Followers

Sunday, March 17, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 06


Sampai Bila pun Sayang


06
          
            @butter_cookies where are you kakak?

Danisa membaca tweet dari adiknya itu, lincah sahaja jari Danisa membalas tweet Danish itu.

            @heyDanish Popular Book Store.

Danisa kaku sebentar untuk beberapa minit, menanti kalau-kalau Danish akan membalas tweetnya lagi. Dia membelek-belek beberapa buah buku resepi biskut untuk dibeli, duduk di rumah di hujung minggu tanpa berbuat apa-apa semakin membosankan Danisa baru-baru ini. Kena pula kalau Danish keluar bersama rakan-rakannya, lagi lah Danisa kebosanan berseorangan di rumah, jadi Danisa mencari sumber untuk dia mengisi ruang masa yang membosankan itu dengan hobi baru, baking.

So you do love cookies huh?” Satu suara menyapa telinga Danisa lalu dia berpaling ke arah suara itu datang. Terpandang dia kepada seorang lelaki yang berdiri di sebelah rak buku, tangannya diletakkan pada rak buku itu yang menjadi benteng di antara mereka berdua. Danisa mencari-cari di manakah dia berjumpa dengan lelaki ini kerana wajahnya seperti pernah dilihat tetapi dia tidak pasti di mana.

Yeah, saya memang suka. I do live up to my name.” Jawab Danisa dengan selamba, Faez yang mendengar mengerutkan dahinya tidak faham apa yang cuba disampaikan Danisa.

Live up your name what?

Butter cookies.” Balas Danisa dengan loyar buruknya. Dia belum bersedia untuk perkenalkan diri kepada orang yang tidak dikenali yang mungkin tidak akan ditemuinya lagi seumur hidupnya.

“Saya Faez, in case kalau cik lupa saya. Remember last sunday, parking...” Faez memperkenalkan dirinya sekali lagi buat Danisa yang seolah-olah tidak mengingatinya. Faez sungguh tidak percaya dia akan berjumpa gadis yang sama ini lagi, dia sangka sudah tiada jodoh untuk mereka bertemu lagi tetapi siapa sangka selepas seminggu dia terserempak dengan gadis ini di sini, sebuah kedai buku.

Jodoh?

Danisa mendengar kata-kata Faez tadi terus merasa darah menyerbu ke wajahnya, peristiwa memalukan minggu lalu bermain di mindanya. Sepanjang minggu dia cuba untuk tidak mengingati kejadian itu, kerana perasaan malu itu akan mengganggu konsestrasinya kerana itu sukar untuk Danisa mengingati wajah Faez dan hari ini dia kembali teringatkan peristiwa itu. Faez perasan perubahan wajah Danisa, merah padam wajah Danisa menahan malu.

Oh my gosh, im so embarrassed.” Ucap Danisa sambil tangannya mengangkat buku resipi ditangannya untuk menutup wajahnya. Tergelak kecil Faez melihat Danisa begitu, dia menarik buku ditangan Danisa itu.

“Jangan. Cik tak perlu rasa malu dengan saya tentang kejadian tu.” Ujar Faez kepada Danisa, dia kemudian memulangkan semula buku resipi biskut itu ke tangan Danisa. Danisa menyambutnya sambil tertunduk malu tetapi terselit senyuman nipis di bibirnya.

Danisa perasan ada lagi tweet baru yang belum dibacanya lalu Danisa membuka dan membacanya bagi mengelakkan pandangan mata Faez kepadanya. Sungguh dia malu, perasaan malu bukan mudah untuk dikikis.

            @butter_cookies Great. Do me a favor. Tlg belikan Top Gear.
            @butter_cookies makan tak payah beli. Danish dah sedia.

Danisa kembali memberi tumpuan kepada Faez bila dia habis membaca tweet dari adiknya itu. Kesian pula kalau tak dilayan, macam biadap pun ada.

“Erm…Mister Faiz, do you know what Top Gear is? Mana nak dapat buku tu ye?” Tanya Danisa kepada Faez yang dari tadi asyik merenung wajahnya.

