Followers

Friday, November 16, 2012

[Ikatan Cinta Kita] 09

Salam semua, firstly Z nak cakap sorry sangat2 sebab MIA selama seminggu nie... balik kg tadak connection internet daa... hehehehe ni pun atas ihsan Oldtown lagi baru boleh update... buahahahahha.... :DD
So hope korang enjoy... :)




.:09:.

          Farah berjalan dengan berhati-hati. Tertoleh-toleh kepalanya ke kiri, kanan, depan, belakang, takut kalau-kalau Izzan mengikutinya lagi seperti semalam. Begitu berhati-hati dia berjalan sehingga sampai ke tempatnya.

Apabila sudah sampai di biliknya, Farah melepaskan nafas lega. Nasib baik Izzan tidak lagi mengganggunya. Dia tersengih jahat, memang padan dengan muka Izzan kerana terpaksa menunggunya semalam!

            Selepas mengenakan jubah putihnya dan mengantungkan stetoskop di leher, Farah kembali duduk di tempatnya untuk menyambung kerja-kerjanya yang tertangguh.

Seketika kemudian, kedengaran pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Dia mengerling ke arah jam yang berada di tangannya, belum pun sampai waktu dia meronda wad, siapa pula yang mengetuk pintu biliknya ini?

Tanpa berlengah, dia mengarahkan orang yang mengetuk pintu biliknya itu untuk masuk. Alangkah terkejutnya dia kerana orang yang mengetuk biliknya itu ialah budak penghantar bunga.

Hari ini Izzan tidak mengganggunya dengan datang ke hospital sendiri, tetapi dihantarnya pula benda lain, tujuan yang sama untuk mengganggu hidup Farah. Pagi-pagi lagi dia sudah menghantar sejambak bunga yang terhias indah dan sekotak coklat.

Bukan itu saja, setiap sejam pasti akan ada orang yang sama datang untuk menghantar pelbagai hadiah kepadanya. Selang sejam dia akan menerima sejambak bunga dan hadiah sampingan lain.
Coklat, minyak wangi, teddy bear dan macam-macam lagi lah. Setakat ini biliknya sudah jadi macam rupa taman bunga sahaja. Penuh dengan jambangan bunga dan hadiah daripada Izzan.

            “Hesy!!! Kenapa lah aku boleh jumpa dengan lelaki gila macam ni???” Farah sudah menjerit kegeraman. Jambangan bunga yang berada di hujung kakinya disepak perlahan.  

“Izzan ni memang melampau lah, perangai tak berubah-ubah.” Farah membebel sendiri.

Izzan…

Memang seorang lelaki yang tidak kenal erti putus asa! Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan lakukan apa sahaja asalkan apa yang diingininya itu tercapai.

            Farah pantas mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Izzan. Dia ingin Izzan menghentikan segala ini. Tetapi Farah kecewa kerana hanya peti simpanan suara sahaja yang menjawab panggilannya. Farah memutuskan talian dan melemparkan telefonnya ke atas meja.

            “Tak jawab telefonlah pula dia ni... Menyusahkan orang aje!” Dengus Farah tidak puas hati.

            Tiba-tiba kepala Farah teringatkan Izreen. Baik dia cuba menghubungi Izreen, mana tahu dia boleh bercakap dengan Izzan. Pantas tangannya mencapai kembali telefon yang dilemparkannya tadi dan mendail nombor Izreen. Setelah seketika talian berbunyi, akhirnya berjawab juga.

            “Assalamualaikum Reen… Kau ada dekat mana ni?” Farah bermukadimah.

         “Waalaikumusalam. Hah, aku? Aku dekat rumah lah, dekat mana lagi.” Izreen menjawab pertanyaan Farah.

            “Errr… Abang kau ada dekat rumah tak? Aku nak cakap dengan dia kejap.” Teragak-agak Farah bertanya.

            “Apa? Abang aku? Aikkk? Sejak bila pula kau dah baik balik dengan abang aku ni? Siap cari dia segala?” Izreen tidak menjawab soalan Farah sebaliknya dia mengajukan soalan lain pula kepada Farah. Bibirnya juga sudah mengukir senyuman senget.

          “Alah… Kau jangan banyak tanya dulu boleh tak? Sekarang jawab dulu soalan aku ni, abang kau ada ke tak?” Farah seakan-akan sudah hilang sabar.

            “Hmmm… Dia mana ada dekat rumah. Dia dah fly pergi Amsterdam lah.” Jawab Izreen sambil melihat jam yang tergantung di biliknya.

            “Hah, kau terlambat… Dia baru je berlepas rasanya, dalam pukul 2 tadi. Sekarang ni dia tengah piloting the plane tu…” Izreen menjawab soalan Farah separuh berseloroh.

            “Lah… Patut lah aku telefon tak jawab-jawab.” Keluh Farah. Sedangkan orang bawa kereta pun tak boleh jawab telefon inikan pula yang bawa kapal terbang, patut lah berpuluh kali dia menelefon tak berjawab.

Makin pening lah kepalanya ingin menguruskan hal ini. Patut pun Izzan tidak datang ke hospital hari ini dan menggantikan dirinya dengan jambangan bunga dan hadiah-hadiah. Silap besar lah apabila Farah memikirkan yang Izzan sudah berputus asa kerana tidak melihat kelibatnya di perkarangan hospital hari ni.

            “Hello... Hello... Farah are you still there?” Izreen bertanya setelah sekian lama Farah mendiamkan diri.

            “Hmmm… I’m still here. Hah, bila dia balik?” Tanya Farah tidak sabar.

            “Emmm…Tak sure lah pula. Tapi selalunya dia pergi dalam four to five days macam tu lah” Ucap Izreen sambil jarinya mengira-ngira jumlah hari abangnya selalu keluar bertugas.

“Lah, lamanya…” Keluh Farah sedikit hampa.

            “Eh… Kau ni kenapa pelik sangat ni? Kenapa kau cari abang aku?” Soal Izreen lagi, mahukan jawapan yang pasti. Sebelum ini bukan main lagi, kalau terdengar sahaja nama Izzan Zhariff, terus masam mukanya. Hari ni siap hampa lagi bila dengar Izzan lambat lagi nak balik Malaysia ni dah kenapa?

            Tiba-tiba pintu bilik Farah diketuk lagi dari luar. Pastinya budak penghantar bunga itu lagi, Farah meneka.

            “Eh Reen, nanti aku call kau lain lah, ada orang ketuk bilik aku tu, Bye bye. Love you. Assamualaikum.” Pantas Farah menamatkan perbualan.

            Izreen hanya mampu memandang kosong telefon bimbitnya dan tertanya-tanya tentang sikap pelik rakannya itu.

*~*~*~*~*~*

Farah sudah tidak tahan lagi. Setelah tamat waktu kerjanya, dia pantas memandu ke arah kedai yang bertanggungjawab menghantar segala jambangan bunga dan hadiah kepadanya itu.

Alangkah terkejutnya dia apabila sampai saja di kereta Suzuki Swift miliknya sebentar tadi, dia melihat seekor patung beruang bersaiz manusia yang diikat dengan belon-belon diletakkan di atas keretanya. Semua orang di perkarangan hospital itu melihatnya sambil tersenyum-senyum. Malu bukan kepalang lagi. Jadi dia memutuskan untuk berunding dengan tuan kedai memandangkan Izzan tidak dapat dihubungi.

            Setelah sampai, Farah berjalan ke arah kaunter dan menegur gadis itu.

            “Miss, saya Farah Nadhiaa. Boleh tak awak hentikan penghantaran bunga dan hadiah-hadiah yang dipesan untuk saya?” Farah terus ke poin penting tanpa sempat bermukadimah.

            “Oh… So you Miss Farah aa? Aiyooo… You manyak untung you tau aa?” Gadis itu mempamerkan riak kekagumannya sambil tersenyum.

“Ehhh, bukan cakap pasal ni.” Gadis itu tersedar yang dia sudah melencong daripada topik asal. Pantas dia menyambung.

“Tak boleh lah miss, itu encik yang pesan semua bunga itu sudah warning sama saya, dia mahu saya pastikan semua barang itu sampai pada you, kalau tak dia saman kedai kami woo…” Pemilik kedai itu menceritakan hal sebenar apabila terlihat muka Farah yang ketat tanpa segaris senyuman pun di bibirnya itu. Tergagap-gagap dia membuka mulut dengan pelat Cinanya yang pekat.

            Memang Izzan sudah memberi amaran awal-awal lagi kerana dia tahu yang Farah pasti akan cuba untuk menolak semua barang yang dihantarnya, jadi dia sudah mengugut tuan kedai yang dia akan menyaman mereka jika barang itu semua tidak sampai kepada Farah.

            “AiyoooMiss… Ini banyak menyusahkan saya tau. Saya kerja dekat hospital you tau, semua orang pun pandang, banyak malu lah saya.” Farah juga sudah terikut-ikut cara gadis itu bercakap dengan sedikit pelat Cina.

