Followers

Thursday, March 15, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 09

Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!



.: 09 :.
Shazlin bangun agak lambat keesokan harinya akibat sukar melelapkan mata malam tadi, dia hanya tidur-tidur ayam sebelum subuh menjelma. Banyak kali dia terjaga dalam lena yang tidak berpanjangan, kemudian fikirannya merewang memikirkan hala tuju nasibnya selepas ini, namun selepas solat subuh dia dapat merasa ketenangan dan akhirnya dapat juga dia tidur lena. Badan yang genit itu melentok bila dia menggeliat untuk menyegarkan tubuh, tangannya pula menggosok rambutnya dengan kasar menjadikannya semakin berserabut seperti sarang burung. Tabiat itu yang bermula sejak menonton drama Jepun, Hanakimi apabila watak utama perempuan dalam drama itu sering berbuat begitu kerana cuba meniru perlakuan remaja-remaja lelaki kerana dia menyamar sebagai pelajar lelaki di sekolahnya. Dari hanya menonton sehingga terikut-ikut pula perlakuan itu, sudahnya bertahun-tahun belum cukup untuk mengikis habit itu, cukup sukar untuknya merubah perlakuan yang sudah menjadi tabiatnya.
Shazlin mengerling ke arah rabbit yang terdampar disebelahnya, dia menepuk lembut kepala patung arnab itu sambil mengucapkan selamat pagi, “good morning rabbit, oh no no… scratch that, good afternoon.” Dia tersenyum kemudian, mujur malam tadi dia tidak didatangi mimpi-mimpi buruk, Shazlin memang sering dihantui nightmare namun semalam dia tidur dengan lena selepas terlalu penat memikirkan mengenai bagaimana hendak menolak permintaan keluarganya ingin melihat dirinya naik pelamin. Setelah beberapa ketika tersenyum, wajahnya kembali murung bila teringat kembali apa yang terjadi semalam. Malas hendak menyerabutkan lagi fikiran yang sudah berserabut seperti rambutnya, Shazlin pantas ke bilik air untuk membersihkan diri. Tangannya laju sahaja mencapai tuala yang bersidai dekat dengan pintu bilik air, dia perlu menyegarkan diri dengan segera, iyalah tidur lewat tidak kira berapa lama Shazlin tidur, dia tetap tidak dapat tidur yang berkualiti.
Selesai memanjakan diri dengan mandian Johnson & Johnson peach bath, membelai rambutnya baru melepasi bahu dengan syampu Loreal, menggosok gigi supaya sentiasa putih berseri serta membersihkan wajah supaya sentiasa bersih serta lembut seperti kulit bayi, Shazlin melangkah melangkah keluar bilik airnya dengan perasaan segar. Dia kemudian mengenakan pakaian, meletakkan toner di wajah sebagai syarat penjagaan kulit wajah serta losyen badan agar kulit lembut dan wangi. Rambut yang basah dikeringkan dengan pengering rambut, Shazlin melentikkan hujung rambutnya ke dalam supaya nampak ber-volume, tidak sia-sia teknik blow dan melentikkan hujung rambut yang diajar kenalannya Jimmy, sepupu rakan karibnya Tania Ng merangkap hair stylish di salon kecantikan yang sering dia kunjungi.  Selepas berpuas hati baru dia melangkah keluar bilik, dia mencari-cari kelibat Mak Jah untuk meminta pembantu rumahnya itu mengemas biliknya.
“Mak Jah…tolong kemas bilik Lin..” Ujar Shazlin sebaik sahaja bersua muka dengan pembantu rumahnya itu. Permintaannya disuarakan dengan nada sopan kerana dia bukan memerintah, dia cuma meminta tolong memandangkan itu sememangnya kerja Mak Jah sebagai pembantu rumah di rumah banglo itu.
“Baiklah Lin, kejap lagi Mak Jah pergi kemas.” Kata Mak Jah, dia perlu menghabiskan kerjanya yang lain dahulu sebelum mengemas bilik Shazlin.
“Terima kasih ye Mak Jah…” Ucap Shazlin sopan, dia kemudian senyum sebelum berlari menuruni tangga rumah untuk ke ruang rehat rumahnya. Terasa seperti tidak ingin duduk di situ kerana masih teringat-ingat ‘kuiz’ yang diadakan semalam untuk mengenakannya dan Airyl. Dia malu bukan kepalang, malu dengan Tuan Haji Zainal sekeluarga, malu dengan Airyl dan malu dengan diri sendiri kerana bersikap seperti yang mummy, daddy dan Hazlinda nyatakan semalam, kalau dirumuskan dalam satu perkataan mereka sekeluarga cuba katakan adalah; keanak-anakan atau dalam bahasa inggeris, childish. Shazlin mengeluh perlahan, dia duduk juga di atas sofa empuk itu kerana memang itu tempat dia melepak setiap hari, tempat dia memonopoli televisyen setiap kali dia mula menonton drama dan filem di ruang rehat keluarga.
“ai…muka cantik-cantik mengeluh pulak pagi-pagi ni..” Satu suara menegurnya. Razlan yang dipanggil Shazlin dan Hazlinda sebagai Abang Lan menegurnya, dia tahu walaupun hari sudah dinihari tetapi itu tetap pagi bagi Shazlin. Razlan bekerja sebagai pemandu Dato’ Mirzan, sudah tujuh tahun dia bekerja dengan Dato’ Mirzan. Pada mulanya dia bekerja sementara selepas tamat persekolahan sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM sebagai dispatch di pejabat Dato’ Mirzan kerana salah seorang dispatch mereka ketika itu bercuti kerana terlibat dengan kemalangan. Tetapi kerana dia gagal mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana keputusan SPM yang kurang memberangsangkan, Dato’ Mirzan memberi Razlan peluang kerja sebagai pemandunya kerana kebetulan pemandu Dato’ Mirzan sebelum ini hendak berhenti kerana usia yang semakin lanjut, dia mahu berehat sahaja dirumah dan menghabiskan masanya dengan isteri, anak-anak serta cucu-cucunya. Memang kadang kala ‘kebetulan’ berbunyi seperti tidak logik, tetapi sudah menjadi rezekinya, Razlan menerima tawaran kerja dengan hati terbuka kerana dia ingin membantu keluarganya yang susah dan ibu bapa yang menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah tambahan pula Dato’ Mirzan dengan baik hati menaja Razlan mengambil lesen memandu kereta. Sejak itu Razlan selalu berdoa supaya Dato’ Mirzan sekeluarga dimurahkan rezeki seperti mana dengan mudahnya Allah SWT memberi ruang untuk Dato’ Mirzan menjadi platform menyampaikan rezeki Allah yang maha besar itu kepadannya. Oleh sebab itu Razlan sangat rapat dengan ahli keluarga Dato’ Mirzan disamping sikapnya yang mengambil berat dan ceria amat disenangi mereka seisi keluarga.
“saja nak perli orang lah tu…dah tengaharilah Abang Lan..” Ucap Shazlin, lantas muncungnya muncul kerana salah sangka Razlan hanya hendak menyindirnya. Shazlin memang rapat dengan Razlan kerana Razlanlah yang menghantarnya ke kolej setiap kali dia ada kelas. Setiap kali mula semester yang baru Shazlin akan memberi sekeping salinan fotostat jadual kelasnya supaya Razlan tahu bila dia perlu dihantar dan dijemput.
“Mana ada abang Lan perli, betullah abang cakap..bagi orang yang baru bangun bila bukak je mata mesti akan cakap pagi kan? Mesti Shazlin ada ucap ‘good morning’ tadi kan?” Terang Razlan, Shazlin terkesima bila Razlan dapat mengagak apa yang dilakukannya tadi.
“Ni, ada parcel. Lin punya.” Nyata Razlan sambil menyuakan kotak sederhana besar kepada Shazlin. Bibir Shazlin terus mengulit senyuman gembira, lebar senyumannya. Sebaik sahaja bungkusan itu beralih tangan, Shazlin ketawa kerana dek gembira dan teruja untuk melihat apa di dalamnya.
‘Ini kalau bukan Jeremy Scott, mesti Tania hantar untuk aku ni…’ Kata hati Shazlin gembira, dia mendakap sambil menari-nari di dalam mindanya sendiri.
“Shazlin..?” Panggil Razlan yang kehairanan melihat kelakuan Shazlin yang mendakap erat kotak itu sambil tersenyum dan memejamkan matanya diselang-selikan dengan tawa. Sekali tengok sudah seperti orang hilang akal sahaja Shazlin ni, dua kali tengok seperti orang kurang siuman.
“ah..?” respons Shazlin, dia termalu bila dipanggil begitu.
‘sudah, mesti dia ingat aku gila. Nasib baik aku tak termenari betul-betul tadi..pheww…’ luah hati Shazlin yang malu hingga tidak tahu mana hendak disorokkan muka lagi. Shazlin terus berlagak selamba untuk menutup malunya sebentar tadi. Razlan masih memandangnya kehairanan, kalau dia boleh membaca dan melihat melalui pemikiran orang lain sudah pasti dia gelak sehingga tergolek ke lantai bila nampak apa yang difikirkan Shazlin sebentar tadi.
“ah..thanks Abang Lan. Abang Lan tak pergi sembahyang jumaat ke?” Tanya Shazlin. Dia sengaja bertanya begitu supaya Razlan segera meninggalkannya bersendirian di situ, iyalah orang baru lepas dapat malu mestilah nak bersendirian.
“Nak pergi la ni…Lin ada nak pergi mana-mana ke petang ni?”
“Tak, takde,” jawab Shazlin pendek untuk pertanyaan Razlan tadi.
“Kalau macam tu abang pergi dulu,” Razlan kemudian terus berlalu meninggalkan Shazlin. Dia mengintai motor Razlan untuk memastikan lelaki itu telah keluar dari garaj rumahnya sebelum melompat di atas sofa meraikan bungkusan yang baru diterimanya. Bungkusan ringan itu diangkat tinggi di atas kepalanya, dia melompat ceria seperti kanak-kanak, seolah-olah dia berseorangan di dalam rumah itu.
“Putri Shazlin Mirzan Azmi, dah buang tabiat ke?”
Kaki Shazlin berhenti melompat, senyumannya menghilang. Dia berpaling perlahan di belakangnya kini berdiri Datin Norliyn sambil bercekak pinggangnya sambil memandang Shazlin.
‘alamak malu lagi….double malu!’ rintih hati Shazlin, sudah dua kali dia malu hari ini, hari baru pukul 12 lebih. Entah berapa kali malu akan dia tempuh lagi sepanjang hari ini, sudahlah semalam dia sudah malu besar.
‘MALU, MALU, MALUUUUUUUUUUUUU…’ Jerit hati Shazlin. Sudah tentu itu tidak terluah dibibirnya, dia hanya menelan segala-galanya , biarlah apa-apa pun segalanya telah terjadi. Kakinya turun dari sofa itu, mujurlah tubuhnya ringan kalu tidak pasti rosak sofa itu. Dia kemudian duduk di atas sofa itu seperti tidak ada apa-apa yang berlaku tadi, Datin Norliyn menturutinya lalu duduk bertentangan dengan Shazlin.
“Yang Lin lompat-lompat ni kenapa?” Tanya Datin Norliyn, soalan itu dibiarkan tidak berjawab kerana Shazlin hanya dengar tak dengar apa yang mummynya berkata sebentar tadi. Tangan tadi sibuk membuka bungkusan itu, dengan berhati-hati dia membukanya. Datin Norliyn hanya menggeleng anaknya yang seperti terpukau dengan bungkusan itu, matanya terpaku padanya tidak langsung berpaling atau menjeling ke arah lain. Dia tersenyum bila telahannya tepat, baju yang dijanjikan Tania telah sampai ke rumah. Dia mengangkat tinggi bajunya sambil mulutnya pula terbuka seperti huruf ‘O’, dia mengagumi rekaan baju itu. Rekaan Tania semakin hari semakin baik, Shazlin sangat berbangga kerana mempunyai sahabat yang sangat berbakat.
‘tak sia-sia pernantian aku..hehehe..thanks Tania,’ Shazlin bermonolog. Monolognya tidak berpanjangan bila Datin Norliyn memanggilnya supaya dia memberi perhatian kepada Datin Norliyn.
“Dengar sini elok-elok, Uncle Zainal kata dia dan Auntie Suri suka sangat dengan Lin. Walaupun mummy cakap Lin masih banyak kekurangan tapi Auntie Suri cakap Lin masih ada banyak masa untuk belajar. Mereka kalau boleh nak datang meminang Lin minggu depan…Uncle Zainal jugak janji yang dia akan mengajar Airyl supaya boleh menjadi suami yang bertanggung jawab untuk Lin.” Terang Datin Norliyn, mata Shazlin yang tadi seperti intan yang bersinar-sinar kini terbeliak mendengar kenyataan itu.
‘Meminang? NOOOOOOOOOOOOOOOOOOO………….’ Jerit Shazlin di dalam mindanya, baju yang diagung-agungkan tadi terlepas dari tangan lalu jatuh ke lantai. Shazlin bagai dipukul kuat di kepala, otaknya seperti tidak dapat berfikir untuk ketika itu, dia hanya terlopong sehingga apa yang dikatakan oleh Datin Norliyn seterusnya langsung tidak didengari mahupun difahami lagi. Shazlin seperti telah terasing dari dunia orang lain dia bersendirian merintih di dalam hatinya, ketakutan. Takut untuk menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan.
*~*
Derap kaki Shazlin yang berlari di atas tangga itu jelas kedengaran di seluruh rumah, laju sahaja dia memanjat tangga rumahnya kerana ingin segera ke kamar tidurnya. Selepas berfikir panjang, menghabiskan masanya selama 45 minit termenung dan berfikir, Shazlin teringat akan nota Airyl semalam. Jika rumah Dato’ Mirzan ini hanyalah rumah papan, sudah pasti bergegar seluruh rumah kerana hentakan kaki Shazlin yang kuat. Dia hendak Datin Norliyn mendengar protestnya, selain hendak cepat ke bilik. Dia mesti cari semula di mana dia mencampakkan nota Airyl semalam, setidak-tidaknya dia mahu mendengar apa yang lelaki itu mahu bincangkan.
Pintu biliknya dibuka luas dan Shazlin segera melangkah masuk, baju yang baru diterima tadi cuma dicampak ke atas katil.
‘ah, abaikan dulu kertas tu lagi penting..’ bisik hati Shazlin, dia segera cuba mengingati apa nasib kertas nota itu semalam. Bermula dari dia menerima kertas itu, dia mengenggamnya, kemudian dia membaca kertas itu, akhir sekali dia mencampakkan kertas itu kerana kehadiran Hazlinda kerana dia tidak mahu Hazlinda dapat tahu mengenai kertas nota itu.
“Ish..mana pulak aku campak kertas tu..haish…eodisseo~ (di mana)?” Shazlin merungut sambil menggosok-gosok kepala, rambut yang tadi sudah disisir kemas menjadi serabai semula, dia menyesal kerana tidak menyimpan kertas itu baik-baik atau terus menyimpan nombor telefon Airyl ke dalam telefon bimbitnya. Shazlin merangkak untuk mencari kertas itu di atas lantai sekeliling biliknya, lantai yang sejuk dan bersih diperhatikan.
“ala…Mak Jah dah kemas bilik, mesti dia dah sapu bilik.” Shazlin berkata sendiri lagi lalu segera bergerak keluar bilik untuk mencari Mak Jah. Mak Jah yang sedang menghidang makan tengah hari menjemput Shazlin makan sebaik sahaja tubuh Shazlin muncul dihadapannya.
“Makan Lin…” Ajak Mak Jah, Shazlin langsung tiada selera untuk makan. Dia ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan sekarang selain makan.
“Nanti jelah Mak Jah, er… Mak Jah, tadi masa Mak Jah sapu bilik ada jumpa kertas tak atas lantai?” Shazlin terus bertanya, straight to the point. Mak Jah berhenti menyusun pinggan di atas meja, dia memaling ke arah Shazlin sambil mengerut dahi seperti perlaku orang yang sedang berfikir.
“Kertas apa tu Shazlin?” Mak Jah cuba mengingati.
“Kertas kecik je, macam nota kecik.” Shazlin memberitahu, dia langsung tidak mahu memberitahu apa isi kandungan kertas itu, biar dia seorang sahaja yang tahu.
“Rasanya takda.” Jawab Mak Jah, lantas Shazlin mengulam senyum kelat.
“Kalau macam tu, takpalah Mak Jah..” Kata Shazlin, dia terus berlari semula naik ke bilik. Mak Jah yang kehairanan menjerit memangil anak gadis itu, “Shazlin betul tak nak makan lagi ke?” Tanya Mak Jah sekali lagi.
“Tak nak..” Jerit Shazlin dari tangga dengan kuat. Sebaik sahaja Shazlin hilang dari pandangan Datin Norliyn muncul di meja makan itu, dia pantas menarik kerusi lalu menghenyakkan punggungnya.
“kenapa dengan Shazlin tu?” Tanya Datin Norliyn, pertanyaan itu dijawab dengan tawa, soal Shazlin habis disitu sahaja.
Shazlin sudah pun masuk ke biliknya, pintu yang ditutup dengan kuat dan cepat mengeluarkan bunyi yang kuat. Dia segera mencari nota tersebut, walaupun dia tidak tahu ke mana kertas itu melantun semalam setidak-tidaknya dia tahu kertas itu mesti masih di dalam biliknya ini.
“Semalam masa aku baling kertas tu, aku kat atas katil.” Shazlin bercakap seorang diri, dia segera melompat ke atas katil dan duduk diposisi bagaimana dia duduk semalam.
“Aku duduk kat sini, then aku baling kertas tu guna tangan kiri…kertas tu mesti terbang kat…” Shazlin berkira-kira ke mana gumpalan kertas itu tercampak. Dia berlagak seperti sedang mencampakkan kertas itu, Shazlin menoleh ke kiri, dia tersenyum bila sudah menemui jawapan. Dia segera bangun dan bergerak ke meja soleknya, jenuh mencari sekitar meja itu dan di atas meja solek itu. Bila dia hampir untuk berputus asa kerana kertas itu tiada diatas meja, dia ternampak kertas renyuk yang dicari di dalam bekas menyimpan getah rambutnya. Tersorok disebalik getah rambut rupanya.
“Ada kat sini rupanya..” Ucap Shazlin sendiri, dia tersenyum lega. Tangannya pantas mengambil kertas itu, dan juga iphone4 yang diletakkan di atas drawer kecil disisi katil. Punggungnya dihenyakkan pada katil empuknya, jari jemari Shazlin pantas menyimpan nombor telefon Airyl.
save as…er…that boy’ omel Shazlin sambil menyimpan nombor telefon Airyl dengan nama ‘that boy’. Shazlin mengambil nafas panjang untuk mengambil kekuatan, dia kemudian menaip SMS kepada bakal suaminya itu,
Salam,
Airyl, apa yang awak nak bincang?
- Shazlin
Dengan debar di dada, jari telunjuknya segera menyentuh butang send, SMS itu berjaya dihantar. Shazlin mengeluh, cuba mengurangkan debaran. Lama menanti, dia berbaring pula. Airyl masih belum membalas SMS yang dihantar, Shazlin merungut sendirian, “lambatnya Airyl ni! Aku ni dah macam cacing kepanasan tau tak…” 
Shazlin bergolek-golek keresahan, dia sesekali memintal hujung bantal. Baju rekaan Tania yang ditindih langsung tidak dihiraukan, dia sudah lupa akan kewujuan baju itu, kepalanya sesak dengan perkara lain. Sepuluh minit berlalu namun masih tiada jawapan dari Airyl, Shazlin mula naik berang.
“Dia ni kenapa? Tunggu aku telefon ke?” Marah Shazlin, dia kalau boleh tidak mahu bercakap terus dengan Airyl, dia belum bersedia untuk bercakap dengan lelaki itu. Diikutkan hati yang geram ingin sahaja Shazlin mencampak telefon bimbitnya, tetapi bukan salah iphone4 itu pun mengapa perlu menjadi mangsa melepaskan geram Shazlin.
‘eeiii…geramnya, mana lah mamat ni…’ Marah Shazlin dalam hati, dia kemudian mengangkat telefon bimbitnya seperti hendak mencampakkannya dek kegeraman tetapi pantas dia memarahi dirinya.
“Jangan Shazlin, ni handphone baru…kesian kat phone ni.” Shazlin bercakap dengan diri sendiri, dia kemudian melemparkan pandangan ke telefon bimbitnya itu. Kemudian dia terbaca sesuatu di atas skrin telefon bimbit itu yang membuatkan dirinya terasa seperti orang bodoh.
Friday
13:14
“Hari Jumaat bodoh…mestilah dia pi sembahyang jumaat..buat penat je marah-marah, naik geram amenda semua..baru je tadi aku suruh Abang Lan pi sembahyang jumaat, macam manalah boleh lupa pulak ni.” Marah Shazlin pada diri sendiri, sudah banyak kali dia termalu hari ini. Sekali lagi dia termalu, walaupun tiada siapa disitu tetapi Shazlin tetap berasa malu seperti semua barang dan perabot di dalam biliknya sekarang sedang mentertawakan kebodohan dirinya. Dia bangun dari pembaringan dan duduk diatas katil itu.
“Aku bukan bodoh lah, runsing je…sebab tu lah tak boleh fikir elok-elok.” Bentak Shazlin kepada perabot-perabot serta barang-barang lain di dalam biliknya yang pada hakikatnya tidak bernyawa. Shazlin menyandar pada kepala katil dengan muncung sedepa, matanya tiba-tiba terlihat pada baju yang ditindih tadi.
OMG baju aku…im sorry Tania” Rintih Shazlin sambil mencapai baju itu dan diangkat tinggi, mujur tiada kerosakan pada baju itu tiada perhiasannya yang tercabut. Berkali kali dia meminta maaf pada Tania yang tidak tahu menahu apa yang berlaku dan juga kepada baju yang tidak bernyawa itu seperti dia telah buat kesalahan sangat besar. Baju yang dipegang dirapatkan ke dada seperti sedang mendakapnya erat.
‘Ni semua Airyl tu punya pasal…’ Marah Shazlin sendiri. Walaupun Airyl tidak seharusnya dipersalahkan tetapi Shazlin tetap mahu menyalahkan lelaki itu. Dimata Shazlin terpancar kemarahan yang membara dan giginya diketap geram, dia berharap untuk memulangkan paku buah keras nanti.
‘Sakitnye hati..…’
*~*
Sesudah Airyl memboloskan diri ke dalam kereta Honda Jazznya, tangan kanan Airyl pantas menghidupkan enjin kereta, dia ingin segera menghidupkan penghawa dingin keretanya. Waktu tengah hari begini memang panasnya tidak terkira, tingkapnya diturunkan bagi mengeluarkan haba panas di dalam kereta. Penghawa dingin dibuka pada kesejukan paling maksimum, dia menghela nafas lega bila angin sejuk menapa tubuhnya. Selepas beberapa ketika, tingkap keretanya dinaikkan semula selepas haba panas sudah keluar. Sudah hampir 15 minit dia di situ, namun dia masih belum bergerak ke pejabat. Dia masih ada masa, lagipun perjalanan ke pejabatnya bukanlah jauh mana, tidak sampai 20 minit pun.
Tangan Airyl mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya, dia baru sedar ada mesej masuk kerana sedari tadi telefon bimbitnya diletakkan pada mode senyap supaya tidak menganggu dirinya yang menghadap Illahi. Mesej itu diterima dari nombor yang tidak dikenali, dia mula mengagak itu mungkin dari Shazlin. Peti mesej dibuka, dia membaca mesej Shazlin itu, akhirnya Shazlin menghubungi dirinya, dia tidak lagi tertunggu-tunggu pangilan Shazlin.
‘Patut ke aku reply je mesej dia? Ke.. nak call…?’ Airyl berkira-kira apa tindakan yang lebih baik, nak cakap malu, kalau cuma berbalas mesej mesti susah hendak berbincang.  
call jelah, baru macam ikhlas sikit nak cakap.’ Bisik hati Airyl lagi, Airyl mengangguk sendiri. Dia mengambil nafas, kemudian nombor telefon Shazlin didail, hati Airyl berdebar-debar menanti jawapan dihujung panggilan.
hello…”
*~*~*
~bersambung~

an: it's friday~!! 

chapter ni memang panjang, tapi cuma banyak part Shazlin je, part Airyl sikit (@Eliza Ab, jgn marah yer kak ros^^;;) Tapi lepas chapter ni akan ada banyak conversation between Shazlin+Airyl. Get ready untuk mengadap perangai Shazlin yang mengada2+childish+suka merajuk, dan Airyl yang terpaksa beralah sbb Shazlin....eh..mana boleh bagi teaser byk2 kan? weeeee...tunggu dengan sabarnye next friday^^


Sape bace saya sayang, siapa komen saya sayang x2..

ps: Special shout out for my two akak whose are my strongest supporter, i love you both!! (+your novels)
IBOO 

*edit* 
SHOUT OUT FOR DAYANA (MY 50th follower)
*throw confetti*

15 comments:

  1. erk, eliza ab?? huhu.. malu la pulak rsnya.. apa2 pn thanks dear.. wish u all the best..

    ha.. nk komen ni.. nape hero akak tu keluar last.. huhu.. sedih bangat.. nk kena tggu next friday la baru hero akak tu muncul sepenuhnya.. apa2 pn my hero very gentleman la.. haha.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... sabar yer kak... q.min.z akan cuba bg byk2kan part dia nnt..(currently writing chapter 23^^)

      airyl gentleman? hehe..bila dtg angin gentleman dia, mmg lah...hehehe..dpn2 kena lah bg good first impression.. lama2 blk perangai otaku dia. haha

      Delete
    2. hehe.. xpe2, janji comey hero akak tu.. yg pasti next chapter kena letak dr awal hingga akhir hero akak tu ya.. hamboi, demand btl akak ni.. hahaha.. :D

      Delete
  2. alalalahai...potong btul.bru nk tau apa airyl nk ckp ngn shazlin tetiba bersambung lak...dah kna tgu lgik...hehehehe...mesti airyl menggelabah xpun control ensem nti..xyah tgu jumaat bole x? leh la...please! *bodek*

    anyway tq for the shout out...herm, the sisterhood of ............. qminz or kak ros tlg sambung! ngee.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat ending chapter suspen2 baru best.. (dera readers)
      nak double update lah ni...?
      nnt q check blh ke tak...hehe...

      Delete
    2. alaaaa, bole la.... *kenyit mata wat muka innocent* :)

      Delete
    3. akak update RR dlu^^ q nk kena edit dlu chapter ni...

      aish...lemah btl aku bila org merayu2 ni...^^;;

      Delete
    4. hamboi.. siap main tarik tali npk adik akak berdua ni.. klu mcm tu, biar akak ajelah yg tlg update HOS,HPI & RR tu.. hahaha.. :D

      Delete
    5. hahaha....mestilah... x aci, kak iboo blh amek cuti..hehe.. q pun nk amek cuti gak...weee.... ass.inment berlambak. tp sumer susah.. menyampah amat~~!! kalau RR updated sblm jumaat, q akan update HOS,HPI pun update gak^^ hehehehe...

      Delete
    6. hahahah....leh lak camtu eh..akak nak update xkira yah kira ari apa.so, qminz la update dulu.td akak dah bagi teaser skit psl rayyan kira ok la tu.

      kak ros, nti leh wat satu bab special utk guest writer tlg update RR gn HOS,HPI...hihihihih...

      Delete
    7. @iboo yelah2.. q kalah dgn pujukan akak. nnt kol 12 q update^^

      hehehe... bagus cadangan kak iboo.. haha.. nnt kta collab, huhu.. buat watak2 jumpe antara satu sama lain. hoho... *kuat berangan*

      Delete
    8. bagus gak tu...collabo yo!nti kita pk2...hehehe...yg hade ni pun lembap nak menulis, xpe yg pntg ada planning.. :)

      Delete
  3. chiyok!!!menyesal plak x baca awal2 citer ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi rafidah terima kasih kerana membaca dan memberi sokongan^^
      xpe sekarang belum terlambat^^

      Delete
  4. helo~~~ hehehehhe..*ikot berdebar sama..

    ReplyDelete