Followers

Thursday, October 18, 2012

[Ikatan Cinta Kita] 05

Salam semua... :) Hari ni Z rasa excited sangat... Rasa macam nak update awal2 tadi je.. heehehe.. :DD tapi kena tunggu after 12 lah kan walau macam mana punn... So hope korang enjoy laaa tauuu... :DDD


.:05:.

Farah yang sebelum ini lemas kerana perjumpaaan yang tidak disengajakan dengan Izzan, kini makin lemas dibuatnya dengan kerenah lelaki itu yang tidak sudah-sudah mengganggunya. Dalam hari ini saja, sudah lebih 5 kali Izzan berjumpa dengannya untuk mengajaknya keluar bersama.  Dan setiap kali Izzan datang menemuinya pasti Farah mencari alasan untuk mengelak dan melarikan diri. Sumpah dia malu saat ini kerana setiap kali Izzan mencarinya, ada sahaja staf yang nampak. Selepas ini pasti perkara ini akan menjadi bualan mereka.

Farah sudah naik buntu dengan sikap Izzan yang tiba-tiba saja berubah mesra dan beriya-iya mengajaknya keluar. Mengapakah kini Izzan tidak berhenti-henti mengejarnya? Di manakah gadis-gadis yang selalu mengelilingi lelaki itu? Sudah bosankah Izzan dengan mereka semua sehinggakan dia juga menjadi sasaran Izzan?

Tatkala Farah menggilai Izzan suatu masa dahulu, lelaki itu tidak pernah menghargainya. Kini mengapakah pula lelaki itu seperti sangat berminat terhadapnya? Jika dulu Izzan bersikap seperti ini pastinya Farah adalah manusia yang paling gembira dan bahagia, namun kini Farah hanya berasa rimas sahaja dengan keletah Izzan.

Nampaknya Farah akan terus-terusan resah seperti semalam. Ini semua gara-gara Izzan! Tidak boleh jadi begini! Dia tidak boleh membiarkan lelaki itu terus mengacau bilaukan perasaannya. Persetankan dengan lelaki itu. Janji jangan layan sudah!  

Malas sudah dia mahu memikirkan pasal lelaki seorang itu, sekarang ini ada benda yang lebih menarik yang ingin dia tahu. Terus langkah kaki Farah dilencongkan ke arah bilik wad Izreen.

*~*~*~*~*~*
Izreen berbaring dengan wajah masam, geram dalam hatinya masih belum bisa luntur lagi. Dia ditinggalkan berseorangan lagi selepas mummynya balik ke rumah untuk berehat. Abangnya turut keluar kerana katanya dia mempunyai hal yang penting untuk diuruskan.

Entah apalah yang diuruskan abangnya itu, sejak pagi tadi dia kelihatan aneh sahaja. Tadi semasa dimarahi mummy mereka kerana dia tidak menemani Izreen, dan semasa mummy mereka bertanya ke manakah abangnya itu pergi, Izzan hanya tersenyum-senyum  sahaja tanpa memberikan sebarang jawapan yang pasti.

Izreen membelek-belek surat khabar yang baru dimintanya daripada jururawat sebentar tadi. Hatinya yang terbakar sejak pagi tadi terasa semakin meluap-luap apabila membaca tajuk berita yang terpampang di dada akhbar itu.

“IZREEN ZAHNITA PENGSAN KERANA PUTUS CINTA”

Amboi! Pandai betul pihak media massa memanipulasikan kebenaran. Makin berasap Izreen ketika membaca artikel itu yang memuatkan pengakuan pengurus Aiman, seorang artis lelaki yang sememangnya selalu digandingkan dengannya sebelum ini.

Sejak dua tiga menjak ini memang sudah heboh tentang hubungan mereka di dada-dada akhbar, ramai yang mempersoalkan status hubungan mereka. Tetapi hakikat yang sebenarnya, mereka memang langsung tiada apa-apa hubungan!

Izreen melemparkan surat khabar tersebut sekuat hati dan laju mengambil telefon bimbit di atas meja dan menelefon pengurusnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Surat khabar yang melayang itu jatuh betul-betul di hadapan Daniel yang kebetulan lalu di hadapan bilik Izreen. Kuat betul balingan orang sakit ni sampai ke keluar bilik surat khabar itu melayang! Lantas dia mengutip surat khabar itu dan membaca artikel tersebut. Dia terpaku di situ setelah membaca artikel tersebut.

Farah yang baru sampai di situ menyergah Daniel yang sejak tadi terpaku di situ. Terlepas kembali surat khabar yang berada dalam pegangannya jatuh ke lantai semula.

“Kau ni kenapa tercegat dekat sini? Kenapa tak masuk aje?” Tanya Farah sambil memungut surat khabar yang jatuh daripada pegangan Daniel tadi.

“Hmmm… Tak ada apa-apa lah. Eh, kau nak masuk kan, masuklah… Aku baru teringat yang aku ada kerja. Pergi dulu.” Pantas Daniel berlalu tanpa sempat Farah bertanya lanjut.

Farah hanya boleh memandang sahaja kelibat Daniel yang terburu-buru berlalu dari situ. Pelik juga dengan tingkah laku rakannya itu. Dengan akhbar ditangannya, Farah melangkah masuk ke dalam bilik Izreen.

“Reen… Kau kenapa ni? Sakit lagi ke?” Farah pantas bertanya setelah melihat Izreen yang berbaring di katil dengan muka yang masam.

“Ha’ah... Memang sakit pun. Sakit hati!” Izreen menjawab dengan nada marah yang jelas.

“Sakit hati? Dah kenapa kau ni? Demam kau dah okey dah?” Tanya Farah prihatin bercampur dengan rasa hairannya.

“Tu newspaper yang kau pegang tu… Wartawan tu suka hati je nak tulis bukan-bukan pasal aku. Kurang ajar betul.” Marah sungguh Izreen. Sudah lah marahnya pada Daniel tadi belum surut lagi, sekarang ada pula berita yang makin menambah sakit hatinya.

“Hmmm, kau ni betul-betul ke ada hubungan dengan Aiman tu? Aku dah lama nak tanya tapi asyik lupa pula.” Farah bertanya sambil matanya tidak lepas daripada dada akhbar yang berada di tangannya, tekun membaca isi kandungan artikel berkenaan gosip yang melanda rakannya itu.

Kalau tidak silapnya, sudah beberapa minggu berita tentang hubungan Izreen dan Aiman disiarkan di surat khabar tempatan. Tertanya-tanya juga dia akan status mereka berdua itu.

“Tak ada maknanya… Aku rapat dengan dia sebab rancangan tu je okey! Aku tak pernah pun cakap aku setuju nak jadi girlfriend si Aiman tu. Fine! Memang lah dia ada pikat aku, tapi aku tak pernah say yes okay... So maknanya kami tak ada hubungan!” Separuh menjerit Izreen bersuara.

“Okey… Then kenapa pula manager Aiman tu boleh mengaku dekat wartawan yang kau putus cinta dengan Aiman tu?” Soal Farah lagi.

“Hah... Itu satu lagi yang kurang ajar! Pandai-pandai je buat kenyataan bukan-bukan... Hesy! Geramnya aku!” Izreen merampas kembali akhbar yang berada di tangan Farah itu dan meramas-ramaskan surat khabar itu seolah-olah ia adalah pengurus Aiman.

“Hmmm... Kau sabar aje lah Reen... Mulut orang ni kita tak boleh nak control. Dia orang boleh cakap apa sahaja yang dia suka. Jangan lah marah-marah macam ni, karang bertambah sakit nanti kau juga yang merana. Tak berbaloi!” Pujuk Farah.

Farah turut bersimpati dengan nasib rakannya itu. Itulah bayarannya jika menjadi orang terkenal seperti Izreen. Ada sahaja orang yang tidak berpuas hati dan ingin menjatuhkan reputasinya. Sudah menjadi lumrah dalam dunia hiburan, gosip itu seperti itu sudah sebati dalam hidup seorang anak seni.

