Followers

Thursday, October 4, 2012

[Ikatan Cinta Kita] 03

Assalamualaikum semua.... Hari nie Z bagi update awal sikit memandangkan Z pun boring tak tahu nak buat apa malam nie.. Minggu depan banyak test tapi hari nie tak ade mood nak study lagi... hehehehe #pemalasbetul# Esok tak ade kelas so kita relaks dulu... Apa-apa pun update ICK ni dulu kannnn!! hahaha... So Enjoy lah membaca bab baru nie ye.... !! :DD



Doktor Kacak... Daniel Rayyan! LOL



..:03:..

Satu keluhan berat kedengaran dilepaskan oleh Farah. Sejak dari petang tadi, sudah tidak dapat dibilang dengan jari jumlah keluhan yang dilepaskannya. Pertemuannya dengan Izzan petang tadi benar-benar menyesakkan otaknya. Dia tidak sangka yang dia akan berjumpa lagi dengan lelaki itu.

Selepas tamat saja pengajian mereka di kolej matrikulasi dulu, dia langsung tidak pernah berjumpa dengan Izzan lagi. Malahan selepas kejadian dimana dia terdengar perbualan kedua adik-beradik kembar itu, Farah lantas menjarakkan dirinya daripada Izzan. Izzan pula yang pada masa itu sedang hangat menjalinkan hubungan dengan kekasih hatinya langsung tidak mempersoalkan tindakan Farah yang tiba-tiba menjauhkan diri daripadanya. Dan kebetulan pula waktu itu hanya tinggal beberapa minggu sahaja sebelum mereka tamat pengajian, lantas perkara itu berlalu begitu sahaja. Perhubungan mereka tamat sebagaimana tamatnya pengajian mereka, selepas itu mereka betul-betul putus hubungan.

Kerana terlalu marahkan Izzan, Farah juga tidak berhubung dengan Izreen selepas mereka tamat pengajian. Beberapa bulan juga Izreen cuba memujuk Farah agar kembali berhubung dengannya. Dan selepas Farah kembali berhubung dengan Izreen, rakannya itu memang cukup berhati-hati ketika berbual dengannya. Tidak langsung disebut perihal abang kembarnya itu semata-mata hendak menjaga hati Farah.

Bagi Farah tidak perlu lah dia berjumpa dengan Izzan lagi setelah mengetahui yang lelaki itu tidak menyukainya. Lebih-lebih lagi lelaki itu telah menghancurkan hatinya. Bukan niatnya mahu berdendam, tetapi dalam kes ini perempuan manakah yang dapat menahan hati dari membenci lelaki itu?

Farah menganggap lebih baik dia tidak berjumpa langsung untuk menghindarkan dia daripada mengingati kisah sedih itu. Lihat lah seperti sekarang, apabila sudah berjumpa kembali pastinya dia tidak sudah-sudah memikirkan hal yang sama. Memeningkan kepala sahaja. Farah memejamkan matanya sambil bersandar di sofa, berharap agar hal ini akan berlalu dari mindanya.


Ain yang baru siap membersihkan diri selepas pulang dari sekolah petang tadi pantas menghayunkan langkah kakinya menuruni tangga untuk menuju ke bawah. Apabila sampai di anak tangga yang terakhir, dia terpandang kelibat Farah yang sedang bersandar di sofa sambil memejamkan matanya.

Kaki Ain tidak terus melangkah ke ruang tamu tapi dia menuju ke dapur dahulu untuk membancuh minuman kegemarannya. Ain perasan yang Farah seakan-akan tidak keruan sejak pulang dari hospital tadi. Rakannya itu seperti sedang menghadapi masalah besar. Semenjak Farah pulang, dia hanya termenung dan mengeluh sahaja.

Seingat Ain sudah lama dia tidak melihat Farah yang sebegini. Kali akhir pun kalau tidak silap Ain adalah lapan tahun dahulu semasa Farah pulang dari berjumpa dengan Izzan. Waktu dimana Izzan menghancurkan hati Farah. Begitu lah keadaan Farah. Berhari-hari dilaluinya dengan termenung sahaja. Fikirannya melayang entah kemana. Sudah lah masa itu hampir benar dengan peperiksaan akhir mereka, semua kawan-kawan risau melihat keadaan Farah pada waktu itu. Nasib baik lah Farah kuat semangat dan bangkit semula, kalau tidak pada hari ini pasti gelaran ‘Doktor Farah’ itu tidak akan wujud. Kali ini entah apa lah yang terjadi sampai Farah beriaksi sebegini lagi?

