Followers

Wednesday, October 24, 2012

[Ikatan Cinta Kita] 06

Salam semua... Firstly Z nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua... :) mesti semua pun dah pakat-pakat balik ke kampung halaman masing-masing kan??
Z ni lecturer tak cakap awal2 nak batal kelas then dah terbeli tiket lambat... Huarghhhh kalau tak dah sampai umah dah, ni kena tunggu esok pulakk... Tak pe sabooo ajelah... :(
Kali ni Z nak update awal sebab esok dah nak balik kampung.... Nanti takde wifi, macam mana pulak nak update kan?? heehehehe so korang enjoy laa update yang awal nie... :DDD




.:06:.


“Akhirnya… Dapat juga aku keluar daripada hospital ni!” Izreen menjerit keriangan.
Sedang Izreen sibuk menyiapkan dirinya untuk keluar daripada hospital, tiba-tiba Iphonenya bernyanyi-nyanyi meminta untuk dijawab. Pantas tangannya menyambar Iphone yang berada di atas meja di sebelah katilnya itu. Izreen tersenyum sendiri tatkala terpandang nama pemanggil di skrin telefonnya. Dia menjawab panggilan itu dengan suara yang riang sekali.

Izzan yang baru selesai menguruskan prosedur untuk adiknya itu keluar hospital berjalan untuk kembali ke arah bilik Izreen. Ketika tangannya menolak pintu bilik, dia terdengar adiknya sedang rancak berbual di talian. Tidak pula dia tahu siapa gerangan pemanggil itu kerana adiknya berbual dengan menggunakan Bahasa Cina. Dia melabuhkan punggungnya di sofa sementara menunggu adiknya selesai berbual.

Setelah Izreen menamatkan perbualannya, pantas Izzan menyapa adiknya.

“Hmmm… Siapa tu?” Izzan bersuara.

“Abang rasa?” Soal Izreen semula sambil mengangkat-angkat keningnya.

“Mana lah nak tahu! Sepatah pun abang tak faham okey, tak payah nak perli orang sangat lah!” Izzan mencebik geram.

Terhambur gelak Izreen apabila mendengar kata-kata abangnya yang berbunyi seperti sentap itu.

“Joel lah. Sibuk aje nak tahu…” Ucap Izreen tanpa berselindung.

“Joel? Dia ada dekat Malaysia ke? Izzan bertanya lagi.

Dia memang sudah tahu tentang hubungan adiknya dengan Joel itu. Tapi setahunya adiknya itu sudah berpisah dengan Joel setahun yang lepas. Tidak sangka pula mereka masih lagi berhubung.

“Tak lah. Dia ada dekat Korea. Dia telefon tanya pasal Reen masuk hospital ni. Dua hari lepas dia ada dekat Singapore, baru je balik Korea semalam. Joel cakap dia baru dapat tahu yang pasal Reen masuk hospital ni, kalau dia tahu awal-awal boleh singgah Malaysia kejap tengok Reen.” Panjang lebar Izreen menberitahu Izzan tentang isi perbualannya dengan Joel sebentar tadi.

“Ohhh... Baik pula Reen dengan dia eventhough dah breakup?” Duga Izzan. Sebelum ini dia tidak mengendahkan mereka kerana dia tahu yang adiknya sudah putus dengan Joel tapi tidak sangka pula mereka masih berhubung, Izzan kembali menunjukkan minat!

“Alah... Rileks lah... Kami break je pun, buat apa nak bermusuh?” Balas Izreen pula.

“Lagipun kes kami ni complicated sikit. Nak kata fully break pun bukan.” Tambah Izreen lagi.

“Hah? Boleh pula ada fully break, half break pula? Izzan bertanya keliru.

“Yelah... Kami ni dipisahkan oleh jarak, agama, budaya dan macam-macam lagilah. So kami decide yang tak nak control life each other. Andai kata kami jumpa dengan orang yang lagi sesuai daripada diri masing-masing, kami tak perlu rasa bersalah. Just go on.”

“Lagipun Joel tu hari-hari jumpa perempuan lawa-lawa. Daripada dia cheating dengan Reen, baik juga Reen buat macam tu. Tak ada lah sakit hati kalau dia keluar dengan perempuan lain pun. Kami pun jauh, bukannya tiap-tiap hari boleh jumpa.” Tambah Izreen lagi.

“Peliknya korang ni. So Reen ni kira ada hubungan lagi ke tak dengan Joel tu?” Soal Izzan ingin tahu.

Izreen hanya menjawab dengan jungkitan di bahunya. Dia sendiri pun tidak pasti tentang status hubungannya dengan Joel. Kalau ditanyakan sama ada dia sayang pada Joel, Izreen mengaku yang dia sememangnya sayangkan lelaki itu. Siapalah yang tidak sukakan lelaki kacak yang popular di seluruh Asia itu? Dia memang berbangga kerana terpilih sebagai perempuan yang disayangi Joel. Tapi dia tidak pasti pula perasaannya pada Joel itu cinta atau sebaliknya.Yang dia tahu dia selesa dengan Joel.

Lagipun, mereka perlu memikirkan banyak perkara jika benar-benar ingin bersama. Joel pun bukannya orang biasa, dia artis popular Asia. Jadi akhirnya mereka membuat keputusan sebegitu selepas menimbang beberapa faktor itu. Just go with the flow, lagi senang.

“Macam tak sayang dia je, adik couple dengan dia memang tak ada motif eh? Saja suka-suka?” Provok Izzan lagi.

“Heh, of course I sayang dia… Buat apa couple kalau tak sayang…” Bantah Izreen lagi.

“Iyalah, kalau sayang tak ada lah nak half break macam ni. Boleh pula awak senang-senang je nak break cara macam ni. And dia pun tak sayang awak, sebab tu tak kisah pun nak lepaskan awak macam tu aje… Kan?” Sengaja Izzan mahu menghangatkan Izreen lagi.

Kali ini Izreen terdiam. Sedikit sebanyak memang ada betulnya kata Izzan itu. Dia dan Joel sendiri mengaku yang hubungan di antara mereka sudah hilang spark, dan mereka akhirnya masing-masing bersetuju yang mereka lebih sesuai bergelar kawan sahaja.

“Bunyinya sekarang, macam awak ni playgirl, dia womanizer.” Tambah Izzan selamba dan ketawa lepas.

Tiba-tiba sahaja ada objek melayang pada Izzan, nasib baik tangannya lebih laju menangkap objek tersebut daripada menghentam mukanya.

Hai bu shi cong ni xue hui lai de! (semuanya pun hasil daripada belajar dengan abang juga)!” Selamba Izreen berbahasa Cina, ingin menyakitkan hati abangnya yang sememangnya tidak memahami bahasa itu.

“Hoi, tengah maki aku lah tu!”