“Weh, ni aku nak tanya kau benda ni… Tapi jangan mengamuk dekat aku pula!” Awal-awal Farah memberi amaran terlebih dahulu, bukan dia tidak tahu panas baran si Izreen ini bagaimana!\

“Apa benda kau ni? Nak tanya apa?”

“Kau ni dah kenapa yang nak sangat keluar hospital ni? Tak sedar diri ke yang diri tu masih sakit? Siap boleh bergaduh dengan doktor lagi?” Farah akhirnya mengeluarkan soalan panas yang telah menular ke seluruh hospital ini. Kes Izreen Zahnita bergaduh dengan Doktor Daniel!

“Kalau doktor lain mungkin aku boleh compromise, tapi bukan dia okey! Not in millions years!” Bentak Izreen tidak puas hati.

So yang kau sampai boleh bertekak dengan dia tu sebab dia tu Daniel lah?” Duga Farah lagi.

“Sebab dia tu mulut macam longkang! Bengang aje bila fikir balik! Hurgh!” Laju mulut Izreen menjawab.

“Weh, kenapa kau marah sangat dengan dia ni? Setahu aku… Hmmm, ada benda yang aku tak tahu ke ni?” Soal Farah ingin tahu. Sengaja dia tidak mahu menghabiskan ayatnya kerana takut Izreen mengamuk lebih teruk lagi.

“Hmmph! Malas aku nak cerita! Nanti-nanti lah aku cerita dekat kau!”

Akhirnya Farah hanya mampu mengangkat bahunya sahaja, dia tidak akan faham kalau Izreen tak bercerita. Tak apa lah, nanti-nanti pun boleh… Nanti ada pula yang bertambah sakit nanti, dia juga yang susah…

*~*~*~*~*~*

(flashback)

“Woi… Cepatlah... Bus jalan pukul empat tau tak?” Daniel menggesa Aizzat yang terkocoh-kocoh itu.

            “Ya... Aku tengah cepat lah ni. Kalut sangat pun kau ni...” Balas Aizzat sambil berlari-lari untuk mengejar langkah Daniel yang besar itu.

            Hari ini, adalah hari pembebasan bagi Daniel. Akhirnya mereka bebas daripada minggu orientasi yang dirasakan tidak ubah seperti kem tentera itu! Walaupun cuti mereka hanya sehari sahaja, tetapi itu bukan halangan untuk mereka pulang ke rumah masing-masing! Katil empuk dan masakan ibu di rumah sudah memanggil-manggil. Dia perlukan semua itu untuk mengembalikan kekuatan mental dan fizikalnya untuk terus berjuang di kolej ini kelak!

            Masuk sahaja ke dalam bas, Daniel terus mengambil tempat di bahagian depan sekali. Itu sahaja pun yang kosong! Siapa suruh lambat kan? Daniel bersandar selesa di kerusi, tetapi dia terasa seperti diperhatikan, membuatkan keselesaanya terbang pergi. Dia berpaling ke tepi dan perasan yang gadis di seat sebelah sedang merenungnya tajam. Dia kembali merenung badan sendiri, baju yang dipakainya pelik kah hari ni? Rasa macam tak pun? Hati Daniel tertanya-tanya sendiri. Ahhh, malas memikirkan benda yang dia tidak pasti, dia menutup matanya rapat, badannya yang letih perlukan rehat!

            Setelah sejam setengah, akhirnya bas yang dinaikinya sampai juga di destinasi yang dituju. Semua pelajar-pelajar turun dengan tidak sabarnya kerana teruja ingin pulang ke rumah masing-masing. Daniel membiarkan pelajar-pelajar lain turun dahulu daripada bas tersebut. Malas dia mahu berhimpit-himpit dengan mereka yang lain. Setelah keadaan sudah kurang sesak, barulah Daniel menggalas begnya dan turun daripada bas itu. Dia berjalan ke tepi jalan untuk menunggu ibunya datang mengambilnya.

