Followers

Friday, May 25, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 20


an: Salam Jumaat semua..mulai dari post ni, qminz akan tulis author note di permulaan post. Since dah ad orang mention pasal bahasa pada chapter yang lepas, so saya rasa kena letak warning siap2. 

[WARNING: Bahasa yang digunakan amat kebudak2an, watak2 utama amat tidak matang, kadang-kala ada unsur tidak masuk akal (nama pun fiksyen kan?). Seperti yang dinyatakan dalam nota q.min.z kami adalah penulis baru, e-novel fanfiction (?) ini adalah percubaan kami yang pertama. Read at you own risk.^^ Enjoy reading^^]
Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!

.: 20 :.

“Ayah awak memang dasyat, saya speechless. Takut pun ada.” 

“Mana awak tahu ini idea ayah saya, mana nak tau ini idea keluarga awak ke? Ayah saya dah ada cucu tiga orang tau.” Airyl menyangkal kenyataan Shazlin. Shazlin terus menutup pintu bilik itu tanpa masuk ke dalam, dia menggeleng-geleng kepalanya tidak percaya apa yang dilihat tadi.

“Okay, kite tak payah pikir pasal bilik ni. Saya belum bersedia nak bagi daddy and mommy saya cucu lagi dan definitely bersedia untuk tambah cucu ayah dan ibu awak.” Shazlin mengeluh, sedangkan hendak membayangkan dirinya ada mengandung pun dia tak sanggup, ini kan pula ada anak. Belum tiba masanya, dia masih muda untuk itu. 

“Er…saya rasa kita tak payahlah tambah perkataan ‘awak’ kat belakang perkataan ‘ayah’ ordaddy’ sebab sekarang ayah saya, ayah awak jugak dan daddy awak dah pun jadi daddy saya kan?”

“oh ya…sorry, I forgot bout that. Eh kejap, ini je ke bilik? Satu dua tiga empat lima, takkan rumah punya besar ada lima bilik je? Tak logik!” 

“Peliklah rumah ni.” Airyl bersetuju dengan Shazlin. Bilik kecil yang terakhir adalah bilik yang telah diubah menjadi ‘surau’ kecil, dan dihujung koridor itu adalah bilik air. 

“Kan? Tadi kat bawah pun tak da. Tapi dapur kita memang besar giler, ruang makan kita pun besar, tapi still tak logik langsung kat bawah ada store dengan bilik home theatre and living room. Bilik-bilik kat atas semua dah wardrobe lah, surau, library, bilik baby lagi, bilik tidur satu je?” Shazlin memandang Airyl, Airyl menjunggitkan bahunya. 

“So bilik tidur ada satu jalah? Kejam.” Gerutu Shazlin sekali lagi, Airyl bersependapat dengannya, “diorang memang tak bagi peluang kat kita tidur bilik asing-asing.” 

Kata-kata Airyl membuatkan Shazlin tersedar yang mereka perlu berkongsi bilik seperti pasangan suami isteri yang lain. Walaupun mereka belum pernah berbincang tentang perkara ini, atau mengikat kontrak mengenai isu bilik tidur tetapi Shazlin pasti Airyl bersependapat dengannya yang mereka akan tidur dalam bilik yang berasingan. Shazlin memandang wajah Airyl, Airyl Cuma menjunggitkan bahu tanda dia tidak tahu menahu mengenai perkara ini. 

“Kalau macam ni mana awak nak tidur? Saya taknak share bilik. No way, tidak untuk masa sekarang.” Shazlin menyoal Airyl, Airyl mengerutkan keningnya, “Mana saya nak tidur? Apa pulak, mana awak nak tidurlah?”

Mendengar Airyl berkata demikian Shazlin terus memecut laju ke bilik tidur utama, “No way, bilik tu saya punya.” 

