Followers

Thursday, March 28, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 09


Sampai Bila pun Sayang




09
           Satu hari Faez berlegar-legar di pusat membeli belah itu mencuba nasib kalau-kalau dia akan terserempak dengan Danisa. Hari cutinya terbuang begitu sahaja, dia bukan hendak menggunakannya untuk merehatkan badan setelah lima hari penat bekerja tetapi dia membazirkan lagi tenaga merayap di pusat membeli belah ini.


Tetapi siapa sangka pernantiannya berbaloi, kelibat Danisa kelihatan di tempat yang sama dengan minggu yang lalu, di kedai buku Popular. Faez yang sedang lalu di luar kedai itu bergegas masuk ke dalam, Danisa sedang beratur di kaunter bayaran. Mujurlah barisan hari ini panjang, tidak seperti minggu lalu jadi sempatlah Faez mencapai sebuah majalah sebelum dia menghampiri Danisa.

“Hai..jumpa lagi kita kan?” Tanya Faez kepada Danisa. Terpegun Danisa bila dia tiba-tiba disapa oleh seseorang dari belakang, melihat Faez di belakangnya terus Danisa tersenyum. Tak sangka boleh terjumpa orang yang sama untuk tiga minggu berturut-turut, dan dua kali di tempat yang sama. Sungguh tak sangka.

“Awak beli apa kali ni?” Sibuk saja Faez bertanya, teruja sungguh rasanya dapat bertemu gadis yang dirinduinya saban hari. Danisa menunjukkan dua buah buku resipi di dalam tangannya.

“Awak pulak beli apa Mister Faiz? Birthday siapa pulak kali ni?” Soal Danisa kepada Faez pula, jantung Faez rasa seperti hendak melonjak keluar bila Danisa memanggil namanya. Danisa masih mengingati namanya, suka sungguh hati Faez.

“Hai…macam perli je.”

“Tak adalah. Serius ni.”

“Kali ni saya beli untuk diri saya.” Jawab Faez sambil menunjukkan majalah yang di ambilnya tadi. Serta merta mata Danisa seperti bercahaya, dan dia tersenyum.

“Awak beli majalah fotografi? Saya pun minat fotografi jugak.” Kata Danisa ceria. Faez mencuri pandang pada majalah yang di tangannya, dia tidak sedar pun tadi dia terambil majalah Canon PhotoYou, sebuah majalah fotografi.

“Iyeke?”

“Ya, saya dengan adik saya dua-dua minat fotografi.” Tanpa berselindung Danisa berterus-terang, kalau bab fotografi memang bercahaya matanya. Sudah lama rasanya kameranya disimpan di dalam almari tidak digunakan, sekarang hidupnya semakin sibuk tak sempat untuk keluar bergambar.

Popular card, Miss?” Tanya juruwang itu sebaik sahaja sampai ke giliran Danisa. Perbualan mereka terhenti sebentar. Danisa menarik keluar kad keahlian Popular, kemudian menyerahkannya kepada juruwang itu. Tiba-tiba sahaja Faez menghampiri dan meletakkan majalah fotografi yang dipegangnya sedari tadi di atas kaunter dan kemudian menghulurkan tiga keping wang lima puluh ringgit.

“Sekali ye.” Kata Faez sambil menunjuk-nunjuk majalahnya itu dan buku-buku resipi Danisa.

“Oh okey.”

“Eh..jangan, jangan. Saya ada duit.” Bantah Danisa, kalut dia mengeluarkan duit dari dompetnya. Siapa Faez mahu membayar untuknya, dia baru berjumpa Faez tiga kali, dia bukan kawan Danisa dan Danisa tidak mahu menerima duit Faez. Tetapi Faez terus sahaja menyuruh juruwang itu menerima duit ditangannya, cepat sahaja juruwang itu menerima duit dari Faez. Tercengang Danisa melihatnya juruwang itu sudah memasukkan wang dari Faez tadi ke mesin wang.

“Kenapa awak ambil duit dia?” Suara Danisa lemah.

Your popular card miss. Im sorry miss but i don’t think it’s wrong to let your boyfriend pay for you.” Jawab juruwang itu, sedari tadi dia perasan Danisa asyik bersembang dengan Faez dengan cerianya terus sahaja dia menganggap mereka pasangan kekasih. Mendengar jawapan juruwang itu Faez terus tergelak, dia kemudian mengambil kad keahlian Danisa dan baki wangnya dari juruwang itu.

Thank you.” Ucap juruwang itu sambil menghulurkan plastik beg berisi buku dan majalah yang sudah dibeli. Faez menyambut plastik itu kerana Danisa masih lagi kaku tidak percaya apa yang didengarinya, rohnya bagai disedut keluar dari badan.

“Cik, saya rasa cik kena jalan sebab next customer nak bayar.” Bisik Faez dekat dengan telinga Danisa. Terus sahaja Danisa terangguk-angguk dan berjalan keluar dari kedai buku itu. Sebaik sahaja Danisa di luar dia terus ke tempat duduk yang baru dikosongkan seseorang, dia mengambil alih tempat orang itu. Faez turut duduk di tepi Danisa, dia perhatikan wajah Danisa yang tiada ekpresi. Tiba-tiba Danisa berpaling,

“Saya bayar balik duit awak.” Kata Danisa sambil dia menarik keluar not seratus ringgit dari dompet duitnya.

No, saya tak nak terima duit awak. Tadi awak tanya saya kan birthday siapa pulak kali ni, well actually i came to buy you a gift.” Kata Faez selamba, hilang terus gelaran ‘cik’ untuk Danisa. Faez bersaya awak bagaikan mereka sudah berkawan lama pula. Danisa membalas pandangan Faez, Faez mengangguk dengan harapan Danisa akan percaya akan kata-katanya. Faez kemudian menyerahkan plastik beg popular tadi kepada Danisa, Danisa menerimanya dengan berat hati.

Tell me how i can pay you? Since you don’t want to accept my money.” Kata Danisa, Faez tersenyum. Dia kemudian mendongak dengan jari di dagu berlagak seperti sedang berfikir, sebentar kemudian dia memandang Danisa.

“Oleh kerana saya belum makan, awak boleh belanja saya makan.” Cadang Faez, dia merancang idea ini supaya dia ada masa yang lebih lama untuk bersama gadis yang sentiasa dirinduinya. Dia masih mahu mengenali gadis ini. Dalam hati Faez tidak henti-henti berdoa agar Danisa tidak menolak ajakannya kali ini.

“Tolong jangan kata tidak. Please..” Faez mencantas Danisa bila Danisa hendak membuka mulutnya. Danisa tertawa,

“saya belum kata apa-apa lagi. Saya kena telefon adik beritahu saya lambat sikit, so wait up.” Danisa memberitahu Faez seraya dia bangun. Danisa menjauhkan diri dari Faez sambil tangannya menyeluk beg tangannya mengeluarkan telefon bimbitnya, dengan pantas nombor telefon Danish di dail.

“Helo Danish. Kakak nak beritahu kakak balik lambat tau, kakak makan kat luar. Danish pandai-pandai sendiri makan malam ka luar ke apa, nak pesan apa-apa mesej akak okey?” Laju sahaja Danisa bertutur sebaik sahaja talian tersambung.

“Kakak makan dengan siapa?” Tanya Danish dihujung talian. Pelik pula bila kakaknya tiba-tiba nak makan diluar.

“Kawan.”

“Kawan siapa?” Tanya Danish lagi. Dia memang suka menyibuk, demi mengambil berat mengenai kakaknya kononnya.

“Danish, kakak dah lambat. Kawan kakak tunggu. Bye.” Cepat sahaja Danisa memutuskan talian. Dia tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Danish yang dia keluar makan malam bersama seseorang yang baru dikenali atas tiga perjumpaan yang tidak disengajakan. Dan ‘kawan’ itu adalah seorang lelaki, pasti dia akan marah dan tidak membenarkan kakaknya makan bersama lelaki itu.

Danisa kembali kepada Faez dengan senyuman, dia berdiri dihadapan Faez yang setia menanti Danisa di bangku itu. Faez bangun lalu menghadiahkan senyuman kepada Danisa.

So kita nak makan kat mana?” Tanya Faez kepada Danisa, Danisa mengecilkan matanya berfikir. Faez terus memerhatikan Danisa, sukanya dia bila Danisa bersetuju untuk makan malam bersama hanya tuhan yang tahu.

“Awak yang nak makan awaklah yang pilih.” Balas Danisa, dia juga sudah terikut-ikut gaya Faez bersaya awak dengan jejaka itu.

“Awak yang nak belanja awaklah yang pilih.” Faez pula menyambung. Danisa tersenyum sumbing. Kita suruh dia pilih, dia suruh kita…susah nak dilayan Faez ni.

Secret recipe boleh?”

“Apa sahaja yang awak nak.” Balas Faez kepada Danisa. Mereka bersama-sama beringan menuju ke Restoran Secret Recipe yang berada di tingkat bawah. Setiap langkah membuatkan Faez merasakan dia semakin dekat dengan Danisa, dia membaca bahasa tubuh Danisa. Danisa tersenyum memandang keluarga yang berselisih depannya, Danisa buat tak tahu bila ada lelaki kacak yang melintas. Danisa membetulkan baju, Danisa membetulkan tudung, mata Danisa berkedip, Danisa membasahkan bibirnya, Danisa tersenyum, Danisa menahan tawa, semua perlakuan Danisa tidak terlepas dari mata Faez. Jika Danisa mengetahu bagaimana Faez memandangnya pasti Danisa akan takut pada Faez, pasti Danisa tidak akan berani mendekati Faez. Tetapi Faez tidak berniat jahat, dia cuma suka melihat Danisa, gadis yang telah mencuri hatinya.

“Saya ingat hobi awak memasak, fotografi apa pula bagi awak?” Tanya Faez kepada Danisa sementara menanti pesanan mereka sampai. Dia mahu berbual dengan Danisa, banyak perkara mengenai Danisa yang ingin diketahuinya.

“Memasak bukan hobi saya, saya saja cuba baking untuk mengisi masa lapang saya. Kadang-kadang petang ahad, tak ada buat apa kat rumah saya mencuba sesuatu yang baru, yang saya belum pernah buat. Fotografi pulak, memang minat saya dan adik sejak setahun lalu. Kami ni beginner lagi, banyak lagi perlu belajar. Saya dan adik saya suka buat shoot outdoor, lebih banyak benda menarik yang boleh kami ambil gambar. Kami paling suka ambil gambar keluarga, kadang-kadang pergi taman ada famili berkelah ke, ada yang bawa anak pergi main kami suka curi-curi ambil gambar macam tu mengingatkan kami kepada keluarga kami dulu.” Panjang lebar Danisa bercerita, bagaikan sudah serasi pula Danisa dengan Faez, mudah sahaja dia bercerita mengenai dirinya.

“Tapi adik saya sekarang pun bukan selalu boleh luangkan masa untuk fotografi ini semua sebab dia pun sibuk, sambung belajar. So sekarang dia tak boleh temankan saya keluar shoot, saya nak keluar sendiri dia tak bagi. Saya pernah cakap kan adik saya tu over protective, dia tak bagi saya keluar buat photoshoot sorang-sorang jadi sabtu ahad selalunya saya bertapa dalam rumah aje lah.” Laju sahaja bibir Danisa menutur kata-kata, mungkin kerana hari-hari kerja bercakap sahaja di dalam kuliah jadi sebati pula tabiat bercakap dengan diri Danisa. Tiba-tiba dia terasa malu. Adakah keterlaluan berbual begini dengan seseorang yang baru kenal?

Oh my gosh, Mister Faiz, im so sorry. Dari tadi asyik saya je yang bercakap, mesti awak bosan dengar saya bercakap.” Danisa cepat-cepat memohon maaf bila menyedari hanya dia sahaja yang bercakap sedari tadi dan Faez hanya diam dan mendengar ceritanya.

Nope, actually im enjoying myself.” Kata Faez sambil menongkatkan dagunya sambil matanya masih menatap wajah Danisa, seraya muka Danisa diserbu darah. Malu dia bila Faez memerhatikannya begini, buat jantungnya berdegup laju dengan renungan tajam dari lelaki misteri bernama Faez ini. Pelayan yang menghantar hidangan mereka menyelamatkan keadaan, Danisa menarik nafas lega bila akhirnya Faez tidak hanya memerhatikannya. Danisa kemudian hanya mendiamkan diri dan menikmati makan malamnya tanpa bercakap atau memandang ke arah Faez, kerana malunya masih bersisa lagi.

“Dah tiga kali kita jumpa tapi saya belum lagi tahu nama awak siapa.” Kata Faez tiba-tiba setelah mereka berdiam untuk beberapa ketika. Walaupun Faez sebenarnya sudah tahu nama Danisa tetapi dia tidak pasti, adakah itu nama yang sengaja diletakkan pada laman sosialnya? Faez mahu mendengar sendiri dari mulut Danisa, kalau dia sendiri yang menyebut nama Danisa jika nama itu bukan nama sebenar Danisa dia sendiri yang malu atau jika sebaliknya Danisa pasti tertanya-tanya bagaimana dia tahu nama sebenar Danisa? Pasti Danisa akan mengecop Faez sebagai ‘stalker’, Faez tidak mahu memusnahkan peluangnya untuk memikat Danisa.

Danisa mengelap mulutnya sebelum menjawab soalan Faez. Dia berkira-kira mahu berterus-terang atau tidak? Pertemuan ini mungkin pertemuan terakhir mereka, sekali-sekala mempermainkan orang apa salahnya? 

“Nama saya Butter Cookies.” Jawab Danisa dengan wajah serius seolah-olah itu nama sebenarnya yang tercatat pada kad pengenalan. Faez membuat muka geram, sehingga ke hari ini Danisa masih berkeras tidak mahu memberitahu namanya yang sebenar.

“Jangan la main-main.” Kata Faez. Tapi Danisa tergelak-gelak, dia tidak akan mudah mengalah dengan Faez, “ Kenapa? You think butter cookies is a bad name? Tak kan?”

“Yelah-yelah, Cik Butter Cookies. Kalau awak tak nak beritahu saya nama awak pun tak apa, nama je pun.” Kata Faez seolah-olah merajuk.

“Kalau awak merajuk pun tak ada guna, saya tak kan pujuk Mister Faiz.” Ujar Danisa selamba, semakin seronok dia kenakan lelaki ini. Sepuluh minit yang lalu Danisa mengunci bibir kerana malu pada Faez, dan sekarang dia kembali berbual mesra kembali dengan lelaki yang sedang menjamu selera dihadapannya kini. Walau bagaimana Danisa cuba, dia tetap tidak dapat menahan diri untuk diam sahaja, bagaikan ada magnet pada Faez yang membuatkan Danisa mudah tertarik padanya dan berbual seperti kenalan lama lagi.

“Apa kata awak panggil saya dengan nama saya je, tak perlulah mister mister tu.” Faez merasakan jurang antara mereka tidak dapat dirapatkan jika Danisa masih memanggilnya begitu. Faez mahu Danisa rasa selesa menyebut namanya.

“Awak pun janganlah panggil saya cik lagi. Nama cukup.”

“Nama?”

Butter Cookies.

“Urg….” Geram Faez dipermainkan Danisa. Geram geram sayang, dia tetap suka gadis ini walau apa yang dikatakannya. Lagi dia suka bila Danisa tertawa seperti sekarang,

Butter Cookies, i really want to know you better. How can i contact you again?
 Danisa terdiam, tercengang. Jawapan apakah yang patut dia berikan? 

*~*~*
~bersambung~

an: Helo2. Lagi cerita pasal Faez yang nak takle si Danisa ni tapi tak dapat2. @baby mio thanks sbb tiap2 entry awak merajinkan jari klik untuk komen walaupun sepatah ^^ Ha... dah upload poster.. sorry la kalau tak lawa...sebab ad prob kat laptop..saya klik warna apa pun saya tak sure..huhu..

mari kita berdialog secara syok sendiri dengan watak kita, hari ni: FAEZ!!

me: kesian kau Faez, dah tiga kali jumpa still tak ada progress.
faez: ceh..kesian, kau yang tulis. *bengang*
me: marah writer adalah tindakan tidak bijak Faez, masa depan kau dan danisa kat tangan aku!! ingat tu!!
Faez: fine. tapi danisa ni macam ada letak tembok antara aku dengan dia. walaupun dah dapat makan dengan dia..tp mcm tak ada progress je. 
me: berusaha lagi!!! ganbatte ne o(^0^)o
faez: -_________-lll (bukan aku yang tulis!!!)

7 comments:

  1. Replies
    1. nantikan, ahad malam isnin ni saya update. insya-Allah.

      Delete
  2. so sweet....."butter cookies"....hehehehe....best2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe.. saya suka makan butter cookies danisa yang dalam tin tu, sbb tu sy letak nm danisa. ^^ hehehe...

      thx sbb komen... nnt hr next update komen lagi ya.. ^^

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Haha,comel jeee...Tapi mesti kesian dekat Danish kalau dapt tau Danisa kluar dgn Faez

    ReplyDelete