Followers

Thursday, April 19, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 15




Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!



.: 15 :.
 “Dah lama tak tengok Shazlin marah macam tu…seram..” Ujar Mak Long Shazlin, Datin Norliyn ketawa kecil melihat mereka membatu ketakutan melihat Shazlin begitu, Datin Norliyn sudah biasa melihatnya, orang lain pun mengangguk bersetuju terutamanya mereka yang berbuat salah tadi. Untuk 2 minit mereka mengeraskan tubuh, duduk tegak tidak bergerak, menahan nafas.

“Abang Airyl…sorry, kami tak sengajalah.” Yang paling muda antara mereka bersuara setelah lama bermain tolak menolak untuk memohon maaf pada Airyl. Airyl hanya senyum, “takda apalah…nanti abang Airyl cakap kat kak Lin”

Sepupu-sepupu Shazlin menghela nafas lega, barulah mereka boleh bernafas dengan selesa, lega hati mereka bila Airyl berkata begitu, tiba-tiba sahaja Dato’ Mirzan bertanya, “Shazlin tu memang macam tu, dulu daddy dah cakap, Airyl boleh tahan ka?”

“Jangan risau daddy, I know how to deal with it,” Kata Airyl lalu senyum ikhlas, bagi Airyl untuk menenangkan Shazlin atau memahami apa yang Shazlin rasa kita hendaklah berfikiran seperti dirinya, manja seperti budak-budak, kerana Shazlin seorang yang teramat manja, semua katanya perlu dituruti. Senang hati Datin Norliyn bila mendengar Airyl berkata begitu, bukan senang nak tenangkan Shazlin yang marah kalau tak ada makanan favorite dia, takkan Airyl nak keluar rumah beli tiap kali Shazlin mood swing, susahlah dia nanti. 

“Kenalah tahu, kalau suami tak tahu pujuk isteri susahlah, kena belajar semua tu, kenal Shazlin, tahu tak?” Nasihat Hajjah Suri kepada Airyl, Airyl hanya menjawab pendek, “tahu…”

“esok malam ada flight pi Jepun, pukul 1.” Kata Hazlinda, cepat sahaja Airylia menyampuk, “apa lagi book lah..”

“pergi esok ker?” Tanya Airyl, cepat betul. Lepas majlis malam tu dah kena terbang ke Jepun. Memang rehat cukup-cukuplah bila di Jepun nanti, mesti lenguh satu badan esok sudahlah bersanding berjam-jam, belum pun sempat nak berehat kena pula terbang ke Jepun duduk berjam-jam dalam kapal terbang pula.

“Iyalah, baru namanya honeymoon. Lepas nikah, bersanding terus pi?” Kata Pak Su Shazlin.

“Visa?” Pantas Airyl bertanya, mereka perlu visa untuk masuk ke Jepun.
“itu kamu jangan risau, pandai-pandailah daddy settlekan untuk kamu sebelum malam esok.” Laju sahaja Datuk Mirzan menjawab, terdiam Airyl sebentar.

‘senangnye ada pangkat Datuk, visa pun boleh dapat cepat.’ Monolog Airyl sendiri, Airyl mengangguk sahaja tanda setuju kerana malas hendak memanjangkan topik. Hazlinda menempah tiket kapal terbang itu menggunakan kad kredit Dato’ Mirzan, namun Airyl putuskan untuk cari sendiri hotel jadi Hazlinda tidak perlu menempah honeymoon suite untuk mereka.

“Tak nak ke abang Airyl, best ni package die…wow..romantic.” Hazlinda memujuk.

No, takpe…abang  Airyl cari hotel sendiri.” Dia cuba meyakinkan mereka.

love hotel lagi romantik kot..” Airul bersuara, Airyl menjegil matanya kepada adiknya itu. Mujurlah rata-rata mereka tidak memahami maksud Airul.

