Followers

Thursday, January 3, 2013

[Ikatan Cinta Kita] 17




.:17:.

Farah menyisir rambutnya yang panjang mencecah bahu itu. Dia baru sahaja siap membersihkan diri dan bersolat isyak setelah pulang daripada hospital. Segar sedikit badannya setelah mandi, hari ini dia memang keletihan setelah berjam-jam bertugas di hospital. Ramai betul pesakitnya hari ini, sampaikan Farah terpaksa menyambung tugasnya walaupun waktu kerjanya sudah tamat.

Memang begitulah tugas sebagai seorang doktor, perlu bertugas bila masa sahaja yang diperlukan. Farah bangun untuk mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas katil. Telefon itu berbunyi tanda ada mesej yang masuk. Pantas jarinya menyentuh skrin telefonnya untuk melihat mesej yang baru masuk itu.

Salam, awak Farah Nadhiaa Yahya kan? Saya Zhariff.

Terangkat kening Farah setelah membaca mesej tersebut. Setahunya dia tiada kenalan yang bernama Zhariff, siapa pula Zhariff yang menghantar mesej kepadanya itu? Siap letak nama penuh dia lagi.

Wasalam.
Ya, saya Farah.
Sorry ye, tapi awak ni siapa?

Laju sahaja jari-jemari Farah menekan skrin sentuh telefon bimbitnya untuk membalas mesej tersebut. Beberapa minit kemudian, telefonnya berbunyi lagi.

Saya Zhariff, calon suami awak.

Melopong mulut Farah apabila membaca apa yang tertulis di skrin telefon bimbitnya. Dia terasa darah menyerbu naik ke pipinya, malu yang amat. Macam mana lah dia boleh terlupa dengan kewujudan lelaki yang bernama Zhariff ini, padahal dia sendiri yang telah berpesan pada emaknya supaya menyuruh Zhariff menghubunginya supaya mereka boleh berbincang.

Jantung Farah berdegup kencang. Ini baru saja Zhariff menghantar mesej, bayangkanlah jika mereka berjumpa, rasanya ada juga orang yang pengsan. Farah menghembuskan nafasnya perlahan-lahan untuk menenangkan dirinya. Semua ini salah Zhariff juga, setelah berhari-hari baru dia menghubungi Farah. Memang patut pun dia terlupa dengan kewujudan lelaki ini dalam hidupnya. Setelah jantung Farah berdegup dengan kadar yang normal, barulah Farah menaip perlahan-lahan mesej untuk Zhariff.

Sorry ye, saya lupa pulak.
Iya lah, dah berhari-hari saya pesan supaya contact saya baru sekarang awak contact.
Jangan ambik hati ye… 

Seminit kemudian mesej Farah berbalas. Dia membuka mesej itu dengan hati yang berdebar-debar.

Saya baru balik aje ni.
Mummy saya baru sampaikan pesanan awak.
Maaf kalau awak tertunggu-tunggu.

Mulut Farah membentuk huruf ‘O’. Lupa pula dia yang Zhariff ini kerjanya pilot, lagipun emaknya sudah memberitahunya yang Zhariff keluar bertugas ke luar negara selama tiga hari, dia sendiri yang terlupa. Kesian Zhariff yang tak berdosa itu pula yang dia salahkan.

Owh, tak pe…
It’s okay…
Hmmm... Sebenarnya saya nak berbincang dengan awak.

  Farah merebahkan tubuhnya ke atas katil empuk miliknya. Mahu merehatkan badan yang letih sambil menunggu mesej Zhariff. Dia merenung siling lagi seperti kebiasaannya. Farah sebenarnya mahu bertanya pendapat Zhariff tentang rancangan emak-emak mereka yang mahu satukan mereka. Zhariff juga bersetuju seperti dia kah? Farah tidak kisah lagi tentang rancangan emaknya itu, dia hanya mahu menurut kata emaknya.