Hah, kalau gaduh tak sah kalau tak keluar Bahasa Mandarin dia tu! Mentang-mentang lah dia seorang aje yang sekolah Cina dulu, dia aje yang faham! Izzan sudah mengomel sendiri.

“Memang pun!” Izreen sudah menjelirkan lidahnya nakal. Dia kemudiannya terus melangkah ke dalam bilik air untuk mengambil barang-barangnya. Tidak mahu lagi mempedulikan Izzan.

Setelah selesai mengemas semua barang-barang miliknya, Izreen dan Izzan terus berlalu meninggalkan bilik hospital itu dan menuju ke kereta BMW 3 series milik Izzan. Izzan mengambil beg Izreen dan meletakkan beg tersebut dalam boot keretanya.

Tiba-tiba Izzan dikejutkan suara Izreen yang menjerit memanggilnya.

“Abang… Bunga kat seat belakang ni untuk Reen ke?” Tanya Izreen seraya mengambil jambangan bunga yang dihias cantik itu daripada tempat duduk belakang kereta itu. Ketika melihat tangan Izreen yang sudah mengambil jambangan bunga tersebut, Izzan pantas merampas kembali jambangan bunga tersebut daripada tangan Izreen.

“Errr... Tak. Yang ni abang nak bagi orang lain.” Izzan berkata cemas.

“Kalau Reen nak, nanti abang beli lain…” Tambahnya lagi.

Hampir-hampir sahaja Izzan lupa tentang jambangan bunga yang telah dibelinya sebelum dia datang mengambil Izreen sebentar tadi. Nasib baik Izreen perasaan kehadiran bunga itu di tempat duduk belakang keretanya.

            “Emmm... Reen, Reen tunggu sini kejap. Abang ada hal ni kena settle.” Tanpa sempat Izreen berkata apa-apa, Izzan sudah menghilangkan diri dengan jambangan bunga di tangannya.

Izreen hanya mampu mendengus marah. Sudahlah bunga itu bukan miliknya, ditinggal pula berseorangan di dalam kereta yang panas itu! Ahh, makin panas hatinya!

*~*~*~*~*~*

            Izreen sudah mengipas-ngipas tubuhnya yang berbahang dengan tapak tangannya. Dia bersandar pada kereta Izzan. Daripada duduk dalam kereta, dia keluar pula. Walaupun hari sudah tidak begitu panas, tetapi bahangnya tetap terasa. Dia cuba menyabarkan hatinya sementara menunggu Izzan. Kalau ikutkan hati memang dia mahu sahaja pancitkan tayar kereta Izzan lepas tu menghilangkan diri naik teksi! Panas aje hati dia sekarang ini!

            Dia yang sedang mengomel seorang diri di situ tiba-tiba berhenti sendiri apabila kepalanya terasa seperti dipayungi, terik mentari tadi sudah berganti dengan rasa nyaman. Lantas kepalanya terdongak-dongak. Memang betul pun ada payung di atas kepalanya.

            Apabila dia menoleh ke tepi, alangkah terkejut dia dibuatnya apabila ternampak kelibat Daniel di sebelahnya. Riaknya selamba sahaja sambil memegang payung dan memayungi tubuh Izreen daripada panahan sinaran matahari. Izreen sudah mengangkat kening dan memandang Daniel dengan pandangan tajam.

            “Buat apa berdiri tengah-tengah panas macam ni? Nak sakit balik ke?” Daniel menegur dahulu dengan nada monotonous nya.

            “You nak sibuk apa? Suka hati I lah!” Suara Izreen sudah naik satu oktaf. Perasaan marahnya memang selalu memuncak kalau lelaki ini muncul di hadapan mata.
            Daniel menghela nafas kasar dan berpusing ke arah Izreen.

            “You ni kalau sehari tak melenting tak boleh ke? Asyik melenting aje kerja dia…” Tegur Daniel lembut sahaja tetapi telah membangkitkan lagi kemarahan Izreen. Dia mencebik sebelum membuka mulut.

            “Memang! Kalau I nampak aje muka you yang annoying ni otomatik darah ni rasa naik ke kepala! Sakit je hati ni rasa!” Tempelak Izreen lagi.

            “Apa masalah you ni hah? I rasa I tak ada buat salah apa-apa dekat you pun. Yang you nak marah sangat dengan I tu kenapa sebenarnya?” Soal Daniel ingin tahu. Dia masih mengekalkan nada yang sama, sedikit pun tidak menaikkan suaranya walaupun hati tengah bengang juga sebenarnya.

Pada mulanya memang Daniel ingat mahu diamkan sahaja firasat hatinya, tetapi dia pun semakin bengang dengan Izreen yang tidak pernah mahu berbaik dengannya. Sekurang-kurangnya dia mahu tahu apa yang salah sangat dia buat sampai Izreen marah macam ni!

            “You tu paling annoying sebab tak bagi I keluar wad semalam!”

            “Seriously? Sebab tu je?” Duga Daniel lagi.

            “Excuse me… You tu siapa? I tak kenal you pun okey…”

            Uhhh… Sentap! Tipu lah kalau Daniel cakap dia tak sentap dengan ayat kejam Izreen tu. Dah sah-sah kenal tapi boleh dia cakap macam tu? Tapi dia kekalkan riak biasa dan teruskan menyoal dengan nada monotone dia.

            “Okey… Then apa yang you marah sangat kalau you tak kenal I pun kan?”

            Kali ini Izreen pula yang tersentap. Terasa seperti kena tampar sedas di pipi! Dia sudah gigit bibir sendiri.

            “Tak ada sebab! I nampak aje muka you, I jadi meluat!” Balas Izreen tidak mahu kalah.
            Daniel tergelak kecil mendengarkan alasan tidak matang yang keluar daripada bibir Izreen itu. Okey lah, sakit tu ada. Tapi malas lah dia nak bergaduh dengan orang yang macam tak matang ni kan? Biar lah dia…

“You ni memang ridiculous betul lah Cik Izreen. Pertama kali I jumpa orang macam you…” Perli Daniel sambil tertawa.

            Izreen sudah semakin terbakar, apatah lagi bila dia dengar tawa kecil yang tercetus daripada bibir Daniel.

            “Okey lah I tak nak buat you terus meluat, baik I pergi dulu...”

            “Hah, memang patut pun!” Belum sempat Daniel menyudahkan ayatnya, Izreen sudah memotong. Daniel hanya mampu tersenyum dan tergeleng kecil.

            “Nah, ambil payung ni… Nanti kalau sakit lagi susah pula. Kesian you kena tahan rasa meluat kena jumpa I lagi…” Ujar Daniel sambil menyerahkan payung di tangannya itu. Tetapi Izreen masih lagi memeluk tubuh dan tiada tanda-tanda mahu menyambut.

            “Tak payah! I tak nak!”

            “Hmmm… Okay, up to you. I guess you memang sengaja nak sakit lagi supaya boleh jumpa I lagi kut? So… See you again Cik Izreen… Bye.” Ucap Daniel bersahaja dan terus berlalu. Meninggalkan Izreen yang bengang sendiri itu.

            “Hey, mulut you tu memang macam longkang kan!!! Kalau ya pun I masuk hospital, I tak ingin lah masuk hospital ni lagi! Never again! Memang tak lah I nak jumpa you lagi! Damn you!” 
            Tangan Izreen sudah menumbuk-numbuk angin seolah-olah dia sedang menumbuk Daniel. Bengang di hatinya kala ini hanya Allah sahaja yang tahu!!!


*~*~*~*~*~*
                                                              
                                                         ~Bersambung.....~

P/S: rajin-rajin lahh click reaction box tu dan komen2 ye.... :DD 
       then jgn lupa like.... :)
       Terima kasihhhhhhhh... <3 you all...

Thursday, October 18, 2012

[Ikatan Cinta Kita] 05

Salam semua... :) Hari ni Z rasa excited sangat... Rasa macam nak update awal2 tadi je.. heehehe.. :DD tapi kena tunggu after 12 lah kan walau macam mana punn... So hope korang enjoy laaa tauuu... :DDD


.:05:.

Farah yang sebelum ini lemas kerana perjumpaaan yang tidak disengajakan dengan Izzan, kini makin lemas dibuatnya dengan kerenah lelaki itu yang tidak sudah-sudah mengganggunya. Dalam hari ini saja, sudah lebih 5 kali Izzan berjumpa dengannya untuk mengajaknya keluar bersama.  Dan setiap kali Izzan datang menemuinya pasti Farah mencari alasan untuk mengelak dan melarikan diri. Sumpah dia malu saat ini kerana setiap kali Izzan mencarinya, ada sahaja staf yang nampak. Selepas ini pasti perkara ini akan menjadi bualan mereka.

Farah sudah naik buntu dengan sikap Izzan yang tiba-tiba saja berubah mesra dan beriya-iya mengajaknya keluar. Mengapakah kini Izzan tidak berhenti-henti mengejarnya? Di manakah gadis-gadis yang selalu mengelilingi lelaki itu? Sudah bosankah Izzan dengan mereka semua sehinggakan dia juga menjadi sasaran Izzan?

Tatkala Farah menggilai Izzan suatu masa dahulu, lelaki itu tidak pernah menghargainya. Kini mengapakah pula lelaki itu seperti sangat berminat terhadapnya? Jika dulu Izzan bersikap seperti ini pastinya Farah adalah manusia yang paling gembira dan bahagia, namun kini Farah hanya berasa rimas sahaja dengan keletah Izzan.

Nampaknya Farah akan terus-terusan resah seperti semalam. Ini semua gara-gara Izzan! Tidak boleh jadi begini! Dia tidak boleh membiarkan lelaki itu terus mengacau bilaukan perasaannya. Persetankan dengan lelaki itu. Janji jangan layan sudah!  

Malas sudah dia mahu memikirkan pasal lelaki seorang itu, sekarang ini ada benda yang lebih menarik yang ingin dia tahu. Terus langkah kaki Farah dilencongkan ke arah bilik wad Izreen.

*~*~*~*~*~*
Izreen berbaring dengan wajah masam, geram dalam hatinya masih belum bisa luntur lagi. Dia ditinggalkan berseorangan lagi selepas mummynya balik ke rumah untuk berehat. Abangnya turut keluar kerana katanya dia mempunyai hal yang penting untuk diuruskan.

Entah apalah yang diuruskan abangnya itu, sejak pagi tadi dia kelihatan aneh sahaja. Tadi semasa dimarahi mummy mereka kerana dia tidak menemani Izreen, dan semasa mummy mereka bertanya ke manakah abangnya itu pergi, Izzan hanya tersenyum-senyum  sahaja tanpa memberikan sebarang jawapan yang pasti.

Izreen membelek-belek surat khabar yang baru dimintanya daripada jururawat sebentar tadi. Hatinya yang terbakar sejak pagi tadi terasa semakin meluap-luap apabila membaca tajuk berita yang terpampang di dada akhbar itu.

“IZREEN ZAHNITA PENGSAN KERANA PUTUS CINTA”

Amboi! Pandai betul pihak media massa memanipulasikan kebenaran. Makin berasap Izreen ketika membaca artikel itu yang memuatkan pengakuan pengurus Aiman, seorang artis lelaki yang sememangnya selalu digandingkan dengannya sebelum ini.

Sejak dua tiga menjak ini memang sudah heboh tentang hubungan mereka di dada-dada akhbar, ramai yang mempersoalkan status hubungan mereka. Tetapi hakikat yang sebenarnya, mereka memang langsung tiada apa-apa hubungan!

Izreen melemparkan surat khabar tersebut sekuat hati dan laju mengambil telefon bimbit di atas meja dan menelefon pengurusnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Surat khabar yang melayang itu jatuh betul-betul di hadapan Daniel yang kebetulan lalu di hadapan bilik Izreen. Kuat betul balingan orang sakit ni sampai ke keluar bilik surat khabar itu melayang! Lantas dia mengutip surat khabar itu dan membaca artikel tersebut. Dia terpaku di situ setelah membaca artikel tersebut.

Farah yang baru sampai di situ menyergah Daniel yang sejak tadi terpaku di situ. Terlepas kembali surat khabar yang berada dalam pegangannya jatuh ke lantai semula.

“Kau ni kenapa tercegat dekat sini? Kenapa tak masuk aje?” Tanya Farah sambil memungut surat khabar yang jatuh daripada pegangan Daniel tadi.

“Hmmm… Tak ada apa-apa lah. Eh, kau nak masuk kan, masuklah… Aku baru teringat yang aku ada kerja. Pergi dulu.” Pantas Daniel berlalu tanpa sempat Farah bertanya lanjut.

Farah hanya boleh memandang sahaja kelibat Daniel yang terburu-buru berlalu dari situ. Pelik juga dengan tingkah laku rakannya itu. Dengan akhbar ditangannya, Farah melangkah masuk ke dalam bilik Izreen.

“Reen… Kau kenapa ni? Sakit lagi ke?” Farah pantas bertanya setelah melihat Izreen yang berbaring di katil dengan muka yang masam.

“Ha’ah... Memang sakit pun. Sakit hati!” Izreen menjawab dengan nada marah yang jelas.

“Sakit hati? Dah kenapa kau ni? Demam kau dah okey dah?” Tanya Farah prihatin bercampur dengan rasa hairannya.

