Followers

Monday, May 28, 2012

[CERPEN] The girl that can’t break up, the boy that can’t leave.


Author note : Saya dengar lagu LeeSsang : The girl that can't break up, the boy that can't leave. Tiba-tiba dapat idea nak tulis cerpen ni, saya terus tulis dan ambil masa lebih kurang sejam nak siapkan. Cerpen ni dialogue-less, saya sentiasa rasa fanfic yang dialogue-less ada keistimewaan tersendiri, jadi saya nak cuba sendiri. Cerita ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia, jika ada itu hanyalah kebetulan semata-mata. Sila layan~

~*~*~
The girl that can’t break up, the boy that can’t leave.



Ini dah kali ke sembilan kita break up, dalam masa dua bulan. Kalau nak kira minggu, tiap-tiap minggu pun kita break up and get back together, baik balik.

What am I doing here?

Kenapa saya masih di sini, memandang tepat ke mata awak.

Lari Hani, lari…

Minda saya menjerit, tetapi kaki tetap tidak dapat melangkah. Kenapa? Kenapa tiap kali kita berada dalam keadaan ni, saya kaku dan hanya mampu diam tidak berkata apa. Hani, apa kau tunggu lagi, kenapa masih nak dengar penjelasan dia?

Awak, boleh tak awak pergi. Tolong jangan muncul lagi depan saya..please..

Saya dah penat, penat dengan marah awak, penat dengan pujuk rayu awak. Tak boleh ke kita jadi macam dulu? Sebelum kita berjumpa, a complete stranger yang saling tidak mengenali. Ataupun setidak-tidaknya seperti dulu, bila kita mula bercinta..

Awak masih ingat? Bila first time kita jumpa? Waktu tu saya sepak mesin air gedegang sebab air tin saya tak nak keluar, saya ingatkan tak ada orang kat situ sekali ada awak kat hujung koridor. Saya malu giler, malu sangat-sangat, saya lari cepat-cepat tapi awak kata sebab tulah awak jatuh cinta pandang pertama kat saya, sampai sekarang saya tak boleh percaya statement tu. Haha…boleh percaya ker?

Kemudian kita jumpa lagi, dalam kelas. Kita sama-sama kena denda sebab datang lambat kelas pertama Puan Sofea, denda kena angkat buku dari bilik dia ke kelas untuk kelas seterusnya. Saya rasa malu untuk muncul depan awak lagi berseorangan pulak tu, tapi terpaksa jugak sebab tak boleh nak elak. Waktu tu awak bukan main lagi nak berlagak gentleman lah konon, tolong angkat semua buku-buku tu, saya bawak satu je, buku saya sendiri. Tapi akhirnya berterabur buku-buku tu atas lantai bila awak dah tak larat nak usung. Kita sama-sama kena blame, budak-budak kelas semua complain sebab buku diorang dah kotor.

‘Bukan salah Hani, aku yang bagi jatuh. Sorry la weh..’

Awak pertahankan saya waktu tu, saya rasa terharu sangat. Macam mana awak tahu nama saya? Saya tak pernah beritahu pun, dan kita cuma ada satu kelas bersama dari dulu saya nak tanya tapi tak tertanya pun.

Bila habis kelas, awak panggil nama saya. Awak tahu bergetar hati saya bila suara awak yang sedap tu panggil nama saya, ‘Hani’ lembut je. Awak ajak saya minum, saya segan nak ikut tapi kawan-kawan saya tolak saya dan tinggalkan saya sorang-sarang dengan awak. Dari saat tu awak cuba tackle saya, dari berjumpa seminggu sekali je, kita mula berjumpa lebih dari itu.

Saya dah tak perlu tendang mesin air gedegang sendiri, sebab saya dah ada awak. Kekasih hati saya. Farish Hakimi.

Tapi…
Entah kenapa, sejak tiga bulan lepas kita selalu bertengkar. Kadang-kadang pergaduhan kita berlarutan sampai dua tiga hari, ada yang sampai seminggu tidak bercakap.

Semua tu bermula bila awak nampak saya keluar dengan classmate saya, awak salah faham. Dah banyak kali saya cuba terangkan kat awak, kami keluar bukan untuk suka ria, kami buat assignment, kebetulan kerja kami siap lebih awal so kami keluar makan-makan kejap. Bukan sengaja saya tolak ajakan awak nak berjumpa, bukan saya pentingkan kawan-kawan saya lebih dari awak. Walaupun awak percaya pada penjelasan saya lepas tiga kali saya terangkan kat awak, tapi kepercayaan awak pada saya dah goyah waktu tu kan? Semua apa yang saya buat awak nak tahu, saya naik rimas. Sampai saya pakai baju warna apa pun awak nak tetapkan, saya tetap sabar, saya sabar je dan terima apa sahaja yang awak bebelkan kat saya sampailah bila awak mula pertikaikan kepentingan awak di hati saya lagi, awak nak saya letak awak di tangga pertama di hati saya, saya tak boleh buat macam tu, saya ada keluarga, saya ada kawan-kawan, saya ada tuhan, para nabi dan agama untuk di cintai juga. Awak belum sesiapa, awak cuma teman lelaki saya bukan suami.

Bila saya cakap macam ni, awak mula menjauhkan diri.
Saya nampak awak keluar dengan perempuan lain, hati saya sakit awak. Awak tahu tak?
Bagai disiat-siat. Kali pertama saya nampak awak keluar dengan 'dia' saya diam, kali kedua saya nampak saya tanya siapa 'dia', awak tak jawab. Kali ketiga saya nampak awak keluar dengan 'dia', mata kita bertemu saya hanya mampu menangis. Saya sedih kenapa saya boleh menjadi begitu lemah sehinggakan menitiskan air mata kerana seorang lelaki. Cinta buat saya lemah, itu kenyataan.

Awak datang pujuk saya, awak cakap awak cuma nak test tahap cemburu saya, awak nak tahu adakah awak penting di hati saya.

Waktu tu saya menangis kuat, saya tak bagi pun awak tengok muka saya. Saya membelakangi awak sambil marah awak, sampai hati awak mainkan perasaan saya. Sampai hati awak buat saya macam ni. Kita gaduh besar waktu tu, tapi saya tak beritahu awak dalam hati saya betapa saya bersyukur yang awak cuma berpura-pura untuk buat saya cemburu. Awak pujuk, saya cair, kita baik balik.

Lepas tu, tiap-tiap minggu kita bergaduh.
Si ‘dia’ yang awak gunakan sebagai alat untuk membuat saya cemburu memburu awak sana sini. Saya tak tahan bila dia call awak tiap kali awak ada dengan saya, saya simpan handphone awak dalam beg saya, silent. Tapi awak mintak balik…

Kenapa kita mesti bergaduh pasal 'dia'? Bergaduh besar, awak marah saya, tinggikan suara awak kat saya. Awak kata saya cemburu buta, awak kata saya cuba jadi queen control, saya tak bagi awak kebebasan. Awak sebut ‘kita break up’. Awak yang mula dulu, awak kata ‘kita break up’ sebab perempuan tu. Kemudian perkara-perkara kecik lain pun boleh menjadi punca kita berpisah, kawan-kawan saya kata kita bergaduh macam budak-budak, break up atas sebab tak masuk akal.  

Tapi macam kali ni, awak datang pada saya the next day lepas kita setuju untuk berpisah. Mintak nak baik balik, nak bersama semula.

Dan macam sebelum ni, buat kali ke sembilan saya memaafkan awak Farish dan saya mintak maaf Farish, mungkin saya pun ada salah sebab saya selalu pendam perasaan dan tidak berterus terang apa yang saya rasa dan simpan dalam hati. 

Biarlah orang kata saya bodoh, tetapi saya tetap terima awak. Saya terima awak lagi, sebab saya masih sayangkan awak Farish. Walaupun saya penat bergaduh dengan awak, tetapi saya tetap nak awak jadi teman lelaki saya, saya berdoa tiap hari harap-harap awaklah jodoh saya Farish, walaupun kita bergaduh saya masih berdoa macam tu, sebab saya cintakan awak. Farish.

“Sudahlah, awak kena belanja saya minum air pepsi. Semalam mesin air gedegang tu telan duit saya lagi sebab awak takda nak tendang.” 

“Kenapa tak tendang sendiri?”

“Sebab saya takut ada orang lain jatuh cinta pandang pertama kat saya lagi.”

Awak ketawa kecil, lalu terenyum. Saya tarik tie awak lagi, indahnya perasaan ni. Mungkin betullah kot apa awak cakap, saya nak jadi queen control. Tapi..er…sikit jelah kot. Hehehe…

-TAMAT-
~*~*~ 

an: Mesin air gedegang = vending machine. 
Lagu: The girl that can't break up, the boy that can't leave. by LeeSsang. Enjoy^^



.awak..awak...komen lah....hehehe...




Friday, May 25, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 20


an: Salam Jumaat semua..mulai dari post ni, qminz akan tulis author note di permulaan post. Since dah ad orang mention pasal bahasa pada chapter yang lepas, so saya rasa kena letak warning siap2. 

[WARNING: Bahasa yang digunakan amat kebudak2an, watak2 utama amat tidak matang, kadang-kala ada unsur tidak masuk akal (nama pun fiksyen kan?). Seperti yang dinyatakan dalam nota q.min.z kami adalah penulis baru, e-novel fanfiction (?) ini adalah percubaan kami yang pertama. Read at you own risk.^^ Enjoy reading^^]
Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!

.: 20 :.

“Ayah awak memang dasyat, saya speechless. Takut pun ada.” 

“Mana awak tahu ini idea ayah saya, mana nak tau ini idea keluarga awak ke? Ayah saya dah ada cucu tiga orang tau.” Airyl menyangkal kenyataan Shazlin. Shazlin terus menutup pintu bilik itu tanpa masuk ke dalam, dia menggeleng-geleng kepalanya tidak percaya apa yang dilihat tadi.

“Okay, kite tak payah pikir pasal bilik ni. Saya belum bersedia nak bagi daddy and mommy saya cucu lagi dan definitely bersedia untuk tambah cucu ayah dan ibu awak.” Shazlin mengeluh, sedangkan hendak membayangkan dirinya ada mengandung pun dia tak sanggup, ini kan pula ada anak. Belum tiba masanya, dia masih muda untuk itu. 

“Er…saya rasa kita tak payahlah tambah perkataan ‘awak’ kat belakang perkataan ‘ayah’ ordaddy’ sebab sekarang ayah saya, ayah awak jugak dan daddy awak dah pun jadi daddy saya kan?”

“oh ya…sorry, I forgot bout that. Eh kejap, ini je ke bilik? Satu dua tiga empat lima, takkan rumah punya besar ada lima bilik je? Tak logik!” 

“Peliklah rumah ni.” Airyl bersetuju dengan Shazlin. Bilik kecil yang terakhir adalah bilik yang telah diubah menjadi ‘surau’ kecil, dan dihujung koridor itu adalah bilik air. 

“Kan? Tadi kat bawah pun tak da. Tapi dapur kita memang besar giler, ruang makan kita pun besar, tapi still tak logik langsung kat bawah ada store dengan bilik home theatre and living room. Bilik-bilik kat atas semua dah wardrobe lah, surau, library, bilik baby lagi, bilik tidur satu je?” Shazlin memandang Airyl, Airyl menjunggitkan bahunya. 

