Followers

Thursday, November 22, 2012

[Ikatan Cinta Kita] 10



.:10:.

            Sudah naik lenguh jari Farah mendail nombor telefon Izzan tetapi tidak juga berjawab. Berjam-jam sudah tangannya tidak henti-henti mendail nombor telefon Izzan. Hari ini Izzan sudah pun pulang ke Malaysia. Farah sudah terlebih dahulu mengesahkannya dengan Izreen. Dia perlu menghubungi Izzan secepat mungkin. Farah mahu berbincang dengan Izzan, tidak mahu lagi selepas ini ada lagi jambangan bunga sampai di hospital tempat dia bekerja ini.

            “Hesy... Mana lah si Izzan ni? Tak kan dia sesat kut bawa kapal terbang tu?” Fikiran Farah pun sudah tidak betul sahaja rupanya.

            “Dari tadi aku telefon tak jawab-jawab. Merajuk ke dia ni?” Farah masih berteka-teki. Tangannya sudah berhenti memegang telefon bimbitnya. Sudah penat jarinya mendail, tetap juga tidak berjawab.

            Sedang fikiran Farah melayang entah ke mana gara-gara memikirkan Izzan yang dicarinya tidak dijumpai, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Tersentak Farah dari lamunannya sebentar tadi. Terus saja tangannya menjawab panggilan itu tanpa sempat melihat gerangan pemanggilnya.

            “Hai sayang? Rindu saya ke?” Terdengar suara di sana menuturkan kata dengan suara yang lembut sekali.

            Terlepas terus telefon bimbit tersebut daripada tangan Farah. Manakan tidak, mana pernah ada orang yang memanggilnya dengan panggilan ‘sayang’, lebih-lebih lagi orang itu adalah lelaki.

            “Helo... Farah, awak okey tak tu?” Pemanggil itu bersuara lagi.

            Farah menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melekapkan kembali telefon bimbitnya di telinga. Mahu pengsan dia sebentar tadi melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbitnya, Izzan. Memang patut pun, mana lah ada orang yang gila sebegitu dan memanggilnya ‘sayang’!

            “Assalamualaikum…” Hanya itu yang keluar dari mulut Farah.

            Izzan sudah termalu sendiri, tidak pasal-pasal dia terkena pula dengan Farah. Itulah gelojoh sangat. Mana tidaknya, bukan main terkejut lagi Izzan tatkala dia memeriksa telefon bimbitnya sebentar tadi selepas dia bangun daripada tidur. Ada 30 missed call daripada Farah. Kalut saja Izzan menelefon Farah sejurus sahaja melihatkan missed call tersebut, siap panggil sayang lagi kerana terlalu gembira yang Farah telah menelefonnya sehingga 30 kali.

              “Waalaikumusalam. Hehehe…. Sorry, terlupa.” Ucap Izzan sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

            “Hah, kenapa awak cari saya ni?” Soal Izzan lagi. Baru dia teringat niat sebenarnya menelefon Farah.

            Pelik juga dia yang Farah sanggup menelefonnya berkali-kali seperti itu. Pastinya ada hal yang penting kerana selalunya Farah yang liat sekali mahu menjawab panggilan daripadanya, tetapi kali ini Farah pula yang bersungguh-sungguh menelefonnya malah sehingga 30 kali.

            “Kenapa awak tak jawab phone tadi? Baru sampai ke?” Farah bertanya setelah hatinya tenang sedikit bahana panggilan ‘sayang’ sebentar tadi.

            “Eh tak lah. Saya tidur tadi, sampai-sampai rumah je saya terus tidur. Penat…” Manja suara Izzan, seakan-akan merengek minta dipujuk.

            “Oh... Saya kacau awak tidur ke?” Tanya Farah lagi. Bimbang panggilan telefon daripadanya telah mengganggu tidur Izzan. Walaupun segunung marah yang terkumpul di dalam hatinya pada Izzan, tetapi tidak sedap pula rasanya kalau dia telah menganggu lelaki itu. Apatah lelaki itu penat-penat baru pulang daripada bertugas.

            “Tak…Tak... Saya dah bangun dah. Bila check handphone ada banyak missed call daripada awak, so it must be something urgent from you I think?” Izzan menyoal lagi.

            “Yes. There is. I want to see you immediately.” Ujar Farah tanpa berlengah lagi.

            “Oh... So that is the thing that is so urgent? Me? So… I am important to you Miss Farah?” Izzan berkata sambil sebuah senyuman nakal terhias di bibirnya. Girang rasa hatinya kerana dia memikirkan yang dia telah menjadi orang yang penting dalam hati Farah.

            “In your dreams Mr Izzan. Jangan nak berangan lebih-lebih. Awak dah kucar-kacirkan hidup saya, so saya nak jumpa awak secepat mungkin untuk selesaikan semua ini.” Farah berkata dengan nada yang sinis. Mahu tergelak Farah apabila mendengar Izzan berkata yang dia itu penting di dalam hidup Farah. Banyak berangan Izzan ni!

            Mati terus senyuman Izzan apabila mendengar ucapan pedas yang keluar daripada mulut Farah itu. Sangkanya Farah sudah terharu dengan semua bunga dan hadiah yang dihantarnya lalu membuatkan gadis itu menelefonnya dan menerimanya. Mana tahu Farah masih juga sama seperti seminggu yang lalu.

            “Saya nak jumpa awak esok. Tempat hari tu. Pukul 9 malam.” Ucap Farah lagi.

            “As you wish my dear. Esok jangan awak yang tak datang sudah...” Izzan berkata pula. Masih teringat lagi bagaimana sakitnya hatinya apabila Farah tidak memunculkan diri pada pertemuan yang dijanjikan minggu lepas.

            “Hari tu saya tak ada cakap pun yang saya nak datang! Awak yang pandai-pandai set date tu, so tanggunglah sendiri.” Lancar saja tutur kata yang keluar daripada mulut Farah tanpa ada sedikit pun rasa bersalah.

           Izzan yang mendengarnya hanya mengetapkan giginya tanda geram. Nasib baiklah aku sayang gila dekat kau, kalau perempuan lain dah lama dah kena lempang dengan aku. Ucap Izzan di dalam hatinya.

            “Tapi awak jangan bimbang, kali ni saya yang ajak so of course saya akan datang. And you mister, jangan pula awak terfikir nak balas dendam or whatsoever.” Farah memberikan amaran.

            “Don’t worry sayang. Awak ajak saya ni pun dah besar rahmat dah, tak kan lah saya tak datang pula kan?”

Mana mungkin dia membalas dendam dengan tidak hadirkan diri pada pertemuan esok, inilah peluangnya untuk berjumpa dengan Farah. Lebih-lebih lagi kali ini Farah sendiri yang mengajaknya keluar, memang menempah maut lah kalau dia tidak pergi. Sia-sia sahaja lah usahanya selama ini kalau dia tidak menghadirkan diri esok.

            “Stop calling me sayang. I’m not yours. Plus, I don’t like it!” Sergah Farah. Memang dia tidak suka dengan cara panggilan Izzan. Suka hatinya sahaja mahu memanggilnya ‘sayang’, sedangkan seingatnya dia tidak pernah menerima Izzan!

            “Soon... You will be mine, so tak salah kan nak mula daripada sekarang. Right, sayaaaang?” Izzan memanjangkan lagi panggilan ‘sayang’ itu. Saja mahu menaikkan darah Farah, seronok pula bila Farah marah-marah sebegitu. Pastinya comel rupanya, Izzan membayangkan rupa Farah di dalam kepalanya. Dia tergelak sendiri.

            “Ahh... Stop it. Dah lah malas nak cakap dengan orang yang tak faham bahasa macam awak ni. Bye.” Farah memutuskan talian selepas mengucapkan salam. Benci dia mendengar panggilan ‘sayang’ yang keluar daripada mulut Izzan itu. Harap-harap dia dapat menyelesaikan semua masalah esok, tidak sanggup lagi mahu memeningkan kepalanya dengan kerenah Izzan yang bermacam-macam itu lagi.

