Followers

Thursday, February 9, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 02


Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!

.: 02 :.

“Mana gambar dia, mana gambar dia?” Berkali-kali Shazlin menyuarakan ayat itu sambil menyelak kasar album-album gambar dibiliknya. Baru sahaja tadi dia habis menyelongkar semua album gambar dan membawa kesemuanya masuk ke bilik untuk mencari gambar bakal suaminya nanti. Kata mummy, keluarga Tuan Haji Zainal ada datang beraya tahun lepas. Tuan Haji Zainal memang kawan baik daddy, tak mungkin tiada walau sekeping pun gambar mereka datang beraya. Shazlin terimbau perbualan dia dengan mummynya ketika dia baru pulang dari kelas tengah hari tadi.

*~*
“Siapa mummy?” Shazlin mengulang tanya selepas mummynya, Datin Norliyn menyatakan hasrat dia dan suaminya untuk menyatukan Shazlin dengan anak bujang Tuan Haji Zainal, Airyl. Mendengar cara Shazlin bertanya sudah tahu dia tidak suka dengan perancangan orang tuanya. Iyalah, siapa yang suka dia dikahwinkan dengan orang yang tidak dikenali? Walaupun sudah banyak kali Datin Norliyn katakan yang dia mengenali lelaki itu, tetapi Shazlin tiada walau sedikit pun memori mengenai Airyl bin Zainal.
“Airyl, Lin tak ingat ke. Dulu masa Lin kecil-kecil, Lin ada berkawan dengan dia, dengan Airylia kembar si Airyl tu. Tahun lepas Uncle Zainal kan ada datang raya rumah kita dengan keluarga dia, Airyl yang kembar Airylia tu.” Mummynya mengulangi nama Airyl. Shazlin berusaha untuk mengingati lelaki itu.
‘Yang mana? manalah aku nak ingat kisah zaman kanak-kanak riang aku dulu.’ Desis hatinya. Mungkin benar kata mummynya, dia mungkin ada berkawan dengan anak-anak Tuan Haji Zainal kerana mummy dan daddy Shazlin memang galakkan Shazlin dan Hazlinda berkawan dengan anak-anak kenalan mereka sejak kecil terutamanya yang berkawan rapat seperti Uncle Zainal ini. Ketika mereka masih kecil Shazlin sering berjumpa anak-anak kenalan daddy dan mummynya kerana daddy dan mummynya suka menjemput rakan-rakan mereka sekeluarga makan di rumah mereka, tetapi itu dulu sekarang orang tuanya terlalu sibuk untuk itu. Tapi ingatan Shazlin bukanlah sekuat mana untuk mengingati wajah-wajah mereka yang pernah bertandang ke rumahnya sewaktu dia kecil. 
“Ish… tak ingat lah!” Dia mengalah, tidak mahu lagi mendera kepala yang hampir pecah memikirkan masalah kali ini. Dia berpeluk tubuh dan kini bersandar selesa di sofa. Pandangan dilemparkan keluar rumah, kemudian dia mengembalikan pandangan ke muka Datin Norliyn. Wajah cantik Shazlin tidak secantik yang sepatutnya, dia menarik muka, kadang kala kedengaran bunyi dia mengetap gigi, geram.
“Kalau Lin kata Lin tak mahu?” Dia bertanya dalam nada keras, matanya menjeling keluar jendela sekali lagi. Dia mahu membantah, belum cuba belum tahu. Mana tahu kalau-kalau kekerasan yang ditunjukkannya membuahkan hasil, perkahwinan dirancang tidak jadi.
“Kami buat macam ni demi kebaikan Lin juga, bersebab kami nak kahwinkan Lin. Lagipun Lin bukannya ada teman lelaki pun.” Datin Norliyn cuba memujuk Shazlin.
Memang benar Shazlin tidak mempunyai teman istimewa buat masa sekarang, anak gadis Datin Norliyn yang berusia 22 tahun ini hanya pernah kecewa sekali, tetapi bukan dia ditinggalkan, Shazlin yang memutuskan hubungan mereka. Cinta monyet di zaman sekolah menengah memang susah hendak kekal, apa tah lagi lelaki yang bersama Shazlin tidak dapat memenuhi kriteria-kriteria lelaki idamannya. Walaupun Shazlin tidak terluka dengan perpisahan itu, tetapi dia terluka apabila dia menjadi bahan kutukan pelajar-pelajar lain, Shazlin akui memang dia silap kerana bersetuju untuk menjadi teman wanita bekas teman lelakinya walaupun tanpa rasa suka atau cinta, rakan sekelas mula berkata dia memberi harapan palsu, akhirnya Shazlin memutuskan hubungan