Followers

Thursday, April 5, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 13

Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!



.:13 :.
“Kalau keluarga saya datang meminang awak tolaklah.”
‘Aku memang nak tolak pun…’ luah hati Shazlin, tidak dibibir.

‘Shazlin wake up, tadi cakap nak paksa diakan…’ Jerit Shazlin dalam hatinya, terhenti lamunan pendeknya. Dia mahu menyelesaikan masalah ini tanpa ‘mengotorkan’ tangannya, tak nak terbabit langsung kalau boleh, nak jaga imej baik la kononnya. Mulut yang ternganga tadi diketap rapat.

“Hurm…, mummy and daddy awal-awal lagi dah cakap jangan nak mimpi tolak pinangan keluarga baik-baik.”  Shazlin memberitahu pula pandangan orang tuanya, memanglah begitu kata mummynya bila menyampaikan berita yang keluarga Airyl nak datang meminangnya.

“Dah takda apa ke yang awak boleh buat Airyl?” Tanya Shazlin kepada Airyl.

“Awak rasa apa lagi yang saya boleh buat?” Airyl bertanya semula kepada Shazlin sinis. Dia sendiri sudah mati akal, lagipun dia sudah pun menyatakan kepada kedua ibu dan ayahnya yang dia masih belum bersedia, cuma mereka tidak dapat menerima alasan yang dia berikan. Airyl menarik nafas panjang, cuba untuk bertenang semula, dengan emosi sebegini perbincangan akan berakhir dengan pergaduhan pula, dia perlu bertenang.

“eh…awak ni, suka macam ni tau. Saya tanya awak, awak tanya saya balik pulak, dah la bunyi sarcastic semacam!” Rungut Shazlin, perasaannya kini bagai cuaca yang mendung, awan hitam penuh di atas kepalanya. Ditambah dengan muncungnya yang sudah seperti muncung itik, Shazlin menyandarkan tubuhnya dengan selesa, dia berpeluk tubuh tanda tidak puas hati. Kakinya menendang kaki meja kerana geram, bergegar meja itu sedikit, terinjak kedudukannya seinci dua. Airyl terkejut melihat perilaku Shazlin, berkerut kening Airyl.

“Kalau awak tolak pinangan tu lah lagi senang, awak anak perempuan.” Airyl pula yang naik angin, mana taknya Shazlin tendang kaki meja dia pun rasa tercabarlah, sekelip mata sahaja tenangnya hilang.

“Apa pulak? Sebab saya anak perempuanlah ayah saya boleh paksa saya kahwin, tak ingat ke buku teks agama tingkatan lima?” Marah Shazlin, dia masih berpeluk tubuh. Dia berasa panas, mahu sahaja memanggil pelayan café itu supaya kuatkan penghawa dingin di situ, panas. Airyl pula hanya terdiam, dia mendengar sahaja apa yang Shazlin marahkan dia.

“hey, hey hey, awak dah janji tak akan marah kan?” Airyl cuba meredakan kemarahan Shazlin. Shazlin menjeling Airyl dengan perasaan menyampah, lalu mencelah, “awak pun marah saya tadi.”

Airyl mengeluh perlahan, kerana tidak tahu hendak berbuat bagaimana. Mereka berdua diam seketika untuk menenangkan diri, sementara itu sempat lagi Airyl membalas kata-kata Shazlin sebentar tadi di dalam hatinya.

‘Buku teks agama pun aku tak tahu macam mana rupanya,’ rungut Airyl dalam hati. Airyl menamatkan persekolahannya di Jepun dia tidak pernah melihat buku teks yang digunakan oleh pelajar-pelajar di Malaysia, dia pun tidak pernah mengambil tahu mengenai buku teks Airul yang kini berada di tingkatan empat. Tapi dia bukanlah kurang pendidikan agama kerana ayahnya telah berpesan kepada Aaron sebelum mereka terbang ke Jepun untuk belajar supaya sentiasa menjaga adiknya dan dalam masa yang sama tidak lalai dalam mengajar adiknya mengenai agama islam. Airyl menyimpan rungutannya di dalam hati sahaja, sekarang dia sudah kembali tenang, namun dia masih berserabut kerana perbincangan yang seperti tiada penghujung ini. 