“Tu newspaper yang kau pegang tu… Wartawan tu suka hati je nak tulis bukan-bukan pasal aku. Kurang ajar betul.” Marah sungguh Izreen. Sudah lah marahnya pada Daniel tadi belum surut lagi, sekarang ada pula berita yang makin menambah sakit hatinya.

“Hmmm, kau ni betul-betul ke ada hubungan dengan Aiman tu? Aku dah lama nak tanya tapi asyik lupa pula.” Farah bertanya sambil matanya tidak lepas daripada dada akhbar yang berada di tangannya, tekun membaca isi kandungan artikel berkenaan gosip yang melanda rakannya itu.

Kalau tidak silapnya, sudah beberapa minggu berita tentang hubungan Izreen dan Aiman disiarkan di surat khabar tempatan. Tertanya-tanya juga dia akan status mereka berdua itu.

“Tak ada maknanya… Aku rapat dengan dia sebab rancangan tu je okey! Aku tak pernah pun cakap aku setuju nak jadi girlfriend si Aiman tu. Fine! Memang lah dia ada pikat aku, tapi aku tak pernah say yes okay... So maknanya kami tak ada hubungan!” Separuh menjerit Izreen bersuara.

“Okey… Then kenapa pula manager Aiman tu boleh mengaku dekat wartawan yang kau putus cinta dengan Aiman tu?” Soal Farah lagi.

“Hah... Itu satu lagi yang kurang ajar! Pandai-pandai je buat kenyataan bukan-bukan... Hesy! Geramnya aku!” Izreen merampas kembali akhbar yang berada di tangan Farah itu dan meramas-ramaskan surat khabar itu seolah-olah ia adalah pengurus Aiman.

“Hmmm... Kau sabar aje lah Reen... Mulut orang ni kita tak boleh nak control. Dia orang boleh cakap apa sahaja yang dia suka. Jangan lah marah-marah macam ni, karang bertambah sakit nanti kau juga yang merana. Tak berbaloi!” Pujuk Farah.

Farah turut bersimpati dengan nasib rakannya itu. Itulah bayarannya jika menjadi orang terkenal seperti Izreen. Ada sahaja orang yang tidak berpuas hati dan ingin menjatuhkan reputasinya. Sudah menjadi lumrah dalam dunia hiburan, gosip itu seperti itu sudah sebati dalam hidup seorang anak seni.

“Weh, ni aku nak tanya kau benda ni… Tapi jangan mengamuk dekat aku pula!” Awal-awal Farah memberi amaran terlebih dahulu, bukan dia tidak tahu panas baran si Izreen ini bagaimana!\

“Apa benda kau ni? Nak tanya apa?”

“Kau ni dah kenapa yang nak sangat keluar hospital ni? Tak sedar diri ke yang diri tu masih sakit? Siap boleh bergaduh dengan doktor lagi?” Farah akhirnya mengeluarkan soalan panas yang telah menular ke seluruh hospital ini. Kes Izreen Zahnita bergaduh dengan Doktor Daniel!

“Kalau doktor lain mungkin aku boleh compromise, tapi bukan dia okey! Not in millions years!” Bentak Izreen tidak puas hati.

So yang kau sampai boleh bertekak dengan dia tu sebab dia tu Daniel lah?” Duga Farah lagi.

“Sebab dia tu mulut macam longkang! Bengang aje bila fikir balik! Hurgh!” Laju mulut Izreen menjawab.

“Weh, kenapa kau marah sangat dengan dia ni? Setahu aku… Hmmm, ada benda yang aku tak tahu ke ni?” Soal Farah ingin tahu. Sengaja dia tidak mahu menghabiskan ayatnya kerana takut Izreen mengamuk lebih teruk lagi.

“Hmmph! Malas aku nak cerita! Nanti-nanti lah aku cerita dekat kau!”

Akhirnya Farah hanya mampu mengangkat bahunya sahaja, dia tidak akan faham kalau Izreen tak bercerita. Tak apa lah, nanti-nanti pun boleh… Nanti ada pula yang bertambah sakit nanti, dia juga yang susah…

*~*~*~*~*~*

(flashback)

“Woi… Cepatlah... Bus jalan pukul empat tau tak?” Daniel menggesa Aizzat yang terkocoh-kocoh itu.

            “Ya... Aku tengah cepat lah ni. Kalut sangat pun kau ni...” Balas Aizzat sambil berlari-lari untuk mengejar langkah Daniel yang besar itu.

            Hari ini, adalah hari pembebasan bagi Daniel. Akhirnya mereka bebas daripada minggu orientasi yang dirasakan tidak ubah seperti kem tentera itu! Walaupun cuti mereka hanya sehari sahaja, tetapi itu bukan halangan untuk mereka pulang ke rumah masing-masing! Katil empuk dan masakan ibu di rumah sudah memanggil-manggil. Dia perlukan semua itu untuk mengembalikan kekuatan mental dan fizikalnya untuk terus berjuang di kolej ini kelak!

            Masuk sahaja ke dalam bas, Daniel terus mengambil tempat di bahagian depan sekali. Itu sahaja pun yang kosong! Siapa suruh lambat kan? Daniel bersandar selesa di kerusi, tetapi dia terasa seperti diperhatikan, membuatkan keselesaanya terbang pergi. Dia berpaling ke tepi dan perasan yang gadis di seat sebelah sedang merenungnya tajam. Dia kembali merenung badan sendiri, baju yang dipakainya pelik kah hari ni? Rasa macam tak pun? Hati Daniel tertanya-tanya sendiri. Ahhh, malas memikirkan benda yang dia tidak pasti, dia menutup matanya rapat, badannya yang letih perlukan rehat!

            Setelah sejam setengah, akhirnya bas yang dinaikinya sampai juga di destinasi yang dituju. Semua pelajar-pelajar turun dengan tidak sabarnya kerana teruja ingin pulang ke rumah masing-masing. Daniel membiarkan pelajar-pelajar lain turun dahulu daripada bas tersebut. Malas dia mahu berhimpit-himpit dengan mereka yang lain. Setelah keadaan sudah kurang sesak, barulah Daniel menggalas begnya dan turun daripada bas itu. Dia berjalan ke tepi jalan untuk menunggu ibunya datang mengambilnya.

Tiba-tiba Daniel terpandangkan seorang gadis yang sedang berlari-lari anak menuju ke arah kereta Honda Civic yang sudah terpakir di seberang jalan sana. Kalau tidak silapnya, gadis itulah gadis yang sama yang memandangnya sebentar tadi. Dia tidak perasan pula wajah gadis itu, tapi Daniel mengingati baju kurung biru yang dipakai gadis itu.

Daniel terus memandang, dia ingin melihat dengan jelas rupa gadis tersebut. Namun, sungguh dia terpana tatkala terlihat wajah gadis tersebut. Wajah gadis itu amat comel, kulitnya putih bersih, seperti gadis Cina pun ada.

