Followers

Thursday, March 8, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 08


Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!

.: 08 :.
Shazlin melabuhkan punggung di atas tilam empuk, sebentar kemudian dia berbaring pula. Kertas nota yang dipegang ditenung lagi, dia berfikir sama ada ingin menuruti apa yang tertulis di atas nota itu atau membiarkan sahaja. Fikirannya melayang mengenang situasi tadi.
*~*
Dua keluarga itu saling bersalaman, malam sudah semakin larut Tuan Haji Zainal sekeluarga sudah ingin pulang ke rumah mereka. Rasa seperti tidak puas dua sahabat itu berbual, namun Tuan Haji Zainal perlu pulang kerana keesokkannya masih hari bekerja dan Airul pula perlu ke sekolah. Setelah memberi ruang anak-anaknya bersalaman dengan Dato’ Mirzan dan isteri, barulah Tuan Haji Zainal berjabat tangan dengan sahabatnya, Dato’ Mirzan.
“Aku balik dulu, terima kasih sebab jemput kami sekeluarga makan hari ni.” Tuan Haji Zainal berkata sambil mengemaskan lagi jabat tangan mereka.
“Tak ada masalah, lagipun kita nak kenalkan anak-anak kita kan.” luah Dato’ Mirzan lalu tersenyum sambil mengiringi Tuan Haji Zainal ke keretanya, dia amat gembira dapat bertemu dengan Airyl. Walaupun mendengar beberapa perkara tidak enak mengenai Airyl, namun dia yakin bermenantukan Airyl adalah perkara yang tepat kerana perkahwinan itu mungkin akan membawa perubahan yang baik. Wajah Shazlin merah menahan malu bila mendengar daddynya berkata begitu, Airyl pula awal-awal lagi telah berlalu ke kereta setelah bersalam dengan Dato’ Mirzan dan isterinya, Datin Norliyn. Dia tidak mahu menjadi bahan usikan mereka, oleh itu dia menyembunyikan diri.
Ketika dua sahabat itu bergerak ke kereta Tuan haji Zainal, Airylia menarik lengan Shazlin supaya berjauhan dengan orang tua mereka. Airylia menarik Shazlin ke tepi kerana dia ada benda yang perlu disampaikan, arahan dari Airyl.
“Kak Lia balik dulu ya…” kata Airylia sambil bersalaman dengan Shazlin. Berkerut wajah Shazlin, ingin bersalaman sahaja mengapa perlu ditarik jauh dari keluarga mereka. Airylia kemudian bersalam dengan dua tangan pula lalu menyelit sekeping nota ke dalam tangan Shazlin, dia kemudian merangkul Shazlin dan berbisik.
“Ni dari Airyl, jangan buang pulak.” Bisik Airylia ke telinga Shazlin. Terpinga-pinga Shazlin mendengar kenyataan itu, Airylia menepuk lembut belakang badan Shazlin. Shazlin merasa kertas yang kini berada di dalam tangannya, dia mengenggam kertas itu sekuat hati. Airylia melepaskan rangkulan itu, Shazlin tersenyum seperti orang yang sedang menahan sakit perut, senyuman penuh rasa serba salah. Airylia hampir tergelak dengan ekpresi wajah Shazlin sebegitu, dia melambai sebelum berlari ke arah kereta. Selepas kereta keluarga Tuan Haji Zainal hilang dari pandangan dan pagar rumah Dato’ Mirzan ditutup rapat, Shazlin masih berdiri di luar rumah, termenung.
“Lin… tak nak masuk ke? Sejuk ni.” Panggil Datin Norliyn yang berdiri dimuka pintu. Shazlin berpaling ke arah mummynya itu.
“Sekejap lagi Lin masuk.” Shazlin menjawab ringkas.
“Yelah, jangan lama-lama ya.” Pesan Datin Norliyn, Shazlin hanya mengangguk. Sebaik sahaja pintu ditutup, Shazlin berjalan ke taman rumahnya. Dia mengambil tempat di atas buaian, dia menghela nafas di dalam kedinginan malam. Shazlin berasa cukup berdebar-debar, apakah yang ingin disampaikan Airyl? Kertas yang telah renyuk kerana genggamannya tadi dibuka perlahan-lahan. Shazlin mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum membaca nota itu.
Ada benda yang perlu kita bincangkan,
contact saya 017-xxxxxxx
-          Airyl
*~*
“Apa yang…dia nak bincang..?” Shazlin bercakap seorang diri, tubuhnya bergolek ke kiri, dia membaca nota itu berulang-ulang kali. Kemudian dia berbaring sambil melihat lelangit katilnya, dia termenung lagi.
‘patut ke aku telefon dia? Apa yang dia nak bincang? Ntah- ntah dia nak cakap dia tak nak kahwin dengan aku tak? Tapi aku pun bukan nak kahwin pun. Ish...peninglah, kena ke call dia ni? Tapi sekarang dah lewat, takkan nak call kot. Er… ke nak mesej je? Ish, kalau call tak tau nak cakap apa lah…esok jelah decide…’ Panjang lamunan Shazlin, dia langsung tidak sedar ketukan dimuka pintu. Hazlinda yang dari tadi melihat kakaknya yang termenung menyergah kakaknya itu.
“hah!! Tengah buat apa tu?” Hazlinda menghenyak punggungnya ke atas katil Shazlin, Shazlin terkejut tetapi masih mampu mengawal riak muka, dia mengangkat kening.
‘Linda ni, saja ja nak bagi aku yang sihat ni dapat serangan jantung!’ marah Shazlin dalam hati. Mengapa tidak diluahkan sahaja?
‘tak da mood lah nak marah-marah, penat!’ desis hati Shazlin. Dia menjeling adiknya yang kini sudah berbaring di sebelahnya. Shazlin tak tahu sama ada mahu meluahkan apa yang dia rasa dihati atau nak diamkan sahaja, dia risau pisang berbuah dua kali, rabbit putus telinga lagi kerana geramkan Hazlinda, rabbit jadi mangsa ‘dera’.
“buat apa?” Hazlinda mengulang soalan selepas dilayan sepi oleh Shazlin.
“Sebok je tanya orang tengah buat apa..” Shazlin menjawab dengan nada menyampah, Hazlinda sedikit pun tidak terasa hati. Dia sama-sama merenung lelangit katil Shazlin, mereka berdiam sambil mengosongkan minda.
“tengah berfikir…” sambung Shazlin setelah beberapa ketika, menjawab soalan Hazlinda dengan ringkas. Namun jawapan yang diberi dibiarkan tergantung, dia belum bersedia meluahkan segala yang terbuku dihati.
“fikir? Fikir pasal bakal suami lah tu.. pasal abang Airyl.. kan..?” Hazlinda mengusik Shazlin, terus Shazlin menjadi panik. Perkara yang merunsingkan Shazlin terlalu mudah untuk diteka, apa lagi yang akan merunsingkan Shazlin selain ‘perkahwinan’.
“Mana ada…” Kata Shazlin separuh menjerit. Dia terus merenyukkan kertas nota yang dipegangnya lalu membalingnya ke atas meja solek. Dia bersemuka dengan Hazlinda, berharap adiknya itu tidak perasan apa yang dia lakukan sebentar tadi. Habislah pecah tembelang kalau Hazlinda nampak nota itu, sudah pasti dia akan memaksa Shazlin menelefon Airyl malam ini juga.
“ye ke tak fikir pasal abang Airyl, dia kan handsome…mesti tengah teringat dia kan..?” Usik Hazlinda lagi.
‘dia tak nampak..fuh..nasib baik, lucky.’ Kata Shazlin di dalam hatinya lagi. Tapi apa yang Hazlinda cakap memang betul, ya…Shazlin pun setuju Airyl memang kacak, dalam pandangan mata Shazlin muka Airyl sangat jambu, tidak seperti lelaki melayu lain yang hari-hari dia nampak di mana-mana. Mukanya bersih, berdagu tajam, bibirnya nipis tetapi sexy, hidung sederhana tidak terlalu tinggi, dan matanya juga menarik namun Shazlin belum melihat dengan lebih detail kerana malu takut kalau bertembung mata dengan Airyl. Airyl tinggi di mata Shazlin tapi dia tidak dapat mengagak berapa ketinggian lelaki itu mungkin 180 atau lebih, tubuhnya pula kurus nampak seperti tidak berotot langsung. Cara berpakaian Airyl juga boleh tahan, tak nampak macam nerd pun. Kalau nak bandingkan dengan mana-mana pelakon, bagi Shazlin Airyl mungkin ada sedikit iras Shim Changmin. Tapi Shazlin tidak akan sekali-kali mengaku yang dia sedang berfikir tentang Airyl, Shazlin berdalih untuk menutup hal sebenar.
‘memang taste aku..eh…apa aku fikir ni..’ Shazlin marah pada diri sendiri, dia cuba menidakkan bahawa Airyl sebenarnya kacak dan bergaya seperti lelaki-lelaki pujaannya, maklumlah Airyl pernah tinggal di Jepun sudah pasti sedikit sebanyak dia ada terpengaruh dengan gaya berjalan, percakapan dan fesyen remaja-remaja negara matahari terbit itu. Shazlin pula memang memujai pelakon-pelakon kacak Jepun, Korea dan Taiwan. Gaya dah ada cuma peribadi belum tahu.
“Takda lah, mana ada kakak teringat kat dia…dah la nak tidur, mengantuk. Hari ni pergi tidur bilik Linda, sempitlah…” Kata Shazlin, dia berpura-pura menguap, Hazlinda bangun dari katil bila Shazlin mula menolak kasar dirinya turun katil. Selimut ditarik sehingga ke paras dada, Hazlinda hanya menggeleng sebelum meninggalkan Shazlin, Shazlin memandang sekilas Hazlinda yang melangkah ke arah pintu.
“alang-alang dah lalu, tolong tutupkan suiz lampu ye..” Shazlin bercakap sambil menutup mata. Lagaknya seperti orang yang bercakap ketika tidur, mengigau. Hazlinda menoleh ke arah kakaknya, timbul pula idea nakal untuk mengenakan kakaknya lagi.
“erm… kakak ni sepatutnya kena belajar-belajarlah tidur berkongsi katil, nanti dah kahwin kena tidur satu katil dengan abang Airyl jugak.” Hazlinda mengusik, sejak mereka tamat sekolah dan melanjutkan pelajaran dia institut pengajian tinggi mereka sudah jarang tidur bersama kerana jadual kelas yang berbeza. Jika mereka tidur berasingan, tidaklah menganggu salah seorang lagi yang boleh membuta sehingga matahari tegak di atas kepala ketika sedang bersiap hendak ke kelas.
Kerana dek usikan Hazlinda tadi, mata Shazlin yang tertutup tadi terbuka luas, dia panas hati dengan gurauan Hazlinda. Shazlin bangun dari baringan lalu tangan Shazlin pantas mengambil bantal kecil di atas katilnya dan membalingnya menujui Hazlinda.
“Diamlah Linda!” Jerit Shazlin sambil membaling bantal itu, Hazlinda pula pantas mengelak. Bantal yang dibaling tersasar dari targetnya, Hazlinda ketawa mengejek Shazlin pula mengetap gigi geram.
“oooppss..tak kena, good night.” Ucap Hazlinda sebelum menutup suiz lampu bilik itu. Kemudian bilik itu menjadi gelap gelita, langsir tebal bilik yang telah dibuka tali pengikatnya menghalang cahaya bulan dan lampu jalan diluar dari menimbusinya. Hazlinda membuka pintu lalu keluar meninggalkan kakaknya yang belum tentu lagi boleh melelapkan mata atau tidak.
*~*
“eh… Lia bagi ke tak?” Tanya Airyl sebaik sahaja dia membuka pintu bilik Airylia buat kali ke-16. Sudah puas dia berulang alik dari biliknya ke bilik Airylia bertanya soalan yang sama. Telefon ditangan diperiksa sekali lagi, pastikan tidak diletakkan pada silent mode walaupun dia sendiri pasti dia tidak menukar tetapan telefon itu. Airylia pula naik rimas dengan kelakuan Airyl, dia yang tadi berbaring di atas katilnya terus bangun dan memandang marah kepada Airyl yang berdiri di muka pintu. Dia menggenggam rambutnya dan menarik kuat bagi melepaskan geram.
“Abang….Lia nak tidolah, jangan kacau dah boleh tak?” marah Airylia kepada abangnya. Sudah banyak kali dia menyatakan bahawa dia sudah pasti Shazlin terima nota itu, tetapi Airyl tetap tidak percaya.
“Habis tu, kenapa dia tak contact abang lagi?” Airyl bertanya, dari tadi dia berfikir. Adakah Shazlin tidak menyukainya, sehingga menghubungi dirinya pun dia tidak mahu. Tetapi mereka perlu berbincang, kalau Shazlin betul-betul tidak sukakan Airyl takkan dia mahu dikahwinkan dengan Airyl, mereka perlu cari jalan untuk lepas dari perkahwinan yang dirancang ini. Airyl mahu melangkah masuk ke bilik kembarnya namun belum sempat dia memboloskan diri ke dalam bilik itu Airylia terlebih dahulu menjerit, “Jangan masuk!”
Langkah kaki Airyl terhenti bila dia dijerkah begitu, Airylia mengeluh perlahan. Airylia menuding jari runcingnya ke jam di dinding biliknya.
“Abang tengok jam sekarang pukul berapa..” Airylia berkata, jam menunjukkan 5 minit lagi sebelum pukul 1.
“12.55” Jawab Airyl seperti budak kecil.
see… dah lambat kan, dia dah tido kot. Esok-esok dia call lah, yang tak sabar sangat kenapa? Tak sabar nak kahwin?” Marah Airylia lagi, kini dia pula yang berlagak seperti kakak dan Airyl pula seperti budak yang masih belum tahu apa-apa. Dia terdiam bila mendengar alasan logik adik kembarnya itu. Tapi dia bukanlah tidak sabar hendak berkahwin dengan Shazlin, dia cuma mahu berbincang dengan Shazlin kalau-kalau dia ada idea untuk mengelak dari perkahwinan ini.
“Sudahlah, pergi tidur. Jangan nak masuk bilik ni lagi, kunci pintu Lia!” Arah Airylia, Airyl hanya menurut bagai dipukau Airylia sahaja. Dia menekan butang kunci bilik itu lalu menutup pintu selepas keluar dari bilik Airylia. Bunyi ‘klik’ pintu yang perlahan kemudian menyedarkannya.
‘yang aku kunci pintu ni kenapa….?’ Kesal Airyl kerana dia tahu dia tidak dapat bertanya kepada Airylia soalan yang sama buat kali ke-17. Kaki Airyl melangkah longlai ke bilik bujangnya, harap-harap lena lah dia tidur malam ini walaupun peluang untuk melelapkan mata dan minda sangat tipis.
*~*~*

~bersambung~

an: alamak, O.O terlewat 40 minit dari masa q.min.z janji lah.. sorry^^;; (terleka tgk running man, sorry...) anyway..hehe... okay ta update kali ni? hehe...siape bace saya sayang, sape komen saya sayang x2 
peace (^^)v

13 comments:

  1. hihi.. comeylah hero akak tu.. x keruan menanti panggilan Shazlin.. hope Shazlin call la hero akak tu ek... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan call.. jgn risau^^ hehehe

      Delete
    2. err, akn call?? alahai, x sabarnya nk tggu hr jumaat ni.. ks sentap sama hero akak 2 ya.. hihi.. :D

      Delete
    3. lagi 3 hari..hehe..chapter lepas ni pnjg giler, 12 pages. plg pnjg so far...tp hurm...tgk jelah nnt..hehe.. tak nak bagi teaser..^^

      Delete
  2. agak2 airyl tu dah suka kt Shazlin tak eh? hihi...sabar airyl sabar...sok2 shazlin call la tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka dah ke eh? hurm....mungkin ya..mungkin tidak... weeeeeee....

      Delete
  3. This is another time to visit here....Smile!!
    Uniforms

    ReplyDelete
  4. update pjg skit next entry pls..x puas baca.. i like this story :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG...thank you....^^
      Insya-Allah, q.min.z akan cuba yg terbaik untuk update yang seterusnya..

      Delete
  5. betul tu updatelh panjang sikit tak puas bacalah.... lain kali update n3 baru
    bagi panjang ye kerana cite nampak mcm best je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi anor, thx sbb komen^^

      anyway, q.min.z akan cuba pnjgkan chapter akan dtg...

      sbnrnya km dh siap tulis smpi chapter 22, tp memandangkan skrg busy sgt x blh nk tulis chapter br, sbb tu kmi buat n3 seminggu sekali sahaja, supaya bila dh hbis 22 chapter nnt cukup2 smpi kami mula cuti sem, so blh lah tulis chapter bru nnt. kalau update sekrang byk2 nnt xsempat cuti dh hbs semua available chapters.. dh xblh buat consistent n3.

      so sekarang, kami akan cuba pnjgkan chapter yg sedia ada ni.
      harap bersabar... terima kasih sebab baca dan memberi pandangan^^

      @anor and @Lynn5346
      hope to see your comments again next chapters

      Delete
  6. aloooo.. best nya! x sabar nih! mcm hensem sngt airyl.. <3 <3 ehek! penyakit gatal dh menyerang ..

    ReplyDelete