untuk menutup mulut orang. Lain yang diharap lain pula yang jadi, pelajar-pelajar sekolahnya mula bergosip kononnya Shazlin memutuskan hubungan kerana kekasih pertamanya tidak setaraf dengannya, Shazlin mementingkan status dan bermacam-macam lagi tohmahan yang dilemparkan kepada Shazlin. Itu menyebabkan Shazlin tidak mempunyai kawan di zaman sekolahnya, dia lebih suka menyendiri dan sehingga kini Shazlin susah untuk mempercayai orang asing kecuali ahli keluarganya dan Tania Ng, satu- satunya rakan karibnya yang boleh diibaratkan seperti saudaranya sendiri walaupun mereka berlainan agama dan bangsasikap Tania yang sentiasa menyokong dan memahami Shazlin membuatkan Shazlin selesa berkawan baik dengan Tania. Bagi Shazlin keluarganya adalah segala-galanya bagi nya, kerana itu lah Shazlin sangat manja dan bergantung harap kepada keluarganya dalam apa-apa yang dia lakukan.
Sejak dari kejadian itu Shazlin banyak menghabiskan masanya dengan duduk dirumah menonton televisyen terutamanya drama Korea, Taiwan dan Jepun dan Shazlin juga banyak membaca novel-novel cinta. Akhirnya aktiviti-aktiviti itu menjadi hobinya yang tidak dapat ditinggalkan lagi. Kemudian Shazlin berubah, dia lebih teruja melihat pelakon-pelakon di dalam televisyen dari lelaki-lelaki yang berada di depan mata, karakter-karakter utama dalam novel-novel yang dia baca menjadi penanda aras lelaki pilihannya, menjadikan Shazlin seorang yang lebih high taste dalam memilih teman lelaki. Maklumlah main character dalam novel kebanyakannya perfect. Walaupun luka kegagalan cinta pertamanya tidaklah sedalam mana tetapi banyak merubah diri Shazlin, terutamanya hati Shazlin seperti mati untuk bercinta kerana belum ada lelaki yang memenuhi kriteria-kriteria prince charming yang diimpikan. Adakah Airyl boleh memenuhi kriteria prince charming Shazlin? Hati Shazlin masih tertanya-tanya..
“Kenapa mesti macam ni, Lin kan baru 22. Muda lagi apa?” Shazlin terus memberi alasan, berusaha agar mummynya menarik balik perancangan.
“Kami mahu Lin belajar, belajar jadi dewasa selagi kamu duduk dirumah ni sampai bila-bila pun takkan belajar menjadi matang.” Jawab Datin Norliyn, sebab yang diberi Datin Norliyn menimbulkan perasaan kurang puas hati Shazlin. Matanya terasa panas, hidungnya berasa sakit, terasa seperti ingin menangis. Dia tidak suka dengan alasan yang diberikan oleh Datin Norliyn, hatinya terguris dengan penilaian mummynya terhadap dirinya.
“Apa kebudak-budakan sangat ke Lin ni sampai mummy cakap macam tu, sampai buat keputusan begitu sekali? biasalah Lin baru 22 apa yang nak dirisaukan kalau perangai Lin macam ni?” Bidas Shazlin, bergetar suara Shazlin menyatakan ketidak puasan hati, kolam air matanya sudah bertakung. Cuma belum gugur air matanya keluar dari mata seperti empangan pecah.
“Habis, Lin nak tunggu Lin 30 baru nak berubah? Dengarlah cakap mummy.” Datin Norliyn tidak tahu hendak cakap apa lagi untuk membuat Shazlin faham niat suaminya dan dirinya mencarikan jodoh untuk puteri mereka itu. Mereka percaya ini jalan yang terbaik, dan mereka juga percaya Airyl adalah jodoh yang sesuai buat Shazlin. Namun Shazlin masih berdegil, dia masih mahu membantah.
“Tak nak!”
“Putri Shazlin…”
“Tak nak!” Dengan pantas dan tegas Shazlin membidas.
“Depan daddy jangan buat perangai macam ni.” Mummynya berpesan, dia tidak suka melihat Shazlin berpelakuan begitu di hadapan suaminya kerana Dato’ Mirzan belum pernah menolak permintaan Shazlin, semuanya dia turuti kerana kasihkan anaknya, kini sepatutnya masa untuk Shazlin untuk mendengar permintaan mereka.
