Followers

Thursday, November 1, 2012

[Ikatan Cinta Kita] 07

Salam semua... hahahaha hari nie mood Z sangat baikkkk.... ini adalah kerana duit sudah masukk account maaaa... hehehehe.... gelak suka dari siang tadi lagi... :DDDD
Haaa, ni update baru ICK... Selamat Membaca....!! :)


*muka bengang Izreen marahkan Izzan* 
Hahahaha



.:07:.

Izreen menghenyakkan tubuhnya di atas sofa di ruang tamu. Dia sengaja membiarkan abangnya mengangkat begnya. Hatinya masih mendongkol geram kerana abangnya meninggalkan dia di tengah-tengah terik mentari tadi. Kalau tidak, tak adanya dia jumpa lagi dengan Daniel yang menjengkelkan itu lagi.

“Anak mummy ni kenapa? Balik-balik hospital je muka masam mengalahkan asam kelubi…” Soal Datin Zahlea setelah melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan Izreen.

“Tu abang tu lah… Menyakitkan hati Reen je… Mummy tahu tak tadi dia boleh tinggalkan Reen kat tengah-tengah panas?” Izreen menghamburkan ketidakpuasan hatinya. Memang lah marah Izzan, tapi sebenarnya lebih marahkan Daniel. Tapi balik-balik Izzan juga yang jadi mangsa.

“Hah? Kenapa pula abang tinggalkan Reen dekat tengah-tengah panas?” Tanya Datin Zahlea. Patut pun muka anaknya itu kemerah-merahan seperti udang kena bakar. Wajah Izreen yang putih melepak itu pasti sahaja akan kemerah-merahan jika berjemur di bawah panas matahari.

“Entah… Dia buat apa entah… Pergi jumpa girlfriend dia lah kut? Dah siap pegang bunga segala. Hah… Tu abang tu, mummy pergilah tanya dia sendiri.” Izreen segera bangun dan melangkah ke biliknya di tingkat atas setelah melihat kelibat abangnya melangkah masuk ke dalam rumah. Marahnya masih bersisa. Dia perlu menenangkan diri sebelum abangnya menjadi mangsa lagi.

Datin Zahlea yang mendengarkan bicara anaknya tentang teman wanita abangnya itu terus berasa teruja. Dia memang teringin sangat melihat anak lelakinya itu pula bersanding. Lagipun rumah mereka pun sudah lama tidak menyambut menantu. Selepas anak sulungnya, Sharifah Izleen Zahrita berkahwin, dia memang kepingin untuk menyambut menantu perempuan pula. Sekarang ini memang masa yang sesuai untuk anak lelakinya itu menamatkan zaman bujangnya.

Sungguh, dia bersyukur sangat jika benar hati anaknya itu sudah terbuka untuk mendirikan rumah tangga. Apa yang mahu ditunggunya lagi? Jika dia memberikan alasan mahu mengukuhkan kerjayanya, rasa-rasanya kerjaya Izzan sebagai juruterbang itu memang sudah sedia kukuh. Jika alasan mahu mengukuhkan kewangan, lagi lah Datin Zahlea tidak boleh terima. Keadaan kewangan Izzan memang sudah terlebih kukuh. Selain mendapat gaji berpuluh ribu daripada kerjaya juruterbangnya, Izzan juga menerima duit yang banyak setiap tahun kerana anaknya itu juga salah seorang pemegang saham di syarikat mereka. Ketika anak-anak mereka sudah genap umur 21 tahun, suaminya telah memberikan 10% saham syarikat seorang kepada ketiga-tiga anak mereka.

Jika ikutkan rukun nikah, memang anaknya itu sudah terlebih layak untuk berkahwin. Jadi kali ini Izzan memang tidak dapat melarikan diri lagi jika dia mahu anaknya itu menamatkan zaman bujangnya. Umur pun sudah lanjut, mahu tunggu bila lagi?

“Reen tu kenapa mummy? Marah lagi ke?” Izzan bertanya seraya duduk di sebelah mummynya.

“Tak ada apalah budak tu… Biarkan je, kejap lagi sejuk lah tu.” Datin Zahlea sudah tidak memikirkan anak perempuannya yang seorang itu. Dalam kepala otaknya masih teruja memikirkan anak lelakinya itu sudah mempunyai teman wanita. Baginya perkara ini lagi penting daripada rajuk anak perempuannya itu.

Izzan yang mendengar bicara mummynya itu menjungkitkan keningnya. Pelik benar mummynya hari ni. Selalunya jika dia menaikkan kemarahan adiknya itu, pasti mummy juga akan memarahinya. Setahunya mummynya memang memanjakan adiknya itu, jika mereka bergaduh, mummynya pasti akan berdiri disebelah Izreen. Kadang-kadang cemburu juga Izzan dibuatnya.

Izzan pantas melekapkan tangannya di dahi mummynya.

“Hmmm… Tak panas pun?” Izzan berkata selepas menjatuhkan tangannya daripada dahi mummynya.

“Hesy! Kamu ni kenapa? Bila masa pula yang mummy cakap mummy demam?” Marah Datin Zahlea, laju sahaja tangannya menampar bahu anak lelakinya itu.

“Yelah… Dah hari ni mummy tak sebelahkan Reen tu... Ingatkan mummy dah berjangkit demam Reen tadi.” Ucap Izzan sambil ketawa.

“Hesy! Kamu ni kan… Bila lah nak nak serius, tak habis-habis nak main-main. Agaknya mummy kena kahwinkan kamu cepat-cepat kut baru kamu nak matang?” Datin Zahlea berkias.

Mati ketawa Izzan apabila mendengar mummynya menyebut tentang kahwin. Lantas dia teringatkan Farah. Daripada semalam dia mencuba untuk mengajak  Farah untuk keluar bersama, tetapi pelbagai alasan yang diberikan untuk mengelak. Dia juga tidak tahu mengapakah Farah bersikap begitu. Adakah Farah marahkannya kerana sudah lama mereka tidak berhubung? Dia juga buntu.

Oleh sebab itu lah dia membelikan Farah sejambak bunga, dengan harapan yang gadis itu akan terpujuk. Alih-alih Farah sedang bertugas dan dia tidak dapat meyerahkan bunga itu dengan tangannya sendiri. Dia berharap yang bunga itu akan sampai ke tangan Farah dan Farah akan gembira apabila menerima bunga itu.

“Hei… Kamu dengar tak apa yang mummy cakap ni? Boleh pula dia termenung masa kita cakap dengan dia.” Datin Zahlea membebel dengan sikap anaknya yang suka saja mengelak apabila dia membuka cerita pasal kahwin.

‘Nak kahwin macam mana kalau bakal menantu mummy tu tak layan Izzan mummy oiii…’ Izzan berkata dalam hatinya. Pandai-pandai sahaja dia melabel Farah itu miliknya, bakal menantu mummynya.

Itulah sikap Izzan. Jika dia sudah menetapkan suatu perkara, dia pasti akan melakukannya. Jika dia mahukan sesuatu, pasti tidak akan terlepas dari genggamannya. Nampaknya dalam kes Farah ini pun Izzan bersikap sama seperti itu.

Mummy dengar Reen cakap yang tadi kamu bawa bunga jumpa girlfriend eh? Hahaha… Akhirnya anak mummy ni dah ada girlfriend, bagus-bagus… Dapat juga mummy menantu perempuan yang mummy idamkan selama ini…” Ujar Datin Zahlea dengan gembira sekali sambil menepuk-nepuk bahu Izzan.

“Si Reen ni memang tak pandai nak simpan rahsia betul lah…” Izzan akhirnya bersuara perlahan, tetapi nada tidak berpuas hatinya tetap terserlah.

“Alah… Apalah yang nak disorokkan Izzan oiii! Menantu mummy juga kan?” Datin Zahlea berkata riang.

“Hmmm… Now tell me… Siapa gadis bertuah tu? Tak pernah cerita pun kat mummy sebelum ni?” Datin Zahlea tidak sudah-sudah lagi dengan soalannya.

“Alah mummy… Izzan tak nak lah kecoh-kecoh. Nanti dah confirm barulah Izzan bagitahu.” Izzan akhirnya menjawab.

“Hmmm… Okey, okey… Mummy tak tanya dah. Tapi pastikan kali ni betul-betul jadi ye…” Datin Zahlea bersuara sebelum mengangkat punggungnya dan berlalu ke dapur dengan hati yang riang.

Of course mummy… Izzan akan pastikan kali ni jadi walau apa pun yang terjadi…” Tekad Izzan dalam hatinya sambil tersengih.
*~*~*~*~*~*

“Wahhh… Ada peminat nampak Cik Nani! Siap dapat bunga lagi.” Seorang jururawat menegur rakannya. Farah hanya tersenyum sahaja mendengar bicara mereka. Keadaan di hospital ini sentiasa kecoh dan meriah. Jika bukan kerana teletah pesakit-pesakitnya, jururawat-jururawat di situlah yang selalu memeriahkan keaadan. Ada saja keletah mereka setiap hari. Farah ligat menulis laporannya tanpa mempedulikan mereka.

“Ini bukan aku punya. Aku tak ada lah peminat handsome plus romantik macam doktor Farah kita ni…” Ucap jururawat yang bernama Nani itu seraya menyerahkan jambangan bunga yang besar itu ke tangan Farah.

Tersentak Farah ketika Nani menghulurkan bunga itu kepadanya. Dia tidak dengar apa yang diperkatakan Nani sebentar tadi kerana terlalu khusyuk melakukan tugasnya. Farah terpinga-pinga. Tidak pula dia menyambut jambangan bunga yang dihulurkan, malah dia membuat muka pelik sambil memandang Nani.

“Kenapa pula awak bagi bunga ni kat saya” Farah bertanya pelik.

“Lah… Doktor ni tak dengar ke apa yang saya cakap tadi? Khayalkan abang yang bagi bunga ni ke?” Sakat Nani.

“Errr… I’m sorry. Saya tak dengar apa yang awak cakap tadi sebab saya khusyuk buat report ni tadi.” Jelas Farah, tidak mahu mereka berfikir bukan-bukan.