“Top Gear? Itu bukan buku cik adik, itu majalah kereta.” Beritahu Faez setelah berfikir sejenak. Danisa terangguk-angguk faham.

Oh..the one that always laying on the sofa.” Komen Danisa, teringat dia kepada majalah kereta yang selalu sahaja ditinggalkan Danish di atas sofa tanpa dikemas. Bila datang rajinnya sahaja Danish akan mengemas semula majalah-majalahnya, jika malas ditinggalkan sahaja di situ dengan alasan hendak menyambung baca sebentar lagi tetapi tiga empat hari kemudian majalah itu masih di tempat yang sama tidak bergerak.

Danisa tertoleh-toleh ke kiri kanan mencari bahagian majalah untuk membeli majalah yang dipesan Danish.

“Mari saya carikan untuk awak.” Faez menawarkan perkhidmatan percuma buat Danisa. Walaupun dia belum pernah membeli majalah itu tetapi dia selalu juga membacanya di bengkel Leo, Leo memang melanggan pelbagai jenis majalah kereta. Faez mengambil semula buku-buku yang sudah dipilihnya tadi dan Danisa mula membawa buku resipi biskut yang hendak dibeli. Mereka sama-sama beriringan ke ruang majalah.

“Banyak beli buku,” tegur Danisa kepada Faez, Faez tersenyum sambil mengangkat lebih tinggi buku-buku yang dibelinya. Dua buku adalah novel cinta inggeris yang sesuai untuk remaja dan dua lagi buku motivasi.

“Hadiah untuk anak pakcik saya. My lil cousin, hari jadi ke-lima belas, esok.” Terang Faez kepada Danisa, Danisa terangguk-angguk seraya tersenyum. Kan bagus kalau lebih ramai orang seperti Faez membelikan buku sebagai hadiah hari jadi, ini adalah salah satu cara yang baik untuk memupuk budaya membaca dikalangan kanak-kanak dan remaja. Walaupun sekadar novel cinta tetapi novel cinta pun bukanlah kosong, ada juga ilmu dan nilai-nilai yang diselitkan penulis untuk pembacanya cuma pembacanya perlulah pandai merungkainya. Mencari maksud tersirat yang tersembunyi disebalik kisah cinta itu, dan seterusnya mengambil ikhtibar.

Faez mencari majalah itu dan bila dia sudah terjumpa majalah yang dicari laju sahaja tangannya mencapainya. Tangannya menyuakan majalah itu kepada Danisa, “inilah majalah nye.”

“Terima kasih.” Ucap Danisa kepada Faez yang membantunya mencari majalah tersebut. Namun belum sempat Danisa menyentuh majalah itu Faez mengangkat majalah itu tinggi.

“Terima kasih je tak cukup. Boleh saya ajak cik makan tengah hari? Sekarang!” kata Faez kepada Danisa, dia belum puas menatap wajah Danisa, belum sedia untuk melepaskan Danisa pergi. Danisa menggigit bibir, pandangan matanya jatuh ke wajah Faez yang beria-ia mengajaknya makan tengah hari, bagaimana dia hendak menolak ajakan ini. Dia tidak sudi bukan kerana dia tidak menyukai Faez tetapi mereka baru sahaja kenal untuk beberapa minit, segan rasanya. Dan paling penting Danish sudah menyediakan makan tengah hari, pasti Danish menunggu kepulangannya untuk makan bersama.

“Maaf, tapi saya ada keluarga yang tunggu saya untuk makan tengah hari di rumah.” Jawab Danisa sambil tangannya mencapai majalah Top Gear dari rak majalah itu. Danisa memberi alasan itu untuk mengelak dari keluar bersama Faez. Kecewa sungguh Faez rasakan, bila peluang itu terbuka tetapi gadis ini pula yang menutup pintu peluangnya untuk memikatnya. Lambat-lambat Faez meletakkan kembali majalah di tangannya ke rak majalah tersebut kerana Danisa sudah mengambilnya sendiri.