Dia tiba-tiba terasa jantungnya mula berdegup tidak tentu arah, rentaknya tidak kena! Anehnya perasaannya itu. Mata Daniel tidak lepas daripada memandang gadis itu.

“Woi... Apa yang kau pandang tu?” Aizzat tiba-tiba menyapa Daniel. Entah bilalah dia berada di situ, tidak pula Daniel perasan.

Daniel terus memandang gadis itu dan tidak berminat langsung mahu menjawab pertanyaan rakannya itu. Dia melihat gadis itu menghampiri seorang wanita anggun yang baru keluar daripada kereta Honda Civic tersebut. Gadis itu menyalam hormat tangan wanita itu dan memeluknya erat. Mungkin itu adalah emak gadis itu, tekanya di dalam hati.

 Setelah mereka meleraikan pelukan, datang pula seorang remaja lelaki menghampiri mereka. Dia juga melakukan perkara yang sama terhadap wanita itu. Siapa pula remaja lelaki itu? Pada waktu yang sama Daniel terasa seperti perasaan cemburu terbit di sudut hatinya. Lelaki itu pun kacaknya bukan main. Aizzat yang tidak menerima sebarang balasan daripada Daniel turut melemparkan pandangannya ke arah yang sama.

“Yang kau asyik pandang Izzan tu kenapa?” Aizzat bertanya hairan.

“Kau kenal ke budak lelaki tu?” Daniel bertanya pula. Intonasi suaranya kedengaran seperti orang yang tidak berpuas hati sahaja.

“Kenal. Dia tu Syed Izzan Zhariff. Hari tu aku satu group dengan dia masa orientasi.” Aizzat menjawab pertanyaan Daniel. Pelik juga dia dengan Daniel yang tiba-tiba berubah masam itu.

“Dia tu budak sini ke? Sebelum ni tak pernah jumpa pun?”Daniel bertanya lagi.

“Oh... Tak lah, kalau tak silap aku dia tu budak Penang. Hari tu dia bagitahu aku dia naik bas ni sebab mak dia kebetulan ada dekat sini, mesyuarat. So dia pun turun dekat sini je lah.” Aizzat menjelaskan lagi.

“Tu mak dia ke? Then budak perempuan tu siapa pula?” Tidak habis-habis soalan yang keluar daripada mulut Daniel.

“Hmmm... Tu adik kembar dia. Nama tu aku tak tahu lah pula, tak pernah diberitahu pun…” Ucap Aizzat lagi, nada suaranya nakal sekali.

Okey, patut pun Daniel menyoalnya dengan bermacam-macam soalan seperti lagak seorang penyiasat sahaja, ada hati yang sudah terpaut rupanya. Aizzat tersenyum sendiri.

“Oh... Kembar…” Daniel bersuara perlahan. Malu juga dirasakan kerana telah tersalah sangka dengan abang kembar budak perempuan itu dan paling dia terasa malu adalah kerana tiba-tiba sahaja dia cemburu disebabkan oleh seorang budak perempuan yang dia langsung tidak kenal. Pipinya terasa hangat dan merah.

Seraya itu, kereta Honda Civic yang dipandu oleh remaja lelaki itu hilang dari pandangan Daniel. Tetapi bayangan gadis itu tetap melekat utuh di dalam minda Daniel. Dia tersenyum sendiri. Ini kah yang orang kata, love at first sight?

*~*~*~*~*~*

Daniel tersentak ketika telinganya mendengar bunyi kerusi ditarik. Dia mengeluh berat. Daniel terkenangkan waktu di mana dia pertama kali berjumpa dengan Izreen. Sejak semalam, satu demi satu kenangannya bersama Izreen terlayar kembali di ruang mindanya.

Satu lagi keluhan keluar dari mulutnya. Tadi selepas berlalu dari bilik Izreen, Daniel duduk berseorangan di kafeteria. Melihat reaksi Izreen yang begitu marah seperti itu setelah membaca artikel di surat khabar tersebut, dia tidak dapat menahan dirinya daripada terus memikirkan perkara tersebut. Entah-entah Izreen masih lagi mempunyai hubungan dengan artis lelaki itu, jika tidak mengapakah Izreen mahu mengamuk sakan seperti itu?

Walaupun pada luarannya Daniel nampak seperti tidak terkesan langsung dengan tindakan Izreen yang selalu berkasar dengannya, tetapi hakikatnya dia tidak menafikan yang hatinya sebenarnya terluka. Izreen seolah-olah sengaja mahu mencari gaduh dengannya setiap masa. Dan yang paling menyakitkan hati adalah kerana dia langsung tidak tahu menahu mengapa Izreen bersikap seperti itu.

“Ehhh... Korang tahu kan yang Izreen tu masuk hospital ni?” Bicara seseorang yang duduk di belakangnya itu menarik perhatian Daniel. Lantas dia tersedar daripada lamunannya tadi.

Tiba-tiba dia berminat untuk mendengar perbualan sekumpulan jururawat-jururawat yang duduk di meja belakangnya kerana dia terdengar nama Izreen disebut mereka. Dia memasang telinga untuk mendengar butiran bicara mereka.

“Ha’ah... Tahu. Weh... Tadi aku baca paper, aku nampak dalam tu tulis yang dia pengsan sebab putus cinta dengan Aiman, betul ke?” Terdengar lagi suara seseorang menjawab.

“Huh, tak ada lah… Paper tu tipu aje. Korang nak tahu tak… Sepupu aku kerja jadi makeup artist dekat stesyen televisyen yang Izreen kerja tu, dia cakap Aiman tu yang terhegeh-hegeh hendakkan Izreen, padahal dia tak teringin langsung dekat Aiman tu.” Panjang lebar satu suara menjelaskan.

“Hah? Aiman yang handsome tu pun dia tolak?” Satu suara pula mencelah.

“Yelah… Kau tak tahu lagi Izreen tu dulu bercinta dengan siapa…” Pantas suara tadi berkata.
“Siapa? Siapa?” Bersatu suara mereka bertanya.

“Kalau korang nak tahu, Izreen tu sebenarnya ada hubungan dengan Joel Wu tau tak…” Ujar suara tadi.

“Hah? Joel Wu yang artis Korea-Taiwan tu?” Satu suara menjawab dengan suara yang agak terkejut.

“Kau ni biar betul Zila? Tak kan kut..? Joel tu kan artis popular, artis luar negara tu…”

“Betul lah, sepupu aku yang cakap. Info dia ni sangat boleh dipercayai tau… Cuba korang fikir, Izreen tu kan selalu je buat liputan kalau ada mana-mana artis luar negara yang datang Malaysia ni… Lebih-lebih lagi artis negara-negara Asia. Kan ke dia pengacara rancangan Music Asia tu.”

“Lagipun Joel tu kan selalu je datang sini, tiap-tiap kali pun jumpa Izreen. Kiranya logik lah kalau dia bercinta dengan Izreen tu. Izreen tu pun bukan biasa-biasa cantik dia, putih melepak macam anak patung, pandai cakap Cina pula tu, so tak hairankan kalau Joel boleh tersangkut?” Tambah jururawat yang bernama Zila itu.

“Hmmm... Joel tu pun orang Taiwan, tapi popular dekat Korea, dia terpikat sebab Izreen tu pun macam Cina kut?” Satu suara berkata.

“Wahhh… Untungnya Izreen tu kan? Dah lah cantik, dapat pula Joel yang handsome tu jadi boyfriend dia.” Seorang lagi bersuara.

“Kalau aku pun aku pilih Joel tu daripada Aiman… Betul tak?” Zila berkata lagi. Yang lain pun turut bersetuju dengan kata Zila.

“Ehhh... Korang pernah jumpa tak dengan Izreen tu?” Tanya salah seorang daripada mereka.

“Semalam aku yang ikut Doktor Daniel masa check Izreen, dia tu baik sangat, tak menyombong langsung macam sesetengah artis tu. Tapi aku pelik lah, dia layan orang lain baik je, tapi dengan Doktor Daniel dia macam dingin semacam… Kenapa eh?”

“Weh kau tak tahu lagi, tadi dia siap bergaduh dengan Doktor Daniel kut! Menjerit-jerit dia bengangkan Doktor Daniel.” Seorang lagi daripada mereka memberi informasi terbaru.

“Serius aa?” Serentak suara mereka bergema, tidak percaya.

Daniel sudah mengeluh perlahan. Begitu cepat gosip tersebar keluar kan? Maju sungguh sistem gosip di hospital ni, hangat, pantas dan tak pernah terlewat!

“Kalau tak salah aku Doktor Farah dengan Izreen dulu pernah belajar dekat tempat yang sama. Maybe lah Doktor Daniel pun belajar sekali dengan dia orang. And mungkin juga Izreen dengan Doktor Daniel ada salah faham apa-apa tak?” Satu suara berkata, cuba merungkaikan konflik perhubungan di antara Daniel dan Izreen.

Akhirnya Daniel bangun. Sudah malas mahu mendengar perbualan yang hanya menyakitkan hatinya sahaja. Salah faham apa sahaja pun yang berlaku antara mereka? Zaman kolej dulu bukannya mereka pernah ada hubungan rapat sampai boleh ada salah faham? Sungguh dia tidak faham!

Jika tadi tahap keyakinannya masih ada lebih kurang sepuluh peratus, namun kini selepas mendengar perbualan jururawat-jururawat itu, keyakinannya terus jatuh ke tahap kosong.

Artis luar negara yang popular juga boleh jatuh cinta dengan Izreen, dan Aiman yang pada pandangannya cukup tampan itu pun tidak dapat mencuri hati Izreen, inikan pula Daniel. Baik dia lupakan sahaja niat hatinya yang ingin mendekati Izreen semula. Izreen yang sekarang bukan lagi seperti Izreen yang dahulu lagi. Mungkin untuk mendapatkan pangkat kawan kepada Izreen pun Daniel sudah tidak layak!

*~*~*~*~*~*
                                                           ~Bersambung.....~

Jangan lupa komen tauu... :DD Terima Kasih.. :)


Friday, October 12, 2012

[Ikatan Cinta Kita] 04

Salam semua... Haizz.... Mengeluh dulu.. Penat betul hari ni, baru je sampai bilik pukul 11 lebih tadi. Ada test tadi n paling tak boleh blahh, Z tak boleh jawab kott... Penat je baca sungguh2, tengok2 apa yang keluar tu macam tak berkaitan pulak... Dah teruk sangat test tadi sampaikan tahap dimana bila baca soalan pun dah tak faham dia cakap apa, macam mana lah nak jawab kannn.... HAizzzzz.... Z mintak maaf sangat sebab bagi entry lambat hari nie... N sorry sangat sebab korang semua kena baca rungutan Z ni,.... HEhehehe... Gomenasai.... :)))



Twins kita yang hawtttt!! Ahaksss!


.:04:.


Izzan yang baru pulang dari rumah kini sudah sampai kembali ke hospital. Tadi kalut sahaja dia membersihkan diri, tidak mahu berlama-lama meninggalkan hospital. Izzan bukannya tidak mahu berlama kerana bimbangkan adik perempuannya, tetapi dia mahu cepat-cepat bertemu dengan insan yang dinantinya setelah sekian lama itu.

            Setelah menapak masuk ke dalam hospital, kakinya tidak dihayunkan ke bilik adiknya tapi dia berkeliaran di sekitar perkarangan hospital. Niatnya cuma satu, iaitu untuk mencari Farah. Meliar matanya melihat setiap manusia yang jantinanya perempuan yang berselisihan dengannya, hanya untuk bertemu dengan Farah.

Penat Izzan mencari. Hampir ke seluruh pelosok hospital dia mencari, tetap juga tidak ketemu dengan orang yang dicarinya. Akhirnya dia mengalah, kaki Izzan melangkah kembali ingin menuju ke bilik yang menempatkan adiknya.

            Dalam kakinya sedang melangkah, tubuhnya tiba-tiba merempuh seseorang yang berjalan dari arah bertentangan. Habis barang-barang di tangan perempuan itu bersepah di lantai. Izzan pantas memungut kembali barang yang bersepah itu dan menuturkan kata maaf. Saat kepalanya mendongak untuk melihat kelibat orang yang dilanggarnya, alangkah terkejutnya Izzan kerana orang yang dilanggarnya itu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Farah.

            Sebentar tadi Izzan mengutuk dirinya yang berjalan sambil berkhayal, tetapi sekarang hatinya mengucapkan kata syukur pula. Kerana dia berkhayal lah dia bertembung dengan orang yang dicarinya. Memang betul setiap perkara yang terjadi itu mempunyai hikmah disebaliknya.

            “Farah… Ingat lagi tak Izzan?” Izzan memulakan bicara sambil tangannya menghulurkan fail Farah yang dikutipnya tadi.

            “Hah..?” Farah terkejut, tidak menyangka yang Izzan akan menegurnya.

            Tadi selepas mengutip barang-barangnya, dia mahu cepat-cepat beredar dari situ setelah dia perasaan lelaki di hadapannya itu ialah Izzan. Dia menyesali perbuatannya yang berkhayal sambil berjalan sehingga terlanggar Izzan.  Kini dia menggelabah kerana dalam hatinya, dia tidak langsung mahu bertembung dengan lelaki ini, inikan pula mahu bersembang-sembang. Dia tidak mempunyai pilihan lagi, nampaknya dia perlu juga membalas pertanyaan Izzan. Tak mungkin untuk dia berlalu begitu sahaja dan membiarkan Izzan dengan sapaan yang tidak berbalas bukan?

            “Ha’ah... Izzan... Abang kembar Reen kan? Hmmm, ingat.” Acuh tak acuh sahaja balasan Farah. Izzan tersenyum gembira kerana Farah masih mengingati dirinya. Nampaknya peluangnya untuk mendekati Farah terbuka luas.

            “Lama kan kita tak jumpa? Rasanya lepas habis je belajar kat matrik tu kita langsung tak pernah jumpa kan?” Izzan masih dengan suara yang ceria.

Farah hanya membalas dengan anggukkan sahaja. Malas mahu melayan Izzan yang kelihatan teruja itu. Dia melayan Izzan sekarang ini pun hanya sekadar mahu berbasa-basi sahaja, dia tidak mahu pula dicop sebagai seorang yang sombong.

            “Hmmm, apa kata kita pergi ke café and have a chat? Tak kan nak berdiri dekat sini kut?” Izzan mencadangkan kerana buat masa ini banyak sekali perkara yang ingin dibualkan dengan Farah.

            “Aa… aa...  Saya minta maaf lah, tapi sekarang waktu kerja saya lah Izzan.” Tergagap sahaja Farah  membalas. Memang benar pun sekarang waktu kerjanya, tapi sekiranya bukan waktu kerjanya sekali pun, dia tidak akan sekali-sekali mahu untuk pergi bersama Izzan.

            “Ooohhh... Ha’ah lah... Saya lupa. Hmmm, next time maybe?” Ujar Izzan sedikit kecewa. Terlupa pula saat ini mereka berada di hospital tempat Farah bekerja.

            Farah pantas menamatkan perbualan mereka dan berlalu apabila seorang jururawat memanggilnya. Dalam hatinya amat bersyukur kerana jururawat tersebut memanggilnya. Terasa seperti makin benci pula apabila bersua muka dengan Izzan.

*~*~*~*~*
“Ermmm… Excuse me…” Izreen berdehem dan menegur jururawat yang berada di work station itu.

“Ya?” Jururawat itu menyahut sambil mengangkat kepala daripada kerja di tangan.

Oh my god! Cik Izreen!” Terkejut sedikit dia dibuatnya apabila selebriti itu berada di hadapannya. Sejak dia masuk kerja tadi dia ada mendengar rakan-rakannya menyebut yang selebriti popular itu sedang berada di dalam hospital mereka, tetapi tidak sangka lah dia akan berjumpa depan-depan begini!

Izreen memberikan sebuah senyuman manis sebelum meneruskan soalannya.

“Errr, Cik Nurse… Saya dah boleh discharge kan?”

“Sekejap ya, saya kena check dulu.” Laju tangan jururawat itu bergerak untuk mencari maklumat yang dikehendakinya.

Apabila melihat jururawat itu sudah jumpa dengan apa yang dicari, senyuman Izreen semakin melebar. Tidak sabar rasanya dia ingin pulang ke rumah! Walaupun kepalanya masih terasa berdenyut, dia lagi rela pulang ke rumah daripada terpaksa menghadap lelaki yang paling dia benci itu!

“Maaf Cik Izreen, dalam record dekat sini doktor tak ada bagi apa-apa notis yang mengatakan cik dah boleh balik dan sekarang doktor Daniel belum masuk lagi, cik kena tunggu doktor sampai dulu.”

Berubah terus muka Izreen apabila mendengar kata-kata jururawat itu. Hesy, nampaknya doktor seorang itu memang mahu mencari gaduh dengannya. Nanti, tunggu! Siap dia!
“Bila dia nak masuk ni?” Soal Izreen tidak sabar.

“Emmm, tak lama dah cik… Sekejap lagi dia masuk. Hah, tu dia dia dah sampai… Panjang umur dia…” Jururawat itu meluruskan telunjuknya ke arah kanan. Serta-merta Izreen memalingkan mukanya ke arah yang ditunjukkan. Nampak kelibat Daniel berjalan ke arah mereka.

“Okey, terima kasih.” Tanpa menunggu lama, terus Izreen meninggalkan jururawat itu dan berjalan laju ke arah Daniel.

“Doktor, I dah sihat ni. I nak discharge sekarang.” Tanpa sebarang mukadimah Izreen terus menyerang Daniel.

“Siapa yang benarkan you turun katil ni?” Tidak mengendahkan apa yang Izreen pinta tadi, lain pula yang disoal Daniel.

“Hesy, jangan nak melencong boleh tak doktor? I dah sihat. Nampak ni! Sebab dah sihat lah boleh bangun dan jalan-jalan macam ni!” Kesabaran Izreen semakin menipis, manakala suaranya pula semakin meninggi.

“You balik bilik you, nanti I pergi check you dulu… Lepas tu baru kita bincang macam mana…” Arah Daniel dan terus berlalu, tidak mahu terus bertekak dengan Izreen.

Izreen semakin tidak puas hati apabila ditinggalkan begitu, laju kakinya melangkah mengejar langkah Daniel.

“Doktor! I cakap I nak keluar lah!” Separuh menjerit Izreen dibuatnya. Sudahlah dia sememangnya tidak suka pada Daniel, kini semakin memuncak lagi darjah kebenciannya pada lelaki itu!

“You ni faham arahan ke tidak? Memang lah you nampak sihat, tapi tak semestinya you dah betul-betul sihat. Dah, you balik bilik you dulu, nanti I datang!”

“Heee Doktor!!!” Kali ini bukan separuh menjerit seperti tadi, tetapi Izreen betul-betul menjerit. Habis dirinya menjadi perhatian orang-orang yang kebetulan berada berdekatan situ.

Tetapi Daniel langsung tidak mengendahkan jeritan Izreen itu, dia hanya meneruskan langkahnya tanpa langsung memandang ke belakang. Membuatkan Izreen bertambah bengang. Dengan perasaan tidak puas hati, dia berpusing ke belakang. Dia menghentak-hentakkan kakinya tanda protes.
*~*~*~*~*

Izreen yang sedang membelek majalah di atas katil itu menjeling Daniel yang berjalan masuk menghampirinya itu. Mulutnya dicebik-cebik tanda meluat.

“Cik Izreen… Saya nak check suhu badan cik…” Izreen hanya kembali tersenyum apabila suara jururawat yang bersama Daniel itu bersuara. Akhirnya dia akur dan membiarkan jururawat itu melakukan pemeriksaan ke atasnya.

So? I dah okey kan?” Selesai sahaja pemeriksaan ke atasnya, Izreen terus bertanya sinis pada Daniel.

Daniel tidak terus memberikan jawapan, dia menyelesaikan kerja menulis di atas laporan kesihatan Izreen terlebih dahulu. Kemudian perlahan-lahan baru lah dia mengangkat muka dan menumpukan perhatian pada gadis di hadapannya itu. Saat mata mereka bertembung, dia terus mendapat sebuah jelingan maut daripada Izreen. Amboiii! Bukan main lagi dia!

“Suhu badan you masih tinggi lagi Cik Izreen… Demam you tak kebah lagi ni, you tak boleh keluar.”
“Apa ni doktor… I rasa I dah okey tu okey dah lah! Badan I tak kan I tak tahu?” Protes Izreen lagi. Walaupun kepalanya masih sakit dan terasa pening-pening lalat, tetapi Izreen masih ada tenaga untuk bertekak dengan Daniel.

“Cik Izreen, orang yang sakit ni dia memang selalu tak mengaku dia sakit. I lebih tahu, so better cik ikut saja cakap I, okey?” Bicara Daniel itu lembut sahaja tetapi tepat menusuk ke hati Izreen. Badannya yang sememangnya panas bertambah panas dibuat Daniel.

“Kalau I balik, I rasa I boleh sihat lagi cepat sebab ramai orang boleh jaga I dekat rumah. You tahan I dekat sini pun macam lah you boleh pantau I 24/7!” Sinis Izreen bersuara. Siap buat memek muka sekali.

“Ooo… You nak I pantau you 24/7 ke? No problem, I boleh jaga you kalau you nak…” Selamba tutur Daniel membangkitkan lagi riaksi marah Izreen, sepantas kilat kepalanya dipalingkan menghadap Daniel dan menjeling lelaki itu tajam. Kalau lah matanya boleh mengeluarkan laser, rasanya memang sudah rentung badan Daniel dibuatnya.

“You jangan nak loyar buruk boleh tak doktor?!! You ni lah doktor yang paling annoying sekali I pernah jumpa!” Bengang Izreen sudah tidak tertahan lagi. Kepalanya yang sejak tadi terasa berpinar semakin pening akibat bertekak dengan Daniel. Rasa macam mahu sahaja dia baling muka kacak Daniel itu dengan Loubotin 5 inci dia!

“Hmmm… You pun apa kurangnya Cik Izreen…” Meleret sahaja bunyi suara Daniel, sengaja mahu membangkitkan lagi kemarahan Izreen.

“You lah pesakit yang paling annoying sekali I pernah jumpa!” Tambah Daniel selamba, mengulang semula ayat Izreen tadi.

Serta-merta, mata Izreen yang sedia bulat itu semakin membulat. Gigi diketap kuat, kedua-dua belah tangan sudah mengepal penumbuk, kalau lah Daniel tu berdiri dekat dengan dia…

Damn you doktor!!!” Selantang-lantangnya Izreen menghamburkan kegeraman di hati. Sudah tidak dipedulikan keadaannya yang masih tidak sihat itu dan statusnya sebagai public figure.

Jururawat di sebelah Daniel itu sudah terangkat sedikit bahunya mendengar jeritan lantang Izreen itu manakala Daniel pula masih mengekalkan riak selambanya, tidak terusik langsung dengan kemarahan Izreen itu.

“Eh, sayang… Are you okay? Kenapa ni?” Tiba-tiba satu suara yang datang daripada pintu bilik menarik perhatian semua di situ, menghentikan pertengkaran mereka tadi.

Melihat sahaja kelibat Datin Zahlea datang menghampiri mereka, Izreen sudah menarik muncung. Sebaik sahaja tubuh Datin Zahlea berada di sebelahnya, terus sahaja dia menerpa ke dalam pelukan mummynya.

“Kenapa ni Reen? Apa yang sampai terjerit-jerit ni? Kamu okey tak ni?” Bertalu-talu soalan yang keluar daripada mulut Datin Zahlea. Bimbang sungguh dirinya apabila anak kesayangannya itu sudah mula mahu menangis.

Sudah lah dia baru sampai daripada Singapura, tidak sempat apa-apa dia terus berkejar ke hospital. Sampai di hospital pula, dia terdengar anaknya menjerit-jerit begitu. Ibu mana yang tidak risau melihat keadaan anaknya begitu.

“Doktor, macam mana dengan anak saya ni? Dia tak apa-apa kan?” Datin Zahlea mengubah sasaran pada Daniel pula sementelah Izreen tiada tanda-tanda mahu menjawab soalan-soalannya tadi.

“Emmm… Macam ni puan, so far anak puan tak menghidap apa-apa penyakit berbahaya. Malam tadi dia cuma gastrik. Tapi saya terpaksa tahan dia di wad sebab dia over exhausted dan mengalami demam, dan suhu badan dia agak tinggi.” Dengan tenang Daniel menerangkan keadaan Izreen.

Mummy… Reen nak balik… Tak nak duduk wad…” Rengek Izreen manja. Dasar anak bongsu, memang terlebih manja lah dia ni.

So doc?” Datin Zahlea memandang Daniel, meminta penjelasan lanjut.

Daniel menggeleng-geleng sebelum bersuara. 

“Saya masih tak boleh benarkan dia balik, demam dia masih teruk dan suhu badan dia masih tinggi.”

“Dengar tu sayang… Just stay here okay… Dengar cakap doktor tu.” Nasihat Datin Zahlea sambil menepuk-nepuk bahu anaknya.

Mummy…” Izreen sudah mula merengek lagi. Sudah tidak kisah dengan jururawat yang masih berada di sebelah Daniel itu.

No sayang. You have to stay here! Kalau doktor benarkan pun, mummy tak akan benarkan Reen balik!” Kali ini Datin Zahlea bersuara tegas.

Akhirnya Izreen hanya mampu merengus kasar apabila permintaannya langsung tidak diendahkan Datin Zahlea. Dia terus merebahkan tubuhnya ke katil dengan kasar, protes lah tu…
Datin Zahlea mengucapkan terima kasih pada Daniel dan jururawat tadi dan mereka berdua terus berlalu, meninggalkan Izreen dan Datin Zahlea di situ.

“Ni abang kamu mana? Dari mummy sampai tadi mummy tak nampak batang hidungnya.” Soal Datin Zahlea tiba-tiba.

“Entahlah abang tu... Dia melencong mana entah? Pagi tadi dia balik rumah mandi, tapi sampai sekarang dia tak sampai-sampai lagi.” Dengan muncung yang masih panjang, Izreen menjawab juga.

“Hesy… Anak teruna seorang ni memang tak boleh diharaplah…” Datin Zahlea membebel mengenangkan anak lelakinya itu. Lain yang dijanji lain pula yang dibuatnya. Nanti apabila anaknya itu datang siap lah dia nak membebel sampai telinga Izzan bernanah!

*~*~*~*~*~*
                                                      ~Bersambung......~