Izzan yang mendengar dengusan marah Farah itu hanya tergelak sahaja. Gembira betul hatinya selepas berbual dengan Farah. Izzan sangat merindui rajuk Farah sebegitu. Sudah lama dia tidak mendengarnya. Rasa rindu tiba-tiba mengasak dirinya, sudah 4 hari dia tidak menatap wajah Farah. Nampaknya tidak sia-sia usahanya menghantar ke semua barang-barang tersebut kepada Farah. Walaupun Farah mungkin tidak lagi boleh menerimanya, tetapi sekurang-kurangnya Farah sudah bersetuju untuk keluar bersamanya. Tidak sabar hatinya untuk menunggu malam esok.

*~*~*~*~*~*

Izzan resah menunggu di tempat yang sudah dijanjikan mereka. Sudah pukul 9.10 minit, Farah masih tidak muncul-muncul lagi. Mungkinkah Farah akan memungkiri janji lagi kali ini?
            Tolonglah jangan lagi kali ini, aku dah lah rindu sangat dengan dia ni. Doa Izzan di dalam hatinya. Begitu bersemangat Izzan untuk berjumpa Farah hari ini. Seawal jam 8.30 malam Izzan sudah berada di situ untuk menunggu Farah.

Tanpa disedari Farah muncul di depan Izzan. Farah selamba menarik kerusi di depan Izzan lalu melabuhkan punggungnya di situ. Dingin sahaja wajahnya, tiada langsung senyuman yang terukir di bibirnya.  

            “Sorry, lambat sikit. Jalan jammed.” Farah bersuara setelah duduk di depan Izzan. Makin berdebar-debar hati Farah setelah melihat Izzan kini benar-benar ada di depannya.

Sebenarnya Farah sudah pun sampai tepat pada masanya, bukan sikapnya untuk lewat hadir pada mana-mana pertemuan yang telah diaturkan. Namun sebentar tadi sebaik sahaja sampai, dia seakan-akan tidak mempunyai kekuatan untuk keluar daripada keretanya. Jadi dia menenangkan dirinya dahulu di dalam kereta sebelum berjumpa dengan Izzan.

            Izzan hanya menggangguk sahaja. Lega hatinya kerana Farah telah muncul di depannya. Izzan tidak lepas daripada memandang gadis yang di depannya kini. Ringkas sahaja penampilannya hari ini tetapi tetap ayu di mata Izzan. Hanya memakai blaus ringkas dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam, kepalanya pula dililitkan dengan pashmina hitam. Memang ringkas tetapi menawan.

Puas rasanya dapat melihat gadis kesayangannya berada di depan mata setelah berhari-hari tidak bertemu. Memang Izzan merindui Farah sepanjang dia berada di Amsterdam. Renungan Izzan itu hanya mati setelah pelayan datang ke meja mereka untuk mengambil pesanan.

Farah pula hanya menundukkan sahaja wajahnya. Tidak sanggup untuk menatap mata Izzan. Yang Izzan pun satu, dari tadi merenungnya langsung tidak berkelip. Meremangkan bulu roma sahaja. Nasib baik juga pelayan cepat datang untuk mengambil pesanan mereka.

            “So... Ada apa awak nak jumpa saya Farah?” Izzan bersuara dahulu setelah pelayan itu selesai mengambil pesanan mereka.

            Farah mengumpulkan kekuatannya sebelum bersuara. Dia mahu segera menyelesaikan masalah ini. Jika perkara ini berlanjutan, satu kerja pun tidak jalan. Hanya meresahkannya sahaja setiap hari.

            “Saya nak awak hentikan semua benda yang mengarut ni. You know what I mean, do you?” Farah terus mengutarakan sebab utama dia mahu berjumpa dengan Izzan malam ini, tidak mahu berbicara berbelit-belit. Membuang masa sahaja. Dia pun tidak mahu berlama-lama di sini.

            “No, I don’t.” Sengaja Izzan berpura-pura tidak faham.

            Farah mengeluh setelah mendengar bicara yang keluar daripada mulut Izzan itu. Dia tahu yang Izzan sengaja buat-buat tidak faham apa yang diperkatakannya. Memang menguji kesabaran betul jika mahu berurusan dengan lelaki seperti Izzan ini.

