Followers

Friday, October 12, 2012

[Ikatan Cinta Kita] 04

Salam semua... Haizz.... Mengeluh dulu.. Penat betul hari ni, baru je sampai bilik pukul 11 lebih tadi. Ada test tadi n paling tak boleh blahh, Z tak boleh jawab kott... Penat je baca sungguh2, tengok2 apa yang keluar tu macam tak berkaitan pulak... Dah teruk sangat test tadi sampaikan tahap dimana bila baca soalan pun dah tak faham dia cakap apa, macam mana lah nak jawab kannn.... HAizzzzz.... Z mintak maaf sangat sebab bagi entry lambat hari nie... N sorry sangat sebab korang semua kena baca rungutan Z ni,.... HEhehehe... Gomenasai.... :)))



Twins kita yang hawtttt!! Ahaksss!


.:04:.


Izzan yang baru pulang dari rumah kini sudah sampai kembali ke hospital. Tadi kalut sahaja dia membersihkan diri, tidak mahu berlama-lama meninggalkan hospital. Izzan bukannya tidak mahu berlama kerana bimbangkan adik perempuannya, tetapi dia mahu cepat-cepat bertemu dengan insan yang dinantinya setelah sekian lama itu.

            Setelah menapak masuk ke dalam hospital, kakinya tidak dihayunkan ke bilik adiknya tapi dia berkeliaran di sekitar perkarangan hospital. Niatnya cuma satu, iaitu untuk mencari Farah. Meliar matanya melihat setiap manusia yang jantinanya perempuan yang berselisihan dengannya, hanya untuk bertemu dengan Farah.

Penat Izzan mencari. Hampir ke seluruh pelosok hospital dia mencari, tetap juga tidak ketemu dengan orang yang dicarinya. Akhirnya dia mengalah, kaki Izzan melangkah kembali ingin menuju ke bilik yang menempatkan adiknya.

            Dalam kakinya sedang melangkah, tubuhnya tiba-tiba merempuh seseorang yang berjalan dari arah bertentangan. Habis barang-barang di tangan perempuan itu bersepah di lantai. Izzan pantas memungut kembali barang yang bersepah itu dan menuturkan kata maaf. Saat kepalanya mendongak untuk melihat kelibat orang yang dilanggarnya, alangkah terkejutnya Izzan kerana orang yang dilanggarnya itu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Farah.

            Sebentar tadi Izzan mengutuk dirinya yang berjalan sambil berkhayal, tetapi sekarang hatinya mengucapkan kata syukur pula. Kerana dia berkhayal lah dia bertembung dengan orang yang dicarinya. Memang betul setiap perkara yang terjadi itu mempunyai hikmah disebaliknya.

            “Farah… Ingat lagi tak Izzan?” Izzan memulakan bicara sambil tangannya menghulurkan fail Farah yang dikutipnya tadi.

            “Hah..?” Farah terkejut, tidak menyangka yang Izzan akan menegurnya.

            Tadi selepas mengutip barang-barangnya, dia mahu cepat-cepat beredar dari situ setelah dia perasaan lelaki di hadapannya itu ialah Izzan. Dia menyesali perbuatannya yang berkhayal sambil berjalan sehingga terlanggar Izzan.  Kini dia menggelabah kerana dalam hatinya, dia tidak langsung mahu bertembung dengan lelaki ini, inikan pula mahu bersembang-sembang. Dia tidak mempunyai pilihan lagi, nampaknya dia perlu juga membalas pertanyaan Izzan. Tak mungkin untuk dia berlalu begitu sahaja dan membiarkan Izzan dengan sapaan yang tidak berbalas bukan?

            “Ha’ah... Izzan... Abang kembar Reen kan? Hmmm, ingat.” Acuh tak acuh sahaja balasan Farah. Izzan tersenyum gembira kerana Farah masih mengingati dirinya. Nampaknya peluangnya untuk mendekati Farah terbuka luas.

            “Lama kan kita tak jumpa? Rasanya lepas habis je belajar kat matrik tu kita langsung tak pernah jumpa kan?” Izzan masih dengan suara yang ceria.

Farah hanya membalas dengan anggukkan sahaja. Malas mahu melayan Izzan yang kelihatan teruja itu. Dia melayan Izzan sekarang ini pun hanya sekadar mahu berbasa-basi sahaja, dia tidak mahu pula dicop sebagai seorang yang sombong.

            “Hmmm, apa kata kita pergi ke café and have a chat? Tak kan nak berdiri dekat sini kut?” Izzan mencadangkan kerana buat masa ini banyak sekali perkara yang ingin dibualkan dengan Farah.

