Followers

Thursday, April 12, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 14









Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!

.:14 :.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Dalam tempoh dua bulan pertunangan Airyl dan Shazlin, mereka belum ada berjumpa secara berdepan kecuali semasa mereka menghadiri kursus kahwin dan pergi mencuba baju pengantin, selain itu mereka cuma ada ber-sms, dan ber-chatting. Nama Airyl di dalam iphone4 Shazlin pun bukan lagi disimpan sebagai that boy ataupun selfishboy, sekarang sudah bertukar kepada Just Airyl, mr. fiance. Shazlin dan Airyl sama-sama buat hal sendiri, keluarga masing-masing tidak berkata banyak mengenai itu, biarlah mereka sendiri yang berkenalan dengan cara sendiri, mungkin itu lebih baik.

Barang hantaran juga dibeli secara berasingan, Airyl beli barang-barangnya sendiri dan Shazlin juga membeli sendiri, lebih kurang sebulan sebelum tarikh pernikahan mereka barang-barang hantaran itu dihantar ke rumah masing-masing sebelum diserahkan kepada pihak wedding planner. Shazlin pergi membeli barang-barang hantarannya sendiri di London, antaranya seperti pakaian, kasut, beg, perhiasan dan barang-barang kecantikan berjenama terkenal, kalau dijumlahkan harga kesemua barang-barang itu semua boleh beli sebuah kereta atau pun sebuah rumah teres. Airyl pula banyak menghantar barang-barangan ‘pelik’ ke rumah Shazlin, kebanyakkan adalah gadget-gadget seperti PS4, ipad2, dan PSP. Yang paling menaikkan kemarahan Shazlin, ada juga benda alah yang dihantar memang langsung tidak terlintas di fikiran Shazlin, sebuah kotak yang terpampang gambar ‘robot’ dan ada tertulis ‘gundam’ diluar kotak. Siap suruh Shazlin pasang sendiri pulak tu, mana mungkin Shazlin pandai mencantum tubuh gundam yang bukan minatnya. Akhirnya lama juga Shazlin mengamuk dalam YM marahkan Airyl, kuat Shazlin menghentak kekunci laptop applenya bila dia menaip, menghambur marahnya kepada Airyl. Kata Shazlin perbuatan Airyl boleh memalukan keluarganya, apa orang lain kata bila melihat hantaran keluarga Shazlin kepada Airyl yang 'lain dari yang lain', mungkin gadget pernah orang buat tetapi gundam? Mesti ada yang ketawakan mereka. Mujur Airyl menghantar barang-barang hantarannya ke rumah Shazlin sebelum Shazlin terbang ke London, nak tak nak Shazlin terpaksa juga membeli barang-barang yang lebih sesuai untuk dibuat hantaran semasa dia ke sana untuk membeli barang hantaran sendiri. Sebagai denda kepada Airyl, Shazlin meletakkan syarat kepada Airyl yang dia mesti pergi membeli sendiri telekung dan al-quran yang akan dibuat hantaran untuk Shazlin, baru adil katanya pergi sendiri, pilih sendiri dan beli dengan tangan dia sendiri. Selepas Airyl bersetuju barulah Shazlin cool kembali.

 Akhirnya hari yang langsung tidak ditunggu-tunggu muncul juga, majlis pernikahan antara Airyl bin  Zainal dan Putri Shazlin binti Mirzan Azmi. Dengan dua kali lafaz barulah Shazlin termaktub sebagai isteri Airyl.  Ini menjadi modal kepada Shazlin untuk mengenakan Airyl.

“kenapa dengan awak petang tadi?” Tanya Shazlin kepada Airyl ketika mereka bersua muka. Akhirnya dapat juga berbual dengan aman kerana mereka masih berasa tidak selesa untuk berbual bila ada orang lain bersama, kini tinggal mereka berdua di luar.

“kenapa saya apa?” Tanya Airyl tidak mengerti, Shazlin tergelak kecil. Dia teringat majlis akad nikah mereka sebentar tadi, dia tertanya-tanya kenapa dua kali lafaz beru lepas, gugup sangatkah sedangkan wajah Airyl selamba sahaja petang tadi.

“Dua kali lafaz, awak cakap hari tu awak confident sekali ja kan?” Sindir Shazlin, dia teringat ketika mereka sedang berchatting sebelum ini dia pernah bertanya mengenai perkara itu dan Airyl dengan yakinnya berkata dengan sekali lafaz Shazlin pasti akan menjadi isterinya.

‘Ruginya tak betting hari tu, kalau bet dua tiga ribu best jugak buat beli perfume,’ kata Shazlin dalam hati. Shazlin menanti jawapan dengan mata yang bersinar-sinar, bersemangat nak kenakan Airyl, nak kutuk dia habis-habis.

“Diorang tak puas hati, saya silap sebut nama awaklah, instead of Pu.tri I sebut Pu.te.ri. Cerewet betul diorang, bukan salah banyak pun, lebih kurang je sebut die kan?” Airyl berterus terang, apa lagi Shazlin pun ketawa besarlah. Shazlin memegang perut yang sedikit senak, terkeluar juga air matanya setitis dua kerana galak mentertawakan Airyl.

“Buahahahaha.. mana ada pengantin lupa nama pengantin perempuan masa akad nikah, padanlah merah gila muka. Mesti kena usik gila-gila tadikan? Penat ja saya pikiaq awatlah si Airyl ni merah semacam, ingatkan blushing sebab tengok saya cantik sangat.” Sambung Shazlin, dia tak habis-habis dengan angkat bakulnya sendiri. Perasan cantik. Airyl senyum bosan, dia memang selalu mendengar Shazlin puji diri sendiri, dah lali dah, cuma dia belum pernah mengiyakan kata-kata Shazlin.

“Kali ni saya menangkan awak, saya admit awak memang cantik petang tadi, cute.” Puji Airyl kepada isterinya, bersinar-sinar mata Shazlin bila orang kata dia cantik. Hampir melompat bila Airyl memuji dia, walaupun tidak melompat betul-betul Shazlin sudah pun bayangkan dirinya melompat bukan main kat dalam kotak fikirannya sendiri. Bukan senang Airyl nak puji Shazlin walaupun Shazlin banyak kali mengumpan dan memasang perangkap supaya Airyl memuji dirinya cantik namun tak pernah sekali pun lagi Airyl memuji dirinya cantik secara berdepan. 

“kan? Saya memang lawa…segak, nasib baik awak tak pengsan ja tadi kan tengok saya segak sangat kan? Kan..? kan?” Kata Shazlin ceria, Airyl berasa sedikit malu bila Shazlin berkata begitu, yang Shazlin pula langsung tak terasa malu bila dia masuk dan angkat bakul sendiri. Tetapi ada yang lebih menarik perhatian Airyl dari apa yang dikatakan Shazlin, cara Shazlin bercakap.

“er…kenapa awak cakap macam ni?” Tanya Airyl kepada Shazlin, berkerut dahi Shazlin memikirkan apa yang tidak kena dengan cara dia bercakap, apa yang dimaksudkan  Airyl.

“Awat?” Tanya Shazlin pula.

“Awak cakap, slang orang utara..” Kata Airyl dengan berhati-hati. Shazlin menarik nafas panjang kerana terkejut, dia cepat-cepat menutup mulutnya dengan kedua-dua tapak tangannya.

“Ni..yang susah kalau keluarga saya dari Kedah datang, mesti terkeluar loghat punyalah.” Kata Shazlin selepas mengalih tangan dari mulutnya. Dia memuncungkan bibir kerana malu dengan Airyl, kini giliran Airyl pula yang tertawa terbahak-bahak.

“tak payah la gelak, saya tak cakap dah Kedah dengan awak lepas ni.” Kata Shazlin perlahan kemudian dia mencebik lagi sambil memeluk tubuh. Airyl berhenti ketawa lalu menyambung, “La..takpelah kalau awak nak cakap Kedah, saya tak kisah dan saya memang suka sebab cute. Saya takde slang-slang ni semua sebab saya lahir di KL, membesar di KL. Cakap KL jelah yang saya tahu, tapi kalau awak tahu bahasa Jepun tu saya boleh cakap, reti ke?”

“Sapa kata saya tak reti? Saya taulah sikit-sikit,” balas Shazlin dengan gaya sombong.

Soudesuka(ye ke)? Contoh?” Airyl bertanya, Shazlin mula meletakkan jari yang merah berinai dipipinya. Dia berjalan sekitar taman rumahnya itu dan Airyl mengikut Shazlin dari belakang dengan senyuman. Shazlin memang pantang dicabar dan suka bersaing, competitive orangnya.

Itadakimasu(saya makan dulu), ohayogozaimasu(selamat pagi), hajime maste Shazlin desu(selamat berkenalan, saya Shazlin),” Shazlin berhenti sebentar, ligat otaknya berfikir.

‘ah…dalam minggu ni aku tengok cerita cina ja, kepala penuh dengan bahasa cina ja…ish tak nak la dia ingat aku tipu pulak, kena tunjuk pandai sikit..’ Shazlin bermonolog dalam hati, dia terus berfikir.

