Followers

Thursday, March 21, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 07


Sampai Bila pun Sayang


07


You really let her go ah? Serious ah?” Tanya Leo tidak percaya, kenyataan yang Faez berpeluang untuk bersua muka dengan gadis pujaannya sekali lagi sudah cukup membuatkan dia ternganga tidak percaya, dan Faez terlepas peluang untuk memikat si gadis membuatkan dia terlopong lebih luas.

“Tak sempatlah, lepas bayar buku-buku tu I terus keluar cari dia tapi dia dah hilang dah.” Cerita Faez lagi, dia sendiri kesal tidak sempat bertanya bagaimana untuk dia mencari gadis itu lagi. Malahan nama si gadis pun belum dapat diketahui, adakah ini tanda yang mereka memang tiada jodoh?

“Faez, dude. Itu buku tak ada kaki tau, you tinggal situ you boleh cari balik kat situ. Tapi itu perempuan ada kaki, you don’t chase her, she runlah.” Leo meleteri Faez. Faez sedar apa yang Leo katakan adalah betul belaka, dia masih entah mengapa dia tidak terfikir begitu dan melepaskan peluang keemasan begitu sahaja.

Bahu Faez ditepuk seseorang, Zack menarik kerusi di sebelah Faez lalu duduk di situ. Dia memandang wajah keruh Faez lalu menggeleng.

“Weh kau still sedih pasal awek tu ke?” Tanya Zack kepada Faez. Faez diam tidak menjawab, Leo pula hanya memerhati.

Come on lah Faez. Weh..awek berlambak kat luar, berjuta lagi awek. Barang yang lepas jangan dikenang lagi, macam mana kalau aku bagi kenal kau dengan kawan-kawan awek aku. Aku kesian kat kau bertahun-tahun tak ada awek.” Zack memujuk rakannya yang bermuram durja, Faez mencebik.

“Tak naklah aku. Lecehlah kenal kawan atas kawan ni, kalau tak menjadi dah jadi tak syok tau.” Faez menolak begitu sahaja, tawar hatinya untuk berkenalan dengan gadis lain. Lagi-lagi kalau bercinta dengan kawan kepada teman wanita kawan baik sendiri, kalau hubungannya putus takut-takut mempengaruhi hubungan mereka pula. Lagi pun sekali hatinya terpaut bukan senang untuk dilupakan, tambahan pula kali ini dia jatuh cinta pandang pertama, buat pertama kali seumur hidupnya dia jatuh cinta pandang pertama, ketiga-tiga pengalaman cintanya sebelum ini bukan atas dasar cinta pandang pertama.

“Alasan! Kau yang tak reti pikat perempuan sebenarnya. Kalau macam ni kau tunggu mak kau pinangkan perempuan dia berkenan jelah, selalunya anak orang kaya macam kau ni kena kahwin paksa je kan?” Ulas Zack, menggeleng-geleng Faez tidak mahu. Dia tidak akan berkahwin hanya kerana keluarganya mahu dia berbuat begitu, dia mahu berkahwin dengan pilihan hatinya bukan dengan dipaksa.

“Ni..tengok ni, aku cakap dengan perempuan kat dalam tu lima minit je aku dah dapat contact dia.” Sambung Zack membangga diri sambil memberikan isyarat mata menunjukkan ke arah perempuan yang duduk di dalam kafe itu. Mereka menoleh untuk melihat perempuan yang dimaksudkan Zack, kemudian pandangan dilemparkan pada kertas yang dipegang Zack. Dia melayang-layangkan kertas itu di hadapan Leo dan Faez, bangga dengan kejayaannya.

“You sudah ada girlfriend pun still tackle awek?” Tanya Leo kepada Zack. Zack dengan Faez jauh berbeza, Faez seorang yang kurang bergaul dengan perempuan tetapi Zack memang playboy Malaya. Walaupun mereka bagaikan langit dengan bumi tetapi persahabatan mereka akrab bagai isi dengan kuku.

