Followers

Friday, May 4, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 17


Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!

.: 17 :.

Shazlin mengeringkan rambutnya dengan tuala, matanya sekali sekala mencuri pandang pada Airyl  dari refleksinya di dalam cermin. Airyl yang masih lagi tidur nyenyak dek kepenatan, semalam mereka pulang lewat. Memandang Airyl begini membuatkan Shazlin teringat peristiawa semalam.

*~*

“boleh jalan cepat sikit tak? Nanti tak sempatlah.” Kata Airyl kepada Shazlin, Shazlin mencebik dan cuba berlari-lari anak lagi. Airyl sudah tidak menarik tangannya sejak mereka di dalam subway lagi.

‘Aduh, kaki aku bukannya panjang macam dia…’ Rungut Shazlin di dalam hati. Sampai sekarang dia masih tidak tahu ke mana mereka tujui, gusarnya sebentar tadi sudah hilang bila rasa penat menyelubungi diri. Mujur tadi ketika di dalam subway sempat dia mengurut sedikit betisnya yang kelenguhan, berlari jauh dengan kill heels memang menyeksakan.

Segala penat Shazlin hilang bila dia ternampak wajah Yamapi dihadapannya, perjalanan tadi rupa-rupanya untuk pergi ke lokasi konsert pelakon dan penyanyi ‘hot’ itu.

‘Dia ni…bawak aku datang sini buat apa?’ Shazlin melontarkan soalan di dalam hati. Airyl berhenti melangkah dan berpaling, Shazlin pun berhenti mengejut bagi mengelakkan pelanggaran. “Awak tunggu sini sekejap..”

“eh awak nak pergi mana?” Jerit Shazlin bila Airyl berlari meninggalkannya. Shazlin menunggu Airyl dengan sabar, perasaan takut sedikit menjalar ke dalam hatinya kerana ditinggalkan bersendirian, mujurlah cahaya lampu menerangi kawasan itu, kalau tidak mesti gelap gelita.

‘mana Airyl ni pergi…’ Bisik hati Shazlin resah, sudah sepuluh minit masa berlalu tetapi Airyl masih belum kembali pada Shazlin. Lagu sudah 3 di dengar, konsert Yamapi sudah pun bermula tetapi lagu-lagu itu tidak dapat menghilangkan resahnya. Kini baru dia tahu yang dia tidak boleh bersendirian, baru dia tahu dia silap bila bercakap besar kononnya pandai pulang sendiri, sekarang kalau nak pulang sendiri pun dia tidak tahu bagaimana.

‘dia tinggal aku ke? Dia nak buang aku macam buang kucing ke? Mana dia ni, dia tinggal aku kat sini sebab nak bagi aku dengar Yamapi nyanyi ke?’ Pelbagai soalan muncul di dalam benak Shazlin, sebelum dia mula menangis lagi, Airyl muncul.

“Airyl awak pergi mana?” Tanya Shazlin dengan muncung di bibirnya, matanya berkaca tetapi tidak tumpah air matanya. Shazlin memukul lengan Airyl kerana meninggalkannya, melepaskan rasa geram terbuku dalam hati.

Sorry sorry.”

No sorry.” Shazlin bertegas dan menyambung memukul tubuh suaminya. “Awak tahu tak betapa takutnya saya kena duk kat sini sorang-sorang?”

“La…kata bukan budak kecik, kena tinggal sekejap pun takut ke?” Airyl memerli Shazlin, sebentar kemudian dia mengaduh sakit bila Shazlin menumbuk kuat dadanya.

“Ouwh…saya pergi ambil ni lah. Nah..” Kata Airyl kepada Shazlin, dia mengeluarkan tiket dari poket belakang seluarnya.

“Susah dapat ni, penat, letih, lenguh jari saya cari benda ni.”Ujar Airyl lagi, Shazlin mengambil tiket itu selepas berhenti menghukum Airyl. Shazlin perhatikan tiket ditangannya kini, dia melemparkan pandangan ke wajah Airyl.

“Awak beli ni? Ada lagi tiket? Kata dah sold out” Tanya Shazlin, Airyl menyeluk tangan ke dalam kocek jeansnya, dia menjunggit bahu sebelum bersuara, “saya cari kat internet, black market.”

“Bila pulak awak guna internet?” Tanya Shazlin, takkan dalam masa sepuluh minit dia sudah dapat jumpa tiket ni, dan mana Airyl cari komputer di Tokyo Dome ni. Airyl mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkannya kepada Shazlin, satu soalan lagi terkeluar dari bibir Shazlin. “owh…smart phone?”

Airyl mengangguk tanda ‘ya’, Shazlin mengucapkan terima kasih dengan nada yang sangat perlahan. Tetapi dapat juga telinga Airyl menangkap ucapan itu, bibir nipis Airyl melirikan senyuman gembira.

“Jom la cepat, dah berapa lagu dah dia nyanyi…” Airyl terus berpaling dan bergerak ke pintu masuk stadium itu, Shazlin juga pantas berlari mengejar Airyl dengan senyuman yang melebar.

*~*
“er… jangan senyum sorang-sorang macam tu boleh tak? Macam orang gila lah..” Suara Airyl membawa Shazlin kembali ke garis masa yang sebenar, hilang bayangan semalam dari kotak fikirannya.

“Apa awak kata saya macam orang gila? How dare you..” Luah Shazlin dalam nada geram.

‘Airyl ni, baru je baik malam tadi tiba-tiba cari gaduh lagi. Tak reti langsung nak romantik-romantik, aih…macam manalah rumah tangga aku nak bahagia. Cubalah dia kata; good morning sayang ke? Wanginye awak pagi ni ke? You look beautiful ke…ini dia kata aku gila pulak. Eh… tapi kalau dia tiba-tiba cakap macam tu aku pulak yang seram. Ish.. apa-apa pun, kenalah belajar mulut manis sikit, barulah aku senang hati..taklah macam ni. Sudahlah malam tadi mimpi kena tinggal dengan dia, penat aku lari dalam mimpi kejar dia…’ Panjang rungutan Shazlin di dalam hati, muncung itiknya yang ‘comel’ itu muncul lagi. Mata Shazlin menjeling tajam kepada Airyl yang sedang membetulkan rambutnya.

“Sedap mulut je kata orang lepas tu boleh pulak buat muka innocent..macam takda apa-apa.” Bebel Shazlin, dia tidak perasan yang dia meluahkan bebelannya dibibir bukan hanya di hati. Terpaling Airyl bila Shazlin mengutuknya, “dah memang betul…”
Airyl membidas, sengaja menambah rencah ‘perli’nya sebentar tadi. Shazlin menghempas tuala kecil yang digunakan untuk mengelap rambutnya di atas meja solek dihadapannya. “malas nak layan, buat sakit hati je..”

Keadaan diam sebentar, Airyl masih belum bangun dari katil dia hanya duduk bersandar pada kepala katil sambil memerhatikan belakang badan Shazlin yang sudah bersiap dengan one piece dress tanda dia hendak keluar, dan sekali sekala ketawa tanpa bunyi mengenangkan reaksi Shazlin sebentar tadi, lucu baginya.

“Dah kering rambut awak? Kenapa tak pakai hair dryer? Kan awak ada bawak..” Tanya Airyl untuk memecahkan kesunyian, dia mahu mereka boleh berbual seperti dahulu, seperti kawan walaupun semalam persahabatan mereka sedikit goyang bila kedua-dua hilang sabar.

“Awak tidur, bisinglah kalau saya guna…”

‘Alahai…sweetnye isteri aku ni…’ Kata-kata Shazlin membuatkan Airyl sedikit terharu, iyalah setidak-tidaknya Shazlin ada berfikir tentangnya. Airyl mengukir senyuman, dia lekas bangun untuk membersihkan diri.

“Hari ni awak nak pergi mana?” Airyl bertanya ikhlas dengan Shazlin. Tangannya membetulkan rambutnya sambil matanya merenung diri sendiri di dalam cermin.

“Apa-apa hal saya nak shopping kasut dulu, nak beli sport shoes. Awak bukannya reti nak naik teksi, pergi mana-mana pun jalan kaki or train, penat kaki saya, kasut yang saya bawak tinggi sangatlah.” Shazlin memberikan jawapan, Airyl hanya tersengih. Dia menyandarkan punggungnya pada sisi meja solek itu.

“Kaki awak dah elok ke? Kalau sakit lagi duduk je kat bilik tengok tv.” Kata Airyl, namun dengan cepat Shazlin membalas, “alah, kalau malas keluar bilik cakap jelah. Bagi alasan ‘caring’ pulak, dah okay..saya nak keluarlah, kalau setakat nak duduk bilik, tengok tv kat rumah pun boleh.”

‘kantoi la pulak…’ Bisik hati Airyl.

“Sudahlah, pergi mandi…saya nak keluar ni.pergi pergi pergi…” Kata Shazlin kepada Airyl sambil menolak tubuh lelaki itu ke arah bilik air.

*~*

“Nah…tolong pegang.” Shazlin memberikan beg kertas Adidas di tangannya kepada Airyl. Mereka melangkah ke arah pintu keluar kedai Adidas itu dengan perlahan.

“Kenapa pulak saya yang kena pegang?” Airyl menyoal, namun tangannya tetap menyambut beg kertas yang berisi kotak kasut dan slipper yang dia belikan Shazlin malam semalam. Kerana kaki Shazlin lenguh kerana jalan terlalu jauh dengan kill heels dan sibuk terlompat-lompat ketika menonton konsert Yamapi semalam kakinya menderita tidak boleh berjalan sebaik sahaja melangkah keluar dari Tokyo Dome itu. Bila dia menyuruh Airyl mendukungnya balik, Airyl menjawab dengan nada teramat dingin, ‘jangan harap’. Jadi Airyl membeli slipper Yamapi yang ada dijual di luar stadium itu, slipper yang bercorakkan kartun Yamapi itu sangat comel sebenarnya dengan warna yang ceria. Walaupun pada mulanya Shazlin enggan menyarungkan slipper itu di kakinya kerana tidak mahu meletakkan nama Yamapi yang disanjunginya di kaki, tapi mengenangkan tumit yang sangat sakit dia sarung juga ke kakinya.

“Awak ni, memang macam tu lah kalau lelaki temankan perempuan shopping, tak ada belajar ke? Gentleman lah sikit. Kalau Kak Lia suruh awak temankan dia shopping, takkan tak tolong dia angkat barang dia?” Shazlin berhujah, bagi dia menyuruh Airyl mengangkat barang-barangnya ketika membeli-belah adalah tindakan bagi menjaga air muka Airyl, kalau tidak mesti orang akan mengata Airyl tidak gentleman.
“Selalunya saya takkan teman dia keluar, dan kalau kena jugak saya tak angkat barang dia pun. Erm… kadang-kadang saya tunggu dia kat mana-mana.” Ujar Airyl, Shazlin ternganga kerana terkejut.

‘Dasyatnya dia ni, dengan adik sendiri pun tak tolong… my god.’ Omel Shazlin didalam hati.

“Hurm…awak ni kena belajar sikit jadi gentleman, ni perkara paling asas…” Shazlin berkata sambil menuding pintu kaca di hadapan mereka, Airyl tidak memahami Shazlin pada mulanya tetapi bila Shazlin mengangkat kening dan berpeluk tubuh baru dia terfikir. Tangannya kemudian menolak pintu itu untuk Shazlin, “Ladies first..”

“Ha…pandai pun…” Puji Shazlin sambil tersenyum. Dia melangkah keluar, Airyl menuruti kemudian.

“Tak pelik ke pakai kasut sport shoes dengan dress? Yang besar, high cut pulak tu, mengalahkan kasut saya.” Airyl bertanya selepas mereka semakin menjauhi kedai Adidas tadi. Dua pasang kaki pengatin baru itu masih melangkah dengan kelajuan sederhana.

“Awak tak tahu pasal fasyen orang perempuan memanglah awak cakap pelik. So stop, jangan pertikaikan krebiliti saya dalam fesyen, rasa terhina tau.” Shazlin memberi amaran, Airyl hanya diam demi mengelakkan pergaduhan. “hurm…nak pergi mana ni? Mana pun tak tahu…”

“Awak tak pernah datang ke? Kata minat tengok drama Jepun, takkan pernah datang kot?” Tanya Airyl kepada Shazlin, Shazlin memeluk tubuhnya sebelum menjawab.

“Pernahlah datang, tapi tak selalu, tak familiar dengan tempat ni. Lagi pun, memanglah saya minat Jepun tapi tak sama, sebab cerita-cerita Jepun banyak shoot dalam studio, tak sama rasa dia.”

“Tak selalu datanglah, kena datang sini…”

“Awak dah selalu datang sini, kenapa semangat je nak datang?” Pintas Shazlin sebelum lelaki itu terus berkata-kata. Airyl mengeluh perlahan, kalah dengan mulut Shazlin kali ini, “ada je idea awak nak pangkah saya.”

‘huhu…baru kau tahu siapa aku…muahahaha’ Ketawa hati Shazlin bila Airyl mengalah dengannya. Bukan senang Shazlin nak menang dalam gaduh mulut ni kerana kata-kata yang keluar dari mulut Airyl selalu membuatkan Shazlin hilang kata-kata kerana terlalu dingin.

“Sebelum ni awak datang sini awak pergi mana?”

“Er….saya pernah pergi beberapa tempat mandi air panas, tapi kat mana saya dah lupa, and I shopping kat Ginza.” Shazlin menerangkan kepada Airyl dengan lagak orang sedang berfikir, jari telunjuknya diletakkan didagu dan keningnya berkerut sedikit.

“Kita kat Ginzalah ni cik adik oi…kita jalan depan Louis Voitton tadi awak tak perasan ke?” Kata Airyl kepada Shazlin. Terbuntang mata Shazlin bila mendengarnya, selalunya dia tidak pernah terlepas pandang bila melalui kedai jenama yang sangat digemari itu.

‘Apsal aku jadi macam ni? Pandang muka dia lama sangat ke?’ Shazlin persoalkan diri sendiri, sambil berfikir Sebentar kemudian dia melangut kepalanya melihat kawasan sekitarnya, bersinar-sinar matanya bila terlihat beberapa lambang jenama yang ada memenuhi almarinya selama ini terpampang di bangunan-bangunan di sekeliling mereka.

oh my god…………………….” Shazlin terjerit kuat secara tidak sedar. Terkejut Airyl dibuatnya, biji matanya bagai hendak terkeluar dari kantung bila Shazlin menjerit. Dia cepat-cepat menutup mulut Shazlin dengan tapak tangannya, orang sekeliling mereka memandang ke arah Shazlin.

“Hey, diamlah…bawak bertenang sikit boleh tak?” Airyl bersuara. Shazlin mengumpil tangan Airyl dari menutupi mulutnya.

“Tak boleh….” Shazlin berkata, dadanya berombak kerana terlalu teruja. Laju sahaja kaki Shazlin menapak masuk ke kedai-kedai itu, dari Coach ke Gucci, hinggakan ke Calvin Klien. Dari barang untuk diri sendiri, cenderahati sehinggakan baju untuk Airyl juga dibeli Shazlin. Katanya teringin melihat Airyl bergaya dengan baju yang dipilihnya, Airyl hanya mengikut Shazlin dengan sabar. Inilah kali pertama dia berjalan dengan sangat lama atas tujuan membeli-belah, terkejut juga melihat cara Shazlin membeli belah. Timbul rasa menyesal membawa Shazlin ke sini, pada mulanya dia membawa Shazlin ke sini kerana mereka memang menginap di hotel di Ginza dan dia fikir Shazlin mesti sudah biasa berbelanja barang-barang berjenama, kalau dia tahu betapa borosnya Shazlin membeli sudah pasti tidak akan dia membawa Shazlin tempat mewah seperti ini Apa sahaja yang berkenan dihati, apa sahaja yang nampak cantik baginya dibeli tanpa mengira harganya, buying without a second thought.
“Shazlin, awak beli banyak-banyak ni nanti kad kredit siapa bayar?” Tanya Airyl bila dia tiba-tiba terfikir mengenainya, memang kopaklah kalau dia yang kena bayar, tetapi sudah menjadi tanggungjawabnya untuk segala pembelanjaan Shazlin.

Daddylah, sape lagi? Awak nak bayar ke?” Jawab Shazlin sebaik sahaja dia menandatangani resit tadi.

“Mana boleh macam tu, sekarang saya yang kena bayar. Awak faham tak?”

“Okay…awak boleh bayar?” Shazlin bertanya kembali kepada Airyl. Airyl diam tidak menjawab soalan, walaupun dia mampu tetapi dia memang berat hati untuk mengeluarkan wang sebanyak itu.

“Awak jangan risau, daddy saya kan dah janji dia sponsor honeymoon kita. Bila daddy cakap macam tu means every single penny kita spend kat sini daddy yang bayar, saya kenal sangat dengan perangai daddy saya tu Airyl, dia mesti lagi senang kalau dia tanggung segala yang kita belanja kat sini bila dia dah janji, apatah lagi we pratically were kicked off the country untuk honeymoon ni.” Panjang lebar penjelasan Shazlin kepada Airyl, walaupun sukar untuk percaya dan terima tetapi Airyl memilih untuk percaya sahaja apa yang Shazlin beritahu.

Tangan Airyl sudah semakin penuh, lenguh juga dia mengangkat barang-barang Shazlin ini. Namun dia tahu semakin selagi Puteri Dato’ Mirzan Azmi itu belum puas, dia tidak akan berhenti.

“Esok kita pergi Shibuya pulak, saya tau tempat tu boleh tahan jugak tapi bila datang sini tak pernah shopping kat sana lagi..” Kata Shazlin kepada Airyl.

“Semalam kan kita dah pergi.”

“Semalam kita pergi window shopping, dan…bergaduh….saya belum membeli-belah!”

‘Sudah-sudahlah puteri oi…..takut aku tengok…’ Luah hati Airyl, tidak di bibir kerana mulutnya sudah letih menyebut perkara yang sama. Dengan langkah yang perlahan, Airyl masih melayan Shazlin dengan kegilaan membeli-belahnya, biarlah..asalkan dia gembira, Airyl sanggup bersusah hari ini.

*~*~*
~bersambung~

an: SAYA MINTAK MAAF BESAR2 BANYAK2. sy lmbt.. saya tahu, sy sgt2 busy minggu ni. yelah dh setengah sem, mmg lah busy... mintak maaf lg kalau mggu depan pun lewat...dgn mggu seterusnye..dan seterusnye..(selama 8-9 minggu lagi) . btw.. mggu ni line slow, x upload gmbr.

OK. diorg still kat Jepun..dh boring ker? 

ps: kalau ad silap kt mn2, pls bg tau. mengedit dgn bdn yg penat dn mengantuk, sekian. nnt akn bc sekali lg n edit blk kalau ad silap. tp...nnt lah...huhu

4 comments:

  1. i like airyl....cool mcm aircond...muahahaaa..leh x ckp mcm tu...heheheheh....he completes shazlin btw! good job sista. :)

    erk, x boring...i want more! :)

    ReplyDelete
  2. @iboo thx kak farah, dlm busy2 pun dtg baca update sy. ^^ haha...suka comment: cool mcm aircond. blh lh bg nickname kat airyl ni: AIRCOND HUBBY... ROFL

    ReplyDelete
  3. hahaha.. btl kata farah.. airyl cool mcm aircond.. hope syazlin berubah perangai.. kesian kat airyl tu.. hehehe.. :D

    ReplyDelete
  4. @eliza hehe..dia akan berubah jugak...tp speed dia berubah mmg sgt slow.. haha...tapi..mengada2 mcm mn pun airyl tetap suka...hehe

    ReplyDelete