Followers

Thursday, March 14, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 05


Sampai Bila pun Sayang


05
           “Oh, you’re back?

Abuden?” Jawab Faez selamba, Leo rakannya terus membuat muka bila Faez menjawab sebegitu, slang yang digunakan yang bermaksud ‘obviously’ itu memang menyentap jiwa.

So how’s my car? Done?” Tanya Faez sambil merangkul bahu Leo.

“Siap.” Jawab Leo. Faez membawa kereta Audi Q5nya pagi tadi ke sini untuk diservice. Dia lebih senang mendapatkan perkhidmatan Leo yang sudah lama dikenalinya, Leo memang merchanic tetap Faez sejak dari kereta pertama yang dimilikinya. Oleh sebab itu Faez meminjam kereta milik Leo untuk hari ini, memang selalunya begitu, Leo akan memberikan kunci keretanya kepada Faez untuk kegunaannya sepanjang hari bila kereta Faez mengalami masalah atau dihantar service.

Thanks a lot Leo.” Ucap Faez bila Leo menyerahkan semula kunci keretanya. Faez memandang sekilas ke arah Leo dan kemudian ke kereta milik Leo yang menjadi hak milik sementaranya tadi.

I want to ask you a question. Do you know anyone that has exactly the same car like yours.” Tanya Faez penuh semangat, mindanya telah melayang teringatkan gadis tadi kerana itu dia bertanya Leo. Berkerut kening Leo, baginya persoalan Faez itu mengarut pastilah banyak kereta Satria Neo di atas jalan raya di Malaysia.

“Apa you merepek ni?”

What I mean is the same car, with the same colour and even the same accessories.” Terang Faez bersungguh-sungguh kepada Leo, habis melayang-layang tangannya menunjukkan pergerakan tangan yang melampau kerana terlalu teruja.

How that possible. Must be coincidence.” Leo membalas, belum pernah dia ternampak kereta yang sama sepertinya. Jika suatu hari nanti dia terserempak dengan kereta itu pastinya itu saat yang unik dan istimewa.

Yeah.” Jawab Faez, dia memejamkan matanya. Terlayar peristiwa tadi ke mindanya, bagaimana gadis itu berpaling bila ditegur, betapa merahnya wajahnya bak tomato kerana menahan malu tadi, hati Faez terusik, jantungnya berdebar-debar.

Dude, are you okay? What’s wrong with you? What happen?” Panjang pertanyaan Leo, pelik sungguh perlakuan Faez hari ini. Faez yang dia kenal bukan begini, dia seorang yang matang, dan serius tetapi sekarang dia seperti tidak berlagak seperti Faez Aizuddin. Serupa orang tidak betul pun ada, mesti ada apa-apa yang berlaku tadi.

Fall in love happened.” Kata Faez. Itu menerangkan keadaannya sekarang, tengah gila bayang rupanya. Ini kali pertama Leo melihat Faez dilamun cinta, macam tidak percaya pun ada. Selama ini dia selalu menyibukkan diri dengan kerja sahaja, sebagai pengarah urusan di syarikat milik keluarganya Faez memang tidak pernah mempunyai masa untuk mencari pengganti kepada hubungan yang putus ditengah jalan beberapa tahun yang lalu.

Fall in love at the first sight ah? Really ah? Pretty?” Soal Leo dengan teruja, seronok mendengar kisah cinta orang. Faez menjawab dengan anggukan sahaja bagi setiap persoalan itu, dia sendiri tidak percaya dengan apa yang berlaku. Setelah bertahun-tahun hatinya bagaikan kosong, sepi tanpa cinta tetapi hari ini hatinya berbunga kembali bila cinta datang bertandang tanpa dicari.

With who?” Tanya Leo seterusnya, makin tinggi perasaan ingin tahunya melonjak. Tambahan pula tiada kereta lain di bengkel keretanya, dapatlah dia berehat sambil mendengar cerita panas dari Faez.

With the girl who drives the car which turn out to be your car’s long lost twins.” Panjang penerangan Faez, dan penerangan itu memberi gambaran yang jelas kepada Leo mengapa Faez bertanya mengenai keretanya.

So, did you get her phone number?

Soalan Leo itu membuatkan dia sesuatu terlintas di fikiran Faez.

Oh no, i forgot to ask her that.” Faez mula menyedari dia telah membuat kesilapan besar dengan membiarkan gadis itu pergi begitu sahaja. Dia terlalu terpegun dengan gadis itu tadi sehingga terlupa hendak ‘memikat’.

What the hell man? It’s like event of the year, Faez Aizuddin fall in love. Tapi you lupa mintak dia punya nombor telefon. So at least you tau nama dia kan? Tapi susah sikit mau carilah by just using the name.” Leo pula yang melebih-lebih, macam dia pula yang terpaut hatinya. Wajah Faez membeku mendengar kata-kata Leo, dia terlopong tidak percaya dengan kebodohan sendiri.

What’s wrong?

Dude, i think i forgot to ask her name too.”

Terus sahaja Leo menampar dahinya kuat, dan Faez masih keras di situ. Bukan senang untuk Faez jatuh cinta lagi, sudah beratus-ratus wanita datang padanya namun belum ada yang mampu membuatkan hatinya terpaut. Dan bila peluang itu datang, dia baru sahaja melepaskan peluang untuk mengisi kekosongan di jiwa.

Mungkinkah tiada jodoh?

My very handsome prince, you better tell me the whole story.” Ucap Leo sambil menarik Faez ke gerai berdekatan dengan bengkel keretanya. Dia mahu mendengar kisahnya dari A hingga ke Z. Faez yang masih terpempan hanya menurut langkah Leo. 

*~*~*
~bersambung~

an: lmbt sket. sorry. and pendek.. sorry. nnt saya update lagi!!

No comments:

Post a Comment