Followers

Thursday, April 26, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 16




.: 16 :.

            “Saya nak bilik asing,” tegas bunyi Shazlin bercakap pada Airyl, mereka sedang menunggu receptionist menyerahkan kunci bilik mereka. Muka Shazlin jelas menunjukkan dia bebal kerana kepenatan, mana tidaknya, sejak awal lagi dia bangun kemudian bergerak ke Star Hotel untuk bersiap, menyanggul rambutnya sahaja makan masa tiga jam baru siap, belum masuk pakaian, aksessori, dan make-up. Penat Shazlin menadah muka untuk dirias, inilah kali pertama dia dimake-up sebegini tebal dan lama.

“Awat tak booking siap-siap hotel ni, kalau tak mesti depa dah prepare awal-awal, beritahu ja nama depa dah bagi kunci.” Rungut Shazlin, moodnya memang tidak elok dikala ini, tangannya mengurut-urut tengkuk yang lenguh. Kesian juga Airyl tengok keadaan Shazlin yang begini, tetapi dari tinggal di dalam honeymoon suite yang siap pakej romatika bulan madu, sudah pasti mereka tidak akan selesa langsung dilayan seperti pasangan yang baru mendirikan rumahtangga atas dasar cinta.

“Dah tu, family awak nak booking honeymoon suite dengan segala benda alah romantik tu, awak nak ke?” Balas Airyl kepada Shazlin, terus terdiam Shazlin. Dia menghayun-hayunkan kaki kanannya ke kiri dan ke kanan, melayan hati sendiri sambil terkumat kamit bercakap seorang diri tanpa suara, ‘memang lah tak nak…ish dia ni, tak nampak ker aku penat, tak payahlah hentam aku balik..’  

Airyl mengucapkan terima kasih selepas menerima kunci bilik, dengan bersahaja dia menarik tangan Shazlin untuk mengikutinya. Airyl mengambil beg sandang yang Shazlin bawa dari bahu gadis genit itu, kesian dia tengok Shazlin masih mengurut-urut tengkoknya. Shazlin cuma memandang ke bawah tanpa melihat kehadapan, Airyl perlu memimpin tangannya supaya Shazlin tidak terlanggar apa-apa. Shazlin membiarkan sahaja tindak tanduk Airyl, dia sudah tidak kisah apa-apa pun yang dia tahu dia mahukan katil empuk.

“kunci bilik..” pinta Shazlin kepada Airyl sebaik sahaja mereka di dalam lif. Airyl menunjukkan kad kunci pada Shazlin, Shazlin mencari-cari satu lagi kunci.

“Satu ja ka?” Shazlin bertanya, Airyl mengangguk. Shazlin mengeluh, berkerut keningnya kerana bengang. “Awat ambik satu ja?”

“awak tak risau ke family tahu kita duduk bilik asing-asing?” balas Airyl dengan soalan, Shazlin merengus geram. Dia memeluk tubuh sambil mencebirkan bibir. Pintu lif terbuka, mereka berdua melangkah keluar, Shazlin menghentak-hentak kakinya tanda geram. Setelah menemui bilik itu, pintu dibuka oleh Airyl, sebaik sahaja melangkah masuk Shazlin menarik nafas dalam, matanya terbeliak.

“Keciknya bilik ni? Awat tak ambik suite, alaihai Airyl oi…” Jerit Shazlin, Airyl meletakkan beg sandang Shazlin ke atas salah satu katil. Kalau diikutkan, ada hotel yang lebih mewah dari yang mereka tinggal sekarang, tetapi Airyl bukan jenis yang akan membazir duit untuk tempat penginapan, cukuplah kalau tempat itu selesa.

“Tak payahlah, membazir je…” Kata Airyl selamba, Shazlin semakin geram sudahlah penat, kena pulak duduk sebilik dengan Airyl dalam bilik kecil begini, nasiblah ada dua single bed.