“Orang kata tak nak, tak nak lah!” Jerkah Shazlin, dia meninggikan suaranya supaya dia didengari. Masa seperti terhenti, tersentap Datin Norliyn kerana jeritan bantahan itu. Selama ini Shazlin tidak pernah meninggikan suara dihadapannya mahupun suaminya, dia memang selalu merajuk seperti budak, kadang-kadang mogok lapar, tetapi belum pernah lagi dia meninggikan suara. Shazlin terdiam, dia sendiri terkejut dengan apa yang berlaku, dia tidak pernah meninggikan suara kepada orang tuanya kerana keinginannya selalunya dituruti. Dan permintaan orang tuanya juga selalunya dia akan turuti cuma jika dia tidak mahu dia akan merajuk, bukan dengan meninggikan suara. Kali ini sangat sukar untuk mematikan niat mummy dan daddynya untuk mengahwinkan dia, kerana rasa ingin memberontak yang membuak-buak dia telah melakukan dosa besar secara tidak sengaja. Tidak semena-mena air matanya mengalir keluar dari kelopak mata. 
Shazlin menarik nafas dalam-dalam, dia menangis teresak-esak menyebabkan dirinya sukar untuk bernafas dengan betul. Dia bangun dan melutut dihadapan Datin Norliyn yang terdiam ditempatnya. Shazlin memaut tangan insan yang dipesan Rasulullah sebagai insan yang wajib dihormati.
Mummy, sorry. Lin mintak maaf mummy, Lin terlepas..Lin salah, maafkan Lin…” Shazlin memohon ampun, Datin Norliyn menganguk lalu mengusap lembut kepala anak gadisnya. Matanya juga berair, dia faham mengapa puterinya bertindak begitu. Perancangan yang dibuat demi puteri manja mereka terlalu drastik, mungkin tidak masuk akal bagi Shazlin. Shazlin diam sambil menangis disisi Datin Norliyn.
“Macam inilah Lin, Lin jumpa dia dulu okay. Kalau Lin tak suka juga, mummy akan cuba pujuk daddy untuk batalkan saja niat nak kahwinkan kamu.”
*~*
‘Oh yes, dah jumpa!’ Bisik hati Shazlin, pencariannya akhirnya berhasil. Dia membelek 3 keping gambar raya tahun lepas yang terpampang gambar mereka dua keluarga bersama tahun lepas. Album gambar yang dipegang didekatkan ke mukanya supaya dia dapat melihat dengan lebih jelas.
“Yang mana satu si Airyl ni?” Dia bercakap seorang diri sambil meneliti gambar-gambar itu. Shazlin tidak pasti yang manakah Airyl, dia sememangnya tidak mengingati wajah Airyl.
“ha…cakap sorang-sorang” Hazlinda tiba-tiba sahaja menyergah. Dia yang baru pulang dari kelas duduk bersila disebelah kakaknya. Shazlin berpaling memandang adiknya, dia tiada mood untuk memarahi adiknya kerana menyergahnya sekarang. Misi mencari ‘siapa bakal suamiku’ adalah lebih penting dari menghodohkan wajah dengan naik marah pada Hazlinda.
“Sejak bila pulak Da masuk?” Shazlin bertanya kepada Hazlinda, tangan yang lenguh kerana memegang album gambar yang berat dekat pada wajahnya direhatkan. Dia meletak kembali album gambar di atas lantai.
“Dari tadi,” ucap Hazlinda lalu tersenyum.
“Buat apa?” Hazlinda bertanya ringkas.
“Tadi mummy dah bagitau pasal tu, akhirnya…” Shazlin bersuara dan diam, Hazlinda mencelah.
Yes, akhirnya.” Akhirnya setelah empat hari berlalu, empat hari selepas kali pertama berita itu sampai ke telinganya. Shazlin sudah menganggap soal perkahwinan itu hanyalah gurauan adiknya kerana daddy dan mummy mereka tidak berkata apa. Dia tidak mahu berpanjang cerita atau mengadu dipermainkan adiknya Hazlinda takut perkara yang tidak ada akan diadakan pula oleh orang tuanya. Ternyata sangkaanya meleset, Hazlinda tidak bergurau.
So sekarang kakak tengah cari gambar dialah.” Shazlin memberitahu sambil menolak album-album gambar yang lain, cuma tinggal satu album gambar sahaja disisinya. Dia mengambil kembali album gambar yang menyimpan gambar raya tahun lepas lalu meletakkannya diatas kakinya yang disilakan.
“eh, dia takde ke dalam gambar ni?” Shazlin masih meneliti gambar-gambar itu. Shazlin kemudian menyelak ke muka surat sebelah, namun gambar-gambar dimuka-muka surat berikutnya tidak terdapat gambar Tuan Haji Zainal sekeluarga sebaliknya gambar-gambar sahabat-sahabat Dato’ Mirzan yang lain.