“Jangan harap!” Airyl mengejar Shazlin dengan pantas, mereka berebut untuk membuka pintu kamar, mereka memandang wajah masing-masing kemudian sebaik sahaja pintu terbuka kedua-dua mereka menerpa ke arah katil. Airyl yang terlebih dahulu terjun ke atas katil, Shazlin menarik kaki Airyl dengan kuat sehinggakan separuh dari badan Airyl jatuh. Shazlin panjat katil dengan pantas, Airyl tidak melepaskan peluang untuk merebut katil yang satu. Mereka saling tolak menolak antara satu sama lain, walaupun tubuh Shazlin yang kecil tetapi dia agak kuat kerana pernah mempelajari seni mempertahankan diri, Shazlin akhirnya menggunakan skill yang dia pelajari dahulu, Airyl mengaduh sakit apabila Shazlin menyepak perutnya kuat sehinggakan dia jatuh dari katil. Shazlin terus baring sebaik sahaja dia berjaya menakluki katil itu.

“Boleh tahan jugak awak ni puteri, seumur hidup saya inilah kali pertama saya kena terajang dengan perempuan, sakit pulak tu.” Airyl memperlahankan suaranya dengan harapan Shazlin tidak mendengar butir-butir terakhhir apa yang dia cakapkan tadi, malulah kalau Shazlin dengar. Airyl duduk di atas lantai sambil menyandarkan belakangnya pada katil, kedua-dua mereka kepenatan kerana ‘peperangan’ tadi.

“PUAN Puteri Shazlin, saya ni tak boleh tidur kalau tak ada katil.” Airyl sengaja menekan kan perkataan ‘puan’ supaya Shazlin ingat statusnya sebagai isteri Airyl. 

“Sepanjang 23 tahun saya hidup Airyl, saya tak pernah tidur tanpa katil dan tilam. Dulu masa saya sekolah pun saya sekali pun tak pernah pergi camping, sebab saya tahu saya takkan selesa. Awak tidurlah kat bawah, awakkan lelaki, tak pun atas sofa.” Shazlin tidak mahu mengalah dengan Airyl, yang penting katil ini mesti menjadi miliknya. 

“Awak tak dengar ke saya cakap tadi? Saya cakap, saya.tak.boleh.tidur.kalau.takda.katil. faham?”  Airyl menyebut satu persatu supaya Shazlin mendengarnya dengan jelas, Airyl kemudian memanjat katil itu dan berbaring sebelah Shazlin, Shazlin sudah kepenatan untuk melawan lagi, dadanya berombak menarik nafas dengan pantas, dia biarkan sahaja Airyl baring disitu. Mereka berdua senyap tidak bersuara, Cuma bunyi nafas mereka yang kedengaran. Shazlin mengambil alat kawalan jauh penghawa dingin untuk menghidupkannya.

“Puteri, tidur macam ni tak boleh ke? Saya janji takkan kacau awak.” 

“Boleh percaya ke?” 

You can trust me you know, jangan risaulah.” Airyl memberi jaminan kepada Shazlin. 

“Kita ada pilihan lain ke? Since kita dah janji nak bekerjasama, bertimbang rasa, lagipun suami isteri memanglah tidur sekatil. Okeh!” Shazlin bersetuju, dia terus bangun dari perbaringan dan duduk bersila diatas katil itu. Airyl turut bangun dan duduk secara berhadapan dengan Shazlin. 

“Kita dah tidur sebilik empat malam, tapi awak tak buat apa-apa kat saya, so saya percaya kat awak. Jangan musnahkan kepercayaan saya kat awak Airyl.”  

“Awak jangan risau, asalkan awak tak tendang saya jatuh katil masa tidur saya takkan kacau awak.” Airyl berseloroh, Shazlin tersenyum, “saya tidur princess like lah, takkan saya tending awak waktu tidur.”
Deal” Airyl menghulurkan tangan untuk berjabat. 

Deal” Shazlin menerima jabat tangan itu, “tapi ingat awak jangan ambil kesempatan ke atas saya.” 

“awak kata nak merapatkan silaturahim, bina kasih sayanglah, nak berbaik-baik, itu salah satu cara jugak tu.” Seloroh Airyl lagi, Shazlin terus melepaskan jabat tangan itu lantas memeluk tubuh, “saya tak sedia lagi lah. Nanti-nanti lah. Sakit lagi?”

What?”
 “Perut…”
“Tak”
Sorry eh..”
“Tak pe..”
*~*
Assalamualaikum, Da! Baru sekarang teringat nak telefon kakak? Ingatkan dah lupa  dengan kakak kamu yang seorang ni. Dah la tadi orang call dia tak jawab-jawab phone tu, baik buang dalam sungai je kalau tak nak jawab kalau orang call. Orang sampai KLIA pun tak datang jemput, korang tak sayang kakak dah ke? Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Putri Shazlin sebaik sahaja menjawab panggilan telefon adiknya tanpa sempat adiknya bermukadimah.

Waailaikumussalam, kakak. Wo,Wo,Wo, kakak relaks dulu boleh tak? Orang tak sempat nak cakap apa-apa lagi dah macam peluru berpandu soalan yang keluar daripada mulut kakak tu. Hazlinda cepat-cepat menyelit sebelum Shazlin melontarkan soalan yang seterusnya.

Yelah, sedih tau bila turun je kapal terbang tengok-tengok seorang pun tak de yang datang jemput kakak. Sampai hati korang buat kakak macam ni. Shazlin mula berdrama sedih, Hazlinda pula seperti biasa tidak melayan rajuk kakaknya itu.

Eleh kakak ni, emo pulak dia. kan kakak dah ada abang Airyl, okay la tu. Tak tahu kenapa tapi semua orang sebulat suara tak nak pergi jemput kakak dengan abang Airyl kat airport, mummy daddy macam tu family abang Airyl pun macam tu yelah buat apa kitaorang nak menyibuk mood orang baru balik honeymoon ni. Mendengarkan kata-kata adiknya itu, Putri Shazlin hanya mencebikkan bibirnya tanda tidak puas hati .

Huh, ada si Airyl tu je nak buat apa? Menyakitkan hati aku lagi adalah. Putri Shazlin mengomel dalam hatinya. Dia menjeling kelibat Airyl yang sedang membayar pizza yang baru sampai.

Lagipun turun-turun kapal terbang je dah dapat Audi A4, Audi tu kakak, bukan ke selama ni kakak nak sangat kereta Audi tu? Kereta idaman kakak kan? Tak kan dah dapat hadiah mahal macam tu pun tak seronok lagi? Putri Hazlinda menambah lagi setelah lama Putri Shazlin mendiamkan diri.

Eh, Da ingat kakak kamu ni materialistik sangat ke? Balas Putri Shazlin tanda tidak berpuas hati dengan kenyataan adiknya, cuba menyangkal sesuatu yang nyata. Tidak sanggup dia membayangkan dirinya dicop sebagai materialistik, kata-kata Hazlinda membuatkan Shazlin terasa seperti meninggalkan cop kekal di dahi tertulis materialistic girl.

            Eleh, tak materialistik apanya? Berapa beg kakak bawa balik barang daripada Jepun tu?” Soal Hazlinda walaupun dia tahu bagasi kakaknya sudah pasti telah bertambah satu, kerana sudah menjadi kebiasaan bagi Shazlin membawa pulang extra at least one luggage bila bercuti kemana-mana.
           
            Mesti pokai la abang ipar aku seorang tu nak menanggung kakak aku yang gila shopping ni. Nasib Abang Airyl lah dapat bini macam kakak aku ni. Putri Hazlinda bermonolog sendiri.

            Oh banyak baju baru kakak beli tau Da. Even collection YSL yang kakak tak dapat beli sebelum ni pun kakak jumpa dekat Jepun tu. Putri Hazlinda menggelengkan kepala nya sambil tersenyum dengan telatah kakaknya yang tiba-tiba berubah mood ceria apabila bercakap tentang baju yang baru dibelinya. Shazlin lupa segala rajuknya bila terfikir semua yang dibeli di Jepun yang masih di dalam bagasinya. Airyl yang sudah duduk berhadapan dengan Shazlin tersenyum mendengar Shazlin bercerita tentang hasil borong sakan Shazlin di Jepun.

            Tengok-tengok, tak materialistik apanya macam tu? Cakap pasal shopping je terus berubah mood. Putri Hazlinda tidak melepaskan peluang menghentam kakaknya. Putri Shazlin menggaru-garu kapalanya yang tidak gatal, malu dengan adiknya atas keterujaannya apabila bercakap pasal shopping.

            Yelah-yelah, nak paku-paku orang pulak dia ni. Banyak betul terkena hari ni, pasal tak datang airport, pasal rumah sekarang ni pasal shopping plak.” Shazlin berkata lalu mengeluh.

“Ha…Macam mana rumah baru? Best kan?” Suara Hazlinda ceria bertanya kepada Shazlin, dia tahu Shazlin pasti geram melihat bilik bayi yang disediakan untuk mereka. 
“Best..best giler..kakakmu ini suka sangat.” Shazlin sengaja memberi jawapan begitu, Hazlinda ketawa di hujung talian membuatkan Shazlin semakin berapi. 
“Dah tengok couple set kat rumah tuh?” Hazlinda terus bertanya, “Couple set?”
“mug, apron, slipper, couple t-shirt pun ada..hahaha…” 
“owh… yang tu semua idea Lindalah ni...oh..i see..” Shazlin bersuara sambil mengetap giginya. Tangannya dikepal menahan geram, kalaulah Hazlinda berada dihadapannya pasti dia akan memberi satu tumbukan padu ke wajah Hazlinda. Airyl tertawa melihat rupa marah Shazlin, semakin geram Shazlin jadinya.

“Sudah ah, menyampah aku cakap dengan kau. Kirim salam kat mummy daddy, bye.”

Shazlin mematikan talian, iphone miliknya ditolak tepi. Pizza Hawaiian Chicken telah tersedia di depan mata disambar lantas disumbat ke dalam mulut. Shazlin mengambil dua potong pizza sekali gus lalu dilapis dua sebelum pizza itu disumbat kedalam mulutnya, hampir terkeluar biji mata Airyl melihat gaya Shazlin makan. Mungkin dia terlalu lapar, Shazlin yang makan tanpa berbicara akhirnya bersuara.

Thanks for the..um..pizza Airyl. Awak memang memahami um..kepenatan dan steress…saya, so saya tak larat nak..um..masak”

“Cuba jangan cakap mulut penuh, tak senonoh. Nak kata budak dah besar.” Tersedak Shazlin bila Airyl mengutuknya secara berdepan, hampir tersembur makanan dalam mulut Shazlin ke muka Airyl, mujur tidak kena sahaja.

‘apa kau kata, tak senonoh...aku kerat 18 jugak budak ni kang...mood aku dahla dah ruin tadi.’
“Nah air,” Airyl memberi segelas air putih kepada Shazlin lalu dia pantas menyambar gelas itu untuk melegakan tekak. “anyway saya tak berharap pun awak masak. Reti ke masak, puteri macam awak ni pergi kelas pun orang hantar, nak minum air pun orang hantarkan, ini kan pulak nak masuk dapur.” 

Takk! 

Shazlin meletak gelas dengan kasar di atas meja makan, ekpresi geram terserlah diwajahnya. 

“SAYA MASAK LAH~!!” Jerit Shazlin. 

‘Dia ingat aku apa, penat aku suffer dua bulan kena khusus masak dengan mummy semata-mata nak bagi dia makan, dia kata aku tak reti masak.’

“Oh..reti masak eh?” 

“Sudahlah, malas nak gaduh. Malam-malam tak baik makan banyak-banyak, saya nak naik! Awak...” Shazlin diam seketika sebelum menyambung dengan nada angkuh.

“kemas!”

Airyl terkesima, sebaik sahaja Shazlin hilang dari pandangan dia tergelak kecil.

“Tak baik makan banyak-banyak, tapi dah makan tiga per empat pizza ni baru nak cakap.” 

*~*

“Wah seriously…even bantal golek pun takda.” 

“Bantal golek tu apa?” Airyl duduk di atas katil, Shazlin terkejut mendengar suara Airyl. Shazlin menoleh memandang Airyl.

“itu…bantal yang panjang, yang orang pakai buat peluk tu.” 

‘bukan bantal guling ke?’ Airyl berfikir, dia sendiri tidak pasti.

“puteri nak buat apa dengan bantal tu?”

“Letak kat tengahlah, kalau dalam novel ke drama ke selalunya dalam situasi macam ni, diorang mesti letak bantal tu kat tengah. Diorang dah buang bantal golek kita.huhu..”

Airyl tersenyum melihat muncung itik Shazlin muncul, dia dengan selambanya baring di atas katil itu. 

“Takut sangat…” Komen Airyl.

“hey, saya perempuan mestilah saya takut.”

“hurm…memang patut pun awak takut, saya sendiri tak percaya saya boleh tak buat apa-apa kat awak selama kita tidur sebilik.” 