            “Aa… aa...  Saya minta maaf lah, tapi sekarang waktu kerja saya lah Izzan.” Tergagap sahaja Farah  membalas. Memang benar pun sekarang waktu kerjanya, tapi sekiranya bukan waktu kerjanya sekali pun, dia tidak akan sekali-sekali mahu untuk pergi bersama Izzan.

            “Ooohhh... Ha’ah lah... Saya lupa. Hmmm, next time maybe?” Ujar Izzan sedikit kecewa. Terlupa pula saat ini mereka berada di hospital tempat Farah bekerja.

            Farah pantas menamatkan perbualan mereka dan berlalu apabila seorang jururawat memanggilnya. Dalam hatinya amat bersyukur kerana jururawat tersebut memanggilnya. Terasa seperti makin benci pula apabila bersua muka dengan Izzan.

*~*~*~*~*
“Ermmm… Excuse me…” Izreen berdehem dan menegur jururawat yang berada di work station itu.

“Ya?” Jururawat itu menyahut sambil mengangkat kepala daripada kerja di tangan.

Oh my god! Cik Izreen!” Terkejut sedikit dia dibuatnya apabila selebriti itu berada di hadapannya. Sejak dia masuk kerja tadi dia ada mendengar rakan-rakannya menyebut yang selebriti popular itu sedang berada di dalam hospital mereka, tetapi tidak sangka lah dia akan berjumpa depan-depan begini!

Izreen memberikan sebuah senyuman manis sebelum meneruskan soalannya.

“Errr, Cik Nurse… Saya dah boleh discharge kan?”

“Sekejap ya, saya kena check dulu.” Laju tangan jururawat itu bergerak untuk mencari maklumat yang dikehendakinya.

Apabila melihat jururawat itu sudah jumpa dengan apa yang dicari, senyuman Izreen semakin melebar. Tidak sabar rasanya dia ingin pulang ke rumah! Walaupun kepalanya masih terasa berdenyut, dia lagi rela pulang ke rumah daripada terpaksa menghadap lelaki yang paling dia benci itu!

“Maaf Cik Izreen, dalam record dekat sini doktor tak ada bagi apa-apa notis yang mengatakan cik dah boleh balik dan sekarang doktor Daniel belum masuk lagi, cik kena tunggu doktor sampai dulu.”

Berubah terus muka Izreen apabila mendengar kata-kata jururawat itu. Hesy, nampaknya doktor seorang itu memang mahu mencari gaduh dengannya. Nanti, tunggu! Siap dia!
“Bila dia nak masuk ni?” Soal Izreen tidak sabar.

“Emmm, tak lama dah cik… Sekejap lagi dia masuk. Hah, tu dia dia dah sampai… Panjang umur dia…” Jururawat itu meluruskan telunjuknya ke arah kanan. Serta-merta Izreen memalingkan mukanya ke arah yang ditunjukkan. Nampak kelibat Daniel berjalan ke arah mereka.

“Okey, terima kasih.” Tanpa menunggu lama, terus Izreen meninggalkan jururawat itu dan berjalan laju ke arah Daniel.

“Doktor, I dah sihat ni. I nak discharge sekarang.” Tanpa sebarang mukadimah Izreen terus menyerang Daniel.

“Siapa yang benarkan you turun katil ni?” Tidak mengendahkan apa yang Izreen pinta tadi, lain pula yang disoal Daniel.

“Hesy, jangan nak melencong boleh tak doktor? I dah sihat. Nampak ni! Sebab dah sihat lah boleh bangun dan jalan-jalan macam ni!” Kesabaran Izreen semakin menipis, manakala suaranya pula semakin meninggi.

“You balik bilik you, nanti I pergi check you dulu… Lepas tu baru kita bincang macam mana…” Arah Daniel dan terus berlalu, tidak mahu terus bertekak dengan Izreen.

Izreen semakin tidak puas hati apabila ditinggalkan begitu, laju kakinya melangkah mengejar langkah Daniel.

“Doktor! I cakap I nak keluar lah!” Separuh menjerit Izreen dibuatnya. Sudahlah dia sememangnya tidak suka pada Daniel, kini semakin memuncak lagi darjah kebenciannya pada lelaki itu!

“You ni faham arahan ke tidak? Memang lah you nampak sihat, tapi tak semestinya you dah betul-betul sihat. Dah, you balik bilik you dulu, nanti I datang!”

“Heee Doktor!!!” Kali ini bukan separuh menjerit seperti tadi, tetapi Izreen betul-betul menjerit. Habis dirinya menjadi perhatian orang-orang yang kebetulan berada berdekatan situ.

Tetapi Daniel langsung tidak mengendahkan jeritan Izreen itu, dia hanya meneruskan langkahnya tanpa langsung memandang ke belakang. Membuatkan Izreen bertambah bengang. Dengan perasaan tidak puas hati, dia berpusing ke belakang. Dia menghentak-hentakkan kakinya tanda protes.
*~*~*~*~*

Izreen yang sedang membelek majalah di atas katil itu menjeling Daniel yang berjalan masuk menghampirinya itu. Mulutnya dicebik-cebik tanda meluat.

“Cik Izreen… Saya nak check suhu badan cik…” Izreen hanya kembali tersenyum apabila suara jururawat yang bersama Daniel itu bersuara. Akhirnya dia akur dan membiarkan jururawat itu melakukan pemeriksaan ke atasnya.

So? I dah okey kan?” Selesai sahaja pemeriksaan ke atasnya, Izreen terus bertanya sinis pada Daniel.

Daniel tidak terus memberikan jawapan, dia menyelesaikan kerja menulis di atas laporan kesihatan Izreen terlebih dahulu. Kemudian perlahan-lahan baru lah dia mengangkat muka dan menumpukan perhatian pada gadis di hadapannya itu. Saat mata mereka bertembung, dia terus mendapat sebuah jelingan maut daripada Izreen. Amboiii! Bukan main lagi dia!

“Suhu badan you masih tinggi lagi Cik Izreen… Demam you tak kebah lagi ni, you tak boleh keluar.”
“Apa ni doktor… I rasa I dah okey tu okey dah lah! Badan I tak kan I tak tahu?” Protes Izreen lagi. Walaupun kepalanya masih sakit dan terasa pening-pening lalat, tetapi Izreen masih ada tenaga untuk bertekak dengan Daniel.

“Cik Izreen, orang yang sakit ni dia memang selalu tak mengaku dia sakit. I lebih tahu, so better cik ikut saja cakap I, okey?” Bicara Daniel itu lembut sahaja tetapi tepat menusuk ke hati Izreen. Badannya yang sememangnya panas bertambah panas dibuat Daniel.

“Kalau I balik, I rasa I boleh sihat lagi cepat sebab ramai orang boleh jaga I dekat rumah. You tahan I dekat sini pun macam lah you boleh pantau I 24/7!” Sinis Izreen bersuara. Siap buat memek muka sekali.

“Ooo… You nak I pantau you 24/7 ke? No problem, I boleh jaga you kalau you nak…” Selamba tutur Daniel membangkitkan lagi riaksi marah Izreen, sepantas kilat kepalanya dipalingkan menghadap Daniel dan menjeling lelaki itu tajam. Kalau lah matanya boleh mengeluarkan laser, rasanya memang sudah rentung badan Daniel dibuatnya.

“You jangan nak loyar buruk boleh tak doktor?!! You ni lah doktor yang paling annoying sekali I pernah jumpa!” Bengang Izreen sudah tidak tertahan lagi. Kepalanya yang sejak tadi terasa berpinar semakin pening akibat bertekak dengan Daniel. Rasa macam mahu sahaja dia baling muka kacak Daniel itu dengan Loubotin 5 inci dia!

“Hmmm… You pun apa kurangnya Cik Izreen…” Meleret sahaja bunyi suara Daniel, sengaja mahu membangkitkan lagi kemarahan Izreen.

“You lah pesakit yang paling annoying sekali I pernah jumpa!” Tambah Daniel selamba, mengulang semula ayat Izreen tadi.

Serta-merta, mata Izreen yang sedia bulat itu semakin membulat. Gigi diketap kuat, kedua-dua belah tangan sudah mengepal penumbuk, kalau lah Daniel tu berdiri dekat dengan dia…

Damn you doktor!!!” Selantang-lantangnya Izreen menghamburkan kegeraman di hati. Sudah tidak dipedulikan keadaannya yang masih tidak sihat itu dan statusnya sebagai public figure.

Jururawat di sebelah Daniel itu sudah terangkat sedikit bahunya mendengar jeritan lantang Izreen itu manakala Daniel pula masih mengekalkan riak selambanya, tidak terusik langsung dengan kemarahan Izreen itu.

“Eh, sayang… Are you okay? Kenapa ni?” Tiba-tiba satu suara yang datang daripada pintu bilik menarik perhatian semua di situ, menghentikan pertengkaran mereka tadi.

Melihat sahaja kelibat Datin Zahlea datang menghampiri mereka, Izreen sudah menarik muncung. Sebaik sahaja tubuh Datin Zahlea berada di sebelahnya, terus sahaja dia menerpa ke dalam pelukan mummynya.

“Kenapa ni Reen? Apa yang sampai terjerit-jerit ni? Kamu okey tak ni?” Bertalu-talu soalan yang keluar daripada mulut Datin Zahlea. Bimbang sungguh dirinya apabila anak kesayangannya itu sudah mula mahu menangis.