“Yang ni ke dia?” Shazlin bertanya sambil jari telunjuknya menunjukkan seorang lelaki di dalam salah satu gambar itu. Lelaki yang bertubuh sasa tersenyum ceria, memakai baju melayu berwarna hijau, dia mendukung seorang budak lelaki yang memakai baju melayu sedondon dengannya.
“Bukanlah, yang tu kan abang Aaron. Abang si Airyl tu, yang dia dukung tu kan anak dia.” Hazlinda menjawab, dia yang baru sahaja berjumpa Tuan Haji Zainal sekeluarga pada malam dinner hari itu sangat pasti yang ditunjukkan Shazlin bukan Airyl walaupun Aaron duduk meja berasingan dengan mereka kerana dia duduk semeja dengan isteri dan anak-anaknya serta kakitangan anak syarikat Zainal Berjaya Developers yang dibawah pengurusannya. Shazlin pantas mengingati Aaron, anak sulung Tuan Haji Zainal, Shazlin terkeliru sebentar tadi kerana dia sangka Airyl ada iras-iras abangnya.
‘aih…macam manalah aku boleh terlupa abang Aaron ni,’ Shazlin bermonolog sendiri.
“Dia tak datang kot, diakan tak suka bersosial ni. Tak suka jumpa orang.” Kata Hazlinda bersahaja, begitulah dia menganalisis perangai Airyl berdasarkan apa yang dia dengar dari perbualan orang tua mereka dan Tuan Haji Zainal serta isteri malam itu. Sedangkan pergi ke majlis makan malam dianjurkan syarikat yang bakal diambil alihnya pun dia tidak mahu, inikan pula pergi beraya ke rumah orang yang tiada kena mengena dengan dirinya, lagilah tidak mahu.
Nomummy cakap dia ada!” Tegas Shazlin, dia mahu lihat wajah Airyl untuk mengembalikan ingatannya tentang Airyl bin Tuan Haji Zainal. Album gambar itu beralih tangan, Linda mengambilnya untuk meneliti lebih dekat gambar-gambar itu. Tiba-tiba sahaja dia terfikir…
‘siapa pulak yang ambil gambar ni?’ Linda cuba mengingati kembali kenangan hari raya tahun lepas. Dia teringat…
He’s not here because he was the photographer! Kakak, memanglah dia takda dalam gambar ni sebab kan dia yang ambil gambar, my god macam mana kakak boleh lupa.” Hazlinda berkata-kata riang kerana dia telah mendapat jawapan mengapa Airyl tiada di dalam gambar-gambar itu. Sekarang dia sudah mengingati wajah bakal suami kakaknya. Tidak sangka Airyl yang disangka tidak suka berjumpa orang itu ada beraya ke rumah mereka tahun lepas, memang tak sangka.
‘Itulah, lain kali bersangka baiklah kat orang lain…’ Hati Hazlinda berkata-kata kerana terbit rasa bersalah terhadap bakal abang iparnya itu kerana dia melulu menuduh tadi.
WHATThen takda peluanglah aku nak tengok gambar dia sekarang” Shazlin merungut. Dia sudah malas hendak mencari gambar Airyl dalam album gambar yang lain, dia sudah letih.
“Benda tahun lepas pun kakak boleh lupa. Tak ingat langsung ke dia macam mana?” Hazlinda bertanya, Shazlin menggeleng sebagai jawapan.
“Mana nak ingat, dalam kepala tu ada muka pelakon-pelakon ja. Muka extra yang scene dua saat pun boleh ingat, muka anak kawan baik daddy pun tak boleh ingat.” Hazlinda berkata dalam nada sinis, itulah hakikatnya Shazlin yang gila menonton drama dan filem sangat pakar dalam mengingati muka pelakon-pelakon drama-drama dan filem-filem yang ditontonnya terutama pelakon-pelakon asia dari korea, jepun dan taiwan. Shazlin mendiamkan diri tetapi membidas di dalam hati,
‘Dah diorang handsome, mestilah aku ingat,’ omel Shazlin sendiri.
“Ni ni, ada. Gambar candid ada.” Hazlinda menunjuk gambar yang dimaksudkannya. Tetapi apa yang mereka boleh lihat hanyalah belakang badan Airyl sahaja.
“Belakang dia je buat apa!” marah Shazlin.
‘Ish budak ni, yang dia tak tangkap gambar tuh apa hal. Menyusahkan orang betul. BAKA(bodoh)!’ Tidak semena-mena Shazlin menyalahkan Airyl yang ternyata tidak bersalah walau sedikit pun. Hazlinda cuba untuk menyenangkan hati kakaknya, dengan memberi jaminan mengenai rupa Airyl.
“Takpa kak, jangan risau. Handsome, Linda ingat, dia memang handsome. 100% sure!”
Shazlin mengeluh kuat lalu menutup album gambar itu untuk disimpan.
‘apa-apalah’

