Followers

Thursday, February 2, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 01

Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri


.:01:.


“Abang….” Airylia menjerit panjang memanggil abangnya sebaik sahaja membuka pintu bilik Airyl tanpa mengetuk pintu dahulu. Airylia yang baru pulang dari majlis makan malam sempena ulang tahun penubuhan syarikat ayahnya terus menerjah bilik abang kembarnya sebaik sahaja sampai ke rumah, tidak sabar hendak menceritakan apa yang berlaku malam itu. Lagaknya yang seperti krew dan wartawan segmen ‘Terjah’ rancangan Melodi telah mengejutkan Airyl yang leka membaca komik jepun di atas katil. Dari baring terus terduduk Airyl di atas katil dek terkejut.



“Fuh..semangat. Airylia apa ni, suka-suka ja ambush bilik abang, masuk tak bagi salam.” Airylia dimarahi abang kembarnya, Airyl mengurut dadanya untuk menghilangkan debar kerana terkejut tadi. Airylia menutup pintu lalu berjalan menuju kearah abangnya, dia memuncungkan bibir sedepa kerana dimarahi. Airyl pula masih memberi pandangan tajam kepada adik kembarnya.


“Dah bagi dah, masa kat bawah tadi abang je yang tak dengar. Sampai bergaung bunyi Lia bagi salam tadi tau.” Airylia membela dirinya sambil mengambil tempat disebelah abangnya, bantal tidur abangnya diambil dan dipeluk lalu dijadikan tempat merehatkan dagunya. Beberapa saat kemudian bunyi ketukan kedengaran dipintu bilik, sejurus kemudian pintu terbuka. Kelibat adik bongsu mereka pula yang muncul di muka pintu.

“Assalamualaikum, boleh Airul masuk?” Airul bertanya dengan sopan, Airyl tersenyum lalu menjawab salam sejahtera itu.

“Waalaikumusalam, masuklah adik.” Si abang memberi kebenaran untuk adiknya masuk lalu mengukirkan senyuman manis, Airylia pula menjawab salam di dalam hati sekadar melepaskan diri dari mendapat dosa tidak menjawab salam. Airyl mengerling adik kembarnya yang duduk di sebelah kanannya, mukanya masih masam mencuka.

This is what we call manners.” Sengaja dia berkata begitu kepada kembarnya, mengusik adiknya itu. Sengaja menyimbah minyak ke api yang membara.

“eeeiii.. menyampahnya!” Jerit Airylia sambil memukul Airyl dengan bantal yang dipeluknya tadi, panas hati dengan sikap Airyl yang suka menyakatnya. Bukannya dia tidak tahu berkelakuan sopan, dia sudah berusia 24 tahun tetapi sengaja dia berkelakuan begitu kerana mengenangkan hubungan rapat antara saudara kembar. Hanya kerana dia lahir 2 minit 30 saat lambat dari Airyl tetapi di mata Airyl dia seperti di lahirkan 10 tahun kemudian selepas kelahiran Airyl bin Zainal. Airylia mengepal tangannya menahan geram, ‘sabar sabar’ bisik hatinya.

Airul menghenyak punggung di atas katil bujang Airyl, duduk disebelah kiri abangnya membiarkan abangnya duduk di tengah antara dirinya dan Airylia. Airylia meniup rambut depannya tanda protest, tangannya menggenggam bucu bantal dengan kuat.

“Seronok ke dinner tadi?” Tanya Airyl kepada adik-adiknya, malas hendak meneruskan pergaduhan kecil mereka, dia hendak meneruskan topik perbualan yang lain pula dari yang akan memarakkan api kemarahan adiknya.

“Bolehlah, bosan dengar orang tua-tua bersembang.” Jawab Airylia ringkas seperti tidak ikhlas memberi jawapan, hilang terus semangat dia yang berkobar-kobar hendak menceritakan perihal malam ini kepada abangnya.

