Followers

Thursday, March 7, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 03


saya malas tunggu tengah malam jadi saya update awal malam ni, selamat membaca^^

Sampai Bila pun Sayang


03
            “Kakak balik cepat.”

“Kakak tolong balik cepat.”

“Kakak….”

Satu persatu mesej suara dari Danish di dengari Danisa. Macam orang hendak putus nafas pula suara adiknya itu, susah betul Danish ni langsung tidak boleh berenggang dengan keretanya. Danisa sudah naik rimas, telefon bimbitnya disumbat ke dalam poket seluar, dia percepatkan langkah ke bilik kuliah tadi.

“Dah siap? Kumpulan mana yang nak present dulu? Cepat-cepat sikit, lagi cepat present lagi cepat kita balik.” Gesa Danisa. Dia perlu pulang segera, boleh meletup telefon bimbitnya jika Danish terus-terusan menghantar mesej dan meninggalkan pesanan suara kepadanya. Tambahan pula Danish dan Danisa adalah menggunakan perkhidmatan Digi Buddyz, Danish boleh menghantar sms dan membuat panggilan sebanyak mana yang dia mahu tanpa sebarang bayaran.

Danisa cuba memberi perhatian sepenuhnya walaupun sukar kerana telefon bimbitnya asyik bergetar di dalam poket seluarnya mengundang rasa geli. Satu persatu perbentangan dikomen dan dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan yang lain. Sungguhpun Danisa mahu cepat, dia tidak akan menjalankan tugasan sekadar melepaskan batuk di tangga. Sebaik sahaja tiada lagi komen yang hendak ditambah oleh mana-mana pelajar Danisa terus memberi konklusi untuk modul mereka hari ini. Ringkas dan padat, bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga mudah difahami dan diingat.

Setelah menamatkan program modul itu, Danisa membenarkan para pelajarnya pulang. Danisa pula kalut mengemas barang, dia berlari-lari anak keluar dari bilik kuliah itu.

“Aisyah…tolong aku please..” Terus sahaja Danisa menyapa Aisyah sebaik sahaja terserempak dengan rakannya itu.

“Tolong apa?”

“Tolong settlekan ni. Adik aku dah cari kereta dia. Susah betul Danish tu, berenggang sekejap dengan si Neo tu dah macam meroyan dia jadinya.” Terang Danisa sambil menyerahkan fail dan semua barang yang digunaka ketika modul tadi.

“Kau datang naik kereta dia ke tadi? Kereta kau mana?” Tanya Aisyah dengan kerutan di dahi. Tangannya menyambut barang yang diserahkan Danisa kepadanya dengan hati-hati agar tidak jatuh.

“Pancit. Aku pergi dulu, dah beribu kali dia call. Thanks eh Aisyah, aku takkan lupa aku hutang aku kat kau kali ni.” Ucap Danisa sambil menampar bahu Aisyah beberapa kali sebelum kakinya berlari-lari anak menuju ke arah tangga.

Kereta yang diparkir tidak jauh dari bangunan itu berbunyi perlahan bila butang kunci pada alat kawalan jauh ditekan. Danisa membuka pintu lalu dia mencampakkan beg tangannya ke atas tempat duduk penumpang.

Nice car Miss Butter Cookies.” Puji salah seorang pelajarnya dari sekelompok pelajar lelaki yang sedang berjalan untuk pulang ke rumah. Danisa menoleh ke arah mereka lalu memberikan melemparkan senyuman manis sebelum memboloskan ke dalam kereta milik Danish itu. Pintu ditutup pada masa dan enjin kereta dihidupkan, tingkap kereta diturunkan untuk mengeluarkan haba panas yang terperangkap di dalam kereta. Tangan Danisa melambai-lambai pada pelajar-pelajarnya bila keretanya mula bergerak.

Next sem…kalau boleh aku nak dia handle modul lagi.” Ucap salah seorang pelajar lain sewaktu menghantar pemergian Danisa dengan tangan yang asyik melambai dan ekor matanya yang tidak lepas pandang sehinggalah Satria Neo hitam itu menjauh dan hilang dari pandangan.

“Kalaulah boleh pilih.” Sambung seorang lagi pelajar yang lain.

“Perg…laju dia drive. Bukan dalam kawasan u ada had laju ke?”

“Hari ni ahad.”

Kumpulan kecil pelajar lelaki tadi bergerak ke tempat parkir pelajar, hari yang tadi amat terik berubah gelap. Awan hitam yang dibawa angin mula melindungi cahaya matahari, mungkin hujan akan turun sebentar lagi. Mereka perlu cepat kalau tidak mahu kebasahan sebelum sempat sampai ke rumah.

*~*
            otw

Danisa membalas sms Danish dengan tiga huruf sahaja yang bermaksud, ‘on the way’. Sepuluh saat kemudian telefon bimbit Danisa bergetar lagi, telefon bimbit itu diambil dari atas dashboard. Matanya mencuri pandang pada skrin telefon bimbit itu, ‘adik’ tertera pada skrin itu.

“Helo.” Jawab Danisa segera. Dia memberi sepenuh perhatian pada jalan raya kembali, kelajuan dikurangkan kerana dia memandu sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi sedang melekapkan telefon bimbitnya pada telinganya.

“Pakai hands free tak?” Tanya Danish sebaik sahaja mendengar Danisa menjawab panggilan.

“Ye..hands free hands free.” Bohong Danisa, jika Danish tahu dia tidak menggunakan hands free kit untuk menjawab panggilan ketika memandu pasti Danish akan membebel panjang. Membahayakan nyawa katanya, tambahan pula Danisa memandu kereta kesayangan Danish yang sememangnya manual.

“Kakak…adik lapar. Belikan makan.” Ucap Danish dengan suara cuba meraih simpatinya. Dia tidak pernah gagal dalam meraih simpati atau melembutkan hati kakaknya dengan suara begini, suara budak manja. Walaupun Danisa kadang-kadang menjerit untuk menakut-nakutkan Danish, tetapi sebenarnya Danisa seorang yang selalu manjakan adik. Kereta milik Danish ini juga Danisa yang belikan, Danisa yang menanggung bayaran bulanannya cuma mengubah suai kereta Danish menggunakan duit sendiri hasil dari kerja separuh masanya.

“Nak apa?”

“Nasi Ayam sedap, dua kotak. Dengan milo beng.” Senang sahaja Danish memesan kepada kakaknya.

“Milo bancuh sendirilah. Ais ada dalam peti ais.” Suara Danisa tegas. Danish terpaksa akur dengan arahan kakaknya, dialah ketua keluarga, dialah segalanya.

“Okey, okey. Jangan lambat tau.” Pesan Danish. Seraya Danisa membalas, “bancuh milo sedap-sedap tau. Okey bye.”

Byeeeeee…….drive carefully.” Pesan Danish buat kali terakhir sebelum dia mematikan talian. Danisa mencampakkan sahaja telefon bimbitnya di tepi beg tangannya, dia memberi signal untuk membelok ke kanan. Dia hendak singgah ke kedai makan untuk membeli makanan, dia sendiri juga lapar. Perutnya sudah kepanasan kerana kekosongan sejak pagi lagi, makanan yang disediakan untuk modul tadi pun langsung tidak diambilnya.

Kereta Satria Neo hitam itu diparkir di kotak parkir berdekatan dengan kedai makan yang hendak Danisa singgah. Kerana hari ini hari ahad, banyak parkir kosong memudahkan Danisa mencari parkir kosong. Setelah mencapai beg tangan dan telefon bimbit Danisa keluar dari kereta, pintu ditutup dengan berhati-hati lalu butang kunci dipicit. Danisa bergerak ke Restoran Mak Su yang menjadi kegemarannya dan Danish, mereka berdua sering bertandang ke restoran ini.  

“Mak Su, nasi ayam empat bungkus.” Pesan Danisa. Tanpa mencari tempat duduk Danisa menunggu Mak Su menyediakan pesanannya, Mak Su cekap dan cepat bila menyediakan pesanan. Danisa menapak ke arah kaunter untuk membayar, sementara menanti menunggu pesanannya siap bayarannya sudah settle. Baki wang Danisa dipulangkan lalu dia menyimpannya ke dalam dompet duit, pesanan yang sudah siap beralih tangan. Danisa mengucapkan terima kasih kepada Mak Su sebelum melangkah keluar dari restoran itu menuju ke tempat dia parkir kereta tadi. Butang kunci dipicit, Danisa terus sahaja membuka pintu.

Tiba-tiba sahaja penggera kereta itu berbunyi, terkejut Danisa dibuatnya. Laju jantungnya mengepam darah kerana panik, kenapa tiba-tiba penggera berbunyi sedangkan dia sudah menekan butang pada kunci kereta. Danisa tertoleh-toleh ke kanan dan kiri, sambil jarinya kalut memicit-micit butang kunci lagi namun penggera yang berbunyi tidak juga berhenti, pintu kereta masih tidak boleh dibuka. Danisa sudah terasa seperti hendak menangis rasanya, malu tidak dapat lagi disorok merah padam wajahnya. Rasa seperti hendak lari sahaja meninggalkan kereta itu di situ. Sebentar kemudian bunyi penggera itu berhenti, Danisa menarik nafas lega bila penggera itu tiba-tiba diam.

