Followers

Saturday, March 3, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 07



Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!

.: 07 :.
Kedengaran tawa dua sahabat bila mereka berjenaka sesudah Tuan Haji Zainal sampai ke rumah Dato’ Mirzan. Sahabat itu bersalaman, Dato’ Mirzan menjemput mereka sekeluarga masuk ke rumahnya. Datin Norliyn juga bersalaman dengan ahli keluarga Tuan Haji Zainal, kemudian dia dan isteri Tuan Haji Zainal, Hajjah Suri sama-sama berlalu ke dapur. Mereka berbual mesra, walaupun dihalang Datin Norliyn, tetapi Hajjah Suri yang juga kawan baik Datin Norliyn tetap juga degil hendak menolong.
“Aku ingatkan kamu tak jadi datang, dah nak dekat lapan setengah.” Dato’ Mirzan bersuara kepada sahabatnya, rumah Tuan Haji Zainal bukanlah jauh mana dari rumah mereka kerana mereka tinggal di kawasan yang sama, perjalanan mengambil masa tidak sampai 10 minit. Dato’ Mirzan berjalan beriringan dengan Tuan haji Zainal terus ke meja makan memandangkan segalanya telah tersedia.
“Maaflah Zan, anak-anak aku ni banyak kerenah. Tunggu mereka bersiap punyalah lama. Cucu-cucu aku pun bersiap lagi cepat dari mereka bertiga ni.” Seloroh Tuan Haji Zainal, Aaron dan isterinya, Lisa pun ketawa bila adik-adik mereka disalahkan. Airyl, Airylia dan Airul diam tidak terkata apa, masing-masing merah wajahnya menahan malu.
“owh… begitu. Biasalah tu budak-budak remaja sekarang, kalau tak bersiap lawa-lawa nanti tak bergaya dikatanya, bak kata Shazlin; tak stylish!” Meledak ketawa Dato’ Mirzan, hari ini dia terlebih gembira kerana bukan hanya kerana sahabatnya datang ke rumahnya untuk makan malam, tetapi juga menjadi hari dia perkenalkan anaknya Putri Shazlin untuk keluarga yang diharapkan menjadi besannya.
“Shazlin dengan Hazlinda pun bersiap lama, tak turun-turun lagi dari tadi. Mereka tolong mummynya dan Kak Jah masak, dah siap baru pergi tukar baju kalau tidak baju berbau kata Shazlin. Duduklah…” Dato’ Mirzan menjemput mereka duduk, baru sahaja mereka hendak melabuhkan punggung ke kerusi Hazlinda datang menyampuk.
“Amboi…sedapnya daddy mengata Linda dengan kakak kat belakang.” Katanya dengan nada pura-pura marah. Tangannya bercekak pinggang, lagak seperti marah betul. Sesaat kemudian dia tersenyum.
“Hi uncle, dah lama sampai? Sorrylah Linda lambat turun.” Linda berkata lalu pantas menyalami tangan sahabat daddynya. Dia tersenyum manis, seterusnya dia bersalam dengan semua ahli keluarga Tuan Haji Zainal yang lain.
“Kakak kamu mana?” Tanya Datin Norliyn, dia yang baru muncul dari dapur sambil membawa dulang air laici, empat jug air telah dia sediakan. Datin Norliyn berdoa dalam hati agar anaknya tidak buat perangai tidak mahu turun. Tapi dia tahu anaknya tidak akan memalukannya kerana Shazlin telah berjanji yang dia akan berjumpa Airyl dahulu sebelum membuat keputusan. Lagipun Tuan Haji Zainal bukan begitu asing bagi Shazlin, dia sudah kenal sejak dari kecil Uncle Zainalnya.
“Tuan puteri dari kayangan tu memang macam tu mummy…betullah cakap daddy, kakak tengah siap dia kan siap lama. Tak cukup dengan pening kepala nak pakai baju apa, tambah pulak ketaq lutut dia nervous. Lagi lambatlah jawabnya.” Jawab Hazlinda. Apa lagi ketawalah mereka semua kerana kata-kata Hazlinda.
“Apa yang lucu sangat ni?” Tanya Hajjah Suri yang menatang dulang berisi gelas kosong.
“Ya Allah, Suri…kan aku dah cakap tak payah tolong. Duduk jer kat kerusi tu, kau kan tetamu aku.” Sampuk Datin Norliyn.
“Betul tu Auntie, malu Lin dengan Linda tengok Auntie tolong sedangkan kami kat atas sibuk touch up sana sini.” Sampuk Shazlin pula yang baru sahaja sampai, dia ayu berbaju kurung moden kain cotton, kemas dan sopan tetapi tidak terlalu menonjol memandangkan mereka hanya makan dirumah. Tangan Shazlin pantas mengambil dulang ditangan Hajjah Suri dan diletakkan di atas meja makan yang besar itu.
Auntie apa khabar?” Shazlin cepat-cepat menyalami tangan Hajjah Suri, dia memaniskan wajah sehabis boleh untuk menutup debar didada. Siapa yang tidak berdebar bila berhadapan dengan bakal mak mertua buat kali pertama, selama ini dia cuma menganggap Hajjah Suri sebagai kawan baik mummynya yang mesti dihormati tetapi sejak semalam, selepas Datin Norliyn memberitahu mengenai perkahwinan itu status Hajjah Suri bukan lagi hanya Auntie Suri tetapi mungkin akan menjadi mak mertuanya dalam masa terdekat jika perkahwinan yang dirancang menjadi kenyataan. Hajjah Suri tersenyum melihat budi bahasa yang ditunjukkan Shazlin.