Tiba-tiba Daniel terpandangkan seorang gadis yang sedang berlari-lari anak menuju ke arah kereta Honda Civic yang sudah terpakir di seberang jalan sana. Kalau tidak silapnya, gadis itulah gadis yang sama yang memandangnya sebentar tadi. Dia tidak perasan pula wajah gadis itu, tapi Daniel mengingati baju kurung biru yang dipakai gadis itu.

Daniel terus memandang, dia ingin melihat dengan jelas rupa gadis tersebut. Namun, sungguh dia terpana tatkala terlihat wajah gadis tersebut. Wajah gadis itu amat comel, kulitnya putih bersih, seperti gadis Cina pun ada.

Dia tiba-tiba terasa jantungnya mula berdegup tidak tentu arah, rentaknya tidak kena! Anehnya perasaannya itu. Mata Daniel tidak lepas daripada memandang gadis itu.

“Woi... Apa yang kau pandang tu?” Aizzat tiba-tiba menyapa Daniel. Entah bilalah dia berada di situ, tidak pula Daniel perasan.

Daniel terus memandang gadis itu dan tidak berminat langsung mahu menjawab pertanyaan rakannya itu. Dia melihat gadis itu menghampiri seorang wanita anggun yang baru keluar daripada kereta Honda Civic tersebut. Gadis itu menyalam hormat tangan wanita itu dan memeluknya erat. Mungkin itu adalah emak gadis itu, tekanya di dalam hati.

 Setelah mereka meleraikan pelukan, datang pula seorang remaja lelaki menghampiri mereka. Dia juga melakukan perkara yang sama terhadap wanita itu. Siapa pula remaja lelaki itu? Pada waktu yang sama Daniel terasa seperti perasaan cemburu terbit di sudut hatinya. Lelaki itu pun kacaknya bukan main. Aizzat yang tidak menerima sebarang balasan daripada Daniel turut melemparkan pandangannya ke arah yang sama.

“Yang kau asyik pandang Izzan tu kenapa?” Aizzat bertanya hairan.

“Kau kenal ke budak lelaki tu?” Daniel bertanya pula. Intonasi suaranya kedengaran seperti orang yang tidak berpuas hati sahaja.

“Kenal. Dia tu Syed Izzan Zhariff. Hari tu aku satu group dengan dia masa orientasi.” Aizzat menjawab pertanyaan Daniel. Pelik juga dia dengan Daniel yang tiba-tiba berubah masam itu.

“Dia tu budak sini ke? Sebelum ni tak pernah jumpa pun?”Daniel bertanya lagi.

“Oh... Tak lah, kalau tak silap aku dia tu budak Penang. Hari tu dia bagitahu aku dia naik bas ni sebab mak dia kebetulan ada dekat sini, mesyuarat. So dia pun turun dekat sini je lah.” Aizzat menjelaskan lagi.

“Tu mak dia ke? Then budak perempuan tu siapa pula?” Tidak habis-habis soalan yang keluar daripada mulut Daniel.

“Hmmm... Tu adik kembar dia. Nama tu aku tak tahu lah pula, tak pernah diberitahu pun…” Ucap Aizzat lagi, nada suaranya nakal sekali.

Okey, patut pun Daniel menyoalnya dengan bermacam-macam soalan seperti lagak seorang penyiasat sahaja, ada hati yang sudah terpaut rupanya. Aizzat tersenyum sendiri.

“Oh... Kembar…” Daniel bersuara perlahan. Malu juga dirasakan kerana telah tersalah sangka dengan abang kembar budak perempuan itu dan paling dia terasa malu adalah kerana tiba-tiba sahaja dia cemburu disebabkan oleh seorang budak perempuan yang dia langsung tidak kenal. Pipinya terasa hangat dan merah.

Seraya itu, kereta Honda Civic yang dipandu oleh remaja lelaki itu hilang dari pandangan Daniel. Tetapi bayangan gadis itu tetap melekat utuh di dalam minda Daniel. Dia tersenyum sendiri. Ini kah yang orang kata, love at first sight?

*~*~*~*~*~*

Daniel tersentak ketika telinganya mendengar bunyi kerusi ditarik. Dia mengeluh berat. Daniel terkenangkan waktu di mana dia pertama kali berjumpa dengan Izreen. Sejak semalam, satu demi satu kenangannya bersama Izreen terlayar kembali di ruang mindanya.