*~*~*

~bersambung~

an: entry sebelum ni, dua-dua q.min.z lupa letak ~bersambung~.. sorry.
Anyway, hurm...chapter ni kite kenal-kenal dengan Putri Shazlin, next chapter kite kenal-kenal dengan Airyl pulak yer... Comment is love^^

10 comments:

  1. heee..misterinya airyl ni...ntah2 airyl lagi hensem dari pelakon2 korea yang shazlin minat..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah handsome. walaupun dia otaku sikit tapi hehhehe... dia ada penyakit wangja byung (prince syndrome^^)

      Delete
  2. Salam. =D
    tajuk menarik!
    bab 2 pun dah menarik.
    gambarre for the rest~

    ReplyDelete
  3. herm, cuak si shazlin tu nak kena kawen...hehehehe...tp elok jgk, dua2 anti sosial..agak2 mcm mana la diorg nk duduk sebumbung...suspens ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah.. kena jgk mengadap muka, nak keluar xda kawan..hehehe.. nnt dh byk chap post akan nmpk mcm mn diorg punya relationship berkembang^^

      Delete
  4. Replies
    1. kata min.z: kalau tak handsome ad kee org nk baca? lol..
      tulis handsome baru best sket^^ hehehe

      Delete
  5. hihiii! dapat jugak baca online~ ;)
    hahaaa! shazlin pun tau bahasa jepun rupanya~ hahaaa! 'baka'! xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... dia tahu sikit2 sebab selalu tonton jdorama

      Delete