“Khabar baik Shazlin…” Jawab Hajjah Suri, selepas Shazlin dia bersalam pula dengan Hazlinda yang menghulurkan tangannya.
“tahu pun kamu malu, yang kamu bersiap punya lama kenapa. Daddy lagi malu tau…” Dato’ Mirzan berseloroh. Lalu muncung Shazlin yang panjang sedepa muncul dan dahinya berkerut gara-gara rajuk yang tidak dapat disorok lagi.
“Kamu janganlah kata macam tu pulak kat dia, dah nak menangis dia aku tengok. Apa salahnya dia nak berias, nanti tak apa Shazlin?” Tuan Haji Zainal bersuara, Shazlin bersalam dengannya pula. Tuan Haji Zainal menyebelahinya, hilang rajuknya. Shazlin, cepat merajuk cepat juga hilang rajuknya.
“Tak Stylish uncle..” Kata Shazlin, dia tersenyum bangga bila ada orang yang membelanya.
“Tahniah atas ulang tahun syarikat uncle, Lin doakan business uncle akan semakin utuh dan berjaya. Lin minta maaf sebab tak datang dinner hari tu.” Sambung Shazlin. Dia mula berasa bersalah kerana tidak hadir, paling penting dia rasa menyesal kerana sebab dia tidak hadirlah orang tuanya membuat keputusan drastik itu.
“Takpalah Shazlin, sedangkan anak uncle sendiri pun tak mahu ikut. Uncle faham anak-anak sekarang lebih suka duduk rumah.” Kata Tuan Haji Zainal, dia sedikit pun tidak berkecil hati Shazlin tidak hadir bersama malam itu.
‘Tapi… sebab Lin tak pergilah daddy buat keputusan drastik tu…uncle…tolonglah jangan pinang Lin untuk anak uncle nanti.’ Bisik hati kecil Shazlin, dia seperti ingin menyuarakannya tapi dia tahu jika dia berbuat demikian dia hanya akan memalukan daddynya, lagipun Tuan Haji Zainal sahabat baik daddynya yang melihat dia membesar. Lagilah malu besar nanti.
“Lin ingat lagi tak dengan Abang Aaron?” pertanyaan Aaron menyedarkannya dari lamunan. Dia tersenyum, sejak membelek gambar-gambar semalam dia mengingati kembali Abang Aaron yang kacak dan isterinya yang cantik, Kak Lisa. Shazlin sangat suka pasangan ini, sama cantik sama padan. Shazlin selalu memuji dalam hatinya setiap kali dia bertemu Aaron dan Lisa betapa beruntungnya Lisa bersuamikan Aaron yang kacak, dan betapa bertuahnya Aaron beristerikan Lisa yang cantik lagi ayu itu.
“Rasa macam semalam jer baru pergi kenduri Abang Aaron kahwin dengan Kak Lisa. Tapi tengok baby ni baru sedar in berapa lama kita tak jumpa, baby kecik lagi masa raya tahun lepas sekarang dah besar. ” Shazlin berkata lalu bersalam dengan pasangan suami isteri itu, masing-masing mendukung anak mereka. Berkat membelek gambar raya tahun lepas, dia mengingati pasangan paling ‘hot’ baginya. Kemudian Shazlin bersalam dengan Airul, Airylia dan akhir sekali Airyl.
“Kalau Lin ingat abang mesti Lin ingat Airyl sekali kan?” Tanya Aaron ketika Shazlin bersalam dengan Airyl, niatnya hendak mengusik Shazlin yang didalam ingatannya sangat comel semasa kecil dahulu. Terkesima Shazlin, manakala Airyl pula menanti jawapan Shazlin. Dia juga tertanya-tanya jika Shazlin masih ingat dirinya.
“er…” Shazlin hilang kata-kata, patutkah dia memberi tahu hal sebenar atau menipu saja.
‘Nampak sangat tak ingat aku..’ Umpat Airyl dalam hati, Shazlin pula dapat mendengar kata-kata Airyl dalam hatinya, menjerit dalam hati, ‘macam manalah aku nak ingat kalau dia tak bercakap dengan orang, menyorok je kerjanya.’
“Mesti tak ingatlah tu…” perli Datin Norliyn, lalu Shazlin menarik muka lagi.
Sorry…..” Kata Shazlin panjang dan lemah. Dia rasa bersalah sangat kerana tidak mengingati ahli keluarga Uncle Zainal yang sangat baik dengannya. Wajahnya mencebik, sekali lagi dia kelihatan seperti budak yang diambil ais-krimnya. Melihat wajah Shazlin yang mencebik, Aaron, Airul, Airylia dan Hazlinda jenuh menahan tawa. Hazlinda mengetap bibir agar tidak terburai tawanya melihat reaksi kakaknya bila nama Airyl diperkatakan.
“Sudah-sudahlah tu…kesian Shazlin.” Kata Hajjah Suri, kesian dengan Shazlin yang menjadi bahan usikkan. Dia sedikit pun tidak merasa rajuk Shazlin adalah suatu yang tak elok tetapi dia merasakan rajuk Shazlin membuatkan dirinya menjadi lebih comel.
“Anak manja, begitulah dianya. Muncung memanjang…eh kita ni lama sangat terleka berbual, perut aku dah berkeroncong dah. Mari duduk makan.” Dato’ Mirzan menjemput mereka semua duduk makan, mereka terlalu leka berbual sebentar tadi. Pelbagai hidangan istimewa yang disediakan Datin Norliyn memang membangkitkan selera, mereka mula menjamah makanan setelah doa dibacakan oleh Aaron.