“sudah..” Kata Hazlinda ceria.

thanks,” balas Airyl. Dia berterima kasih kerana keluarganya dan keluarga Shazlin memikirkan jalan untuk dia dan Shazlin mengenali antara satu sama lain, mereka sangat suka bila Airyl dan Shazlin bersetuju untuk berkahwin walaupun Shazlin dan Airyl sudah awal-awal beritahu akan berkawan dulu di awal perkahwinan mereka, cuba mengaplikasikan konsep perkahwinan orang dulu-dulu bercinta selepas berkahwin.

“Kenapa Jepun?” Tanya Aaron, sebenarnya dia curiga niat Airyl hendak ke sana, walaupun agak lambat dia menyuarakan soalan, tiket sudah pun ditempah.

“Jangan-jangan kamu nak pergi Akiba.” Aaron menyambung, mereka sekeluarga tahu itu tempat yang Airyl paling suka di atas muka bumi selepas rumah keluarga mereka, Aaron tidak suka kalau Airyl membuat keputusan yang mementingkan diri sendiri, pergi ke sana kerana hendak berseronok dalam dunia otakunya tanpa memikirkan apa perasaan Shazlin, sebagai abang yang sudah berkahwin dia rasa dia patut menegur kalau itu niat Airyl.

“Memang nak pergi sana pun..” Kata Airyl, tetapi belum sempat menghabiskan kata-katanya Airylia pula memotong cakap.

oh my god, selfishnye..” Airylia cakap lepas secara tidak sengaja. Terpinga-pinga yang lain memandang kembar Airyl, memang mereka tidak memahami mengapa dia selamba sahaja berkata begitu kepada abang kembarnya.
“Abang, sudah-sudahlah jadi otaku tu, bersaralah.. dah kahwin pun abang ni..” Airul mencelah dengan kening yang berkerut, sangkanya abangnya sudah nekad berhenti dari menjadi otaku selepas dia bersetuju hendak berkahwin, rupa-rupanya tidak, dia masih seperti dulu. Sebahagian dari yang mendengar semakin keliru, apa itu otaku, tidak pernah mereka mendengar perkataan itu. Airyl mengeluh perlahan sebelum menjawab.

“Mana ade, memanglah nak pergi ke sana sebab abang dah lama tak pergi. Lagi pun Abang nak tunjuk kat Puteri tempat-tempat abang membesar. Okay?” Jelas Airyl, keluarganya berpuas hati dengan jawapannya, mereka tidak lagi bersoal banyak selepas itu.

Tuan Haji Zainal bangun dari sofa, dia ingin pulang ke rumah segera. Badan pun sudah letih, lagipun lebih elok dia pulang awal supaya ahli keluarga Dato’ Mirzan boleh berehat dan tidur, mesti mereka segan untuk ke bilik dan membiarkan keluarganya tidak dilayan. Lagipun saudara-saudara Tuan Haji Zainal ramai dirumah, mereka yang datang dari jauh sudah pulang lebih awal ke rumah Tuan Haji Zainal, yang mana tinggal di sekitar Kuala Lumpur pulang ke rumah masing-masing.

“Aku balik dulu lah Mirzan, cucu-cucu aku pun dah melentok-lentok tertidur kat pangkuan ayah ibu dia.” Kata Haji Zainal kepada Dato’ Mirzan, walaupun mereka masih hendak berbual tetapi masing-masing tahu badan sudah penat, lagipun esok masih ada.

“Iyalah kesian kat budak-budak, apa-apa hal kita jumpa lagi esok,” sambung Hajjah Suri, mereka semua di situ bangun untuk bersalaman.

“er…ayah, Airyl nak pergi tengok…Puteri sekejap..” Kata Airyl sambil telunjuknya menunjuk ke atas, dia teringat yang dia mahu memujuk Shazlin yang meninggalkan ruang rehat dengan perasaan marah yang berbaki. Kalau mood Shazlin sudah elok, alhamdulillah tapi kalau belum biarlah dia cuba menyejukkan Shazlin, esok masih ada majlis kalau dia tak tidur lena nanti hilang seri pengantin pula.

“Tak payah, Airyl balik asing. Ambil kunci kereta Airyl ni, kalau tukar  fikiran nak tidur sini, nak balik lambat ker ikut suka Airyl lah.” Kata Aaron kepada Airyl, kunci ditangannya bertukar tangan. Airyl tidak dapat menolak bila bapa mertuanya juga bersetuju dengan itu.

*~*

Pintu bilik Shazlin diketuk dua kali, Airyl menanti dengan sabar jawapan dari dalam bilik. Shazlin tidak bersuara sebaliknya dia membuka pintu biliknya, berkerut kening Shazlin bila ternampak Airyl di muka pintu. Airyl mengangkat tangannya sambil tersenyum, “hey..”

“Awak tidoq kat sini jugak ka?” Tanya Shazlin dengan curiga, dia memang tidak mahu Airyl tidur di sini hari ini, dia belum bersedia untuk tidur sebilik dengan ‘lelaki asing’ dalam biliknya.

Nope, im checking on you..” ujar Airyl bersahaja, tangannya sudah dijatuhkan. Shazlin meniup rambut depannya tanda geram, “What do you mean by checking on me? saya ni budak kecik tiga tahun ka?”

Airyl ketawa perlahan, loghat Kedah Shazlin yang pekat memang melucukan, Shazlin mencebik, dia berpaling dan terus melangkah ke arah katil. Punggungnya dihenyak ke atas tilam lembut itu, Airyl melangkah masuk bilik itu, tangannya menutup pintu bilik lalu menapak mengikut langkah Shazlin dan tanpa dijemput dia duduk di sebelah Shazlin, Shazlin menjeling tajam ke arah Airyl.

What?” Soal Airyl, dia keliru mengapa Shazlin menjelingnya.

Get off, and get out.” Kata Shazlin serius, dia memandang tajam ke arah Airyl yang selamba sahaja buat bilik itu seperti biliknya.

“hey, im your husband you can’t kick me out. Jangan la kedekut sangat, tumpang duduk je..” Kata Airyl, hubungannya dengan Shazlin sudah lebih baik dari waktu mereka pertama kali berjumpa, mereka menjadi lebih terbuka. Shazlin berpeluk tubuh, sambil memuncungkan bibir.

“Takdalah semak sangat bilik awak ni, banyak kotak je. Katil still kosong, bolehlah saya tidur sini.” Ucap Airyl, dia sengaja berkata begitu kerana ingin melihat reaksi Shazlin. Bila hanya tinggal mereka berdua, pandai juga Airyl berbual. Dia boleh berbual dengan Shazlin, ada sahaja modal untuk bercakap bila dia bersama dengan Shazlin. Tiba-tiba dia rasa pedih di lengannya, Shazlin telah memukulnya kerana bergurau sedemikian.

“Jangan nak mengada-ngada, tak dapat ah nak tidoq sini.” Marah Shazlin, Airyl cuma ketawa, kemudian cepat-cepat beritahu yang dia cuma main-main sahaja, “joking okay.”

“Diorang kat bawah minta maaf, awak pun janganlah marah sangat diorang just suka tengok kita boleh pergi jalan-jalan. Sebab tu diorang main suggest-suggest tadi.” Sambung Airyl kemudian. Shazlin tunduk, dia sudah tidak marahkan mereka cuma moodnya jadi tidak baik. Adalah beberapa kotak yang menjadi mangsa sepak terajangnya masa dia mengemas sedikit lagi barangnya tadi.

“Okay, saya tak marah dah.” Shazlin beritahu, Airyl tersenyum lega. “eloklah kalau macam tu, jangan lah moody, esokkan ada majlis lagi, nanti diorang ingat awak marahkan diorang lagi.”

Airyl menyambung dengan kata-kata nasihatnya. Shazlin hanya mengangguk tanpa senyuman di wajah, memahami apa yang cuba Airyl sampaikan.