Zhariff pula bagaimana? Farah tidak mahu merampas kekasih orang lain pula jika Zhariff sudah mempunyai pilihan hati, tidak mahu nanti timbul masalah lain pula. Telefon yang berbunyi menyentakkan Farah daripada lamunannya. Jenuh tangannya menggagau telefon bimbitnya yang entah melayang ke mana. Farah merengus perlahan, jauh pula telefonnya melayang ketika dia sedang mengelamun tadi. Tangannya pantas membuka mesej yang dihantar Zhariff setelah dia berjaya mencapai telefon bimbitnya.

Awak nak bincang apa?

‘Ceh, ayat panjang ni pun ambik masa berkurun nak balas.’ Farah mengutuk Zhariff di dalam hati.

Awak tak kisah ke nak dijodohkan dengan saya?
Emmm... Girlfriend awak tak marah ke?

Butang send ditekan. Banyak soalan yang ingin ditanya Farah sebenarnya. Dan yang paling penting sekali ialah status Zhariff. Jika Zhariff berkahwin dengannya dengan tidak rela hati, pastinya susah bagi mereka berdua kelak. Jadi lebih baik Farah bertanya dengan lebih lanjut terlebih dahulu.

Saya cuma nak jadi anak yang taat aje, saya tak kisah dengan pilihan mummy saya.
Awak pulak? Tak kisah ke dijodohkan dengan orang yang awak tak kenal?
P/s : Saya mana ada girlfriend… Kalau ada tak de lah saya setuju…

Farah mencebikkan bibirnya apabila membaca mesej daripada Zhariff itu.

‘Cewah.. Main p/s, p/s pulak. Lempang kang…’ Bisik Farah di dalam hatinya.

Tapi daripada mesej Zhariff itu, ternyata Zhariff adalah seorang anak yang taat pada ibu bapanya. Pastinya dia juga adalah seorang lelaki yang baik, Farah merumuskan.

Saya pun hanya nak mengembirakan mak saya.
Saya yakin akan bahagia kalau dia gembira.

Farah membalas dengan ayat yang paling standard sekali. Tetapi memang itu lah sebab dia menerima cadangan emaknya itu.

Awak nak jumpa saya ke?
Saya dengar mummy saya cakap kalau boleh dia nak hantar rombongan
meminang lagi dua minggu lagi.
Sempat lagi awak nak ubah fikiran kalau awak tak puas hati dengan saya.
Hahaha…

Itulah balasan yang diterima oleh Farah. Panas punggungnya apabila membaca mesej itu. Mahu berjumpa? Dia memang seboleh-bolehnya tidak mahu berjumpa dengan Zhariff buat masa terdekat ini, dia masih tidak bersedia lagi.

Ha-ha-ha... Lawak la sangat…
Awak nak jumpa saya ke?
Saya tak kisah pun rupa awak macam mana…
Saya terima seadanya. Yang penting hati budi awak baik. 

Farah berdoa di dalam hati supaya Zhariff tidak meminta untuk bertemunya. Dia tidak bersedia untuk menghadapi lelaki yang bakal menjadi suaminya itu. Farah pantas membuka mesej yang dihantar Zhariff. Tidak putus-putus dia berdoa di dalam hati.

Saya pun tak kisah, yang penting mummy saya suka…
Kalau awak nak jumpa saya, kena cepat-cepat lah.
Sebab lagi dua hari saya kena fly lagi.

Pantas otak Farah berputar mencari jalan supaya mereka tidak perlu berjumpa.

‘Aahhh… Dah dia pun tak kisah, aku cakap je lah aku sibuk dua hari ni. Lepas tu dia kena pergi luar negara dah, so tak payah lah kami jumpa. Hehehe, Farah tergelak jahat di dalam hati.

Sorry lah ye... Saya sibuk lah dua hari ni.
Awak tak kisah kan kalau kita tak jumpa?
I mean, kita pun dah setuju.
Jumpa ke, tak jumpa ke, sama je kan?? 

Farah berharap Zhariff tidak banyak kerenah dan bersetuju sahaja dengan apa yang dikatanya itu. Memang betul pun apa yang dikatanya itu, kalau mereka berjumpa pun tetap juga tidak mengubah apa-apa. Keputusan sudah diambil, mereka tetap juga akan berkahwin.

Okay lah kalau macam tu.
Saya tak kisah pun…
 Apa-apa pun kita dah buat keputusan kan…

Terasa seperti mahu melompat sahaja Farah selepas membaca mesej Zhariff itu. Gembira kerana Zhariff bersetuju dengannya dan tidak banyak songeh. Malah Zhariff juga berfikiran sama sepertinya. Bagus, bagus… Ada keserasian nampaknya.

Terima kasih lah sebab awak tak kisah…
Saya janji akan terima awak seadanya. 

Farah membalas mesej tersebut dengan senyuman melebar di bibirnya.

Sama-sama.
Saya pun sama.
Saya harap kita boleh bekerjasama dengan baik…

Tergelak Farah membaca mesej Zhariff itu.

‘Boleh dia sebut bekerjasama… Hahaha… Buat lawak betul.’ Farah berkata di dalam hatinya.

Ya… Harap begitulah…
Zhariff, saya dah nak tidur ni.
Penat lah kerja banyak dekat hospital tadi.
Goodnight...

Farah membalas mesej Zhariff. Matanya memang sudah kuyu menahan kantuk. Dia mahu cepat-cepat melelapkan matanyanya, badannya sudah terlalu letih.

Okay…
Goodnight…
Nanti bila ada masa, kita mesej lagi.
Sweet dream…

Farah sekadar membaca sekilas sahaja mesej terakhir daripada Zhariff itu. Setelah meletakkan telefon bimbitnya di atas meja di tepi katil, Farah terus melelapkan matanya.

Walaupun mata Farah sudah terpejam, tetapi fikirannya masih memikirkan lelaki yang bernama Zhariff itu. Pada pandangan Farah selepas berbalas mesej dengan Zhariff, dia dapat merumuskan yang Zhariff ini adalah lelaki yang baik.

Pertama sekali, dia bersetuju dengan untuk dijodohkan dengan Farah dengan alasan hendak menjadi anak yang taat. Satu poin di situ. Farah tersenyum dalam pejamnya. Zhariff juga seorang yang tidak memaksa, dan menerima saja semua yang dicadangkannya dengan hati terbuka. Satu poin lagi di situ.

Farah masih mengira-ngira poin baik yang dapat dikumpulkan daripada Zhariff. Kerjaya Zhariff sebagai juruterbang juga membuatkan sesiapa sahaja mengaguminya. Tambah satu poin lagi. Dan kalau tidak salahnya, emaknya pernah menyebut yang Zhariff ini minat dalam bidang fotografi. Nah, sudah sama minat mereka. Bertambah lagi satu poin untuk lelaki yang bernama Zhariff ini. Cara dia bercakap pun seperti sangat bersopan dan berhemah. Satu poin lagi boleh dihadiahkan buat Zhariff. Lagi… Lagi… Otak Farah ligat berputar. Seronok pula mencari kelebihan bakal suaminya itu.

‘Kalau anak datuk tu boleh masuk dalam poin tak?’ Farah bersuara di dalam hatinya.

Bantai je lah Farah oiii… Anak Datuk pun satu kelebihan juga apa? Bukanlah bermaksud Farah tamakkan harta dan gelarannya, tetapi rasanya tidak salah juga jika itu dimasukkan di dalam salah satu kelebihan Zhariff. Tambah satu poin lagi.

Rupanya pula? Farah tidak kisah lah. Menurut emaknya Zhariff itu tergolong dalam golongan lelaki yang kacak. Mungkin ada benarnya kerana emaknya memang jarang memuji orang kacak. Tambahan pula, orang yang berkerjaya sebagai juruterbang ini selalu sahaja dianggap kacak oleh Farah.

Tawakal aje lah, asal sedap mata memandang pun jadi lah. Apa-apa pun semuanya sudah ditentukan. Lagipun Zhariff sendiri sudah memberitahu sebentar tadi yang pihaknya mungkin akan menghantar rombongan meminang dalam masa dua minggu lagi. Farah redha sahaja.

Dari tadi mengira, rasa-rasanya semua yang dikiranya itu kelebihan. Jadi boleh dianggap Zhariff ini serba-serbi sempurna. Farah menerima sahaja, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Akhirnya Farah terlena juga dengan perasaan yang lega.

*~*~*~*~*~*

Izzan hanya tersenyum setelah membalas mesej Farah itu. Cuak juga dia tadi ketika mummynya memberitahu pesanan Farah yang mahu dia menghubunginya segera. Izzan menggunakan nombor yang lain ketika menghantar mesej kepada Farah sebentar tadi. Tidak mahu rahsianya bocor kerana Farah sudah mengetahui nombor telefonnya yang lagi satu itu.

Dia perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika mahu rancangannya berjalan dengan lancar. Dia juga tidak mahu mengambil risiko dengan terus melefon Farah. Izzan takut nanti Farah perasan suaranya. Akhirnya dia mengambil langkah paling selamat dengan menghantar pesanan ringkas sms sahaja.

Hatinya berdebar-debar ketika menunggu semua mesej balasan daripada Farah. Tidak putus dia berdoa supaya Farah tidak meminta yang bukan-bukan. Mahunya Farah mahu meminta dia supaya menolak cadangan emak-emak mereka untuk menyatukan mereka, boleh pecah kepala Izzan mahu memikirkan cara lain pula.

Tapi nasib baik juga semuanya berjalan dengan lancar sahaja. Farah juga bersetuju tanpa banyak soal. Di dalam hatinya terselit juga rasa marah kerana Farah dengan mudahnya menerima cadangan emaknya untuk menjodohkannya, walaupun dia tidak kenal dengan lelaki yang bakal menjadi suaminya itu. Jika lelaki itu adalah orang lain dan bukan dirinya, mahunya dia gigit jari.

Sebentar tadi terketar-ketar juga jarinya mahu menaip semasa dia bertanya sama ada Farah mahu berjumpanya atau tidak. Walaupun berisiko tetapi dia perlu juga bertanya begitu untuk menampakkan real. Andai kata Farah mahu berjumpa dengannya, pandai lah dia mencari alasan lain pula nanti. Tapi nasib menyebelahinya apabila Farah tidak kisah jika mereka tidak berjumpa sekali pun. Lagi senang kerjanya, selamat otaknya. Tidak perlu dikerahkan untuk mencari idea untuk menolak. Izzan mengetuk-ngetuk telefon bimbitnya dengan hujung jarinya.

Izzan perlu memastikan yang rancangan ini selamat daripada diketahui oleh Farah sekurang-kurangnya sehingga mereka bertunang. Jika selepas bertunang, susah sedikit untuk Farah mahu membatalkan perancangan perkahwinan mereka. Jadi mereka langsung tidak boleh berjumpa buat sementara ini. Tapi Izzan tidak lah begitu risau, kerana mengikut apa yang dapat dicernanya daripada mesej Farah  sebentar tadi, Farah juga seperti tidak berminat untuk berjumpanya. Dapatlah dia menarik nafas lega.

Meleret senyuman tersungging di bibir Izzan. Nampaknya segala-galanya berjalan dengan lancar dan tidak lama lagi Farah akan menjadi miliknya. Memikirkan itu, hatinya bertambah riang dan senyumannya makin melebar.


*~*~*~*~*~*

"monolog dalaman Izzan: mueheheheheeee... tak lama lagi Farah bakalan jatuh ke tanganku... "
muahahahahahaha


4 comments:

  1. hehehehehe... terkantoi sudah... leen nie kacau la.. pecah rahsia.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bukan pecah rahsia.. tapi cuma menyatakan perkara yang bonar je.. huhuhu bila lagi kan rahsia ni nak dipecahkan..

      Delete
  2. okey je baca entry ni..best.. Z, nak lagi..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke okay? kalau okay tak pe laa.. Z rasa macam tunggang terbalik pun ada jugak.. hehehe... ni lah masalah Z, kalau idea datang mencurah-curah, ayat yang keluar pun bombastik, kalau time tak de idea tu.. ayat dah jadi rupa budak darjah satu je pun.. hehehe terima kasih sebab sentiasa sokong kami... :)

      Delete