“Farah... Ni aku ada buatkan kau air, minumlah.” Sapa Ain lembut setelah mengambil tempat di sebelah Farah sambil meletakkan dua cawan milo tadi di atas meja. Farah yang sedang terpejam tadi lantas membukakan matanya tatkala perasan kehadiran Ain disitu.

Thanks…” Lemah sahaja suara Farah berterima kasih kepada Ain yang bersusah-payah membancuhkan minuman untuknya.

Mereka berdua hanya berdiam diri sambil masing-masing memegang mug di tangan. Ain tidak mahu membuka mulut dahulu kerana dia tahu sebentar lagi Farah pasti membuka mulutnya. Hanya pandangan matanya yang penuh tanda tanya disorotkan ke arah rakannya itu. Farah yang perasan akan sorotan mata Ain yang penuh makna itu akhirnya membuka mulut.

“Kau nak tanya apa?” Soal Farah selepas meletakkan kembali mug tersebut ke atas meja.
“Apa dah jadi dengan kau hari ni? Kenapa aku macam nampak Farah yang lapan tahun dulu?” Ain pantas bertanya. Dia sempat menangkap keluhan dari bibir Farah sebelum rakannya itu bersuara.

“Kau nampak aku macam ni hari ni sebab aku terjumpa dengan orang yang bertanggungjawab menjadikan keadaan aku sama seperti yang kau lihat lapan tahun dulu.” Farah berputar-belit.

“Maksud kau? Kau jumpa balik dengan orang yang sama yang telah menjadikan kau macam ni? I mean tak tentu arah macam ni?” Soal Ain dengan kerutan di dahi. Farah tidak menjawab tetapi hanya menggangguk kecil mengiyakan apa yang diperkatakan Ain.

Terlopong mulut Ain melihat Farah mengganggukkan kepalanya. Memang hanya seorang manusia sahaja yang boleh mengakibatkan Farah menjadi sebegini rupa. Manusia itu adalah seorang lelaki, dan lelaki itu adalah tidak lain dan tidak bukan ialah Syed Izzan Zhariff.

So meaning that sekarang ni kau terjumpa baliklah mamat tu? Kat mana kau jumpa dia?” Ain bertanya lagi.

“Dekat hospital siang tadi.” Farah hanya menjawab segala soalan Ain tanpa banyak soal. Dia tidak perlu menyimpan apa-apa apabila bercakap dengan Ain. Rakannya itu mengetahui segala-galanya tentang dirinya sehinggakan kadang-kala dia merasakan yang Ain lebih memahami dirinya daripada dirinya sendiri.

“Hospital? Kenapa dia sakit ke?” Soal Ain sambil menjungkitkan keningnya.

“Bukan dia… Tapi adik kembar dia. Kawan kau yang sorang tu lah…” Farah memaksudkan Izreen.

“Hah… Reen? Sakit apa pula kawan kita tu?” Risau Ain apabila mendengarkan Farah berbicara tentang teman rapat mereka itu.

“Biasalah Reen tu… Sakit apa lagi yang dia ada sejak dulu?” Farah tidak pula menjelaskannya dengan terang kerana dia pasti Ain juga sudah tahu tentang penyakit gastrik Izreen itu.

“Cuma kali ni ditambah pula dengan badan dia yang terlampau penat, dengan demam lagi, tu yang sampai pengsan tu.” Tambah Farah lagi.

 “Kau tahu tak Ain, tadi masa Daniel beritahu aku yang Reen yang masuk hospital tu, aku betul-betul terkejut. Then aku pun terus pergi masuk jumpa dia. Kau pun tahu kan yang kita kan dah lama tak jumpa si Reen tu. Setakat tengok dia keluar tv tu selalu lah. Aku pun dengan happynya pergi jumpa dia tanpa fikir apa-apa. Aku tak teringat langsung pasal abang dia tu. Sebab gembira punya pasal aku tak ambil langkah berhati-hati, tengok-tengok dia dah ada kat depan aku, and sekarang aku dah jadi macam ni.” Jelas Farah panjang lebar. Menceritakan apa yang terjadi di hospital tadi tanpa ada tertinggal satu pun.

