Followers

Thursday, February 21, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 01


Sampai Bila pun Sayang


01
          
Samsung Galaxy SII menyanyi nyaring dari tepi bantal itu, ini sudah kali ke empat dia mengulangi lagu yang sama tetapi pemilik telefon pintar itu tidak juga terjaga. Penat semalam kerana asyik terloncat-loncat sewaktu menonton perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil menyokong pasukan Harimau Malaya, tamat perlawanan bola dia bersama adiknya pergi mengisi perut pula, sampai di rumah sudah lewat malam. Telefon tangan yang berbunyi tadi senyap kembali tetapi Danisa masih belum ada tanda-tanda mimpinya terusik.

Lima minit berlalu telefon pintar itu berlagu lagi buat kali ke-lima. Dan kali ini alarm telefon itu berjaya menggerakkan Danisa yang tidur mati sejak malam tadi. Dia menggeliat di atas katilnya, setelah puas baru dia mencapai telefon bimbitnya yang sudah hampir tamat memainkan lagu What makes you beautiful dari One Direction. Mata yang masih berat digosok-gosok dengan jari, sementara sebelah lagi tangannya mematikan alarm itu. Bulu matanya seolah-olah digam antara satu sama lain menyukarkan dirinya dari membaca angka pada telefon bimbit itu.

“Tujuh suku dah?” Lemah sahaja suaranya walaupun dia bercakap bersendirian. Dengan malasnya Danisa memaksa tubuh yang berat bangun dari perbaringan, dia bersandar pada kepala katil. Tangan yang memegang telefon bimbit buatan Korea itu kembali terhempas pada katil, lemah betul rasanya bila di pagi ahad. Alangkah indahnya kalau setiap hari pun boleh bermalasan begini. Tugas Danisa sebagai pensyarah membuatkan dia perlu keluar meninggalkan rumah seawal pagi lagi kerana kebanyakkan kelasnya bermula pada pukul lapan pagi. Sambil Danisa bersandar tiba-tiba matanya membulat, baru dia teringat mengapa dia mengunci jam sebegini awal walaupun hari ini hari ahad.

“AKU ADA MODUL!!!!!!!!!!!!!!!” Jeritnya kuat. Kelam kabut Danisa melompat dari katil, tangannya memegang kepala dengan wajah cemasnya, lagaknya seperti orang sedang panik. Tanpa berlengah lebih lama Danisa terus menyambar tuala yang tergantung pada pintu almari lalu berlari menuju ke bilik air. Mandi Danisa pagi itu hanya ala kadar sahaja, dia perlu cepat kerana mengejar masa. Modul yang akan dikelolainya akan bermula pada pukul lapan setengah, dia tidak mahu terlewat tambahan pula ini kali pertama dia akan mengendalikan modul.

Setelah siap membersihkan diri, Danisa cepat mengenakan pakaian. Solekan juga sekadar untuk tidak membuatkan wajah nampak pucat, tudung bawalnya tidak dipinkan. Ah, biarlah. Nanti bila sudah sampai ke universiti barulah dia menggayakan tudungnya itu, sekarang biarkan dahulu dilepaskan. Danisa mencampakkan beberapa pin tudung ke dalam handbag supaya nanti dia boleh mengemaskan tudungnya setelah dia sampai di tempat kerjanya kelak.

Dengan kalut Danisa menarik gugusan kunci dari tempat penyangkut kunci lalu bergegas ke pintu utama. Pintu dibuka kuncinya seraya papan pintu itu ditolak setelah tombol pintu dipulas. Danisa menghirup udara segar, pantas dia bergerak ke arah rak kasut. Kasut tinggi berwarna biru gelap di ambil, cepat sahaja Danisa menyarungkan kasut itu ke kakinya. Terkinja-kinja dia sementara menyarung kasut itu ke kakinya sambil menapak ke kereta Honda Accord yang terpakir kemas di hadapan rumahnya. Dalam kekalutan itu, gugusan kunci yang dipegang Danisa jatuh ke lantai. Dia mengeluh, ada sahaja yang melambatkannya bila dia perlu cepat ke tempat kerja. Danisa mencangkuk bagi mengutip gugusan kunci itu yang jatuh di sebelah tayar keretanya, anak matanya tertancap pada tayar Continental kereta itu kempis tidak berangin. Sudahnya Danisa yang berangin, makin hendak cepat makin banyak halangan.

“Urg…hari jugak nak buat pasal!” Marah Danisa sekeras-kerasnya, kakinya laju menyepak tayar yang pancit itu. Matanya beralih pada kakinya pula, dia mengeluh sekali lagi. Otaknya hanya ligat memikirkan kerja, modul dan masa dia menyarungkan kasut lain sebelah juga dia tidak perasan. Danisa berpatah balik, tidak mungkin dia akan menukar tayar keratanya sekarang, dia hanya ada dua puluh minit untuk sampai ke tempat kerjanya, tiada masa untuk menukar tanya itu. Danisa memboloskan diri disebalik pintu yang terbuka luas kerana Danisa lupa menguncinya, sempat dia menampar dahi sendiri kerana terlupa untuk menutup pintu dan menguncinya ketika dia menanggalkan kasutnya tadi.

“Lambatlah aku, lambatlah aku.” Ucap Danisa ulang kali, sambil dia berlari-lari anak ke bilik adik lelakinya.

“Danish!!!!!!!!” Jerit Danisa kuat bagaikan tarzan perempuan. Terkejut Danish mendengar suara kakaknya itu, suara itu mampu menggegarkan otaknya yang tadi nyenyak di alam mimpi. Danisa menarik selimut yang menutupi Danish lalu melemparkan ia ke atas lantai, ini adalah kes kecemasan.

“Bangun…oiii..tak bangun subuh ke apa?” Tanya Danisa separuh jerit, Danisa kalau dengan Danish memang selalu bercakap kasar kalau tidak adiknya itu tidak takut kepadanya. Danisa duduk di atas katil Danish lalu tangannya memukul punggung adiknya yang sedang tidur meniarap itu. Danish mengaduh sakit.

“Kakak pun tak bangun.” Jawab Danish sambil beralih kedudukan, dia berbaring pula. Berat betul badan untuk bangun pagi ini, tambahan pula penat semalam belum habis lagi. Mujurlah pasukan Harimau Malaya menang malam tadi, penat melompat dan menjerit semalam sedikit sebanyak terhakis dengan kemenangan yang membanggakan seluruh Negara. Tapi itu bukan alasan untuk ponteng solat subuh Danish, sudah tertulis satu dosa di dalam buku catitan milik Danish. 

“Kakak tak bangun sebab kakak cuti. Urg…” Marah Danisa. Dah besar-besar pun nak kena kejutkan ke?

“Nak apa ni?” Danish menukar topik, apa tujuan kakaknya merempuh masuk biliknya pagi-pagi ahad ini. Memang mengganggu ketenteraman pagi ahad yang indah, hari untuk semua bermalasan.

I need your car's key.” Minta Danisa sambil menyuakan tangannya di hadapan wajah Danish yang masih terkatup matanya.

Give me your car's key.” Ulang Danisa lalu bangun mencekak pingang, mendengar kata-kata Danisa Danish terus melompat terkejut, terduduk dia di atas katilnya itu. Matanya merenung wajah kakaknya, membulat matanya meminta penjelasan.

“Kakak nak pinjam. Cepat, kakak dah lambat.” Terkinja-kinja Danisa seperti lantai itu panas dibakar api.  

“Kereta kakak mana?” Tanya Danish, dia memang berat hati jika ia membabitkan keretanya. Sudah banyak yang dia usahakan demi untuk menmodified keretanya Satria Neonya itu. Bukan calang-calang duit yang habis untuk kereta kesayangannya yang dipanggil Neo. Ikat perut sudah sinonim dalam kehidupan sehariannya, sebut sahaja apa-apa pekerjaan separuh masa, semua telah dia cuba untuk mengumpul dana kereta.

“Tayar pancit.” Jawab Danisa pendek. Lagi panjang penjelasan semakin lama masa berjalan. Setiap saat berharga…

“Tapi adik nak guna kereta…”

Shut up and give me that damn car's key.” Jerit Danisa dengan marahnya. Dia sudah tidak boleh bersabar, sebagai pensyarah yang baru dia mahu menunjukkan imej yang baik oleh itu datang lewat tidak berada di dalam buku panduan etika kerjanya. Terdiam Danish mendengar jeritan itu, kakaknya bila datang angin taufan jangan cuba melawan, itu membunuh diri namanya.

“Okey okey.” Danish akur dengan kehendak Danisa. Kunci kereta yang sentiasa di atas bedside table dicapai dan kunci itu beralih tangan. Danisa mencampakkan sahaja kunci keretanya ke atas perut Danish, tanpa mengucapkan selamat tinggal Danisa menghilangkan diri.

Sebelum memboloskan diri ke dalam Neo, Danisa membelek pada diri sendiri memastikan semuanya dalam keadaan baik. Kasut yang lain sebelah tadi juga sudah ditukar. Dia memandang sekilas pintu rumah, tertutup, mangga juga terkunci. Setelah dia berpuas hati barulah dia masuk ke dalam kereta kesayangan adiknya.

Racing with the time.”

Danisa memecut laju meninggalkan perkarangan rumah. Berdicit bunyi tayar kereta dibuatnya, bagai pelumba kereta street racer dia memandu. Ah, dia tidak peduli janji cepat sampai ke tempat yang dituju.

*~*~*
~bersambung~

an: Hello2... seperti yang saya janji saya akan mula update cerita baru bila ICK dihentikan diblog. Saya nak beritahu yang untuk cerita baru ni saya memang buat tiap2 bab pun pendek2 je, dalam 6-8 pages, sebab saya selesa tulis macam tu untuk novel ni. 
Happy Reading yal~ 

ps: sesiapa baca HSHI, scroll bwh sket, cover novel dah keluar, saya dah letak. Nanti bila dah keluar, saya akan buat announcement ~ 

No comments:

Post a Comment