“Leo don’t be naïve, i love my girlfriend. Tapi ini awek boleh jadi wa punya kawan, a.k.a spare tyre what…” Tanpa rasa bersalah Zack berkata, tangannya diletakkan pada bahu Leo yang tersengih kepadanya. Kertas di tangan Zack dirampas Faez lalu dibacanya.

            @mynameislily

Contact amende ni?” Soal Faez bertanya, matanya mengecil seolah-olah sedang memberikan pandangan mengejek kepada Zack. Zack merampas kembali kertas tadi dari tangan Faez lalu Zack mengeluarkan iphone dari poket seluar.

“Itulah kau tak tahu, ini nama dia twitter id. Takkan twitter pun tak tahu kot?” Kutuk Zack kepada Faez seraya dia tersenyum sinis, kini dia pula yang memberikan pandangan mengejek kepada Faez. Faez buat muka dungu, dia memang tahu apa itu twitter cuma dia belum pernah menggunakannya. Walaupun sudah banyak kali adik-adiknya memujuk dia untuk mendaftar akaun di laman sosial itu tetapi tak pernah Faez ambil peduli. Dia terlalu sibuk untuk itu, akaun facebook miliknya juga sudah berhabuk tidak digunakan, dia sendiri sudah lupa bila kali terakhir dia mengupdate status di ‘muka buku’ itu.

“Aku tahu tapi tak pernah guna.” Kata Faez membela dirinya, dia tidak mahu Zack memandang rendah kepada dirinya.

“Itulah kau, tak nak ikut perkembangan dunia teknologi semasa. Sekarang ni nak tackle perempuan guna twitter, guna whatsapp lagi senang dari guna mengayat cara tradisional. Sekarang facebook pun dah tak laku tau.” Kata Zack lagi, bukan main lagi dia mengajar Faez teknik-teknik popular untuk memikat perempuan di era teknologi ini.

“Kau tengok ni eh.” Kata Zack lalu jarinya lincah menaip kata-kata untuk Lily yang baru dia ‘follow’, Zack membaca tweetnya sambil menaip pada iphone itu.

“Dah follow!! Hai, take a look at the smoking area, you’ll see me there. Tweet.”

Faez masih memerhatikan perlakuan Zack yang kalut sahaja memandang ke dalam kafe itu menanti Lily untuk menoleh ke arahnya. Beberapa saat kemudian gadis itu benar-benar berpaling, dia dan rakannya tertawa kecil lalu tersenyum ke arah Zack, Faez dan Leo. Zack melambai-lambai tangannya ke arah mereka berdua, dan lambaikan itu dibalas. Leo juga sibuk melambai tangan sambil tersengih, gadis berdua itu tertawa lagi lalu berpaling semula. Zack menunjukkan iphonenya kepada Faez dan Leo dengan bangga, Lily baru sahaja membalas tweetnya.

            @zack1111 thanks handsome.followed you back. Ps: your chinese friend                           is cute.

Yes! Yes!” Leo meraikan kejayaan dirinya mendapat pujian dari gadis itu. Dia memandang ke arah Lily dan rakannya, dan melambai lagi bila kebetulan Lily dan rakannya menoleh ke arah mereka lagi. Faez merampas iphone milik Zack, lalu dia membaca satu persatu tweet di timeline Zack. Faez kurang memahami apa yang dibacanya, semuanya bercampur aduk, ada juga yang berulang kerana diretweet, apa itu retweet? Tapi satu yang pasti dia pernah melihat apa yang Zack katakan tadi sebagai ‘twitter id’.

“Aku rasa macam aku pernah nampak la benda ni. Kejap.” Faez tiba-tiba bersuara setelah dia membelek timeline Zack tadi. Kata-kata Faez menarik perhatian Leo dan Zack, mereka berdua perhatikan perlakuan Faez. Faez pula pantas mencapai pensil dan nota pesanan yang disediakan pihak kafe untuk digunakan ketika pelanggan mencatatkan pesanan mereka, Faez menulis sesuatu pada kertas itu.