“lagi..?” Airyl bertanya.

Konbanwa(selamat petang), Shiranai(tak kenal), oishidesu(sedap), itai(sakit), okasan(emak), otosan(ayah), oneesan(abang), onesan(kakak), atashi(saya), cottomatte kudaisai(sila tunggu sebentar), gambatte(berusahalah), omoshiro(menarik), kawaii(comel)…” Shazlin berhenti lagi, sudah habis disebutkan perkataan yang dia tahu, banyak perkataan-perkataan yang dia sudah lupa kerana sudah lama tidak menonton drama dari negara matahari terbit itu. Kakinya juga sudah berhenti menapak, Airyl turut berhenti betul-betul belakang Shazlin.  

“Lagi?” Airyl bertanya lagi, dia kini sudah berdiri dekat dengan Shazlin. Tiba-tiba Shazlin memetik jari lalu bersuara “lagi saya tahu..”

Suki desu, Aishiteru…” Sambung Shazlin sambil melompat berpusing ke arah Airyl dibelakangnya. Dengar sahaja perkataan yang membawa maksud, saya suka awak dan saya cintakan awak, terbeliaklah mata Airyl kerana terkejut. Shazlin pula terkejut dengan apa yang dia sendiri katakan, tapi memang dia tidak maksudkan begitu, dia cuma memberitahu perkataan Jepun yang dia tahu, kedua-dua mereka menjadi kekok, jantung kedua-dua pengantin baru ini berdegup kencang. Airyl menggaru kepala yang tidak gatal sambil kakinya menapak selangkah dua kebelakang untuk menjarakkan diri yang terlalu rapat dengan Shazlin, malu pula bila berkedudukan begitu. Shazlin pula terus berpaling dan menampar pipi sendiri,

‘alamak…kalau dia salah faham mati aku, malunyaaaaaaaaaa…..’ Marah Shazlin pada diri sendiri sambil menggosok kepalanya. Mereka terdiam sebelum Airyl bersuara bagi memecahkan suasana sunyi dan janggal itu, “Kenapa awak datang cari saya? Semata-mata nak tanya pasal petang tadi je ke?”

Soalan Airyl membuatkan Shazlin teringat sebenarnya mummynya menyuruh dia memanggil Airyl masuk untuk makan malam, kerana mummynya ternampak Airyl sedang mengambil angin di luar. Yang Shazlin pula nak mengambil peluang mereka berdua untuk bertanyakan soalan tadi kepada kawannya itu yang juga merangkap suaminya, entah kenapa panjang pula mereka berbual.

oh my gosh, saya lupa mummy panggil makanlah!!” Shazlin berkata sambil menggenggam rambutnya, dia benar-benar terlupa tujuan dia keluar mencari Airyl. Mereka pantas berlari masuk rumah, mesti pasangan baru ini pasti akan mendengar usikan keluarga, panggil suami makan pun ambil masa sampai lima belas minit, merah lah muka mereka nanti.

*~*

Selesai sahaja makan malam, keluarga Shazlin dan keluarga Airyl duduk di ruang rehat keluarga Shazlin, turut sama berada di situ beberapa orang dari keluarga Pak Long dan Pak Su Shazlin, sepupu-sepupunya yang rapat dengannya juga ada di situ. Selalunya orang yang nak kenduri mesti sibuk uruskan itu ini, tetapi dua keluarga ini rehat sahaja kerana semua sudah siap sedia, settle. Kenduri plus resepsi di hotel esok semuanya diuruskan wedding planner dan pihak hotel, Shazlin dan Airyl awal-awal lagi telah diberitahu apa yang perlu mereka buat esok. Hanya satu majlis sahaja yang berlangsung di atas permintaan Shazlin dan Airyl sendiri, dengan sikap mereka yang tidak suka bergaul sudah tentu tidak suka diri menjadi perhatian. Maka tiadalah majlis adat melayu sepeti majlis berinai, sambut menantu dan sebagainya kerana pengantin tidak mahu naik pelamin banyak kali, all in one; resepsi di Star Hotel milik keluarga Shazlin.