Sudah lah dia baru sampai daripada Singapura, tidak sempat apa-apa dia terus berkejar ke hospital. Sampai di hospital pula, dia terdengar anaknya menjerit-jerit begitu. Ibu mana yang tidak risau melihat keadaan anaknya begitu.

“Doktor, macam mana dengan anak saya ni? Dia tak apa-apa kan?” Datin Zahlea mengubah sasaran pada Daniel pula sementelah Izreen tiada tanda-tanda mahu menjawab soalan-soalannya tadi.

“Emmm… Macam ni puan, so far anak puan tak menghidap apa-apa penyakit berbahaya. Malam tadi dia cuma gastrik. Tapi saya terpaksa tahan dia di wad sebab dia over exhausted dan mengalami demam, dan suhu badan dia agak tinggi.” Dengan tenang Daniel menerangkan keadaan Izreen.

Mummy… Reen nak balik… Tak nak duduk wad…” Rengek Izreen manja. Dasar anak bongsu, memang terlebih manja lah dia ni.

So doc?” Datin Zahlea memandang Daniel, meminta penjelasan lanjut.

Daniel menggeleng-geleng sebelum bersuara. 

“Saya masih tak boleh benarkan dia balik, demam dia masih teruk dan suhu badan dia masih tinggi.”

“Dengar tu sayang… Just stay here okay… Dengar cakap doktor tu.” Nasihat Datin Zahlea sambil menepuk-nepuk bahu anaknya.

Mummy…” Izreen sudah mula merengek lagi. Sudah tidak kisah dengan jururawat yang masih berada di sebelah Daniel itu.

No sayang. You have to stay here! Kalau doktor benarkan pun, mummy tak akan benarkan Reen balik!” Kali ini Datin Zahlea bersuara tegas.

Akhirnya Izreen hanya mampu merengus kasar apabila permintaannya langsung tidak diendahkan Datin Zahlea. Dia terus merebahkan tubuhnya ke katil dengan kasar, protes lah tu…
Datin Zahlea mengucapkan terima kasih pada Daniel dan jururawat tadi dan mereka berdua terus berlalu, meninggalkan Izreen dan Datin Zahlea di situ.

“Ni abang kamu mana? Dari mummy sampai tadi mummy tak nampak batang hidungnya.” Soal Datin Zahlea tiba-tiba.

“Entahlah abang tu... Dia melencong mana entah? Pagi tadi dia balik rumah mandi, tapi sampai sekarang dia tak sampai-sampai lagi.” Dengan muncung yang masih panjang, Izreen menjawab juga.

“Hesy… Anak teruna seorang ni memang tak boleh diharaplah…” Datin Zahlea membebel mengenangkan anak lelakinya itu. Lain yang dijanji lain pula yang dibuatnya. Nanti apabila anaknya itu datang siap lah dia nak membebel sampai telinga Izzan bernanah!

*~*~*~*~*~*
                                                      ~Bersambung......~


9 comments:

  1. Replies
    1. sabar ye baby mio, Z update seminggu sekali je....
      Tunggu minggu depan pulak tau... Jangan lupa datang baca jumaat depan... :))

      Delete
  2. nak lagi..:D..nak tau ape jadi antara izleen dgn rayyan ..nak tau juga antara farah dgn izzan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sabar ye... minggu depan minggu depan... :)
      awak panggil rayyan ye, Z panggil dia Daniel.. hahaha
      punnn bolehh kann... :DD

      Delete
  3. weh.. kakak nak komen jugak boleh tak? *kalau tak boleh pun dh komen dh pun.... x kira... * >.>

    weh.... kakak suka IZZAN si musang ni~~~~~~~~~~~~!!!!!!!!!!!
    aku suka gila bila dia ckap:\_(・ω・`) bila masa bwk binatang besaq..
    hahahahahha rofl... bangang lah dia.. suka hati ja pggil binatang...

    then.. bila masa plak nm tukaq jd phenno?? bukan fino *dgn bunyi yg sedikit sengau* ka? hahahahaha

    i SHIP FARAH+IZZAN^^ mau bg nm couple apakah?

    ps: rerajin click iklan..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak dia ni pun sibuk nak komen jugakk... =_=!!
      emm saja tukaq nama dia, bagi jadi bunyi macam perkataan science sikit... :DD hahahaha...

      Delete
    2. yaka science, sama ja aku rasa.. -____-lll
      - kakak

      Delete
    3. hg tak tau ada satu istilah science, phenotype... istilah biology... hehehee...
      :DDD

      Delete
    4. aku tak blajaq bio!! -_____-lll ak amek lukisan kejuruteraan!! tak tau *gaya rafidah dlm pisau cukur*

      Delete