“Aku sebenarnya kalau boleh dah tak nak ingat langsung pasal dia. Tapi memang susah aku nak lupakan benda ni walaupun benda ni dah lama terjadi. Aku try untuk buat-buat tak tahu, tapi aku just tak boleh… Lebih-lebih lagi sekarang dia dah ada depan mata aku.” Farah menambah sambil kepalanya ditundukkan kebawah. Kesal dengan apa yang terjadi. Alangkah bagusnya jika dulu dia tidak pernah mengenali dan menyimpan perasaan terhadap Izzan, pasti semua ini tidak berlaku dan dia tidak perlu memeningkan kepala tentang semua ini.

Ain faham dengan keadaan Farah. Memang susah untuk dia melupakan  Izzan. Dia tahu yang Izzan merupakan cinta pertama rakannya itu. Dia tidak pernah melihat Farah seserius ini apabila berbicara tentang hati dan perasaan. Hanya Izzan sahaja yang menjadikan Farah serius apabila berbicara tentang  hubungan antara lelaki dan perempuan. Dia juga tahu betapa sakitnya hati Farah menanggung semua itu. Bayangkan hati baru mahu mula belajar tentang erti cinta sebenar, tetapi sudah terlebih dahulu dikecewakan. Lebih menyakitkan apabila cintanya hanya cinta yang bertepuk sebelah tangan, cinta yang tidak berbalas.

            Ain memandang rakannya itu dengan pandangan simpati, dia juga sudah tidak tahu bagaimana mahu membantu rakannya itu. Tetapi, dia terfikirkan kembali bicara Farah sebentar tadi. Pantas otaknya memutarkan kembali apa yang diucapkan Farah sebentar tadi.

            “Farah… Kau sabar je lah... Tabahkan diri. Tapi tadi kalau tak silap aku, aku macam terdengar kau sebut Daniel yang bagi tahu kau yang Reen sakit, maknanya…?” Ain bertanya selepas memberikan sedikit kata semangat buat Farah.

            “Ha’ah, dia orang dah jumpa... And Reen sekarang ni selain juga sakit perut, dia juga sedang sakit hati macam aku...” Farah pantas meleraikan kekusutan yang melanda fikiran Ain.
            “Wow…” Lambat-lambat perkataan ‘wow’ itu keluar daripada mulut Ain. Bukan teruja, tetapi lebih kepada terkejut sampai tak terkata sebenarnya.

            Eh, kejap-kejap! Kenapa pula Izreen sakit hati bila jumpa Daniel? Bukan dulu dia yang suka sanga dengan lelaki yang seorang itu? Patutnya dia melonjak gembira lah kalau sudah terjumpa semula? Ain sudah tertanya-tanya sendiri.

            Mahu bertanya pada Farah, dia rasakan seperti tidak patut kerana rakannya itu juga sedang runsing. Akhirnya persoalan itu berlalu begitu sahaja.

            Nampaknya takdir telah menemukan mereka kembali. Aturan Allah, tiada siapa yang tahu kan? Memandangkan jodoh masing-masing begitu kuat, Ain cuma berharap yang pertemuan semula kali ini akan membawa kepada jalan kebahagiaan kepada kedua-duanya, dan bukan lagi penderitaan seperti dulu…
*~*~*~*~*~*

Izreen yang ditemani abangnya kelihatan sudah sedikit tenang berbanding dari petang tadi. Buat dosa kering sahaja dia menipu abangnya konon-konon yang dia menangis kerana perutnya terlalu sakit oleh sebab gastriknya menyerang lagi.

Tetapi dia tidak boleh memberitahu abangnya tentang perkara sebenar kerana Izzan langsung tidak tahu menahu pasal kisahnya dan Daniel. Hanya teman-teman rapatnya sahaja yang tahu. Itupun tidak semua yang mereka tahu. Kisah penuhnya hanya dia dan Qalesya sahaja yang tahu. Dia tidak pernah bercerita lebih-lebih kepada sesiapa kecuali Qalesya. Mereka yang lain hanya mengetahui yang dia meminati Daniel dan kisah semasa mereka masih menuntut di kolej matrikulasi dahulu, kisah selepas mereka tamat belajar tidak pernah diceritakan kepada mereka lagi.

            “Abang… Abang temankan Reen kan malam ni? Reen tak berani lah nak tinggal sorang-sorang.” Manja bunyinya Izreen memujuk abang kembarnya supaya menemaninya.

            “Hmmm… Boleh ke kalau abang tak nak? Apa yang keluar daripada mulut Reen tu perintah, bukannya permintaan. Abang tahu...” Izzan mula menyakat adiknya.

            Walaupun adiknya tidak meminta, tetap juga Izzan akan menemani adiknya itu, mana mungkin dia meninggalkan adiknya berseorangan di hospital ini. Dia memang sudah maklum yang adiknya itu sangat takutkan hospital dan adiknya juga tidak biasa jika tidak tidur di katil sendiri. Memang badannya penat memandangkan dia baru sahaja pulang dari bertugas di luar negara. Tetapi dia lebih sayangkan adiknya. Demi adiknya, dia sanggup melakukan apa sahaja. Sayangnya kepada adik kembarnya melebihi segalanya.

            “Hesy… Abang ni kan...” Izreen memuncungkan mulutnya. Memang menjadi kebiasaan dia memuncungkan mulutnya ketika dia sedang merajuk.

            “Tak payahlah nak muncung-muncungkan mulut tu. Tak elok pun.” Izzan masih lagi mahu menyakat. Memang sudah menjadi hobi Izzan untuk menyakat adiknya itu, tidak lengkap hidupnya kalau dalam sehari dia tidak mengacau bilau kan perasaan Izreen.

            Izreen tidak membalas malah makin panjang pula muncungnya. Kepalanya dipalingkan ke arah lain. Izzan yang melihat terus ketawa. Dia tidak pernah tidak ketawa apabila adiknya membuat muka sebegitu. Dia memang sudah masak dengan perangai adik kesayangannya yang seorang ini. Tidak akan berpuas hati selagi orang tidak mengikuti kehendaknya. Manjanya terlebih!

            “Yelah... Yelah… Abang tak kacau Reen dah. Kalau Reen tak suruh pun abang akan temankan Reen lah. Bukannya abang tak tahu yang adik abang ni penakut sebenarnya.” Izzan memujuk adiknya tetapi dihujung ayatnya tetap juga terselit ayat yang mengusik adiknya.

            “Eleh… Abang tak nak kacau Reen dah...” Izreen mengajuk gaya abangnya bercakap.
 “Kononnya kan, tapi belakang tu ayat perli.. It’s really so you.” Izreen mengecilkan matanya dan bersuara tidak berpuas hati.

            “Okey lah… Sorry ye Cik Sharifah Izreen Zahnita.” Izzan akhirnya mengalah. Malas mahu bertekak dengan orang sakit, nanti bertambah sakit dia juga yang susah.

“Reen…” Izzan memanggil adiknya setelah diam seketika tanpa suara.

            Dia perlu bertanyakan tentang doktor muda yang dilihatnya bersama-sama dengan adiknya petang tadi. Adakah doktor itu adalah orang yang dicari-carinya selama ini? Dia perlu memastikan hal ini secepat mungkin.

            “Hmmm..?”

            “Siapa yang dengan Reen petang tadi? Maksud abang yang masa Reen menangis tadi tu.” Soal Izzan.

            “Kenapa?” Tidak terus memberikan jawapan, sebaliknya Izreen mengajukan soalan pula.

            Adakah abangnya mengingati Farah? Mungkin juga memandangkan mereka pernah rapat suatu masa dulu. Sebelum ini pernah juga abangnya bertanya tentang Farah tetapi dia sengaja buat-buat tidak tahu kerana dia tahu yang Farah tidak mahu lagi mempunyai sebarang pertalian dengan Izzan. Dan Izreen menghormati keputusan rakannya itu. Dia juga pernah mengalami kekecewaan jadi dia sangat faham akan perasaan Farah jadi dia bersetuju dengan permintaan rakannya itu.

            “She looks familiar. Abang rasa macam pernah kenal dia. Dia macam… Farah.”      Tidak ada pilihan, Izreen terpaksa juga mengiyakan kali ini memandangkan Izzan telah berjumpa sendiri dengan Farah. Kalau mereka tidak berjumpa empat mata, mungkin lagi dia boleh menafikannya.

            ‘Sorry lah Farah... Kali ni aku tak boleh nak tolong kau lah…’ Bisik Izreen di dalam hati.