Lagi pun Shazlin dan Airyl masing-masing tidak mempunyai ramai kawan, tanpa pengetahuan keluarganya, Shazlin sebenarnya merahsiakan hal perkahwinannya dari rakan-rakan kolejnya, cuma Airyl dan Hazlinda sahaja yang tahu mengenai itu, katanya malu pula berkahwin seawal itu walaupun ramai lagi pengantin yang jauh lagi muda darinya, Airyl tidak membantah asalkan dia tahu kedudukannya sebagai isteri orang nanti. Airyl pula memang tidak mempunyai ramai kawan, dia ada menjemput mereka yang agak rapat dengannya di universiti dahulu, dan beberapa kawan-kawan otakunya yang betul-betul rapat dengannya, yang akan meramaikan majlis esok kebanyakannya rakan-rakan orang tua mereka sama ada orang biasa mahupun golongan-golongan VIP dan juga kakitangan pejabat dari syarikat kedua-dua keluarga. Majlis nikah siang tadi cuma ahli keluarga sahaja yang hadir dan jiran yang terdekat.

Semua tempat duduk di atas sofa sudah penuh, ada yang sudah bersila atas karpet kerana tiada ruang di atas sofa lagi, Shazlin duduk bersila di hadapan Datin Norliyn sambil meletakkan tangan atas ribaan mummynya, dia melentokkan kepala pada kaki mummynya, hendak bermanja sebentar dengan mummynya itu kerana selepas ini sudah pasti tidak boleh begini, dia perlu mengikut suami. Jangan haraplah dia hendak bermanja begini dengan suaminya, mereka telah berjanji akan berkawan dahulu, takkan baru berkawan sudah hendak menyendel-nyendel pula, mesti merimaskan.

“Shazlin, awat duk dekat mummy. Dah kahwin kenalah duduk dekat dengan laki.”  Usik Pak Long Shazlin, cepat sahaja muncung itik Shazlin muncul. Wajah yang sedikit memerah kerana malu cuba disorokkan disebalik rambutnya yang lebat.

“Pak Long ni, apalah. Kalau Airyl banyak hari lagi boleh jumpa, mummy ni dari minggu lepas dah suruh Lin kemas barang, awai-awai nak tendang Lin keluaq rumah.” Kata Shazlin sambil mencebik, muka Shazlin sudah seperti kanak-kanak kehilangan ibu. Ketawa ahli keluarga mereka di situ melihat gelagat anak manja yang dihantar keluar rumah selepas berkahwin, Datin Norliyn membelai rambut Shazlin, “bukan halau keluar, orang dah kahwin memanglah kena ikut suami.”

Mereka sekeluarga mengangguk setuju, cuma Airyl dan Shazlin sahaja yang membatu diri. Shazlin pandang Airyl dengan pandangan kosong, Airyl tidak memberi sebarang reaksi, sungguh dia malu bila berhadapan dengan keluarga Shazlin yang baru kali kedua bersua muka. Dia masih kekok, janggal walaupun mereka sudah pun menjadi satu keluarga, tetapi Airyl masih belum sempat mengenali mereka lebih rapat. Shazlin kemudian kembali melentok ke kaki mummynya, manja Shazlin terserlah di wajahnya, semua orang tahu dia berat hati hendak berjauhan dengan mummynya dan keluarga.

“Airyl tidoq sinilah malam ni,” tiba-tiba sahaja Dato’ Mirzan bersuara. Terus  Shazlin membetulkan duduknya, tegak badan Shazlin duduk. Keningnya berkerut mendengar daddynya berkata begitu. Terkejut juga dia bila ayahnya berkata begitu, adakah bermakna dia sudah perlu tidur sebilik dengan Airyl malam ini juga, atau lebih dasyat mahu dia menikmati malam pertama malam ini juga, dia tidak mahu.

'nooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo....!' jerit hati Shazlin kuat. 

“Dia nak tidur mana?” Tanya Shazlin seperti orang bodoh, sebelum Dato’ Mirzan bersuara Pak Longnya sudah bersuara.

“Buat lawak pulak budak ni, nak tidur mana lagi bilik Lin la, bilik yang lain semua kami dah pakai.” Selamba sahaja Pak Long Shazlin menjawab soalan Shazlin tadi, Shazlin bukan main terkejut lagi, terngangalah dia. Kerana perkara-perkara seperti hubungan intim tidak pernah dibincangkan dengan Airyl sebelum ini, masing-masing pun segan untuk mengungkit, dan tolak ketepi soal itu. Kedua-dua mereka faham maksud ‘hanya kawan’, mereka tidak mungkin terus melangkah te tahap yang lebih tinggi jika belum bersedia, belum mencintai antara satu sama lain.

“ha….?” Shazlin telah hilang kata-kata, dia melemparkan pandangan pada Airyl yang dari tadi tenang sahaja. Airyl sudah menjangkakan perkara seperti ini pasti akan berlaku, sebab itu dia sudah bersedia. Shazlin naik geram bila Airyl langsung tidak menolong dirinya, namun geram Shazlin hanya dalam hatinya sahaja, ‘Ish.. budak ni, cakap lah dia nak tidur rumah dia.’

“ah takda-takda, bilik sepahlah. Tak habis kemas lagi…” kata Shazlin bersahaja, biliknya memang sekarang penuh dengan kotak-kotak barangnya. Dia perlu berkemas untuk berpindah ke rumah yang dihadiahkan Tuan Haji Zainal kepada Airyl, dia dan Airyl akan hidup berdua di situ. Shazlin memang malas hendak mengemas barang-barangnya kerana berasa sangat berat hati untuk tinggalkan rumah, tinggalkan biliknya yang dia sayang sangat. Terkejut mereka sekeluarga bila Shazlin berani berkata begitu, tak takut suami kecil hati ke?

“Awak tak kesah kan Airyl?” Tanya Shazlin sambil memberi pandangan tajam ke mata Airyl, dari mata Shazlin Airyl tahu Shazlin sedang marahkan dirinya tetapi Airyl tidak tahu kenapa, dia masih lagi belajar membaca apa yang Shazlin fikirkan. Airyl perlu belajar bagaimana hendak melembutkan hati Shazlin, bagaimana hendak memujuk Shazlin bila dia merajuk, bagaimana hendak menyejukkan Shazlin bila dia marah, kalau tidak sudah tentu susah hidupnya selepas tinggal sebumbung nanti.

“okey..” Jawab Airyl pendek, saudara-mara kedua-dua belah pihak terkejut betapa coolnya hubungan Airyl dan Shazlin, mereka yang masih tidak tahu status hubungan Airyl dan Shazlin menganggap mereka terlalu dingin, tidak seperti orang lain yang baru berkahwin langsung. Airyl langsung tidak memandang mata Shazlin, dia cuma memandang kosong ke tengah karpet tanpa sebarang ekpresi wajah.

“Korang honeymoon kat mana?” Tanya Aaron bila mereka semua disitu terdiam tengok Airyl dan Shazlin yang masih buat muka selamba dan tak kisah. Dia sekeluarga tahu status hubungan Shazlin dan Airyl, ‘kawan’ tetapi mereka berdua berjanji akan buat yang terbaik untuk jadi suami isteri. Begitu juga keluarga Shazlin, mereka tahu kerana Shazlin telah berterus terang bila mereka bertanya kenapa dia terima pinangan keluarga Airyl sedangkan sebelum itu Shazlin bermati-matian beritahu dia tidak mahu berkahwin, cuma saudara-mara Shazlin yang datang dari Kedah sahaja yang tidak tahu kecuali sepupu-sepupu Shazlin yang rapat dengannya, tetapi kalau mereka sudah memberi tahu ibu bapa mereka mengenai itu lainlah ceritanya.

“er…Airyl..?" Shazlin memanggil nama Airyl untuk meminta bantuan kecemasan, ‘please..cakap kita tak nak pergi..’

Airyl dapat pula membaca apa yang difikirkan Shazlin kali ini, kening Shazlin sudah berkerut, sambil berdoa di dalam hati agar Airyl dapat membaca riak wajahnya yang jelas menunjukkan dia tidak senang dengan topik yang dibualkan sekarang.

‘alahai..dia buat muka kesian yang 18 kali lebih kesian dari muka kucing di dalam filem Shrek tu la pulak...’ bisik hati Airyl, dia pantas menggeleng untuk menjawab soalan mengenai bulan madu itu.

“er…kami tak pergi kot..” Jawab Airyl, dia tahu itu jawapan yang diharap-harapkan Shazlin. Laju sahaja Shazlin mengangguk tanda setuju dengan muka cemasnya. Shazlin lega kerana Airyl mahu menyelamatkannya kali ini, satu keluarga kehairanan.

“Tak mau honeymoon?” Tanya Mak Su Shazlin dengan nada pelik, sah dia tak tahu apa-apa mengenai kedudukan hubungan Shazlin dan Airyl. Sepupu-sepupu Shazlin sudah berbisik antara satu sama lain, mereka sudah dapat mengagak mengapa Airyl menolak untuk tidak pergi berbulan madu, mereka juga perasan isyarat yang Shazlin hantar kepada Airyl sebentar tadi, tersengih-sengih mereka melihat kedua pasangan muda ini.

“Tak naklah, buang duit je? Membazir..” Kata Shazlin lalu mencebik lagi, tiba-tiba Pak long Shazlin terang-terang memperli dirinya, “ai…dah berenti ka? Dulu membaziaq tu bukan kerja hang Shazlin?”

