Followers

Thursday, November 29, 2012

[Ikatan Cinta Kita 11]


Salam semua..  Z update hari nie sebab takut esok dah tak sempat sebab weekend ni memang Z sibuk dengan event kolej.. So walaupun penat baru balik daripada reheasal event, Z tetap luangkan masa update kejap. Hehehehe teharu tak korang... Cewahhh mengada pulak Z ni.. ehhh tak de, gurau je ea... :D Apa-apa pun hope korang enjoy dengan entry kali nie ea... :DD


.:11:.


Izreen berjalan menuju ke arah pintu masuk kompleks membeli-belah Suria KLCC selepas memakirkan keretanya sebentar tadi. Dia ada misi penting untuk dilaksanakan bersama Qalesya; apa lagi kalau bukan membeli-belah! Tapi rakan serumahnya itu sudah pun keluar dahulu untuk berjumpa dengan Zikry Alif, tunangnya. Jadi terpaksa Izreen keluar seorang diri dari rumah dan mereka berjanji untuk bertemu di sini sahaja.

Tanpa membuang masa, dia terus berjalan ke arah butik-butik mewah yang tersedia di situ untuk meninjau-ninjau terlebih dahulu jikalau ada mana-mana barangan yang berkenan di hati. Sebentar nanti boleh lah dia terus membeli barang-barang itu.

Izreen yang sedang leka melihat barangan new arrival di sebalik cermin kaca di butik kasut Jimmy Choo itu tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak lelaki yang tiba-tiba merempuh kakinya. Izreen memalingkan kepalanya ke arah kanak-kanak tersebut. Dia melihat kanak-kanak tersebut sedang mengelap air mata di pipinya. Izreen merendahkan badannya supaya lebih selesa berbicara dengan kanak-kanak tersebut.

Why are you crying my dear?” Izreen terus berbicara dengan mengunakan Bahasa Inggeris memandangkan budak lelaki itu kelihatan seperti anak orang putih.

I’m lost.” Jawab kanak-kanak tersebut sambil mengelap air matanya yang masih mengalir.

“Shhh… Don’t cry my dear boy. I’m here with you, come let me help you.” Ujar Izreen sambil menghulurkan tisu yang baru diambilnya dari beg tangannya sebentar tadi.

“Ariff takut… Tiba-tiba je Ariff jalan-jalan sorang-sorang, tadi daddy ada lagi dengan Ariff.” Lancar sahaja ayat Bahasa Melayu keluar daripada mulut budak lelaki itu.

“Lah… Adik ni Melayu ke?” Izreen tersenyum sendiri. Mati-mati dia ingat yang kanak-kanak itu adalah orang putih.

“Nama ayah adik apa? Tadi adik jalan dekat mana?” Soal Izreen sambil cuba untuk menenangkan kanak-kanak yang masih menangis itu.

"Tadi Ariff jalan dengan Daddy Niel. Tiba-tiba je dia dah tak ada sebelah Ariff.” Adu Ariff. Dia sudah tidak menangis lagi setelah ditenangkan Izreen, hanya esakan kecil masih kedengaran keluar dari mulut kecilnya itu.

“Hmmm… Daddy Niel? Nama penuh dia apa? Daniel?” Izreen bertanya lagi sambil keningnya diangkat tinggi. Geram juga dia, akhir-akhir ini banyak pula nama Daniel muncul di depannya. Sungguh menyesakkan dadanya.

Ariff hanya mengangguk sahaja sambil teresak-esak. Takut pula dia melihat muka Izreen yang tiba-tiba berubah apabila dia menyebut nama daddy Nielnya.

Izreen berasa bersalah pula melihat Ariff yang seakan-akan takut dengan dia. Dia langsung tiada niat untuk menakutkan Ariff, tetapi itu semua tindakan refleksnya apabila terdengar nama Daniel yang dia sangat benci itu disebut.

Sorry… Sorry… Jangan takut sayang, kakak tak sengaja.” Izreen memohon maaf sambil tangannya mengusap-usap kepala Ariff.

“Jom ikut kakak, kakak bawak cari daddy ye…” Izreen pantas menarik tangan Ariff ke arah kaunter pertanyaan di tingkat itu. Pastinya ayah budak ini masih lagi berlegar-legar di kawasan ini. Sampai sahaja di kaunter pertanyaan di situ, Izreen melihat seorang lelaki sedang bercakap dengan gadis yang bertugas di situ. Cemas sahaja rupanya, mungkin lelaki ini adalah ayah kepada Ariff, fikirnya. Tetapi mengapa dia seperti pernah melihat sahaja susuk tubuh lelaki tersebut?

Semakin dia hampir dengan lelaki tersebut, semakin kuat perasaannya yang mengatakan dia kenal dengan lelaki itu. Tanpa sempat dia menyapa lelaki tersebut, Ariff pantas meleraikan pegangan tangannya dan berlari meluru ke arah lelaki tersebut.

Daddy Niel!” Ariff berlari sambil menjerit memanggil Daniel.

Lelaki itu menoleh ke belakang dengan sepantas kilat apabila terdengar jeritan Ariff. Tersungging senyuman lebar di bibirnya apabila terpandang Ariff dan laju tangannya memaut Ariff ke dalam pelukannya.

Tersentak Izreen tatkala terpandang lelaki tersebut kerana lelaki yang sedang memeluk Ariff erat itu adalah Daniel. Daniel muncul lagi setelah hampir seminggu mereka tidak bertemu. Izreen menyangka yang dia tidak lagi akan berjumpa dengan Daniel, tetapi kali ini dia bertemu lagi dan paling dia tidak boleh terima adalah pertemuan dia dan Daniel kali ini telah memberikan dia sebuah kejutan yang sangat besar!

Daniel sudah berkahwin rupanya, malah sudah mempunyai anak secomel Ariff. Terasa mahu menangis sahaja Izreen di kala ini.

Daniel melepaskan Ariff daripada pelukannya dan mengangkat kepalanya, menumpukan perhatiannya wanita yang sudah menyelamatkan Ariff. Dia mahu berterima kasih dengan wanita itu.

Tetapi alangkah terkejutnya Daniel apabila melihat kelibat Izreen yang berada di hadapan matannya. Tidak sangka pula yang dia akan terserempak dengan Izreen lagi. Lebih-lebih lagi kali ini Izreen yang telah membantu Ariff. Daniel pantas memimpin tangan Ariff dan menuju ke arah Izreen.

Thanks Cik Izreen kerana tolong bawak Ariff ke sini.” Ucap Daniel setelah berdiri di depan Izreen. Ikhlas ucapannya.

Sejujurnya dia amat merindui gadis yang sedang berdiri di hadapannya ini. Sesungguhnya rasa cintanya terhadap Izreen begitu sarat, hanya Allah saja yang tahu. Walaupun dia tahu pertemuan mereka tidak akan membawa apa-apa makna pada Izreen, tetapi Daniel bersyukur pada Allah kerana menemukan mereka lagi selepas seminggu dia panasaran kerana merindui gadis ini.

No problemIt’s my pleasure to help cutie Ariff.” Izreen berkata sambil mencubit pipi Ariff.

Nasib baik juga Izreen memakai kaca mata hitam, jadi dapatlah disembunyikan matanya daripada Daniel. Rasa seperti mahu tercabut sahaja jantungnya berdepan dengan Daniel sekarang, ditambah pula di depan anak Daniel juga. Nasib juga isterinya tidak bersama mereka. Kalau tidak boleh pengsan juga dia di situ!

“Hmmm… I got to go, ada janji dengan kawan. Jaga Ariff baik-baik, jangan sampai hilang lagi.” Ikhlas nasihat Izreen pada Daniel.

Cepat sahaja Izreen mahu melarikan diri daripada mereka berdua. Tidak sanggup lagi dia tidak mahu berlama-lama di situ, takut dia terkena darah tinggi pula jika tiba-tiba sahaja isteri Daniel muncul di depan mata.

“Ariff, kakak pergi dulu ye… Jangan nakal-nakal tau, nanti sesat lagi.” Nasihat Izreen pada Ariff pula sambil tersenyum. Izreen tetap senang dengan Ariff, walaupun hakikatnya Ariff itu adalah anak Daniel dan perempuan lain. Pelik juga dia dengan sikapnya sendiri, selalunya dia akan membenci apa sahaja yang ada kaitan dengan orang yang tidak disukainya, tetapi lain pula situasinya dengan Ariff. Mungkin Ariff itu terlalu comel untuk dia tidak suka.

Thank you kakak cantik...” Ucap Ariff kepada Izreen sambil memeluk kaki Izreen.

Izreen menundukkan badannya untuk membalas pelukan Ariff. Setelah meleraikan pelukan, Izreen terus berlalu dari situ.

Izreen benar-benar terkejut dengan pertemuan antara dia, Daniel dan Ariff hari ini. Tidak pernah terlintas langsung di fikirannya yang Daniel sudah pun berkahwin malah sudah mempunyai anak. Perempuan bertuah manalah yang menjadi isterinya itu. Izreen berasa seperti semangatnya hilang entah ke mana tatkala mendengar Ariff memanggil Daniel ‘daddy’ sebentar tadi.

Walaupun mulutnya sering berkata yang dia membenci Daniel, tetapi hakikat sebenar jauh di sudut hatinya nama Daniel langsung tidak pernah pudar daripada hidupnya. Selama ini Daniel tidak ada di depan matanya, jadi dia fikir yang dia sudah berjaya melenyapkan Daniel daripada mindanya. Tetapi selepas kejadian sebentar tadi, baru dia sedar yang dia tidak pernah membuang lelaki itu daripada hatinya. Hatinya sungguh sakit dan pedih di saat ini. Di saat dimana dia mengetahui kebenaran yang meluluhkan hatinya. Kakinya melangkah longlai menuju ke arah restoran yang dijanjikannya dengan Qalesya.

                                                            *~*~*~*~*~*

Qalesya yang melihat kelibat Izreen melangkah masuk ke dalam restoran tersebut melambai-lambai ke arah rakannya itu. Qalesya sedikit bimbang melihat riak wajah rakannya yang sedikit keruh itu, langsung hilang niatnya yang mahu memarahi Izreen kerana telah lambat daripada waktu yang dijanjikan.

Izreen mengambil tempat di hadapan Qalesya. Makin hampa hatinya ketika melihat kelibat Zikry yang duduk di sebelah Qalesya itu. Sebentar tadi dia fikirkan bolehlah dia meluahkan semuanya kepada Qalesya tentang kejadian tadi, nampaknya dia terpaksa menunggu sehingga mereka pulang ke rumah dahulu memandangkan Zikry ada bersama mereka.

“Reen.. Are you okay?” Qalesya memulakan bicara. Risau juga dia, mana tahu Izreen sakit lagi. Rakannya itu kan baru sahaja sembuh.

“Ya... I’m fine. Hai along, lama Reen tak jumpa along.” Izreen cuba menceriakan suaranya. Tidak mahu menunjukkan muka sedih di hadapan Zikry, walaupun sebenarnya dia kini seperti sudah tidak tertanggung rasa sakit di hati. Zikry selalu sahaja dapat mengesan riaknya jika dia bersedih, jadi hari ini Izreen perlu menggunakan skil lakonannya dengan efisien. Takut nanti jika Zikry sudah bertanya, maka berlanjutan pula kisah itu nanti. Selama ini Zikry tidak pernah tahu tentang Daniel, jadi dia kalau boleh memang tidak mahu bercerita apa-apa dengan Zikry.

“Itu lah… I’ve been missing you so badly. So Reen macam mana? Dah sihat dah? I’m so sorry sebab tak dapat datang melawat Reen hari tu.” Bertalu-talu soalan Zikry. Sambil itu sempat dia menjalarkan tangannya untuk mengambil sesuatu pada kerusi di sebelahnya kemudian dihulurkan pada Izreen.

Oh My God, for me?” Soal Izreen tidak percaya, tetapi tangannya tetap menyambut jambangan bunga yang dihulurkan itu.

“Iyalah… Ganti sebab along tak dapat melawat Reen minggu lepas.”

Izreen tersenyum manis dan menghidu jambangan bunga yang harum itu.

“Apa barang bagi bunga ni? Kalau bagi beg ke kasut ke kut boleh pakai…” Sengaja Izreen mahu menyakat Zikry.

“Amboi… Ngadanya dia kan!” Zikry sudah mengetapkan bibirnya.

“Ntah kau ni. Sila lah bersyukur sebab dia ni memang jarang sangat nak bagi bunga. Untung lah adik dia dapat bunga, ni tunang dia ni dapat tengok aje lah…” Qalesya bersuara pula. Sengaja buat nada lirih padahal bukannya dia cemburu pun.

Tentang hubungan Izreen dan Zikry, dia memang sedia tahu yang Zikry sememangnya terlebih sayang pada Izreen. Mungkin juga kerana faktor Zikry tidak mempunyai adik perempuan, adik-adiknya yang lain semuanya lelaki, dia menganggap Izreen tidak ubah seperti adik perempuannya sendiri dan dia selalu memanjakan Izreen. Walaupun mereka sebaya tetapi disebabkan sikap Izreen yang sedikit manja itu, ditambah pula dengan tubuhnya yang kecil membuatkan mereka melayannya seperti adik kecil mereka. Istilah cemburu itu memang tidak akan pernah wujud antara mereka.

“Eleh… Tak payah gedik lah kau…” Cebik Izreen dan terus mereka bertiga ketawa lepas.

“Reen ingat along dah balik tadi, tiba-tiba ada pula. Terkejut Reen…” Soal Izreen lagi.

“Along kebetulan janji nak jumpa kawan dekat sini, so alang-alang tu nak jumpa Reen juga… Kenapa? Tak nak jumpa along ke?”

“Ehhh… Reen tak cakap apa-apa pun okey. Along tu yang selalu sangat busy, nak jumpa dia bukan main susah! Kadang-kadang kesian Reen dengan Lesya ni, along selalu tak layan dia…” Komen Izreen selamba. Kalau dengan Zikry dan Qalesya, memang selalu mereka bercakap lepas sahaja. 

Qalesya sudah mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan kata-kata Izreen itu. Tangan sudah diangkat minta high-five dan Izreen membalas high-five Qalesya. Kemudian kedua-duanya tergelak, suka kerana dapat membuli Zikry.

“Amboi… Bukan main lagi korang kenakan I ye! Eh, along ni yang kesian okey. Dia yang selalu fly sana-sini tinggal along…”

“Hah, bagus lah korang ni… Masing-masing sibuk sangat! Itu yang tak kahwin-kahwin lagi. Padahal bertunang dah lama…” Izreen sudah membebel.

Zikry menahan gelak, dia menyiku-nyiku tunangnya di sebelah.

“Tengok tu, mak nenek dah mula membebel…” Zikry seperti berbisik, tetapi suaranya cukup kuat untuk didengari oleh Izreen. Lantas matanya membesar dan giginya diketap geram. Akhirnya terhambur juga tawa ketiga-tiga mereka.

“Eh, Reen… Along jemput kawan along tu makan sekali tau. Hope you don’t mind.” Beritahu Zikry setelah tawa mereka reda.

“Oh yeke? Reen okey je… Tapi kawan along tu siapa? Reen kenal ke?”

Belum sempat Zikry membalas soalan Izreen itu, satu suara terlebih dahulu mencelah.

Sorry Zikry. Aku lambat, ada hal kejap tadi.” Sapa seseorang tiba-tiba daripada belakang.

No hal… Duduklah.” Ujar Zikry ramah. Menjemput rakannya yang baru sampai itu untuk duduk. Soalan Izreen tadi dibiarkan tergantung. Orangnya pun dah sampai, rasanya tak perlu lah kut nak jawab?

Izreen memalingkan mukanya ke arah lelaki yang baru melabuhkan punggung di sebelahnya itu. Berderau darahnya melihat orang itu tidak lain tidak bukan adalah Daniel! 

Manakala Qalesya pula sudah panas punggung melihat gerangan yang duduk di sebelah rakannya itu. Tadi tidak pula tergerak hatinya mahu bertanya Zikry siapakah yang mahu ditemuinya, dan kini segalanya sudah terlambat. Dia hanya mampu berdoa sahaja supaya Izreen boleh bertenang.

“Kakak cantik…” Ariff yang berada di pangkuan Daniel itu menjerit keriangan. Gembira dia apabila dapat berjumpa lagi dengan penyelamatnya itu.

Izreen hanya tersenyum ke arah Ariff. Dia langsung tidak memandang muka Daniel. Belum pun sempat dia mahu bernafas, Daniel muncul lagi di hadapannya. Apa malang sungguh nasibnya hari ini…

“Eh, Ariff dah kenal dengan Reen ke?”  Zikry bertanya setelah melihat Ariff yang seperti sudah lama mengenali Izreen itu. Setahunya Izreen dan Daniel sudah lama tidak berjumpa.

Qalesya yang duduk di sebelah Zikry itu juga pelik bagaimana budak lelaki di pangkuan Daniel itu boleh mengenali Izreen. Tetapi mungkin juga budak itu pernah melihat Izreen di kaca televisyen, jadi tidak mustahil juga dia mengenali Izreen, teka hati Qalesya.

Tetapi Qalesya juga tertanya-tanya siapakah gerangan budak lelaki itu. Anak Daniel kah? Bila masa pula Daniel mendirikan rumah tangga? Tidak pernah pula dia mendengar Zikry menyebutnya.

“Hmmm… Pasal Ariff ni lah aku lambat, dia sesat tadi. Nasib baik Cik Izreen ada tolong dia, tu yang dah kenal tu.” Jelas Daniel.

“Huihhh… Siap bercik-cik bagai, skema maut kau, Niel! Hey, dah tak ingat ke Reen ni? Satu kolej kan dulu?” Zikry berkata pula. Pelik dengan panggilan Daniel terhadap Izreen. Setahunya dulu mereka memang mengenali diri masing-masing walaupun tidak rapat. Dan kalau tidak salah, siap pernah jadi pasangan menari sekali lagi, tak kan lah boleh lupa pula?

“Aku ingat. Cuma Reen yang seems macam tak ingat. Lagipun Reen pernah jadi pesakit aku hari tu, jadi kenalah lebih formal kan?” Daniel bersuara lagi.

Melopong mulut Qalesya mendengar bicara Daniel itu. Izreen tidak pernah pun bercerita dengannya. Tetapi bila difikirkan semula, mungkin sahaja Izreen tidak sempat bercerita memandangkan dia baru sahaja pulang semalam. Nanti dia akan korek semua cerita dengan Izreen. Qalesya yang melihat Izreen yang seperti sudah mahu meletup itu pantas mengubah topik.

“Daniel, lama tak dengar cerita you, tup… tup… dah ada anak.” Qalesya bertanya namun pantas pula menggigit bibirnya apabila melihat wajah Izreen yang berubah semakin kelat itu. Alamaknya, salah soalan lah pula!

“Hesy… Ni bukan anak I lah Lesya oiii… Kahwin pun belum mana nak datang anaknya?” Daniel sudah tergelak.

He is my nephew.... Dia ni memang rapat dengan I, I janji nak bawa dia pergi Petroscience hari ni. Itu yang angkut dia sekali ni…” Sambung Daniel lagi. Menjelaskan dengan lebih lanjut hubungannya dengan Ariff.

Izreen yang baru mendengar kata Daniel itu berasa mukanya panas seperti dipanggang api. Sudahlah diperli oleh Daniel tadi, malu pula kerana telah berfikir bukan-bukan tentang Arif. Dia hanya menundukkan mukanya apabila Qalesya memandangnya dan tersengih-sengih seperti kerang busuk itu. Dia tahu Qalesya sedang memerlinya. Kurang asam punya kawan!

“Oh your nephew… Itu lah pasal, tak ada pun dengar berita you kahwin sebelum ni.”

“Tapi dia panggil you daddy, tu yang I salah faham… Sorry.” Ujar Qalesya sambil tersenyum. Malu pula dia apabila tersalah sangka.

“Dalam family I memang macam ni. Semua anak saudara I panggil I Daddy Niel.” Jelas Daniel lagi.

“Macam tu…” Qalesya hanya mengangguk-angguk sahaja. Manakala Izreen pula sejak tadi memandang ke arah lain, tidak menunjukkan minat dengan perbualan mereka. Padahal mahu menutup rasa hati yang terasa seolah-olah mahu meletup itu!

“Eh, jom lah order makanan, tak kan nak bersembang je kut?” Zikry bersuara pula. Tanggannya pula pantas memanggil pelayan yang kebetulan sedang lalu di depan mereka.

Daniel mengambil peluang meletakkan Ariff di atas kerusi di kepala meja ketika yang lain sedang memesan makanan masing-masing. Tetapi Ariff tiba-tiba saja membantah, tidak mahu duduk di situ.

“Ariff wants to sit beside kakak cantik.” Protes Ariff dan menunjukkan muka masamnya. Tangannya memeluk tubuh, mulutnya dimuncungkan tanda dia merajuk.

Daniel tidak mempunyai pilihan dan hanya boleh menukar tempat duduknya dengan Ariff. Hatinya membantah tetapi apakah pilihan yang ada kerana dia sudah masak dengan perangai anak buahnya yang seorang ini. Mengamuk nanti jika kemahuannya tidak dituruti.

Hati Daniel mendongkol geram, bukannya selalu dia mempunyai peluang duduk di sebelah Izreen, Ariff pula mahu memotong line. Cepat pula dia mesra dengan orang kali ini, selalunya bukan main susah lagi. Pandai juga Ariff ni pilih, nak manja-manja dengan perempuan cantik-cantik sahaja. Kecil-kecil lagi sudah pandai memilih nampaknya anak saudaranya yang seorang ini.

Mereka makan sambil bersembang rancak. Kadangkala terselit dengan ketawa mereka dengan keletah Ariff yang kelihatan begitu manja dengan Izreen. Izreen pula nampaknya senang sahaja melayan kerenah Ariff, tidak pula dia merungut. Daniel tidak menyangka yang Izreen senang melayan Ariff, dia sangkakan yang Izreen tidak menyukai budak-budak. Terasa cemburu pula melihat layanan Izreen pada Ariff, alangkah bagusnya jika Izreen mahu berbaik-baik dengannya seperti itu.

                                                            *~*~*~*~*~*

Setelah selesai menjamu selera, Izreen dan Qalesya meninggalkan mereka bertiga untuk membeli belah. Memang itu pun rancangan mereka yang sebenarnya, tidak sangka pula yang Daniel dan Zikry juga akan terselit sekali dalam agenda mereka hari ini. Sebaik sahaja mereka melangkah keluar daripada restoran itu, Qalesya terus mengajukan bermacam-macam soalan yang bermain-main di benaknya sebentar tadi.

“Woi… Tak pernah cerita pun dia rawat kau masa kat hospital dulu?” Qalesya sudah memulakan sesi soal jawab bersama Izreen. Dia sudah tidak sabar untuk mengetahui semuanya daripada Izreen, baik dia tanya sekarang sahaja. Mahu tunggu sampai di rumah, lambat lagi.

“Bukan tak nak cerita, kau tu yang pergi luar negara nak cerita macam mana?” Ujar Izreen. Matanya liar melihat butik-butik mewah yang terdapat di situ. Dia lebih berminat pada barang-barang new arrival daripada Daniel. Baik juga dia memikirkan barang-barang itu semua daripada memikirkan Daniel. Menyesakkan kepala otak sahaja memikirkan lelaki yang seorang itu.

So kau memang buat-buat tak kenal dia lah? Dia macam kecewa je bila dia cakap yang kau tak kenal dia.” Qalesya berkata lagi. Masih terbayang lagi wajah Daniel ketika dia mengatakan yang Izreen seolah-olah tidak mengenalinya.

“Banyaklah kau punya kecewa. Siap perli- perli aku lagi… Kurang ajar punya Daniel. Dia tu memang annoying, tak habis-habis nak cari gaduh dengan aku! Habis dia tu kalau kenal aku tak reti-reti nak tegur?” Izreen bersuara sambil tangannya dikepal-kepalkan.

Rasa seperti mahu saja dia melayangkan penumbuknya di muka kacak Daniel sebentar tadi. Boleh pula Daniel berkata begitu walaupun memang itulah hakikat yang sebenarnya. Jika Daniel mengenalinya mengapa pula yang dia tidak menegur Izreen terlebih dahulu? Sengaja mahu dia menegur dahulu? Memang tidak lah Encik Daniel…

“Kau pun tak tegur dia, padahal kenal je.” Qalesya menyindir Izreen. Dia tahu rakannya ini sememangnya mempunyai ego yang sangat tinggi. Mana mungkin dia akan mengalah dan menegur Daniel terlebih dahulu.

“Hesy… Dia tu lelaki, tegur aje lah kalau kenal. Bila aku tak tegur dia boleh pula perli aku. Cisss…” Izreen masih tidak mahu mengaku kalah.

“Kau ni kan, kecewa dengan perli pun tak dapat beza ke?” Ucap Qalesya tidak berpuas hati. Perasaan benci yang bercambah di dalam hati Izreen itu sebenarnya telah membutakan matanya.

Kaki mereka sudah melangkah memasuki salah sebuah butik mewah yang terdapat di situ. Dia berlegar-legar di dalam butik tersebut mencari baju yang menarik minatnya. Pantas sahaja kaki Izreen melangkah ke arah jumpsuit yang tergantung cantik di suatu sudut di dalam butik tersebut. Izreen tidak menjawab sebaliknya tangannya membelek-belek jumpsuit tersebut.

“Rapat aku tengok kau dengan Ariff tu? Dah tak marah dengan pak cik dia ke?”

Qalesya mengubah topik apabila Izreen tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menjawab bidasannya tadi. Sambil itu tangannya juga mencapai sehelai blaus yang tergantung cantik di situ. 

Pelik juga dengan perangai Izreen kali ini. Setahunya Izreen memang kurang gemar melayan budak-budak. Apatah lagi yang berkaitan dengan orang yang dia benci. Tapi kali ini elok pula Izreen melayan Ariff.

  “Ariff tu cute sangat, geram aku. Kau tak rasa ke dia comel sangat-sangat? Lagipun aku baik dengan Ariff, ada ke kau nampak aku bersembang mesra dengan pak cik dia? Tolong sikit.” Izreen membalas sambil mengacu-acukan jumpsuit yang dipegangnya ke badannya tanpa sedikit pun memandang ke arah Qalesya.

“Eleh kau ni. Tadi aku nampaklah muka cuak kau bila aku tanya Daniel pasal dia dah kahwin ke belum. Kau ni suka lagi kan dekat dia?” Tebak Qalesya lagi.

Dia meletakkan kembali blaus yang dipegangnya sebentar tadi dan berjalan ke arah Izreen yang berada di depan cermin itu. Isu yang sedang dibincangkan mereka kala ini lebih menarik perhatiannya daripada baju-baju cantik yang tergantung dalam butik ini.

“Tak ada makna! Dah lah aku nak masuk try baju ni.” Izreen berjalan laju memasuki fitting room yang tersedia di situ. Dia malas mahu menjawab soalan Qalesya itu. Dia sendiri juga kurang pasti dengan perasaannya, dia membenci Daniel tetapi pada waktu yang sama apabila mendapat tahu yang Daniel sudah berkahwin, dia terasa seperti langit runtuh dan menghempapnya sahaja.

Qalesya tersenyum sahaja melihat keletah rakannya yang kelam kabut itu. Dia sememangnya tahu perasaan Izreen terhadap Daniel, saja dia mahu menduga Izreen. Qalesya juga tahu yang Izreen yang keras kepala dan ego itu mana mahu mengaku yang dia masih menyukai Daniel setelah apa yang Daniel lakukan dahulu.   

Mereka melangkah keluar daripada butik tersebut selepas membeli beberapa helai baju. Kedua-dua sahabat ini melangkah lagi untuk memburu barang-barang new arrival.

“Makin handsome lah Daniel sekarang ni aku tengok.” Qalesya masih lagi tidak menamatkan kisah tentang Daniel. Izreen hanya membuat muka meluat sahaja apabila Qalesya memuji Daniel. Tidak habis-habis topik tentang Daniel yang mahu Qalesya bangkitkan. Lemas Izreen dibuatnya.

"Ahh… Kau jangan nak curang dengan along pula…” Izreen memberi amaran kepada Qalesya. Benci dia apabila ada orang memuji Daniel walaupun yang memuji itu adalah rakan baiknya sendiri.

“Tak ada maknanya aku nak curang dengan along kesayangan kau tu. Aku puji aje, salah ke?” Qalesya bertanya sambil menjungkit-jungkitkan keningnya. Sahaja mahu mempermain-mainkan rakannya itu, bukannya dia tidak tahu yang Izreen cemburu sebenarnya.

“Kau ni kenapa? Mata kau sakit ke? Jom aku bawa pergi jumpa doktor. Specialist lagi aku bawa kau.” Meluat dia lihat kening Qalesya yang sengaja dijungkitkan berulang-ulang kali itu. Sengaja mahu menaikkan darahnya sahaja.

Qalesya hanya ketawa sahaja apabila mendengar bicara Izreen itu. Cepat sahaja mahu naik angin jika mengusiknya berkenaan Daniel. Memang sensitif betul. 

“Rileks pula kau bila jumpa dia. Tak ada lah sampai nak terbalik meja ke apa kan?” Ucap Qalesya. Dia memang sudah tahu yang Izreen memang sedikit alergik dengan manusia bernama Daniel itu.

“Siap boleh makan satu meja lagi…” Tambah Qalesya. Syukurlah tiada yang terbunuh sebentar tadi.

“Buat apalah aku nak malukan diri dengan terbalikkan meja semua tu demi dia? Not worth it…” Ujar Izreen sambil melangkah laju memasuki butik kasut Jimmy Choo dan meninggalkan Qalesya di belakang.

“Aku dah pernah jumpa dia kan masa kat hospital hari tu. Masa tu naik gila juga lah aku, dah lah kau tak ada.” Izreen akhirnya mengalah dan membuka cerita apabila Qalesya menghampirinya. Dia tahu bagaimana pun Qalesya pasti akan menyoalnya habis-habisan.

“Kau buat apa dekat dia?” Semakin berminat Qalesya menyoal Izreen.

Akhirnya… Izreen mengalah juga. Penat dia bermukadimah.

“Kau tanya aku buat apa? Patutnya kau rephrase soalan kau tu… Dia buat apa dekat aku!” Izreen sudah mencebik.

Seriously? Okey, aku tanya sekali lagi… Dia buat apa dengan kau?” Tanya Qalesya penuh minat.

“Aku tahan aje dengan dia tu tadi! Aku benci dia! Mulut busuk macam longkang! Kerja nak cari gaduh dengan aku aje! Hesy, geram!!!” Izreen sudah mengepalkan kedua-dua penumbuknya kuat, geram apabila mengingatkan kisah di hospital minggu lepas.

“Kau ni boleh tak kalau nak cerita tu bagi cerita clear sikit?” Qalesya sudah bengang. Dia kira geram dia aje, lepas tu bagi cerita entah apa-apa!

Akur dengan Qalesya, akhirnya Izreen menceritakan segala-galanya yang telah terjadi di hospital tempoh hari. Habis sahaja Izreen bercerita, Qalesya sudah tergelak.

“Weh bongok lah kau ni, yang kau gi gaduh ngan dia pasal nak keluar hospital tu pasal apa? Memang lah dia bengang!” Ujar Qalesya sambil memegang perutnya. Terlalu lucu cerita Izreen itu. Dapat dia bayangkan situasi itu, lucu… lucu…

“Heee, memang tak lah aku nak duduk lama-lama dekat situ nak menghadap dia! Tak lalu aku!” Izreen menjulingkan matanya ke atas.

“Kau ni memang ego kan… Tak padan dengan sakit! Sanggup tu!” Ucap Qalesya lagi tidak berpuas hati.

Rakannya seorang ini memang hati kering, sekali orang dah sakitkan hatinya memang payahlah dia mahu memaafkannya walaupun pada waktu yang sama dia masih menyimpan perasaan terhadap orang itu.

“Habis tu, what you want me to do? Nak confess depan kata Oh my dear Daniel, I have been in love with you so damn badly all these years… Macam tu? Tak cukup lagi dengan apa dia buat dekat aku dulu?” Izreen membalas dengan membuat suara gedik pada mulanya dan bernada dingin pada hujung ayatnya. Geram dia dengan Qalesya yang tidak habis-habis mahu memenangi Daniel. Terasa seperti diri dikhianati ahli keluarga sendiri sahaja.

“Kalau kau buat macam tu, dah lama korang couple. Entah-entah sekarang dah nak kahwin dah.” Seloroh Qalesya.

Why should I do that Lesya? In fact, I did approach him in the first place. But he ignored me!!! Sakit hati aku ni masih berbekas tau!” Mengingat kembali kenangan lama membuatkan api kemarahannya menjulang tinggi. Dia rasa seperti maruahnya dipijak-pijak sahaja oleh Daniel.

Eh, enough bout him. Kau nak soal siasat aku tunggu balik rumah, jangan nak spoil mood aku nak shopping ni.” Izreen bersuara sambil mencuba kasut tumit tinggi keluaran terbaru di butik itu. Malas sudah dia mahu berbicara tentang Daniel lagi, makin menyakitkan hatinya sahaja.

Qalesya hanya menggeleng sahaja dengan teletah Izreen itu. Bila bab-bab shopping ni, janganlah siapa-siapa cuba mengacau dia. Daniel pun diketepikan jika sudah masuk bab shopping tau. Memang hantu shopping betul lah budak seorang ini.

*~*~*~*~*~*

 ~Bersambung.....~

Jangan lupa tinggalkan komen anda...:)
Reaction box juga jangan dilupa.... :D
Terima Kasih... :))


6 comments:

  1. hish...ngelat nyer izzan neh...nk jg ego nyer yg tinggi tuh sanggup jer pakai kabel cam tu!hee tp k g izzan...nk seribu daya..yg penting bukan dendam sbb di reject but rase cinta yg menghuni diseluruh pelusuk hati......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe izzan ni memang licik sikit.. dia tak kira lah guna cara apa pun asalkan dia dapat.. tapi yg penting dia memang yakin yang hanya Farah sahaja di hatinya dan tak de sape2 boleh ganti.. so dia akan berusaha sampai dia dapat... :)
      p/s: sebab tu kakak Z, Q cakap izzan ni si musang yang licik... :DDD

      Delete
  2. farah mesti geram giler kat izzan tapi kalau hati dah sayang nak buat mestilah usaha sungguh2 untuk dptkan apa yang diimpikan..Z,sambung..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha semangat itu penting... :)
      mesti lahhh geramm, sangat.. suka hati dia je buat macam tu... kekekeke.. :D

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. weh dik... lawah dowh...
    Izzan ni memang licik nak mampuih!!!

    ReplyDelete