Followers

Thursday, March 29, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 12


Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!
.: 12 :.
“Kenapa awak tak mesej saya cakap dah sampai tadi?” Tanya Airyl tenang, dia sudah mematikan talian dan menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya. Tanpa dijemput Airyl mengambil tempat bertentangan dengan Shazlin, Shazlin masih memandangnya marah.
“Saya kan sampai awal, kalau saya mesej awal-awal kelam kabut pulak awak datang nanti. Dah lambat tu, boleh pulak tanya saya lambat lagi ke?” Jawab Shazlin acuh tidak acuh, matanya kini menjeling ke luar cermin jernih itu, melihat gelagat orang di luar yang lalu lalang. Pedas rasa diperli sedemikian rupa, Airyl menarik nafas dalam-dalam sebelum menbidas.
“Saya tak lambatlah, saya tak pernah lambat bila berjanji dengan orang. Saya cuma tak nampak awak duduk kat sini, kalau awak beritahu awak dah sampai mesti saya cari awak sampai jumpa tadi..” Airyl membela dirinya, dia memang tidak pernah lewat jika berjanji dengan orang sikap, itu yang dia pelajari dari masyarakat jepun semasa tinggal disana, ketepatan masa amat penting baginya.
“Dia yang jemput orang, dialah yang kena mesej.” Gumam Shazlin, namun Airyl dapat menangkap bait-bait kata-kata Shazlin. Timbul rasa bersalah yang menggunung.
Ok look, im sorry. Saya silap, maafkan saya.” Airyl beralah, mood Shazlin yang tak baik tidak sesuai untuk meneruskan perbincangan mereka. Setidak-tidaknya dia perlu biar Shazlin sejuk dahulu. Walaupun sudah memohon maaf, masih tiada perubahan pada wajah Shazlin, muka yang comel hilang kecomelannya kerana ditarik masam. Shazlin tidak mahu terlalu cepat memaafkan Airyl yang dianggap sebagai orang asing baginya walaupun kata mummy dan daddy, mereka pernah berkawan ketika kecil.
“Nasiblah air-cond kat cafe ni kuat, kalau tak terbakar dah hati saya tunggu awak.” Kata Shazlin, dia kemudian menyedut air coklat aisnya yang sudah berbaki tiga suku. Airyl hampir tergelak bila Shazlin kata hatinya hampir terbakar, perkara yang sengaja Shazlin katakan kerana ingin menunjukkan betapa dia marah dianggap lucu pula bagi Airyl. Namun dia cuba tahan tawanya dari meledak, nanti tak pasal-pasal tuan puteri di hadapannya kini mengamuk, sudahlah tuan puteri ni cepat melenting.
“Kenapa datang awal sangat? sampai setengah jam awal awak datang.” Soal Airyl, dia tertanya-tanya mengapa Shazlin menyatakan dia sampai 50 minit yang lalu.
“Habis, awak nak biar driver saya nampak saya keluar dengan awak? Abang Lan tu bukan boleh percaya, nanti dia hebohkan satu rumah yang saya keluar dengan awak. Elok-elok katanya meminang minggu depan, jadi majlis nikah terus, baru padanlah dengan muka.” Bebel Shazlin panjang, Airyl tidak dapat menahan tawanya lagi. Entah mengapa apa yang Shazlin katakan berbunyi lucu ditelinganya, berdekah-dekah ketawanya. Berbicara dengan Shazlin secara berhadapan memang berbeza dengan bercakap melalui telefon, walaupun cara Shazlin bercakap masih sama tetapi setidak-tidaknya dia terhibur melihat memek muka Shazlin yang berbagai. Hilang rasa nervous Airyl, sehinggakan dia mampu ketawa dan tersenyum.