Rabbit mana? Saya nak officially berkenalan dengan usagi awaklah.” Tanya Airyl kepada Shazlin, dia berharap Shazlin akan kembali ceria jika dia menukar topik perbualan. Ternyata usahanya berhasil, Shazlin terus bangun mencari patung arnabnya. Dia berjalan keliling bilik, mencari disebalik kotak-kotak yang bersusun di atas lantai itu, tangannya pula tidak lupa dengan tabiat menggosok rambutnya membuatkannya kusut. Airyl hanya menonton reaksi Shazlin, bukan senang nak tengok perempuan berperangai kartun seperti Shazlin ni, setakat ini cuma Shazlin seorang yang dia jumpa, mungkin pengaruh watak-watak dari drama Jepun dan Korea yang banyak berperangai seperti kartun banyak mempengaruhi tabiat Shazlin sekarang.

“Ini dia..” Ujar Shazlin ceria selepas menjumpai patung arnab itu yang sebenarnya jatuh dari katil di belakang Airyl, tangan yang memegang telinga patung arnab itu mengangkat patung itu tinggi.

Say hi to Airyl, rabbit.” Shazlin mengarah patung arnab yang tidak bernyawa itu bercakap, Airyl pula tersenyum lalu melambai-lambai tangannya.

“hai usagi..saya Airyl..saya…er...suami tuan awak ni.” Kata Airyl kepada patung arnab itu, dia berkenalan dengan patung arnab itu secara berdepan pula sebelum ini Shazlin pernah memperkenalkan rabbit kepadanya melalui webcam. Bercakap dengan benda tidak bernyawa bukanlah suatu perkara asing baginya kerana dia juga berbuat begitu setiap hari, memang kenalah perangai mereka berdua ini.

“Nama dia rabbit lah, dah banyak kali saya bagitau awak, nama dia bukan usagi.” Marah Shazlin pada Airyl, muncungnya yang hilang tadi muncul kembali. Shazlin memanjat kembali ke atas katil itu, patung arnab itu diserahkan kepada Airyl.

What’s the different? usagi still means rabbit but in different language. Apa bezanya?” Kata Airyl berkata lalu memberi senyuman kepada patung arnab yang sentiasa tersenyum itu. Shazlin kembali mengambil tempat disebelah Airyl, dia masih tidak berpuas hati bila Airyl tidak mahu memanggil patung arnab itu dengan nama yang diberinya.

“Nanti, nak bawaklah rabbit ni?” Tanya Airyl kepada isterinya. Shazlin pantas menjawab, “mestilah, takkan saya nak hidup berdua ja dengan awak.”

Airyl senyum, dia teringatkan figura-figuranya di dalam kotak di rumah, dia pun akan bawa mereka bersama, “Jangan risau, kita bukan berdua or bertiga je, berpuluh nanti kat rumah tu..”

“Apa maksud awak?” Soal Shazlin yang keliru, kenapa ramai sangat pula, berkerut kening Shazlin memikirkan.

“Bila dah pindah nanti tahulah awak.” Kata Airyl, separuh dari kotaknya telah dihantar ke rumah baru, ada lagi yang disimpan di rumah kerana rumah baru mereka masih di dalam proses ubah suai, kata Aaron rumah itu ditukar sedikit mengikut kehendak dan kesesuaian Airyl dan Shazlin. Rumah itu sudah lama tidak diduduki, lagi pun rumah itu cuma kosong sebelum ini, jadi mereka sedang mendekorasi rumah itu dan dalam proses memasukkan perabot ke dalam rumah itu.

“erm..suka hati awaklah..” Kata Shazlin pendek dia kemudian berbaring di tepi Airyl mukanya menghadap ke atas matanya memandang tepat ke mata Airyl supaya mudah untuk mereka berbual, Airyl terleka pula bila berbual dengan Shazlin, begitu juga Shazlin yang dengan ringan sahaja dia membuka topik perbualan, “Airyl, awak tak mau panggil saya Lin ka?”

“kenapa?” Tanya Airyl kembali, apa salahnya panggil Shazlin puteri, bunyi seperti istimewa saja panggilan itu.