“Nani cakap… Ada peminat doktor yang handsome lagi romantik hadiahkan doktor bunga ni.” Seorang jururawat lain yang turut berada di situ bersuara pula.

What? For Me? Siapa yang bagi?” Farah bertanya lagi seraya tangannya mengambil jambangan bunga itu. Dia membelek-belek bunga tersebut mana tahu ada terselit apa-apa kad di situ.

“Ha’ah… Untuk doktor lah. Tak kan untuk saya pula? Saya ni mana ada peminat…” Ujar Nani bersuara lirih.

“Siapa yang bagi doktor? Ada kad ke apa-apa tak?” Kawan Nani tadi bersuara lagi.

“Entahlah… Dia tak ada selitkan kad pula.” Ucap Farah setelah tidak menjumpai apa-apa kad terselit di situ.

“Awak kenal siapa yang bagi bunga ni Nani?” Tanya Farah pada Nani.

“Hmmm… Dia tak pula bagitahu nama dia. Tapi kalau tak silap saya, selalu jugalah saya tengok dia dekat hospital dua hari ni.” Jelas Nani.

“Siapa eh?” Otak Farah diputarkan untuk mencari jawapan.

“Hah! Saya rasa saya tahu. Emmm… Saya selalu nampak dia masuk bilik Cik Izreen Zahnita. Lelaki yang asyik jumpa doktor semalam tu.” Nani teringatkan yang lelaki itu lah yang selalu menemani Izreen sepanjang dua hari dia di hospital ini.

Terkejut Farah apabila mendengar kata-kata Nani itu. Terpana dia sekejap!

Lelaki yang selalu masuk bilik Izreen dan lelaki yang selalu jumpa dia semalam adalah Izzan! Dia amat yakin kerana kedua-dua ciri yang disebut oleh Nani tadi sememangnya merujuk kepada Izzan. Tetapi yang dia pelik, apakah tujuan Izzan menghadiahkannya jambangan bunga ini? Buang tabiat ke apa Izzan tu?

“Siapa lelaki tu doktor?  Apa hubungan dia dengan Izreen?” Nani bertanya pula.

Farah tidak memberikan respon ke atas soalan Nani itu. Otaknya masih lagi ligat memikirkan tujuan Izzan menghadiahkannya jambangan bunga tersebut.

“Doktor… doktor… Are you okay? Kenapa diam je ni?” Tanya Nani sambil tangannya digawang-gawangkan di hadapan Farah.

“Hah? Oh, Ya…Ya… Saya okey. Hmmm, apa awak tanya tadi?” Soal Farah sedikit tersentak dengan tindakan Nani itu.

“Saya tanya apa hubungan lelaki tu dengan Izreen Zahnita? Doktor ni asyik berangan je lah hari ni.” Nani berkata sambil tergelak.

“Oh… Dia tu abang Izreen. Abang kembar dia.” Jelas Farah, langsung tidak tercuit dengan gurauan Nani.

“Abang kembar Izreen? Oh, dia tu lah kembar Izreen? Patut lah handsome.” Seorang jururawat yang bersama mereka berkata pula.

“Hei! Kau tak payah nak menggatal lah. Kau tak nampak ke abang tu dah bagi bunga dekat doktor Farah, ada hati lagi kau ye.” Marah Nani pada rakannya itu.

“Alah aku puji je pun… Mana ada nak lebih-lebih. Tak kan puji pun salah kut?”

Baru sahaja Nani mahu membuka mulut untuk membalas kata-kata rakannya itu, Farah pantas mencelah.

“Eh… Dah, dah… Jangan nak bergaduh pula dekat sini. Nani, jom ikut saya pergi bilik Encik Rahim, dah sampai masa kita pergi check dia.” Farah mengarahkan Nani untuk mengikutnya setelah menyedari sudah sampai masanya mereka pergi merawat pesakitnya itu. Nasib baik juga dia ingat, kalau nak harap nurse-nurse ni, memang tak jalan lah kerja dekat sini.

*~*~*~*~*~*
                                                                          ~Bersambung......~

So macam mana?? hehehehe.. :)
Jangan lupa komen dan click reaction di bawah ye... :DD
Terima Kasih... :)


7 comments:

  1. izzan zhariff dah terdesak sangat meraih cinta farah nadhiaa,tu lah dulu2 nape kasik reject kat dhiaa .la ne terkejar kejar lak...skang sape yang makan hati!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu laa org lelaki kan memang gituu... bila ada tak nak hargai.. bila dah tak de depan mata baru nak gedik... kannn... hehehehe... :D

      Delete
  2. hahahah... 2 la izzan... dulo xmau sekarang mau..hahahahah piakat jgn x pikat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... saya setuju... ngeeeeeee... :)

      Delete
  3. pikatlah balik farah tu dgn penuh keyakinan ye izzan,usaha tangga kejayaaan..:D
    saya nak lagi..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe izzan tu bukannya penuh keyakinan tapi terlebih keyakinan dah tuu... hahahaha... :)

      Delete
  4. usaha tangga kejayaan.. super lol - q
    q suka izzan si musang yang licik~!!

    ReplyDelete