Followers

Thursday, February 16, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 03



Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!

.: 03 :.
Pintu diketuk dua kali, Airyl menunggu ayahnya memanggilnya masuk kemudian baru dia memulas tombol pintu, pintu yang ada tergantung nama ayahnya; Tuan Haji Zainal. Pintu ditolak separuh sahaja, cukup untuk dirinya memboloskan diri.

Boss panggil Airyl?” Walaupun dihadapannya kini ayahnya, tetapi Airyl tetap dengan etika kerja yang dia pegang. Di pejabat, ayahnya adalah bos, tidak boleh sesuka hati panggil sahaja ‘ayah’ terutamanya bila ada orang lain. Kalau boleh dia tidak mahu lagi dikenali sebagai ‘anak bos’ dipejabat, dia tahu pasti ramai yang akan cuba mengambil kesempatan mengampu dirinya, tambahan pula telah termaktub yang Airyl lah yang akan mewarisi syarikat ini bukan abangnya, Aaron yang kini telah pun menguruskan anak syarikat Zainal Berjaya Developers yang lebih tertumpu kepada architecture and consultant. Aaron juga bercita-cita membuka firma arkiteknya sendiri, dia mahu bermula dari bawah dari hanya mengambil apa yang tersedia kukuh dibawah pimpinan ayahnya. Oleh kerana itulah Airyl yang akan bertanggungjawab untuk mengambil alih syarikat ayahnya, itulah antara syarat yang diletakkan Aaron ketika Tuan Haji Zainal menyuruhnya berkahwin lima tahun dahulu. Sejak Airyl masuk bekerja di dalam syarikat ayahnya ini, dia lebih berhati-hati supaya pekerja-pekerja syarikat itu tidak tahu mengenai hal sebenar kerana tidak mahu diperdaya rakan sekerja,

‘lagi galaklah mereka mengipas aku untuk kesenangan dimasa hadapan kalau diorang tahu.’ Seringkali ayat itu bermain di kepalanya. 

“Airyl duduk dulu, ayah ada benda nak cakap.” Ayahnya memberitahu dengan tenang, dia menghabiskan membaca dokumen yang mahu ditandatangani, hendak diluluskan atau perlu ditukar lagi.

“Ada apa bos?” Airyl bertanya, tapi ayahnya tidak menjawab. Airyl mengangkat keningnya konfius sambil melangkah ke arah sofa yang terletak di bilik Tuan Haji Zainal itu, dia duduk dengan selesa menanti ayahnya dengan sabar.

‘Macam penting je, macam personal…tapi kenapa tak cakap kat rumah? Kenapa mesti kat pejabat, macam tak menyempat-nyempat nak cakap kat aku ni, mesti penting gila.’ Airyl bermonolog dalam hati, dia tidak dapat mengagak apakah yang bakal diperkatakan oleh ayahnya.

“Airyl..” Tuan Haji Zainal memanggil, dia mengembalikan Airyl dari lamunan, dari bermonolog sendiri. Airyl memandang Tuan haji Zainal yang telah berada dihadapannya.

“Ya ayah.” Airyl menjawab panggilan ayahnya, panggilannya juga sudah ditukar dari ‘bos’ kepada ‘ayah’ kerana dia pasti perkara yang ingin dibincangkan adalah bersifat peribadi. Tuan Haji Zainal telah duduk disofa bertentangan dengan Airyl. Tuan Haji Zainal menarik nafas sebelum membuka madah.

“Ayah nak tanya, Airyl ada teman wanita?” Tuan Haji Zainal bertanya ikhlas, dia tidak mahu timbul konflik jika anak terunanya sudah punyai pilihan hati sendiri. Walaupun setahunya Airyl tidak mempunyai teman wanita tetapi dia mahu kepastian, mana tahu jika anaknya sudah menyukai sesiapa dalam diam.

“Kenapa ayah tanya macam tu?” Dia memberi jawapan dengan soalan.

‘ha..sudah, ni mesti pasal kahwin tu. Aku ingatkan dah tak jadi, empat hari senyap je. Mati aku, macam mana nak lari nih?’ Airyl bermonolog, kepalanya ligat berfikir resah. Hatinya bergolak, berdebar-debar jantungnya menanti apa yang bakal diucapkan ayahnya.

“Jawab soalan ayah dulu.” Tuan Haji Zainal meminta jawapan sekali lagi dalam nada tenang.

“ta..tak…tak ada, ayah.” Sedikit gagap Airyl menjawab, mahunya tidak, soal perkahwinan akan dibangkitkan mestilah dia takut.

“Kalau macam tu ayah akan berterus terang dengan kamu.” Tuan Haji Zainal terdiam sebentar, dia mengharapkan respons dari Airyl tetapi Airyl sudah hilang kata-kata, cuma menanti perkara yang bakal disampaikan ayahnya.

“Ayah sudah mencari jodoh untuk kamu, Putri Shazlin binti Dato’ Mirzan Azmi, kamu pun kenal dia. Ayah kalau boleh nak tengok kamu naik pelamin cepat-cepat.” Tuan Haji berhenti seketika, membaca riak muka Airyl. Airyl nampak tenang walaupun hatinya bergolak, kerana adik-adiknya telah memberitahunya mengenai perkara ini, dia dapat berlakon tenang dihadapan ayahnya yang amat dihormati ini. Hati Airyl bermadah, ‘straight to the point betul ayah ni.’

“Apa kata kamu?” Tuan Haji Zainal ingin tahu pendapat anaknya.

“Perlu ke Airyl kahwin sekarang? Airyl kan muda lagi, baru 24. Baru kerja dengan ayah, kewangan pun tak kukuh lagi.” Airyl berpendapat atau lebih tepat lagi beralasan sebenarnya. Dia menyoal rancangan ayahnya, dia belum bersedia hendak mendirikan rumah tangga.

“Abang kamu pun dulu kahwin masuk umur 25, bukan jauh mana beza dengan kamu, setahun saja. Mengenai kewangan ayah pasti gaji kamu bukan tak cukup, ayah naikkan pangkat kamu macam mana?” Tuan Haji Zainal sambung lagi, memberi cadangan hendak menaikkan pangkat anaknya supaya dapat gaji yang lebih tinggi.

“eh ayah, jangan lah. Airyl baru lagi kat sini, nanti pekerja-pekerja ayah kata ayah melebih-lebihkan anak pula.” Airyl membantah, dia tidak suka mulut-mulut kaki gosip syarikat berkata-kata mengenai ayahnya nanti. Tuan Haji Zainal sentiasa mempunyai reputasi yang baik di dalam syarikat itu, pekerja-pekerja tidak mengata dibelakangnya kerana personaliti Tuan Haji Zainal yang baik serta mesra dengan semua pekerja tidak kira pangkat dan latar belakang pendidikan. Airyl tidak mahu nanti pekerja-pekerja syarikat mula mengumpat belakang mengenai ayahnya kerana dirinya.

“Kamu jangan risau, kereta kamu dah ada. Kalau kamu mahu kamu boleh duduk dirumah kita lepas kahwin macam along, kalau tak mahu ayah ada belikan rumah untuk kamu, cuma nak pindah barang dan kamu boleh duduk dah nanti.” Tuan Haji Zainal memujuk anaknya.

“Kalau tak kahwin dulu boleh ayah? Bertunang dulu ke?” Airyl pula yang memberi cadangan, dia tenang membincangkan perkara ini. Marah pun tiada gunanya, dia tidak suka meninggikan suara kepada orang tuanya, free free dapat dosa. Tambahan pula mereka dipejabat, nanti kecoh satu office; Airyl bertengkar dengan boss a.k.a ayah dia sendiri, malu nanti.

‘Memang pandai ayah pilih tempat berbincang, kat sini barulah aku tak boleh cari gaduh.’ Gerutu Airyl dengan ucapan yang tidak terucap di bibir.

“Ayah lagi suka kamu cepat-cepat mendirikan rumahtangga, benda baik Airyl, apa salahnya dicepatkan. Kalau ayah tunggu kamu cari jodoh sendiri entah bila la ayah boleh tengok kamu kahwin, kamu ni bukannya pandai nak berkawan-kawan dengan orang. Satu pejabat kata kamu sombong, hari cuti duduklah kamu kat rumah melayan kartun-kartun kamu tu.” Panjang hujah Tuan haji Zainal, dia cuma menyatakan yang sebenar, kecuali pasal budak-budak pejabat mengata Airyl sombong, sengaja memprovok anak keduanya.

Anime lah ayah, bukan kartun.’ Bisik Airyl dalam hati. Anime, console game dan manga Jepun memang kegemarannya, menjadi obsesinya. Hinggakan anime con (anime convention) pun dia kunjungi, perhimpunan tahunan bagi peminat-peminat anime ini. Anime con ini bagaikan hari raya bagi peminat-peminat anime ni, baju raya mereka; COSPLAY! Ini semua kerana Airyl pernah tinggal di Jepun bersama-sama abang longnya, Aaron dahulu, terpengaruh setelah bertahun tinggal disana. Sekarang dia sudah hampir seperti seorang otaku sebenar, gila anime dan manga, tak bercampur dengan orang dan paling penting; takda girlfriend. Mujur gaya pemakaiannya tidak seperti otaku-otaku di Jepun, dia masih berpakaian mengikut perkembangan fesyen semasa, stylish.

Airyl mengeluh perlahan, dia sudah hilang kata-kata. Memang betul kata Tuan Haji Zainal, kalau dibiarkan mesti lambat dia akan berkahwin. Umur sudah 24 tahun, tetapi kekasihnya semua cuma hidup di alam fantasi, watak-watak anime menjadi pujaan, tidak ada lagi kekasih yang nyata.

“Airyl fikir dulu boleh ayah?” Airyl meminta masa, menangguhkan keputusan. Tuan Haji Zainal seorang yang boleh dibawa berbincang, mungkin cara ini boleh melambatkan perkahwinannya, atau mungkin membatalkan terus, itulah harapan Airyl.

“baiklah, ayah bagi kamu masa berfikir.” Tuan Haji Zainal memberi masa.

“Ayah hari ni half day boleh?” Airyl tidak lagi boleh bekerja, kepalanya berserabut; nak kahwin atau tidak. Yang mana keputusan yang lebih baik untuknya.

“Suka hati kamulah.” Tuan Haji Zainal memberi kebenaran, dia tahu hati anaknya runsing, dahulu semasa Aaron disuruh kahwin begitu juga. Muka nampak tenang, tetapi buat kerja satu pun tak betul. Runsing.

“Airyl keluar dulu..” ucap Airyl lalu bangkit dari sofa, dia keluar dari bilik Tuan Haji Zainal. Airyl kembali ke tingkat dimana mejanya terletak, melangkah perlahan ke mejanya sambil mengeluh perlahan. Dia mengambil apa-apa yang perlu, dan terus melangkah untuk meninggalkan bangunan syarikat.

*~*

Sudah dua jam Airyl memandu tanpa arah tujuan, niat dihati hendak menenangkan fikiran. Keputusan akhir sama ada hendak berkahwin atau tidak masih belum dibuat, dia mahu pertimbangkan dengan sehabis-habisnya.

Tiba-tiba Honda Jazz yang dipandu menjadi perlahan, enjin keretanya mati dan akhirnya tersadai di bahu jalan.

‘alamak minyak habis pulak,’ Airyl menundukkan kepalanya, dahinya direhatkan pada stereng keretanya, mata dipejam. Kerana dek kepala yang berserabut, minyak kereta kering pun dia tidak perasan. Inilah pengalaman pertama Airyl tersadai ditepi jalan, dia sendiri tidak tahu sudah berapa kilometer dia memandu sehingga kehabisan minyak petrol.

‘rasakan kau tersadai tepi jalan!’ Airyl marah pada diri sendiri. Lama dia diam tidak berbuat apa-apa, sengaja duduk begitu; berehat. Dia cuba untuk mengosongkan fikiran dalam posisi itu, tiba-tiba telefonnya berbunyi, dengan lemah dia mengambilnya untuk menjawab panggilan.

Hello along…please save me…”
*~*~*
~bersambung~

an: chapter ni macam pendek sikit kan? 7 pages je dlm word (double spacing, font 12). sorry~ harap tidak mengecewakanlah. Anyway, sorry lagi skali sbb lmbt 2.30..huhu...dan dh kenal skit dengan Airyl? hehehe...sapa baca saya sayang, siapa komen saya sayang x2^^ 
less than three everyone^^

9 comments:

  1. biar bakal isteri dia selamatkan airyl. heee...

    ReplyDelete
  2. mesti comel watak Airyl ni.. next please.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...akak kenalah bersabar sikit...sbb kami cuma update hari jumaat jer^^;; sorry..tapi...sya akan post something else kat sini^^

      Delete
    2. alamak!! lamanya nk tunggu.. xpelah, i'm waiting.. :D

      Delete
  3. hehehe...kesian airyl.mengelamun lagi...minyak abis pun xsedar....susah jgk ek org yg hidup dlm fantasi ni...

    ReplyDelete
  4. <---minat gila dngan anime dulu . lepas tu tukar minat korea . skang minat novel . herrherr

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.. q anime moderate la..so kalau ada tersalah fakta feel free comment. ^^
      minat korea... qminz pun....suka sgt...^^ siap g concert, download drama tiap2 minggu lagi^^

      Delete
  5. waahhh! jelesnyaaa dgn airyl! dpt tinggal kat jepun dgn abang long dia! dapat pegi anime con lagi!!! huwaarggh! ><
    baju raya bagi peminat2 anime, COSPLAY! hahaaa! hell yeahhh! <3 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat malaysia pun anime con/exhibition ad tiap2 tahun ^^

      Delete