Followers

Thursday, February 28, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 02


Sampai Bila pun Sayang


02
            Sorry, lambat.” Ucap Danisa sebaik melangkah masuk ke dalam bilik untuk kakitangan itu.

Nope, you just in time.” Balas rakan baik Danisa, Aisyah.

“Tapi yang lain semua dah masuk kelas kan?” Danisa berkata-kata sambil tangannya sibuk mengutip barang-barang yang diperlukannya. Pita pelekat, marker pen, diletakkan di atas fail yang mengandungi bahan-bahan untuk modul kenegaraan ini, manakala kertas mahjong dipegang dengan tangan kanannya.

“Relaks, budak-budak baru breakfastlah.” Ujar Aisyah bagi menenangkan Danisa, dia yang sudah masuk kali ke-tiga mengendalikan program modul ini tenang sahaja. Mereka sama-sama beriringan ke bilik kuliah masing-masing, sebaik sahaja Danisa melangkah masuk ke bilik kuliah yang telah ditetapkan padanya, dia melemparkan senyuman kepada pelajar-pelajar yang berada di situ.

“Okey, relaks. Makan sampai habis dulu, saya nak pergi ladies kejap.” Ucap Danisa bila memandang pelajar-pelajar itu kalut menelan makanan mereka. Ai..kalau tercekik dia jugak yang susah. Danisa meletakkan semua barang-barang tadi di atas meja lalu dia melangkah keluar semula dari bilik tersebut. Dia bergegas ke tandas bagi membetulkan tudung, sebaik sahaja meletakkan beg tangan di hadapan cermin kedengaran musik rancak dari telefon bimbitnya. Lekas tangan Danisa menyeluk ke dalam beg tangannya dan mencapai telefon bimbit yang bernyanyi riang.

You left the gate open.” Kedengaran suara Danish dihujung talian, laju sahaja menyapa telinga Danisa sebaik sahaja telefon Samsung Galaxy SII itu melekap pada telinga.

“Oh. Yeke?” Balas Danisa spontan. Mungkin betullah kot, tadi dia ingat dia sudah check kasut dan pintu rumah tetapi pagar rumah dilupakan begitu sahaja, iyelah pagar rumah mereka bukan pagar otomatik yang boleh tertutup dengan hanya menekan butang pada alat kawalan jauh. Kena turun kereta dan tutup pintu pagar secara manual, leceh dan membuang masa. Oleh kerana Danisa sudah terlambat tadi dia terlupa terus untuk menutup pintu pagar.

Danisa menyeluk semula tangannya ke dalam beg tangannya, mencari pin tudung yang sudah dicampakkan ke dalamnya.

“Kereta macam mana?” Terkeluar juga tujuan utama Danish menelefonnya, mahu bertanya khabar mengenai Neo kesayangannya. Baru berpisah untuk empat puluh lima minit tapi hatinya sudah gundah, risau akan keadaaan Satria Neonya.

“Hey, jangan sesekali memandang rendah pada skil memandu kakak tau. Walaupun tak reti drift macam Danish, tapi akak belum pernah langgar apa-apa okey.” Tegas Danisa kepada adiknya, dia bukan jenis ‘typical lady driver’. Cekap dan berani, itu memang moto yang Danisa pegang sebaik sahaja tanganya melekap pada stereng kereta.

“Akak, jangan dating dengan Neo lama sangat tau. Dia gay.” Ucap Danish sebelum mematikan talian. Danisa menyumbat semula telefon pintar itu ke dalam beg tangannya kembali sambil menggeleng-geleng kepalanya. Ada-ada saja Danish ni, boleh dia katakan Neo gay hanya kerana tidak mahu kakaknya meminjam kereta kesayangannya terlalu lama. Selalunya lelaki akan melayan kereta kesayangan mereka seperti melayan isteri, tetapi bagi Danish, dia tidak pernah menganggap keretanya sebegitu, dia melayan Satria Neonya seperti seorang adik lelaki baginya, rakan baik yang selalu bersama, a very close buddy.

Danisa kembali fokus melilit tudungnya. Siapa kata tudung bawal tak sesuai dililit? Siapa kata tudung bawal susah untuk dililit? Di tangan Danisa apa jenis tudung pun dia boleh gayakannya, kalau diberikan guni beras pun boleh cantik di kepalanya. Sekejap sahaja tudung itu kemas di kepala Danisa. Setelah berpuas hati barulah Danisa kembali ke kelasnya, hingar-bingar menyapa telinga Danisa sebaik sahaja daun pintu ditolak. Bukan main lagi galak mereka berbual, bosan menunggu pensyarah yang bertugaslah katakan.

Kehadiran Danisa di situ membuatkan mereka semua senyap. Berpasang-pasang mata menyoroti pergerakan Danisa dari muka pintu ke meja yang terletak di tengah-tengah bahagian hadapan kelas itu. Danisa meletakkan beg tangannya di atas kerusi, dia bergerak ke bahagian depan meja lalu punggungnya bersandar pada sisi meja itu. Danisa menyilangkan tangannya memeluk tubuh, matanya merayap memandang ke seluruhan kelas. Ada wajah-wajah yang dikenalinya ada juga wajah-wajah asing, mungkin dari kelas yang dia tidak mengajar. Kemudian dia mengukirkan senyuman nakal di bibir, Danisa memang begitu suka benar mengukirkan senyuman nakal di bibir, mereka yang tidak mengenalinya mula mengeluh di dalam hati membayangkan bagaimana terseksanya mereka untuk sesi ini. Pensyarah-pensyarah muda seusia Danisa ni selalunya ‘pulun’.

“Assalamualaikum, and a very good morning.” Ucap Danisa lalu tersenyum lagi, suara pelajar-pelajar menjawab salamnya kuat menembusi telinganya.

So, hari ni modul kenegaraan. Macam mana ceramah semalam? Best?” Sengaja Danisa bertanyakan soalan yang sudah diketahui jawapannya. Walau sebagus mana penceramah semalam, pasti ada juga yang tidak memberi perhatian, yang terlelap dan terbuai di alam mimpi, yang mendengar lagu, bermain games di dalam telefon bimbit, bersms untuk menghilangkan bosan dan yang tidak lupa juga yang paling femes tahun ini, melayari laman sosial. Sudah pasti wifi yang dipasang oleh pihak universiti akan disalah gunakan untuk melayari internet dari telefon-telefon pintar. Mahasiswa mahasiswi sekarang semakin maju, ramai yang sudah mampu memiliki telefon pintar.

“Bolehlah…”

“Bosan..”

Best…”

Bermacam-macam jawapan diberikan serentak buatkan Danisa tertawa. Ada juga yang kata ‘best’, lawak kot penceramah semalam kalau tak mana nak dapat remaja sekarang yang akan bagi komen sebegitu untuk ceramah kenegaraan.

“Cuba pergi duduk oversea tiga empat tahun or lagi ekstrem tujuh tahun, tak balik-balik. Nanti korang balik, ceramah kenegaraan tu pun korang suka tau.” Selamba sahaja Danisa melontarkan kata-kata itu. Tersengih anak muridnya, yang belum mengenalinya mula tertarik dengan gaya selamba Danisa.

By the way, my name is Sharifah Danisa. You can call me Miss Danisa or Miss Nisa…”

Or butter cookies…” Jerit Rahman, salah seorang pelajar Danisa yang paling nakal di kelasnya. Danisa terus menuding jari tanda amaran kepada Rahman di duduk dibelakang sekali, ramai yang sudah ketawa. Mujurlah dia tidak pernah kisah jika ada yang memanggilnya sebegitu kerana butter cookies adalah salah satu snek kegemarannya. Danisa kemudian menjatuhkan tangannya kembali, Rahman ni memang nakal semula jadi susah untuk ‘dibentuk’ semula. Brand Danisa ada biskut lain jugak tau!! Ah..Biarlah, asalkan dia bahagia…

“Erm….kita nak kenal-kenal ke? Bangun sorang-sorang perkenalkan diri?” Tanya Danisa sambil menghulurkan borang kedatangan untuk ditandatangani. Masing-masing buat muka bosan, perkenalkan diri adalah salah satu aktiviti yang paling tidak mereka gemari.

“Ai…semua pun tak nak ke?” Tiada siapa menjawab pertanya Danisa itu. Danisa kemudian mencapai pita pelekat dan marker pen dari atas meja yang disandarnya tadi.

“Kalau tak nak, kita kena guna ni.” Ujar Danisa sampai menunjukkan pita pelekat dan marker pen itu, seraya mereka sekelas merungut.

“Ha sudah, kalau perkenalkan diri tak nak, buat nametage tak nak, macam mana saya nak panggil awak? Takkan nak oi oi je kot.” Tanpa menunggu persetujuan mereka Danisa menghulurkan marker pen dan pita pelekat itu kepada pelajar yang duduk paling kanan sekali.

Okay listen, instead of writing down your name or your nickname on the masking tape, i want you to write your twitter name, write the ‘at’ symbol and your twitter id. Don’t tell me you don’t have one because i don’t believe it.

Pelajar-pelajar itu semua menurut perintah Danisa, sambil menanti satu persatu pelajar itu menulis dan menampal pita pelekat yang sudah ditulis nama ke atas baju mereka, Danisa membelek telefonnya. Satu mesej baru tidak dibaca, dia langsung tidak perasan kerana telefonnya sudah diletakkan pada mood senyap.

            KAKAK!! Balik awal, or i will go there and hunt you!
            Danish nak Neo balik!!!

Terangkat kening Danisa membacanya, berani adiknya itu mengugut dirinya. Siapa yang lebih tua ni? Tanpa membuang masa Danisa membalas mesej Danish tadi, geram pula dibuatnya dengan perangai Danish ni. Hari cuti, duduk diam-diam jelah di rumah, tak perlu ke mana-mana.

            Siapa yang gay? NEO ke DANISH?

Butang send disentuh, sebaik sahaja SMS berjaya dihantar Danisa melemparkan semula telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya.

“Hah..kamu semua pun simpan smartphone kamu. Tak perlu nak follow sekarang, balik nanti baru follow.” Tegur Danisa kepada pelajar-pelajar itu bila ada yang sudah mengeluarkan telefon canggih yang bukan main besar saiznya.

“Nanti kamu semua nak sambung terus, without break sampai habis dan kita boleh balik awal sikit atau nak lunch plus zohor break, and after that we’ll continue our module?” Tanya Danisa, dia teringatkan Aisyah yang pernah menceritakan pengalaman mengendalikan modul. Kebanyakan pelajar sanggup berlapar sementara asalkan mereka dapat pulang awal.

“Balik awal.” Cepat sahaja mereka semua menyahut. Danisa terangguk-angguk tanda faham. Terpaksalah dia menahan perutnya dari lapar, sudahlah dia belum bersarapan. Di dalam hati Danisa dia cuma berdoa supaya perutnya tidak mengeluarkan bunyi-bunyian yang memalukan. Mengikat perut adalah perkara biasa baginya, bukan sekali dua dia tahan makan malahan dia sudah biasa sejak muda remaja lagi, tambah-tambah sewaktu dia melanjutkan pelajaran di United Kingdom dulu.

Bila pelajar terakhir memulangkan semula pita pelekat dan marker pen kepada Danisa dia pantas menulis nama di twitternya lalu mengoyakkan pita pelekat itu untuk ditampal pada bahunya.

“Boleh kita start? Let’s finish this quick so that we can finish this before three. Perhaps around two fifteen? Boleh kan?”  
*~*~*
~bersambung~

an: Salam, bab ke-dua untuk SBPS, macam mana okey? Minggu lepas punya update tak ada orang komen pun. (ToT) huhu...mybe sbb pendek sangat korang sendiri pun tak tahu nak komen apa. uhuhu... mian~~~~ So hopefully adalah yang rajin komen post ni+kalau boleh last week punya sekali, boleh? 

Comments+Reactions = love!!! thank you~~~

9 comments:

  1. Replies
    1. yay.....ada yg komen.. awak mmg rajin comment kat sini.. thx.
      saya akan update lagi minggu depan^^

      Delete
  2. Panjangkan seket bole?? ^_______*

    ReplyDelete
    Replies
    1. average pnjg bab sy selalu buat sekarang 6-8 pages sahaja. sy sendiri tak tahu knp sy lebih selesa buat mcm ni. tp sy akan cuba kerapkan update.

      Delete
  3. cara perkenalkan diri yang unik!
    menarik2.
    kalau id fb biase nye panjang2 pulak kan. (=

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..waktu ni sy tgh giler ber-twitter..sbb tu datang idea ni ^^

      Delete
    2. idea gila2 yang menarik!
      haha.
      kelainan daripada penulis.
      tu yang membezakan sis Q ngan writer lain.
      ^__^v

      Delete
    3. hahaha...lepas ni kena cari idea lain pulak.. next karya kalau pki yg sama idea dah basi..hehehe...

      ^^ thx haeFy

      Delete