Followers

Sunday, March 24, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 08


Sampai Bila pun Sayang


08


Try la sedap ke tidak.” Danisa memaksa Danish untuk merasa biskut yang masih panas, teruja betul Danisa selepas makan tengah hari tadi dia terus mencuba resipi pertama yang menjadi pilihannya, biskut mentega. Dari minggu lepas sejak dia membeli buku resipi ini lagi dia sudah teruja untuk mencuba namun kerana kesibukannya sebagai seorang pensyarah cuma hari ini dia sempat untuk ke dapur. Sudah lama dia tidak menggunakan oven di dapur ini walaupun di musim perayaan, semua kuih raya hanya dibeli atau ditempah sahaja.

Danish masih teragak-agak untuk merasainya, tangannya masih kaku memegang sekeping biskut itu. Danish kemudian memandang kakaknya dengan wajah serba salah tetapi Danisa langsung tidak perasan mimik mukanya. Danisa mula berkira-kira apa pulak yang perlu dicubanya.

“Hurm, minggu depan kakak nak pergi beli buku resipi kek dengan roti pulak.” Ujar Danisa semangat, dia sudah memasang azam untuk belajar membakar kek dan roti pula. Banyak lagi jenis makanan dia mahu belajar cara memasaknya, dan dia mulakan dengan pastri. Danisa bukanlah pandai sangat memasak, setakat untuk dia dan Danish dua beradik makan bolehlah.

“Ish kakak ni, buku ni pun tak habis try lagi sibuk nak beli buku resipi baru.” Kutuk Danish, Danisa terus menarik kerusi untuk duduk di hadapan adiknya.

“Ala…apa salahnya, kalau tiap-tiap minggu makan biskut pun bosan jugak. Biarlah tukar-tukar, lagipun nanti perut Danish juga yang kenyang. Apa lagi, makanlah.” Kata Danisa sambil menongkat dagu. Menanti dengan sabarnya Danish memasukkan biskut pertama yang dibakarnya ke dalam mulut. Mata Danisa penuh sinaran teruja, tak sabar untuk mendengar komen dari adiknya. Danish merapatkan biskut itu ke bibirnya namun sebelum memasukkan biskut itu ke mulutnya dia menyua biskut itu ke mulut Danisa.

“Apa kata kakak rasa dulu.”

“Danish.” Tinggi suara Danisa menyebut namanya, terus Danish menyumbat masuk biskut itu ke mulut. Jangan cuba melawan Danisa yang marah, ikut sahaja cakap dia, itu salah satu pegangan Danish. Danish mengunyah biskut itu dengan senyap, boleh tahan rasanya. Mungkin tidak sesedap ‘Danisa’ tetapi sedaplah juga hasil tangan pertama kakaknya ini.

“Macam mana? Okey?” Tanya Danisa. Danish mengangguk-angguk kepalanya. Suka Danisa kerana dia berjaya, berjaya untuk cubaan pertama. Lagi galaklah Danisa ke dapur selepas ini, seronok untuk mencuba resipi baru.

“Minggu depan kakak buat kek pulak, lepas tu roti. Kalau dah pandai buat doh boleh buat pizza. Danish boleh letak apa saja yang Danish nak atas pizza tu.” Bersemangat Danisa bercerita, Danish memandang kakaknya pelik. Dalam pada itu sempat dia mengambil sekeping lagi biskut lalu menggigitnya.

“Kenapa semangat sangat kakak belajar masak? Cookieslah, keklah, pizzalah. Kakak nak kahwin ke apa.” Kata Danish sambil memandang kakaknya yang menyelak-nyelak buku resipinya untuk mencari resipi biskut yang seterusnya untuk dicuba.

“Kalau kakak nak kahwin pun apa salahnya, kakak dah dua puluh lapan dik. Lambat-lambat kahwin nanti tak laku akak kau seorang ni.” Ujar Danisa, tanpa Danisa perasan kata-katanya mengguris hati Danish. Terus dia meletakkan biskut yang sudah digigit separuh tadi di atas dulang pembakar itu kembali.

“Tak sedaplah.” Kata Danish dengan suara merajuk, dia kemudian bangun dan berlalu ke biliknya. Danisa terpinga-pinga melihat adiknya yang merajuk, kenapa dia merajuk?

*~*

“Adik.” Danisa memanggil Danish, tangannya mengetuk pintu bilik Danish lagi. Sejak petang tadi Danish tidak keluar-keluar dari bilik kecuali untuk ke tandas sahaja, Danisa dianggapnya bagai tidak wujud. Danish langsung tidak bercakap dengan kakaknya, teruk juga rajuk Danish kali ini. Danish senyap di dalam bilik tidak menyahut, dia biarkan sahaja kakaknya memanggilnya keluar sedari tadi.

“Danish tak nak keluar kakak masuk.” Danisa memaklumkan sebelum dia memulas tombol pintu bilik adiknya. Danisa bersandar di muka pintu sambil perhatikan adiknya yang berpura-pura sibuk dengan membaca majalah kereta. Danish langsung tidak menghiraukan kakaknya yang terpacak di muka pintu. Lambat-lambat Danisa menutup pintu, dia menghenyakkan punggungnya di atas katil bujang Danish. Danisa menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka kata.

“Kenapa Danish tak keluar makan tadi? banyak kali kakak panggil.” Tanya Danisa, risau jika Danish kelaparan sekarang tetapi persoalan itu dibiar sepi oleh Danish. Yang kedengaran hanya bunyi kipas dan bunyi kertas diselak.

“Biskut tadi memang tak sedap ke? Kakak makan okey je.”

Diam.

“Danish merajuk eh?”

Diam lagi.

“Danish marahkan kakak ke?”

“Bukan.” Akhirnya Danish bersuara, lega sedikit hati Danisa bila adiknya mahu bersuara. Kalau berterusan diam dia tidak tahu bagaimana hendak memujuk, pujuk lelaki bukan semudah pujuk perempuan, bagi bunga dia suka, tidak semudah pujuk kanak-kanak diberi coklat senyum.    

“Habis tu?”

“Danish tak suka kakak cakap kakak nak kahwin. Kakak macam nak tinggal Danish sorang-sorang pulak kat sini.” Terus terang Danish kepada kakaknya. Dia tidak mahu lagi berjauhan dengan kakaknya. Dulu sewaktu emak mereka, satu-satunya orang tua mereka yang tinggal pergi meninggal mereka akibat sakit teruk, kakaknya baru mendapat tawaran belajar diluar negara. Ketika itu…

Danisa lapan belas tahun,

Danish lima belas tahun,

Mereka anak yatim piatu.

Mereka kehilangan ayah mereka dua tahun sebelum itu, ayah mereka meninggal kerana kemalangan jalan raya ketika menjalankan tugas sebagai salah seorang pegawai di sebuah pejabat kerajaan. Berbekalkan duit pencen ayah mereka, Danisa, Danish dan emak mereka hidup bersama, waktu itu wang bukanlah masalah bagi mereka memandangkan emak mereka juga bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan wang pencen yang diterima cukup untuk mereka menanggung perbelanjaan mereka sekeluarga. Namun rindu pada suami memakan diri, emak Danisa dan Danish mengikuti suaminya dua tahun kemudian meninggalkan Danisa dan Danish sebatang kara tanpa tempat bergantung. Mereka tiada ahli keluarga yang lain,

Danisa hanya ada Danish,

dan

Danish hanya ada Danisa.

Danisa berkeras untuk menolak tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Hati mana yang sanggup membiarkan adik yang masih belum habis persekolahan tinggal seorang diri di rumah jauh dari pandangannya. Danisa tidak kisah lagi waktu itu, dia tidak kisah jika dia tidak dapat melanjutkan pelajaran di luar negara seperti yang diimpikan selama ini, universiti tempatan sudah cukup asalkan berilmu, dia sanggup menunggu Danish habis persekolahan barulah dia memohon semula untuk melanjutkan pelajaran.

Tetapi cadangannya ditolak mentah-mentah oleh Danish. Dia tidak mahu kakaknya mengorbankan cita-citanya demi menemaninya di sini. Bersungguh-sungguh Danish meyakinkan kakaknya yang dia boleh menguruskan diri sendiri, duit pencen emak ayah mereka lebih dari cukup untuk dirinya, dia boleh hidup sendiri, tidak perlu bergantung kepada sesiapa. Tidak putus-putus air mata Danisa mengalir bila Danish memujuknya untuk menerima tawaran itu. Sehinggakan Danish mengugut untuk membuang Danisa dari hidupnya, meraung-raung Danisa meminta Danish supaya pertimbangkan cadangannya. Tetapi Danish sedikit pun tidak berganjak dari keputusannya. Akhirnya Danisa kalah dengan kekerasan Danish, dia akur dengan keputusan Danish untuk meninggalkan adiknya yang bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun itu sendirian.

Tujuh tahun Danish hidup sendiri di sini, dalam masa tujuh tahun itu hanya sekali Danisa pernah pulang. Dan selainnya mereka hanya berhubung melalui email dan telefon, cukuplah tujuh tahun itu mereka berjauhan. Sekarang Danish belum sedia untuk melepaskan kakaknya pergi, dia masih mahu bermanja dengan Danisa, dia belum puas menjadi adik kepada Danisa.

Danisa meraih tangan Danish, Danish melarikan anak matanya keluar tingkap.

“Kakak tak boleh kahwin lagi. Danish takkan benarkan.” Kata Danish tajam. Danisa menggenggam tangan itu, hampir menitis air matanya terharu.

“Tadi kakak main-main jelah. Kakak nak kahwin dengan siapa boyfriend pun tak ada.” Pujuk Danisa dengan suara serak menahan sebak. Kesian pula dia pada Danish, rupa-rupanya ini yang bermain difikiran adiknya. Kesian Danish dari petang hingga ke malam dia runsing mengenai isu yang tidak mungkin terjadi sekarang.

“Dah, jangan merajuk. Macam perempuan merajuk, lelaki umur dua puluh lima tahun dah tak boleh merajuk tau. Memalukan.” Kutuk Danisa lalu dia mencubit pipi Danish.

“Jom, bangun bangun. Kita keluar makan.” Ajak Danisa, dia tahu mesti adiknya lapar kerana tidak makan tadi. Mesti masuk angin perut Danish nanti, sakit perutlah dia. Danisa bangun dan menarik tangan Danish supaya dia bangun dari perbaringan, Danish memandang kakaknya.

“Kakak, nanti satu hari nanti kalau kakak kahwin macam mana dengan Danish?” Tanya Danish lemah, Danisa merenung tajam ke mata Danish biar Danish betul-betul percaya dengan apa yang bakal keluar dari bibirnya.

“Danish tetap akan tinggal dengan kakak walaupun kakak dah kahwin nanti. Sampailah Danish sendiri kahwin.”

“Kalau suami kakak tak setuju macam mana?”

“Kalau laki tu tak setuju buat apa kakak nak kahwin dengan dia?” Balas Danisa tegas. Dia nak Danish percaya dia tidak akan sesekali membuang Danish dari hidupnya, dia takkan biar Danish keseorangan lagi. Danish kemudian tersenyum nipis, dia puas hati dengan jawapan Danisa.

“Kalau dia tak bagi, jangan kahwin dengan dia. Mana-mana lelaki yang Danish tak approve, kakak tak boleh kawan atau bercinta, tak boleh dekat sekali pun. Danish akan pastikan lelaki yang kahwin dengan kakak lelaki yang terbaik. Kalau tak cukup baik, kakak tak boleh kahwin dengan lelaki tu.” Pesan Danish awal-awal. Walaupun dia tahu kakaknya belum berpunya, tetapi ini sebagai amaran awal untuk kakaknya tidak sewenang-wenangnya berkawan dengan lelaki, kerana Danish tidak mahu kakaknya kecewa lagi seperti tahun lalu. Dia sebagai wali akan memastikan bakal suami kakaknya adalah yang terbaik dari segala segi sebelum mewalikan pernikahan kakaknya nanti.

“Yelah-yelah. Kakak dengar cakap Danish. Danish cepat siap, jom makan kat luar. Kakak laparlah.” Danisa menarik tangan Danish lagi, kali ini baru Danish mahu bangun dari katilnya.

“Kakak tak makan ke tadi.” Tanya Danish dalam nada marah, memanglah dia merajuk tetapi Danisa tidak perlulah berlapar sama dengannya.

“Kakak makan, tapi sikit. Kakak hilang selera tak makan dengan Danish. Siap.” Kata Danisa lantas dia berlari-lari anak ke biliknya untuk bersiap. Perut yang bergendang perlu ditenangkan dengan makanan, Danisa cepat bersiap sambil memikirkan tempat dia dan Danish patut keluar makan malam ini. 

*~*~*
~bersambung~

an: Anda semakin mengenali Danisa dan Danish.. macam mana?? ^^ 
mood: nak baca fanfic Guiyeoni!! Tak ada mood nak menulis.. huhu

*edit*

ps: nak buat komen syok sendiri boleh tak? 
me: urggg.. gegeh la hang ni Danish. Itu pun nak merajuk. Woii.. hang tu dah 25, bukan budak2 lagi dah. MANJA!!!!
Danish: cam **** mulut kau kan writer. Suka hati akulah nak manja dengan kakak aku. Masa aku budak-budak tak sempat nak manja dengan dia!!! 
me: hang mulut jaga sikit. Novel ni aku tak habes karang lagi, naseb masa depan hang kat tangan aku!!!
Danish: ... -___-lll



5 comments:

  1. Grrrrr... Danish comel la! <3
    Danisa kakak yg sangat caring...
    LIKE! LIKE! LIKE !

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx for ur comment Nillia^^
      Yes...Danisa sangat caring~~~ Danish pun ^^

      Delete
  2. sayangnya Danish dengan kakak dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee..mestilah...dia cuma ad danisa je dalam hidup dia..

      Delete