‘ah….bukan ada kena mengena dengan aku pun.’ Gerutu hati Airylia, dia menarik-narik bucu bantal untuk melepaskan geram. Melihat wajah Airyl yang seperti tidak tahu menahu dengan perancangan gila ayah dan ibu mereka, Airul bertanya kepada kakaknya, “Kakak, tak cakap lagi ke kat abang apa yang kita dengar tadi?”

Airylia menggeleng, dia belum sempat berbual dengan abangnya ketukan pintu Airul tadi telah mengganggu, timing salah. Memang niat hendak berkongsi cerita tetapi pergaduhan kecil tadi mematikan niatnya, biarlah Airul yang memulakan dahulu. Soalan Airul kepada Airylia menarik minat Airyl untuk terus mendengar, komik yang dari tadi kaku ditangannya ditutup dan dilemparkan ke atas meja belajarnya dibelakang mereka.

“Apa yang korang dengar?” Perasaan ingin tahu Airyl membuak-buak,hot-story apa pula yang dibawa pulang adik-adiknya hari ini. Memang selalunya adik-adiknya menjadi penyampai berita tidak berbayar jika dia tidak turut serta dalam satu-satu majlis keramaian. Ada sahaja yang ingin diceritakan Airylia dan Airul setiap kali mereka pulang kerumah, mereka akan bercerita walaupun tidak diminta. Namun kali ini Airylia tidak berniat hendak menjawab soalan abangnya tadi, dia hanya mendiam diri, masih terasa hati.

“Keputusan abang untuk tak pergi majlis tu memang satu keputusan yang salah. I got a very bad news for you bro.” Ujar Airul sambil tersengih, kata-kata Airul mengelirukan Airyl, mengapa ‘ketidakhadirannya’ ke majlis ulang tahun syarikat ayahnya mengundang berita buruk? Dahinya berkerut memikirkannya, nampaknya hot-story kali ini ada kaitan dengan dirinya.

yabai(oh tidak)..bad news,’ hati Airyl berkata-kata. Risau juga bila mendengar perkataan ‘bad-news’.

For me it’s a good news, lepas ni aman sikit hidup Lia kat rumah ni bila abang tak ada.” Airylia ternyata masih sakit hati dengan abangnya, sinis kata-katanya kepada Airyl walaupun abang kembarnya tidak memahami situasi yang sedang dibincangkan sekarang. Airyl memandang Airylia dan kemudian Airul tetapi kedua-dua mereka belum menyambung kata.

“Apa ni? abang tak fahamlah, apa ‘abang tak ada’? What is the bad news? Ayah marah sebab abang tak pergi?” Airyl menduga, tiada respons yang diberikan Airul, Airyl menyiku lengan adiknya memaksanya bersuara.

Come on, tell me about it.’ Hati Airyl meronta-ronta ingin tahu, selalunya dia tidak berminat mendengar berita-berita dari adiknya, tapi kali ini membabitkan dirinya, dia ingin tahu lebih lanjut.
“Ayah macam marah, tapi itu bukan bad newsnya” Jawab Airul ringkas. Iyalah, ayah marah kerana dia tidak mahu mengikuti ayahnya kemana-mana adalah perkara biasa berlaku. Selalunya dia hanya akan menadah telinga dek bebelan ibu meraka dan teguran ayah mereka.

Then, ayah nak halau abang keluar rumah?” Dia mencuba sekali lagi, Airul hanya menggeleng menidakkan andaian abangnya. Walaupun jawapan diberi adalah sama dengan perancangan awal ayah mereka, tetapi jawapan yang dicari masih belum tepat.

“Ayah nak hantar abang pergi study oversea?” sekali lagi dia meneka, sekali lagi menerima gelengan dari adiknya. Dia sudah buntu memikirkan dan meneka ‘bad news’ yang cuba disampaikan, dahinya berkerut seribu, akhirnya dia berhenti berteka-teki.

“Habis?”

Belum sempat adik bongsunya menjawab, kembarnya terlebih dahulu membuka mulut menyampaikan berita buruk itu. Airylia sudah tidak tahan dengan Airul yang lambat memberitahu berita itu, dia tidak suka bermain teka-teki.

“Ayah dan ibu nak kahwinkan abang!”

*~*

WHAT? Kahwin?” Jerit Putri Shazlin terkejut, berdesing telinganya mendengar perkataan ‘kahwin’ itu, matanya membulat kerana terkejut, dahinya berkerut, mulutnya pula pencong seperti baru sahaja menyatakan sesuatu yang menjijikkan. Jari jemarinya yang sedang menaip terhenti di huruf ‘n’, tidak terkira banyaknya ‘n’ yang telah tertaip pada hujung namanya.

“Yup, k, a, h, w, i, n, kahwin.” Ulang Putri Hazlinda, satu-satunya adik Putri Shazlin. Cerita Hazlinda yang pada mulanya langsung tidak menarik minatnya untuk mendengar namun telah membantutkan niatnya untuk membeli kasut baru secara online dari laman web kasut berjenama Christian Louboutin, salah satu jenama kasut kegemarannya. Dia berpaling ke arah adiknya yang sedang meniarap diatas katilnya sambil membelek-belek majalah CLEO yang dilanggani Shazlin.

Hazlinda mengangguk-angguk menandakan dia tidak bermain-main dengan kata-katanya tetapi segala yang diluahkan dia seakan sukar dipercayai Shazlin kerana dari tadi Hazlinda bersikap acuh tidak acuh menyampaikan khabar ‘indah’ itu. Kakaknya juga tidak bersungguh-sungguh mendengar, dia pun bercakap dengan gaya yang sama, acuh tidak acuh.

“Sekarang ke? Bukan sekarang kan?” Shazlin bertanya, mana tahu mummy dan daddy cuma membuat perancangan masa hadapan. Dia baru berusia 22 tahun, masakan orang tuanya sudah hendak kahwinkan dia. Shazlin masih berfikiran positif terhadap hal perkahwinan yang diperkatakan Hazlinda.

“Dah tu bila lagi? Dengar gaya mummy daddy cakap tadi macam nak bagi kakak kahwin esok jugak.” Jawab Hazlinda tanpa memaling muka ke arah kakaknya, dia masih khusyuk membaca isi majalah itu. Shazlin menarik nafas dalam-dalam mendengar kenyataan itu, tapi nafas yang diambil seakan masih tidak cukup. Shazlin mula merasa tidak selesa.

‘Kenapa pulak kakak nak kena kahwin? Nak dikahwinkan dengan siapa? Oh my god, tak nak aku kahwin muda, anyone help….!’ Shazlin menjerit di dalam hati, rasa seperti ingin menjerit kuat di dalam bilik itu biar bergema seluruh bilik. Melantunkan isi hati yang tidak mengerti mengapa mummy dan daddynya membuat keputusan begitu tanpa berbincang dengannya. Selama ini tidak pernah mereka bertanyakan jika dia sudah berteman atau belum, adakah dia menyukai sesiapa, mereka membuat keputusan sendiri dan mengetepikan tuan punya badan.

‘Ada ke patutMemang tak masuk akal, nonsense!

“Da..da!! Jangan main-main, kahwin tu bukan hal kecik. Takkan kakak dah nak kena kahwin, ni umur baru 22, belajar pun belum habis. Hari ni april fool ke?” Muka Shazlin sudah seperti kanak-kanak yang mahu menangis, bibir dicebikkan. Hazlinda memandang kakaknya, dia menggamit tangan dua kali lalu menepuk lembut tilam memberi isyarat yang dia mahu kakaknya duduk disisinya. Shazlin bangun dan melangkah lemah untuk duduk dengan sebelah kaki berjuntai dan sebelah lagi disilakan diatas katil itu.

April Fool ye? Kalau Linda nak menyakat april fool takdenya Linda babitkan mummy and daddy sekarang, macamlah Linda tak kenal perangai kakakku Putri Shazlin, sikit-sikit report, sikit-sikit mengadu, Linda jugak yang kena padahnya bila heret mummy daddy masuk dalam gurauan. Kena marah, betul tak?” Hazlinda berhujah sambil menyindir Shazlin, Shazlin yang mendengar mengangguk setuju walaupun diperli dalam hujah Hazlinda tadi, Shazlin berfikir,

‘Betul jugak cakap adik aku ni.’

So, tiada gunanya adik nak menipu kakak. Hal perkahwinan kakak memang benar belaka.” Ujar Hazlinda sambil bangun untuk duduk berhadapan dengan kakaknya. Dia menyentuh lembut bahu kakaknya sambil menunjukkan muka simpati kepada nasib Putri Shazlin.

‘Kesian..’ simpati Hazlinda di dalam hati.

“Tapi kenapa?” Suaranya kedengaran seperti hendak menangis, kahwin awal adalah perkara yang belum pernah terlintas di kepala mahupun di hati insan bernama Putri Shazlin, sudahlah hendak dikahwinkan, bakal suami pun dia tidak kenal. Dia keliru mengapa orang tuanya bertindak begitu. Jika mereka merancang perkahwinan politik, hotel-hotel keluarga mereka tidak menghadapi apa-apa masalah yang perlu sokongan orang lain, business berjalan lancar. Kilang perabot mereka juga memperoleh keuntungan yang sangat tinggi, kilang mereka telah beroperasi dengan sangat lama, telah lama kukuh tambahan pula jumlah eksport perabot-perabot mereka sangat tinggi sekarang kerana kualiti yang baik dan reka bentuk yang unik dan cantik. Masalah kewangan bukanlah menjadi penyebab perkahwinan ini seperti di dalam drama atau novel-novel cinta yang Shazlin pernah tonton dan baca.

‘Ni definitely bukan rancangan perkahwinan politik.’ Hati Shazlin bersuara lagi.

“La…tadikan adik dah cerita. Tu la, lain kali bila orang bercerita ambil perhatian.” Hazlinda berkata, tangannya menutup majalah yang dibelek tadi lalu meletakkannya di atas drawer kecil disisi katil. Dia berbaring di atas katil itu, ‘nampaknya malam ini tidur kat bilik kakaklah jawabnya,’ desis hati Hazlinda.

“Nak dengar tak?” Hazlinda bertanya, dia bersedia untuk mengulangi semula cerita yang telah pun disampaikan tadi. Perwatakannya seperti dialah kakak, cool dan bersahaja, Shazlin pula telah menjadi adik, manja dan perlu dipujuk.

“Nak, tapi kejap nak tutup lampu.” Ujar Shazlin lalu bangun mencari alat kawalan jauh untuk menutup lampu, hanya lampu tidur dibiarkan menyala. Laptopnya yang berjenama apple dibiarkan sahaja, urusan beli barang tadi tergendala bila dia meninggalkan sahaja laptop itu tadi, sudah hilang semua mood untuk ber-online-shopping Shazlin. Dia mengambil tempat disebelah Hazlinda, dan mengambil patung arnabnya lalu memeluknya. Mereka berbual sehingga mata menjadi berat, dan mulut tidak lagi berkata-kata dan mereka hanyut dibuai mimpi.

*~*~*
~bersambung~

an: q.min.z tahu, mesti yang baca akan kata ' kahwin lagi? cliche, wah..obvious gila dia copy drama 'v.c'..bla3' tapi secara jujur q.min.z cakap, bukan niat q.min.z nak buat cerita yang cliche macam ni, tapi q.min.z lebih selesa buat tema cerita yang ringan untuk karya yang pertama. Mungkin karya yang seterusnya, q.min.z akan mencuba tema yang lebih kompleks dan lebih menarik.
ps: best ker drama V.c yang tayang kat TV tu? erm..nak download lah tengok..

4 comments:

  1. erm, tak kisah la qminz, org nak ckp cliche ke apa...yg pntg kita bermula dgn idea yg kita suka dulu kan...lama2 leh dikembangkan lg....

    anyway, akak suka cara penceritaan qminz...bersahaja... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx. tu lah... mcm dlm post sya yg title bicara hati: nmpk je same tapi tak serupa.^^ baca dlu baru tau^^

      Delete