“Keluarga?” Tanya Faez separuh sedar, entah mengapa dia menyebut perkataan itu. Penolakan Danisa benar-benar memberi tamparan hebat kepadanya, Danisa memimikkan simpati pada wajahnya. Tapi hendak buat bagaimana, keluarga adalah lebih penting dari orang luar. Telefon bimbit Danisa berbunyi, dengan pantas Danisa mengangkatnya.

“Helo.”  Danisa memberi isyarat tangan kepada Faez lalu dia berpaling ke belakang. Danish selalu begini, kalau Danisa tidak menjawab dia akan mendail terus nombor telefon kakaknya.

“Ye sayang. Dah beli. Tunggu kejaplah, nak balik dah ni.” Suara Danisa lagi membalas bebelan Danish dihujung talian.

“Ok bye.” Danisa memutuskan talian setelah Danish berpuas hati dengan jawapannya. Danisa kembali berpaling, Faez masih setia di situ.

“Cik dah berkeluarga ke?” Tanya Faez, baru dia terfikir mungkinkah Danisa mengelak daripadanya kerana dia sudah bersuami? Sekarang ramai pasangan yang kahwin muda jadi tidak mustahil jika gadis secantik dia sudah dimiliki orang. Tambahan pula mendengar perkataan ‘sayang’ terpacul dari mulut dia menguatkan lagi andaian Faez, tetapi tiada walau satu cincin pun yang terikat di jari manis gadis itu atau mana-mana jari tangannya yang lain. Jauh di sudut hatinya berharap gadis ini belum berpunya, dia benar-benar sukakan gadis yang berada dihadapannya ini.

“Oh tak. Ini cuma adik saya, kalau saya tak reply memang dia akan telefon saya terus. He’s kinda..what is it call? Erm…sister complex? Terlebih-lebih mengongkong saya, terlebih-lebih manja pun ada.” Kata Danisa sambil tangannya membuka twitter di telefon bimbitnya.

            @butter_cookies bukan Danish masaklah, beli.
            @butter_cookies tapi ada air milo beng. Balik cepat.
            @butter_cookies kakak….balik cepat.
            @butter_cookies kakak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tergelak Danisa membaca tweet-tweet Danish.

“Erm..i really have to go now. Adik saya dah mengamuk, saya pergi bayar dulu.” Kata Danisa sambil menuding ke arah kaunter. Faez lega mendengar kata-kata itu, rupa-rupanya itu cuma adiknya sahaja yang membuatkan dia asyik memandang telefonnya sedari tadi, bukan suami, bukan kekasih. Tapi seorang adik yang mengongkong kakak, agak pelik bunyinya tu. Faez memilih untuk tidak berfikir banyak dan hanya membontotti Danisa, dia juga perlu membayar empat buku yang ditangannya. Dia beratur di belakang Danisa sementara Danisa membayar semua yang dibelinya.

“Saya pergi dulu, it’s nice to meet you again Mister Faiz. Assalamualaikum.” Ucap Danisa kepada Faez sebelum beredar. Faez hendak memanggil Danisa tetapi sekali lagi dia lupa untuk bertanyakan nama gadis itu. Sudahnya Danisa semakin menjauh, tidak sempat untuk Faez memanggilnya lagi. Danisa sudah keluar dari kedai buku itu.

Popular card sir?” Tanya juruwang di situ. Faez kembali menunpukan tumpuan kepada juruwang itu seraya dia menggeleng. Hati Faez diselubungi perasaan hampa, kenapa dia asyik gagal mengenali gadis ini bila dia cuba. Mungkinkah dia akan bertemu lagi dengan gadis istimewa itu lagi?

Mungkinkah mereka akan berjodoh lagi? 

*~*~*
~bersambung~

an: saya buat update seminggu dua kali ~~ enjot kay!! ^^ 

4 comments:

  1. Faez tu x ada twitter ke?
    follow la @butter_cookies. ^^~

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia follow ke tak akan diketahui di bab seterusnya ^^ weeeeeeee~~~

      Delete
    2. dah baca.
      follow jugak akhirnya.hehe.

      Delete