Followers

Friday, September 21, 2012

[Ikatan Cinta Kita] 00


Assalamualaikum semua... Saya Z... :) Memandangkan Q sedang berusaha menyiapkan HSHI dan dah tak kan letak n3 baru untuk HSHI, saya letak lah karya saya yang tak seberapa ni sebagai pengganti HSHI dekat sini... Mesti korang semua macam boring je bila masuk sini tak de apa-apa kan?? Dan blog ni pun macam sunyi je... So hope korang enjoy laa dengan karya saya ni... :) 

Terlebih dahulu saya nak memohon maaf lah kalau karya saya tidak se'best' HSHI ye... Saya budak baru belajar.... :)    ....(^o^)....


Hey... Hey... Kahkahkah nampak sangat post ni dah berkurrrrrrrrrrrruuunnnn lamanya... Okey ni saya edit balik n akan up entri dengan part terbaru yang saya dah edit ya... sebenarnya saya ada letak kat wattpad ICK yang versi edited oleh me, but mcm ramai yang x leh baca je sebab xde account kan? So saya promote balik lah yang ada dalam blog ni kay... ;)       

                                                                 .::00::.         
“Shahirah.. Jom la temankan aku. Tak kan lah aku nak pergi sorang-sorang? Malulah aku..” Farah Nadhiaa memujuk rakannya itu untuk menemaninya berjumpa dengan Syed Izzan Zhariff, lelaki pujaan hatinya.

“Eh apesal pulak aku kena teman? Tak nak aku. Kau nak pergi, pergi sendiri. Lagipun malas lah aku nak masuk campur urusan percintaan orang lain ni.” Shahirah menolak dengan sekeras- sekerasnya. Dia memang malas sungguh jika ada rakan-rakannya yang mengajaknya menemani mereka berdating. Dia berasa janggal dan tidak sama sekali mahu mengacau daun pula.

“Jangan lah buat aku macam ni Shahirah... Jom lah” Separuh merayu Farah Nadhiaa memujuk rakannya itu. Dia memang pemalu orangnya. Lebih-lebih kalau hal-hal yang berkaitan dengan lelaki pujaannya itu.

Kali ini dia dipaksa oleh rakan-rakannya untuk menyerahkan sendiri hadiahnya kepada Izzan Zhariff. Kerana rasa tercabar dia dengan beraninya menyahut cabaran mereka, tetapi sekarang dia terasa seperti mahu menangis dan menyesal kerana menyahut cabaran mereka. Itulah terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata apakan daya.....

“Tak nak.. Tak nak.. Tak nak..” Laju Shahirah menolak.

Di kala ini, mata Shahirah menangkap kelibat rakan-rakan dan juga merangkap partner-partnernya yang telah mencabar Farah Nadhiaa, sedang berjalan mendekati meja yang diduduki mereka. Sharifah Izleen Zahnita berjalan bersama-sama Anis dan Aini.

“Tu Leen tu. Pergi ajak dia. Lagipun Izzan tu kan abang dia.” Shahirah pantas mencadangkan Izleen Zahnita apabila ternampak gadis itu berjalan mendekati mereka.

“Ada apa? Ada apa? Dari jauh aku dengar ada orang sebut-sebut nama aku?” Kalut Izleen Zahnita bertanya selepas melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Shahirah. Manakala Anis dan Aini pula mengambil tempat di sebelah kanan dan kiri Farah Nadhiaa.

“Ha’ah kenapa dengan korang berdua ni? Yang sorang muka macam dah rupa nak tampar orang je, ni yang lagi sorang pulak muka dah macam nak nangis... Korang ni gaduh ke apa?” soal Aini pula setelah melihat wajah kedua-dua kawannya yang keruh itu.

“Hah Leen.. Kau dah sampai. Bagus sangat lah, baik kau pergi teman kawan kita ni pergi jumpa abang kesayangan kau.Aku dah malas nak layan dia.” Jelas Shahirah.

Farah Nadhiaa yang mendengarkan kata-kata Shahirah terasa seperti mahu menangis sahaja. Sampai hati rakan baiknya yang semenjak dari sekolah rendah berkata begitu. Farah Nadhiaa sendiri pun tidak faham mengapa hari ini dia seperti terlalu sensitif.

“Korang sebelum ni suruh aku bagi dengan tangan sendiri je kan? Tak de pun korang cakap aku kena pergi sorang-sorang.. Alih-alih sekarang aku kena pergi sorang? Ah.. aku tak nak..” Pantas Farah Nadhiaa membantah.

“Haa dah dah.. Penat telinga aku mendengar korang gaduh dari aku duduk tadi sampai sekarang tak habis-habis. Izleen Zahnita pantas meleraikan kawan-kawannya yang sudah berura-ura mahu memanjangkan pertelingkahan mereka itu.

“Farah, kejap lagi lah aku temankan kau pergi jumpa abang aku.. Malam nanti aku ajak dia jumpa kita depan library. Petang-petang macam ni dia bukannya free pun, tu kat gelanggang tu tengah sibuk main basketball.” Izleen Zahnita akhirnya membuat keputusan, kalau tidak makin lamalah mereka di situ.

Farah Nadhiaa yang tadinya bermasam muka terus ceria semula apabila mendengarkan kata Izleen Zahnita. Izleen Zahnita memang penyelamatnya.

“Yeahh.. Aku sayang kau Leen.. Kau memang adik ipar aku yang sejatilah..” Teriak Farah Nadhiaa kegembiraan.

“Ishh.. Kau ni Farah, agak-agak lah.. Belum jadi adik ipar pun okey..”Anis pantas menyampuk.

“Memanglah belum tapi bakal kan...” Farah Nadhiaa menjawab, senyuman di bibirnya makin melebar.

“Gatal betul budak seorang ni.. Leen kau cakap kat mummy kau, lepas habis je PSPM kita tu, terus masuk meminang si Farah ni tau..” Shahirah menambah pula.

“Macam-macam lah korang ni. Eh jom lah balik bilik, ni pun dah petang sangat ni.” Izleen Zahnita mengajak teman-temannya pulang ke bilik  kerana hari sudah menginjak senja. Sebentar lagi sang suria akan melabuhkan tirainya. Si rembulan pula akan menggantikan sang suria untuk menyinari seluruh alam semesta ini.
                                                                       *~*
                                                           ~Bersambung~


Ps: Sebenarnya saya masih tak de tajuk lagi untuk karya saya ni, that's why saya letak tittle 'Cerita Baru...' Ngeeeeeeee.... Jangan pelik pulak ye... :)

newest p/s: Okey dah ada tajuk pun... leulzzz... Ikatan Cinta Kita okey. 


Saya perkenalkan watak pertama... Syed Izzan Zhariff! Handsome tak? Muahahahahaha

No comments:

Post a Comment