“Cik, saya rasa cik dah tersilap buka keretalah.” Tegur seseorang dari belakang Danisa. Lantas Danisa berpaling.

“Ini kereta saya.” Sambung jejaka kacak itu. Tinggi lampai, kulit sawo matangnya masuk dengan warna t-shirt berkolar yang tersarung di tubuh tegapnya. Danisa memandang lelaki ini, ada sinar takut di mata Danisa.

“Saya..saya..” Danisa kehilangan kata-kata, dia malu bila terperangkap dalam situasi ini. Perlukah dia memohon maaf? Tapi dia bukan sengaja, dia tidak perasan Satria Neo hitam ini bukan milik Danish.

“Kereta cik mungkin yang sebelah kereta saya.” Ucapnya lagi. Mata Danisa terpaku pada wajah lelaki ini. Bukan calang-calang kacaknya lelaki ini, kalau tadi jantung Danisa seperti gendang yang dipalu sekarang jantungnya seolah-olah terhenti pula.

“Saya minta maaf, saya tak perasan.” Ujar Danisa sebaik sahaja mindanya mampu berfikir. Danisa menelan liur, dia tertunduk malu.

It’s okay. Seriously..cik..butter cookies?” Balas lelaki tadi dengan nada soalan. Pelik rasanya bila terbaca tulisan yang tertampal pada bahu gadis bertudung dihadapannya. Terus Danisa mengangkat wajah, anak matanya menjeling ke bahu kirinya pita pelekat tadi masih tertampal di situ, dia lupa untuk menanggalkannya selepas tamat program modul tadi. Terlopong Danisa, cepat-cepat dia mencabut pita pelekat itu lalu merenyukkannya.

Im Faez by the way.”  Lelaki itu perkenalkan dirinya. Danisa yang masih lagi menahan malu hanya mengangguk. Dua kejadian memalukan berlaku serentak di hadapan lelaki yang sama, Danisa sudah tidak tahu di mana hendak disorokkan muka.

Okay Mister Faiz, thanks for not yelling at me for making your car’s alarm goes off. I got to go, Assalamualaikum.” Ucap Danisa sambil dia berundur ke belakang, Danisa berpusing lalu bergegas ke kereta yang sepatutnya dinaikinya. Butang kunci dipicit beberapa kali bagi memastikan dia tidak tersalah kereta lagi kali ini. Sungguh dia tidak perasan kotak parkir yang kosong tadi sudah diisi dengan kereta yang sama, hampir serupa dengan Satria Neo milik Danish, kalau dia lebih prihatin mungkin perkara tadi tidak berlaku. Danisa cepat memboloskan diri ke dalam kereta itu, enjin dihidupkan serta merta dan menetapkan gear pada gear reverse. Laju sahaja Danisa meninggalkan tempat tadi tanpa memandang kebelakang lagi. Dan Faez terus memandang ke Satria Neo yang dipandu laju Danisa dengan pandangan mata yang tidak mahu melepaskan gadis itu pergi.
*~*~*
~bersambung~

an: Salam semua!!! Update minggu ni memperkenalkan cik Danisa kita dengan hero kita: FAEZ!!! Untuk nama Faez, bukan typo ye, saya memang guna dua ejaan dalam bab ni: Faez (yg sebenar) dan Faiz. Ada sebab kenapa saya tulis macam ni, kenapa? Nanti bab2 yg seterusnya anda semua akan tahu kenapa. 

Ada sesiapa yang boleh agak sebabnya?? boleh komen kat bawah^^ *saya cabar anda luaskan permikiran anda teka kenapa saya tulis macam tu!!! ^^ hehehehehe

Jumpa lagi untuk update yang seterusnya nanti~~~~ bye2 ( ̄▽ ̄)ノ

7 comments:

  1. Replies
    1. OMG baby mio!!! thx sbb sudi komen~~ ^^ *happyy~~~*

      Delete
  2. maybe faez dgn faiz ni kembar?..nak lagi kak Q.
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ddeng!!! hehehe tak tepat^^
      nak lagi...nnt akak post lagi.. tp bkn skrg la..^^

      Delete
  3. Apa y??? Cer tolong jawabkan.. Hehe...
    Tak tau,tengah jam nak fikir .. Nak baca n3 j.. N nak godek this blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... mana blh bgtau skrg.. hehe. bila bab tu dah keluar saya akan terangkan!!!

      yeah~ sila2 godek2 blog kami ni^^

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete