Followers

Friday, May 18, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 19



Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!



.: 19 :.
            “Sorang je? Mana yang lain?” Soal Shazlin bila bersemuka dengan Razlan, pemandu keluarga mereka.

            “Lin, Airyl, abang Lan datang ni nak bagi kunci kereta dan kunci rumah baru korang.” Razlan menyua segugus kunci dan juga kunci kereta, Shazlin mengambil kunci itu dengan kerutan di dahinya.

            “Abang Lan tak jawab lagi soalan Lin…” Shazlin mula memuncungkan bibirnya. Airyl memandang Shazlin dengan muka bosan, Razlan ketawa di dalam hati bila melihat reaksi suami Shazlin.

            “Diorang cakap tak payah datang pun tak pe. Jom abang Lan bawak korang kat kereta korang.”

“Takpe-takpe biar saya yang tolak.” Airyl bersuara bila Razlan ingin membantu mereka menolak troli bagasi mereka. Shazlin pula melayan perasaan rajuk kerana keluarganya tidak datang menjemput mereka.

“Sampai hati, tak rindu kat Lin ke…huhu…” Shazlin meluahkan rasa kecewanya, namun tiada siapa yang membalas kata-katanya. Kakinya dihentak-hentak tanda geram, Airyl memandang Shazlin dan menegur sikapnya, “tak payahlah nak buat drama kat sini. Cuba jalan elok-elok, macam budak kecik. Sebab tulah kaki tu sakit.”

“eh dia ni, bukan nak pujuk orang, kata orang pulak..” Shazlin membalas.

“Dah memang betul..” Airyl pula membidas.

“wah..wah..wah..nak cari gaduh pulak..”

“Lin, Airyl ni kereta korang.” Razlan menahan tawa melihat pasangan yang bergaduh bagai kanak-kanak, dia menarik perhatian mereka supaya mereka menghentikan pergaduhan kecil mereka. Kedua-dua pasangan itu terus diam, melihat apa yang dipersembahkan di hadapan mata mereka. Mata Shazlin menjadi bersinar-sinar apabila ternampak model kereta di hadapannya kini, Airyl pula cuba menyimpan perasaan terkejutnya di dalam hati sahaja dan masih berlagak cool.

“er..abang Lan, ni..bukan kereta saya.” Airyl bersuara, dia keliru kenapa kereta di hadapan mereka sebuah kereta Audi A4 bukan Honda Jazz. Airyl menoleh ke kiri tetapi Razlan telah pun menghilangkan diri, tinggal mereka berdua.

“eh? Dah hilang?” Airyl terkejut, Razlan meninggalkan mereka tanpa sebarang bunyi, dia langsung tidak sedar. Airyl menyiku Shazlin yang masih terpukau dengan Audi di hadapan mereka.

“Puteri, Abang Lan dah hilang..”

Who cares? Kita ada Audi!” Shazlin terjerit kecil, Audi memang kereta idamannya, walaupun bukan Audi R8 yang kini ditenungnya asalkan Audi sudah cukup untuk membuatkan dia gembira. Shazlin mara kehadapan untuk menyentuh kereta itu.

wait! Awak pasti ke ini kereta kita?” Airyl menghalang Shazlin dari terus menerpa ke kereta itu.

“Abang Lan dah bagi tau tadi kan. Kita punya…” Shazlin naik angin.

“Kunci tadi mana?” Airyl minta kunci kereta yang diberi Razlan, kalau kereta Audi ini bukan milik mereka sudah pasti mereka akan malu besar bila Shazlin buka pintu. Shazlin mengeluarkan dari poket seluarnya.

See.. Audi ni. Kita punyalah.” Shazlin meyakinkan Amryul yang masih serba salah dengan kunci yang dipegangnya, butang remote di tekan untuk membuktikan Audi A4 hitam yang memukau itu memang milik mereka.

Confirm kita punya.” Sengih Shazlin bila kuncinya terbuka. Shazlin mencampakkan kunci kereta itu kepada Airyl.

You drive.” Shazlin terus membuka pintu kereta, Shazlin berpaling ke arah Airyl dan tersenyum manis sebelum mengarah Airyl dengan muka expressionless, “load the luggage!”

What the hell, selamber je arah-arah aku dengan muka mean plus blur dia. Memang dasar tuan puteri betul…dan aku ni ape? Personal butler die?’

*~*

“Awak pasti ke ini rumah kita?” Shazlin terlebih dahulu menyoal Airyl. Mereka akhirnya sampai ke sebuah rumah banglo dua tingkat di kawasan perumahan yang sama dengan keluarga mereka. 
“Kalau ikut alamat yang kita dapat ni memang rumah ni, memang rumah ni yang ayah cakap nak bagi kita duduk. Ala apa susah, tekan jelah remote pagar tu, kalau terbukak kita punyalah, tadi kan awak guna trick tu.”

“haahlah, betul gak.” Shazlin menurut sahaja cadangan Airyl. Pagar itu terbuka seluasnya, Shazlin ketawa kegembiraan.

“memang kita punyalah. Hahahaha…macam best je bila cakap ‘kita punya’ hehe”

Airyl memandu masuk ke kawasan rumah, keningnya terangkat sedikit kerana pelik dengan perangai Shazlin. Kalau Shazlin sudah ketawa begini semestinya dia terlebih gembira, “kenapa awak cakap macam tu?”

“Iyalah, selama ni kalau duduk rumah besar pun, rumah bapak kita punya bukan kita punya.” Shazlin menjelaskan kepada Airyl, Airyl tersenyum mendengar alasan Shazlin yang tidak munasabah.

“apa bezanya, ini pun kira bapak kita punya jugaklah. Dia hadiahkan kat kita.” Airyl bersuara, tangannya mematikan enjin kereta barunya itu.

“itulah bezanya, dia hadiahkan kat kita so dah jadi kita punya. Samalah dengan kereta ni, dah jadi kita punya.” Shazlin berkata lalu keluar dari kereta, Airyl juga keluar dari kereta lalu menutup pintu kereta.

“eh ada lagi satu lah, mini cooper.” Shazlin mula perasan sebuah mini cooper di situ.

“Saya nak yang ni, saya tak suka bawak kereta besar-besar, susah. Tapi awak punya lagi mahal, tak adil.” Shazlin merungut, Airyl pantas membalas, “Kalau macam tu awak bawaklah Audi ni, saya tak kesah drive kereta ‘murah’ macam mini cooper tu.”

Shazlin terus menarik muka masam bila Airyl menyindirnya, Airyl pula buat muka tidak bersalah. Dia terus ke boot kereta untuk mengeluarkan bagasi-bagasi mereka berdua, Shazlin pula mula melihat keseluruhan rumah banglo itu. Keluasan rumah itu membuatkan Shazlin terpegun melihatnya, rumah itu terlalu besar untuk mereka berdua sahaja.

“wow Airyl…kayanya ayah awak.” Komen itu keluar tanpa Shazin sedar, Airyl tersenyum sinis kerana komen itu, “Habis daddy awak tak kaya?”

“hurm…betul jugak..cepatlah bukak pintu, panas…” Shazlin merengek bagai budak kecil.

“Kunci bukan kat awak ke?”

Shazlin berhenti merengek dan terus menyeluk poket seluarnya, dia tersenyum  sambil mengeuarkan segugus kunci dari poket itu. Dengan pantas Shazlin mencari kunci yang betul untuk membuka pintu itu. Setelah pintu berjaya dibuka, Shazlin terus membuka kasut dan masuk ke dalam tanpa menunggu Airyl.

“Apa ni? Eh..? Selamat datang ke rumah baru, macam mana honeymoon? kunci mini cooper ada kat tempat kunci.” Shazlin membaca nota post-it yang dijumpainya ditampal pada meja kopi sebaik sahaja dia masuk ke ruang tamu rumah itu. 

“Puteri baca apa?” Soal Airyl tanya sebaik sahaja dia meletakkan bagasi-bagasi mereka di tepi pintu. Dia melepaskan lelahnya sebelum menghampiri Shazlin untuk membaca nota itu.

“oh..dah masuk semua? Arigato!”

‘Mesti berat gila beg-beg tu, dah la aku beli banyak barang hari tu. Sampai beli luggage baru, kesian plak aku tengok Airyl ni angkat.’  Shazlin mula rasa bersalah kerana bertindak kejam terhadap Airyl. Shazlin tidak pernah mengangkat bagasinya sendiri setiap kali dia pulang dari percutian kerana bagasinya akan menjadi dua kali ganda berat dari sebelumnya, sebelum ini Razlan akan membantunya mengangkat bagasi-bagasi itu. Rasa bersalah makin menebal bila memikirkan status Airyl sebagai kawan merangkap suaminya sekarang, dibandingkan Razlan pula pemandu keluarga mereka yang dibayar gajinya.