 “takda privacylah macam ni,” rungut Shazlin, dia menggosok-gosok rambutnya. Sudahlah tadi rambut sudah menjadi sedikit tidak terurus, sekarang sudah menjadi serabut seperti kepalanya sekarang. Shazlin menghempaskan punggungnya ke atas tilam yang empuk itu, tubuh yang sangat letih terasa seperti dipanggil untuk berbaring di atas tilam itu pula. Lantas tubuh Shazlin melabuh di atas tilam, matanya yang sememangnya penat dan mengantuk cepat sahaja terlelap, dia tertidur dalam keadaan kaki yang terjuntai kebawah, kepala yang tidak berlapikkan bantal.

“saya tak kacau awak lah….” Baru sahaja Airyl hendak berbalah dengan Shazlin, tetapi selepas dia memaling dia sudah ternampak Shazlin yang sudah terlena, terangkat kening Airyl yang kehairanan bagaimana Shazlin boleh tertidur ketika sedang memarahinya.

“la…dah tertidur dah?” Ungkap Airyl seorang diri, Shazlin yang sudah tiada daya hendak bertengkar terus dibuai mimpi. Airyl ketawa perlahan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, dia kemudian menarik langsir untuk menghalang cahaya masuk, hari sudah siang tetapi mereka baru hendak tidur, mereka cuma tidur-tidur ayam sahaja sepanjang penerbangan. Bilik menjadi sangat gelap Airyl menghampiri Shazlin lalu membetulkan kedudukan Shazlin, dan meletakkan bantal pada kepalanya. Kemudian Airyl melabuhkan punggungnya ke atas katilnya, dia duduk menghadap Shazlin sambil merenung ke wajah Shazlin. Sebentar kemudian dia bangun untuk membersihkan diri, dia juga ingin tidur selepas mandi, merehatkan tubuh yang sangat letih.

*~*

Shazlin terjaga selepas lena yang panjang, dia melihat sekeliling memastikan di mana dirinya, dia kemudian teringat yang dia kini sedang dalam percutian bulan madunya.

Honeymoon..” Shazlin gumam sendiri, dia mengubah kedudukan punggung, baring mengiring. Dia ternampak Airyl dihadapannya sedang lena di alam mimpi, terangkat kening Shazlin kerana sedikit terkejut. Shazlin mengamati wajah Airyl yang tenang, disebalik kesuraman cahaya dia masih dapat melihat wajah Airyl. Rambut Airyl sudah panjang sedikit berbanding dahulu, sewaktu mereka bertemu di café, Shazlin tersenyum, ‘Handsome lah Airyl ni…hehehehe..’

Sedang Shazlin ketawa dalam hati tiba-tiba sahaja Airyl bersuara, “good evening princess.”

Airyl menyedari Shazlin telah terjaga sedari tadi, Airyl pula cuma berpura-pura tidur kerana tidak dapat tidur semula selepas terjaga 20 minit yang lalu. Shazlin terkejut bila Airyl tiba-tiba menegurnya, mati tawanya walaupun hanya di dalam hati.

“yah…awak dah bangun..” Tanya Shazlin, mata Airyl masih tertutup tetapi Airyl bercakap seperti orang yang sedar, ‘mengigau ke budak ni?’

“dah..” Airyl berkata lalu membuka matanya, Shazlin tersenyum sinis. Nasiblah tadi dia hanya puji dan ketawa dalam hati, kalau tidak mesti dia malu bila dapat tahu Airyl mendengar segala-galanya. Matanya memandang tepat ke anak mata Airyl, tiba-tiba Shazlin berasa janggal, terasa pelik. ‘er…sebab, kawan tak tenung mata kot…’

Shazlin beralasan, wajahnya menunjukkan ekpresi tidak selesa bila bertentangan mata dengan airyl, ‘macam ada something pelik ja..tapi apa?’

“Kenapa dengan awak?” Tanya Airyl bila melihat perubahan pada wajah Shazlin, risau juga kalau-kalau Shazlin sakit. “Awak tak sihat ke? Semacam je muka awak..”

