Followers

Thursday, March 22, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 11



Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!

.: 11 :.
Keesokkan harinya Shazlin tidak tidur semula selepas subuh, sesuatu yang sangat jarang berlaku terutamanya pada hari cuti begini. Usai solat subuh yang sudah hampir habis waktu itu dia bersiap dengan sweat shirtnya, dan track bottom. Shazlin berlari anak menuruni tangga, rambutnya yang diikat ponytail berayun ke kanan dan ke kiri. Sebaik sahaja dia menapak ke bawah, dia terus ke dapur.
“ai…Shazlin, awal bangun. Selalunya selagi mummy tak panggil makan tengahhari selagi tu lah Lin tak bangun-bangun.” Sindir Datin Norliyn kepada anak gadisnya itu. Datin Norliyn sedang menyediakan sarapan pagi terkejut mendengar derap kaki Shazlin yang melangkah ke dapur. Selalunya hanya dia berseorangan menyedia sarapan pagi setiap hari kerana Mak Jah hanya akan datang selepas pukul sembilan, sama waktu orang masuk pejabat tetapi Mak Jah akan pulang lambat sedikit dari waktu pejabat, selalunya Mak Jah pulang selepas dia dan Datin Norliyn siap menyediakan makan malam. Cuma kalau ada kerja yang perlu diselesaikan Mak Jah akan pulang lebih lewat, overtime.
“erm…ada hal nak buat hari ni,” Shazlin memberitahu mummynya, tetapi dia tidak akan sesekali bocorkan rahsia yang dia akan pergi keluar berjumpa Airyl, nanti bersorak kegembiraanlah mummy dan daddynya kalau mereka tahu, lain pulak jadinya nanti.
“hal?” Tanya Datin Norliyn tanpa berkalih ke arah Shazlin, tangannya sibuk memotong sayur untuk dimasukkan ke dalam bihun goreng nanti. Soal Datin Norliyn dibiarkan sahaja tidak berjawab. Shazlin membuka peti sejuk untuk mengambil kotak susu UHT, dia ingin mengalas perut sebelum pergi melakukan aktiviti pagi itu. Tangan Shazlin mencapai gelas dan menuang susu itu ke dalam gelas itu, lalu dia meneguk susu itu sambil bersandar pada kabinet dapur. Mata Shazlin sebenarnya masih mengantuk tetapi digagahkan juga untuk pergi berjogging pagi ini, matanya ditahan agar hilang kantuknya.
‘Pandai pula ambil minuman sendiri bila Kak Jah takda anak aku ni.’ Kata hati Datin Norliyn sambil menggeleng-geleng kepalanya, dia tergelak kecil bila teringat Shazlin yang manja itu akhirnya mengambil minuman sendiri. Nasib baik tahu di mana peti sejuk rumah mereka, kerana pintu peti sejuk di dapur itu sama seperti kabinet dapur, ada yang salah sangka rumah mereka tiada peti sejuk kerana tidak jumpa pintunya, almaklumlah integrated build-in refrigerator lah katakan.
Habis segelas susu diteguk, Shazlin meletakkan sahaja gelas yang digunakan ke dalam sinki. Jangan haraplah Shazlin hendak membasuhnya, dibiarkan sahaja disitu. Lagi pun dia tidak mahu lambat, kalau tidak nanti panas pula bila cik matahari sudah memunculkan diri dengan garangnya.
“Pergi dulu, mummy…” Kata Shazlin selamba lalu bergerak ke pintu depan rumah, Datin Norliyn menoleh lalu bertanya, “Lin nak pergi mana?”
Pelik juga perlakuan Shazlin hari ini, sudahlah bangun awal, hendak keluar rumah dengan hanya memakai sweat shirt dan track bottom, selalunya bukan main lagi berias, dengan make-up apa segala, lagi satu yang menjadi kemuskilan Datin Norliyn ialah sikap mendiamkan diri Shazlin, selalunya ada sahaja yang akan dicakapkan Shazlin, dia bukan jenis yang mendiamkan diri. Datin Norliyn berhenti dari memotong sayur, dia meletakkan pisau ke tepi lalu membontotti Shazlin. Shazlin berhenti sebentar di suiz utama rumah mereka, alarm dimatikan kerana dia tahu dialah orang pertama yang akan keluar rumah hari ini. Sesudah suiz alarm dimatikan Shazlin bergerak ke rak kasut, tangan cepat sahaja mencapai kasut sukannya yang berjenama NIKE. Dia menyarungkan kasut itu sambil diperhatikan Datin Norliyn tidak percaya.
“betul ker apa yang mummy tengok ni?” Tanya Datin Norliyn dengan matanya membulat tidak percaya, dia kepalanya sudah dapat mengagak apa yang Shazlin hendak buat. Sesudah Shazlin mengikat tali kasutnya dengan ketat dia terus berdiri menghadap Datin Norliyn, tangannya diletakkan di atas bahu Datin Norliyn.
“betullah mummy, Lin nak gi jogging ni.” Jelas Shazlin lalu tersenyum, sudah kurang sedikit rasa mengantuknya selepas minum susu tadi. Semangatnya kini menbara-bara, pergi jogging biar segar sikit badan hari ini.
“berat Lin naik ker?” Tanya Datin Norliyn, dia sendiri hairan mengapa anaknya yang kecil molek ini hendak buat senaman pagi. Selalunya malas, paling hebat senaman yang Shazlin buat adalah menari dan senam aerobik itu pun dua bulan sekali baru boleh lihat dia buat aktiviti itu. Shazlin yang mendengar pertanyaan Datin Shazlin terus mencebir bibirnya merajuk, dahi berkerut bila mummynya tanya begitu.
mummy ni, mana ada berat Lin naik…dah lah, nak pergi dulu. Mummy masak sarapan sedap-sedap tau…” Lin berkata, lalu dia mencium pipi Datin Norliyn kiri dan kanan.
“Pergi dulu…” Kata Shazlin perlahan, kemudian bibirnya kembali mencebik. Datin Norliyn tersengeh melihat anaknya yang tak habis-habis dengan muncung itiknya.
“Baik tak payah jogging kalau balik nak makan sarapan, kalau sedap mesti makan banyak nanti..” perli Datin Norliyn kepada Shazlin yang baru membuka pintu rumah. Shazlin berkalih, mukanya lebih monyok dari tadi.
“Okay, okay..mummy tak kata dah. Cepatlah pergi, matahari dah nak keluar tu nanti panas, Lin bukannya tahan panas.” Pujuk Datin Norliyn kepada anaknya.
itekimasu (pergi dulu),”  Ujar Shazlin lalu dia keluar dari rumah. Shazlin berjogging sekitar kawasan perumahan mereka, udara pagi yang dingin dihirup penuh nikmat. Dia berlari perlahan selama 40 minit sebelum berhenti di bahu jalan.
“bestnye udara…sejuk…” Luah Shazlin sendiri apabila dia berhenti sebentar untuk mengambil nafas yang sudah tidak teratur. Kawasan perumahan mereka yang agak tinggi di atas bukit membuatkan udara lebih dingin. Shazlin bersandar pada penghadang sambil mengambil angin, tangannya kejap memegang penghadang itu kerana berasa sedikit gayat. 
‘hmmm…badan segar macam ni baru ada semangat nak jumpa dia. Macam Sanchai, masa dia nak declare perang dengan Dao Mingsi dia pun pergi jogging dulu sebelum tampal kertas merah kat dahi laki tu.’ Monolog Shazlin di dalam hati, dia teringat babak dalam drama Meteor Garden versi Taiwan itu, kegilaannya terhadap drama membuatkan dia sering membandingkan kehidupannya dengan drama-drama yang ditonton.
“Tapi aku ni bukan nak pergi berperang, nak pergi bincang.” Shazlin bercakap seorang diri, kalau ada orang yang nampak dia bercakap seorang diri ini pasti akan dikatanya gila.
This marriage thing makes my world upside down..” Keluh Shazlin, dia kemudian berlari anak semula kerumahnya. Cukuplah untuk hari ini, dia perlu bersiap segera untuk keluar berjumpa Airyl.

*~*
Sudah 50 minit Shazlin menanti, orang yang ditunggu-tunggu tetap tidak muncul. Kalau diikutkan Airyl sudah lewat 20 minit dari masa yang dijanjikan, Shazlin pula datang awal kerana tidak mahu Razlan ternampak kelibat Airyl kalau mereka muncul pada waktu yang sama. Boleh jadi Razlan akan membawa mulut bercerita kata Shazlin berjumpa lelaki, kecoh seisi rumah nanti, mulut Razlan tu bukan boleh dipercayai sangat, mulut tempayan. Shazlin sudah memanggil pelayan untuk meminta air coklat yang ketiga, perutnya sudah hampir kembung dengan air tetapi duduk sahaja memang membosankan. Tangan Kanannya menongkat dagu, rambut depannya yang menutupi mata dikais-kais dengan jari supaya tidak mencucuk mata.
Sebentar kemudian pelayan datang menghantar minumannya, dia mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut. Baru sahaja bibir dirapatkan pada straw, iphone4 Shazlin berbunyi menandakan ada mesej masuk. Shazlin membaca sms yang diterima sambil menghirup air coklat ais yang baru dihantar tadi.
‘sampai pun mesej dia ni..’ Omel Shazlin sebaik sahaja nampak ‘selfish boy’ di skrin telefon bimbitnya, dia sudah menukar ‘that boy’ kepada ‘selfish boy’ semalam, kerana kata-kata Airyl yang agak mementingkan diri semalam, lagipun dia sendiri mengaku dia mementingkan diri dalam smsnya. Shazlin sudah panas hati dengan kelewatan Airyl,

Salam,
awak lambat lagi ke?

What? Lambat lagi ke? Dia cakap,” hampir tersedak Shazlin kerana tidak menyempat-nyempat hendak memarahi Airyl. Muka Shazlin berasa panas kerana menahan marah, kalaulah café itu daddy dia punya sudah pasti dia menjerit. Shazlin cepat-cepat membalas mesej Airyl tadi.

‘lambat lagi ker?’ O.o
SAYA YANG PATUT TANYA SOALAN TU!!!!!!! SAYA DAH SAMPAI 50 MINIT YANG LEPAS TAU!!!! o(>_<+)o

Butang send ditekan, sengaja Shazlin menggunakan huruf besar biar Airyl tahu yang dia sedang marah, dia menjerit-jerit seperti orang gila marahkan Airyl dalam mindanya, sudah berkepul-kepul asap keluar dari telinganya. Emoticon yang ditambah dibelakang ayat menunjukkan dia sedang mengepal tangan menahan geram yang amat.
‘Kalau tak faham jugak aku tak taulah.’ Gerutu Shazlin dalam hati. Tidak sampai sepuluh saat selepas mesej yang berbaur marahnya dihantar, telefon bimbitnya menjerit nyaring irama lagu ‘Im The Best’, Airyl membuat panggilan pula.
“Awak kat mana?” sergah Shazlin sebaik sahaja dia menjawab telefon.
“hey, relex ah…salam pun tak bagi tiba-tiba marah-marah pulak.” Balas Airyl cepat. Airyl pasti Shazlin pasti sudah memuncungkan bibirnya, sebelum Shazlin membebel dia terlebih dahulu bersuara, “Awak dah sampai ke? Kenapa tak nampak pun?”
“Ya, saya dah lama sampai, awak yang lambat.” Marah Shazlin, penantian memang memenatkan, belum campur resah memikirkan cara untuk memujuk Airyl supaya beralah dengan dirinya, memang tak senang duduk Shazlin sepanjang 50 minit tadi, Shazlin bukanlah seorang yang boleh bersabar sangat tambah-tambah bab menunggu, memang dia tidak suka. Timbul rasa bersalah pada Airyl kerana tidak menghubungi Shazlin awal-awal.
“Awak di mana?” Tanya Airyl, sedari tadi dia belum nampak kelibat Shazlin.
“Dalam café ni lah, meja no…9” Shazlin belum habis dengan marahnya. Airyl mengeluh perlahan, nampaknya susahlah dia nak pujuk puteri seorang ni merajuk lagi. Airyl terjenguk-jenguk mencari Shazlin, tengkuknya sudah seperti tengkuk zirafah pula, namun dia masih tak nampak Shazlin.
Can please raise up you hand, please…saya tak nampak awak lah. Awak silap tempat ke?” Kata Airyl, dia boleh mendengar Shazlin merengus bosan di hujung talian.
‘boleh pulak dia suruh angkat tangan.. buat malu ja..’ gerutu Shazlin lagi di dalam hatinya, namun dia tetap mengikut permintaan Airyl. Airyl tertoleh-toleh mencari tangan Shazlin, akhirnya dia nampak seseorang mangangkat tangan, selang dua meja dari tempat duduknya. Airyl lekas bangun lalu menuju ke meja Shazlin. Memang patutlah mereka tidak perasan antara satu sama lain, mereka duduk membelakangi antara satu sama lain. Tubuh Shazlin yang kecil dan pendek memang tersorok disebalik kerusi yang tinggi tempat penyandarnya.
You can put your hand down now..” Kata Airyl sambil memandang Shazlin, Shazlin pantas monoleh untuk melihat si dia yang lewat. Mata mereka bertemu tetapi dalam pandangan yang berbeza, Airyl dengan pandangan rasa bersalahnya manakala Shazlin dengan pandangan marah.

*~*~*
~bersambung~

an: sorry korang, chapter ni terpendek lah. 8pages je. hurm..minggu dpan kita tgk mcm mna Airyl + Shazlin bersembang bertekak^^ 
sape bace kami sayang, hehe sape komen kami sayang x2. weeeeee...

9 comments:

  1. erk, mmg pendek.. bc2 dh pn hbs.. huhu.. nk kena tggu minggu depan la pulak bru diorg bertentang mata antara 1 sama lain.. huhu.. kasi comey n cool ya hero akak tu.. hehe.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... akak jugak yg first comment~!! hehehe... terima kasih.

      hehe.. kita tgk mcm mna hero akak tu handling lin yg byk songeh tu... hehe... tunggu....

      Delete
    2. sudah pasti akan menunggunya.. x pn akak ajak Hazrel sekali utk join Airyl.. err, kenapa AJID msk dlm ni.. haha.. :D

      Delete
    3. haha..kalau hazrel ikut. dgn mulut dia yg amat...tiada insurance...
      mesti kena kaw2 dgn shazlin, hahaha...tgk lah mcm mn dia mngamuk nnt.. haha

      Delete
    4. potong stim lagik...tengah syok baca bersambung lak!!!adehhh... *tepuk dahi* qminz ni saje jek kan...cubit pipi karang baru tau... ;)

      Delete
    5. hehe...qminz mmg suke buat mcm ni~!! weeeeeeeeeeeeeee......
      tggu lah mggu depan.. hehe... kak farah g bace journal dulu..haha

      Delete
    6. i'm back!!!exam dah abisss....hahahahha....ye la akak tgu mgu depan laaaa.... :( lame nau nk nunggu jumaat.ptut wat entry panjang skit sbb n3 smgu skali kan...bagi cadangan ni...ngihihihihi....

      Delete
    7. syoknye exam dh hbs... q br start semester.
      hehe...skrg ni...buat ms ni.. q pki je chapters yg sedia ada...
      kalau blh bg pnjg, q bg pnjg^^

      Delete