            @butter_cookies

Faez menunjukkannya kepada Leo dan Zack. Kening Zack terangkat, tetapi Leo masih dengan muka tiada perasaan.

Where did you see this?” Tanya Leo.

It was sticked on that girl shirt first time we met. I don’t know whether it’s hers or not but she sticked it on her shirt like a nametag.” Terang Faez bersungguh-sungguh, adakah ini sinar pengharapan untuk dia mencari gadis itu? Leo memandang ke wajah Zack dan Zack juga membalas pandangan Leo, dia faham apa yang difikirkan Leo.

“Kita boleh check. All twitter accounts got DP.” Ujar Zack sambil menarik kertas yang dipegang Faez. Tulisan Faez itu dibaca penuh minat.

What DP?” Tanya Faez pendek. Banyak betul yang dia tak tahu mengenai twitter ini, banyak lagi yang perlu dia tanya.

Display picture.” Leo terus memberi definisi DP kepada Faez, dia mengangguk-angguk faham. Semakin senang hati Faez bila menyedari peluang untuk mencari gadis itu semakin cerah. Faez sudah boleh bernafas lega.

Unless kalau dia tak guna gambar dia susah sikitlah nak pastikan dia kalau bukan. Bagi aku kau punya ipad.” Kata Zack seraya menggamit tangannya meminta ipad yang sentiasa diusung oleh Faez ke mana sahaja. Bagi seorang yang bekerjaya sepertinya ipad sentiasa ada di sisi, bukan untuk melayari lama sosial dan tidak sekali untuk bermain game tetapi untuk tujuan business. Kadang-kala e-mail dari negara asing datang pada waktu yang tidak dijangka kerana berada di garis waktu yang berbeza, ipad membantunya menyelesaikan masalahnya. Dia boleh membalas e-mail walau di mana dia berada, sungguh memudahkan.

“Okey, apa nama dia tadi?” Tanya Zack sebaik sahaja ipad Faez beralih tangan. Dia terus membuka laman twitter untuk mencari pemegang i.d ‘butter cookies’. Lincah sahaja jari jemari Zack menaip di atas skrin ipad itu, sekejap sahaja akaun twitter yang dicari dijumpainya.

“Ini ke budaknya?” Tanya Zack sambil menolak ipad itu kehadapan Faez, cepat sahaja Faez menyambar ipad itu. Gambar gadis itu diperhatikan, dia…betul, dialah yang dicari Faez selama ini. Mujur Faez masih mengingati apa yang terlekat pada bahu Danisa ketika itu walaupun sudah seminggu peristiwa manis itu berlalu. Danisa namanya, gadis itu tersenyum ceria di dalam gambar itu. Dia sedang duduk di atas buaian yang sedang berayun, bagaimana dia menangkap gambar ini pun Faez tidak tahu pasti orang yang menangkap gambar ini pakar dalam fotografi dapat menangkap gambar sebegini.

“Danisa…” Faez menyebut nama gadis itu lalu tersenyum senang, lembut sahaja namanya seayu wajahnya.

That’s explain the butter cookies thing,” Komen Leo, dia gembira untuk Faez akhirnya dapat juga Faez mencari gadis yang hadir ke dalam mimpi-mimpi Faez sepanjang minggu ini. Faez tersenyum bangga, kembang hatinya dipenuhi bunga-bunga cinta.

“Kau minat budak bertudung?” Tanya Zack pelik. Memang lain dari apa yang Zack bayangkan sedari mula Faez bercerita mengenai pertemuan kedua dengan gadis bernama Danisa ini.

That’s wife material you know.” Tegur Faez, dia tidak mahu Zack memandang rendah kepada Danisa. Baginya sekarang belum ada mana-mana gadis yang dia kenali menandingi Danisa, bekas teman wanita yang lalu juga tidak dapat menandingi kecantikan, keayuan wajah Danisa. Peribadi Danisa yang aktif dan ceria amat memikat hati Faez walaupun hanya dua kali mereka bersua. 

“Wa….you’re that serious ah?” Soal Leo tidak percaya. Cepat sahaja Faez mengangguk tanda ya, Leo menepuk-nepuk bahu Faez sebagai sokongannya kepada Faez. Faez faham apa yang cuba Leo sampaikan, walau tanpa ucapan dia faham.

“Lagi satu, dia bukan budak. She’s very matured tau. Tinggi pulak tu.” Terang Faez kepada Zack dan Leo. Dia percaya kalau mereka berdua berjumpa dengan Danisa pasti mereka juga akan memuji Danisa.

Looks like a kid for me.” Zack pertahankan dirinya, terus Faez tarik muka. Zack tertawa, dia hanya bermain-main dengan Faez sebenarnya. Memanglah gambar Danisa membuatkan dia nampak muda remaja tetapi dia percayakan kata-kata Faez.

Sorry bro. Aku gurau je. Aku gurau.” Ucap Zack memujuk Faez. Lalu dia menyambung, “dia locked tweet dia jadi tak boleh baca unless kalau kau follow dia dan dia approve.”

So, apa kita nak buat sekarang? Macam mana aku nak register benda ni?”  Tanya Faez, Zack menarik semula ipad itu ke hadapannya. Biarlah dia membantu Faez menyelesaikan masalahnya kerana Faez ni agak ‘rabun’ teknologi, bukanlah tidak reti langsung atau buta IT tetapi kurang mahir.

“Kita mark dulu page dia nanti senang kau nak cari balik. Sekarang kita register dulu, kau nak taruk nama apa? Nama penuh?”

“Jangan taruk nama penuh aku. Jangan.” Cepat-cepat Faez menghalang Zack, dia tidak mahu Danisa tahu siapa dirinya, biarlah dia tahu bila mereka lebih rapat sekiranya hubungan mereka memang menjadi. Dia sudah serik dari pengalaman lalu, banyak sangat sudah perempuan yang menghampirinya hanya kerana statusnya dan wang ringgit sahaja. Jadi biarlah Danisa menganggap dirinya orang biasa sahaja.

Setelah sepuluh minit berbincang mereka memilih mendaftarkan Faez dengan i.d MrFaez0927. Ringkas dan mudah diingati, walaupun tidak istimewa di mata orang lain tetapi istimewa pada Faez kerana Danisa sentiasa memanggilnya Mister Faez.

So can i follow her now?” Tanya Faez tidak sabar.

“Wo.. wo..wo..sabar dulu bro.” Zack menghalang, Faez memandang pelik kepada Zack memohon penjelasan.

“Dengan tak ada tweet, tak ada follower, tak follow sesiapa? Sabar sikit bro.” Zack bersuara, Faez belum dapat memahami apa yang dimaksudkan Zack. Kenapa dia tidak boleh follow Danisa walaupun dia belum pernah tweet apa-apa, jika dia follow Danisa sekarang Danisa akan jadi orang pertama yang dia follow, tidakkah itu sesuatu yang istimewa?

You said she’s a matured girl, matured girl won’t simply approve people, especially someone like you she might just think you’re a freak. Or a stalker. So don’t. Let’s wait another a week or two, gain a few followers, follows people then only you request to be her follower.” Leo membantu Zack menerangkan kepada Faez. Barulah dia faham apa yang cuba Zack sampaikan kepadanya.

“Ala bro, dah lambatlah. Aku nak balik, esok kerja.” Zack bangun untuk mengundurkan diri, jam sudah pukul sebelas lebih perjalanan ke rumah juga mengambil masa kerana agak jauh dari sini. Dia tidak mahu lewat ke pejabat lagi, sudah beberapa kali dia terbabas dan datang lewat ke tempat kerja, Zack tidak mahu mengambil risiko.

“Eh weh, rileks ah..awal lagi ni. Banyak lagi aku nak belajar ni. Kau ni sibuk nak balik awal macam ada bini pulak kat rumah.” Halang Faez, Zack tidak mengendahkan kata-kata Faez namun terus bertanya pada Leo, “are you staying here?

Leo mengangguk, Zack menyambung.

Good, tolong ajar dia macam mana nak guna twitter dari smartphone dia. I got to run, bye man.” Pesan Zack kepada Leo seraya dia bersalam dengan Leo. Faez menarik tangan Zack tidak membenarkannya pergi.

Bro, jangan balik lagi bro. Awal lagi.” Pujuk Faez sekali lagi, tak seronok pula kalau hanya tinggal Leo dan dirinya, lebih ramai lebih meriah.

“Yelah kau awal lagi, kau boleh la kau bos esok masuk kerja pukul berapa pun boleh, aku kuli je weh kalau tak pukul sembilan kena pecatlah aku jawabnya. Dah aku blah dulu.” Zack mengutip habis barang-barangnya lalu beredar. Sebentar kemudian dia berpaling, “jangan lupa follow aku, Zack sebelas sebelas.”

“Weh..Zakri…” Jerit Faez memanggil Zack tetapi Zack hanya melambai sahaja. Nampaknya hanya Leo yang tinggal untuk dia bergantung harap malam ini.

*~*

“Bos, tak keluar lunch ke hari ni?” Tanya Orked, setiausaha Faez. Faez terus berpaling melihat dinding untuk membaca jam yang tergantung di situ.

“Dah pukul satu rupanya, I nak pergi lunch la ni.” Kata Faez, Orked meletakkan fail-fail yang dihantar dari bahagian pemasaran ke atas meja Faez.

“I keluar dululah bos.”

Orked melangkah menuju ke pintu yang terdapat di hujung bilik, belum sempat dia memulas tombol pintu dan menolak daun pintu Faez memanggilnya.

“Orked you ada twitter?”

“Huh?”

“I nak follow? Dan I kena tambah follower I cepat-cepat.” Faez tiba-tiba memberi tahu, terkejut Orked dibuatnya. Walaupun Faez seorang bos yang terbuka, boleh bersembang apa-apa sahaja dengannya tetapi Faez selalunya serius di pejabat.

“Ya ada, I akan follow bos, tapi I rasa bos tak payahlah follow I.” Kata Orked, berkerut dahi Faez. Selalunya orang suka bila followernya bertambah, teringat Faez bagaimana adik-adik melompat gembira bila dia menyatakan dia mahu follow twitter mereka semalam.

“Kenapa pulak?”

“Yelah, kalau bos follow I tak bolehlah I kutuk bos dalam twitter.” Jelas Orked selamba, dia hanya bergurau sebenarnya. Dia belum lagi pernah terasa hendak mengutuk Faez di dalam twitternya kerana Faez seorang bos yang baik cuma kadang-kadang ahli lembaga pengarah yang lain yakni ahli keluarga Faez yang lain termasuklah pak cik dan sepupu Faez selalu sahaja mendatangkan masalah kepadanya, dan kadang-kala Orked tertweet mengenai mereka untuk melepaskan geram.

“Wah…berani you kutuk I kat twitter Orked, sampai hati.”

“Tak adalah, I gurau je. Nanti lepas lunch I bagi ye bos.”

“Okey.” 

*~*~*
~bersambung~

an: update khamis malam jumaat lagi. twitter id yg digunakan adalah rekaan semata-mata. takde kaitan dengan sesiapa... huhu
Harap anda suka update ni.. ^^

8 comments:

  1. Replies
    1. naseblah twitter jer.. kalau dua beradik tu giler instagram jugak tak tahulah nak komen apa lagi.. hahaha

      Delete
  2. muahahahaha.
    sedih la faez ni. =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.
      x dek.
      faez tu workaholic sangat kut sampai twitter pun blur2 je nak guna. ;D

      Delete
    2. haah...dan dia tak berminat pun.
      tapi lepas dah buat twitter mcm ketagih pulak guna..
      hahaha.. semua org guna twitter pun mcm tu, especially yg ad smart phone.. jd cam perak sat...ahahhahaha

      Delete
  3. Haha,tersenyum sorang diri bila dia dah ada tweeet tu.Tumpang gembira gak.Haha

    ReplyDelete