‘La…dia ingat aku sakit pulak, aku just rasa pelik bila tengok muka dia lah.. tengok mata dia…ah.. mata…eii?’ Shazlin bersembang dengan diri sendiri, dia sudah mengesan apa yang lain pada Airyl, mengapa dia rasa seperti memandang mata orang lain sebentar tadi, kenapa dia berasa janggal.

“Airyl, mata awak bukan kaler coklat cair ke?” Shazlin bertanya kepadanya, dia sudah tidak berbahasa seperti orang utara, tidak lagi menggunakan bahasa kedah pekat. Itu adalah perkara biasa bila Shazlin tidak lagi dekat dengan saudara-saudaranya yang datang dari Kedah. Percakapan Shazlin yang biasa membuatkan Airyl pantas memberi reaksi, Airyl cepat menuding jarinya sendiri ke wajahnya. “Saya?”

“erm.. bukan coklat ke mata awak?” Shazlin bertanya lagi sekali. Berkerut kening Airyl bila ditanya begitu, “bila pulak mata saya coklat? Memang hitamlah.”

“Dulu, masa kita jumpa kat café tu tu mata awak coklat..! Semalam pun mata awak coklat,” Bidas Shazlin, dia masih ingat mata Airyl yang coklat itu, Shazlin tenung anak mata Airyl dengan sangat lama pada hari itu. Airyl tersenyum  pula, dia tahu mengapa warna matanya berubah. “owh, itu…contact lens lah”

WHAT?” Terkejut Shazlin bila mengetahui hal sebenar, terbangun dia. Kemudian dia duduk disisi katil Airyl dan merenung mata Airyl mencari kepastian.

“Awak tipu sayalah selama ni, mata awak bukan coklat tapi hitam.” Marah Shazlin, dia rasa tertipu pula bila Airyl tidak pernah beritahu dia yang Airyl menggunakan contact lens. Airyl mengeluh bila dituduh menipu, Airyl bangun dari terus berbaring dia membalas renungan tajam ke mata Shazlin. Shazlin pula memuncungkan bibirnya tanda marah, matanya pula menjeling tajam bila dia memandang ke tempat lain.

“apa kena mengena pakai contact lens dengan menipu? Saya tak pernah beritahu awak mata saya warna coklat.” Airyl menyoal Shazlin, tangan Airyl mencapai kaca mata berbingkai hitam lalu memakainya. Jarinya membetulkan rambut yang sedikit tidak terurus supaya nampak lebih kemas, Shazlin melihat sahaja perbuatan Airyl melalui cermin dihadapan katil mereka. Dia masih belum menjawab soalan Airyl, kerana dia sendiri tiada jawapan yang hendak diberi.

“mana pergi contact lens awak?” Tanya Shazlin, Airyl menoleh ke arah Shazlin.

“hurm…saya terlupa nak bawa case, saya tak boleh simpan tadi so masa dalam flight tadi saya buang je.” Jelas Airyl, lagipun bukan dia yang mengemas barang yang hendak dibawa, dia tidak sempat mengemas barang sendiri kerana percutian bulan madu yang terlalu mengejut. Semasa dia ke tandas dalam kapal terbang tadi dia sudah menanggalkan contact lens kerana dia mungkin dia pasti terlelap dek keletihan, oleh kerana dia tidak tahu bagaimana hendak menyimpan contact lens itu dia buang sahaja, lagipun sudah lama dia pakai contact lens itu. Memang sudah hampir masa untuk tukar yang baru, buat sementara waktu dia akan memakai kaca matanya sahaja, memang dia bawa kaca matanya ke mana-mana sahaja.

‘eiii? Dari malam tadi lagi dia dah tak pakai? Mesti aku letih sangat sampai tak perasan, ala….tak dapatlah aku nak tengok mata coklat tu…alaihai ruginye..’ Kata Shazlin dalam hati. Tidak lama kemudian Airyl bangun dari katil lalu berdiri depan cermin, dia membetulkan rambutnya dengan jari.

wangja byeong..’ Shazlin mengata Airyl di dalam hati. Wangja byeong atau prince disease adalah kata atau istilah menggambarkan seorang yang suka merasakan diri sendiri sangat kacak, dan selalu melihat cermin demi menjaga imej, wangja byeong itu dalam bahasa korea, kalau bahasa cina pula wang zi bing. Shazlin belajar istilah-istilah ini setelah banyak menonton drama, ramai watak yang berperangai begini, walaupun Airyl bukan seorang yang mengangkat bakul sendiri dan berkata bahawa dirinya kacak, tapi sikap menjaga imejnya membuatkan Shazlin melabelkannya wangja byeong.

Tiba-tiba perut Shazlin berbunyi, terhenti kutukannya kepada Airyl, Airyl menoleh kerana dia rasa seperti terdengar sesuatu, dia memandang pada Shazlin. Terbuntang mata Shazlin kerana terkejut, dia menahan nafas kerana malu. Tetapi Airyl tidak mengesyaki apa-apa, Airyl menoleh kembali ke arah cermin sambil membetulkan rambut. Shazlin tertunduk kerana malu, dia kemudian memukul kepalanya dan menarik rambut.

‘maluuuuuuuuu….. aduhai kalau lah dia dengar tadi dan tau tu bunyi perut aku, aku rela terjun tokyo tower…’ Shazlin marah pada diri sendiri, dia masih memukul kepalanya dan kadang-kala perutnya juga menjadi mangsa, rambutnya ditarik kehadapan supaya menutupi wajah. Tanpa dia tahu Airyl mengintai perbuatannya melalui cermin, dia tersengih kerana dapat tangkap apa yang telah terjadi dan mengapa Shazlin memukul diri sendiri, tapi dia tahu kalau dia membuka suara pasti Shazlin akan malu nanti. Mahunya dia menghentak kepala ke dinding pula nanti kerana malu, perempuan berperangai kartun memang begitu.

“Airyl, jom pergi makan. Saya laparlah..” Shazlin bersuara sebelum perutnya membuat bunyi sekali lagi. Airyl cuba melindung senyuman dibibir, dia berpaling sambil berusaha keras untuk tidak ketawa. Airyl bersandar pada meja solek sambil memeluk tubuh, lakonannya sungguh baik hingga Shazlin tidak tahu yang sebenarnya dia sedang bergolek di dalam hati mentertawakan Shazlin.

“Pergilah siap..” Airyl bersuara selepas berjaya menahan rasa ingin ketawa, Shazlin lantas bangun untuk pergi mandi dan bersiap. Shazlin tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap, dia hanya berias ala kadar sahaja kerana tidak mahu membazir masa, takut perutnya akan berlagu lagi malulah dia kalau Airyl dengar irama tidak sedap didengar itu. 

*~*

“la..la…laa…” Shazlin menyanyi keriangan, sambil melangkah ceria kerana perut sudah kenyang, hati pun senanglah.

“ne..ne..ne.. Airyl, kita nak pergi mana lepas ni?” Tanya Shazlin dalam nada ceria, tangan kirinya menarik lengan baju Airyl. Dia menjilat ais-krim yang dipegang dengan tangan kanan sambil menanti jawapan dari Airyl. Mereka berhenti melangkah sebentar, sedari tadi sudah 10 minit mereka berjalan tanpa arah tujuan. Hari sudah gelap namun diterangi cahaya lampu dari kedai-kedai sekeliling, negara matahari terbit ini sememangnya gelap lebih cepat dari Malaysia.

“awak nak pergi mana?” Tanya Airyl kepada Shazlin, sememangnya dia tidak menyediakan apa-apa rancangan. Satu hari tidak cukup untuk dia merancang ke mana harus dia bawa Shazlin berjalan di Jepun ni.

“Manalah saya tahu, ini kan tempat awak..” Bidas Shazlin, dia cepat-cepat menghabiskan ais-krim yang semakin mencair. Airyl berfikir sejenak, kalau ikutkan hati dia mahu balik ke bilik sahaja. Kalau hendak ke Akihabara lebih baik pergi dari waktu pagi, boleh berada di sana lebih lama dan kedai-kedai di situ tutup awal.