            “Miss Farah... You pun janganlah susahkan kami, kedai kami kedai kecil saja. Mana mampu nak bayar kalau kena saman.” Pemilik kedai itu sengaja mahu membuatkan Farah serba salah.

            “Lagi pun hooo… You manyak untung apa? Tak pernah lagi ada pelanggan yang suruh kami hantar semua barang itu sejam sekali you tau aa? You are the first one!” Tambah gadis Cina itu lagi dengan bersungguh-sungguh.

            Farah yang mendengar bicara pemilik kedai itu mula berasa serba salah. Dia tidak mahu pula disebabkan dia orang lain pula yang mendapat susah. Dia tahu yang Izzan pasti akan mengotakan janjinya jika dia sudah bersuara begitu.

            “Berapa hari dia suruh you hantar itu semua barang pada I?” Tanya Farah lagi.

            “3 hari berturut-turut. Setiap satu jam sekali masa you bekerja.” Jawab gadis Cina itu.

            “3 hari aa? You mau I mampus ke apa? I tak mau, You cancel semua itu.” Arah Farah.

            “Aiyooo… Mana boleh miss... Itu orang sudah bayar semua. So kami perlu hantar pada  you saja, yang lain you settle sendiri dengan itu orang.” Gadis itu menolak lagi.

            Nampaknya mereka memang tidak boleh bertolak ansur lagi. Dia perlu memikirkan jalan lain nampaknya. Tidak mahu barang-barang itu semua terus-terusan dihantar ke tempat kerjanya.

            “Kalau macam tu you jangan hantar ke tempat kerja I boleh ke? You hantar ke rumah I. Hantar semuanya sekali pun tak apa.” Farah memutuskan.

            “Macam itu aa? Waa… Nanti itu encik marah macam mana?” Gadis itu masih lagi bimbang dengan ugutan Izzan.

            “You jangan bimbang lah, dia cuma cakap akan saman you kalau barang tak sampai saja maa… Sekarang I cuma suruh you hantar pergi rumah I saja, apa-apa pun you sudah hantar semua itu pada I, so kiranya you sudah jalankan apa yang disuruh, dia pun tak boleh buat apa-apa.” Farah meyakinkan pemilik kedai itu.

            “Okey lah kalau macam itu, apa-apa you kena tolong I haa...” Pemilik kedai itu meminta Farah menjamin yang Izzan tidak akan mengambil tindakan ke atas kedai mereka.

            Farah mengangguk setuju. Dia tidak kisah lah, yang penting semua barang-barang itu tidak lagi sampai di tempat kerjanya. Mukanya sudah tebal menahan rasa malu.

            “Mau bukak kedai bunga pun susah woo…” Gadis itu membebel sambil mengarahkan pekerja-pekerja kedainya untuk menghantar baki pesanan bunga yang ditempah Izzan ke rumah Farah.

*~*~*~*~*~*

“Semua letak dekat depan tu je. Terima kasih.” Arah Farah kepada pekerja-pekerja kedai bunga itu.

            Memang banyak betul tempahan bunga yang dibuat Izzan. Hampir memenuhi keseluruhan ruang tamu rumah sewanya. Itu belum termasuk lagi dengan segala hadiah-hadiah lain. Pening kepala Farah memikirkan tingkah-laku Izzan yang sanggup berhabis duit sebegitu sekali deminya. Tidak terjangkau dek akalnya motif Izzan.

            Ain yang sedang leka menyemak buku-buku latihan para pelajarnya dikejutkan dengan bunyi riuh-rendah dari tingkat bawah. Dia pantas menutup buku latihan yang sudah selesai disemaknya itu dan berlalu turun ke tingkat bawah.

Terbuntang matanya melihat ruang tamu mereka dipenuhi oleh jambangan-jambangan bunga dan hadiah-hadiah. Tidak cukup dengan semua itu, siap ada belon-belon lagi. Siapa punya kerja pula ni? Ain menghampiri Farah yang berada di muka pintu itu.

            “Farah… Durian runtuh ke apa kau ni? Penuh satu ruang tamu ni?” Ain bersuara setelah pekerja-pekerja kedai bunga itu semua siap memunggah barang-barang dan meminta diri untuk pulang.
            “Semua ni kerja Izzan! Entah lah, dah gila kut dia tu!” Ujar Farah sambil berlalu ke arah sofa. Berhati-hati dia berjalan kerana takut terlanggar barang-barang yang memenuhi ruang tamu mereka.
            “Kau tengok ni, nak jalan pun susah.” Bebel Farah lagi.