“awak tu, kalau hari nikah awak tak ikut kadi tu ‘aku terima nikahnya bla bla bla’ tak da lah kita jadi suami isteri.” Sambung Shazlin lagi.

“Jadi awak nak tunggu hari nikah baru nak tunjuk yang kita tak setuju? Macam tu? Kalau macam tu awak cakap lah kat kadi tu yang awak tak setuju, apa-apa hal dia akan tanya awak dulu setuju ke tak..” Airyl membalas, tapi dia sekadar serkap jarang yang kadi akan bertanya dahulu atau tidak, dia sendiri tidak pasti kerana dia sudah lupa macam mana surutan majlis pernikahan, satu-satunya majlis pernikahan yang dia pernah tengok pernikahan Abang longnya dengan kakak iparnya.

“Mana boleh, saya mesti kena jaga air muka mummy daddy saya, dan saya kena jaga hati mereka.” Bantah Shazlin, dia tidak berpuas hati dengan pandangan Airyl. Shazlin memberi pandangan tajam yang bagaikan panahan petir ke mata Airyl, dadanya berombak menahan marah. Menghempuk meja sudah, menendang meja sudah, takkan nak pecahkan pinggan pula, nanti semua orang pandang.

“Habis saya tak ada parents? Saya tak perlu jaga air muka dan hati mereka?” Airyl menyoal Shazlin dengan sinis dalam nada tidak puas hati, Shazlin terus tertunduk. Dia memang sensitif bila soal ibu bapa dibangkitkan, dia bermonolog dalam hati, ‘betul juga apa Airyl ni cakap, dia pun ada mak bapak jugak, takkan aku nak suruh dia jadi anak derhaka..’

Sorry,” Kata Shazlin ringkas, baru kali ini Shazlin mengucapkan kata maaf, reda terus kemarah kecil Airyl bila dengar Shazlin minta maaf untuk kali pertama kepadanya.

“Kita lari dari rumah jelah,” Airyl menyuarakan jalan terakhir yang dia rangka sendiri semalam. Terkejut Shazlin bila Airyl menyuarakan pendapatnya itu, dia pantas sahaja membantah.

NO WAY!” Kata Shazlin separuh menjerit, lalu dia menyambung, “Kat luar, kena hidup sendiri, buatnya daddy bekukan akaun saya, kad kredit pun kena sekat, semua tak boleh pakai macam mana saya nak hidup? Saya tak kerja lagi okay? Matilah aku….kalau awak nak lari awak lari sorang-sorang.”

“ah takde takde, kalau saya lari awak pun kena lari dari rumah, tak boleh la nama saya sorang je yang buruk, let’s die together!” Kata Airyl yang tidak setuju, ketawa Shazlin mendengar Airyl berkata begitu, dia bukannya buat lawak pun dia serius. Berkerut dahi Airyl kehairanan kenapa Shazlin ketawa,

let’s die together?.. buahahahahaha… siapa nak mati dengan awak?” Kata Shazlin lalu menyambung tawanya, Shazlin tercungap-cungap kerana ketawa terlalu lama, dia kemudian minum airnya yang sudah cair semua aisnya. Terasa kebas pipi Shazlin kerana ketawa terlalu kuat dan lama, dia mengurut-urut pipinya untuk melegakan rasa kebas.

‘kelakarlah pulak mamat ni, pelik.” Berbisik dalam hati, dia merenung wajah Airyl yang juga hanyut dalam lamunan sendiri.

‘Bila tengok-tengok balik Airyl ni takdalah macam Changmin sangat, bila tengok elok-elok la, bibir dia je yg sama. Bentuk muka tak sama, hidung tak sama. Bibir nipis macam Changmin, orang kata bibir tebal sexy tapi bagi aku bibir nipis ni lagi sexy. Hidung dia biasalah, tak senget tak tinggi sangat tak penyek, cute je, telinga dia pun cute. Mata dia, sekali tengok macam Changmin dua kali tengok macam…hurm..bentuk mata dia macam pernah tengok…siapa ek? Hurm….ah..macam Hyunjoong? Jaejoongie? Aku dah keliru ni, confuse, ish..kalau dia boleh senyum sweet macam Hyunjoong oppa mesti aku melting punyalah. Tengok mata dia, hot giler macam Jaejoong…oh my gosh, coklat? Mata dia kaler coklat cair…ha…cair aku tengok..belum tengok dia senyum lagi…’ Tiba-tiba Shazlin tersenyum seperti orang mabuk, jauh pemikirannya melayang bila merenung wajah Airyl, membanding-bandingkannya dengan pelakon-pelakon yang dia puja.

‘Kenapa dengan Tuan Puteri ni? Tiba-tiba ja senyum, dah la diam je dari tadi.’ Fikir Airyl bila dia tiba-tiba terpandang Shazlin selepas matanya meliar sekeliling tempat itu. Shazlin sedang senyum sambil memandang wajah Airyl tidak perasan yang mata Airyl sebenarnya terpanah ke wajahnya. Perbincangan mereka yang telah berlalu selama 40 minit belum dapat kata putus, pinggan yang kosong di atas meja itu sudah berganti dengan yang baru, minuman juga sudah bertambah. Shazlin sudah tersasar jauh dalam monolog sendiri, Airyl juga sudah hampir berputus asa.

“Puteri, awak okay ke?” Tanya Airyl, dia sudah risau melihat keadaan Shazlin yang tersengih-sengih seperti orang tak betul.

“eh?” Tanya Shazlin pula, dia masih belum sedar sepenuhnya. Kening diangkat, matanya masih terpaku pada wajah Airyl yang kacak itu. Airyl tiba-tiba menepuk tangan dihadapan Shazlin membuatkan mata Shazlin berkedip dek terkejut.

“hey, are you okay?” Ulang Airyl, Shazlin terus kembali ke alam yang nyata. Berhenti dari terus melayan fikirannya yang merewang jauh.

 “okay…” Jawab Shazlin lemah kerana sudah malu dengan Airyl, wajah Shazlin berona merah kerana menahan malu lalu Shazlin tertunduk. Tangan Shazlin masih memeluk tubuh, dia duduk bersandar sambil berfikir. Kini Airyl pula yang menongkat dagu melihat perlakuan Shazlin, Shazlin langsung tidak menghiraukan Airyl yang merenung ke mukanya. Shazlin mencapai sudu di atas pinggan, laju sahaja dia makan puding yang berbaki di atas pinggan itu.

‘betul lah ibu cakap, dia memang cute.’ Desis hati Airyl. Shazlin tiba-tiba berhenti menyuapi puding itu.

“Airyl!” Shazlin memanggil nama Airyl dengan gaya marah.

‘ha sudah, dia marah aku tenung muka dia ke?’ Airyl berkata-kata dalam hati, risau juga kalau Shazlin marah lagi.

“ye.. kenapa?” Airyl terus duduk dengan tegak, tidak lagi menongkat dagu.

“Saya ada benda nak cakap,” Kata Shazlin dalam nada marah, plus sombong lagi kekwat. Airyl tidak mengerti mengapa Shazlin meninggikan suaranya, macam orang bengang.

“Apa dia?” Airyl bertanya kembali, Shazlin menyelak rambutnya kebelakang.

“Tapi sebelum tu awak kena janji dengan saya awak takkan kata saya perempuan tak tahu malu, atau pun gelakkan saya.” Shazlin berkata, Airyl mengangguk. Shazlin mengeluarkan tangannya dengan jari manis yang terangkat, “pinky promise!”

Airyl hanya menurut perilaku tidak matang Shazlin itu, kemudian Shazlin duduk tegak, dan bersuara, “okay, saya cakap sekali ja, awak dengar elok-elok.”

Airyl mengangguk faham dan tumpuannya jatuh kepada Shazlin seorang, dia serius ingin mendengar butir bicara gadis kecil molek itu. Shazlin menyambung kata, “walaupun saya ni bukanlah pandai sangat bab agama ni tapi saya tahu jodoh pertemuan tu ditangan Tuhan. Tapi kita kena usahakan, since awak tak cari jodoh, saya pun tak cari, family kita masuk campur dalam soal cari jodoh ni. Kalau kita kahwin jugak, mesti sebab dah jodoh kita, jodoh saya awak, jodoh awak saya. Takkan baru kahwin dah nak bercerai-berai. Mesti kita ada peluang membina sebuah family yang bahagia kalau kita cuba.”

Hujah panjang Shazlin membuatkan Airyl terlopong, mananya tidak Shazlin baru sahaja memberi petunjuk yang dia bersetuju dengan perkahwinan ini, tak sangka Shazlin akan berkata begitu. Shazlin menanti Airyl bersuara dengan debar di dada, entah apalah yang difikir Airyl sekarang mengenai dirinya sekarang.

“Saya rasa apa yang awak cakap tu mungkin ada betulnya juga, Abang Aaron pun kena kahwin paksa rela, elok je rumah tangga dia siap ada 2 orang anak lagi.” Balas Airyl, Shazlin memetik jarinya.

see…siap ada contoh lagi,” celah Shazlin sebelum Airyl bersuara semula.

“So…awak setujulah family kita kahwinkan kita? Nanti diorang datang meminang awak terimalah?” Tanya Airyl kepada Shazlin. Adakah apa yang disuarakan Shazlin tadi tanda dia setuju untuk berumah tangga dengan Airyl.

“ada lagi ke tempat kita nak lari, takde kan? Terima jelah kalau family kita rasa itu yang terbaik untuk kita.” Jawab Shazlin selamba, Airyl sudah terangguk-angguk faham, dia faham apa yang cuba Shazlin sampaikan, apa yang Shazlin maksudkan dan apa yang Shazlin rasa.

“Tapi saya tak sedia lagi..” Airyl berkata, Shazlin mengeluh perlahan.

“Airyl, awak tu..sampai bila-bila pun tak akan sedia untuk berkahwin. Saya pun belum sedia, tapi sampai bila? Mungkin seperti apa yang keluarga kita cakap, perkahwinan nilah yang akan banyak mengajar kita jadi dewasa. Boleh?” Terang Shazlin lagi, Airyl mengangguk faham lagi. Ada logiknya disebalik kata-kata Shazlin, tak sangka Shazlin yang childish boleh berfikir seperti ini.

“Sejak bila awak fikir macam ni?” Tanya Airyl dengan nada teruja, ingin tahu kenapa Shazlin berubah fikiran.

“Sejak 5 minit yang lepas, kalau awak tak kesah, kalau awak rela, kalau awak tak paksa saya buat benda-benda yang saya tak suka, kalau awak tak halang apa yang saya suka, I’ll try to make myself okay with it.” Jelas Shazlin kepada Airyl. Airyl hairan bagaimana Shazlin boleh mengubah keputusannya dengan begitu cepat, dan dia sendiri dengan cepat bersetuju dengan Shazlin.

DEAL!” Balas Airyl. Shazlin pula bersuara, “okay. Pelikkan bila kita nak tolak rasa macam susah je nak buat dan rasa berat hati, bila kita terima 2 saat je dah cukup untuk kita buat keputusan. Mungkin betullah kot teori saya tu.”

Shazlin merumuskan kata-katanya, walaupun keputusan diambil bukanlah dalam masa 2 saat sahaja, tetapi memang cepat. Ridiculously fast!!

Shazlin menyambung menjamah puding tadi, Airyl pula ketawa kecil melihat gaya Shazlin yang seperti tidak ada apa yang berlaku sebentar tadi.

“Awak ni walaupun cara awak cakap macam sombong kekwat-kekwat sikit..”

“Apa awak cakap saya sombong?” Potong Shazlin, siapa yang tak melompat bila orang panggil sombong. Mulalah muncung itiknya yang panjang sedepa itu muncul.