            “Awak jangan nak buat-buat tak faham pula. Apa kes awak asyik kacau saya siap hantar bunga segala tu?” Suara Farah sudah naik satu oktaf.

            “Saya tengah pikat awak lah… Tak kan tu pun awak tak tahu?” Selamba Izzan bertanya.

Farah menjulingkan matanya ke atas. Geram dengan sikap Izzan yang  buat-buat tidak faham situasi itu.

            “But why? I wonder, kenapa ya, kita baru saja berjumpa semula and awak tiba-tiba nak pikat saya? I just don’t get it, semua ni berlaku secara tiba-tiba?” Ucap Farah.

Memanglah dia tahu yang Izzan sekarang sedang berusaha memikatnya. Budak kecil juga akan faham jika melihat perbuatan Izzan itu. Persoalannya sekarang, mengapakah Izzan tiba-tiba sahaja mahu memikatnya sedangkan dia tahu yang Izzan tidak pernah memandangnya selama ini. Dan jika Izzan terpikat pada dia buat masa sekarang rasanya dia langsung tidak berubah berbanding dengan dulu. Lagipun mereka pun baru sahaja berjumpa, tidak logik lah pula.

            “Farah… Kita ni bukannya baru kenal masa Reen masuk hospital dulu, so mana ada tiba-tiba pun? Soal Izzan pula.

            “Please lah Izzan, kita dah berapa lama tak jumpa. Masa Reen masuk hospital dulu tu lah first time kita jumpa balik lepas bertahun-tahun kita tak jumpa. Then awak cakap awak suka dekat saya, nak pikat saya? Itu bukan tiba-tiba ke?” Farah berkata panjang lebar meluahkan ketidakpuasan hatinya.

            “Nope. Awak tahu tak saya dah lama cari awak tapi tak jumpa? And at last, saya jumpa juga dengan awak masa Reen masuk hospital hari tu. So I shouldn’t even waste a second of my time anymore right?”

            “Kalau boleh saya nak suruh je mummy saya masuk meminang awak esok juga awak tahu tak?” Ujar Izzan lagi, begitu bersungguh-sungguh riaknya.

            Terlopong Farah mendengar kata yang keluar dari mulut Izzan itu. Izzan sudah lama mencarinya? Tapi mengapa? Bukankah Izzan tidak membalas cintanya? Jika dikutkan apa yang telah diberitahu Izzan, maknanya sudah lamalah Izzan menyimpan perasaan terhadapnya. Tetapi sejak bila? Bukankah dulu Izzan menyukai Zaty Amira?

Meremang bulu roma Farah mendengar Izzan berkata yang mahu masuk meminangnya esok, bukan boleh buat main budak ni. Mahunya dia buat betul-betul boleh pengsan mak dekat kampung esok tiba-tiba sahaja ada rombongan meminang sampai di rumah. Makin pening pula kepala Farah memikirkan semua ini selepas penerangan Izzan.

            “Don’t you dare.” Terjegil mata Farah sambil menuturkan katanya.

            Farah yang mahu menyambung ayatnya terhenti tatkala pelayan restoran menghantar pesanan mereka. Setelah semua pesanan siap diletakkan di atas meja, barulah Farah menyambung semula ayatnya.

            “Tapi you never liked me before, kita kan kawan je dulu, not more than that. Provided, awak dah ada Zaty Amira tu kan? Buat apa awak nak bersusah payah pikat saya pula?” Soal Farah. Kedengaran ada nada cemburu terselit di dalam ayat yang dituturkannya.

            “Saya dah clash dengan dia tak lama lepas kita habis matrik dulu. Lagipun siapa cakap I never like you? I do, only that it’s a mistake that I made...” Lemah suara Izzan.

            Farah sungguh terkejut dengan pengakuan Izzan itu. Tidak menyangka yang rupa-rupanya Izzan juga menyukainya. Farah tidak pula berasa gembira sebaliknya dia terkejut dan geram, sekarang dia seperti tidak boleh terima pula, lebih-lebih lagi apabila teringatkan perbualan Izzan dengan Izreen dulu.

            “Saya tak tahu kenapa awak susah sangat nak terima saya? Saya ingatkan awak just merajuk sebab saya langsung tak contact awak lepas kita habis matrik, tapi nampaknya ada benda lain yang membuatkan awak tak terima saya kan?” Tebak Izzan.

            “Tell me Farah, saya langsung tak tahu apa-apa. Masa nak dekat study week dulu awak terus jauhkan diri daripada saya, saya pun tak tahu kenapa?” Izzan berkata lagi.

            “Tapi awak langsung tak tanya saya kan? Sebab masa tu awak tengah sibuk bercinta dengan Zaty right? Mana nak heran dengan kawan biasa awak macam saya ni!” Ucap Farah sedikit beremosi.

            “I did call you tapi awak yang tak jawab. Tiap kali jumpa pun awak diam je. Lagipun masa tu dekat time study week, kita mana ada event apa-apa. Masa study week lagi lah, awak langsung tak keluar bilik, tak jumpa pun awak dekat library, so benda tu just berlalu macam itu aje.” Jelas Izzan.

            Izzan mengaku yang waktu itu memang dia salah. Semasa Farah menjauhkan diri daripadanya dia ada juga mencuba untuk bertanya, tetapi setelah gagal beberapa kali dia sudah malas mahu bertanya lagi kerana baginya tidak penting pun. Dia juga mempunyai egonya sendiri, lagipun pada masa itu Farah hanyalah kawan biasanya dan dia tidak menyedari perasaannya terhadap Farah. Tetapi setelah itu dia benar-benar menyesal.

Farah memejamkan matanya sejenak. Hampir sahaja air matanya mengalir, tetapi sedaya-upaya ditahannya. Dia tidak mahu Izzan melihat dia mengalirkan air matanya. Memalukan sahaja!

            “Dahlah Izzan, saya tak nak cakap pasal masa lalu dah. I’m sorry tapi saya tak rasa saya boleh terima awak buat masa ni. Saya rasa semua ni terlalu tiba-tiba. Dan saya harap sangat awak hentikan semua ni.” Luah Farah.

            Izzan mengeluh berat apabila mendengar bicara yang keluar daripada mulut Farah itu. Dia sendiri tidak faham mengapa berat sangat hati Farah untuk menerimanya. Sedangkan apa salahnya juga dia tidak mengerti, besar sangatkah kesalahannya?

Sungguh Izzan bingung. Jika sebab dia tidak memperdulikan Farah ketika Farah menjauhkan diri daripadanya, tidak terpujuk kah Farah dengan pujukannya? Langsung tidak terharukah Farah dengan apa yang telah dilakukannya?

            “I really meant it. Hentikan! And jangan hantar bunga dekat hospital lagi, semua staf bergosip pasal saya sekarang ni. Serius saya malu.”

            “I’m sorry but I think I have to go.” Tanpa sempat Izzan membalas, Farah terlebih dahulu memotong lalu melangkah meninggalkan Izzan terpinga-pinga seorang diri di situ dengan hati yang kecewa.

            Farah tidak sanggup lagi berlama-lama di situ, takut nanti tumpah pula air matanya yang sudah tidak tertahan lagi. Dia berlalu dari situ tanpa sempat menjamah apa-apa, biarlah perutnya menyanyi lagu rock sekali pun, dia tidak mahu menangis di hadapan Izzan.

            Izzan sungguh kecewa dengan tindakan Farah itu. Farah langsung tidak mahu menjelaskan apa kesalahannya dan meninggalkannya begitu sahaja. Dia sendiri juga tidak tahu apa kesalahannya sehinggakan Farah tidak mahu memaafkannya. Nampaknya dia perlu berusaha dengan cara lain pula jika dia mahu memiliki Farah. Dan dia berjanji yang tidak akan berputus asa begitu sahaja.
*~*~*~*~*~*

                                                                        ~Bersambung...~


Nahhhh belanja gambar Izzan satu! Muahahahahaha!!!

P/s: Seperti biasa, janganlah lupa click reaction box kat bawah tu tauuu...
       Z suka lah bila ada ramai orang click... :DD hehehehehe



2 comments:

  1. Z,cpt2la smbg then post kat sini...TAk sabar nak baca..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... sabar ye.. seminggu sekali je post.. kalau tak cepat sangat nanti.. :)

      Delete