Followers

Thursday, March 1, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 06



Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!
.: 06 :.
mari-chan, what should I do?” Airyl bercakap dengan gambar yang sememangnya tidak akan menjawab pertanyaannya. Bantal kecil yang terpampang gambar watak anime itu dibeli di Jepun dahulu memang selalu menjadi tempat dia mengadu dan bersembang walaupun sudah terang dan nyata bantal itu bukan sesuatu yang hidup. Airyl kurang berkawan, dia memang tidak pandai berkawan, rakan-rakan sekerjanya di pejabat bukanlah serapat sehingga menjadi tempat untuk bertanyakan pendapat untuk perkara-perkara yang peribadi. Airyl lebih rela bercakap sendiri, berfikir sehingga pecah kepala dari menghubungi rakan-rakan otakunya kerana dia tahu mereka hanya akan memberikan jawapan yang bukan-bukan.
Dia bergolek ke kiri dan baring pada rusuk kiri. Dia memegang bantal ‘mari-chan’, ditenung gambar itu. Dia mengeluh,
‘Terima jelah kenyataan kau kena kahwin Airyl oi…’ Airyl bermonolog sendiri. Dia hampir-hampir menyerah kepada takdir ketika ini, penat membebankan diri memikirkan hal ini.
‘Shazlin tu cantik, takde kurangnya dengan gadis-gadis anime ni.’ Airyl juga mengaku kecantikan Putri Shazlin, dia masih teringat wajah Shazlin yang comel dan kecil. Shazlin bertubuh genit, ketinggiannya tidak sampai 150 sentimeter pun tetapi dia selalu memakai kasut tinggi kill heals untuk nampak tinggi disamping adiknya Hazlinda yang jauh lagi tinggi dari Shazlin. Shazlin berambut panjang tahun lalu, kadang kala nampak seperti satu beban untuk kepalanya menanggung berat rambutnya kerana wajahnya kecil tetapi rambutnya pula terlalu panjang sehingga paras pinggang. Alis mata Shazlin panjang dan lentik, mungkin kesan make-up maskara, matanya sederhana besar. Hidungnya pula tidaklah tinggi tetapi sesuai dengan wajahnya yang comel, kulit wajahnya yang sangat licin persis kulit bayi dan cerah seperti anak cina memang membuatkan sesiapa sahaja yang memandang cemburu dengan kecantikan Putri Shazlin.
‘Kalau dia pakai cosplay, mesti… cantik gilalah,’ kata hati Airyl lagi. Dia sudah menggambarkan betapa comelnya Shazlin jika memakai kostum maid, sudah pasti boleh naik gila Airyl tengok nanti. Hati Airyl mula berbunga riang membayangkan Shazlin berpakaian seperti jururawat pula, sudah pastinya lebih comel dari anime yang hanya bersifat 2D.
Dame (tidak)!! Kalau aku kahwin, terkongkongla hidup aku..’ hati Airyl membantah, ya dia belum bersedia untuk berkahwin. Bagaimana sekiranya Shazlin tidak suka dengan apa yang dia sangat-sangat suka sekarang, kalau dia dipinta untuk meninggalkan segala minatnya sekarang, dia tidak sanggup. Dia lebih sanggup lari dari perkahwinan itu dari meninggalkan anime, manga, dan console gamenya.
‘Tapi….dah tak ada ruang nak lari…kau nak lari mana? Tak kesian kat ibu ayah ke?’ Omelnya sendirian, Airyl tak tahu kemana harus dia lari, lagipun dia tidak mahu memalukan keluarganya. Dia tidak mahu berjauhan dari keluarganya, sudah bertahun-tahun dia berjauhan dengan keluarganya ketika mengikuti abang Aaronnya pergi belajar di Jepun. Kali ini biarlah dia duduk dekat dengan keluarga dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak.
“Istikharah dulu...” Airyl bangun untuk ke bilik air, untuk mengambil wuduk, dia ingin meminta petunjuk Allah dengan bersolat Istikharah. Sesungguhnya itu lebih baik dari cuma mengadu kepada yang tidak boleh membantu langsung.
*~*
Suasana disitu sungguh ceria, rata-rata ahli keluarga tersenyum melihat pasangan yang bakal diijab kabul, namun satu yang nyata Shazlin langsung tidak gembira hari ini. Wajahnya yang disolek tidak menunjukkan keceriaan, tiada seri pengantinnya, dia cuba untuk berpura-pura untuk ceria, ada yang tertipu tetapi ada juga yang tahu gundah dihatinya.
“Senyum sikit kak!” Hazlinda mengingatinya. Hari ini dia menjadi tumpuan. Hazlinda cubit lengan Shazlin supaya Shazlin tersedar dari lamunan, dia memaling muka memandang Hazlinda lalu mencebik.
“Jangan la buat ‘puppy eyes’ tu!” Hazlinda berbisik, wajah Shazlin merayu kepada adiknya untuk menolong dirinya. Tangannya menggoncang-goncang deras lengan Hazlinda yang duduk dikanannya. Hazlinda mengeluh dan kemudian berkata dalam nada berbisik, “Kalau nak lari, lari jerlah!”
Tanpa berfikir panjang Shazlin bangun, jambangan bunga yang dipegang di tangannya dilepaskan. Semua yang disitu berpaling ke arahnya, terkejut dengan perlakuan Shazlin, namun mereka tidak tahu apa yang bermain difikiran Shazlin, semua terpinga-pinga lagaknya. Shazlin berpusing kebelakang, lambat dia berjalan ke arah pintu.
“Shazlin…Lin nak pergi mana?” Tanya Datin Norliyn, tetamu dan saudara mara mula berbisik antara satu sama lain.
“Lin…?” Daddynya kini memegang lengan Shazlin. Shazlin memandang wajah Dato’ Mirzan dengan muka pengharapan, harap daddynya akan lepaskan dia pergi dari situ.
“Shazlin, jangan buat begini nak…” Dato’ Mirzan berkata lagi. Malu mereka sekeluarga kalau Shazlin meninggalkan majlis, pasti akan menjadi topik umpatan hangat jiran-jiran, ‘Shazlin anak Dato’ Mirzan lari masa hari nikah’. Shazlin menggeleng, dia tidak sanggup untuk menurut sahaja kali ini. Rajuknya tidak berjaya untuk menghentikan niat orang tuanya untuk menyatukan dia dengan Airyl dia perlu mengambil langkah sendiri dengan melarikan diri, lalu dia menarik lengannya dengan kasar. Dia berlari keluar pintu.
‘Lari, lari, lari……’ jerit hati Shazlin.
‘Dari mana pulak datangnya tangga ni? Bukan tadi aku duduk ground floor ke, kenapa kena turun pulak?’ Omel Shazlin yang sedang berlari menuruni tangga. Beberapa ahli keluarga pula berlari mengejar pengantin yang lari, mereka melaung-laungkan nama Shazlin. Shazlin menoleh sejenak untuk melihat mereka, mereka yang mengejar semakin ramai dan semakin hampir. Shazlin mempercepatkan kayuhan kaki, namun tangga itu bagai tiada menghujung.
‘Bila nak habis tangga ni?’ Selepas dia merungut, barulah tangga nampak penghujung tangga itu, dia sudah keletihan berlari jauh nafasnya juga sudah tidak teratur. Sebaik sahaja dia menapak di tanah, kakinya tersadung batu lalu tertiaraplah Shazlin ke atas tanah.
‘ah….sakitnya…’ Seluruh badan Shazlin berasa sakit kesan dari jatuhan itu tadi. Dia masih tertiarap, belum bangun-bangun. Malu hendak bergerak lagi, hanya tuhan yang tahu bertapa balu Shazlin kala ini, dia malu hendak tunjuk muka. Shazlin mendengar suara tawa yang amat kuat, meledak gelak tawa mereka yang mengejarnya tadi mentertawakan dia kerena jatuh. Pengantin jatuh tersembam, sia-sia sahaja berias cantik-cantik tapi akhirnya jatuh dalam postur yang sangat memalukan.
‘Malunya….malunya nak angkat muka!’ Jerit Shazlin didalam hatinya. Lama dia diam tidak bergerak, walaupun dia jatuh tiada siapa yang datang menolongnya cuma tawa mereka sudah reda. Selepas beberapa ketika, dia panggung kepalanya…
‘eh..??’ Shazlin mengerlip matanya beberapa kali.
drawer?’ Shazlin menggosok matanya beberapa kali, tidak percaya dengan pandangan mata sendiri.
‘Tadi aku bukan….dah nak nikah?’
Shazlin memandang sekeliling, dia berada di biliknya. Masih berada di biliknya. Dia bangun lalu duduk diatas lantai yang sejuk itu. Dilihatnya pakaian pengantinnya, sudah bertukar menjadi pajama satin berwarna biru muda.
‘ah…mimpi..’
Shazlin mengeluh, “Nasib baik mimpi, kalau tidak…malunya…”
Shazlin bangun lalu duduk semula diatas katilnya yang empuk. Dia bermimpi rupanya, patutlah langsung tidak masuk akal. Badannya sakit kerana jatuh dari katil, dia berbaring pula. Tangannya mengagau mencari jam diatas drawer disisi katil, suasana gelap membuatkan dia tidak nampak dengan jelas jarum menunjukkan pukul berapa. Lampu tidur yang pecah masih belum berganti, cahaya bulan yang menembusi tingkap biliknya juga tidak membantu, dia meletakkan semula jam lalu tangannya mencari telefon bimbitnya pula.
‘6..? subuh..’ Shazlin bangun hendak membersihkan diri, bersedia untuk menghadap yang Maha Esa. Berdoa yang terbaik untuk dirinya, memohon agar diberi petunjuk.
*~*~*
~bersambung~

an:hi....sekrang dh msk hari jumaat^^ hehe...[spoiler} sya akan update super extra long chapter lepas ni. Weee...akhirnya Shazlin dan Airyl akan berjumpa dalam bab 07^^ tungguuu...
sapa baca sya sayang, sape komen saya sayang x2 ^^
peace (^^)v

10 comments:

  1. huhu.. jgnlah mimpi Shazlin 2 btl2 terjadi.. cian kat Airyl.. comeylah watak Airly tu.. hehe.. next bab kan diorg berjumpa.. x sabar pulak nk tggu next n3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah....akak sgt bias; suka airyl... hehehe... ^_*
      nnt sy update^^ weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...yup lepas ni diorg jumpe...hehe

      Delete
  2. hehe...siap terbwk2 dlm mimpi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia mmg selalu mimpi bukan2 hahaha...^^

      Delete
  3. ekceli akak dah mula rasa 'kelainan' gile dlm cite ni .. Suke3x! :heart:

    ReplyDelete
  4. wah...unexpected.. thank you^^

    ReplyDelete
  5. ahahahaha!!! wat saspen je.. ngatkan jatuh btol2 la td.. upenyer mimpi.. ekekekeke.. best2!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. shazlin memang selalu mimpi bukan2.. XD

      Delete
  6. adoiii! terasa sakit shazlin di badankuuu~ mesti malu gilaaa! hahaaa! xD
    "kalau dia dipinta untuk meninggalkan segala minatnya sekarang, dia tidak sanggup. Dia lebih sanggup lari dari perkahwinan itu dari meninggalkan anime, manga, dan console gamenya."
    saya rasa, saya pun dah mcm airyl kut~ tak mungkin tinggalkan minat ni skarang~ TT___TT 0hh airyl-kun, i know how u feel bro~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.... minat kalau tidak melampau tak apa ^^ hehe..

      Delete