Merah muka Shazlin kena perli, terang-terang dia dilabelkan sebagai budak suka membazir, lantas dia terjerit kecil. “Pak Long ni, selamber ja kutuk Lin.”

Mereka semua di ruang rehat itu ketawa, termasuklah Airyl walaupun dia ketawa tak berbunyi, Airyl menggigit hujung bibirnya menahan tawa dari keluar dari mulutnya. Nanti ada pula yang kena panahan mata Shazlin kalau dia ketawa kuat – kuat, bukan dia tidak kenal perangai Shazlin, dia gelakkan orang boleh orang gelakkan dia mulalah muncungnya yang ‘comel’ tu.

“Dulu duit daddy lain…” Shazlin beralasan dengan nada perlahan sambil tertunduk. Datin Norliyn membelai-belai rambut Shazlin, Shazlin dengan perangainya yang menggelikan hatinya, kalau dia tiada di rumah ini nanti sunyilah Datin Norliyn, cuma Linda sahaja yang boleh menjadi penemannya dan suami kini. 

“Owh…tak mau membazir duit Airyl la ni? Duit daddy takpa?” Perli Dato’ Mirzan pula kepada Shazlin. Shazlin berdiam, tak berani nak angkat kepala kerana malu dikata begitu, tetapi tidak boleh salahkan sesiapa, dah memang betul dia begitu. Memang Shazlin selalu menggunakan duit daddynya sewenang-wenangnya, terutamanya bila dia keluar membeli – belah, terlalu galak memilih barang untuk dibeli, sehingga tidak perasan kadang kala dia terlampau membeli.

“Tak apalah, demi anak-anak daddy sponsor pergi honeymoon,” Kata Dato’ Mirzan. Peluh dingin merecik di dahi Shazlin tapi Airyl masih macam tadi, takda perasaan. Dia seperti tidak kisah untuk pergi berbulan madu dengan Shazlin, sedangkan Shazlin pula tidak mahu kerana takut berasa tidak selesa bila berdua dengan Airyl dengan alasan ‘bulan madu’.

‘alamak…mana ada kawan pergi bulan madu, buatnya depa sumbat dalam kami honeymoon suite, tak tidurlah aku sepanjang malam sebab awkward feeling.’ bisik hati Shazlin, dia kalau boleh tidak mahu pergi berbulan madu sekarang, biarlah bila mereka betul-betul ingin menjadi suami isteri ‘sebenar’ baru mereka merancang sendiri percutian bulan madu itu. Tetapi dia tahu daddynya mesti akan paksa mereka berdua pergi juga.

“Lagi pun Uncle Zainal Lin, yang sekarang ni dah pun jadi ayah Lin dah sponsor rumah, biaq daddy sponsor kereta baru untuk hangpa dua orang dengan honeymoon.” Kata Dato’ Mirzan dengan mudah, Airyl terkejut dengar tapi bukan kerana honeymoon tapi mengenai kereta.

“eh, daddy Airyl dah ada kereta,” cepat sahaja Airyl berkata, pelik kenapa Dato’ Mirzan nak hadiahkan kereta pula. Sedangkan dia sudah memiliki Honda Jazz hitam yang ayahnya belikan bila dia pulang ke Malaysia selepas lama belajar di Jepun.

Daddy tahu, apa salahnya tambah lagi satu baru, hadiah kahwin.” Balas Dato’ Mirzan pula, terdiam Airyl. Dia segan hendak menerima hadiah bapa mertuanya itu, baru kahwin dah dimanjakan sebegini, selepas ini apa pula yang akan diberi kepadanya. Nanti kalau terlalu menerima, takut cepat pula mertuanya meminta, meminta cucu.

“Abang tukar jelah yang baru. Honda Jazz abang, Airul nak ek?” Cepat sahaja Airul booking kereta Airyl yang belum tentu Airyl akan lepaskan, dengan cepat juga Airylia menyiku Airul, “awak tu lesen takde dah gatal nak berkereta”

Marah Airylia kepada adik bongsunya, dia rasa tak patut berkata begitu depan keluarga Shazlin. Terasa malu pula bila Airul bersikap tidak sabar, tetapi Airul pantas memberitahu yang dia cuma bergurau dengan suara berbisik kepada Airylia. Mereka semua yang lain cuma tersenyum sahaja, Dato’ Mirzan pula bersetuju dengan Airul, “bolehlah tu…daddy belikan yang baru, yang lama bagi kat Airul.”

