Followers

Thursday, December 6, 2012

[Ikatan Cinta Kita] 12




.:12:.

Izzan masih lagi terbaring lesu di atas katil miliknya. Sudah seharian dia terbaring di situ, langsung tidak keluar bilik daripada pagi tadi lagi. Makan tengahari juga dia tidak turun. Izzan malas mahu keluar, dia tiada mood.

Sudah dua hari berlalu semenjak pertemuan dia dan Farah malam itu. Dan semenjak itu lah dia tidak berjumpa lagi dengan Farah, memang dia rindukan Farah tetapi dia perlu bersabar. Dia takut jika dia terlalu mendesak nanti makin jauh pula Farah dari gapaiannya. Izzan perlu memikirkan strategi lain untuk memiliki Farah, tidak mahu bertindak terburu-buru.

Sedang dia termenung panjang sambil memikirkan strategi peperangannya itu, pintu biliknya dikuak dari luar. Izzan langsung tidak perasan yang ada seseorang yang berjalan masuk ke dalam biliknya kerana terlalu leka berfikir.

Datin Zahlea menggeleng melihat anak teruna yang seorang ini. Sudah dua hari asyik berkurung di dalam bilik sahaja kerjanya. Entah apalah yang mengganggu fikirannya itu, sehinggakan dia masuk ke dalam bilik pun Izzan langsung tidak sedar. Risau pula dia melihat perangai anaknya itu. Perlahan-lahan Datin Zahlea melabuhkan punggungnya di katil anaknya itu.

“Syed Izzan Zhariff….” Lembut Datin Zahlea memanggil tetapi tetap kedengaran ketegasannya di situ.

Izzan tersentak apabila dia melihat mummynya sudah pun berada di atas katilnya. Sejak bila pula mummynya masuk? Hatinya tertanya-tanya.

“Bila mummy masuk ni? Siap dah ada kat atas katil ni pun?” Izzan bertanya kepada mummynya.

“Kamu ni kenapa Izzan? Dah dua hari asyik berkurung dalam bilik je, dah tu mummy masuk pun kamu tak perasan. Asyik termenung je?” Datin Zahlea meluahkan kerisauannya.

“Tak ada apa-apa lah mummy oii… Izzan okey je.” Izzan tetap juga dengan ayat standardnya.

“Tak ada apa-apa… Tak ada apa-apa… Itu aje lah jawapan kamu. Ni kenapa tak turun makan tengahari?”

Datin Zahlea memang mementingkan waktu makan. Dia tidak suka jika anak-anaknya meninggalkan waktu makan. Baginya waktu makan perlu dipatuhi walaupun perut tidak lapar.

“Alamak… Lupalah mummy. Tak perasaan pula yang Izzan tak turun makan tadi.” Izzan berkata sambil menepuk dahinya.

Datin Zahlea pula laju menampar bahu anak lelakinya itu setelah mendengar jawapan yang keluar daripada mulut itu. Tidak logik langsung boleh terlupa turun makan. Mengarut sahaja kerjanya si Izzan ini. Izzan mengusap-usap bahunya yang sakit ditampar mummynya itu sambil tersengih-sengih. Dia sebenarnya malas hendak turun dan tidak berselera untuk menjamah apa-apa makanan.

“Kamu ni ada masalah apa sebenarnya?”

“Masalah dengan girlfriend ke?” Datin Zahlea menyerkap jarang.

Izzan tersentak dengan pertanyaan mummynya itu. Dia hanya berdiam diri, tidak bercadang mahu bercerita pada mummynya tentang Farah. Malu lah dia jika mummynya tahu dia ditolak ketika memikat gadis. Oh tidak…. Egonya masih tinggi melangit, tidak sama sekali dia mahu membuka pekung di dadanya.

“Hmmm… Kenapa mummy cari Izzan ni?” Izzan cuba untuk mengubah topik.

“Haah… Lupa pula mummy. Kamulah, umur dah lanjut pun masih juga nak buat mummy risaukan kamu.” Datin Zahlea sempat lagi meleteri anaknya itu.

“Petang ni mummy nak pinjam kereta kamu boleh?” Datin Zahlea akhirnya membuka mulut tentang niat sebenarnya masuk ke bilik Izzan.

“Kereta mummy mana?” Izzan bertanya pelik, kenapa tiba-tiba sahaja mummynya  mahu meminjam keretanya sedangkan mummynya juga memiki kereta sendiri.

“Masuk workshop.”

“Pak cik Man mana? Kenapa tak suruh dia tolong hantarkan mummy je?” Izzan bertanya lagi.

“Dia bawak daddy pergi Johor Baru hari ini, ada meeting dekat sana. Alah, janganlah kedekut sangat, kereta ada dua kan? Lagipun kamu bukan nak pergi mana-mana pun, asyik terperap dalam bilik je, bagi lah mummy pinjam eh… Mummy nak jumpa kawan mummy.” Pinta Datin Zahlea.

Memang agak susah jika sesiapa mahu meminjam kereta Izzan. Sayangnya pada keretanya itu mengalahkan orang sayang bini sahaja gayanya.

“Ke kamu je hantar mummy?” Datin Zahlea memberikan cadangan pula.

Mummy nak jumpa siapa sebenarnya ni? Datin Mariam ke?” Mendatar sahaja suara Izzan bertanya. Kalau nak setakat mahu berjumpa dengan rakan persatuan Datin Mariam tu, batalkan sahaja pun tidak kisah rasanya, selalu aje mummynya berjumpa dengan Datin Mariam itu.

“Taklah, mummy nak jumpa kawan mummy yang dari Kedah. Dia datang K.L, melawat anak-anak dia. Dah alang-alang tu dia nak la jumpa mummy juga.”

“Dari Kedah? Tak pernah dengar pun mummy ada kawan dari Kedah. Siapa pula dah  mummy?” Izzan masih tidak habis-habis dengan soalannya.

“Oh… Mummy tak pernah cerita ke? Hmmm… Mummy kenal secara kebetulan je, ingat tak mummy pernah pergi trip Beijing dulu? Kami kenal masa pergi trip tu lah.” Jelas Datin Zahlea.

“Hah… Kalau tak silap mummy dia cakap anak dia pun pernah belajar dekat kolej matrik yang sama dengan kamu, tak tahu lah kamu kenal ke tak?” Datin Zahlea bercerita lagi.

“Iye? Kebetulannya? Siapa dia? Kut kenal?” Soal Izzan ingin tahu, kebetulan sungguh.

“Kalau tak silap mummy… Emmm… Farah rasanya…” Datin Zahlea pun ingat-ingat lupa sahaja.

“Hah, Mummy ingat dah! Farah Nadhiaa.” Tambah Datin Zahlea setelah berfikir sejenak.

What..? Farah Nadhiaa..?” Sedikit terjerit Izzan bersuara.

“Kenapa? Kawan kamu ke tu?” Soal Datin Zahlea lagi, terkejut dia dengan reaksi Izzan itu.

“Kejap. Mummy cakap nama dia apa? Farah Nadhiaa? Ayah dia? Yahaya ke? Ke orang lain ni?” Soal Izzan sekali lagi mahu memastikan adakah orang yang disebut mummynya itu dan Farah Nadhiaanya adalah orang yang sama.

“Hah, betul lah. Nama suami Auntie Naini tu memang Encik Yahaya. Memang kamu kenal ke Izzan?”

 Jatuh rahang Izzan lima saat apabila mendapat pengesahan mummynya!

Mana lah Izzan tidak kenal. Gadis yang bernama Farah Nadhiaa itulah yang tidak mahu menerima cintanya, gadis itulah yang membuatkan dia mengurungkan diri di dalam bilik selama dua hari berturut-turut. Gadis yang sentiasa dalam ingatannya.

Tiba-tiba otak Izzan terfikirkan jalan untuk mendapatkan Farah tanpa perlu dia menunjukkan yang dia bersungguh-sungguh. Jika dia tidak boleh mendekati tuan punya badan, dan jika Farah telah melarang Izzan daripada memikatnya, dia boleh cuba untuk memikat hati ibu bapa Farah.

Dia tersenyum-senyum sendiri. Kenapalah dia lambat sangat mahu memikirkan cara ini? Siap menyeksa diri dengan tidak makan lagi. Setelah mendapat idea barulah perutnya terasa lapar pula. Memang satu bonus buat Izzan kali ini kerana ibu-ibu mereka sudah saling mengenali.

Lihatlah bagaimana takdir sudah terlukis untuknya. Memang Allah telah menunjukkan jalan yang terang buat Izzan. Makin cerahlah peluangnya, hatinya berlagu riang. Lagi senang lah jika begini, dia tetap akan memiliki Farah tanpa perlu dia bertindak sendiri.

“Izzan kamu okey tak ni?” Datin Zahlea bertanya sambil mengawang-awangkan tangannya di hadapan muka anaknya. Seram dia melihat perangai anaknya hari ini. Tadi muram semacam, sekarang tersenyum-senyum sendiri pula. Kena sampuk apa-apa ke budak ni? Bicara Datin Zahlea di dalam hatinya.

Izzan kembali semula ke alam nyata setelah disergah oleh mummynya. Dia hanya tersenyum kelat menutup malu. Boleh pula dia berangan di hadapan mummynya.

“Kenal je… Apa pula tak kenal? In fact, mummy pun kenal.” Izzan akhirnya menjawab soalan mummynya.

“Ye ke? Mummy pun kenal? Tak pernah tahu pun?” Datin Zahlea bersuara lagi, seingatnya dia tidak pernah mengenali sesiapa yang bernama Farah Nadhiaa.

“Lah… Yang kawan Reen tu… Mummy ingat tak minggu lepas masa Reen masuk hospital, mummy ada jumpa kawan dia yang jadi doktor dekat hospital tu… Dia itulah Farah.” Izzan menjelaskan.

“ Lah… Dia tu ke? Kecil je dunia ni kan, pusing-pusing orang yang kita kenal juga.” Ujar Datin Zahlea sambil tersenyum.

“Hah… Boleh tak mummy nak pinjam kereta ni?” Datin Zahlea kembali kepada soalannya sebentar tadi kerana Izzan masih lagi tidak memberikan kata putus.

“Hmmm… Izzan jelah hantar mummy.” Izzan membuat keputusan.

“Ye lah… Asalkan mummy dapat keluar. Kamu ni kan memang kedekut lah kalau orang nak pinjam kereta kesayangan kamu tu. Tak payah kahwin lah kamu ni, kahwin je dengan kereta tu.” Bebel Datin Zahlea.

“Lah bukan kedekut mummy. Izzan nak jugak jumpa bakal mak mertua Izzan, sebab tu lah nak ikut juga.” Izzan bersuara membela dirinya.

“Hmmm… Banyak lah alasan kamu.” Datin Zahlea masih tidak berpuas hati.

“Eh kejap-kejap… Tadi kamu sebut apa? Telinga mummy silap dengar ke?” Soal Datin Zahlea sambil memegang telinganya.

“Mana ada silap, betul lah.” Izzan berkata sambil merebahkan tubuhnya di atas katil.

“Mak mertua? Kamu kenal pun tak dengan Auntie Naini tu. Tiba-tiba jadi bakal mak mertua pula! Boleh tahan gatal kamu ni!” Datin Zahlea sudah tergelak.

“Alah, mak dia tak kenal lah lagi tapi anak dia, Izzan kenal, kan….” Izzan masih lagi mahu berteka-teki.

Setelah diam seketika, Datin Zahlea mula melopong! Dia memandang Izzan dengan pandangan tidak percaya!

Oh My GodYou mean…” Datin Zahlea tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana terlalu terkejut.

“Macam mana? Mummy suka tak?” Izzan bertanya teruja sambil bangkit semula dan duduk di hadapan mummynya.

“Soalan apa tu? Of course lah mummy suka sayang oii…” Datin Zahlea berkata lagi. Terserlah kegembiraan dalam bicaranya itu. Akhirnya, terbuka juga hati anak terunanya ini untuk mempunyai teman wanita. Datin Zahlea mengucap kata syukur di dalam hati.

Sebelum ini pun sudah puas Datin Zahlea menasihati anak lelaki tunggalnya itu supaya mencari teman hidup, tetapi ada-ada sahaja alasan yang direkanya. Seingatnya selepas zaman kolej, Izzan tidak lagi menjalankan perhubungan istimewa dengan mana-mana gadis, dia lebih selesa bergerak solo.

Datin Zahlea sendiri pelik dengan perangai anaknya itu. Jika orang lain yang berstatus seperti Izzan pasti sahaja mempunyai ramai teman wanita, tetapi anaknya ini sebaliknya pula. Ramai juga gadis yang mengejarnya dan bukan sahaja calang-calang gadis. Semuanya hebat-hebat belaka tetapi ditolak mentah-mentah oleh Izzan. 

            Datin Zahlea sangat bimbangkan anaknya itu, bertahun-tahun hidup solo. Tidak mahu langsung menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana gadis. Tidak tahu apa yang ditunggunya. Namun kini, Datin Zahlea sudah mendapat jawapannya. Anaknya itu sebenarnya menunggu Farah.  Berbaloi walaupun lama, Datin Zahlea memang berpuas hati.

“Bila nak kahwin? Mummy dah tak sabar ni?” Soal Datin Zahlea. Senyuman di bibirnya masih tidak lekang lagi.

“Itu lah masalahnya mummy…” Izzan bersuara lemah.

“Lah, kenapa pula ni?” Datin Zahlea bertanya cemas. Dia tidak mahu dengar berita yang tidak baik kerana sudah lama dia menunggu dan sudah penat juga dia menunggu. Kalau boleh Datin Zahlea tidak mahu terlepas peluang untuk dapat menantu kali ini, lebih-lebih lagi gadis yang baik seperti Farah.

Datin Zahlea gembira benar apabila mendengar anaknya itu menjalinkan hubungan dengan anak rakannya itu. Budaknya cantik, lemah-lembut, menghormati orang tua, berkerjaya sebagai doktor lagi. Memang pilihan yang tepat, jangan lah tidak jadi. Doa Datin Zahlea di dalam hati.

Mummy tahu kan yang kami baru jumpa balik lepas bertahun-tahun. Izzan kalau boleh memang nak je kahwin cepat-cepat dengan Farah, tapi dia macam tak bersedia lah mummy.”

Izzan memang memerlukan bantuan mummynya kali ini, tetapi dia tidak pula mahu mengaku yang Farah tidak mahu menerimanya. Panjang pula akalnya mereka-reka perkara yang tidak wujud. Pandai-pandai sahaja mengaku yang Farah itu kekasihnya dan dia tidak bersedia untuk berkahwin. Malu pula jika dia memberitahu perkara yang sebenar. Selama ini mana pernah ada gadis yang menolaknya, selalunya dia yang menolak mereka semua.

Dia tahu yang mummynya memang tidak akan melepaskan peluang untuk dapat menantu kali ini, jadi dia mahu menggunakan mummynya supaya Farah dapat menerimanya. Dia yakin dengan kebolehan mummynya itu. Dan nampaknya tuah juga menyebelahinya apabila mummynya sememangnya sudah mengenali ibu Farah, makin senang lah dia mahu merencana perancangannya.

Izzan sudah tergelak jahat di dalam hati. Dengan hanya menggunakan bantuan orang lain, Farah tetap juga akan jatuh ke tangannya.

“Lah macam tu pula? Emmm… Tapi kamu pula? Tak kisah lah kalau kahwin sekarang?” Datin Zahlea bertanya inginkan kepastian. Selalunya anaknya itu selalu sahaja mengelak jika dia mahu memasangkan Izzan dengan anak-anak kenalannya.

 “Emmm… Nak tunggu bila lagi kan? Izzan pun dah tak muda dah.” Ujar Izzan.

“Okey… Kalau kamu tak kisah nak kahwin buat masa ni, pandai lah mummy kow tim dengan Auntie Naini nanti.” Datin Zahlea berkata gembira.

“Eh… Tapi mummy jangan lah pula mention pasal hubungan kami dekat Auntie Naini. Mummy buat-buat lah macam mummy yang nak satukan kami, emm… macam… macam…” Izzan cuba mencari ayat yang sesuai.

“Hah… Arrange marriage!” Izzan berkata sambil memetikkan jarinya.

  “Lah… Kenapa pula?” Soal Datin Zahlea pelik.

“Yelah… Farah kan tak bersedia lagi. Tapi mummy nak menantu cepat-cepat right? Kalau mummy cakap dekat Auntie Naini, for sure nanti dia tanya Farah. Kalau Farah marahkan Izzan then dia lari lagi jauh macam mana? Fuhhh… Farah tu jangan buat main mummy! Kalau dia merajuk, susah tu nak pujuk! Mummy juga yang rugi nanti kan?” Izzan memberikan alasan, tidak mahu tembelangnya pecah.

            Ligat otaknya berputar mencari idea yang lain. Dia mahu mummynya membantu tetapi pada waktu yang sama dia juga tidak mahu menceritakan perkara yang sebenar, dia tidak pula mahu mengaku yang Farah tidak mahu menerimanya. Egonya masih lagi tinggi menggunung.

So sekarang ni, idea terbaik… Mummy buat je lah macam mummy nak jodohkan kami macam selalu yang mummy buat nak jodohkan Izzan dengan anak kawan-kawan mummy tu. Cuma bezanya kali ni, Izzan dah setuju.” Ucap Izzan penuh semangat.

“Semua orang pun tak rugi, mummy dapat menantu. Izzan dan Farah pun tak terseksa sebab kena kahwin dengan orang yang kami tak kenal dan tak suka. Memanglah rasa bersalah sikit sebab kita macam tipu dia kan, tapi mummy jugak nak menantu cepat-cepat kan? Dah dia tak bersedia, so kena lah main helah sikit.” Lancar sahaja rancangan yang keluar daripada mulut Izzan. Kalau mahu mencari helah pelik-pelik, otak Izzan memang juara lah.

Laju otak Datin Zahlea mencerna tentang rancangan anaknya itu. Memang betul kata anaknya, tiada siapa yang akan rugi. Walaupun nampak macam perkahwinan yang dirancang keluarga, tetapi tetap tidak akan merugikan Farah kerana mereka memang sudah bercinta. Datin Zahlea cuma mahu mereka berkahwin cepat-cepat sahaja, jadi tidak salah rasanya jika dia mahu mengikut rancangan anaknya itu. Kepalanya diangguk-anggukkan.

“Hmmm… Bagus juga cadangan tu. Kalau mummy dengan mak Farah dah buat pakatan, susah lah dia nak larikan diri. Yeah… Brilliant.” Ujar Datin Zahlea riang.

Tetapi sebentar sahaja, wajah Datin Zahlea kembali berkerut.

“Kenapa pula mummy?” Soal Izzan risau. Takut pembohongannya dihidu.

“Kamu cakap dia couple dengan kamu? So mesti lah dia tak mahu kalau kena kahwin paksa… And if let’s say dia setuju, tak ke pelik? Kamu yang boyfriend dia ni dia nak campak mana pula?”
Izzan menepuk dahi. Aduh, macam-macam lah pula mummy dia ni…

Oh My God mummy… It doesn’t matter kut! Pokok pangkalnya, orang dia adalah orang yang sama; that’s me! Your son! Kalau dia pilih Izzan; boyfriend dia, dia tetap akan kahwin dengan Izzan. And kalau dia pilih untuk kahwin dengan pilihan keluarga pun, lelaki tu tetap Izzan juga kan?” Bijak Izzan bermain dengan kata-katanya.

“Tapi kalau dia pilih nak kahwin dengan pilihan keluarga, kamu tak rasa kena betray ke?”

So what mummy? Tetap juga Izzan yang akan jadi suami dia nanti… Hahaha…”

Perlahan-lahan, Datin Zahlea termakan juga dengan kata-kata anak lelakinya itu. Akhirnya dia mengangguk bersetuju.

“Okey, mummy tahu lah macam mana nak cakap dengan Auntie Naini nanti.” Datin Zahlea sudah merangka apa yang perlu dibuatnya nanti.

Thanks mummy. Hah, tapi mummy ingat jangan mention dekat siapa-siapa pasal hubungan kami tau. Even dengan kakak and Reen pun. Nanti Reen pecah rahsia dekat Farah pula. Biar ni jadi rahsia kita berdua je.” Izzan mengingatkan mummynya. Dia perlu mengambil langkah berhati-hati, tidak mahu rancangannya itu gagal.

“Hmmm… Iya, tahulah mummy. Jangan risau.” Datin Zahlea berkata seraya tersenyum lebar. Sudah tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan teman itu.

Mummy, Izzan laparlah pula. Ada makanan tak?” Izzan mencari makanan pula setelah selesai merencana rancangan liciknya untuk memiliki Farah. Lapar pula perutnya selepas banyak berfikir.

“Hmmm… Jomlah turun, ada kut apa-apa yang Mak Mah simpan dekat dapur tu.” Ajak Datin Zahlea.

Mereka dua beranak berjalan beriringan menuju ke dapur dengan hati yang riang. Izzan berasa seperti dunia sudah kembali berwarna. Dua hari sebelum ini dunianya seperti sudah hilang warnanya, hitam putih sahaja yang wujud. Tapi kini setelah dapat memikirkan cara untuk mendapatkan Farah, dia sudah kembali ceria.

“Farah… Farah… Farah… Kau memang tak dapat lari daripada aku lah” Izzan berkata di dalam hatinya sambil tesenyum jahat.


*~*~*~*~*~*
                                                   
 ~Bersambung..........~

Macam mana bab kali nie...??
Don't hesitate to leave your comment below yaa.. :)
Reaction box pun jangan dilupa... :DD
Terima kasih atas kunjungan  anda... :)





2 comments:

  1. cayalah izzan..sporting gile mak izzan dgn mak farah tu..hehe..nk lagi Z..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak diaorang tu nak diaorang kawen cepat2.. hahahaha tu yg sporting habis tu.. :)
      sabar tunggu minggu depan ye... :D

      Delete