Followers

Friday, May 11, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 18


Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!

.: 18 :.
“Shibuya…………..”

‘Sudah-sudahlah menjerit tu...’ omel Airyl di dalam hatinya, dia menarik muka bosan. Shazlin berpaling kebelakang memandang Airyl, Airyl panik lalu mengalih pandangan supaya Shazlin tidak perasan ekpresi wajahnya tadi. Shazlin tersenyum lalu kakinya mengambil dua langkah bagi merapatkan tubuhnya kepada Airyl.

“Airyl, apa lagi jom la.....saya dah menggigil nak shopping ni..” Shazlin berkata sambil tangannya memaut tangan Airyl.

Shopping lagi? Sudah-sudahlah tu, semalam awak dah belanja banyak gila tau. Membazir la beli banyak, membazir amalan syaitan tau. Stop shopping, semalam hari awak hari ni hari saya pulak.” Airyl menjegil matanya, Shazlin pantas menarik muka merajuk dengan bibir dicebik panjang sedepa.

‘Shazlin, baik kau ikut je cakap die. Semalam sudahlah kau dera dia angkat barang yang banyak tu, hari ni suruh dia teman gi shopping lagi. Giler..kalau dia tinggal kau kat sini sorang-sorang macam mana? Macam mana nak cari jalan balik? Airyl tak pelah dia pandai cakap Jepun, Jepun ni macam taman permainan dia je..” Shazlin menggeleng-geleng kepala beberapa kali bila membayangkan dirinya ditinggalkan di situ. Sedangkan ditinggalkan sekejap malam konsert hari tu sudah cukup menyeramkan, dia bukan seorang yang pandai berdikari tambah pula di tempat asing begini.

Fine. Tapi bawak saya tengok Hachiko dulu.”

“Huh?” Airyl terkejut dengan permintaan Shazlin yang pelik, Shazlin menarik baju Airyl dan terus melangkah.

“Bukan arah ni..jom.” Airyl menarik lengan Shazlin dan bergerak ke arah yang bertentangan. Selepas beberapa minit mereka sampai tempat yang hendak dituju, Shazlin tersenyum melihat replika anjing yang terkenal dengan kesetiaannya kepada tuannya itu.

“Dah tengok dah, puas hati?” Airyl bersuara sambil mukanya menunjukkan ekpresi bosan sekali lagi. Shazlin mengangkat kening tanda tidak puas hati kerana ekpresi wajah Airyl tetapi tiba-tiba sahaja dia tersenyum.

“Dah….” Shazlin menjawab dan berpaling lalu melangkah.

“Nak pergi mana, orang dah pesan jangan pandai-pandai sendiri nanti sesat.” Airyl memarahi Shazlin tetapi dengan selambanya Shazlin membalas, “Mana ada saya jalan sorang-sorang. See…kan awak ikut sama. Saya tau awak mesti kejar saya, Airyl.”

“Kita nak pergi mana ni?” Tanya Shazlin setelah mereka berdua diam untuk beberapa ketika.

“Ntah.”

“hurm….awak ni cakap nak tunjuk tempat awak membesar lah, itu lah ini lah tapi takde plan.” Omel Shazlin.

“Saya cakap tempat saya membesar je okay? Itu ini takde..”

“Okay, you win.” Shazlin menunjukkan thumbs up kepada Airyl, hari ini Shazlin banyak mengalah dengan Airyl, perkara yang jarang sekali berlaku pada dirinya yang selalu hendak orang lain menurutinya bukan dia yang mendengar kata-kata orang lain.

“Erm..saya dah ceritakan kat awak yang macam mana saya jadi otaku.” Airyl bertanya dahulu sebelum meneruskan cerita.

“erm, abang Aaron busy selalu takde, awak melayan anime kat rumah. Bile awak dah pandai sikit keluar awak selalu pergi Akibahara beli komik, then.. ‘bang’ jadi otaku.” Shazlin mengimbas kembali apa yang pernah diceritakan Airyl semasa mereka selalu ber-chatting dahulu.