            “Hmmm, memang Farah pun. Dia kerja kat hospital ni.” Izreen menjawab tanpa berselindung lagi. Sudah hari ini Izzan berjumpa sendiri dengan Farah, jika dia terus berbohong dan mengelak pun tidak guna juga. Esok-esok pasti mereka berdua berjumpa lagi.

            Memang tepat sekali tekaannya, sebenarnya Izzan yakin doktor itu adalah Farah. Dia bertanya cuma untuk menginginkan kepastian lanjut sahaja.

“Ohhh... Ye ke? Hmmm, lama abang tak jumpa dia.” Izzan berkata.

“Abang… Reen nak tidur dululah. Mengantuk pula.” Izreen tiba-tiba bersuara sambil matanya dikebil-kebilkan. Dia sebenarnya mahu mengelak dari menjawab soalan-soalan daripada abangnya. Dia tidak mahu abangnya mengetahui lebih banyak lagi perihal Farah daripada mulutnya. Kalau boleh biarlah dari mulut rakannya itu sendiri. Dia tidak mahu pula nanti rakannya itu marah lagi padanya.

“Yelah… Goodnight.” Ucap Izzan sambil menarik selimut ke paras dada Izreen, sambil itu dia tunduk dan mencium pipi gebu adik kesayangannya itu.

Goodnight…” Izreen membalas sambil menutup matanya.

Izzan melangkahkan kakinya menuju ke arah sofa yang tersedia di dalam bilik tersebut. Dia merebahkan tubuhnya di situ. Matanya dipejamkan tetapi mindanya tetap berjalan. Walaupun badannya letih tetapi dia tidak boleh terus terlena seperti hari-hari biasa. Dia masih memikirkan Farah.

Nampaknya Allah sudah memberikan petunjuk kepadanya. Ya, kali ini dia yakin dengan petunjuk yang diberikan. Dia bertekad yang dia akan mendekati Farah semula dan akan memulakan misi memikat gadis itu. Bukan itu sahaja, dia juga bertekad yang akan menyunting gadis itu menjadi suri hidupnya nanti.

Sebenarnya Izzan pernah berdoa kepada Allah supaya dirinya diberikan petunjuk. Waktu itu baru dua bulan dia menamatkan pengajiannya di kolej matrikulasi. Dia yang sudah lama tidak berhubung dengan Farah saban hari teringatkan gadis itu. Izzan mula membandingkan kekasihnya dengan Farah. Dan semua perbandingan yang dibuat menyebelahi Farah. Dia rupa-rupanya lebih menyenangi Farah. Dia lebih menyukai cara layanan Farah padanya dan tidak semena-mena dalam diam sebenarnya dia merindui gadis itu.

Lalu dia berjanji kepada dirinya, jika ditakdirkan suatu hari dia bertemu kembali dengan Farah, dia mengganggap itu adalah petunjuk dari Allah yang menunjukkan Farah itu sememangnya diciptakan untuknya.

Bertahun-tahun dia menanti, walaupun tidak mencari tetapi hatinya tetap juga berharap yang hari itu akan tiba. Izzan tidak mahu mencari kerana dia menyerahkan segala-galanya kepada Allah, dan dia yakin jika benar mereka berjumpa kembali, itu barulah benar-benar takdir Tuhan yang telah ditentukan sejak di Loh Mahfuz lagi. Sekian lama menunggu, hampir sahaja dia berputus asa, tetapi kini dia tidak akan ragu-ragu lagi walaupun sedikit. Semua ini memang sudah ditakdirkan.

Hakikatnya, bukan Izzan seorang sahaja yang tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Izreen, Farah dan Daniel juga menghadapi masalah yang sama. Mereka juga tidak dapat tidur setelah apa yang terjadi kepada mereka pada hari ini.

*~*~*~*~*
                                                         ~Bersambung......~

Panjang sikit bab nie.... :))
Menantikan Komen Dan Click lah Reaction Box Di Bawah Yaaa....
Terima Kasihhhhhhhh.....  :DD







8 comments:

  1. tak sabar nk tau ep seterusnya..cpt2 smbg!:D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana menyokong karya saya nie....:) sukaaa... :DD
    Tapi update macam biasa lah seminggu sekali, tunggu minggu depan ye kalau nak lagi... :D

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terima kasih kak ros... semakin bersemangat nak teruskan perjuangan nie... hehehehe...

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih PARADISE:) :DDDD
      I pun loike sebab you loike... :DDDD weeeeeeeeeeee.... :))

      Delete