            “Izzan yang bagi? Wah… Bersungguh nampak dia kali ni.” Ucap Ain seraya mengambil sejambak bunga ros yang dihias cantik itu dan tunduk menciumnya.

            “Kau tahu tak dia tu memang menyusahkan hidup aku je lah. Ada ke patut dia hantar bunga sejam sekali dekat hospital tu?” Adu Farah kegeraman. Memang tebal betul muka dia hari ini. Semua staf yang berselisih dengannya tersenyum-senyum penuh makna.

            “Dah tu dia suruh kedai bunga tu hantar 3 hari berturut-turut pula tu. Kau boleh bayangkan tak?”

Perghhh… Tak sangka aku Izzan yang dulu asyik bajet cool sentiasa tu bila dah tua romantik lah pula.” Puji Ain.

            “Romantik kepala otak kau! Memalukan aku je, habis semua orang bergosip pasal aku.” Marah Farah lagi.

            “Kau ni… Kalau orang lain dah terharu siap tangkap leleh dah. Akeef tu bilalah nak buat macam ni kat aku pun tak tahu?” Ain teringatkan tunangnya Akeef. Mana pernah Akeef memberinya bunga sebanyak ini. Nak dapat bunga setahun sekali pun susah, kena tunggu merajuk berhari-hari baru dapat.

“Ni yang banyak-banyak ni semua yang dia hantar hari ni lah?” Tanya Ain lagi sambil tangannya masih membelek-belek semua barang yang ada di situ.

            “Tak lah. Ni semua untuk 3 hari punya. Aku suruh orang kedai tu hantar semua sekali terus, senang.” Tambah Farah lagi.

            “Kenapa kau tak suruh dia orang bagi balik je kalau tak suka?” Soal Ain. Setahunya Farah memang tidak suka menerima pemberiaan orang. Selalunya akan ditolaknya, apatah lagi yang dia tidak suka!

            “Aku dah suruh dah...  Tapi kau tahu apa orang tu cakap?”

            “Apa?”

            “Dia cakap Izzan dah warning akan saman dia orang kalau semua ni tak sampai kat aku. Tu yang aku tak boleh nak buat apa-apa tu.” Farah bercerita.

            “Gila lah Izzan ni... Siap nak saman-saman segala. Memang dia serius lah dengan kau kali ni, aku sure.” Ain sudah ketawa lepas. Amboi… Sampai macam tu sekali? Boleh tahan… Boleh tahan… Kalau macam ni Kak Ain approve!

            “Eh, kenapa kau tak call dia je suruh cancel?” Ain bertanya lagi.

            “Nak call macam mana? Orangnya dah ada dekat Amsterdam nuu...” Ujar Farah.

            “Hah? Amsterdam? Buat apa dia dekat sana? Kerja?” Bertubi-tubi soalan yang keluar daripada mulut Ain.

            “Ha’ah, kerja. Dia bawa orang pergi sana.” Farah menjawab malas.

            “Bawa orang? Kenapa dia bawa orang pergi training ke apa? Dia kerja apa?” Soal Ain lagi.

            “Aduh… Apasal lah lembab pula kau hari ni? Dia tu kerja pilot lah, dia bawa kapal terbang yang bawa orang pergi Amsterdam tu.” Farah mengeluh dengan perangai kawannya yang tiba-tiba menjadi lambat pula untuk menangkap maksudnya hari ini.

            “Oh... Pilot. Cakap lah terang-terang!”

            “Eh, kau bukan suka ke lelaki yang kerja pilot ni? Lagipun dulu kan kau pernah suka Izzan. So memang sesuai lah dia tu untuk kau.” Tambah Ain.

            “Kau ni tak habis-habis lah Ain, aku tak tahu kenapa Izzan tu tiba-tiba je nak dekat aku ni siap buat segala benda ni semua, aku terkejut pun tak habis lagi, kau dah suruh aku terima dia buta-buta je? Memang tak lah…” Ucap Farah sambil mengoyang-goyangkan jari telunjuknya.

            “Kalau macam tu nanti bila dia balik kau pergi tanya dia betul-betul. Selesaikan apa yang kusut. Aku percaya Izzan buat semua ni mesti sebab kau tak pergi jumpa dia malam tu, kalau kau nak dia putus asa macam tu je dengan tak peduli kan dia, aku rasa kau dah buat silap besar. Kau bukannya tak kenal Izzan tu, dia tak tahu pun perkataan putus asa tu, perkataan tu langsung tak wujud dalam hidup dia. Yang dia tahu apa yang dia nak, dia mesti dapat.” Ain memberikan pandangannya kepada Farah.