“Amende ni?”

Shazlin terus menunjukkan nota itu kepada Airyl.

“Nota confirm Linda yang tulis.”

“Owh”

“Besarnye rumah ni, macam tak padan untuk kita tinggal dua orang, kan?” Shazlin menyuarakan pendapatnya.

“Tahu takpe, saya cakap macam tu jugak kat ayah but he still wants us to live here, dia cakap dekat dengan rumah keluarga. Nak cakap apa lagi.”

“Jom…house tour.” Shazlin mengajak Airyl melihat rumah mereka. Dia sangat teruja kerana rumah itu mempunyai rekaan dan rekaan dalaman yang menarik. Mereka meneroka rumah itu, bermula dari tingkat bawah hinggalah ke tingkat atas.

Seriously, saya suka gila rumah ni. Awak boleh cakap kat ayah awak saya suka gila rumah ni. Dari bawah boleh tengok koridor tingkat atas macam dalam drama ‘The Birth of Rich Guy’ cerita korea..”

“Cerita apa tuh? Tak tahu..” Sampuk Airyl, Shazlin terus menyambung selepas menjeling Airyl, “bagi contoh cerita melayulah senang, macam cerita zaman P.Ramlee dulu, macam dalam cerita doremi, tiga abdul, pernah tengok?”

Airyl mengangguk, sekarang baru dia faham apa yang dimaksudkan Shazlin dari tadi.

“Suka sangat. Kalau tangga ni besar lagi best.” Shazlin berkongsi pendapatnya mengenai rekaan rumah mereka dengan Airyl, kakinya melangkah pantas mendaki tangga kerana tidak sabar untuk melihat bilik tidur.

“owh, tengok jugak cerita melayu ek? Kenapa kena tangga besar?” Airyl bertanya, dia ingin mengenali Shazlin dengan lebih dekat.

“Saya tengoklah, P.Ramlee tu lagenda kot. Tangga besar best sebab macam cerita Hindustan, bila tangga besar lagi nampak mewah, and yes, saya tengok Hindustan bila saya dah takda cerita lain nak tengok.” Shazlin menerangkan kepada Airyl, Airyl ketawa kecil.

‘suka betul dia dengan benda yang nampak ‘MEWAH’’ celah hati Airyl.

“awak memang sangat-sangat lain dari apa yang saya bayangkan.” Airyl senyum sinis, dia sangat menantikan apa pula kejutan yang bakal diberikan Shazlin kepadanya.

Sebaik sahaja mereka di tingkat atas, bilik pertama yang mereka cari adalah bilik tidur utama, sebaik sahaja pintu master bedroom dibuka, Shazlin sekali lagi terpukau dengan keindahan rekaan dalaman bilik itu. Shazlin sangat berpuas hati dengan rekaan dalaman bilik itu, dari kertas dinding, langsir, cadar dan pilihan perabot serta lampu di dalam bilik itu sangat memukau. Mereka berdua masuk ke dalam itu, melihat di setiap pelusuk bilik itu.
OH MY GOD!!!!!!!! MY DREAM COMES TRUE…..!!!” Shazlin menjerit sebaik sahaja dia menjumpai walk-in wardrobe yang bersebelahan dengan bilik tidur itu. Bertabah ceria Shazlin bila melihat baju-bajunya sudah tersedia bergantung disitu, baju-baju Shazlin telah memenuhi hamper tiga per empat dari ruang wardrobe itu.

“Banyaknya baju awak. Dengan beg lagi, kasut lagi…kalau jual semua ni boleh beli sebijik rumah ni.” Shazlin memberi pandangan tajam kepada Airyl, Airyl bagai terdengar bunyi pisau pabila Shazlin memandangnya begitu. Lantas Airyl mengangkat tangannya, “I was joking okay, saya takkan cari maut jual harta-harta awak ni.”

“Tapi memang banyak..” Airyl menyambung.

“Orang pandai berfesyen, mestilah.” Airyl sudah lali dengan sikap memuji diri sendiri Shazlin, dia tidak memberi sebarang reaksi terhadap pujian yang masuk ke telinganya.

“Bilik sebelah pulak..” Shazlin keluar dari walk-in wardrobe itu dengan hati yang ceria, Airyl Cuma menuruti langkah Shazlin dengan senyap di belakang.

“owh.. bilik study, cantik gak. Bila masa diorang pindahkan barang-barang saya kat sini? Masuk-masuk semua dah siap, dah kemas pulak tu.” Ulas Shazlin, Airyl mengangguk-angguk kepala tanda setuju. Bilik belajar mereka sangat kemas dengan warna bilik dan perabot warna putih, rak-rak buku yang mengelilingi bilik itu penuh dengan buku-buku kuliah Shazlin dan Airyl, novel-novel Shazlin juga sudah siap tersusun disitu. Manga-manga dan beberapa figura Airyl juga telah memenuhi satu per tiga dari keseluruhan ruang pada rak-rak itu. Di tengah-tengah bilik itu terdapat sebuah meja besar, Shazlin menghampiri meja itu kerana dia ternampak sekeping nota yang ditampal di situ.

Komputer kat rumah adik nak pakai, so kakak pakai laptop ni je. OK?

“mana adil monitor besar dia pakai, owh…nasib ada yang ni. Awak punya ke yang screen besar ni.” Shazlin menuding jari ke arah sebuah komputer apple di hadapannya, Airyl mengangguk untuk menjawab soalan itu. 

“Boleh lah saya pakai..”

“Saya tak cakap pun awak boleh pakai.” Akhirnya Airyl bersuara, cepat sahaja muncung Shazlin muncul lagi.

“KEDEKUT! KEDEKUT KEDEKUT KEDEKUT KEDEKUT…! Tak pernah dengar ke sharing is caring? tak payahlah kedekut sangat.” Shazlin meninggalkan Airyl berseorangan di bilik belajar itu dengan muncung itiknya selepas menjerit marah pada Airyl. Airyl keras membatu bila dia disembur Shazlin, diri rasa seperti dihempap konkrit besar dengan perkataan ‘KEDEKUT’ terukir diatasnya.  

ARE YOU KIDDING ME? APA NI?....” Airyl yang mendengar suara Shazlin menjerit terus tersedar lalu bergegas keluar dan melihat apa yang sedang berlaku. Shazlin ternganga di hadapan sebuah bilik, Airyl menghampiri Shazlin dan melihat ke dalam bilik itu. Bilik yang diwarnai dengan warna-warna lembut itu dipenuhi barang-barang bayi serta alat permainan kanak-kakak termasuklah patung teddy bear yang disandarkan pada dinding bilik itu, keluarga mereka telah pun menyediakan sebuah bilik sebagai persediaan kepada Shazlin dan Airyl untuk menimang cahaya mata.

“Airyl…saya tarik balik apa saya cakap, saya tarik balik bila saya cakap saya suka gila rumah ni…ARIENAI TSUNO(ini tak masuk akal)!!!”

*~*~*
~bersambung~

an: assalamualaikum + salam jumaat.
hari saya lmbat lagi.. mesti korang sakit hati kan? saya mintak maaf, dn sy xkan bg alasan. 
Akhirnya mereka berdua jejak kaki ke Malaysia semula....saya tahu mesti ramai yang tak suka dgn perangai Shazlin yang suka complain, tapi macam mana plak dengan airyl yang macam tak ambil kisah+tak ad perasaan? Saya cuba seimbangkan watak2 ni..ada yg baik, ad yg tak elok..nampak je perfect tapi ad kekurangan..kalau saya failed seimbangkan watak mereka, sy mintak maaf..maybe byk lagi yg saya perlu belajar. kalau ad error or salah kat mn2 sila beritahu...

harap anda akan tinggalkan komen..<3 you all^^ weeeeeeeeeeeeee....

ps: dlm 4-5 minggu lagi.. mungkin sy akan amek cuti or stop posting untuk memberi laluan kepada final exam , lepas final mungkin akan post seperti biasa, tetapi..kalau waktu tu sy hendak memberi 100% perhatian kepada manuskrip, mungkin ad perubahan..tgk lah mcm mn nnt..

2 comments:

  1. hahahaha lawak lar n3 kali ni.best sangat.

    ReplyDelete
  2. @amaya x raiden yeke lawak. maybe itu je yg km pndi stakat ni^^;; byk lagi perlu perbaiki ni, post kali ni kena booo...hehe..kena lah buat leih baik lepas ni^^ teruskan menyokong Hello suami hai isteri^^

    ReplyDelete