Followers

Sunday, March 10, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 04


Sampai Bila pun Sayang


04
           “Kakak…kenapa lambat?” Danish merungut sebaik sahaja Danisa keluar dari kereta. Danish yang tadi duduk di bendul pintu sambil menongkat kepalanya dengan tangan yang ditahan pada kakinya terus bangun lalu menghampiri Danisa.

“Ala alalala… lapar ye adik akak ni?” Tanya Danisa kepada Danish yang mencebik bagai kanak-kanak. Tiba-tiba Danish memeluk keretanya..

“Neo…my buddy. You suffer hard today ha?” Danish bercakap dengan kereta itu yang di dalam dakapannya, mujur cuaca mendung jadi tidaklah terlalu panas ‘badan’ Neo itu. Danisa buat muka menyampah pada Danish, ini bukan kali pertama Danish melayannya begini. Sudah banyak kali dia terkena tetapi masih tidak beringat, Danisa hanya menggeleng melihat adiknya yang masih melayan perasaan.

“Sudah-sudahlah tu. Tutup pagar, angkat nasi bawak masuk dalam. Kakak nak mandi sekejap, tunggu kakak tau baru makan.” Pesan Danisa lalu dia berlalu masuk ke rumah. Dia mahu menyegarkan badan yang terasa sedikit mengantuk, tidak cukup rehatlah katakan. Nasib baik kumpulan pelajar yang di bawah kendalian Danisa tidak banyak buat masalah, oleh itu mereka dapat menamatkan keseluruhan modul mereka lebih cepat.

Danisa melangkah keluar dari biliknya, tuala kecil yang digunakan untuk mengeringkan rambutnya yang masih basah dibiarkan tersangkut di lehernya. Bau nasi ayam yang sedia terhidang di atas meja makan menusuk ke rongga hidungnya, rancak orkestra di dalam perut Danisa meraikan juadah tengah hari ini setelah berlapar hampir setengah hari. Sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki Danisa, Danish terus bangun untuk mengambil jug air milo ais yang disimpan di dalam peti ais sementara menunggu kepulangan kakaknya tadi. Danish meletakkan jug air milo ais yang dibancuhnya di atas talam bersama dua mug di sisi jug itu. Pengalaman hidup bersendirian bertahun-tahun mengajar Danish menjadi lelaki yang pandai melakukan kerja rumah, cuma satu sahaja Danish malas; memasak, dia hanya memasak jika terpaksa. Dia sudah bosan makan dari hasil air tangan sendiri, dulu ketika dia berseorangan di rumah ini rajinlah dia ke dapur tetapi selepas kepulangan kakaknya dari tanah Inggeris sesudah tamat pengajiannya, Danish jarang sekali ke dapur untuk memasak, cuma kadang-kala dia ‘turun padang’ membantu Danisa memasak.

Danisa mengambil tempat di hadapan Danish, dia menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca Danish. Dua beradik ini sudah kelaparan yang amat bagai tidak makan seminggu sahaja rupanya.

“Air air.” Minta Danisa kepada Danish seraya Danish menuangkan air milo ais untuk kakaknya. Mug yang sudah hampir penuh dengan air milo itu disua kepada Danisa, laju sahaja Danisa menyambutnya. Air milo dihirup penuh nikmat, milo beng memang yang terbaik.

“Danish dah tukar tayar kereta kakak tau,” maklum Danish dengan mulut penuh mengunyah nasi ayam. Nikmat betul nasi ayam dan milo ais ketika sedang lapar, memang tak boleh tahan. Danisa memandang adiknya yang rakus menyuap nasi ke mulutnya, kelajuannya dia menyumbat masuk nasi ayam itu ke mulut membimbangkan Danisa. Jangan tercekik sudah.

“Kalau dah tukar tayar, kenapa tak keluar je beli makanan? Sanggup berlapar tunggu kakak, huh?” Tanya Danisa lalu dia menyuap nasi ayam ke dalam mulutnya, terpejam mata Danisa menikmati nasi ayam itu.

“Perg…sedap gila.” Luah Danisa tiba-tiba.

“Tak nak lah bawak kereta kakak, huduh gila tau bawak kereta dengan tayar yang tak ada rim. Tak suka…” Jawab Danish kepada pertanyaan Danisa tadi. Danisa tidak percaya dengan apa yang didengarinya, memang benar Danish melebihkan kereta dari perut sendiri. Sudah banyak kali Danisa menasihatinya supaya tidak melebihkan kereta dari kesihatan sendiri.

“Kereta arwah ayah ada, tak nak bawak kereta akak bawak Volvo veteran tu.” Ulas Danisa, Danish menggeleng-geleng tidak setuju.

“Kita dah janji Volvo tu dah pencen, boleh bawak untuk special occasion je.” Danish memperingatkan antara mereka berdua mengenai kereta peninggalan arwah ayah mereka. Bila Danisa membeli kereta pertamanya, Honda Accord second hand yang dipandunya sekarang, Volvo lama yang diparkir di perkarangan rumah mereka jatuh ke tangan Danish. Dan bila Danisa membelikan Danish Satria Neonya, yang juga second hand, mereka telah berjanji untuk memandu kereta arwah ayah mereka pada hari-hari yang istimewa sahaja. Selain itu setiap pagi sabtu Danisa dan Danish akan memandu kereta Volvo itu ke taman rekreasi untuk bersenam, kereta itu juga perlukan ‘senaman’ kalau terlalu lama duduk di dalam garaj akan mendatangkan mudarat juga.

“Tapi janganlah sampai sanggup tahan makan. Kalau sakit siapa susah? Ingat Danish, kakak selalu pesan kereta rosak ada spare part, badan rosak tak ada spare part.” Untuk ke sekelian kali Danisa mengulang nasihatnya, Danish terangguk-angguk bagai baru pertama mendengar nasihat ini sedangkan sudah banyak kali kakaknya berpesan tetapi langsung tak lut.

By the way, Neo ada kembar ke?” Tanya Danisa, teringat dia pada incident yang memalukan tadi. Ah kalaulah dapat diputarkan masa…

What do kakak mean by Neo ada kembar ke?” Danish merojakkan bahasa di dalam pertanyaannya. Aneh betul soalan kakakku ini, tak pernah-pernah dia nak mengambil berat mengenai Neo.

“Tadi kakak tersilap bukak pintu kereta, sebijik macam Neo. Apa lagi bunyilah, Ya Allah malunya waktu tu, rasa nak lari je.” Cerita Danisa kepada Danish, tetapi tidak pula diceritakannya mengenai pertemuannya dengan lelaki kacak tadi. Sebenarnya, siapa nama lelaki tadi pun sudah tidak dapat diingat Danisa lagi, malu sangat.

“Mana mungkin..” Danish tidak percaya. Sudah banyak duit dihabiskan untuk mengubah suai Neo, mana mungkin masih ada yang sama ‘kacak’ dengan Neo? Pasti kakaknya tersilap, positif.

“Betul, kakak tak tipu.”

No way. Mesti kakak yang silap tengok.” Sangkal Danish lagi.

“Betul. Tak percaya sudah.” Danisa mengakhiri perbalahan, tiada guna bercakap apa-apa kalau Danish tidak percaya dengannya. Lagipun bukan penting sangat Neo padanya, mungkin hari ini adalah kali terakhir dia memandu kereta kesayangan Danish itu.

“Kalau macam tu kena bawak Neo pergi ‘saloon’ lah, mana boleh dia sama dengan yang lain.” Ujar Danish sambil menambah nasi buat kali ke tiga. Nasib Danisa tergerak hati untuk membeli empat kotak nasi ayam tadi. Danish tersengih, tidak sabar untuk membawa Neo untuk mendapatkan wajah baru, mungkin ini pertunjuk yang Neo memerlukan imej yang baru, yang lebih cool, lebih maskulin dan kacak?

You really value that car very much.” Ucap Danisa sambil memandang adiknya. Kadang-kala dia kagum dengan sikap adiknya yang sanggup untuk bersusah-payah supaya dia boleh mencantikkan Satria Neonya, demi minat dia sanggup bekerja part time untuk menanggung perbelanjaaan untuk ubah suai kereta itu. Cuma bila Danish keterlaluan dalam minatnya membuatkan Danisa kurang bersetuju, dan dia akan ‘menarik’ Danish supaya Danish tidak keterlaluan.

Of course i do, itu hadiah pertama dari kakak since kakak balik dari UK.” Terus terang Danish kepada Danisa. Ini salah satu sebab kenapa dia terlalu sayangkan Satria Neo itu, walaupun hanya dibeli second hand tetapi itu adalah pemberian ikhlas kakaknya buat Danish. Danisa merenung wajah Danish lebih dalam, rasa terharu menyelinap masuk ke hatinya. Kalau boleh dia tidak mahu berpisah dari Danish lagi, cukuplah mereka yatim piatu pada usia yang muda, meninggalkan Danish yang belum tamat persekolahan ketika itu hidup sendiri berseorangan di rumah ini bertahun-tahun cukup menyeksakan Danisa. Selagi mereka boleh tinggal bersama, dia mahu adiknya sentiasa berada di depan matanya kerana Danish sahaja yang tinggal buatnya. 
*~*~*
~bersambung~

an: wa update hari ahad beb~!!! awesome tak? sbb skrg ni bab sangat2 pendek.. so maybe sy cuba untuk kerapkan update. dua kali seminggu ke.. OK tak?
Jangan lupa komen komen komen~~ sy suka baca komen anda... wa.... *happyyyyyyy* 
Reaction klik-klik!! Onegaishimasu!! ^^ 

3 comments:

  1. Haha,dapat bayangkan muka Danish yang manja tu.Comel je.Ah,lagi satu.Masa dekat part adik dia kata tak nak bawak kete kakak dia,huhu.Saya dapat rasakan perasaan Danisa sewaktu itu...Sedih je.

    ReplyDelete
  2. Danish watak fav. saya dlm novel ni :D

    ReplyDelete