“Tapi…” Airyl mahu membantah, Airyl masih dengan sikap low profilenya, cukuplah dengan apa yang ada. Tuan Haji Zainal pula tidak membantah, dia kenal sangat perangai Dato’ Mirzan yang suka manjakan anak-anak, lagipun dia sudah awal-awal diberitahu yang sahabatnya itu berniat hendak menghadiahkan Airyl kereta jika Airyl dan Shazlin jadi disatukan. Walaupun Tuan Haji Zainal sudah awal-awal lagi membantah kerana tidak mahu Airyl dimanjakan dengan harta, tetapi kata-katanya terkena balik ke batang hidungnya kerana dia telah pun menghadiahkan sebuat rumah banglo kepada Airyl dan Shazlin. Tuan Haji Zainal tidak dapat membantah lagi, Airyl yang tidak tahu menahu tentang itu keliru mengapa ayahnya biarkan sahaja niat Dato’ Mirzan menghadiahkan dia kereta.

“Takda tapi tapi lagi, kereta daddy belikan, honeymoon pun daddy sponsor hangpa cepat cakap nak pergi mana? Linda, pergi ambil laptop kita tempah tiket sekarang jugak, budak-budak ni kalau tak dipaksa tak pergilah mereka.” Ujar Dato’ Mirzan, terloponglah wajah kedua-dua pasangan pengantin itu.

‘Aku dah agak dah, mesti kena paksa punya, tapi.. tak payahlah nak booking tix sekarang,’ monolog Shazlin seorang diri. Hazlinda telah berlari masuh bilik untuk mengambil laptop, dia sendiri seronok masuk sekaki dalam mengenakan kakaknya itu. Sepupu-sepupu Shazlin tersengih-sengih mengenangkan jiwa Shazlin yang gundah gulana, mereka semua suka mengusiknya.

“Apala, orang nak sponsor pi honeymoon pun tak mau.” Kata Mak Su Shazlin sambil tersengih, Shazlin cuma tersenyum kelat. Shazlin melayangkan pandangan pada Airyl sekali lagi, Airyl cuma buat tak tahu sahaja. Bila orang ramai begini Airyl memang akan menjadi pendiam dan tidak akan bercakap kecuali ada yang bertanya kepadanya, tambahan pula dia masih belum kenal sungguh dengan keluarga Shazlin, dia cuma tahu nama dan pangkat mereka dengan Shazlin. Hazlinda muncul semula dengan laptop ditangan, sementara menunggu Hazlinda membuka laptop itu seisi keluarga riuh berbincang ke mana harus Shazlin dan Airyl pergi, tuan punya badan pula hanya duduk diam tidak berbunyi.

“Nak pergi mana Lin? Australia nak?” Tanya Datin Norliyn sambil mengusap kepala anaknya, Shazlin panggung kepalanya untuk melihat wajah Datin Norliyn sekilas, kemudian dia tunduk lagi tidak bersuara sambil mencebirkan bibirnya.

“Pergi London…” Salah seorang sepupu Shazlin berkata, dia tahu Shazlin gila membeli belah dan London memang salah satu tempat membeli belah yang dia suka pergi. Orang lain yang hendak berbulan madu, yang lain pula yang terlebih teruja, lebih sudu dari kuahnya.

“Lin baru ja pergi London bulan lepas,” kata Dato’ Mirzan sebelum seseorang menyuarakan pendapat lagi, “Paris Paris, barulah romantik sikit.”

No…pergi Italy lagi best,” kata seorang lagi sepupu Shazlin, Shazlin angkat kepalanya, dia rasa seperti dikhianati pula bila sepupu-sepupunya turut mengatur bulan madunya, sedangkan terang-terang mereka tahu hal perkahwinannya itu hanya atas kertas sahaja buat masa sekarang ini.

‘Melebih-lebih pulak depa ni, aku yang kahwin depa sibuk nak cadang tempat honeymoon, sapa yang kahwin..saja ja nak suruh romantik-romantik pulak, dah tau aku dengan Airyl tak kan jadi macam tu sekarang ni, saja ja buat orang sakit hati..’ marah Shazlin dalam hati, matanya memang sudah memberi panahan petir pada mata-mata sepupu-sepupunya. Terdiam mereka semua kerana takut Shazlin menjerit marahkan mereka, Shazlin tidak kira, dihadapan orang tua mereka pun dia berani marah mereka, dan orang tua mereka memang akan menangkan Shazlin kalau mereka mengusik Shazlin sebab itu memang salah mereka. Airyl perasan isterinya yang sedang panas membara itu cepat-cepat, perbetulkan keadaan, esok ada majlis lagi tak elok lah kalau adik-beradik bergaduh bermasam muka.