Satu lagi keluhan keluar dari mulutnya. Tadi selepas berlalu dari bilik Izreen, Daniel duduk berseorangan di kafeteria. Melihat reaksi Izreen yang begitu marah seperti itu setelah membaca artikel di surat khabar tersebut, dia tidak dapat menahan dirinya daripada terus memikirkan perkara tersebut. Entah-entah Izreen masih lagi mempunyai hubungan dengan artis lelaki itu, jika tidak mengapakah Izreen mahu mengamuk sakan seperti itu?

Walaupun pada luarannya Daniel nampak seperti tidak terkesan langsung dengan tindakan Izreen yang selalu berkasar dengannya, tetapi hakikatnya dia tidak menafikan yang hatinya sebenarnya terluka. Izreen seolah-olah sengaja mahu mencari gaduh dengannya setiap masa. Dan yang paling menyakitkan hati adalah kerana dia langsung tidak tahu menahu mengapa Izreen bersikap seperti itu.

“Ehhh... Korang tahu kan yang Izreen tu masuk hospital ni?” Bicara seseorang yang duduk di belakangnya itu menarik perhatian Daniel. Lantas dia tersedar daripada lamunannya tadi.

Tiba-tiba dia berminat untuk mendengar perbualan sekumpulan jururawat-jururawat yang duduk di meja belakangnya kerana dia terdengar nama Izreen disebut mereka. Dia memasang telinga untuk mendengar butiran bicara mereka.

“Ha’ah... Tahu. Weh... Tadi aku baca paper, aku nampak dalam tu tulis yang dia pengsan sebab putus cinta dengan Aiman, betul ke?” Terdengar lagi suara seseorang menjawab.

“Huh, tak ada lah… Paper tu tipu aje. Korang nak tahu tak… Sepupu aku kerja jadi makeup artist dekat stesyen televisyen yang Izreen kerja tu, dia cakap Aiman tu yang terhegeh-hegeh hendakkan Izreen, padahal dia tak teringin langsung dekat Aiman tu.” Panjang lebar satu suara menjelaskan.

“Hah? Aiman yang handsome tu pun dia tolak?” Satu suara pula mencelah.

“Yelah… Kau tak tahu lagi Izreen tu dulu bercinta dengan siapa…” Pantas suara tadi berkata.
“Siapa? Siapa?” Bersatu suara mereka bertanya.

“Kalau korang nak tahu, Izreen tu sebenarnya ada hubungan dengan Joel Wu tau tak…” Ujar suara tadi.

“Hah? Joel Wu yang artis Korea-Taiwan tu?” Satu suara menjawab dengan suara yang agak terkejut.

“Kau ni biar betul Zila? Tak kan kut..? Joel tu kan artis popular, artis luar negara tu…”

“Betul lah, sepupu aku yang cakap. Info dia ni sangat boleh dipercayai tau… Cuba korang fikir, Izreen tu kan selalu je buat liputan kalau ada mana-mana artis luar negara yang datang Malaysia ni… Lebih-lebih lagi artis negara-negara Asia. Kan ke dia pengacara rancangan Music Asia tu.”

“Lagipun Joel tu kan selalu je datang sini, tiap-tiap kali pun jumpa Izreen. Kiranya logik lah kalau dia bercinta dengan Izreen tu. Izreen tu pun bukan biasa-biasa cantik dia, putih melepak macam anak patung, pandai cakap Cina pula tu, so tak hairankan kalau Joel boleh tersangkut?” Tambah jururawat yang bernama Zila itu.

“Hmmm... Joel tu pun orang Taiwan, tapi popular dekat Korea, dia terpikat sebab Izreen tu pun macam Cina kut?” Satu suara berkata.

“Wahhh… Untungnya Izreen tu kan? Dah lah cantik, dapat pula Joel yang handsome tu jadi boyfriend dia.” Seorang lagi bersuara.

“Kalau aku pun aku pilih Joel tu daripada Aiman… Betul tak?” Zila berkata lagi. Yang lain pun turut bersetuju dengan kata Zila.

“Ehhh... Korang pernah jumpa tak dengan Izreen tu?” Tanya salah seorang daripada mereka.

“Semalam aku yang ikut Doktor Daniel masa check Izreen, dia tu baik sangat, tak menyombong langsung macam sesetengah artis tu. Tapi aku pelik lah, dia layan orang lain baik je, tapi dengan Doktor Daniel dia macam dingin semacam… Kenapa eh?”

“Weh kau tak tahu lagi, tadi dia siap bergaduh dengan Doktor Daniel kut! Menjerit-jerit dia bengangkan Doktor Daniel.” Seorang lagi daripada mereka memberi informasi terbaru.

“Serius aa?” Serentak suara mereka bergema, tidak percaya.

Daniel sudah mengeluh perlahan. Begitu cepat gosip tersebar keluar kan? Maju sungguh sistem gosip di hospital ni, hangat, pantas dan tak pernah terlewat!

“Kalau tak salah aku Doktor Farah dengan Izreen dulu pernah belajar dekat tempat yang sama. Maybe lah Doktor Daniel pun belajar sekali dengan dia orang. And mungkin juga Izreen dengan Doktor Daniel ada salah faham apa-apa tak?” Satu suara berkata, cuba merungkaikan konflik perhubungan di antara Daniel dan Izreen.

Akhirnya Daniel bangun. Sudah malas mahu mendengar perbualan yang hanya menyakitkan hatinya sahaja. Salah faham apa sahaja pun yang berlaku antara mereka? Zaman kolej dulu bukannya mereka pernah ada hubungan rapat sampai boleh ada salah faham? Sungguh dia tidak faham!

Jika tadi tahap keyakinannya masih ada lebih kurang sepuluh peratus, namun kini selepas mendengar perbualan jururawat-jururawat itu, keyakinannya terus jatuh ke tahap kosong.

Artis luar negara yang popular juga boleh jatuh cinta dengan Izreen, dan Aiman yang pada pandangannya cukup tampan itu pun tidak dapat mencuri hati Izreen, inikan pula Daniel. Baik dia lupakan sahaja niat hatinya yang ingin mendekati Izreen semula. Izreen yang sekarang bukan lagi seperti Izreen yang dahulu lagi. Mungkin untuk mendapatkan pangkat kawan kepada Izreen pun Daniel sudah tidak layak!

*~*~*~*~*~*
                                                           ~Bersambung.....~

Jangan lupa komen tauu... :DD Terima Kasih.. :)


6 comments:

  1. best dek ur story...n akak suke kalu izleen n daniel leh go no dek........n nk gggggg cepat sambung yerrrr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak norihan... :) haahahaha sukanya bila org suka baca novel saya... weeeeeeee... bahagia... :DD

      Delete
  2. KAKAK NK KOMEN JUGAK~~~~~~~~ ^^
    Kakak suka izzan...rupa dia drive mesti seksi *sengih no end*

    pastu... ni nak habaq, gossip bukan eja gosip ja ka dlm BM, satu S ja. OK tau auto correct kan? bg betul balik la.. lau xtau tgk kamus dewan.

    OK tau, hg nk kata : aku mn ad kamus dewan *dgn suara annoying mcm acu*

    ㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋ

    ps: ap kata nnt hg cecepat bg siap novel ni. br kakak bersemangat nk baca.. ^^ izzzzzzzaaaannnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. boooo tak leh blahh nak suruh org siapkan cepat2 sebab hg yg nak baca... hahahaha... apalah.. hg siapkan cita airyl luu dowhh... nak baca gakk... :) selalu sibuk laa sekarang, then bila dah berenti tulis for a long time mesti susah nak sambung balik... haizzz.. =_=!!

      Delete
    2. Airyl muncul jgk dlm chap42 haha...
      mmg pun susah, sbb tu kalau boleh xleh berenti lgsung.. nnt susah nk smbung.. *nmpk beno x professional nye..tp..cite bkn novelist, mmg lah x pro kan..kuikuikui*

      Delete