan keluarganya yang duduk semeja dengannya. Tuan Haji Zainal sendiri yang menjemput mereka sekeluarga duduk semeja dengannya, sudah lama tidak dapat berbual bersama kerana kesibukan masing-masing katanya. Tuan Haji Zainal sibuk dengan syarikat pembinaannya, manakala Dato’ Mirzan pula sibuk menguruskan kilang perabotnya dan juga jaringan hotelnya di seluruh Malaysia. Semasa majlis kesyukuran dan doa selamat di rumah Tuan Haji Zainal semalam mereka tidak dapat berbual panjang kerana Dato’ Mirzan perlu pulang segera ke rumah. 
            “Nal, mana anak kamu seorang lagi?” Dato’ Mirzan membuka bicara semula setelah perbualan mereka terhenti sebentar tadi. Tempat duduk di meja bulat untuk sepuluh orang itu tidak penuh, ada tiga kekosongan kerana salah seorang anak Tuan Haji Zainal dan seorang anak Dato’ Mirzan tidak hadir, kerusi dan kutleri yang tidak digunakan kerana kekosongan itu sudah pun di alihkan dari meja itu. Dato’ Mirzan menjadikan itu sebagai modal berbual, Tuan Haji Zainal mengeluh perlahan sebelum memberi jawapan, gelas di tangan diletakkan kembali ke atas meja. 
            “Aku pun tak faham perangai anak-anak muda sekarang, ajak ke majlis ada saja alasan yang diberikan.”
            Adu Tuan Haji Zainal, isterinya mengangguk setuju. Bukan tidak diajak, sudah berbuih mulut memujuk anak kedua mereka hadir bersama ke majlis ini namun Airyl tetap berdegil hendak tinggal dirumah sahaja. Cuma semalam Airyl mahu keluar dari biliknya untuk majlis kesyukuran dan doa selamat di rumah mereka, namun selesai sahaja ustaz dan orang masjid membacakan doa dia cepat-cepat lari meninggalkan majlis. Sikap Airyl merisaukan ibunya, Hajjah Suri Suhaila kalau-kalau dikatakan kurang ajar dan tidak menghormati tetamu dan majlis. 
           “Aku mahu kenalkan dia dengan client-client aku, kakitangan pejabat pun bukan semua kenal dengan Airyl tu, mereka tak tahu pun Airyl tu anak aku. Aku bukan apa, nanti dia juga yang akan ambil alih syarikat ni, kenalah berkenal-kenal dengan orang-orang yang dia akan bekerja nanti.” Sambungnya lagi. Dato’ Mirzan Azmi mengangguk faham, mana tidaknya anak gadisnya juga begitu. Puteri sulungnya, Putri Shazlin berkeras hendak duduk dirumah, lebih rela makan seorang diri di rumah dari turut serta ke majlis makan malam ini. 
            “Budak-budak sekarang ni memang susah dibawa kemana-mana, tengoklah anak kami yang sulung pun tak mahu datang.” Isteri Dato Mirzan mencelah, kalau Airyl dan Putri Shazlin turut hadir malam ini, setidak-tidaknya meja itu tidak kelihatan sebegini kosong. 
            “Kadang-kadang saya risau tengok Airyl tu, sebelum ni kalau tidak ke kelas terperuklah dalam bilik dia, tak keluar-keluar. Keluar berjumpa kawan-kawan pun jarang, entah apa yang dia buat di dalam bilik pun saya tak tahu. Sekarang dunia dia cuma pejabat dan bilik dia.” Hajjah Suri Suhaila bercerita, anak perempuan dan anak bongsu Tuan Haji Zainal dan Hajjah Suri cuma berdiam diri, tidak mahu mencampuri perbualan orang dewasa walaupun meraka tahu apa yang dilakukan abang mereka di dalam bilik setiap hari. Mereka berdua memandang antara satu sama lain, namun tiada bicara yang terkeluar dari mulut mereka. Akhirnya mereka cuma menikmati hidangan pencuci mulut yang baru dihidangkan. 
            ‘Biarlah…buat apa menyampuk orang tua bersembang,’ desis hati Airylia, satu-satunya anak perempuan Tuan Haji Zainal. Dia mendiamkan diri tetapi telinganya mendengar setiap butir bicara orang tuanya dengan sahabat mereka itu. 
            “Aku ingat aku nak suruh Airyl keluar tinggalkan rumah, biarkan dia hidup sendiri diluar, supaya dia jadi matang sikit.” Tuan Haji Zainal meluahkan pandangannya. Dia mahu anaknya hidup berdikari dan tidak lagi hidup hanya bergantung kepada ibu bapa, walaupun anaknya kini sedang bekerja dengannya dan menerima latihan untuk menjadi pewarisnya tetapi dia tetap tidak berubah sikap. Masih suka menyendiri dan tidak bergaul dengan orang, sikap begini tidak memberi kebaikan kepadanya di kemudian hari. 
            “Boleh berhasil ke rancangan abang tu, tinggal di luar pun kalau masih terperuk dalam bilik takkan matang juga anak kita tu.” Sanggah Hajjah Suri, dia meragui keberhasilan buah fikiran suaminya. Dia sudah buntu memikirkan hal Airyl yang semakin hari semakin anti sosial. 
            “Belum cuba belum tahu, kita cuba dulu.” Pujuk suaminya. 
            “Anak kau bolehlah dihantar keluar, anak lelaki. Anak aku tu anak perempuan, nak suruh dia keluar berdikari aku tak harap. Sampai sekarang pergi ke kelas pun masih berhantar berambil, keluar mana-mana masih driver yang hantarkan.” Kini giliran Dato’ Mirzan pula yang mengadu kepada sahabatnya, Putri Shazlin memang dilayan seperti puteri raja dirumah. Kerja rumah diserahkan seratus peratus kepada mummynya dan pembantu rumah, dia tidak pernah membantu. Kalau dipanggil barulah mahu menolong, itupun selepas 20 kali namanya dilaungkan. Hendak kemana-mana dihantar, lesen memandu yang diambil selepas tamat peperiksaan SPM dahulu tidak digunakan walaupun diperbaharui setiap kali tamat tempoh. Manjanya terlebih, Dato’ Mirzan tidak pernah tidak mengikuti kehendaknya, apa sahaja yang dia mahu diberikan, dibelikan. 
            “Aku silap, silap terlalu manjakan dia sejak kecil. Sekarang itulah hasilnya, manja macam budak-budak,” sambung Dato’ Mirzan, Datin Norliyn hanya mendengar tanpa berkata-kata. Putri Hazlinda cuma mendengar sahaja apa yang akan diperkatakan oleh orang tuanya tentang kakaknya. Memang benar bahawa Shazlin manja, jauh berbeza dengan adiknya yang lebih matang dan kurang rajuknya. Berbanding dengan Shazlin, Hazlinda juga mempunyai lebih ramai kawan rapat berbanding Shazlin kerana Shazlin lebih suka tinggal dirumah dan menonton televisyen atau membaca. Jikalau hendak keluar membeli-belah atau menonton wayang, Hazlindalah yang menjadi peneman, Shazlin jarang sekali keluar bersama kawan-kawannya. Sikap Dato’ Mirzan yang tidak pernah menolak apa sahaja yang dipinta Shazlin telah menyebabkan Shazlin menjadi keanak-anakan. 
            “Anak perempuan lagilah senang Mirzan, kahwinkan saja Insya-Allah matanglah dia nanti!” Tiba-tiba sahaja Hajjah Suri bersuara, cadangan berbaur gurauannya membuatkan mereka yang lain tersentak. Mata mereka semua tertumpu kepada Hajjah Suri, kata-kata yang diluahkan sebagai gurauan bagaimanapun telah membuahkan idea nakal di fikiran Tuan Haji Zainal dan Dato’ Mirzan. 
            ‘Kahwinkan saja’ bisik hati kedua-dua sahabat itu sambil memandang antara satu sama lain. Dato’ Mirzan ketawa, Tuan Haji Zainal menggeleng-geleng kepalanya sambil tergelak kecil seperti dapat membaca apa yang berada difikiran Dato’ Mirzan, kerana dia juga berfikir perkara yang serupa. 
            oh my god,’ itu sahaja yang bermain diminda anak-anak disitu sementara ibu bapa mereka melanjutkan bicara mengenai perkahwinan itu dengan hati gembira. 
*~*~*
~bersambung~

an: Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. wah..finally selepas 6 bulan, saya berjaya jugak mengumpul kekuatan+keberanian untuk post cerita ni. Speechless..sangat-sangat. Harap-harap adalah yang baca cerita ni. Ini kali pertama saya menulis dalam bahasa melayu, salah silap yang saya buat, harap dimaafkan. Happy Reading~!!

5 comments:

  1. hi...bru start nak baca...nape airyl tu eh? jap, nak baca next chapt...heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sbb dtg baca dan komen^^
      mari lah kita saling support-mensupport antara satu sma lain^^
      love you......^^

      Delete
  2. @aqilah terima kasih aqilah kerana sudi membaca.^^

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete