Followers

Saturday, March 17, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 10


Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!


.: 10 :.

Usai solat zohor, Shazlin melipat telekung dan menggantungkannya pada penyangkut baju. Kemudian dia berlalu ke almari pakaiannya untuk menyimpan telekungnya di dalam almari, matanya beralih ke baju yang baru digantung di dalam almari sebelum dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah s.w.t tadi. Hatinya berbunga riang semula, hilang sudah angin tidak eloknya. Tangannya menutup semula almari itu dengan perlahan, kakinya bergerak ke arah katilnya. Terus dia menghempaskan tubuh ke atas katil lalu berbaring di atas katil itu.

‘Kenapalah Uncle Zainal dan Auntie Suri suka sangat kat aku? Sebab aku cantik sangat ke?’ Teka Shazlin di dalam mindanya, dia memang suka memuji diri sendiri. Otaknya ligat memikirkan soal yang diperkatakan Datin Norliyn sebentar tadi, kalau ikutkan dirinya bukanlah sempurna, dia belum pandai memasak, mengemas rumah dia malas, semua kerja rumah diserahkan seratus peratus di atas bahu Mak Jah, sedangkan bilik tidurnya sendiri pun dia menyuruh Mak Jah yang kemaskan. Yang dia ada cuma badan sendiri, itu sajalah yang boleh dia banggakan. Lainlah kalau bakatnya dalam berfesyen boleh diambil kira dalam pengiraan calon menantu, dan juga bakat dia dalam bidang hiasan dalaman kerana itu bidang yang dia pelajari di kolej.  

Dalam sibuk bermain teka-teki dengan diri sendiri, Shazlin terlelap untuk jangka masa yang cukup untuk dirinya mendapat mimpi yang bukan-bukan lagi.

Dia bermimpi keadaan dirinya yang serabai tidak terurus, tidak secantik sebelum berkahwin. Rambutnya sebelum ini cantik hanya diikat tidak kemas, dahinya berpeluh kerana keletihan membersihkan rumah, tiba-tiba dia mendengar suara Airyl mengarahnya untuk menghidangkan makanan.

mummy daddy…Lin nak balik….Airyl buli Lin…’ Shazlin menjerit dalam hati. Menjerit sekuat hati menyuarakan ketidakpuasan hatinya dibuli sedemikian rupa. Tiba-tiba mimpi ngerinya berakhir bila iphone4nya menjerit minta dijawab, lagu nyanyian kumpulan penyanyi korea 2NE1 yang bertajuk ‘Im The Best’ berkumandang sekeliling bilik. Terpisat-pisat Shazlin bangun untuk menjawab talian yang sudah lama menanti untuk dijawab.

hello…” Jawab Shazlin dengan nada yang lemah, dia tidak membaca nama pemanggil terlebih dahulu tidak tahu panggilan yang diterima adalah Airyl. Airyl pula berdebar hebat, dia hampir kehilangan kata.

hello, Putri Shazlin?” Airyl seperti bertanya, untuk memastikan adakah dia menghubungi orang yang betul. Shazlin diam tidak menjawab, Shazlin berasa pelik siapa pula yang menghubungi dirinya. Shazlin menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga, dengan mata yang masih berat dia membaca nama yang tertera pada skrin.

‘siapalah yang call aku ni, siap sebut nama penuh lagi tu..that boy…?’ Shazlin membaca dalam hatinya. Berkerut dahi Shazlin membaca nama yang baru disimpan tadi. Shazlin yang belum terjaga sepenuhnya menggosok kepala dan rambutnya memikirkan siapakah si pemanggil ini, dia masih mamai oleh itu dia tidak ingat siapa kah ‘that boy’.

That boy?” Tiba-tiba Shazlin terjerit bila teringat siapakah itu ‘that boy’. Matanya segera menjadi segar bugar terkejut dengan panggilan telefon itu, dia terus terduduk. Tangannya laju sahaja menampar muka, menyalahkan diri kerana menjerit tadi, risau mungkin Airyl terdengar jeritannya, jika itu berlaku maka tercatatlah rekod dia malu buat kali ke empat untuk hari ini sahaja.

“Putri Shazlin? Are you there?” Tanya Airyl lagi, dia sengaja buat-buat seperti tidak mendengar apa yang Shazlin jeritkan tadi. Lagipun dia tak pasti apa yang Shazlin jeritkan tadi dan mengapa dia menjerit seperti itu.

Yes, yes, yes..” jawab Shazlin pantas, Shazlin panik tiba-tiba sahaja jantungnya berdetak kencang, Airyl menghubunginya dalam keadaan dia paling tidak bersedia.

‘aish…kenapalah dia tak mesej je..janganlah dia dengar suara nervous aku,’ gerutu Shazlin dalam hatinya. Airyl menyambung bicara setelah tiada tanda-tanda Shazlin akan bercakap dahulu, mereka telah berdiam terlalu lama.

‘Baik cakap aku je, jangan bazirkan topup.’ Bisik hati Airyl. Dia berdehem sekali untuk menarik perhatian Shazlin.

“Saya minta maaf sebab tak jawab awak tadi, saya solat jumaat tadi.” Katanya sopan, tetapi Airyl tidak tahu dengan mengukit hal solat jumaat dan sms Shazlin mengundang malu yang teramat pada Shazlin. Mukanya sudah berona merah, Shazlin menyorokkan mukanya disebalik rabbit yang dipegang dengan tangan kirinya sebelum dia membalas kata-kata Airyl.

“mesej saya sampai lambat ke? Saya hantar pagi tadi.” Bohong Shazlin, dia tidak mahu Airyl menganggap dirinya tidak tahu menghormati waktu orang lain. Walaupun sebenarnya pagi tadi dia sedang enak dibuai mimpi, tetapi bedal sajalah bukannya Airyl tahu mengenai dirinya yang tidur sehingga matahari tegak di atas kepala.

“owh…begitu, iyalah kot. Mungkin sampai lambat, saya baru terima tadi.” Balas Airyl, dia masih belum membuka bicara yang sebenar. Sebelum dia sempat bercakap mengenai itu Shazlin terlebih dahulu bertanya,

So…apa yang awak nak bincangkan?” Tanya Shazlin.

“er… awak tahukan apa yang saya nak cakap?” Tanya Airyl kepada Shazlin, dia malu hendak menyatakan, oleh itu dia berharap Shazlin faham sendiri.

‘Ish, mamat ni, aku tanya dia, dia tanya aku balik!’ Omel Shazlin dalam hati, mulutnya terkumat kamit seperti memarahi Airyl. Patung arnabnya diletakkan kembali ke atas katil sebelum menyambung bicara.

“Manalah saya tahu apa yang awak nak cakap, saya bukan boleh baca fikiran awak.” Balas Shazlin, dia sengaja tidak mahu menyebut perkataan ‘kahwin’ itu. Biarkan sahaja si lelaki yang mulakan dahulu, apa-apa pun Airyl yang approach dia dahulu.

‘Cakap belit-belit pun tak guna, straight to the point je lah.’ Guman Airyl dalam hatinya, dia mencampakkan malunya jauh-jauh, dia menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan kata.

“OK, pasal kahwin.” Ujar Airyl pantas, tangannya menggengam stereng keretanya dengan kuat. Dia diam sebentar menanti reaksi Shazlin namun dia hanya mendengar Shazlin menghela nafas seperti mengeluh.

“awak…setuju ke? Setuju ke dengan rancangan orang tua kita?” Airyl memberanikan diri untuk bertanya, dia tidak mahu melukakan hati tuan puteri ini, walaupun dia tidak tahu apa yang Shazlin rasai, sama ada dia bersetuju atau tidak namun Airyl tidak mahu buat Shazlin terasa seperti Airyl menolak perkahwinan ini kerana dirinya, merajuk pula anak gadis Dato’ Mirzan ni nanti.

“awak..?” Shazlin bertanya pula, dia enggan memberi jawapan. Airyl hampa bila Shazlin enggan menjawab, ini bermakna dialah yang terpaksa berterus terang dahulu.

“Saya…belum bersedia.” Kata Airyl ringkas, dia takut pula bila memikirkan apa reaksi yang bakal Shazlin berikan. Berdebar dada Airyl menanti butir bicara Shazlin pula. Airyl memang belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami, bukan senang, besar tanggungjawab itu. Menjaga anak orang, orang memberi sepenuh kepercayaan pada dirinya, risau jika dia tidak dapat melakukan dengan baik. Shazlin mengeluh sekali lagi, bertambah-tambahlah risau Airyl.

“samalah kita, saya belum bersedia untuk menjadi isteri orang.” Kata Shazlin, dia sudah bersedia untuk berterus terang, mamainya sudah hilang dia perlu serius.

‘adalah peluang cerah tak kawen ni,’ bisik hati Shazlin sendiri, dia ingin meletakkan tanggungjawab membatalkan perkahwinan di atas bahu Airyl sepenuhnya kerana Airyl lelaki. Kalau Airyl cakap tak mahu mesti keluarganya tidak akan datang meminang.

“habis tu awak nak buat ape?” Tanya Airyl, dia mahu mendengar pendapat Shazlin dahulu. Mana tahu Shazlin ada pandangan mengenai hal ini. Shazlin belum menjawab, memang perbualan mereka lebih banyak berdiam dari bercakap.

“awak….awak boleh tak awak cakap kat family awak, awak tak nak kahwin lagi. Please…” Pujuk Shazlin. Shazlin kemudian menggigit bibirnya, bimbang akan apa reaksi yang akan diberi Airyl.

“saya ke nak kena cakap? Awak tak boleh ke..?” Airyl membalas, dia tidak mahu berdepan dengan ibu dan ayahnya untuk memberitahu dia tidak mahu berkahwin. Walaupun ibu dan ayahnya boleh bertolak ansur tetapi dia tetap tidak mahu melukakan hati orang tuanya. Mujurlah dia masih solo, kalau tidak mesti pening memikirkan nak jaga hati kekasih lagi.

“awaklah cakap, awak tahu tak keluarga awak nak datang meminang saya minggu depan?” Tanya Shazlin kepada Airyl yang setia menanti jawapan dihujung talian.

“Minggu depan?” tanya Airyl dalam nada terkejut, dia langsung tidak mendengar perihal meminang dari mulut orang tuanya pagi ini. Mereka buat keputusan sendiri. Airyl tidak sangka secepat itu mereka membuat keputusan, terlalu cepat. Dia belum pun berkata apa-apa mengenai hal ini.

“yup.”

‘apa ni, ayah cakap nak bagi masa kat aku. Alih-alih ada plan nak meminang pulak, minggu depan pulak tu.’ Rungut Airyl di dalam hatinya. Dia sudah tidak senang duduk, kalau boleh Airyl mahu penghawa dingin dikuatkan lagi biar kedinginan menenangkan dirinya namun tahap kesejukkan telah pun pada tahap paling maksimum. Kini cuma tinggal keretanya sahaja ditempat parkir kereta, dia sudah pasti akan lambat ke pejabat jika perbualan ini berlarutan lebih lama.

“awak tolak jelah pinangan tu..” Airyl berkata dengan selamba. Rancangan Shazlin hendak menolak segalanya ke atas bahu lelaki ini tidak berjaya. Shazlin mula naik marah, dia tidak lagi akan bercakap dengan sopan.

“kenapa pulak saya, awak cakaplah kat family awak yang awak tak bersedia lagi. Tak payah penat-penat diorang datang meminang.” Marah Shazlin, Airyl tersentak bila Shazlin mula meninggikan suaranya. Tak sangka gadis kecil molek ini boleh melontarkan suaranya kuat sebegini rupa.

“Saya tak boleh buat macam tu…I can’t say no to them for now, awak tak faham kedudukan saya…” Airyl berkata, belum dia habis memujuk Shazlin untuk menolak pinangan keluarganya Shazlin terlebih dahulu menjerit.

“Awak memang pengecut!!” bentak Shazlin sekali gus dia memutuskan panggilan. Telefon bimbit yang digenggam dihempuk ke atas tilam, mujurlah iphone4 itu tidak melantun ke atas lantai. Shazlin mengambil patung arnabnya dan seperti biasa patung tu menjadi mangsa dia melepaskan geram. Shazlin memegang telinga patung arnab itu yang panjang lalu dia menghempuk-hempuk ke atas katil itu.

‘geramnya aku, geramnya, geramnya…!’ Jerit hati Shazlin, dia terus menghempuk patung arnab itu sekuat hati. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering lagi menandakan mesej masuk, Shazlin berhenti dari terus menyeksa patung arnab itu. Tangannya pantas mengambil telefon bimbitnya dan membuka peti mesej.

That boy.’ Shazlin membaca nama pengirim, dia tersenyum sinis.

“Ada hati lagi nak hantar mesej kat aku.” Rungut Shazlin, dia membaca mesej yang dihantar oleh Airyl itu. Shazlin tidak tahu bagaimana tidak keruannya Airyl bila Shazlin memarahinya, bukan Airyl tidak tahu perangai Shazlin yang manja dan kuat merajuk kalau Shazlin mengadu kepada Dato’ Mirzan, sudah semestinya dia akan mendapat sesi ceramah dari ayahnya kerana menaikkan kemarahan puteri sulung Dato’ Mirzan itu.

Salam,
Putri Shazlin saya minta maaf sebab terlalu mementingkan diri tadi.
Tolong maafkan saya.

Shazlin memuncungkan bibirnya, dia tidak mahu mengalah dengan cepat walaupun separuh dari dirinya sudah pun memaafkan Airyl. Shazlin, cepat marah cepat sejuk, bukannya gaduh besar pun tadi, takkan nak merajuk lama-lama lagipun Airyl ni bukanlah sesiapa. Kalau Shazlin merajuk panjang pun Airyl tidak akan datang kerumah untuk memujuknya. Jari Shazlin pantas membalas mesej itu.

Airyl, awak tak boleh ke berdepan dgn ibu ayah awak cakap awak taknak kahwin lg.?

Shazlin menyentuh butang send, sebentar sahaja Airyl membalas mesej itu. Shazlin segera membuka dan membacanya.

Saya taknak melukakan hati ibu ayah saya, sbb tu saya tak boleh nak cakap macam tu kat ibu ayah saya.
Ps; awak dah maafkan saya blm?

Shazlin merengus perlahan, Airyl ni terlalu taat pada orang tuanya. Susahlah untuk dia menolak apa yang dipinta oleh ibu ayahnya.

‘baik betul budak ni kat mak bapak die..’ Monolog Shazlin sendiri.

Kalau mummy saya tak bagi saya tolak pinangan tu, padanlah dengan muka awak. Kena kahwin dgn saya!!

Balas Shazlin cepat, dia sengaja memprovok Airyl. Kata-kata maaf Airyl diabaikan sahaja, dari mahu hendak maafkan sahaja keterlanjuran kata Airyl, Shazlin terus mengabaikan sahaja kata maaf itu. Harap-harap lelaki itu akan beralah juga akhirnya.

Padan muka KITA OK, awak pun bukannya nak kahwin dgn saya pun kan?

“eh eh mamat ni, nak cari gaduh pulak.” Marah Shazlin kini bukan sahaja di dalam hati, tetapi sudah terucap dibibirnya. Shazlin mengetap gigi tanda geram, dia pantas menjawab mesej Airyl, skrin iphone4 ditekan dengan kuat dek geram.

Eh..nak cari gaduh ker? Apa pulak padan muka kita?(`) Kalau kita kahwin jugak, tahulah saya macam mana nak seksa awak!! Padan muka o(>< )o

Shazlin membalas dengan sinisnya. Sikap kebudak-budakannya terserlah dalam sms yang baru dihantar. Sudahlah mengugut seperti budak kecik, selitkan pulak emoticon pada mesej itu.

“biarkan…dia mesti cuak baca mesej aku..” Kata Shazlin sendiri, sebentar kemudian iphone4nya menyanyi lagi. Shazlin tidak sabar lagi untuk membaca apa yang dibalas Airyl.

(_”) saya bukan nak cari gaduh.\(--)Macam ni lah, kalau kita ber-sms macam ni sampai bila pun masalah kita tak settle. Kita jumpa bincang elok2, boleh? (_?)

“tak nak mengalah lagi? Siap balas emoticon aku lagi.” Shazlin merungut, Shazlin menghela nafas panjang. Lalu dia menjawab sms itu.

Time and location please o(>o<”)o

Shazlin sudah malas hendak berbalah dengan Airyl, betul juga kata lelaki itu. Kalau berterus-terusan bergaduh sampai bila pun masalah tidak akan selesai. Mereka perlu berbincang dengan serius, seperti orang dewasa bukan bergauh macam budak-budak.

Esok pagi, pukul 11. Tempat nanti saya mesej lain.

‘pagi?? Tak bolehlah aku tidur sampai tengah hari esok.’ Bisik hati Shazlin, dia membalas mesej Airyl.

OK

Sebaik sahaja butang send disentuh, kedengaran bunyi motor Razlan yang baru pulang dari masjid. Mungkin dia singgah dimana-mana, oleh itu dia lambat sampai ke rumah. Shazlin teringat dia perlu menempah Razlan untuk menghantarnya untuk bertemu Airyl esok. Perut Shazlin yang belum diisi lagi sejak pagi bernyanyi-nyanyi minta diisi, Shazlin dengan pantas keluar biliknya dan turun ke bawah.

*~*~*
~bersambung~ 
an: q seriously kalah dgn pujuk rayu kak iboo, so adalah update hr ni.
okay2..tahu, chapter ni more to Shazlin side, tapi Airyl muncul gak kan? hehe..anyway mengada2 kan Shazlin ni..haha..tgk diorg ber-sms ada emoticon, macam tu lah q dan min.z ber-sms..hehehe..

ps: nk tgk byk lagi japanese emoticon, check kat sini.


10 comments:

  1. yeay!!!!tq adikku cyg!heheheeh...cute giler diorg bls2 msg cenggitu...haaa,bru la puas ati dpt tau apa yang diorg bualkan...ni gaduh2 manja jap gi tangkap cintan ni...xsabar nk tgu dak xmatured tu fall in love.

    hehe...sok or senin akak update RR k. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... gaduh2 manaja....^^


      yay...RR..(^0^)/ x sbr nk baca.

      Delete
  2. haha.. kelakarlah diorg berdua tu.. mcm budak2 but sweet aje.. next chptr mesti diorg berjumpakan?? err, berjumpa ke?? huhuhu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, diorg akan jumpa.
      and untuk tulis pasal diorg jumpa pun amek dlm 2-3 chapters jugak. byk btl diorg sembang (-______-") hehe

      Delete
    2. sembang ke bertekak? ngeeee....msti shazlin manja terlebih dos nih.. :)

      Delete
    3. mcm tau2 je akak ni^^ hehe...

      Delete
    4. erk, 2-3 chpt.. biar betul.. byk btl diorg bualkan.. pastikan hero akak tu cool n comey ya.. hihi.. :D

      Delete
    5. haah...mula diorg gado2 dulu, ada flash back skit, then diorg bincang elok2 plak^^

      Delete
  3. 'padan muka kita ok' . <---ayat nih gempak! hak33

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... insya-allah kami akan cuba buat byk lagi ayat gempak2^^ hehhe.. terima kasih kerana membaca dn komen^^

      Delete