‘Kurang asam, dia gelakkan aku…’ Luah hati Shazlin yang kegeraman, giginya diketap kuat. Kalau diikutkan hati mahu saja dia gigit kepala lelaki dihadapannya kini. Tangan Shazlin dikepal menahan marah, tiba-tiba sahaja dia menghentak meja secara tidak sedar.
“Yang awak gelak tu kenapa!! Damn it!!” Marah Shazlin, terdiam Airyl bila dijerkah Shazlin. Mereka yang di meja berdekatan turut memandang sekilas ke arah Shazlin yang sedang marah, kebanyakan mereka menganggap Shazlin dan Airyl sedang bergaduh manja, couple fight. Padahal Shazlin dan Airyl bukanlah pasangan kekasih, berkawan pun tidak.
‘alamak…dah melenting la pulak puteri ni, tu la Airyl yang kau gelakkan dia kenapa.’ Marah Airyl pada diri sendiri. Airyl sudah takut untuk membuka mulut, dia membetulkan kedudukannya. Dia berdehem perlahan lalu mengungkapkan lagi kata maaf, “sorry..”
‘ish..yang aku termarah dia kenapa…habisla, takda can la nak pujuk dia suruh cakap dengan mak bapak dia.’ Hati Shazlin bermadah, kemudian dia menyambung lagi menasihati dirinya sendiri, ‘ah…tak boleh pujuk aku paksa, tak pun ugut dia. Aku dah marah dia mesti dia tengah cuak, Putri Shazlin maintain garang..’ 
Masing-masing terdiam melayan perasaan sendiri, Airyl mula tidak senang duduk bila Shazlin terus dengan marahnya, sampai bila mereka hendak duduk di situ tanpa berkata-kata apa.
“Cuba awak bertenang. Kan saya dah minta maaf, kita jumpa ni nak berbincang bukan bergaduh.” Pujuk Airyl tetapi Shazlin langsung tidak makan pujuk, Airyl perlu belajar macam mana nak pujuk Shazlin.
‘tak boleh jadi ni,’ bisik hati Airyl.
“tunggu kejap..” Kata Airyl sebelum dia bangun ke kaunter, Shazlin tidak ambil kisah dengan apa yang dilakukan Airyl, dia hanya menyibukkan diri membetulkan rambutnya. Seketika kemudian Airyl duduk kembali ke tempatnya, dia tersenyum namun Shazlin tidak dapat memahami apa maksud disebalik senyuman itu. Berkerut dahi Shazlin memikirkan apa kena dengan Airyl yang tiba-tiba sahaja senyum kepadanya. Dalam sibuk Shazlin berfikir tiba-tiba datang seorang pelayan menatang dulang, dia menghidangkan lebih sepuluh jenis kek, puding dan juga ais-krim di atas meja itu. Shazlin tidak berkedip mata melihat bila tangan pelayan itu meletakkan satu per satu pinggan yang berisi dessert itu. Telan air liur Shazlin melihatnya, mulutnya muncung bukan kerana merajuk atau marah lagi tetapi kerana teringinkan makanan itu.
‘wah….memang berkesan taktik ni, dah nak meleleh air liur dia ni aku tengok. Bukan senang aku nak belanja orang makan, adik aku pun aku tak belanja tau Tuan Puteri oii’ Bisik hati Airyl, dia sudah menongkat dagu melihat gelagat Shazlin bila semua dessert ini dihidangkan. Dia tersenyum kerana terhibur dengan ekpresi wajah Shazlin, priceless, memang kelakar dah macam dalam anime pulak. Susah nak cari manusia normal berperangai macam Shazlin ni, macam kartun.
“ah! Ah!” Laju sahaja Airyl menegah sambil menampar tangan Shazlin bila dia mahu mengambil cheese cake dihadapannya sebaik sahaja pelayan tadi meninggalkan mereka.
itai…(sakit)” Shazlin mengaduh kesakitan, pipinya dikembungkan tanda geram. Shazlin mengecilkan matanya sambil memberi pandangan tajam kepada Airyl, tak sangka Airyl berani memukul tangannya walaupun bukanlah sekuat mana tetapi sedang orang tuanya tidak pernah walau menjentik dia, ini Airyl yang tiada kena mengena dengannya pula yang naik tangan. Ini belum berkahwin kalau dah kahwin entah macam manalah nanti, teringat dia pada mimpi semalam, mungkinkah dia akan dibuli seperti dalam mimpi itu. Muncung Shazlin semakin panjang bila terfikir begitu, Airyl pula buat muka tidak bersalah. Airyl agak terkejut bila Shazlin berbahasa Jepun tadi, tetapi dia menjaga riak wajah supaya nampak serius.
“awak tak boleh makan ni…” Airyl memberi amaran, tetapi belum habis dia bercakap Shazlin terus memotong.
“kedekut!!!” Shazlin berkata lalu mencebik kembali, merajuklah tu.
“Kejaplah saya tak habis cakap lagi…ini semua untuk awak..” Airyl baru berkata sampai situ tangan kanan Shazlin sudah menyambar garfu dan mengigitnya, wajahnya berseri kembali dengan senyuman. Dia menanti lampu hijau dari Airyl, Airyl tergelak kecil melihat Shazlin begitu tetapi Shazlin sikit pun tidak marah, tetapi dia memandang Airyl dengan penuh ceria.
“..kalau awak janji dengan saya kita akan berbincang baik-baik, awak jangan menjerit-jerit marah saya, mesti tolak ansur..okay?” Kata Airyl, Shazlin dengan pantas mengangguk-angguk faham. Dia bersungguh-sungguh menunjukkan wajah seperti kucing yang sedang meraih simpati dengan mata yang bersinar-sinar, supaya Airyl percaya dengannya. Airyl kemudian tersenyum dan menolak mangkuk ais-krim ke depan Shazlin.
“Makan ni dulu, nanti cair…” Kata Airyl, Shazlin terus mengambil sudu pula dengan tangan kirinya.
Jal meogosubnida! (saya makan dulu)” Sebut Shazlin riang lalu mula makan ais-krim itu.
‘la…cakap korea pulak budak ni..’ Berkerut kening Airyl kehairanan, tapi bibirnya mengulam senyuman. Dia membiarkan sahaja Shazlin merasai satu demi satu juadah itu. Shazlin sikit pun tidak berniat untuk menjemput Airyl makan bersama, Shazlin lupa terus marahnya, lupa terus perkara yang merunsingkan, lupa tujuan dia berada disitu, dan juga lupa yang perutnya sudah nak kembung kerana minum air coklat dua gelas setengah.
‘Sedapnye….’ Jerit Shazlin yang di dalam mindanya, sekali lagi dia membayangkan diri sendiri di dalam mindanya sedang berlari keriangan sambil menjamah kek-kek itu.
“Puteri…” panggilan Airyl menyedarkan. Shazlin terus mengangkat muka, sudu diletakkan di atas salah satu pinggan itu.
“Apa awak panggil saya tadi?” Tanya Shazlin, kemudian dia mengetap bibir dan garfu diletakkan pada bibirnya.
cutenye bila dia buat macam ni…’ Puji Airyl dalam hati.
“Puteri…” Ulang Airyl, berkerut dahi Shazlin kehairanan.
‘dia ni tak tahu ke family aku panggil aku Lin?’ Gerutu Shazlin dalam hati. Dia berasa segan pula bila dipanggil begitu. Shazlin menghalakan garfu kearah Airyl, dia mengecilkan matanya.
“Kenapa awak panggil saya macam tu?” Shazlin bertanya dengan muka innocent.
“Kalau saya tak panggil awak macam tu, saya nak panggil awak apa?” Tanya Airyl sambil tergelak kecil, kalau diikutkan Airyl seorang yang agak pemalu kerana dia tidak pandai bergaul dengan orang lain tetapi hari ini begitu mudah dia ketawa, senang terhibur dengan karenah Shazlin yang seperti budak kecil. Dia sendiri tidak sedar yang dia bercakap lebih banyak dari kebiasaan.
“Keluarga saya panggil saya Lin, keluarga awak pun panggil saya Lin. Kalau taknak panggil Lin awak boleh panggil saya Risha, kawan-kawan saya panggil saya Risha, nak formal sikit panggil saya Shazlin..” Terang Shazlin kepada Airyl, Airyl cuma mengangguk  faham.
“Tapi..masa kita kecik saya panggil awak puteri..” Airyl memberitahu perkara yang telah lama dilupakan Shazlin.
‘walaupun sekarang saya ada maksud lain disebalik gelaran puteri tu,’ desis hati Airyl, tetapi mestilah dia tidak akan sesekali memberitahu dia menggelar Shazlin ‘Puteri’ sehingga ke hari ini kerana sikap Shazlin yang manja, kalau dia merajuk dan marah lagi Airyl sudah mati akal macam mana nak pujuk dia lagi.
“eh?” Mata Shazlin membuntang terkejut, dia tidak ingat Airyl pernah memanggilnya begitu sebelum ini. Pipi Shazlin merona sedikit kemerahan, segan pula bila Airyl mengungkit hal itu walaupun dia tak ingat apa-apa. Airyl mengangguk untuk memberi kepastian kepada Shazlin yang dia tidak berbohong. Shazlin ketawa buat-buat untuk menutup rasa segannya. Tangannya menyambung menyuapi puding ke dalam mulut.
“Awak pulak, saya nak panggil apa?” Soal Shazlin.
“Nama saya satu je, Airyl..” Airyl berkata, memang betullah nama dia cuma Airyl, Airyl bin Zainal. Semua adik beradiknya mempunyai nama yang pendek, tiada seorang pun yang ada lebih satu nama.
“Masa kita kecik-kecik dulu saya panggil awak apa?” Shazlin bertanya lagi, dia tertanya-tanya pula bagaimana dirinya menggelarkan Airyl sewaktu mereka kecil dahulu. Airyl menjawab dengan muka selamba,
“abang..”
“ehhhhhhhhhhhh……?” Shazlin tidak percaya, mujur suaranya tidak terlalu kuat. Membulat matanya dek terkejut.
‘Biar betul mamat ni…eh bukan, bukan biar betul dia, biar betul aku ni panggil dia abang.’ Gerutu Shazlin di dalam hatinya. Berkerut-kerut wajahnya tidak percaya.
“awak panggil saya abang, macam Airylia panggil saya. Awak rapat sangat dengan Airylia dulu, so awak rapat dengan saya. You called me abang.” Terang Airyl, mulut Shazlin terus dibentuk seperti huruf O menandakan dia faham.
‘Takkan aku nak panggil dia abang kot, tak nak lah.. segan aku..’ Shazlin berfikir, dia kemudian buat-buat ketawa lagi.
“Kalau macam tu saya panggil awak…Airyl lah…” Lalu memberikan senyuman paksa, kelopak matanya yang terkatup sedikit membentuk seperti bulan sabit yang terbalik nampak sangat comel.
“Ikut suka awaklah,” jawab Airyl tidak kisah. Asalkan bukan nama yang tak elok dia tidak kisah, jangan dipanggil babboon ker, celaka ker, monyet ker, apa-apa sahaja yang tak elok dia tidak mahu. Airyl asyik memandang Shazlin yang telah menyambung menjamah dessert yang terhidang, Shazlin tiba-tiba rasa kekok pula. Shazlin panggung kepalanya, berbelah bahagi sama ada hendak menjemput Airyl makan bersama. Tapi semandangkan Airyl belum pun makan atau makan apa-apa sedari tadi, dia mengajak juga.
“awak…tak nak makan apa-apa ker?” Tanya Shazlin kepada Airyl, dia kemudian menolak salah satu pinggan yang masih belum diusik kehadapan Airyl. Airyl menggeleng lalu menolak semula,
“Kan saya cakap, ini semua untuk awak..” ujar Airyl, hati Shazlin berbunga riang. Airyl memanggil pelayan untuk memesan Nescafe ais, air kegemaran Airyl.
“Awak nak tambah apa-apa tak?” Tanya Airyl, Shazlin hanya menggeleng. Apa yang ada di atas meja itu sekarang sudah terlalu banyak untuk dirinya, cukup-cukuplah lagipun dia sudah mengambil sarapan dirumah sebelum keluar tadi, tak makan tengaharilah Shazlin hari ini. Terlalu kenyang.
“Macam mana awak tahu saya suka macam menda-menda ni? Especially cakes and ice-cream…” Tanya Shazlin sebaik sahaja pelayan itu berlalu meninggalkan meja mereka, Shazlin tahu Airyl bukan memilih ini semua secara rawak.
“Masa dinner kat rumah awak hari tu, saya tahu awak pun tak boleh makan macam saya…” Airyl berhenti seketika, Shazlin terus memberi perhatian kepadanya. Mereka sudah boleh berbual, tidak lagi bergaduh dan Shazlin sudah pun lupa yang dia memarahi Airyl tadi.
“…tapi, bila dessert keluar awak terus berubah. Orang cakap apa pun awak senyum je.” Sambung Airyl.
“Awak tengok saya saja malam tu ek?” Kata Shazlin, sengaja mengusik begitu. Mulalah perangai perasannya tu, perasan cantik sebab itu Airyl memandangnya malam itu.
‘hump, tak sia-sia aku pakai cantik-cantik hari tu..’ Perasan Shazlin dalam hati, dia terlupa ‘cantik’ itulah salah satu faktor mengapa keluarga Airyl mahu mempercepatkan hari penyatuan mereka.
It was too obsvious okay, takda siapa yang tak perasan awak jadi macam kena pukau dengan semua dessert malam tu.” Sanggah Airyl dalam sindiran.
“owh….too obsvious eh?” Shazlin bertanya kembali, dia termalu sebentar. Pada sangkaan Shazlin, Airyl seorang yang selalu memerhati kerana Airyl kurang bercakap. Cuma hari ini Airyl bercakap banyak, itu pun kerana menjawab soalan-soalan Shazlin. Kerana mood Shazlin yang baik, Shazlin sedikit pun tidak marah atau rasa tersindir.
‘Inilah masanya…mood dia dah okay,’ ujar hati Airyl kepada dirinya. Dia menyedut air nescafe ais yang baru sahaja sampai sebelum memulakan bicara untuk menyelesaikan masalah mereka. 
“Shazlin, awak….dah ada kekasih?” Soal Airyl terus, dia tidak mahu membuang masa lagi. Shazlin tidak terkejut dengan soalan itu kerana dia sudah bersedia untuk menjawab apa sahaja yang bakal ditanya oleh Airyl.
“Sekarang tiada.” Jawab Shazlin ringkas, dia melontarkan kembali soalan yang sama kepada Airyl, “Awak ade girlfriend dah ker?”
“Takda,” Airyl juga memberikan jawapan yang ringkas, sememangnya dia masih belum pernah bercinta. Semasa di Jepun dahulu dia lebih banyak menghabiskan masa dirumah atau di Akihabara, tidak ada masa baginya untuk mencari cinta, tambahan pula disana tak banyak pilihan. Bila sudah pulang ke Malaysia, dia cuma menumpukan perhatian pada pelajaran, tamat belajar dia terus bekerja di syarikat ayahnya. Walaupun sudah banyak pilihan, masih belum ada yang berjaya mencuit hati Airyl.
“hurm….betul ker family awak nak datang meminang saya minggu akan datang ni?” Tanya Shazlin selamba, Airyl yang sedari tadi hanya melihat wajah cute Shazlin mengangguk.
“Saya ada tanya ibu saya malam tadi, ibu takdalah jawab direct tapi rasanya macam ya. Ayah pun dah sibuk menghubungi keluarga saya yang lain, bapa saudara, mak saudara saya, so yeah.. I think so.” Terang Airyl panjang, Shazlin mencebikkan bibir, sebelum Airyl menyambung Shazlin terlebih dahulu bertanya.
“Awak tak cakap ker kat ibu awak yang awak belum bersedia?”
“Awak ingat saya tak cuba?”
*~*
“Ibu, Airyl nak tanya something..” Airyl bersuara, Hajjah Suri berhenti dari bekerja, niat ingin membancuh air untuk suami tercinta bertangguh sebentar. Airyl kini bersandar pada kabinet dapur disebelah Hajjah Suri, hanya mereka berdua disitu, orang gajinya awal-awal telah lagi disuruh meninggalkan dia dan ibunya sendirian.
 “tanya apa?” Hajjah Suri bertanya sambil memandang anak bujangnya ini.
“er…nak tanya…” Airyl agak keberatan untuk bertanya, tetapi dia inginkan kepastian, “betul. Ke. Ibu. Nak. Pergi. Pinang. Puteri.Shazlin. Minggu. Depan. Ni?”
Airyl bertanya seperti robot sahaja, dia menyebut satu per satu perkataan. Berkerut dahi Hajjah Suri, lalu dia bertanya “macam mana pulak Airyl boleh tahu ni?”
“Dia beritahu…” Airyl terlepas cakap, dia menampar diri sendiri di dalam mindanya.
“dia?” Hajjah Suri bertanya, Airyl cepat membelit fakta,
informer dalam rumah..” Bohong Airyl, dia tidak mahu ibunya tahu yang dia berhubung dengan Shazlin. Informer dalam rumah boleh jadi adik-adik Airyl ataupun orang gaji mereka kerana mereka memang suka bergossip, tak pernah jemu memasang telinga mengambil tahu mengenai hal orang lain dan bersembang menyampaikan berita jadi jawapan yang Airyl beri agak logik, Hajjah Suri terus mempercayai kata-kata Airyl.
so…betullah ibu?”
Hajjah Suri mengangguk, muka Airyl terus menjadi kelat.
“Ibu, kenapa cepat sangat, ayah cakap nak bagi Airyl masa berfikir dulu..” Airyl terus mencari peluang mengelak.
“perkara baik lagi bagus kalau dicepatkan,” ujar Hajjah Suri.
“er…tapi..” Belum sempat Airyl habiskan kata-katanya Hajjah Suri lebih pantas memotong, “kenapa Airyl tak suka Shazlin ke?”
“eh, bukan macam tu…” Airyl terus menyanggah, tetapi Hajjah Suri pula memerangkap Airyl.
“Jadi sukalah?” Kata Hajjah Suri ceria, sengaja dia perangkap Airyl. Airyl sudah menjadi serba salah.
“bukan macam tu..” Airyl cuba lari lagi, Hajjah Suri terus menerus mengasak Airyl, “la..tak suka pulak? apa yang Airyl tak suka pasal Lin, cuba cakap kat ibu.’
‘ah…susahnya nak cakap..’  keluh hati Airyl.
“Lin tu cantik, comel, cute, manja, baik, pandai, perfect dimata ibu, terima jelah..” Hujah Hajjah Suri, Airyl mengeluh di dalam hati
“tapi…”
“tapi apa lagi?”
“Airyl tak sedia lagi…” Airyl berterus terang, namun Hajjah Suri tak dapat menerima alasan Airyl.
“Tak payah nak mengarut, Airyl tu dah besar panjang. Apanya tak sedia? Perkahwinan akan buat Airyl lebih dewasa, belajarlah…bukannya ibu suruh kahwin esok, bertunang kejap lepas 2 bulan kahwinlah.” Hajjah Suri menyambung hujahnya. Terkejut Airyl mendengar tempoh pertunangannya 2 bulan sahaja.
‘lepas 2 bulan?’ jerit hati Airyl terkejut.
“Sudahlah, ibu nak buat air untuk ayah. Kamu jangan nak kacau ibu dah, ibu tetap nak Airyl kahwin dengan Lin, full stop.” Ujar Hajjah Suri lalu menyambung membancuh air, dia sudah tidak mengendahkan apa-apa yang diperkatakan Airyl selepas itu, akhirnya Airyl berputus asa dan pergi ke biliknya.
*~*
“Diorang sama-sama keras..” Keluh Shazlin selepas mendengar cerita Airyl. Bagi Shazlin Hajjah Suri dan mummynya sama-sama keras, tidak mahu berginjak dari keputusan mereka.
I did my part already, Puteri nak saya cakap kat family saya, saya dah cakap. Sekarang awaklah pula cuba.” Kata Airyl kepada Shazlin, dia baru sahaja membuktikan dia bukanlah pengecut macam yang Shazlin tuduh dia sehari sebelum ini.
“Apa maksud Airyl?” Shazlin bertanya, muka Shazlin lebih serius sekarang. Tiada lagi wajah seperti kanak-kanak, tangannya juga sudah berhenti menjamah. Baki kek dibiarkan sahaja, dia akan menyambung makan lepas perutnya berasa lega kembali.
“Kalau keluarga saya datang meminang awak tolaklah.” Ternganga mulut Shazlin mendengar Airyl menyuruhnya menolak pinangan itu. Nampaknya akan ada tolak menolak tanggungjawab untuk membatalkan rancangan keluarga, antara mereka sama-sama nak menang, sama-sama mahu majlis batal tanpa ‘mengotorkan tangan mereka’, tetapi tiada siapa tahu siapa yang akan menang di akhirnya.
*~*~*
~bersambung~
an: hr ni awal skit sbb ad readers dah tanya. kalau ad salah bagi tahu eh...qminz mengedit chapter ni smbil didistract oleh online shopping page. x brape nak concentrate tadi. btw..panjg skit kan chapter ni? hehehe...suke tak?
kalau suke komen^^ heheh..click reaction je pun xpe^^ komen lagi best x2k

6 comments:

  1. sweet like candy... abang <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...yeke..??
      abang...hehe..tapi Shazlin malu nk pggl mcm tu lah pulak kan?..
      tunggu jelah biler dia pggl mcm tu kat Airyl..rasa mcm lmbt lagi...dh dekat nk hbs cite br dia pggl mcm tu.... KOT... hahaha...*tak tulis lagi*

      Delete
  2. so sweet.. erm, gentleman jglah hero akak tu.. klu kawin mesti lg comey dua-dua tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...gentleman eh.. hurm...
      kite tgk tahap mana dia boleh bersabar dgn Shazlin.. hehehe

      Delete
  3. eh akak lum komen eh?smlm dah baca rasa mcm dah komen, rupanya blum....hehehe...keep it up girl, ada improvement lah dlm penulisan qminz

    airyl ni very gentle,i like...and watak shazlin mmg sesuai ngn pic yg qminz letak kt wall tu... :)

    ReplyDelete
  4. @iboo baru perasan komen akak~!!
    thx akak. hehe...adik ad ckp..dpn sucks, blkng ok skit.. lega lah..tp dh lama tak menulis ni.. takut jd teruk blk.. huhuh...

    comei kan shazlin ni...
    actually nk cr girl yg blh msk sbgi lin mmg sng, ada 2-3 calon tp pilih satu je lah..
    yg airyl ni... masalah betul~!! hahaha.. next update insya-allah ada gmbr dia.

    ReplyDelete