“So bilik tidur ada satu jalah? Kejam.” Gerutu Shazlin sekali lagi, Airyl bersependapat dengannya, “diorang memang tak bagi peluang kat kita tidur bilik asing-asing.” 

Kata-kata Airyl membuatkan Shazlin tersedar yang mereka perlu berkongsi bilik seperti pasangan suami isteri yang lain. Walaupun mereka belum pernah berbincang tentang perkara ini, atau mengikat kontrak mengenai isu bilik tidur tetapi Shazlin pasti Airyl bersependapat dengannya yang mereka akan tidur dalam bilik yang berasingan. Shazlin memandang wajah Airyl, Airyl Cuma menjunggitkan bahu tanda dia tidak tahu menahu mengenai perkara ini. 

“Kalau macam ni mana awak nak tidur? Saya taknak share bilik. No way, tidak untuk masa sekarang.” Shazlin menyoal Airyl, Airyl mengerutkan keningnya, “Mana saya nak tidur? Apa pulak, mana awak nak tidurlah?”

Mendengar Airyl berkata demikian Shazlin terus memecut laju ke bilik tidur utama, “No way, bilik tu saya punya.” 

“Jangan harap!” Airyl mengejar Shazlin dengan pantas, mereka berebut untuk membuka pintu kamar, mereka memandang wajah masing-masing kemudian sebaik sahaja pintu terbuka kedua-dua mereka menerpa ke arah katil. Airyl yang terlebih dahulu terjun ke atas katil, Shazlin menarik kaki Airyl dengan kuat sehinggakan separuh dari badan Airyl jatuh. Shazlin panjat katil dengan pantas, Airyl tidak melepaskan peluang untuk merebut katil yang satu. Mereka saling tolak menolak antara satu sama lain, walaupun tubuh Shazlin yang kecil tetapi dia agak kuat kerana pernah mempelajari seni mempertahankan diri, Shazlin akhirnya menggunakan skill yang dia pelajari dahulu, Airyl mengaduh sakit apabila Shazlin menyepak perutnya kuat sehinggakan dia jatuh dari katil. Shazlin terus baring sebaik sahaja dia berjaya menakluki katil itu.

“Boleh tahan jugak awak ni puteri, seumur hidup saya inilah kali pertama saya kena terajang dengan perempuan, sakit pulak tu.” Airyl memperlahankan suaranya dengan harapan Shazlin tidak mendengar butir-butir terakhhir apa yang dia cakapkan tadi, malulah kalau Shazlin dengar. Airyl duduk di atas lantai sambil menyandarkan belakangnya pada katil, kedua-dua mereka kepenatan kerana ‘peperangan’ tadi.

“PUAN Puteri Shazlin, saya ni tak boleh tidur kalau tak ada katil.” Airyl sengaja menekan kan perkataan ‘puan’ supaya Shazlin ingat statusnya sebagai isteri Airyl. 

“Sepanjang 23 tahun saya hidup Airyl, saya tak pernah tidur tanpa katil dan tilam. Dulu masa saya sekolah pun saya sekali pun tak pernah pergi camping, sebab saya tahu saya takkan selesa. Awak tidurlah kat bawah, awakkan lelaki, tak pun atas sofa.” Shazlin tidak mahu mengalah dengan Airyl, yang penting katil ini mesti menjadi miliknya. 

“Awak tak dengar ke saya cakap tadi? Saya cakap, saya.tak.boleh.tidur.kalau.takda.katil. faham?”  Airyl menyebut satu persatu supaya Shazlin mendengarnya dengan jelas, Airyl kemudian memanjat katil itu dan berbaring sebelah Shazlin, Shazlin sudah kepenatan untuk melawan lagi, dadanya berombak menarik nafas dengan pantas, dia biarkan sahaja Airyl baring disitu. Mereka berdua senyap tidak bersuara, Cuma bunyi nafas mereka yang kedengaran. Shazlin mengambil alat kawalan jauh penghawa dingin untuk menghidupkannya.

“Puteri, tidur macam ni tak boleh ke? Saya janji takkan kacau awak.” 

“Boleh percaya ke?” 

You can trust me you know, jangan risaulah.” Airyl memberi jaminan kepada Shazlin. 

“Kita ada pilihan lain ke? Since kita dah janji nak bekerjasama, bertimbang rasa, lagipun suami isteri memanglah tidur sekatil. Okeh!” Shazlin bersetuju, dia terus bangun dari perbaringan dan duduk bersila diatas katil itu. Airyl turut bangun dan duduk secara berhadapan dengan Shazlin. 

“Kita dah tidur sebilik empat malam, tapi awak tak buat apa-apa kat saya, so saya percaya kat awak. Jangan musnahkan kepercayaan saya kat awak Airyl.”  

“Awak jangan risau, asalkan awak tak tendang saya jatuh katil masa tidur saya takkan kacau awak.” Airyl berseloroh, Shazlin tersenyum, “saya tidur princess like lah, takkan saya tending awak waktu tidur.”
Deal” Airyl menghulurkan tangan untuk berjabat. 

Deal” Shazlin menerima jabat tangan itu, “tapi ingat awak jangan ambil kesempatan ke atas saya.” 

“awak kata nak merapatkan silaturahim, bina kasih sayanglah, nak berbaik-baik, itu salah satu cara jugak tu.” Seloroh Airyl lagi, Shazlin terus melepaskan jabat tangan itu lantas memeluk tubuh, “saya tak sedia lagi lah. Nanti-nanti lah. Sakit lagi?”

What?”
 “Perut…”
“Tak”
Sorry eh..”
“Tak pe..”
*~*
Assalamualaikum, Da! Baru sekarang teringat nak telefon kakak? Ingatkan dah lupa  dengan kakak kamu yang seorang ni. Dah la tadi orang call dia tak jawab-jawab phone tu, baik buang dalam sungai je kalau tak nak jawab kalau orang call. Orang sampai KLIA pun tak datang jemput, korang tak sayang kakak dah ke? Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Putri Shazlin sebaik sahaja menjawab panggilan telefon adiknya tanpa sempat adiknya bermukadimah.

Waailaikumussalam, kakak. Wo,Wo,Wo, kakak relaks dulu boleh tak? Orang tak sempat nak cakap apa-apa lagi dah macam peluru berpandu soalan yang keluar daripada mulut kakak tu. Hazlinda cepat-cepat menyelit sebelum Shazlin melontarkan soalan yang seterusnya.

Yelah, sedih tau bila turun je kapal terbang tengok-tengok seorang pun tak de yang datang jemput kakak. Sampai hati korang buat kakak macam ni. Shazlin mula berdrama sedih, Hazlinda pula seperti biasa tidak melayan rajuk kakaknya itu.

Eleh kakak ni, emo pulak dia. kan kakak dah ada abang Airyl, okay la tu. Tak tahu kenapa tapi semua orang sebulat suara tak nak pergi jemput kakak dengan abang Airyl kat airport, mummy daddy macam tu family abang Airyl pun macam tu yelah buat apa kitaorang nak menyibuk mood orang baru balik honeymoon ni. Mendengarkan kata-kata adiknya itu, Putri Shazlin hanya mencebikkan bibirnya tanda tidak puas hati .

Huh, ada si Airyl tu je nak buat apa? Menyakitkan hati aku lagi adalah. Putri Shazlin mengomel dalam hatinya. Dia menjeling kelibat Airyl yang sedang membayar pizza yang baru sampai.

Lagipun turun-turun kapal terbang je dah dapat Audi A4, Audi tu kakak, bukan ke selama ni kakak nak sangat kereta Audi tu? Kereta idaman kakak kan? Tak kan dah dapat hadiah mahal macam tu pun tak seronok lagi? Putri Hazlinda menambah lagi setelah lama Putri Shazlin mendiamkan diri.

Eh, Da ingat kakak kamu ni materialistik sangat ke? Balas Putri Shazlin tanda tidak berpuas hati dengan kenyataan adiknya, cuba menyangkal sesuatu yang nyata. Tidak sanggup dia membayangkan dirinya dicop sebagai materialistik, kata-kata Hazlinda membuatkan Shazlin terasa seperti meninggalkan cop kekal di dahi tertulis materialistic girl.

            Eleh, tak materialistik apanya? Berapa beg kakak bawa balik barang daripada Jepun tu?” Soal Hazlinda walaupun dia tahu bagasi kakaknya sudah pasti telah bertambah satu, kerana sudah menjadi kebiasaan bagi Shazlin membawa pulang extra at least one luggage bila bercuti kemana-mana.
           
            Mesti pokai la abang ipar aku seorang tu nak menanggung kakak aku yang gila shopping ni. Nasib Abang Airyl lah dapat bini macam kakak aku ni. Putri Hazlinda bermonolog sendiri.

            Oh banyak baju baru kakak beli tau Da. Even collection YSL yang kakak tak dapat beli sebelum ni pun kakak jumpa dekat Jepun tu. Putri Hazlinda menggelengkan kepala nya sambil tersenyum dengan telatah kakaknya yang tiba-tiba berubah mood ceria apabila bercakap tentang baju yang baru dibelinya. Shazlin lupa segala rajuknya bila terfikir semua yang dibeli di Jepun yang masih di dalam bagasinya. Airyl yang sudah duduk berhadapan dengan Shazlin tersenyum mendengar Shazlin bercerita tentang hasil borong sakan Shazlin di Jepun.

            Tengok-tengok, tak materialistik apanya macam tu? Cakap pasal shopping je terus berubah mood. Putri Hazlinda tidak melepaskan peluang menghentam kakaknya. Putri Shazlin menggaru-garu kapalanya yang tidak gatal, malu dengan adiknya atas keterujaannya apabila bercakap pasal shopping.

            Yelah-yelah, nak paku-paku orang pulak dia ni. Banyak betul terkena hari ni, pasal tak datang airport, pasal rumah sekarang ni pasal shopping plak.” Shazlin berkata lalu mengeluh.

“Ha…Macam mana rumah baru? Best kan?” Suara Hazlinda ceria bertanya kepada Shazlin, dia tahu Shazlin pasti geram melihat bilik bayi yang disediakan untuk mereka. 
“Best..best giler..kakakmu ini suka sangat.” Shazlin sengaja memberi jawapan begitu, Hazlinda ketawa di hujung talian membuatkan Shazlin semakin berapi. 
“Dah tengok couple set kat rumah tuh?” Hazlinda terus bertanya, “Couple set?”
“mug, apron, slipper, couple t-shirt pun ada..hahaha…” 
“owh… yang tu semua idea Lindalah ni...oh..i see..” Shazlin bersuara sambil mengetap giginya. Tangannya dikepal menahan geram, kalaulah Hazlinda berada dihadapannya pasti dia akan memberi satu tumbukan padu ke wajah Hazlinda. Airyl tertawa melihat rupa marah Shazlin, semakin geram Shazlin jadinya.

“Sudah ah, menyampah aku cakap dengan kau. Kirim salam kat mummy daddy, bye.”

Shazlin mematikan talian, iphone miliknya ditolak tepi. Pizza Hawaiian Chicken telah tersedia di depan mata disambar lantas disumbat ke dalam mulut. Shazlin mengambil dua potong pizza sekali gus lalu dilapis dua sebelum pizza itu disumbat kedalam mulutnya, hampir terkeluar biji mata Airyl melihat gaya Shazlin makan. Mungkin dia terlalu lapar, Shazlin yang makan tanpa berbicara akhirnya bersuara.

Thanks for the..um..pizza Airyl. Awak memang memahami um..kepenatan dan steress…saya, so saya tak larat nak..um..masak”

“Cuba jangan cakap mulut penuh, tak senonoh. Nak kata budak dah besar.” Tersedak Shazlin bila Airyl mengutuknya secara berdepan, hampir tersembur makanan dalam mulut Shazlin ke muka Airyl, mujur tidak kena sahaja.

‘apa kau kata, tak senonoh...aku kerat 18 jugak budak ni kang...mood aku dahla dah ruin tadi.’
“Nah air,” Airyl memberi segelas air putih kepada Shazlin lalu dia pantas menyambar gelas itu untuk melegakan tekak. “anyway saya tak berharap pun awak masak. Reti ke masak, puteri macam awak ni pergi kelas pun orang hantar, nak minum air pun orang hantarkan, ini kan pulak nak masuk dapur.” 

Takk! 

Shazlin meletak gelas dengan kasar di atas meja makan, ekpresi geram terserlah diwajahnya. 

“SAYA MASAK LAH~!!” Jerit Shazlin. 

‘Dia ingat aku apa, penat aku suffer dua bulan kena khusus masak dengan mummy semata-mata nak bagi dia makan, dia kata aku tak reti masak.’

“Oh..reti masak eh?” 

“Sudahlah, malas nak gaduh. Malam-malam tak baik makan banyak-banyak, saya nak naik! Awak...” Shazlin diam seketika sebelum menyambung dengan nada angkuh.

“kemas!”

Airyl terkesima, sebaik sahaja Shazlin hilang dari pandangan dia tergelak kecil.

“Tak baik makan banyak-banyak, tapi dah makan tiga per empat pizza ni baru nak cakap.” 

*~*

“Wah seriously…even bantal golek pun takda.” 

“Bantal golek tu apa?” Airyl duduk di atas katil, Shazlin terkejut mendengar suara Airyl. Shazlin menoleh memandang Airyl.

“itu…bantal yang panjang, yang orang pakai buat peluk tu.” 

‘bukan bantal guling ke?’ Airyl berfikir, dia sendiri tidak pasti.

“puteri nak buat apa dengan bantal tu?”

“Letak kat tengahlah, kalau dalam novel ke drama ke selalunya dalam situasi macam ni, diorang mesti letak bantal tu kat tengah. Diorang dah buang bantal golek kita.huhu..”

Airyl tersenyum melihat muncung itik Shazlin muncul, dia dengan selambanya baring di atas katil itu. 

“Takut sangat…” Komen Airyl.

“hey, saya perempuan mestilah saya takut.”

“hurm…memang patut pun awak takut, saya sendiri tak percaya saya boleh tak buat apa-apa kat awak selama kita tidur sebilik.” 

“ah?” Shazlin terkejut dengan kenyataan Airyl. Matanya mencerlung memandang Airyl yang baring di tepinya, lantas dia bangun dan duduk.

“Awak jangan fikir bukan-bukan Airyl, awak dah janji dengan saya.” Shazlin memandang Airyl, dia tidak tahu apa yang sedang Airyl fikirkan membuatkan dia berasa takut.

“Puteri, saya ni lelaki. Mestilah saya ada fikir..kalau tak saya tak fikir langsung tak normal lah saya ni.”
“huh?” Tangan Shazlin pantas menarik blanket setinggi bahunya untuk menutup tubuhnya. Dia takut kalau Airyl menuntut ‘hak’ dia sebagai suami sekarang, dia belum bersedia. Tambahan pula Airyl pernah tinggal di Jepun untuk beberapa tahun membuatkan Shazlin lebih risau kerana orang Jepun sangat terbuka, kalau Airyl terpengaruh dengan cara pemikiran mereka…

“Jangan risau okay, saya takkan sentuh awak puteri. Saya dah janji kan?” Airyl memujuk Shazlin yang sudah hendak menangis, rasa bersalah menyelinap ke dalam hatiya kerana berkata-kata tanpa berfikir panjang. Shazlin pula, dia tahu ada terdetik rasa bersalah dan berdosa dihatinya kerana terang-terang menunjukkan yang dia tidak mahu, tetapi dia benar-benar belum bersedia. Mungkin suatu hari…tapi bukan hari ini.

“Sudahlah, jangan risau. Awak tidurlah, saya tak kacau. Saya dah nak tidur ni,  awak jangan tendang saya jatuh katil okay, good night.” Airyl menutup matanya, lengannya diletakkan di atas dahi bagi menghalang cahaya. Shazlin memandang kea rah Airyl, dengan perlahan-lahan dia baring disebelah Airyl. Dengan teragak-agak Shazlin mengambil alat kawalan jauh untuk menutup lampu. Terketar-ketar tangannya ketakutan, jantungnya berdegup laju. 

‘Jangan risau okay, saya takkan sentuh awak puteri. Saya dah janji kan?’ Suara Airyl memujuknya terngiang-ngiang di telinga Shazlin, Shazlin menarik nafas panjang dan kemudian menutup lampu, tangannya kemudian meletakkan alat kawalan jauh itu di atas drawer kecil di sebelah katil. Dalam kesuraman cahaya lampu tidur Shazlin berdoa tidak ada apa-apa yang akan berlaku, Shazlin cuba menutup matanya.

*~*~*
~bersambung~
an: no poster for this chapter, bcoz it's too slow to load today. Sorry, will update with poster later. 

Friday, May 18, 2012

[Hello Suami, Hai Isteri!] 19



Hello Otaku Suami, Hai Puteri Isteri!



.: 19 :.
            “Sorang je? Mana yang lain?” Soal Shazlin bila bersemuka dengan Razlan, pemandu keluarga mereka.

            “Lin, Airyl, abang Lan datang ni nak bagi kunci kereta dan kunci rumah baru korang.” Razlan menyua segugus kunci dan juga kunci kereta, Shazlin mengambil kunci itu dengan kerutan di dahinya.

            “Abang Lan tak jawab lagi soalan Lin…” Shazlin mula memuncungkan bibirnya. Airyl memandang Shazlin dengan muka bosan, Razlan ketawa di dalam hati bila melihat reaksi suami Shazlin.

            “Diorang cakap tak payah datang pun tak pe. Jom abang Lan bawak korang kat kereta korang.”

“Takpe-takpe biar saya yang tolak.” Airyl bersuara bila Razlan ingin membantu mereka menolak troli bagasi mereka. Shazlin pula melayan perasaan rajuk kerana keluarganya tidak datang menjemput mereka.

“Sampai hati, tak rindu kat Lin ke…huhu…” Shazlin meluahkan rasa kecewanya, namun tiada siapa yang membalas kata-katanya. Kakinya dihentak-hentak tanda geram, Airyl memandang Shazlin dan menegur sikapnya, “tak payahlah nak buat drama kat sini. Cuba jalan elok-elok, macam budak kecik. Sebab tulah kaki tu sakit.”

“eh dia ni, bukan nak pujuk orang, kata orang pulak..” Shazlin membalas.

“Dah memang betul..” Airyl pula membidas.

“wah..wah..wah..nak cari gaduh pulak..”

“Lin, Airyl ni kereta korang.” Razlan menahan tawa melihat pasangan yang bergaduh bagai kanak-kanak, dia menarik perhatian mereka supaya mereka menghentikan pergaduhan kecil mereka. Kedua-dua pasangan itu terus diam, melihat apa yang dipersembahkan di hadapan mata mereka. Mata Shazlin menjadi bersinar-sinar apabila ternampak model kereta di hadapannya kini, Airyl pula cuba menyimpan perasaan terkejutnya di dalam hati sahaja dan masih berlagak cool.

“er..abang Lan, ni..bukan kereta saya.” Airyl bersuara, dia keliru kenapa kereta di hadapan mereka sebuah kereta Audi A4 bukan Honda Jazz. Airyl menoleh ke kiri tetapi Razlan telah pun menghilangkan diri, tinggal mereka berdua.

“eh? Dah hilang?” Airyl terkejut, Razlan meninggalkan mereka tanpa sebarang bunyi, dia langsung tidak sedar. Airyl menyiku Shazlin yang masih terpukau dengan Audi di hadapan mereka.

“Puteri, Abang Lan dah hilang..”

Who cares? Kita ada Audi!” Shazlin terjerit kecil, Audi memang kereta idamannya, walaupun bukan Audi R8 yang kini ditenungnya asalkan Audi sudah cukup untuk membuatkan dia gembira. Shazlin mara kehadapan untuk menyentuh kereta itu.

wait! Awak pasti ke ini kereta kita?” Airyl menghalang Shazlin dari terus menerpa ke kereta itu.

“Abang Lan dah bagi tau tadi kan. Kita punya…” Shazlin naik angin.

“Kunci tadi mana?” Airyl minta kunci kereta yang diberi Razlan, kalau kereta Audi ini bukan milik mereka sudah pasti mereka akan malu besar bila Shazlin buka pintu. Shazlin mengeluarkan dari poket seluarnya.

See.. Audi ni. Kita punyalah.” Shazlin meyakinkan Amryul yang masih serba salah dengan kunci yang dipegangnya, butang remote di tekan untuk membuktikan Audi A4 hitam yang memukau itu memang milik mereka.

Confirm kita punya.” Sengih Shazlin bila kuncinya terbuka. Shazlin mencampakkan kunci kereta itu kepada Airyl.

You drive.” Shazlin terus membuka pintu kereta, Shazlin berpaling ke arah Airyl dan tersenyum manis sebelum mengarah Airyl dengan muka expressionless, “load the luggage!”

What the hell, selamber je arah-arah aku dengan muka mean plus blur dia. Memang dasar tuan puteri betul…dan aku ni ape? Personal butler die?’

*~*

“Awak pasti ke ini rumah kita?” Shazlin terlebih dahulu menyoal Airyl. Mereka akhirnya sampai ke sebuah rumah banglo dua tingkat di kawasan perumahan yang sama dengan keluarga mereka. 
“Kalau ikut alamat yang kita dapat ni memang rumah ni, memang rumah ni yang ayah cakap nak bagi kita duduk. Ala apa susah, tekan jelah remote pagar tu, kalau terbukak kita punyalah, tadi kan awak guna trick tu.”

“haahlah, betul gak.” Shazlin menurut sahaja cadangan Airyl. Pagar itu terbuka seluasnya, Shazlin ketawa kegembiraan.

“memang kita punyalah. Hahahaha…macam best je bila cakap ‘kita punya’ hehe”

Airyl memandu masuk ke kawasan rumah, keningnya terangkat sedikit kerana pelik dengan perangai Shazlin. Kalau Shazlin sudah ketawa begini semestinya dia terlebih gembira, “kenapa awak cakap macam tu?”

“Iyalah, selama ni kalau duduk rumah besar pun, rumah bapak kita punya bukan kita punya.” Shazlin menjelaskan kepada Airyl, Airyl tersenyum mendengar alasan Shazlin yang tidak munasabah.

“apa bezanya, ini pun kira bapak kita punya jugaklah. Dia hadiahkan kat kita.” Airyl bersuara, tangannya mematikan enjin kereta barunya itu.

“itulah bezanya, dia hadiahkan kat kita so dah jadi kita punya. Samalah dengan kereta ni, dah jadi kita punya.” Shazlin berkata lalu keluar dari kereta, Airyl juga keluar dari kereta lalu menutup pintu kereta.

“eh ada lagi satu lah, mini cooper.” Shazlin mula perasan sebuah mini cooper di situ.

“Saya nak yang ni, saya tak suka bawak kereta besar-besar, susah. Tapi awak punya lagi mahal, tak adil.” Shazlin merungut, Airyl pantas membalas, “Kalau macam tu awak bawaklah Audi ni, saya tak kesah drive kereta ‘murah’ macam mini cooper tu.”

Shazlin terus menarik muka masam bila Airyl menyindirnya, Airyl pula buat muka tidak bersalah. Dia terus ke boot kereta untuk mengeluarkan bagasi-bagasi mereka berdua, Shazlin pula mula melihat keseluruhan rumah banglo itu. Keluasan rumah itu membuatkan Shazlin terpegun melihatnya, rumah itu terlalu besar untuk mereka berdua sahaja.

“wow Airyl…kayanya ayah awak.” Komen itu keluar tanpa Shazin sedar, Airyl tersenyum sinis kerana komen itu, “Habis daddy awak tak kaya?”

“hurm…betul jugak..cepatlah bukak pintu, panas…” Shazlin merengek bagai budak kecil.

“Kunci bukan kat awak ke?”

Shazlin berhenti merengek dan terus menyeluk poket seluarnya, dia tersenyum  sambil mengeuarkan segugus kunci dari poket itu. Dengan pantas Shazlin mencari kunci yang betul untuk membuka pintu itu. Setelah pintu berjaya dibuka, Shazlin terus membuka kasut dan masuk ke dalam tanpa menunggu Airyl.

“Apa ni? Eh..? Selamat datang ke rumah baru, macam mana honeymoon? kunci mini cooper ada kat tempat kunci.” Shazlin membaca nota post-it yang dijumpainya ditampal pada meja kopi sebaik sahaja dia masuk ke ruang tamu rumah itu. 

“Puteri baca apa?” Soal Airyl tanya sebaik sahaja dia meletakkan bagasi-bagasi mereka di tepi pintu. Dia melepaskan lelahnya sebelum menghampiri Shazlin untuk membaca nota itu.

“oh..dah masuk semua? Arigato!”

‘Mesti berat gila beg-beg tu, dah la aku beli banyak barang hari tu. Sampai beli luggage baru, kesian plak aku tengok Airyl ni angkat.’  Shazlin mula rasa bersalah kerana bertindak kejam terhadap Airyl. Shazlin tidak pernah mengangkat bagasinya sendiri setiap kali dia pulang dari percutian kerana bagasinya akan menjadi dua kali ganda berat dari sebelumnya, sebelum ini Razlan akan membantunya mengangkat bagasi-bagasi itu. Rasa bersalah makin menebal bila memikirkan status Airyl sebagai kawan merangkap suaminya sekarang, dibandingkan Razlan pula pemandu keluarga mereka yang dibayar gajinya.

“Amende ni?”

Shazlin terus menunjukkan nota itu kepada Airyl.

“Nota confirm Linda yang tulis.”

“Owh”

“Besarnye rumah ni, macam tak padan untuk kita tinggal dua orang, kan?” Shazlin menyuarakan pendapatnya.

“Tahu takpe, saya cakap macam tu jugak kat ayah but he still wants us to live here, dia cakap dekat dengan rumah keluarga. Nak cakap apa lagi.”

“Jom…house tour.” Shazlin mengajak Airyl melihat rumah mereka. Dia sangat teruja kerana rumah itu mempunyai rekaan dan rekaan dalaman yang menarik. Mereka meneroka rumah itu, bermula dari tingkat bawah hinggalah ke tingkat atas.

Seriously, saya suka gila rumah ni. Awak boleh cakap kat ayah awak saya suka gila rumah ni. Dari bawah boleh tengok koridor tingkat atas macam dalam drama ‘The Birth of Rich Guy’ cerita korea..”

“Cerita apa tuh? Tak tahu..” Sampuk Airyl, Shazlin terus menyambung selepas menjeling Airyl, “bagi contoh cerita melayulah senang, macam cerita zaman P.Ramlee dulu, macam dalam cerita doremi, tiga abdul, pernah tengok?”

Airyl mengangguk, sekarang baru dia faham apa yang dimaksudkan Shazlin dari tadi.

“Suka sangat. Kalau tangga ni besar lagi best.” Shazlin berkongsi pendapatnya mengenai rekaan rumah mereka dengan Airyl, kakinya melangkah pantas mendaki tangga kerana tidak sabar untuk melihat bilik tidur.

“owh, tengok jugak cerita melayu ek? Kenapa kena tangga besar?” Airyl bertanya, dia ingin mengenali Shazlin dengan lebih dekat.

“Saya tengoklah, P.Ramlee tu lagenda kot. Tangga besar best sebab macam cerita Hindustan, bila tangga besar lagi nampak mewah, and yes, saya tengok Hindustan bila saya dah takda cerita lain nak tengok.” Shazlin menerangkan kepada Airyl, Airyl ketawa kecil.

‘suka betul dia dengan benda yang nampak ‘MEWAH’’ celah hati Airyl.

“awak memang sangat-sangat lain dari apa yang saya bayangkan.” Airyl senyum sinis, dia sangat menantikan apa pula kejutan yang bakal diberikan Shazlin kepadanya.

Sebaik sahaja mereka di tingkat atas, bilik pertama yang mereka cari adalah bilik tidur utama, sebaik sahaja pintu master bedroom dibuka, Shazlin sekali lagi terpukau dengan keindahan rekaan dalaman bilik itu. Shazlin sangat berpuas hati dengan rekaan dalaman bilik itu, dari kertas dinding, langsir, cadar dan pilihan perabot serta lampu di dalam bilik itu sangat memukau. Mereka berdua masuk ke dalam itu, melihat di setiap pelusuk bilik itu.
OH MY GOD!!!!!!!! MY DREAM COMES TRUE…..!!!” Shazlin menjerit sebaik sahaja dia menjumpai walk-in wardrobe yang bersebelahan dengan bilik tidur itu. Bertabah ceria Shazlin bila melihat baju-bajunya sudah tersedia bergantung disitu, baju-baju Shazlin telah memenuhi hamper tiga per empat dari ruang wardrobe itu.

“Banyaknya baju awak. Dengan beg lagi, kasut lagi…kalau jual semua ni boleh beli sebijik rumah ni.” Shazlin memberi pandangan tajam kepada Airyl, Airyl bagai terdengar bunyi pisau pabila Shazlin memandangnya begitu. Lantas Airyl mengangkat tangannya, “I was joking okay, saya takkan cari maut jual harta-harta awak ni.”

“Tapi memang banyak..” Airyl menyambung.

“Orang pandai berfesyen, mestilah.” Airyl sudah lali dengan sikap memuji diri sendiri Shazlin, dia tidak memberi sebarang reaksi terhadap pujian yang masuk ke telinganya.

“Bilik sebelah pulak..” Shazlin keluar dari walk-in wardrobe itu dengan hati yang ceria, Airyl Cuma menuruti langkah Shazlin dengan senyap di belakang.

“owh.. bilik study, cantik gak. Bila masa diorang pindahkan barang-barang saya kat sini? Masuk-masuk semua dah siap, dah kemas pulak tu.” Ulas Shazlin, Airyl mengangguk-angguk kepala tanda setuju. Bilik belajar mereka sangat kemas dengan warna bilik dan perabot warna putih, rak-rak buku yang mengelilingi bilik itu penuh dengan buku-buku kuliah Shazlin dan Airyl, novel-novel Shazlin juga sudah siap tersusun disitu. Manga-manga dan beberapa figura Airyl juga telah memenuhi satu per tiga dari keseluruhan ruang pada rak-rak itu. Di tengah-tengah bilik itu terdapat sebuah meja besar, Shazlin menghampiri meja itu kerana dia ternampak sekeping nota yang ditampal di situ.

Komputer kat rumah adik nak pakai, so kakak pakai laptop ni je. OK?

“mana adil monitor besar dia pakai, owh…nasib ada yang ni. Awak punya ke yang screen besar ni.” Shazlin menuding jari ke arah sebuah komputer apple di hadapannya, Airyl mengangguk untuk menjawab soalan itu. 

“Boleh lah saya pakai..”

“Saya tak cakap pun awak boleh pakai.” Akhirnya Airyl bersuara, cepat sahaja muncung Shazlin muncul lagi.

“KEDEKUT! KEDEKUT KEDEKUT KEDEKUT KEDEKUT…! Tak pernah dengar ke sharing is caring? tak payahlah kedekut sangat.” Shazlin meninggalkan Airyl berseorangan di bilik belajar itu dengan muncung itiknya selepas menjerit marah pada Airyl. Airyl keras membatu bila dia disembur Shazlin, diri rasa seperti dihempap konkrit besar dengan perkataan ‘KEDEKUT’ terukir diatasnya.  

ARE YOU KIDDING ME? APA NI?....” Airyl yang mendengar suara Shazlin menjerit terus tersedar lalu bergegas keluar dan melihat apa yang sedang berlaku. Shazlin ternganga di hadapan sebuah bilik, Airyl menghampiri Shazlin dan melihat ke dalam bilik itu. Bilik yang diwarnai dengan warna-warna lembut itu dipenuhi barang-barang bayi serta alat permainan kanak-kakak termasuklah patung teddy bear yang disandarkan pada dinding bilik itu, keluarga mereka telah pun menyediakan sebuah bilik sebagai persediaan kepada Shazlin dan Airyl untuk menimang cahaya mata.

“Airyl…saya tarik balik apa saya cakap, saya tarik balik bila saya cakap saya suka gila rumah ni…ARIENAI TSUNO(ini tak masuk akal)!!!”

*~*~*
~bersambung~

an: assalamualaikum + salam jumaat.
hari saya lmbat lagi.. mesti korang sakit hati kan? saya mintak maaf, dn sy xkan bg alasan. 
Akhirnya mereka berdua jejak kaki ke Malaysia semula....saya tahu mesti ramai yang tak suka dgn perangai Shazlin yang suka complain, tapi macam mana plak dengan airyl yang macam tak ambil kisah+tak ad perasaan? Saya cuba seimbangkan watak2 ni..ada yg baik, ad yg tak elok..nampak je perfect tapi ad kekurangan..kalau saya failed seimbangkan watak mereka, sy mintak maaf..maybe byk lagi yg saya perlu belajar. kalau ad error or salah kat mn2 sila beritahu...

harap anda akan tinggalkan komen..<3 you all^^ weeeeeeeeeeeeee....

ps: dlm 4-5 minggu lagi.. mungkin sy akan amek cuti or stop posting untuk memberi laluan kepada final exam , lepas final mungkin akan post seperti biasa, tetapi..kalau waktu tu sy hendak memberi 100% perhatian kepada manuskrip, mungkin ad perubahan..tgk lah mcm mn nnt..