“ah….Yamapi…” Kata Shazlin separuh menjerit, Airyl tersedar dari lamunannya bila mendengar suara Shazlin. Shazlin berada dua meter jauh dari Airyl, dia baru sahaja membuang tisu selepas menghabiskan ais-krimnya tadi. Airyl pantas bergerak ke arah Shazlin, Shazlin menoleh kepada Airyl.

“Airyl…awak pandai bahasa jepun kan? Tolong baca apa tulis kat skrin tu…” Suara Shazlin ceria, matanya bersinar-sinar gembira. Airyl mengangkat kepalanya untuk melihat skrin besar pada bangunan bertentangan, matanya membaca butir-butir pada skrin yang tertampang wajah pelakon dan penyanyi terkenal di Jepun, Yamashita Tomohisa atau juga dikenali sebagai Yamapi.

“Malam ni ada konsert solo dia di Tokyo do…” Jelas Airyl separuh jalan, belum sempat dia berkata lanjut Shazlin sudah menjerit memotongnya, “konsert???? Nak pergi… jom!”

Suara teruja Shazlin membuatkan Airyl berkerut dahi, Shazlin yang tersenyum riang tadi terus seakan mati senyumannya melihat reaksi Airyl, “kenapa awak buat muka macam tu?”

“Puteri…konsert tu tinggal setengah jam je lagi nak start, mana kita nak cari tiket. Yamapi tu popular gila, mesti hari pertama pre-sale tiket dia dah sold out!” Kata Airyl dengan nada rimas, kadang kala permintaan Shazlin terlalu tidak masuk akal. Susah juga nak jaga hati tuan puteri seorang ini, kalau tidak di ikuti akan merajuk kalau ikut nanti terlalu memanjakan Shazlin, diri sendiri pula yang menjadi mangsa. Seperti yang dijangka muncung Shazlin muncul sebaik sahaja Airyl habis berkata-kata, Shazlin mula menaikkan suara kerana geram, “usahakanlah, tak kan satu pun takda.”

Airyl mengeluh, memang susah untuk membuatkan Shazlin faham kerana dia sentiasa dapat apa yang dia mahu. Shazlin berpeluk tubuh lalu berpaling, Airyl menarik bahu Shazlin membuatkan Shazlin kembali berdiri bertentangan dirinya. Dia cuba bertenang tetapi Shazlin masih berdegil.

‘Datang dah perangai mengada-mengada dia ni…’ Omel Airyl dalam hatinya. Memang selalu dia akan beralah dengan Shazlin, itu pelajaran pertama yang dia belajar dari perkahwinan ini, belajar untuk beralah dan memujuk. Untuk mengharapkan Shazlin bersikap lebih dewasa untuk masa yang terdekat ini memang mustahil, jadi Airyl sendiri cuba untuk menjadi lebih dewasa dan beralah, tetapi entah mengapa hari ini dia tidak mahu beralah.

‘Sampai bila aku nak beralah dengan dia, puteri ni kena jugak belajar dengar cakap aku, aku ni laki dia.’ Airyl terus bersuara dalam hati, dia tidak sedar yang Shazlin sudah jauh meninggalkan dirinya bersendirian, Shazlin berjalan membelah lautan manusia yang melintas jalan dipersimpangan itu. Airyl yang tersedar akan kehilangan Shazlin cepat meliarkan matanya mencari kelibat Shazlin. Sebentar kemudian dia jumpa tubuh gadis genit yang dicari, walaupun Shazlin kecil tetapi beg sandangnya yang lebih besar dari tubuhnya memudahkan Airyl jumpa puteri yang dicari. Beg itu lebih besar dari tubuhnya, warnanya pula merah jambu terang sangat menarik perhatian. Airyl pantas mengejar Shazlin yang sudah 10 meter jauh dari dirinya sebelum tubuh itu terus hilang dimakan lautan manusia itu.

“Jangan jalan sorang-sorang nanti sesat!” Airyl jerit memarahi Shazlin sebaik sahaja dia menarik tangan Shazlin sehingga dia terpaling menghadap Airyl. Jelas kemarahan Airyl dimatanya, selalunya dia bukanlah seorang yang panas baran atau pemarah, tetapi kerana dia risau jika Shazlin tersesat dan sukar mencari jalan pulang telah membuatkan dirinya secara tidak sengaja meninggikan suara kepada isterinya yang baru dinikahi. Terdetik di dalam hati Airyl rasa bersalah kerana meninggikan suara tetapi dia tetap dengan egonya tidak mahu mengucap maaf.

Shazlin cuba merentap tangannya dari pegangan Airyl namun gagal, Airyl memegang tangan Shazlin dengan sangat kuat. Muka Shazlin masam mencuka, matanya merah menahan marah dan air mata dari tumpah. Sudahlah permintaannya tidak boleh ditunaikan, dia dimarahi pula di tengah-tengah orang ramai, semakin sebal hatinya kini. Keluarga pula sudah jauh beribu batu, tiada tempat lagi untuk dia mengadu. Shazlin mengetap giginya sebelum melontarkan kata marahnya kepada Airyl.

“Saya bukan budak kecik, taulah saya macam mana nak balik.” Bentak Shazlin, Airyl sedikit terkejut dengan nada yang Shazlin gunakan. Memang dia sedang marahkan Airyl.

“Sikit-sikit nak merajuk, sikit-sikit nak merajuk, dahlah permintaan mengarut. Be rational sikit boleh tak?” Jerit Airyl pula, Shazlin terasa terpukul bila Airyl menegur sikap suka merajuknya. Menggigil tubuh Shazlin menahan marah dan sebak di dada, dia tidak sangka Airyl akan berkata begitu kepadanya kerana selama dua bulan mereka berkawan tidak pernah Airyl mengkritik sikap suka merajuknya secara berdepan.

“Airyl bin Zainal, kita baru kahwin tiga hari. Three freaking days, baru jadi suami isteri selama tiga hari, tapi awak dah tak boleh sabar dengan saya? Awak memang tak seperti yang saya sangka.” Jerit Shazlin kepada Airyl, kini Airyl pula yang terasa tersentap dengan kata-kata Shazlin yang tajam itu. Sekali lagi Shazlin merentap tangannya bila Airyl seperti hilang dalam fikirannnya dan kali ini dia berjaya. Beberapa orang disitu menoleh melihat mereka yang bergaduh di tengah-tengah jalan, mujur tiada yang berhenti untuk menyaksikan drama pergaduhan Airyl dan Shazlin ini. Shazlin menyambung langkahnya dengan laju, Airyl pantas menurut di belakang. Sudah beberapa kali Airyl cuba menangkap tangan Shazlin namun tidak berjaya, Shazlin melangkah lebih laju darinya dan kadang-kala dihalang pejalan kaki yang lain. Shazlin terus benyeberangi jalan sehingga ke hujungnya, nasib malang datang menimpa puteri Dato’ Mirzan ini pabila tiba-tiba sahaja dia dilanggar kuat dari arah hadapan oleh seseorang yang tergesa-gesa hendak melintas jalan kerana lampu hijau sudah hendak bertukar merah. Sedikit lagi tubuh genit itu terhumban ke belakang jatuh menyembah bumi, sepasang tangan terlebih dahulu menyambar tubuh Shazlin, Shazlin diselamatkan suaminya.

“Awak okay?” Tanya Airyl cemas. Mujur Shazlin tidak jatuh, hilang terus rasa marahnya, risau terpampang jelas di air mukanya. Soalan Airyl tidak berjawab tetapi air mata yang ditahan sedari tadi tumpah, semakin cemas Airyl bila melihat Shazlin menangis.

