Followers

Sunday, March 31, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 11


Sampai Bila pun Sayang


11
            Danisa log masuk ke akaun twitternya, hari ini dia tiada kelas pagi oleh itu dia boleh keluar makan lebih awal. Sempatlah dia menjenguk akaun twitternya pada skrin komputer sementara menunggu pukul dua, sudah lama tidak melayari twitter pada komputer selama ini dia selalu menggunakan twitter melalui telefon bimbitnya sahaja.


Sejak dia membongkarkan rahsia twitter i.d.nya pada hari dia mengendalikan modul hari itu ramai pelajar yang meminta untuk mengikuti akuan twitternya itu. Kalau ikutkan hati dia keberatan untuk approve memandangkan ini akaun peribadinya tetapi jika tidak diapprove akan dikata sombong, pelajar-pelajarnya pula tak habis-habis memujuknya di dalam kelas supaya dia mengapprove permintaan mereka, selagi tidak diapprove selagi itu mereka mengungkit. Semakin hari semakin ramai pelajar yang menjadi pengikut akaun twitter Danisa, ada yang langsung tidak dia kenalinya kerana datang dari kelas yang tidak diajarnya. Danisa sebenarnya ramai peminat cuma dia tidak tahu pelajar-pelajar di fakulti itu meminatinya dalam diam.

“MrFaez?” Danisa ragu-ragu untuk approve akaun ini, sudahlah tidak dikenali gambar pun tidak diletakkan gambarnya sendiri tetapi diletakkannya gambar sebuah bangunan lama.

Mister Faiz ke? Tapi takkanlah, aku beritahu dia nama aku Butter Cookies tapi tak pernah pulak aku beritahu akaun twitter aku guna nama yang sama. Bukan dia kot, approve jelah.” Danisa bercakap seorang diri, Aisyah keluar ke klinik kerana dia terasa kurang sihat, tinggalah Danisa berseorangan menghuni bilik pensyarah ini.

            @butter_cookies akhirnya awak approve saya. Dah tiga hari saya tunggu.

Sekejap sahaja selepas Danisa approve ‘MrFaez0927’, dia menerima tweet dari MrFaez0927.

“Hurm….cepat gila. Siapa dia ni ye.” Jari jemari menari-nari di atas mejanya sebelum beralih pada papan kekunci untuk menaip balasan buat MrFaez0927 itu.

            @MrFaez0927 siapa awak ni?
            @butter_cookies eh mana boleh beritahu.

Danisa menarik muka, geram bila mendapat balasan sebegitu. Lincah sahaja jemari Danisa menaip tweet yang seterusnya.

            @MrFaez0927 siapa awak ni, dari kelas mana?

Danisa menanti dengan sabar tweet seterusnya dari Mrfaez.

            @butter_cookies saya tak beritahu pun awak kenal saya. Xnak bgtau.

Danisa terus menaip balasan untuk tweet itu, geram betul. Selepas membalas tweet itu Danisa terus bangun, dia mengangkat beg tangannya dan bukunya. Lebih baik segera ke kelas, dari terus melayan twitter boleh leka jadinya. Kena pulak melayan seseorang yang menyakitkan hati.

Danisa menutup komputernya lalu bergegas ke kelasnya.

*~*

            @MrFaez0927 Uurrrrrrgggggggggggggggg…malas nak layan!!

Faez tergelak-gelak membaca tweet terakhir Danisa.

“Baru dia tahu macam mana aku rasa, ish..perempuan ni la..” Faez juga bercakap sendirian, gembira dia dapat memulangkan paku buah keras kepada Danisa. Sebaik sahaja Danisa pulang hari itu dia terus sahaja menghantar request untuk menjadi follower Danisa, sudah tiga hari dia asyik membelek twitternya namun masih belum ada perubahan dan akhirnya tengah hari ini Danisa sudah menerimanya sebagai follower. Faez sangka Danisa akan terus teringatkan dirinya namun hampa bila Danisa bertanya siapa dia, adakah Danisa sudah lupakan dirinya? 

Tetapi ini memberi peluang kepada Faez untuk membalas dendam pada Danisa yang masih belum berterus terang mengenai nama sebenarnya. Faez akan biarkan Danisa tertanya-tanya selama mana yang boleh, dia ingin menyeksa gadis itu.

Sejak dia menjadi pengikut butter_cookies, hanya tweet dari akaun itu dibacanya. Sepanjang petang itu Faez ‘mencuri tulang’ membaca tweet-tweet lama Danisa, dan mencuri gambar dari akaun twitter Danisa untuk simpanan peribadinya. Antara tweet yang paling menarik perhatiannya adalah gambar sebalang biskut yang terletak di dalam bilik adiknya, Faez tertawa membaca tweet itu.

            ‘Kata tak sedap, tapi dia awal-awal curi sebalang bawa masuk bilik.’

Melihat gambar ini baru Faez mengetahui ‘adik’ yang sering diperkatakan Danisa adalah seorang adik lelaki. Kacak juga orangnya, tinggi dan bergaya. Dari gambar-gambar mereka Faez boleh dapat melihat betapa akrabnya dua beradik ini. Dalam diam banyak perkara mengenai Danisa yang Faez dapat dari hanya membaca tweet-tweet lamanya.

Faez dapat tahu yang Danisa dan adiknya Danish adalah anak yatim piatu dan mereka berdua di dunia ini tiada saudara-mara yang lain. Faez faham betapa mereka amat bergantung antara satu sama lain. Faez akhirnya tahu mengapakah cara percakapan bahasa inggeris Danisa ada berbunyi slang british, rupa-rupanya dia pernah menuntut di UK selama tujuh tahun lebih. Faez tahu setahun yang lalu Danisa pernah kecewa bila dia ditinggalkan kekasihnya yang dia percaya akan sehidup semati bersama, namun hubungan itu putus ditengah jalan bila lelaki itu berkahwin dengan perempuan lain. Faez dapat merasa betapa hancur berkecai hati gadis itu bila kekasihnya itu curang padanya. Faez juga tahu hobi fotografi adalah dimulakan oleh Danish untuk merawat luka di hati Danisa. Faez tahu bagaimana Danisa bangkit dari kekecewaan itu. Faez tahu bagaimana Danisa terasa malu pada pertemuan pertama mereka kerana dia meluahkannya di laman itu.

Pelbagai peristiwa pahit manis Danisa dikutip satu persatu oleh Faez melalui twitter milik Danisa. Faez mengenali kisah hidup Danisa, mengenali Danisa lebih dekat. Dia dapat merasakan dia semakin mengagumi gadis ini. Danisa seorang yang kuat, cepat bangun dari kejatuhan, seorang pendorong yang baik, sangat sayangkan adiknya. Ternyata pilihannya tidak silap, Danisa adalah terlalu sempurna di matanya, di luar dan di dalam.

Petang itu satu tweet ditulis Danisa baru masuk, kalut sahaja Faez menekannya untuk membacanya.

            Ah…my bestfriend @sya_rainbow is pregnant now! Congrat my dear J

Tersenyum Faez membacanya, bila Danisa gembira dia juga turut berasa gembira. Faez baru hendak menaip balasan buat Danisa tetapi ada satu lagi tweet baru dari Danisa. Terus Faez menekan butang backspace, dia mahu membaca dahulu tweet Danisa sebelum membalasnya. 

            Kena cari kawan baru untuk main tenislah. Mama @sya_rainbow xboleh.

Faez mendapat idea bagaimana hendak membalas tweet itu. Laju sahaja dia menaip, takut kalau-kalau ada yang lebih cepat darinya.

            @butter_cookies sy blh main tenis.ps:congrat to ur friend @sya_rainbow

Faez berdoa agar Danisa akan bersetuju, inilah peluang untuk dia lebih rapat dengan Danisa. Kebetulan Faez pandai bermain tenis, sukan tenis adalah antara sukan kegemarannya. Dua minit selepas balasan itu dihantar, Faez menerima balasan dari Danisa.

            @MrFaez0927 dari saya main tenis dgn awak baiklah saya main squash.

Faez sudah mengagak yang dia tidak akan berjaya dengan cubaan pertama, dia tidak akan berputus asa untuk terus memujuk.

            @butter_cookies saya pandai main tenis J squash pun pandai. Hehe

Faez rasa seperti kebudak-budakkan pula menaip dengan emoticon. Ada lagi ke lelaki seusia dia, hampir tiga puluh tahun yang tweet seperti ini. Menghantar tweet berbaur kebudak-budakkan adalah lebih baik, sekurang-kurangnya tidaklah dia nampak seperti terlalu desperate.

            @MrFaez0927 saya tak boleh percaya dgn org saya x kenal
            @butter_cookies awak kenal saya, percayalah.
     @butter_cookies saya tunggu awak kat tempat+masa awak selalu main tenis dgn @sys_rainbow

Faez menghantar tweet terakhir itu sebelum log keluar dari laman sosial itu. Dia tidak mahu kalau-kalau Danisa akan tawar menawar dengannya untuk menolak ajakannya. Kalau dia memberitahu Danisa yang dia akan tunggu pasti Danisa akan datang menjenguknya juga. Dia pasti.

Faez tersenyum puas sebelum menutup komputernya, dia mahu pulang ke rumah mencari di mana dia simpan raket tenisnya. Bukan main bersemangat lagi Faez, walaupun waktu yang dijanjikan jauh lagi. Masih ada tiga hari untuk Faez bersabar sebelum dapat bersua wajah lagi dengan Danisa. 

*~*~*
~bersambung~

an: Salam semua (@_____@) 
Anda beruntung kerana saya tak pengsan setelah sampai rumah, so adalah update ni. Saya buat dua bab sebab bab 10 tu terlalu pendek, masa saya tulis sy pun tak perasan sebenarnya. Jadi saya buat double lah..
*edit*
SAYA UPDATE 2BAB TAU...SCROLL DOWN...SAYA TAKUT ANDA, ANDA DAN ANDA TAK NAMPAK /(^^;;;) OK...^^ JGN LUPA BACA BAB 10 YG PENDEK TU SKALI ^^

Hari ni saya tak buat dialog bersama watak.. tapi kita raikan page view dah masuk tiga ratus. OK2. saya tau mesti ada yang kata "hek eleh..300 je.." view SBPS ni lambat sangat naik terutama update yang saya buat hari ahad, dah 3-4 hari baru nak masuk 200+ jadi bila saya balik hari tengok dah naik sampai tiga ratus lebih dah kira kejayaan besar dah. Harap2 akan naik lagi lah ye...^^

*throw confetti* 300 view passed!!!! YEAH~~!!! 

No comments:

Post a Comment