*~*

“Tambahlah lagi Airyl, tengok abang long kamu dah berapa kali bertambah dah uncle tengok.” Tegur Dato’ Mirzan. Airyl mengangkat muka, dia senyum dan menggeleng perlahan. Mereka semua berselera dengan hidangan yang disediakan Datin Norliyn, cuma Airyl dan Shazlin sahaja yang makan dengan perlahan. Di wajah Shazlin jelas kelihatan dia sebenarnya tidak selesa gara-gara risau pasal hal perkahwinan yang mungkin dibangkitkan, manakala Airyl pula berwajah tenang tapi hati yang gundah siapa yang tahu.
“Tak palah uncle, dah banyak ni saya makan.” Jawab Airyl sopan, tapi belum memuaskan hati Dato’ Mirzan, sebelum sempat dia berkata lanjut, isterinya terlebih dahulu bersuara.
“Tak sedap ker auntie masak?” Sengaja menduga anak bujang Tuan Haji Zainal itu. Mana tahu makanan yang dihidangkan tidak kena dengan selera Airyl, masa inilah nak tahu apa yang disukainya yang mana tidak setidak-tidaknya bila Shazlin baru kahwin nanti dia sudah ada garis panduan tanpa perlu bertanya kepada Airyl sendiri kelak.
“Eh.. bukan macam tu, auntie jangan salah faham.” Cepat-cepat Airyl menjelaskan, dia tidak mahu dia disalah anggap. Dia cuma nervous kerana berfikir tentang perkahwinan itu. Adakah mereka akan berbincang tentang itu nanti?
“Apa yang tak sedapnya, mengarut jer kau nih Nor. Nor mana pernah masak tak sedap.” Celah Hajjah Suri, pujian yang diberikan bukan kata-kata kosong bukan juga hendak membodek, lagipun tiada apa yang hendak dibodeknya, mereka sememangnya kawan rapat. Hajjah Suri memang ikhlas memuji Datin Norliyn.
Auntie masak sedaplah, saya suka.” Sambung Airyl memuji ikhlas. Datin Norliyn tersenyum bangga, tidak sia-sia dia memasak berjam-jam lamanya. Dia terus menyambung…
“Kalau macam tu baguslah, nanti auntie ajar Lin masak macam ni. Kamu jangan risau, hari-hari pun boleh makan sedap-sedap lepas kahwin nanti.” Kata Datin Norliyn bersahaja. Shazlin yang mendengar perkara yang paling dia takut diperkatakan itu tersedak, Airyl pula serta merta wajahnya menjadi merah seperti tomato, tambah pula kulitnya yang agak cerah, memang teserlahlah wajahnya yang menjadi merah kerana malu itu. Hazlinda mengigit bibir menahan ketawa, begitu juga Airylia yang duduk disebelah abangnya.
“Kamu ni Nor, tak menyempat-nyempat. Tengok tu dah tersedak anak kita, Airyl pun dah merah padam muka dia.” Dato’ Mirzan menegur  isterinya.
“Saya excited sangatlah bang…teruja.” Jelas Datin Norliyn, suaminya dan Tuan Haji Zainal serta isterinya tersenyum. Nampaknya memang topik perkahwinan akan dibuka juga hari ini.
“Sabar-sabarlah sikit, lepas makan kita bincang.”

*~*

Seluruh keluarga Tuan Haji Zainal duduk diruang rehat rumah keluarga Dato’ Mirzan sambil berbual mengenai Shazlin dan Airyl. Mereka semua duduk dengan selesa, ruang dan sofa yang ada cukup untuk mereka dua keluarga, almaklumlah rumah banglo lot Dato’ Mirzan ni memang besar saiznya.
‘Ish, mummy nih. Kata nak bagi aku jumpa dia dulu, nak hormat keputusan aku, alih-alih dia pulak yang bukak mulut dulu.’ Rajuk Shazlin di dalam hati. Dahinya berkerut walaupun bibirnya tidaklah mencebik muncung panjang sedepa, nanti apa pula kata tetamu. Dia rasa tidak adil untuk mereka berbincangkan hal itu pada pertemuan yang pertama ini, sepatutnya orang tua mereka mendengar pendapat Shazlin dan Airyl dahulu. Jari kaki Shazlin bermain-main dengan hujung karpet, tanganya pula memintal-mintal hujung bajunya.
Peluh dingin merecik di dahi Airyl, namun dia pasti cuaca bukan menjadi punca cecair-cecair itu keluar dari badannya. Dia memandang ke bawah, tidak mahu melihat riak wajah orang tuanya yang sedang rancak berbual dengan Dato’ Mirzan dan isterinya. Cuma sekali sekala dia menjeling ke arah Shazlin yang sedang leka dalam dunianya sendiri sambil menahan dari manarik muka.
“Ayah kamu ada beritahu kamu pasal itu Airyl?” Sengaja Dato’ Mirzan bertanya walaupun dia tahu Tuan Haji Zainal sudah pun menyuarakan niat dihati ingin bermenantukan Shazlin. Dari tadi hanya berbual kosong mengenai Airyl dan Shazlin, sekarang masa untuk membuka topik sebenar; kahwin.
“pasal?” Tanya Airyl, dia yang dari tadi tidak mengambil perhatian bertanyakan soalan bodoh itu.
“Kahwin..!” Jawab Aaron pendek. Airyl cuma mengangguk, tiada apa yang hendak dikomennya, lalu Dato’ Mirzan menyambung.
so…? Apa pendapat kamu?”
“er….at least beritahulah kenapa kami mesti dikahwinkan.” Kata Airyl sejujur-jujurnya. Dia mahu dengar dari mulut keluarganya sendiri, Airylia dan Airul mungkin ada menokok tambah cerita malam itu, mereka bukan boleh dipercayai sangat. Ayahnya juga tidak menyatakan sebab sebenar kenapa dia mahu Airyl berkahwin, dia mahu dengar sebab yang lebih detail.
“Betul, Lin pun nak tau jugak.” Shazlin mencelah, Airyl memandang Shazlin, tetapi cepat-cepat dia memaling semula ke arah orang tua mereka. Dia agak malu bila bertemu mata dengan Shazlin, menjadi kekok sejak hal ini dibangkitkan. Sebelum ini Airyl tidak pernah berkelakuan begini, lagipun dia dan Airylia memang pernah berkawan dengan Shazlin ketika kecil dahulu, namun bila memikirkan yang Shazlin mungkin akan menjadi isterinya, susah untuknya menetapkan status Shazlin sebagai‘kawan’.
“Kenapa Lin kena kahwin dengan dia?” Ulang Shazlin perlahan.
“Habis tu, Lin nak kahwin dengan Airul?” Seloroh Tuan Haji Zainal, sengaja mengusik anak-anak. Mata Airul dan Shazlin terbeliak, terkejut dengan gurauan ayahnya.
“Ish ayah ni, kenapa nama Airul pulak naik…” Airul cepat-cepat membidas, tidak dapat membayangkan dirinya yang belum tamat persekolahan itu dikahwinkan, simpang malaikat 44. Shazlin menggeleng pantas, sedangkan si abangnya pun dia tidak mahu inikan pula budak mentah yang belum ambil SPM pun.
Ketawa mereka melihat betapa paniknya Airul, tetapi situasi melucukan itu belum cukup untuk membuat Shazlin dan Airyl tertawa. Mereka masih membatu dan menanti jawapan dengan debar didada.
So…apa sebabnya?” Airyl sekali lagi mengulang soalan, dia tidak mahu mereka cuba mengubah topik.
“Betul nak tahu ni?” Aaron menyoal, Airyl dan Shazlin pantas mengangguk. Aaron tidak mahu ada yang menyesal bila dah tahu sebab-sebabnya, mesti merah muka menahan malu pulak. Aaron tersenyum sinis melihat Airyl dan Shazlin yang bersungguh-sungguh mahukan jawapan, dia ketawa kuat dalam hati.
“Siapa boleh jawab soalan Airyl dan Shazlin? Siapa boleh mula dulu? Airul..?” Tuan Haji Zainal memanggil nama anak bongsunya supaya memulakan hujah yang pertama.
“Sebab, umur abang dah 24. Abang long pun kahwin umur 25, setahun je beza tapi tengoklah abang nih, girlfriend pun takda. Kalau tunggu abang cari isteri sendiri sampai bila-bila pun tak dapat.” Airul berhenti disitu. Airyl menunduk malu, dia merasakan seperti dihempap batu pula bila dihentam dengan kenyataan itu, Shazlin pula terlopong dengan alasan yang terlalu mudah dan tak masuk akal itu. Takkan sebab orang lain takda kekasih dia yang menjadi mangsa, ini satu keputusan yang berat sebelah, tidak adil.
“Tepat sekali…next?” Tuan Haji Zainal membuka untuk hujah kedua.
‘apa ni, diorang ingat ini kuiz ke?’ komplin Shazlin sendiri, sedang dia mengamuk sakan didalam hatinya Hazlinda mencelah.
 “Linda nak jawab,” Linda cepat mencelah sebelum ada orang lain yang akan mengambil giliran, dia mengangkat tangan seperti menjawab soalan di dalam kelas, lalu menyambung selepas Dato’ Mirzan memberi respons dengan anggukan, “Dalam kes kakak pula, kakak…kalau kakak kahwin tak payahlah Linda teman kakak shopping and tengok wayang lagi. Linda nak keluar dengan kawan-kawan Linda jugak, ini tiap kali nak pergi tengok wayang dengan kawan mesti kena repeat tengok cerita yang sama sebab dah tengok dengan kakak awal-awal. Kakak lepas nih tengok wayang dengan husband la pulak ek?”
Good point.” Dato’ Mirzan bersetuju dengan anak bongsunya.
Kini Shazlin pula yang rasa seperti dihempap batu, kedua-dua keluarga bersedia hendak menyerang Shazlin dan Airyl bertubi-tubi dengan segala alasan mengapa mereka perlu dikahwinkan, walaupun semua alasan-alasan itu akan berbunyi seperti mereka memperli Airyl dan Shazlin, alasan tidak masuk akal. Walaupun tidak dirancang, dua keluarga ini tahu apa yang perlu mereka lakukan.
“Ibu pula next, Airyl perlu belajar berdikari duduk kat luar dan belajar menjadi dewasa.” Hajjah Suri pula memberi sebab.
“Dan juga menjadi pemimpin, nanti Airyl kena ambil alih syarikat ayah jugak. So…memimpin sebuah keluarga tu macam practicelah.” Sambung Tuan Hai Zainal.
“Shazlin pun kena belajar jadi dewasa, sampai bila nak duduk celah ketiak mummy daddy, kurangkan sikit sikap manja tu. Dah sampai masa Lin pula yang menjaga makan minum dan kebajikan orang lain dalam kata lain ‘suami’, bukan tunggu pembantu rumah atau mummy panggil makan je.” Dato’ Mirzan pula yang berhujah. Bagaikan gempa bumi dirasakan Shazlin, dirinya didalam mindanya sendiri sedang terhoyong hayang tidak dapat menerima alasan yang diberi.
“Kamu ni Airyl, kurangkan la sikap otaku kamu tu. Berenti lagi bagus, elok sangatlah tu berkurung dalam bilik je 24/7.” Aaron berkata lalu tersenyum sinis, dia tahu adiknya terseksa sekarang kerana terpaksa menadah telinga mendengar kritikan dirinya.
‘Nak tahu sangat, rasakan..hahahaha,’ ketawa Aaron didalam hati.
“Lin pun sama juga, berkurung dalam rumah sebab tengok tv, menonton dramalah, movielah. Kalau nak keluar pun sebab shopping, tengok wayang, kelas. Duduk rumah membazir elektrik, keluar pula asyik credit card menjadi mangsa. Kalau dah kahwin kena buat kerja rumah, tak adalah Lin buat semua kerja-kerja tak berfaedah tu.” Datin Norliyn menghentam cukup-cukup Shazlin, kini bukan lagi gempa bumi sahaja, kini sudah ditambah pula bom. Makin bergegarlah otak Shazlin, dia menghela nafas yang hampir tersekat.
“Kakak kena ada orang yang boleh control dia…kan…?” Sambung Linda, ‘kan’ disebut dalam nada tinggi sambil bermain mata dengan mummy mereka. Tiba-tiba Shazlin mengeluarkan tapak tangannya, menyuruh mereka berhenti, tidak sanggup lagi diri diperkatakan dihadapan keluarga Tuan Haji Zainal.MALU!
“Cukup…tak payah cakap dah.” Kata Shazlin separuh menjerit, suaranya seperti orang yang tidak cukup nafas, dia bernafas seperti orang baru menghabiskan larian pecut seratus meter. Semua orang memandangnya, mereka berhenti mengebom dua insan yang akan dipasangkan. Shazlin kemudiannya tertunduk malu, begitu juga Airyl, tidak lama kemudian mereka berdua mengeluh serentak.
“ai..dah serasi mereka ni, mengeluh pun sekali, serentak.” Usik Aaron pada Shazlin dan Airyl, makin merah muka mereka menahan malu manakala yang lain terbahak-bahak ketawa. Shazlin dan Airyl berpaling kerana malu mengelak dari bertembung mata ke mata, mereka tidak sanggup untuk bertemu renungan sesiapa lagi.
‘Malunya….’ Jerit hati mereka berdua.
*~*~*
~bersambung~

an: super long chapter as promised. huhu..11 pages^^ anyway, ini salah satu chapter yg saya suka, sbb x logik.. lol..apa pendapat korang. Sape bace saya sayang, sape komen saya sayang x2^^ 

14 comments:

  1. comel je diorg ni...bila dah jumpa malu2 plak.....hehehe...pemalu sgt si Airyl ni...qminz, bg la gmbaran sikit tntg wajah ni airyl ni..heheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambaran wajah airyl ada.. tp chapter next2^^ hehehe...

      Delete
  2. comeylah Airyl.. dh kahwin nti, mesti lg comey.. hihi.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak, kenapa sya dh tak boleh msk blog akak? T_T
      sya tak tahu mcm mn nk contact akak, ni je yg sya blh buat (menyesal tak follow siap2) T_T

      Delete
    2. hehe.. sorry dik, ada problem ckt thats why private kejap.. tp, skg dh open balik.. alahai, lamanya nk tggu kisah hero comey akak tu Airyl.. hihi..

      Delete
  3. hehehe..tak sabar na tunggu kisah diorg kahwin!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....thx for your sweet comment~!!

      Delete
  4. ahak! comel je.. x sabar tunggu dorg kaweng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you...rasa mcm speechless baca komen awak^^

      Delete
  5. weeeee! comelnyaaa airyl! first time saya rasa watak hero comel sebegini! kawaii! slalunya...watak hero macho2, skarang c0mel pulak~ geeeheee~ >:D
    tak sabar nihh! dorang kawen! xD
    dapat tinggalkan minat masing2 ke tak~ kehkehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. im so glad that you enjoy my novel very much.. segala kekurangan harap dpt dimaafkanlah.. ^^

      happy reading kay ^^

      ps: thx sbb kata airyl comei ^^

      Delete