‘Okay, tak payah buat sound effect ‘bang’ tu pun takpe kan, dah la siap tepuk tangan.’ Airyl berkata dalam hati dengan membuat mimik muka bosan.

“so….Airyl?...Airyl….Airyl…YAH!! Apa yang awak tengah fikir, awak tak dengar pun saya panggil awak!” Shazlin menjerit marah kepada Airyl, Airyl terus berhenti dari mengutuk Shazlin di dalam hatinya.

‘mamat ni…mesti ada mengata aku..’ Shazlin mengomel sendiri, dia mula membayangkan apa yang Airyl sedang perkatakan di dalam hatinya, kutukan apa yang dilontarkan di dalam hati jejaka itu. Belum sempat Shazlin menyoal Airyl mengenainya, Airyl terlebih dahulu bersuara.

“Apa awak cakap tadi?” Airyl bertanya dengan senyuman cemas, Shazlin mengeluh sebelum mengulang soalannya sebentar tadi.

“Saya cuma cakap, so what? Kenapa tanya soalan macam tu kat saya?”

“owh..actually saya nak pergi Akiba, saya tunjuk awak ‘tempat saya membesar’. JOM!” kata Airyl, Shazlin senyum mengejek lalu tangannya menarik tangan Airyl yg membuat isyarat inverted comma ke bawah.

“yalah tu..tak perlu lah berpura-pura Airyl, nak pergi sana atas tujuan lain cakap jelah.” Balas Shazlin dalam nada mengejek, dia tersenyum kecil bila dapat mengenakan Airyl, bukan selalu berpeluang begini.

Oleh kerana Airyl telah menemaninya membeli-belah semalam, dan sanggup untuk mengangkat barang-barangnya yang banyak, Shazlin tidak membantah dan hanya menurut langkah Airyl. Walaupun mereka berbual sepanjang perjalanan ke Akibahara tetapi Shazlin langsung tidak mengingati apa yang Airyl bualkan, matanya galak memandang ke sana sini. Walaupun ini bukan kali pertama Shazlin menjejakkan kaki ke Jepun tetapi perasaan Shazlin bila berada di sini buat kali ini sangat berbeza, mungkin kerana dia bersama Airyl. Airyl buat dia seperti baru pertama kali datang ke Jepun, walaupun Shazlin selalu menonton drama Jepun tetapi  masih banyak lagi perkara yang Shazlin tidak tahu mengenai negara matahari terbit itu, percutian ‘bulan madu’ yang disangkakan akan menjadi percutian yang paling membosankan bagi Shazlin telah menjadi salah satu pengalaman yang menarik yang dia tidak akan lupa selamanya.

“Saya rasa ada orang tu pandai nasihatkan orang, jangan shopping banyak-banyak, membazirlah, membazir tu amalan syaitanlah, itulah ini lah…sekarang orang tu pulak yang shopping melebih-lebih.” Sindir Shazlin, Airyl tidak memberi sebarang reaksi kerana apa yang dikatakan Shazlin memang betul, walaupun dia cuba menyangkalnya di dalam hati. Dia sedikit melampau kali ini, mungkin kerana sudah lama tidak membeli manga-manga dan dvd anime.

‘Takda lah melampau sangat. Okay melampau sikit, sebab ada beli online, tapi beli online..tak sama dengan beli dengan tangan sendiri.’ Airyl beralasan sendiri.

anyway, kenapa orang pandang kita semacam?”

“sebab saya handsome” Jawab Airyl spontan.

“HUH?”

‘Airyl..Airyl, apa dah jadi dengan kau ni. Dah jangkit penyakit perempuan ni lah ni.’ Airyl bermonolog sendiri.

“Saya yang cantiklah!” Shazlin membalas.

Actually sebab kita kat shoujo manga section, so..diorang pandang saya pelik sikit kat sini lelaki jarang masuk beli.” Airyl jelaskan kepada Shazlin.

“Awak beli komik perempuan?”

So what… Saya baca shonen jugak okay. Apa masalahnya?” Airyl melontarkan pertanyaan dengan jelingan yang tajam.

“Takde, takde masalah.” Shazlin pantas menjawab kerana takutkan jelingan Airyl, kepala digeleng-geleng untuk meyakinkan Airyl. Shazlin berasa sangat bosan bila terpaksa menemani Airyl ‘membeli-belah’ di sini. Selain costume anime, tiada apa yang lain yang menarik perhatian Shazlin, semuanya membosankan kerana dia lebih suka kepada manusia dari pada lukisan. Bosan dan penat bercampur, sekarang barulah dia faham inilah perasaan Airyl semalam bila Shazlin memaksanya menemaninya membeli belah, setidak-tidaknya Shazlin tidak perlu menjadi translator tidak bergaji kepada Airyl seperti mana Airyl memberi perkhidmatan juru bahasa percuma untuk Shazlin semalam. Shazlin mengumpul segala keberanian dia untuk mengajak Airyl balik ke hotel mereka.

“erm…Airyl bila kita boleh balik? Atas sebab yang saya tak tahu, saya rasa macam dah penatlah lah. Lagi pun macam-macam kita buat, kita tengok radio showlah apa itu tadi voice artist ape ke benda saya langsung tak faham, dah kena berhimpit dengan otaku yang pakai baju kotak-kotak tu, ramai pulak tu..ei…then pergi kedai costume, suruh saya try itu ini, tapi belikan tak pun…dengan kedekutnya awak cuma belikan saya maid punya hairband. Kedekut, patutnya belikan lah satu set terus, costume baju sekolah yang saya pakai ni pun saya beli dengan duit sendiri pulak tu. Then datang pulak bangunan ni awak berhenti setiap tingkat, manga, then figura lagi then manga lagi…penat!! Nak cuci mata pun tak boleh, kat Akiba ni yang ada cuma otaku yang tak berapa nak good looking…ah…kalau kat Shibuya banyaklah jugak budak-budak yang style buat cuci mata…ha..” Shazlin mengeluh panjang selepas habis meluahkan apa yang terbuku di hatinya, Airyl menoleh memandang wajah Shazlin.

‘alamak…aku TERmembebel lah pulak. Yabai(oh tidak)…’ Shazlin sangka dia telah mengambil langkah yang salah dengan membebel kepada Airyl. Shazlin tunduk kebawah, tidak berani hendak bertentangan mata dengan Airyl.

‘Dia nak marah aku ke? Mati aku….jangan marah, malu aku kalau kena marah macam budak kecik kat sini.’

“La….kenapa tak cakap penat, kalau penat kita boleh gi lepak-lepak kat café dulu. Oh..kita tak lunch lagi kan hari ni..sorry saya lupa.” Airyl langsung tidak marah seperti apa yang dibayangkan di kepala Shazlin, Shazlin memanggu kepalanya kerana dia langsung tidak mempercayai kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Airyl. Bila mendengar Shazlin berkata begitu barulah terdetik di fikirannya rasa kasihan kepada Puteri genit itu. Airyl membuat isyarat supaya Shazlin mengikutinya, tanpa berfikir panjang Shazlin terus mengejar Airyl.


“Saya bayar ni kejap, lepas ni kita balik.”

Really? Thank you…You are the best Airyl.” Shazlin memuji Airyl, wajahnya terus bertukar ceria. Sesudah Airyl selesai membayar mereka sama-sama bergerak ke lif.

“Awak takkan singgah mana tingkat dah kan?”

“Tak” Airyl menjawab, tangannya sudah penuh untuk menambah lagi barang. Shazlin melompat kegembiraan, hilang terus rasa penat bila memikirkan dia dapat berehat sebentar lagi.

“Awak nak singgah makan dulu ke?” Soal Airyl kepada Shazlin, risau pula bila memikirkan mereka belum makan tengah hari walaupun hari sudah melepasi waktu makan tengah hari.

“Tak naklah, nak cepat-cepat balik. Nanti saya nak tido dulu awak tolong pergi beli boleh? Bila saya bangun saya makan…boleh kan? Boleh la..”

“Boleh, tapi saya nak singgah post office dulu lah. Boleh tak Puteri?” Shazlin pantas menarik muka mencebik bila Airyl menyatakan hasrat hendak singgah ke pejabat pos sebelum bergerak pulang ke hotel mereka.

“Barang saya beratlah so saya nak pos terus balik rumah. Lainlah kalau awak nak tolong saya angkat balik bilik, saya tak kisah.”

“Ah..takpe-takpe, kita pergi post office. Hehehe…” Shazlin cepat-cepat menolak ‘tawaran’ Airyl itu. Airyl memberi senyuman sinis kepada Shazlin bila mendengar kata-kata Shazlin, dia sudah tahu Shazlin akan mengalah, mana mungkin ‘puteri’ ni nak tolong dia angkat barang.

*~*

‘Alahai padatnya…Airyl ni pun satu kenapalah tak ambik cab ja tadi?’ bebel Shazlin di dalam hati. Memang waktu kemuncak begini subway akan sesak dengan pekerja yang pulang dari pejabat, dan juga pelajar yang pulang lewat ke rumah. Mereka terpaksa berhimpit di dalam gerabak yang lebih padat dari tin sardin, keadaan yang sesak membuatkan Shazlin berasa seperti susah untuk bernafas. Shazlin menggenggam erat tiang dihadapannya supaya dia lebih stabil. Tiba-tiba Shazlin tersentap pabila dia merasa seperti ada tangan menyentuh punggungnya, matanya mencerlung dek terkejut.

Did you touch my butt?” Shazlin berpaling dan menyoal Airyl yang berdiri disisinya. Airyl terkejut dengan soalan itu terus melontarkan bantahan, “What? Hell NO!”

Seberapa ketika tangan itu tidak lagi melakukan perbuatan biadap itu, namun setelah beberapa minit Shazlin merasa tangan biadap itu mula menjalar ke kakinya. Dada Shazlin berasa berdebar-debar kerana Shazlin mula berasa takut, keadaan yang sesak menyebabkan dia tidak dapat mengenal pasti siapa yang melakukan perbuatan itu. Shazlin merapatkan dirinya pada Airyl, namun Airyl langsung tidak menyedari insiden itu. Tangan itu semakin berani, skirt yang dipakai Shazlin ditarik ke atas untuk dia merayapkan tangan gatal ke paha Shazlin. Hendak menjerit malu, tidak terkeluar suara, Shazlin tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

Somebody, please save me.’ Bisik hati Shazlin, tubuh Shazlin menggigil ketakutan, dia merapatkan lagi tubuhnya pada Airyl. Tangan itu beralih untuk meraba punggungnya pula, Shazlin cepat menarik baju Airyl. Dia perlu tempat berlindung, Shazlin berasa amat tidak selesa diperlakukan begitu, air matanya tumpah akhirnya.

‘Apa hal perempuan ni, main tarik-tarik baju aku pula. Eh..dia menangis ke?’ Airyl ternampak air mata di tubir matanya, dia mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

Shazlin menggenggam baju Airyl dengan harapan dia akan menyedari kejadian itu. Tubuh Airyl yang tinggi memudahkan dia nampak apa yang sedang diperlakukan kepada isterinya oleh seorang pelajar sekolah, Airyl tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku kepada Shazlin kerana selalunya chikan tidak akan ‘mengusik’ orang asing, tapi dia sudah melakukan kesilapan besar kerana berfikir demikian. Mungkin kerana wajah Shazlin yang cerah, gaya rambut dan solekannya yang trendy dan costume baju sekolah jepun yang dipakainya menyebabkan chikan ini salah sangka Shazlin sebagai warga tempatan. Airyl pantas bertindak dengan menangkap dan memulas tangan yang tidak sepatutnya menyentuh isterinya. Pelajar sekolah itu mengaduh kesakitan, Shazlin memanggung wajahnya untuk melihat wajah Airyl, ternyata Airyl sedang marah. Shazlin tidak sanggup untuk melihat wajah orang yang telah mencabulnya, dia berasa sangat lega kerana Airyl telah menyelamatkannya dari terus dicabul. Airyl meninggikan suaranya memarahi pelajar itu, semua orang disekeliling memandang ke arah mereka. Sejurus kemudian train itu berhenti, pelajar yang masih di dalam genggaman Airyl merentap tangannya lalu melarikan diri sebaik sahaja pintu terbuka. Airyl mengeluh, dia hendak mengejar lelaki tadi supaya dia dapat dihukum atas perbuatannya tetapi Shazlin menarik baju Airyl dengan kuat.

Don’t leave me alone!” Shazlin mendesak, Airyl terus berhenti dan berdiri di hadapan Shazlin. Airyl berasa bersalah kerana tidak menjaga keselamatan Shazlin sehinggakan dia melalui kejadian ngeri tadi. Airyl mengesat air mata Shazlin yang berbaki, tubuh Shazlin yang menggigil ditarik dengan lebih rapat supaya Shazlin berasa lebih selamat.

“Kalau tak nak kena raba dah baik duduk diam-diam macam ni. Sekejap je, dah nak sampai dah.” Ujar Airyl pabila Shazlin cuba menolak sedikit tubuh Airyl yang terlalu rapat dengannya. Shazlin cuma menurut sahaja kata-kata Airyl tanpa bantahan, dia dapat merasakan jantungnya berdegup kencang bila berada dalam keaadaan begitu. Inilah jarak mereka paling dekat, kurang dari seinci…tanpa Shazlin menyedari tangannya perlahan-lahan memaut tubuh Airyl. Shazlin memeluk tubuh suaminya yang telah menjadi penyelamatnya hari ini, Shazlin percaya dia akan selamat di dalam dakapan itu.

*~*
“Apa yang awak marahkan kat orang yang buat saya macam tu tadi?” soal Shazlin kepada Airyl bila marahnya reda. Mereka sedang berjalan menuju ke hotel yang mereka diami, sejak dari tadi mereka belum bercakap. Selepas kejadian tadi, Shazlin memeluk tubuh Airyl sehinggalah mereka sampai ke stesen yang sepatutnya mereka turun. Shazlin meleraikan pelukan bila Airyl bergerak, memang Shazlin berasa malu kerana telah memeluk Airyl tanpa dia sedar tetapi berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku adalah jalan paling baik untuk mengelakkan rasa malu dalam keadaan begini. Airyl menarik tangan Shazlin, namun sebaik sahaja mereka keluar dari subway yang sesak itu, dia terus melepaskan tangan Shazlin.

“Tak payah tahu lah.” Airyl enggan menjawab soalan Shazlin, dia mahu Shazlin lupakan apa yang berlaku tadi. Selagi Shazlin mengungkit mengenai perkara itu Airyl tidak mungkin bebas dari rasa bersalah.

“Ala…bagitau je lah..” Shazlin merayu sambil menarik-narik baju Airyl, muncung itiknya sekali lagi muncul.

“Okay, okay…saya cakap; perempuan yang kau raba ni, bini aku. YOU ASSHOLE!!..well…something like that..lah” Airyl tunduk kerana rasa bersalah tiap kali memikirkan mengenai kejadian tadi.

YOU ASSHOLE? Hahahahahahahahaha…” Shazlin ketawa, reaksi yang diberikan Shazlin langsung tidak masuk akal bagi Airyl.

‘takkan dah okay budak ni..’ bisik hati Airyl.

“Baru padan muka, kurang ajar punya pencabul. Chikan bodoh!!” Shazlin melepaskan geramnya, kakinya yang melangkah perlahan dihentak-hentak kuat membayangkan dirinya sedang memijak lelaki yang tidak dikenali itu, walaupun Shazlin tidak dapat membayangkan wajah sebenar pesalah itu kerana dia tidak memandang walau sekilas pun pada chikan itu.

“Puteri..” Airyl memanggil Shazlin sambil tangannya memegang tangan Shazlin. Shazlin menoleh ke arah Airyl.

“hurm?”

“Saya mintak maaf kat awak sebab tak jaga keselamatan awak betul-betul. Saya lalai sebab seronok sangat dapat pergi tempat yang saya suka sangat-sangat, sampai awak kena…you know..raba..gomen(maaf)” Airyl menyusun kata maaf kepada Shazlin, jika mereka bukan suami isteri pun, sebagai lelaki dan juga kawan kepada Shazlin dia perlu memelihara maruah Shazlin tambahan pula Dato’ Mirzan telah berpesan supaya menjaga anak gadisnya.

‘woah….boleh tahan jugak sifat protecting dia ni..terharu aku.’ Hati Shazlin berbisik, lalu Shazlin menghadiahkan Airyl seukir senyuman. “Saya dah okay, don’t worry.”

“Betul ni? Awak tak trauma ke?”

“hurm..trauma tak kot, tapi nightmare nanti malam maybe. Saya tahu awak takkan biar saya kena benda-benda macam tu lagi, bila saya pasti tempat yang selamat adalah dekat dengan awak, saya tak takut dah.” Ulas Shazlin.

“Airyl, saya penatlah. Jom balik.” Sambung Shazlin lalu menarik tangan Airyl yang masih memegang tangannya, namun selepas beberapa tapak Airyl meleraikan pengangan tangan.

“la..kenapa?” Shazlin bertanya, Airyl cuma menunjukkan wajah yang dia kekok bila mereka tiba-tiba jadi rapat begitu.

“Dia yang pegang tangan kita dulu main lepas-lepas pulak.” Sindir Shazlin, kemudian dia menyambung kata, “dahla, dah pegang tu pegang jerlah. Kitakan nak berusaha merapatkan hubungan kita. Nanti kalau saya sesat awak jugak yang susah nak cari saya balik. Orang kat sini tak tahu English…”

“Okay, saya pun tak nak susahkan diri cari orang hilang..so…” balas Airyl, Airyl menghulurkan tangannya dan Shazlin menyambut tangan itu. Mereka berjalan sambil berpimpinan tangan seperti pasangan baru berkahwin yang lain walaupun hubungan mereka belum sampai ke tahap itu.

“Esok jangan pakai dress pendek-pendek dah. In short, tak payah pakai skirt LANGSUNG! Faham!”

“hai hai!”
*~*~*
~bersambung~

a.n: finally habis edit. dari pukul 1 pukul 3 br siap edit. wah......glossary akan update...erm...bila sy ad masa *mood : malas* sorry..untuk masa sekarang, kalau x paham blh tanya kat fb.^^ or google je..korang akan lg faham biler korang google sendri. trust me...hehe^^
ps: chikan = pencabul or...peraba..eh ad ker perkataan peraba? lol..

6 comments:

  1. best....terasa mcm diriku berada di sana jugak...well done!hihihihi....airyl mmg cool lah.

    **ade satu typo amirul...cuba check blk..rasenye qminz nk tulis airyl...

    ReplyDelete
  2. @ratu @wara terima kasih

    @iboo hehehe...berada di sana? weeeee..^^ airyl cool...hahaha..teringat komen akak mggu lepas: cool mcm aircond. hehe..thx sbb bgtau..dh tukar blk.. tersesat nm org len plak.. ishx3

    ReplyDelete
  3. Terus mewarnai dunia penulisan,byk info yg menarik.

    ReplyDelete