“Nantilah saya tak habis cakap lagi ni..maksud saya walau gaya cakap awak macam sombong tapi awak ni senang dibawa berbincang dan berfikiran terbuka, walaupun tadi awak banyak membantah tapi still awak memang cool.” Kata Airyl, Shazlin tersenyum sebelum bersuara semula, “itu sebab awak rasuah saya dengan semua dessert-dessert ni. Saya pun buatlah baik dengan awak.”

“tengok tu, tak habis-habis dengan gaya sombong awak,” tegur Airyl, Shazlin cuma menjunggitkan bahunya lalu tersenyum sinis. Airyl menggeleng-geleng melihat gelagat Shazlin itu.

“Saya bukan rasuah okay, keturunan saya tak main rasuah-rasuah ni tau. Saya ikhlas belanja awak.” Kata Airyl kepada Shazlin, lalu Airyl mengulit senyuman dibibir.

‘alamak sweetnya…senyuman sweet! Cair aku.’ Jerit hati Shazlin bila Airyl senyum begitu kepadanya. Baru kali ini dia melihat senyuman Airyl yang benar-benar ikhlas dan manis, sebelum ini cuma senyum biasa-biasa atau senyum terpaksa atau senyum macam tengah tahan sakit perut. So sweet...

“Awak ni boleh tahan jugakkan, saya ingatkan awak sombong sebab adik saya cakap dia dengar ayah mak awak...”

“ibu..” Airyl perbetulkan Shazlin.

“ye, ibu. Ayah ibu awak cakap awak orang yang tak pandai bergaul dengan orang, and I thought otaku’s nerd.” Kata Shazlin, Airyl tersengih sebelum menjawab.

“Saya otaku Malaysia lah, bukan hidup seratus peratus kerana anime dan manga.” Ujar Airyl, dan mereka berdua ketawa.

Pertemuan mereka selama dua jam itu telah mengikat tali persahabatan antara mereka, masing-masing telah berjanji akan cuba untuk jatuh cinta antara satu sama lain jika mereka benar-benar disatukan keluarga, akan bertolerasi dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Walaupun mereka bermula dengan hanya sebagai kawan.
*~*~*
~bersambung~ 

an: hi...jumaat dtg lagi, ad n3 lah^^ hehe...wah..apa dah jadi ni.. mula2 berkeras taknak tapi tetiba ja boleh jadi tak kesah pulak. hehe..hati ni boleh berubah bila2 masa je..hehe. ok tak chapter ni? ada silap tak?  kalau ad bgtau eh..akan betulkan nnt.btw dh letak gmbr untuk Airyl+Shazlin, ad sesetengah org suka tgk, ad yg tak suka..so..sapa suka tgk dn bayangkan wjh diorg mcm dlm gmbr, tenunglah puas2, kalau yg tak suka tu...ikut lah korang nk bayangkan sape pun. qminz x kesah.

ps: gmbr kat tepi ni kecik, so qminz up kat post ni^^



9 comments:

  1. eee...cute sgt and best! xsangka shazlin bole fikir dengan rasional n bole wat keputusan. ingatkan airyl yg akan decide....

    nice one!

    ReplyDelete
  2. @wara thanks wara^^ weeeeeeeeeeee

    @ridhwan first time komen kat sini. terima kasih sbb membaca dan komen^^

    ReplyDelete
  3. @iboo kan...?? hehhee... aairyl tu mmg mcm tu mula2 nnt dh kawen dia slalu guna kuasa sbgai 'SUAMI' a.k.a ketua keluarga untuk buat shazlin ikut keputusan dia... haha

    ReplyDelete
  4. erk, terlewat sudahhhh!!!
    alahai diorg berdua tu.. malu2 kucing la pulak.. haha..

    ReplyDelete
  5. @eliza mn ad terlewat. awal lgi^^
    hehe.. malu2 meow~!!

    ReplyDelete
  6. alahai...cutenya diorang ni~ sambung lagi ya , tak sbr nk baca lg ni ^^

    ReplyDelete
  7. @ainaa azlan terima kasih sbb komen.. yeke cute? hehehe...

    ReplyDelete