“Puteri kita pergi Jepun jelah..” Kata Airyl kepada Shazlin, Shazlin masih belum tersedar dari amarahnya. Tidak berkedip mata Shazlin memandang tajam kepada sepupu-sepupunya tadi, pucat muka mereka semua ketakutan. Mereka seperti menahan nafas masing-masing dan tidak lagi berani buka mulut.

“Puteri…? Puteri…” Panggil Airyl lembut, semua yang lain tidak berani bersuara kerana seram dengan wajah marah Shazlin tadi, ada juga yang terdiam kerana tengok gadis kecil molek lagi comel ni boleh marah sampai macam tu sekali, itu belum tengok Shazlin menaikkan suara,  sudah pasti orang bertanya jika Shazlin pernah mengambil kelas nyanyian klasik atau pernah menjadi komander kawat kaki. Akhirnya Shazlin tersedar bila Airyl memanggilnya dengan lembut, dia memandang mata Airyl kosong.

“Jepun boleh?” Airyl tanya sekali lagi, Shazlin hanya mengangguk sahaja beberapa kali biar Airyl sahaja yang buat keputusan lagipun diakan suami. Shazlin bangun dari duduk bersila.

“Lin nak naik…” Kata Shazlin lemah dan berlalu meninggalkan ruang rehat itu dengan rajuk menebal di hati.
*~*~*
~bersambung~

an: assalamualaikum semua, hari ni punya update mungkin yang paling pnjg qminz pernah buat, tapi mungkin juga yang paling boring pernah kami buat. Tak tahu apa dah jadi dgn q, macam ada yg tak kena je dgn chapter ni tapi tak tahu nak tukar kat mn, sorry kalau korang rasa bosan bila baca chapter ni. 

anyway, tahniah kepada yg dh vote 'jepun' kat poll sebelah ni. Lepas ni sape vote dh tak aci dh, sbb rahsia dh terbongkar. hahaha. 

Rasanya, masa diorg g Jepun Airyl jd lebih sweet kot.. hehehe^^ *author tak sabar nak post bab honeymoon.* weeeeeeeeeeeee.....

sudi-sudikanlah meluahkan komen, klik reaction saje pun xpe^^

ps: semalam kita dikejutkan dengan berita gempa bumi di negara jiran, 8.9..sgt2 kuat. q pun terasa. Marilah kita berdoa semoga semua selamat, mintak dijauhkan dari segala bencana lagi. 

13 comments:

  1. hahaha.. kelakarlah Airyl tu.. ada ke bg hantaran mcm tu kat shazlin.. tp, comeylah diorg berdua tu.. mcm manalah diorg punya honeymoon ya.. x sabar nk tahunya..

    ReplyDelete
  2. @eliza ab tu la kan? dh la suh pasang sndiri. ingt senang ke? *ketuk2 kepala airyl*

    hehe...honeymoon diorg 2-3 chapter la jgk~!! hehehe...tggu...^^

    ReplyDelete
  3. hahaha... so sweetlah.. last2 merajuk Shazlin tu.. kesiannya..

    ReplyDelete
  4. @wara huhu...ala...merajuk kejap je. nnt ada yg pujuk, okay lah balik...weeeeeeeeeeeeeeeee...

    ReplyDelete
  5. Sweet aje couple ni. Nakal pun sama2 nakal.

    ReplyDelete
  6. uhuuu...suka sgt kt airyl ni...n shazlin, pls jgn ngengada sgt ok...ahahahha sweet!... ;)

    ReplyDelete
  7. @dayana wah...first time nmpk komen awka kat sini^^ thx. mmg nakal diorg ni -___-ll

    @iboo hahaha..kesian shazlin. dia mmg cam tu. ngada2, sian airyl kena layan dia nnt. huhu

    ReplyDelete
  8. @aida hai aida. terima kasih kerana meninggalkan komen. smbg? n3 br hr jumaat...harap bersabarlah ye..

    ReplyDelete
  9. @aqilah wah...aqilah baca hbs one-shot semua 14 chapters? wow...terima kasih, sggp bersengkang mata baca dr mula smpi n3 plg br. Nak lagi?? nntikan n3 br hri jumaat yer...

    teaser untuk bab 15 sudah pun keluar kat facebook^^

    ReplyDelete
  10. pergh. slamber je si Shazlin ni.. tp Lin ni kan... kecik kecik cili padi ke? haha sabor jealah Airyl dpt bini garang n manja. garang2 pun comel jea ;P

    ReplyDelete
  11. @ainaa hi ainaa, good to see your comment again^^
    lin ni..hurm...dia xda la selalu garang2, tp skali marah...dasyatlah.., tp kuat merajuk... huhu..

    ReplyDelete