            “Aku buntu lah dengan dia tu, semua ni tiba-tiba aje. Aku tak boleh nak terima. Lagipun lepas apa yang dia buat dulu, aku dah memang tawar hati. Tak pernah aku terfikir semua ni akan jadi…” Lemah Farah bertutur.

            “Aku tahu. Aku pun nampak macam mana kau terseksa dengan apa yang dia buat dekat kau dulu. Tapi aku juga tahu yang sebenarnya Izzan tu masih wujud dalam hati kau tu. Aku kenal kau Farah, sekali kau jatuh cinta memang susah kau nak buang macam tu je.” Ujar Ain lagi.

            Farah hanya berdiam diri. Semua yang dikatakan Ain itu ada benarnya. Hakikatnya memang Izzan masih lagi wujud di sudut hatinya itu. Dalam beberapa tahun ini memang dia berusaha tidak mengingati Izzan tetapi itu pun untuk tidak terus menyakitkan hatinya apabila teringatkan Izzan yang tidak membalas cintanya. Tetapi sekarang lelaki itu seakan-akan tidak mahu melepaskannya, sepatutnya dia merasa gembira tetapi dia hanya berasa rungsing yang teramat sangat.

            Ain yang melihat wajah Farah yang keruh itu membuka mulut lagi.

            “Apa-apa pun kau jangan buat keputusan melulu. Kau fikir baik-baik. Dan kau jangan lupa, Allah sentiasa ada bersama kau. Kau mintak petunjuk dari-Nya, buat solat istikharah, doa banyak-banyak. Insya-Allah kau akan dapat jalan keluar daripada semua ni.” Ain menasihati Farah.

            Farah yang mendengar nasihat rakannya itu terus tersenyum. Dia bersyukur mempunyai rakan seperti Ain. Sentiasa ada bersamanya walau apa pun yang melanda, sentiasa memberikan nasihat yang berguna untuknya apabila dia memerlukan. Bersusah senang bersamanya tidak kira apa pun yang berlaku.

            Farah menarik Ain ke dalam pelukan. Dia membisikkan ucapan terima kasih kepada rakannya itu. Tanpa disedari air matanya mengalir perlahan-lahan. Dia terharu!

            Ain meleraikan pelukan mereka. Dia menyeka air mata yang jatuh di pipi Farah.

            “Dah, tak payah nak nangis-nangis. Baik kau naik atas mandi, solat. Kau pun dah lama sampai ni.” Ujar Ain.

            Farah turut menyeka saki baki air matanya. Sambil itu dia berdiri dan mengambil tas tangannya lalu naik ke biliknya. Sampai di anak tangga, dia berpaling semula.

            “Ain... Thanks.” Ucapnya lagi.

            “No hal lah…” Ain berkata.

            Farah tersenyum mendengar kata Ain. Tiba-tiba dia teringatkan barang-barang di dalam keretanya masih belum diangkut masuk ke dalam rumah lagi.

“Kau boleh tolong aku tak?” Tanya Farah.

            “Apa dia?” Soal Ain pula.

            “Tolong angkutkan yang dalam kereta punya. Dekat seat belakang ada, dekat seat depan pun ada.Tapi yang dekat seat depan punya tu berat sikit lah, sikit punya besar dia bagi ‘menatang’ tu kat aku” Ujar Farah lagi.

            “Hmmm… Okey.” Ain menjawab sambil kakinya melangkah ke garaj kereta.

            Terlopong mulutnya melihat ‘menatang’ yang berada di dalam kereta Farah itu.  Besar sungguh patung beruang yang ada Farah letakkan di tempat penumpang sebelah hadapan itu. Nampak comel sahaja siap dipakaikan tali pinggang keledar sekali. Nampak macam manusia pula dah besar-besar macam itu. Sedangkan yang di dalam rumah pun sudah besar, yang ini spesis bapak beruang ke apa?

            “Memang gila lah Izzan ni. Hmmm... Bilalah Akeef nak jadi romantik macam Izzan ni?” Ujar Ain sambil mengangkat patung beruang bersaiz gergasi itu masuk ke dalam rumah.

*~*~*~*~*~*

Haaa... Macam mana update kali nie...??
Jangan lupa komen dan click reaction box kat bawah ye.... :)
Thankssss!!! <3
  
                                                                    




1 comment: