Followers

Thursday, December 27, 2012

[Ikatan Cinta Kita] 16

Assalamualaikum semua... :)
Minggu nie dah masuk study week Z.. Next week.. Oh my my my... Dah final... Tapi Z still tak de mood nak study lahh.. Nak nak subjek bosan macam kenegeraan dengan titas... -_- Masa-masa study week ni boleh lagi Z sambung tulis ICK ni... Muahahaaha... Memang laa sajaa kan, time2 gini lahh yang idea mencurah-curah punnn... Apa-apa pun, hope korang enjoy post kali ni and wish me luck for my final exam yaa... :DD

Untuk tahun 2016 ni, i'm officially dah habis exam... weeeehuuuu.... post kat atas tu tak tahu zaman bila punya.... kekeke... Apa-apa pun saya dan Q nak ucap
Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua... Hahaha... Hopefully ada lah rezeki ICK nak terbit tahun 2016 ni... Korang doa-doa kan okey... 



.:16:.

Puan Naini termenung sambil menongkatkan dagunya. Semalaman dia tidak boleh tidur mengenangkan perbalahannya dengan anak bongsunya malam semalam. Adakah dia yang terlalu mendesak anaknya itu? Puan Naini tidak pernah berniat mahu mendesak anaknya itu. Cuma padanya sekarang ini memang sudah waktu yang sesuai untuk Farah mendirikan rumah tangga. Apa lagi yang mahu ditunggunya. Belajar pun sudah tamat, kerja pun sudah stabil.

Semalam dalam sejarah, tidak pernah lagi dia memarahi anak bongsunya sebegitu teruk sekali. Puan Naini geram dengan anaknya itu. Awal-awal dia sendiri yang menyuruh Puan Naini mencarikan calon untuknya, alih-alih bila sudah ada calon di depan mata, dia tidak mahu pula. Macam mana Puan Naini mahu berdepan dengan Datin Zahlea selepas ini, sedangkan Farah berjumpa pun tidak mahu dengan Zhariff. Padahal mereka berdua sudah merancang macam-macam untuk anak mereka berdua itu. Dimana lah Puan Naini mahu meletakkan mukanya jika Farah tetap juga berdegil.

Puan Naini mengeluh berat. Sentuhan lembut di bahu Puan Naini menyentakkannya daripada lamunan yang panjang. Dia berkalih ke belakang untuk melihat gerangan yang memegang bahunya.

“Mak… Farah minta maaf mak…” Ucap Farah dan terus menarik emaknya  ke dalam pelukan. Terhambur juga air matanya. Lama dia memeluk emaknya sambil teresak-esak. Farah memang manja dengan emaknya, lebih-lebih lagi dia adalah anak yang bongsu. Puan Naini tidak berkata apa-apa, dia hanya membalas pelukan anaknya dengan lembut. Semarah-marah dia, hatinya tetap lembut dengan anaknya yang seorang ini. Farahlah buah hati pengarang jantungnya.

Setelah meleraikan pelukan, Farah menarik kerusi di sebelah emaknya lalu duduk di situ. Dia mahu meyelesaikan masalah dengan emaknya terlebih dahulu sebelum bertolak pergi ke tempat kerja. Dia pasti tidak akan dapat melakukan kerja dengan tenang jika masih tidak mendapat kemaafan daripada emaknya.

“Mak, Farah minta maaf sangat-sangat pasal semalam. Farah tak ada niat pun nak naikkan suara dekat mak.” Farah membuka bicara, kepalanya masih lagi ditundukkan.

“Mak maafkan. Mak pun salah juga sebenarnya. Mak tak patut paksa-paksa Farah macam tu.” Ujar Puan Naini. Dia mengusap-usap bahu anaknya itu.

“Kalau Farah tak nak mak tak kan paksa Farah lagi.” Tambah Puan Naini.

Sebentar tadi Puan Naini masih lagi memikirkan bagaimana mahu memujuk Farah supaya bersetuju. Namun sekarang dia mengubah fikiran pula. Hatinya sakit melihat anaknya itu mengalirkan air mata. Sekeras-keras hatinya, tetapi dia memang tidak betah jika melihat air mata anak-anaknya. Biarlah dia mencari jalan lain untuk menjelaskan pada Datin Zahlea kelak.

“Tak mak. Farah akan ikut je mak. Kalau mak rasa itu yang terbaik untuk Farah, Farah akan ikut cakap mak.” Farah berkata sambil menggenggam erat jari-jemari emaknya.

Setelah berfikir semalaman, Farah membuat keputusan untuk mengikut kata emaknya. Kali ini dia hanya ingin emaknya gembira. Dia yakin, jika emaknya gembira dia juga akan gembira. Dia pasti pilihan emaknya adalah pilihan yang terbaik buatnya.

“Betul ke ni? Mak tak nak Farah paksa diri Farah pula.”

“Farah yakin akan bahagia dengan pilihan mak.” Farah memberikan kepastian.

Perlahan-lahan, Puan Naini mengukir senyuman. Lega. Alhamdulillah, anaknya itu mendengar katanya. Farah memang anak yang mendengar kata. Semalam lah pertama kalinya Farah membantah katanya, tetapi hari ini dia sudah menjadi anak yang mendengar kata semula. Puan Naini memang berbangga dengan anak-anaknya.

“Nanti Farah berkenalan dulu dengan Zhariff ye, mak pasti Farah akan suka.” Ujar Puan Naini, terserlah kegembiraan dalam tutur katanya itu.

“Tak apa mak, Farah setuju aje kalau mak nak suruh kami nikah esok pun. Yang penting mak suka dan yakin dia boleh membahagiakan Farah. Farah tak kisah sangat pun pasal rupa ni.”

Semalam selepas melakukan solat sunat istikharah, Farah termimpi emaknya tersenyum gembira melihat dia bersanding di atas pelamin. Selepas itu lah dia membuat keputusan untuk bersetuju dengan pilihan emaknya. Itu lah petunjuk yang diberi oleh Tuhan. Dia pasti akan bahagia dengan pilihan emaknya.

Berkerut kening Puan Naini mendengar tutur kata anaknya itu.

“Betul ke ni Farah?” Soal Puan Naini ragu-ragu.

“Betul mak. Farah terima aje siapa pun pilihan mak. Farah serahkan semua keputusan di tangan mak dan ayah.” Tambah Farah untuk meyakinkan Puan Naini yang kelihatan terkejut itu.

Puan Naini tersenyum gembira mendengar keputusan anaknya itu. Farah memang anak yang baik. Farah juga tersenyum melihat emaknya gembira sebegitu. Memang ini lah yang dia mahukan setelah membuat keputusan berat itu, kegembiraan emaknya. Farah tidak mahu menjadi anak yang derhaka kerana tidak mahu mendengar kata orang tua.

*~*~*~*~*~*

Farah menyerahkan fail laporan kesihatan yang selesai disemaknya kepada seorang jururawat yang berdiri di sebelahnya itu.

“Nanti tolong serahkan pada Doktor Karim ye. Terima kasih.” Ucap Farah sambil tersenyum. Jururawat itu membalas senyuman Farah dan berlalu untuk meneruskan kerjanya.

Tinggallah Farah berseorangan di situ. Farah teringatkan emaknya. Selepas memohon kemaafan daripada emaknya, Farah rasa sangat tenang. Walaupun keputusan yang diambilnya itu mungkin akan memakan dirinya, tetapi dia tidak peduli. Yang penting keluarganya gembira, terutamanya emaknya.

Orang zaman dulu-dulu pun kahwin dengan orang yang mereka tak kenal juga, tetap bahagia hingga ke akhir hayat. Lagipun kata orang bercinta selepas berkahwin ini lebih manis. Betul juga cakap Ain dan Kak Amani, jika mahu menunggu dia yang mencari sendiri, memang sampai ke sudahlah emaknya tak bermenantu. Biar lah dia yang mengalah kali ini.

Hello doktor Farah…” Satu suara menyapa dari belakang.

Farah memalingkan mukanya ke belakang untuk melihat gerangan yang menyapanya itu. Dia tersenyum ke arah Daniel.

“Aku ingat siapa tadi. Kau ke…” Hampa sahaja bunyinya.

“Kenapa? Kau harapkan siapa kalau bukan aku?” Daniel bersuara sambil ketawa.

“Macam mana cuti?” Soal Daniel.

“Cuti sehari je pun. Nak buat apa sangat lah kan…”

Daniel merenung Farah. Sekali lihat, wajah itu seakan-akan menanggung sesuatu yang amat berat. Tapi bila pandang kali kedua, rasa macam tak ada apa-apa pula.

“Kau okey tak ni? Nampak macam ada masalah je?” Daniel bertanya prihatin.

“Hmmm… Memang ada masalah sikit. Tapi tak ada apa-apa lah.”

Farah tidak mahu menyesakkan fikiran Daniel dengan masalahnya itu. Lagipun rasa seperti tidak sesuai pula mahu bercerita kepada Daniel.

Daniel hanya mengangguk tanda mengerti. Jika Farah tidak mahu membuka cerita, dia pun malas mahu bertanya lanjut. Mungkin Farah tidak selesa bercerita kepadanya.

“Daniel, kau ada girlfriend tak?” Soal Farah.

Berkerut dahi Daniel mendengar soalan Farah itu. Mengapa tiba-tiba sahaja Farah bertanya tentang soal teman wanita padanya? Selama ini tidak pernah pun timbul soalan sebegini.

“Tak ada pun… Mana lah ada perempuan yang nak dekat aku ni kan.” Daniel membalas dengan nada kasihan yang nyata dibuat-buat.

“Banyak lah kau tak ada orang nak. Dekat hospital ni aje, beratur perempuan nak dekat kau, kau tu aje yang tak layan. Kau tunggu siapa sebenarnya?” Soal Farah dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

Di hospital tempat mereka bekerja ini memang ramai staf perempuan yang meminati Daniel. Bukan sahaja jururawat dan staf hospital, mak cik cleaner yang janda itu pun menunjukkkan minat terhadap Daniel. Jika Daniel yang lalu, ada saja yang mahu menempek bedak di mukalah, menambah gincu di bibir lah. Semua mahu kelihatan cantik di hadapan Daniel dengan harapan dia tertarik dengan mereka. Mereka amat meminati Daniel yang berupa paras kacak itu. Rupanya yang ada sedikit ala-ala mat salih itu memang menarik minat sesiapa yang memandangnya.

Daniel menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mana mungkin dia mahu membuka pekung di dada yang selama ini dia menunggu Izreen. Lebih-lebih lagi di depan rakan baik Izreen sendiri.

“Mana ada tunggu siapa-siapa, aku cuma tak jumpa lagi dengan perempuan yang betul-betul aku suka.” Balas Daniel sambil tersenyum kelat.

Daniel menjawab sekadar ingin melepaskan diri. Selama ini Daniel hanya menyukai Izreen sahaja, tidak pernah ada perempuan lain yang dapat menggantikan tempat Izreen di hatinya. Dulu Daniel pernah juga terfikir untuk mencuba memikat Izreen, tetapi ada saja halangannya. Dan akhirnya niat itu mati begitu sahaja.

“Daniel, kalau kan mak kau tiba-tiba nak jodohkan kau dengan orang yang kau tak kenal macam mana? Ye lah, kau pun tak ade girlfriend sekarang ni.” Farah bertanya. Dia ingin kan pendapat Daniel tentang perkara yang menimpanya itu.

“Perghhh… Soalan maut tu.”

“Hesy… kau ni, jawab je lah.”

Terasa seperti mahu hilang sabar pula Farah dengan Daniel kali ini. Kepalanya sudah berat memikirkan perkara ini, dia mahu mendengar pendapat kawan-kawannya. Lain orang lain pendapat, dia mahu menimbangkan semua jawapan yang diterimanya.

“Emmm… Kalau aku tak ada girlfriend lagi, maybe aku akan pertimbangkan. Tu kalau tak ada lah kan…”

“Sebab?”

“Ye lah, dah aku pun single. So tak salah kan kalau aku try je. Kut-kut lah menjadi.” Ujar Daniel lagi.

Pantas Farah mencerna kata-kata Daniel itu. Jawapan Daniel juga sama seperti Ain dan Kak Amani, tidak salah mencuba. Tiga orang memberikan jawapan yang sama, jadi mungkin keputusan yang dibuatnya itu betul. Lagipun dia cuma mahu mengembirakan emaknya. Daniel mencuit lengan Farah dengan pen yang berada ditangannya. Boleh pula dia berangan semasa orang tengah bercakap dengannya.

“Kau ni kenapa? Extreme sangat ke jawapan aku tu?”

Farah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tersenyum kelat, malu dirasakan saat ini. Sedap-sedap aje dia termenung di hadapan Daniel.

“Kenapa kau tiba-tiba tanya soalan macam tu.” Daniel bertanya. Pelik juga dia, dalam banyak-banyak soalan, soalan tentang jodoh pula ditanyanya.

“Saja… Random. Teringin nak tahu respon Doktor Daniel yang handsome ni kalau dipaksa kahwin.” Ujar Farah sambil tersenyum.

Tergelak besar Daniel dengan jawapan spontan daripada Farah itu.

“Terima kasih lah sebab puji aku.” Kembang kempis hidung Daniel akibat dipuji oleh Farah. Farah hanya mencebik sahaja melihat respon Daniel itu. Menyesal pula dia memuji Daniel begitu. Perasannya melebih-lebih!

“Ceh… Tak payahlah kau nak bangga sangat. Aku tarik balik lah pujian tu.”

“Uishhh, buruk siku kalau tarik balik. Tak baik tau.” Ujar Daniel sambil menjegilkan matanya.

“Dahlah, pergi main jauh-jauh. Malas aku nak layan orang perasan macam kau ni.” Farah menghalau Daniel.

“Ye lah… Aku memang nak pergi check patient pun ni.”

Sebelum berlalu, sempat pula Daniel mengenakan Farah.

“Aku tahu kau memang ikhlas puji aku kan… Sebab aku tahu…” Daniel berhenti sejenak sebelum menyambung kembali ayatnya. Dia tersenyum nakal.

“Aku memang handsome pun.” Sambung Daniel dan terus berlalu dari situ sebelum tangannya menjadi mangsa pukul kerana Farah sudah mengangkat fail di tangannya untuk melibas Daniel.


“Blah lah kau…” Kuat suara Farah bergema. Dia tersenyum dengan gelagat temannya itu. Memang perasan terlebih.


~Bersambung.......~


Arghhhhhh cairnya i olsss dengan senyuman membunuh abang Daniel ni!!!!!!!!!!!!!! Hahaha

4 comments:

  1. hahaha..apa lah jadi nnt kalau farah tau yg izzan tu tunang dia..mesti mengamuk habis..izzan,kenalah tahan dgn fire farah tu...hehe..Z,nk lagi...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hewhewhew... kalau nak tahu apa jadi masa farah tahu yang sebenarnya izzan tu lah tunang dia... kenalah tunggu minggu depan.... :DD hahahaha..

      Delete
  2. hehehehe.. jeng..jeng..jeng.... :DD

    ReplyDelete