“Kenapa awak menangis, awak sakit ke kena langgar tadi?” Tanya Airyl ikhlas. Shazlin hanya berdiam, rasa kecewa terhadap Airyl bercampur dengan malu bila diselamatkan Airyl tadi membuatkan air matanya tumpah bukan kerana sakit. Airyl dibebani rasa bersalah yang menggunung, tangannya cuba untuk mengelap air mata Shazlin tetapi tangannya ditepis kasar oleh Shazlin. Rajuknya masih berbaki, belum lagi pulih. Airyl mengeluh perlahan, dia kemudian bergerak membelakangi Shazlin. Zip beg Shazlin dibuka, tisu yang tersimpan di dalam dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Shazlin, Shazlin menyambut sahaja tanpa berkata apa-apa. Airyl kembali berdiri di hadapan Shazlin, Shazlin melarikan matanya dari memandang Airyl. Dia mengesat baki air mata di tubir mata dan pipinya yang basah.

Airyl menyeluk tangannya ke dalam kocek seluarnya, dia mengeluh sekali lagi. Airyl kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya, matanya terpaku pada skrin telefon bimbit itu sambil jarinya sibuk memicit-micit butang-butang pada telefon bimbit. Sesudah Shazlin berhenti mengesat air matanya, Airyl menarik tangan Shazlin dan bergerak. Walaupun dalam keadaan berjalan Airyl masih lagi tertumpu pada telefon bimbitnya sahaja, ajaibnya dia langsung tidak terlanggar apa-apa halangan di hadapannya, segalanya dia dapat elak tanpa sebarang ‘kemalangan’.

‘eh, mana pulak Airyl ni nak bawak aku nih. Dia nak bawak lorong gelap then bunuh aku ke? Dia nak cekik aku sampai mati? Dia nak rogol aku ke? Tidakkkkkk………………….Help me please.. somebody…’ Shazlin menjerit di dalam hatinya sambil cuba melepaskan diri dari pegangan Airyl, namun Airyl tidak akan sesekali melepaskan tanganya kali ini.

“Airyl awak nak bawak saya pergi mana ni?” Tanya Shazlin cemas, Airyl tidak menjawab, dia hanya terus melangkah. Langkahnya semakin laju, Shazlin pula perlu berlari-lari kecil kerana langkahnya kecil berbanding Airyl yang tinggi.

‘Dia nak bunuh aku… matilah…mommy…………….’

*~*~*
~bersambung~

an: salam, hr ni tak lmbt sgt kan? huhu..sy gigih edit chapter ni walaupun letih (br blk dr perjalanan 500km+) anyway, amacam.. ok tak? Siape nk suami mcm Airyl angkat tangan (^o^)/

ps: skali lg nk say sorry kat kwn2 yg sy blm smpt bc dn comment latest chapters novel kalian. Insya-allah, ms dh longgar2 skit, sy g baca dn komen^^;;

7 comments:

  1. lawak la si shazlin ni ... imaginasi melampau-lampau! hahaha... *lama nak tunggu jumaat depankan? hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha... btl 2 rin, mmg lawak c shazlin tu.. apa2 pn Airyl ttp cool.. ('',)

    ReplyDelete
  3. @rin haha....dia mmg selalu imaginasi melampau..+mimpi bukan2

    @eliza airyl mmg cool~!! hahaha

    diorg kat jepun sgt pnjg..3-4 chap la jgk...hehe..sbr jelah korang bace ye..

    ReplyDelete
  4. *angkat tangan*
    saya nak-saya nak!

    ReplyDelete
  5. nak,nak,nak!! haha oh! Airyl pkai cermin mata...biar jea si Airyl pkai cermin mta, saya suka orng bercermin mta ni..haha

    ReplyDelete
  6. @tiekqa fhea hehe...HIT STUFF AIRYL NI^^

    @Ainaa yeke...^^ suke gak.. suke yg kejap pki kejap buang... tidak tahu mengapa begitu.. lol^^ pki cermin mana nmpk smart..^^ kan?

    ReplyDelete