“ah?” Shazlin terkejut dengan kenyataan Airyl. Matanya mencerlung memandang Airyl yang baring di tepinya, lantas dia bangun dan duduk.

“Awak jangan fikir bukan-bukan Airyl, awak dah janji dengan saya.” Shazlin memandang Airyl, dia tidak tahu apa yang sedang Airyl fikirkan membuatkan dia berasa takut.

“Puteri, saya ni lelaki. Mestilah saya ada fikir..kalau tak saya tak fikir langsung tak normal lah saya ni.”
“huh?” Tangan Shazlin pantas menarik blanket setinggi bahunya untuk menutup tubuhnya. Dia takut kalau Airyl menuntut ‘hak’ dia sebagai suami sekarang, dia belum bersedia. Tambahan pula Airyl pernah tinggal di Jepun untuk beberapa tahun membuatkan Shazlin lebih risau kerana orang Jepun sangat terbuka, kalau Airyl terpengaruh dengan cara pemikiran mereka…

“Jangan risau okay, saya takkan sentuh awak puteri. Saya dah janji kan?” Airyl memujuk Shazlin yang sudah hendak menangis, rasa bersalah menyelinap ke dalam hatiya kerana berkata-kata tanpa berfikir panjang. Shazlin pula, dia tahu ada terdetik rasa bersalah dan berdosa dihatinya kerana terang-terang menunjukkan yang dia tidak mahu, tetapi dia benar-benar belum bersedia. Mungkin suatu hari…tapi bukan hari ini.

“Sudahlah, jangan risau. Awak tidurlah, saya tak kacau. Saya dah nak tidur ni,  awak jangan tendang saya jatuh katil okay, good night.” Airyl menutup matanya, lengannya diletakkan di atas dahi bagi menghalang cahaya. Shazlin memandang kea rah Airyl, dengan perlahan-lahan dia baring disebelah Airyl. Dengan teragak-agak Shazlin mengambil alat kawalan jauh untuk menutup lampu. Terketar-ketar tangannya ketakutan, jantungnya berdegup laju. 

‘Jangan risau okay, saya takkan sentuh awak puteri. Saya dah janji kan?’ Suara Airyl memujuknya terngiang-ngiang di telinga Shazlin, Shazlin menarik nafas panjang dan kemudian menutup lampu, tangannya kemudian meletakkan alat kawalan jauh itu di atas drawer kecil di sebelah katil. Dalam kesuraman cahaya lampu tidur Shazlin berdoa tidak ada apa-apa yang akan berlaku, Shazlin cuba menutup matanya.

*~*~*
~bersambung~
an: no poster for this chapter, bcoz it's too slow to load today. Sorry, will update with poster later. 

7 comments:

  1. ~bersambung~ ?

    ade sambungan lagi tak bab 21? atau mmg dh the end? T^T huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear @Ainun27 masa saya n3-kan HSHI, saya masukkan sampai bab 30.
      Tapi saya dah padam 10 bab (bab21-30) untuk tujuan penilaian+penerbitan dan mengelakkan plagiat.

      Kalau Ainun nak tahu penghujung kisah Airyl (dlm novel dieja sbgi Airil)
      Ainun boleh baca HSHI versi bercetak ^^

      anyway thx for reading...hope u enjoyed those 20 chapters ^^

      Delete
    2. huhu3..tak jumpe la buku tu kat luar, cari2 x jumpe, habis stok kot T.T buku HSHI ni ada tak laman web yang boleh beli secare online?

      Delete
    3. dear Ainun, boleh saya tahu Ainun cari kat mana yang tak jumpa tu?? (nk beritahu staff bhgian sales^^)

      HSHI boleh juga beli di website adiwarna.. http://jsadiwarna.com
      kalau tak nmpk HSHI kat muka depan klik 'older post' ^^

      Delete
  2. Dah baca novel ni..
    Best sangat..

    ReplyDelete
  3. Hahaha tak puas baca online pegi order novel nii .. huhu tak bosan nak baca

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas sokongan :)
    semoga awak puas hati dengan karya saya yang banyak kekurangan ni, maklumlah karya pertama, salah silap harap dimaafkan.

    ReplyDelete