“Bukan ke bunyi macam special je, lagipun nampaklah mesra sikit ada panggilan manja macam tu..” tambah Airyl lagi, setidak-tidaknya mereka tidak berasa jauh bila ada pet name seperti itu. Dia juga rasa semua yang mendengar akan berfikiran positif bila mendengar dia memanggil Shazlin begitu.

“pak cik mak cik saya dan sepupu-sepupu saya ingat saya paksa awak panggil saya macam tu, angkat martabat sendiri lah konon, nak awak layan saya macam puteri.” Keterangan Shazlin menidakkan apa yang Airyl fikirkan, lain yang dia fikir lain yang mereka anggap. Yang buruknya nama Shazlin, dia yang sukarela memanggil Shazlin begitu tidak pula dikata.

“yeke, sorry. Awak cakaplah saya yang panggil..saya tetap nak panggil awak puteri.” Ujar Airyl, Shazlin menurut sahaja apa yang suaminya itu selesa memanggilnya.

 “suka hati awak lah..” Kata Shazlin lalu menguap, Airyl yang melihat cepat menggunakan patung arnab ditangannya untuk menutup mulut Shazlin, “lain kali menguap tutup mulut. Berduyun-duyun syaitan masuk mulut awak nanti.”


Shazlin mengedipkan matanya beberapa kali, air matanya keluar dari tubir mata, dia sudah mengalihkan patung arnab itu dan menguap dengan menutup mulut dengan tangannya.

‘apalah laki aku ni, habis termakan aku bulu rabbit ni, bukan nk guna tangan dia, tak reti langsung!’ monolog Shazlin separuh sedar, matanya terasa amat berat dan sekali lagi dia menguap.

Airyl hanya menggeleng melihat perilaku Shazlin, “saya baliklah, awak pun dah mengantuk, esok kena siap awal pulak tu takda harapanlah awak nak tidur sampai matahari naik tinggi.”

Shazlin mengangguk-angguk sambil menguap, entah mengapa matanya sangat mengantuk, malu pula bila menunjukkan dirinya sebegini tetapi sampai bila dia perlu berlagak sempurna, nanti bila tinggal serumah jenuhlah kalau nak lari tiap kali hendak menguap. Airyl menepuk lembut pipi Shazlin dua kali lalu bangun dan melangkah ke pintu bilik untuk keluar.

“Oit, tak ucap good night ke?” Tanya Shazlin kepada Airyl yang sudah memulas tombol pintu, Airyl memalingkan wajah melihat Shazlin yang telah yang bangun sedikit untuk menghadap Airyl dengan wajahnya yang sangat mengantuk itu. Airyl tersenyum….

Oyasumi Kanojo, Good Night Princess…”

*~*~*
~bersambung~

an: assalamualaikum. ya allah...sorryyyy........sy tertido, siape yg add sy kt fb tau lah ap yg jd sbnrnye.  so sorry sesangat lmbt post. ingin sy beritahu yg waktu sy edit2 sy sgt5 mengantuk so if ad kesalahan hrp dimaafkanlah, n beritahu kat sy Ok. 

ps:glossory akn diupdate esok. dh xlrat dh ni. klau x phm ap2 try googl dulu eh..or tggu je eesok tgk kt glossary


10 comments:

  1. Bestnya.. So sweet Airyl.. Suke3!:-D

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. So sweet Airyl.. Suke3!:-D

    ReplyDelete
  3. Airyl pun suka anak pantung jugak ke ? hehe memang sekepala dgn Shazlin.. :D

    ReplyDelete
  4. lama nyeee tunggu.. heeeee ^^
    akhirnyaa.. nak lagi!! nak!!

    ReplyDelete
  5. sori aritu smpt komen pendek jer...huhu...lelah mengejar masa. :)

    serius, akak suka sgt ngn airyl...rilex dan bersahaja..coolio! hihihi..

    cik putri plis tlg jgn ngada2 sgt..sian airyl tu nk kna lyn kerenah dia, but i believe airyl leh handle shazlin well...

    can't wait for the chapter.. :) good job dear

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete