Followers

Saturday, February 25, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 05


Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!

.: 05 :.
Pembantu rumah keluarga Dato’ Mirzan terpaksa membersihkan bilik Putri Shazlin kerana lampu tidurnya pecah. Tidak sangka patung arnabnya yang dihempuk-hempuk di atas katil kerana geram kepada Hazlinda yang mengusiknya mengenai hal perkahwinan kemudiannya terpelanting lalu terkena lampu tidur disisi katilnya. Lampu tidur itu jatuh dari drawer kecil itu, kaki lampu tidur itu sedikit sumbing dan kaca berderai di atas lantai.
“Hati-hati ya Shazlin, takut ada yang tertinggal kaca tu.” Pembantu rumah mereka mengingati Shazlin bila Shazlin mahu turun dari katil.
“Mak Jah tolong ambilkan rabbit Lin tuh.”  Shazlin meminta sambil menunjukkan patung arnabnya yang terbaring di atas drawer kecil itu. Ditangannya kini hanya telinga patung arnab itu yang terkoyak sahaja, padanlah terpelanting rupa-rupanya telinga patung arnab itu putus. Mak Jah mengambil patung arnab itu dan dibelek-belek, risau jika terdapat serpihan-serpihan kaca terlekat padanya. Selepas berpuas hati baru dia memberikannya kepada Shazlin.
“Terima kasih Mak Jah, minta maaf sebab Mak Jah kena buat kerja ni.” Shazlin berkata lemah. Mak Jah hanya tersenyum.
“Ini memang kerja Mak Jah Shazlin, kamu jangan risau. Kamu nak Mak Jah tolong jahitkan ker telinga arnab kamu yang putus tu?” Mak Jah bertanya, Mak Jah memang baik, sebaik mana keluarga Dato’ Mirzan sekeluarga melayan baik padanya selama dia bekerja dengan mereka. Mak Jah tidak pernah berkecil hati walau sedikit pun, tidak kira berapa kali Shazlin memanggilnya buat itu ini, kerana itu memang kerjanya. Walaupun Shazlin kadang-kadang terlalu manja, tetapi dia seorang budak yang mengambil berat.
“Takpalah Mak Jah, Lin suruh mummy lah. Mak Jah bersihkan kaca ni je, dah lewat dah ni. Mak Jah ada keluarga juga, Mak Jah cepat-cepat bersihkan kaca ni then boleh balik dah.”
“Yalah, Shazlin. Pergi jahit balik telinga arnab kamu tu.” Mak Jah berkata lalu tersenyum. Shazlin melangkah keluar mencari mummynya, dia mahu pulangkan telinga patung arnab ke tempat yang sepatutnya malam ini juga. Dato’s Mirzan dan Datin Norliyn sedang duduk di ruang rehat rumah mereka, Dato’ Mirzan sedang menonton rancangan tv, manakala Datin Norliyn sedang membaca.
Mummy, tolong Lin jahitkan rabbit.” Ujar Shazlin sambil menunjukkan patung arnabnya yang sudah tidak bertelinga sebelah.
“kenapa dengan rabbit kamu?” Datin Norliyn bertanya dan meminta patung arnab itu.
“Telinga dia putus,” jawab Shazlin pendek.
“Ni mesti rabbit jadi mangsa Lin melepaskan geram. Yang bunyi berderai dalam bilik tu sebab ni jugak lah kan?” Balas Datin Norliyn, Shazlin hanya diam tidak mengiyakan tidak juga menidakkan. Datin Norliyn dapat mengagak apa yang terjadi, memang selalu nampak patung arnab itu dilempar-lempar dan dihempuk-henpuk ke dinding dan lantai demi melepaskan geram, kadang kala digigitnya, tetapi ini kali pertama telinga patung arnab itu terputus dari kepalanya. Itu baru patung kecil, kalaulah besar mesti patung itu dibuat punching bag, dan mangsa wrestling setiap kali ada sahaja yang menyakitkan hati puteri sulung mereka.
“Tak payah jahitlah patung Lin, buang jer. Dah besar-besar pun nak main patung lagi, Lin dah besar dah nak kahwin pun.” Ucap Dato’ Mirzan. Shazlin terus mencebik seperti hendak menangis. Bagi Shazlin rabbit adalah teman dia yang paling setia, tempat dia menyorokkan muka bila menonton cerita seram, tempat tumpah air mata bila menonton cerita sedih. Walaupun dia tidak mengingati mana datangnya patung arnab itu yang telah lama bersamanya, cukup lama sehingga dia sendiri tidak ingat siapa yang menghadiahkan patung arnab itu kepadanya. Tetapi Shazlin merasakan patung itu membawa makna besar dan tidak mungkin rabbit akan dibuang sama sekali, rabbit itu sering menjadi penyelamatnya di dalam mimpi-mimpi ngeri yang menakutkan ketika  dia kecil dahulu.
“Nak jahit jugak.” Shazlin menunjukkan kedegilannya, muncungnya panjang sedepa.
“Yalah-yalah, mummy jahitkan. Pergi ambil jarum dan benang.” Shazlin lekas-lekas pergi mengambil bekas jarum dan benang, dia berjalan menghentak kaki menunjuk protest. Dato’ Mirzan ketawa kecil, lucu melihat lagak anaknya yang manja. Konsentrasinya terhadap rancangan tv itu hilang, anaknya lebih menghiburkan.
“Tengok tu, masih nak protest. Abang tak tahulah macam mana dia nanti bila dah kahwin.” Dato’ Mirzan berkata. Mungkin penyakit manja anaknya itu kadang kala mendatangkan masalah, tetapi itulah yang menghiburkan hatinya. Mesti sunyi rumah mereka selepas Shazlin berkahwin nanti, Linda lebih matang berbanding kakaknya jarang Linda merajuk atau merengek manja seperti Shazlin. Tiada lagi suara manja Shazlin yang akan bergema dirumah mereka bila Shazlin berkahwin nanti.
“nah!” kata Shazlin ceria, dia sudah tidak memuncungkan bibir. Rajuknya sekejap sahaja berlalu.
“Lin, esok uncle Zainal akan datang dinner kat rumah kita. Sekeluarga dia, dengan Airyl sekali. Esok jangan buat perangai pula.” Datin Norliyn memberitahu Shazlin. Sudah lama dia dan suami tidak menjemput sesiapa datang makan di rumah mereka, oleh kerana Shazlin tidak mengingati Airyl, dia ingin memperkenalkan Airyl kepada Shazlin esok.
“hah? ESOK?” separuh jerit Shazlin bertanya. Terkejut bukan kepalang, tidak sangka mereka akan ditemukan sebegini cepat. Walau ruang rehat mereka dingin kerana penghawa dingin yang merendahkan suhu bilik, tetapi peluh risau Shazlin tetap menitik.
‘ESOK?? NOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO…..’
*~*
“din..dinner? kat rumah uncle Mirzan?” Tergagap Airyl bertanya, dia baru sahaja menerima berita yang mereka sekeluarga akan pergi makan malam dirumah Dato’ Mirzan a.k.a bakal bapa mertuanya nanti.
“Yalah, nak jumpa bakal isteri kamu.” Sambung Hajjah Suri, tersedak Airyl pabila mendengar perkataan ‘bakal isteri’. Hajjah Suri tergelak kecil, dia mengurut belakang anaknya selepas menyua segelas air kepada Airyl. Dia sudah mendengar cerita dari suaminya dan anak sulung mereka mengenai apa yang berlaku hari ini sewaktu makan malam tadi, kerana Airyl pula hendak mandi dahulu kerana pulang lambat, cuma Aaron sahaja makan bersama keluarga, tidak mandi dahulu sebelum makan. Tak sangka Airyl yang selalu tenang ini akan menjadi panik juga.
“Ibu, kenapa esok?” Airyl bertanya, perutnya kini bukan rasa seperti dipenuhi makanan, tetapi kupu-kupu yang berterbangan. Mati seleranya hendak makan, tangannya berhenti menyuap makanan ke mulut.
“La…dah orang jemput. Kita pergi jalah, lagipun bila kali terakhir kita pergi rumah uncle Mirzan? Raya tahun lepas kan? Dah lama sangat.” Jawab Hajjah Suri, tidak kira bagaimana, walaupun terpaksa mengheret anaknya itu esok dia mesti ikut serta juga ke rumah Dato’ Mirzan. Dia mahu Airyl cepat-cepat kenal dengan lebih rapat dengan Shazlin, sudah tidak sabar dia mahu bertemu bakal menantunya esok.
“Esok, jangan balik lambat sangat tahu.” Ibu Airyl berpesan.
“Cepat makan nasi kamu bagi habis.” Gesa Hajjah Suri. Kalau ikutkan selera, Airyl dah tak mampu hendak menghabiskan lagi. Nasi yang dikunyah tidak berasa apa, bagai mengunyah pasir sahaja. Tetapi demi menjaga hati ibunya yang setia menemaninya makan, kerana dia pulang lambat tadi, dia menelan juga nasi masuk ke kerongkongnya.
‘oh no…’
*~*~*
~bersambung~

an: saya buat double update sebab chap04 terlalu pendek. and i update without Min.z knowing about it, once she see this i'll be dead T_T

5 comments:

  1. wah!! Airyl nk jmpe Shazlin.. x sabar nk tahu reaksi diorg berdua bila berjumpa.. jgn2 Airyl cari alasan x nk join dinner tu.. huhu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...kena update 2 chapter lah mcm ni^^ sbb diorg jumpe dlm chapter 7, chapter 6 belum lagi^^

      ps: akak komen every chap^^ terima kasih, nanti buku akak dh keluar, Akak mesti beritahu saya, sya beli^^ then hntr proof kat akak yg saya dh beli^^ dan sya akan komen nnt^^

      Delete
    2. okey dear.. will waiting 4 the next chapter.. Insya-ALLAH, klu akak dh tau bulan berapa HM keluar, akak akn inform dlm blog akak..

      Delete
  2. xsabar nk tgk reaksi bdk lin ngn airyl ni bila jumpa.....adakah airyl setaraf dgn hero2 drama favret lin?

    ReplyDelete
  3. hehehe... baru nak hairan nape pendek sngt :)
    RUpanya update dekat2..

    ReplyDelete