Followers

Thursday, February 23, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 04


Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!

: 04 :.
Aaron tergelak besar mendengar cerita adiknya. Kerana memikirkan sangat perihal perkahwinan, minyak kereta kering pun tidak perasan. Tidak sangka ayahnya ada perancangan begini untuk Airyl, sejarah berulang lagi nampaknya. Dahulu Aaron juga disuruh berkahwin, nampaknya adiknya, anak lelaki kedua Tuan Haji Zainal bakal menerima nasib yang sama. Sayang dia tidak duduk semeja dengan ayah mereka ketika dinner hari itu, kalau tidak sudah semestinya dia boleh turut serta dalam perancangan perkahwinan Airyl.
‘Sampai jugak masa kau, padanlah dengan muka. Hahaha.’ Aaron makin galak ketawa bila memikirkan bagaimanalah adiknya yang tidak matang ini hendak menjaga rumahtangga, memimpin seorang isteri, hidup berpasangan sedangkan dirinya sendiri lebih suka bersendirian. Nanti dia kemana, isteri entah kemana.
“Along gelak sikit-sikit sudahlah, tak payah gelak banyak-banyak.” Kata Airyl sambil mengambil kotak rokok dan lighter dari dalam kereta lantas menutup kembali pintu kereta. Dia berasa rimas ditertawakan Aaron, malu pun ada. Dia sendiri tidak faham mengapa topik ini terlalu lucu buat Aaron. Airyl kembali bersandar dibadan keretanya, bersebelahan dengan abangnya. Dia melemparkan pandangan matanya ke semak samun dihadapan mereka.
“Tapi memang lawaklah Airyl, along dulu takdalah sampai jadi macam kau ni, tersadai tepi jalan. Tak sanggup nak tinggalkan kekasih-kekasih anime Airyl ke?” Aaron mengusik.
‘ni dah tahap serious ni,’ Aaron bermonolog. Aaron memang suka mengusik adik-adiknya, sekarang bertambah-tambahlah modal dia untuk mengusik adik lelakinya ini. Airyl cuma berdiam, malas hendak melawan. Kotak rokok yang sudah dibuka disuakan kepada abang longnya, namun Aaron tidak menerima pelawaan Airyl.
“Along dah berenti, bakar duit.” Aaron berkata, Airyl mengangkat keningnya.
‘Biar betul,’ bisik hati Airyl yang masih terkejut dengan kenyataan abangnya. Abangnya agak kuat merokok, tetapi sudah berhenti. Yang paling mengejutkan, kenapa dia yang duduk serumah dengan Aaron tidak tahu, tidak perasan langsung yang Aaron sudah berhenti merokok.
“Along mula-mula cuma tak nak merokok depan anak-anak, tapi alang-alang dah tak boleh merokok dekat rumah, berhenti jelah terus. Badan pun makin sihat.” Aaron menyambung, Airyl pula menutup kembali kotak rokoknya itu, dia merengus perlahan. Kini dia tahu betapa serius dan dasyatnya tabiat tidak keluar biliknya, apa yang berlaku dalam rumah sendiri pun dia tidak tahu. Dia tidak mengambil perhatian terhadap ahli keluarganya pun, dia hanya sering menyendiri dalam dunianya sendiri, bolehkah dia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami? Hatinya bergolak, soalan itu bermain di fikiran tanpa henti, sudah sediakah dia?
Digenggamnya kotak rokok itu lalu dicampakkan ke dalam semak samun dihadapannya, entah kenapa dia berasa malu hendak merokok depan abang longnya yang disanjungi itu. Abang longnya sudah berhenti merokok, kenalah dia menghormati abang longnya, takkan hendak merokok depannya menggoda lelaki itu untuk merokok semula. Tetapi Aaron seorang yang tegas pendirian, mesti dia tidak terpengaruh walaupun sedikit jika Airyl merokok depannya. Kemudian lighter yang dipegang juga dicampak jauh ke dalam semak. Kini Aaron pula yang terkejut dengan perbuatan adiknya.
‘nak berenti jugak ker adik aku ni? Bravo!! Selalunya orang frust lagi nak merokok, ini terbalik pulak adik aku ni.’ Ujar Aaron dalam hati, dia tersenyum melihat gelagat adiknya yang sudah tidak seperti Airyl bin Zainal yang sebenar, menggelabah semacam.
So, macam mana? Kamu nak kahwin ke dengan puteri tu?” Aaron bertanya, Puteri…itu gelaran yang Airyl beri kepada Putri Shazlin Dato’ Mirzan Azmi. Bukan hanya kerana namanya bermula dengan ‘Putri’, tetapi kerana sifat manja Shazlin, mengada-ngada katanya.
“erm… Airyl tak taulah abang, boleh ker dia yang manja tu tinggalkan rumah dia. Kena pulak duduk dengan Airyl, dia tu nak minum air sejuk pun tak reti ambik sendiri, semua pembantu rumah yang buat.” Airyl bercakap panjang, teringat kejadian di hari raya tahun lalu. Shazlin meminta pembantu rumah dia mengambil air sejuk untuk dirinya, bukannya jauh pun dapur dengan tempat dia berdiri. Sengaja hendak menyusahkan orang lain, terlalu manja. Itulah imej Shazlin dimata Airyl, manja, manja, dan manja. Tiada perkataan lain yang sesuai untuk menggambarkan peribadi Shazlin.
“Sebelum risaukan hal dia, kamu kena tengok diri sendiri dulu. Pandai mengata orang, manja-manja dia kawan kamu jugak masa kecik-kecik dulu.” Aaron memberi komen, Airyl tarik muka. Berkawan semasa mereka masih budak-budak pun bukannya rapat sangat.
“Itu cerita zaman kecik-kecik, lepas masuk sekolah menengah mana ada jumpa dia dah. Then Airyl ikut abang pergi Jepun, so…mana ada kawan dia dah, jumpa raya tahun lepas pun dia buat bodoh je.” Airyl berhujah panjang, bukan nak kompelin atau mengata bakal isterinya, tetapi cuma hendak mengingatkan abangnya betapa lamanya dia tidak berhubung dengan Putri Shazlin.
‘Entah ingat kat aku lagi ker tidak.’ Airyl berkias didalam hati. Mungkin Shazlin sendiri sudah lupa yang mereka pernah berkawan ketika kecil, agak rapat juga sebelum bersekolah kemudian selepas masing-masing ke sekolah rendah mereka tidak rapat lagi, masuk sekolah menengah masing-masing putus hubungan, langsung tidak berhubung.
“Ikut jelah cakap ayah tu, tengok along kahwin bahagia jer. Takda masalah pun.” Aaron menasihati adiknya, mengangkat dirinya sebagai teladan untuk adiknya itu. Perkahwinannya dengan isterinya Lisa, anak seorang sahabat ayahnya, kini amat bahagia. Mereka juga telah dikurniakan dua anak, seorang puteri dan seorang putera.
“Along lain, ayah bagi masa kenal dengan kak Lisa dulu. Siap berbulan-bulan bercinta lagi, Airyl ayah suruh kahwin terus.” Airyl mengadu. Dia merasakan tidak adil abangnya diberi peluang mengenali hati budi bakal isteri tetapi dia pula diminta untuk menyegerakan perkahwinan.
‘Kawan je, mana ada bercinta!’ Aaron menyanggah dalam hati. Memang dahulu ayahnya memperkenalkan dia dengan Lisa dahulu. Mereka berkawan tanpa syak apa-apa, sekadar kawan biasa namun siapa sangka selepas 3 bulan selepas perkenalan mereka ayahnya menyuarakan niat hendak menyatukan mereka. Terkejutlah Aaron dengan berita yang disampaikan ayahnya, setelah berfikir panjang dia bersetuju juga dengan cadangan ayahnya tapi bersyarat.
“Sebab ayah tahu, kalau bagi kamu kenal-kenal dulu dengan dia mesti hubungan korang tak menjadi.” Komen Aaron pantas, dia bercakap berdasarkan analisis perangai Airyl yang terlalu suka duduk dirumah, tidak pandai bersosial.
OTAKU!” Aaron sambung kemudian. Airyl terus mengeluh kuat, seperti dia sedang menanggung beban seluruh dunia. Dia tidak mahu digelar otaku kerana dia merasakan dia belum mencapai tahap seperti otaku sebenar berbanding otaku-otaku di Akihabara, tempat otaku-otaku berkumpul di Jepun. Tambahan pula golongan otaku bukanlah dipandang tinggi oleh masyarakat Jepun, walaupun di Malaysia budaya otaku tidak dipandang rendah seperti di Jepun namun dia tetap tidak mahu digelar otaku. Airyl mahu menjadi lebih metroseksual secara luaran walaupun dalamannya pula seorang otaku.
“Sudahlah, jom balik. Dah lambat ni.” Aaron menepuk lembut bahu Airyl. Dia bergerak ke keretanya yang diparkir di belakang kereta Airyl. Kedua-dua adik-beradik ini memandu kereta masing-masing ke destinasi yang sama; rumah keluarga Tuan Haji Zainal.

*~*~*
~bersambung~

an: haaaaaaaa.......kali awal sikit^^ awal sejam +
mcm mana chapter ni? (pendeeeeeekkkk.. *campak batu kat penulis* ouch..sorry..T_T)
eh..Kenal Airyl  lagi, next chapter kita kenal Shazlin agi^^ 
Airyl..Airyl, mmg lah kau tak tahu apa jadi dalam rumah kalau dok terperuk dlm bilik.. *sigh* 
sya dah ulang baca 4 kali, kalau ada salah lagi, spelling salah ke...sya minta maaf banyak2.

7 comments:

  1. erk, my little sis... airyl perokok ke?? alahai, jgnlah mcm 2.. x hensem la.. hihihi.. keep up a good work.. cuma pendek sgtlah n3 ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. little sis??...kyaaaaaaaaaaaa... *sukaaaaaaaaaaaaaaaa* hehehehe

      actually, yes. kalau baca dlm chapter ni mmg dia perokok(bukan heavy smoker..biase2 je), sbb bg saya sgt susah nk cari lelaki yg tidak merokok skrg, secara logiknya rmai yg merokok. Tapi...Airyl dh berenti dah^^

      Airyl no more a smoker^^

      Delete
  2. hehehe...something new akak suka. almaklumlah usia mcm akak ni mna nk lyn anime segala kan...good input...terasa muda lak baca novel ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe^^ t.q akak^^ btw, kalau ad terms yg akak tak faham cam bahasa jepun/korea/cina yg q.min.z guna, akak boleh check kat glossary. ataupun tanya terus kat saya^^

      Delete
  3. hehee....awal2 akak dah check glossary... :)

    ReplyDelete
  4. airyl dah tak merok0k! :D yay! baru macho! heheee... :3
    akihabara? mcm penah dengaq~ tak silap saya, kat tempat tu ada shopping c0mplex...ada jual barang one piece banyak2 kut~ patutlah...akak kata "tempat otaku-otaku berkumpul di Jepun." ouhhh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. ad sebab kenapa akak tulis airyl berhenti merokok, sebab pada akak sangat susah nk cari lelaki yg tak merokok sekarang, almost impossible.. so sebab tu akak itu akak tulis 'berhenti merokok' untuk encourage org berhenti merokok dan its sound more convincing.

      Delete