Followers

Thursday, April 4, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 12


Sampai bila pun sayang..




12

Danisa berjogging seorang diri di sekitar taman rekreasi ini, selalunya dia akan bermain tenis ketika ini bersama rakan baiknya Aisyah tetapi mulai minggu ini dia tidak membenarkan Aisyah datang menemaninya bermain tenis kerana bimbangkan kandungan Aisyah. Bagi Danisa tenis adalah terlalu lasak dan aktif, tidak sesuai bagi perempuan berbadan dua, takut memberi risiko kepada kandungannya. Sudahlah ini kandungan pertama rakannya, sekarang Aisyah masih lagi di awal penghamilannya, kandungannya masih lemah.

Danisa berehat sebentar di sebuah bangku kerana kepenatan. Memang lain rasa berjogging dan bermain tenis, penatnya tidak sama. Atau mungkin Danisa keseorangan yang membuatkan dia terasa bosan dan itu yang membuatkan dia lebih letih. Danish sudah awal-awal lagi ke gelanggang bola keranjang, memang selalunya dia akan ke situ untuk bermain bola keranjang di situ. Danisa memandang laluan menuju ke gelanggang tenis, dia teringat tweet yang diterima dari MrFaez0927.

“Dia ada tunggu aku ke?” Danisa bercakap dengan dirinya sendiri, terbit perasaan ingin tahu siapakah gerangannya yang berjanji untuk menantinya di situ.

“Ah lantaklah, bukan ada kena mengena dengan aku.” Danisa memujuk hati sendiri. Dia bangun untuk menyambung jogging sekeliling taman rekreasi ini, namun baru setapak dua dia melangkah kakinya berhenti. Dia menoleh ke belakang, timbul pula perasaan bersalah pula di lubuk hati Danisa.

‘Kalau dia memang tunggu aku macam mana? Mesti dah lama dia tunggu.’ Bisik hati Danisa, dia cuba menolak jauh-jauh perasaan bersalahnya.

‘Kalau dia tunggu pun mesti dia dah balik.’ Sambung monolog Danisa lagi. Kakinya menyambung semula langkahan, tetapi beberapa ketika kemudian dia berpatah balik menuju ke laluan untuk ke gelanggang tenis. Tak boleh jadi, dia mesti tengok dengan mata kepalanya jika sudah tiada sesiapa yang menantinya. Danisa berlari ke gelanggang itu, sebaik sampai di situ matanya meliar mencari kelibat yang seseorang yang menantinya tetapi siapakah orang itu dia sendiri tidak tahu. Tercungap-cungap Danisa kerana kepenatan setelah berlari pecut dari tempat dia duduk tadi, dalam keadaan mencari nafasnya yang tersekat-sekat dia tertoleh-toleh ke kiri dan kanan.

“Awak lambat.” Tegur Faez dari belakang Danisa. Terus Danisa berpaling, terpacak di depannya Faez lengkap berpakaian sukan dengan beg raket tenis tergantung di bahunya.

Faez berpura-pura mencebik, sambil matanya menjeling ke atas. Kemudian kembali memandang ke arah Danisa. Sebenarnya dia amat bersyukur dengan kehadiran Danisa di sini, sesudah solat subuh tadi dia terus bersiap dan terus ke sini setelah bergegas ke rumah Leo untuk menukar kereta. Lama juga dia menanti Danisa, baru sekarang Danisa muncul…tak apalah, janji Danisa datang.

“Awak?” Tanya Danisa sambil menudingkan jarinya pada Faez. Faez mengangguk, “saya dah cakap awak kenal saya sebenarnya. Danisa.”

“Macam mana awak...macam mana tahu twitter saya?” Soal Danisa lagi, dia seperti tidak percaya sahaja yang berdiri depannya adalah Faez.  

“Kali pertama saya jumpa awak, kat bahu awak. Remember?” Faez memancing Danisa untuk mengingati kenangan mereka yang sudah sebulan berlalu. Danisa terus teringatkan kejadian yang paling memalukan untuk bulan ini, baru dia teringat ketika itu Faez ada membaca nama twitter i.d.nya, dan Danisa memberi tahu namanya butter cookies tak mustahil untuk lelaki secerdik Faez untuk menangkap maksud disebalik kata-katanya.

“Tengok keadaan awak ni, nampaknya kempunanlah saya nak main tenis dengan awak hari ni.” Ulas Faez, kesian dia melihat Danisa yang keletihan.

“Jom duduk.” Ajak Faez kepada Danisa, dia membawa Danisa ke bangku panjang yang didudukinya tadi sementara menunggu Danisa. Dua jam setengah dia menanti Danisa di situ, sedikit pun dia tidak berganjak.

“Macam mana awak tahu saya datang main tenis kat sini? Masa ni?” Tanya Danisa kepada Faez, banyak perkara yang menjadi persoalan baginya sekarang. Dia tidak tahu hendak mula dari mana, dia tanya sahaja apa yang terlintas di fikirannya sekarang.

“Twitter awak macam diari Danisa, macam organizer pun ada. Saya tahu the full schedule awak dengan hanya membaca tweet-tweet awak.” Faez terus terang kepada Danisa, kesian pula pada Danisa berkerut-kerut wajahnya berfikir apa yang sebenarnya sudah terjadi.

You stalked my twitter?” Tanya Danisa tidak percaya.

I’ve told you i want to get know you better. Dan disebabkan awak tak sudi perkenalkan kepada saya, saya…cuba mengenali awak dengan cara saya sendiri.” Jawab Faez dengan tenang, dia memberi senyuman kepada Danisa dengan harapan Danisa tidak salah faham dengan tindakannya. Danisa tidak kisah sebenarnya jika Faez membaca tweet-tweetnya, walaupun ada sesetengahnya memalukan tetapi sekali dia menulis sesuatu di dalam laman sosial itu dia sudah tahu itu akan menjadi tatapan ramai orang, dia tahu risikonya itu.

“Majalah awak, ada kat rumah.” Kata Danisa bila dia teringat majalah fotografi Faez yang di dalam simpanannya. Hari itu kerana juruwang itu memasukkan majalah Faez itu ke dalam plastik yang sama dengan buku-buku resipinya dia terlupa untuk memberi majalah itu kepada Faez dan terbawa balik majalah itu ke rumah.

“Tak apa, awak boleh simpan majalah itu. Itu cuma sebahagian dari trick saya untuk sembang dengan awak sebenarnya waktu tu, tak sangka pulak awak memang minat fotografi. Saya tak perasan pun majalah apa saya tarik waktu tu dan saya bukan minat fotografi pun. Saya sengaja bayar buku-buku awak supaya saya boleh makan dengan awak. Saya sengaja tinggalkan majalah kat awak supaya awak ada rasa nak cari saya balik kat kedai buku tu untuk pulangkan majalah tu macam mana saya cari awak kat kedai buku tu minggu lepas.” Semakin banyak penipuan Faez yang dia bongkarkan sendiri, mungkin Danisa akan marah padanya tetapi setidak-tidaknya Danisa tahu sebanyak mana Faez berusaha untuk mendekatkan diri kepada dengannya. Terlopong Danisa mendengar pengakuan Faez, sungguh tidak dia sangka setiap langkah Faez ada maksud tersirat.

“Banyaknya awak permainkan saya.” Suara Danisa. Dia tidak percaya begitu mudah diperdaya dengan Faez, memang betul kata Danish lelaki tidak boleh dipercayai.

“Betul cakap adik saya, lelaki tak boleh dipercayai.” Ungkap Danisa dalam nada kecewa. Dia tertunduk, kesal dengan diri sendiri yang membiarkan dirinya ditipu Faez sebegitu.

“Tapi niat saya baik, saya memang nak kenal dengan awak Danisa. Awak marah, saya minta maaf, memang saya tipu awak. Tapi itu sahaja cara untuk saya dekatkan diri dengan awak, dan awak asyik mengelak sahaja tiap kali saya mahu mengenali awak, nama awak pun awak tak sudi beritahu saya. Bila saya minta nombor telefon awak pun awak tak nak bagi. Apa saya belum cukup baik untuk berkawan dengan awak ke Danisa? Saya suka awak sangat.” Ucap Faez sepenuh hatinya. Kata-kata ikhlas Faez itu terus menusuk hati Danisa, dia mengaku hatinya terusik. Dia memandang Faez, terpancar keikhlasan di wajahnya tetapi Danisa tidak berani untuk mempercayainya, takut dia dipermainkan lagi.

“Saya tak tahu sama ada saya boleh percayakan awak atau tidak. Awak dah permainkan saya banyak kali, tak mustahil awak tipu saya lagi kali ni.” Balas Danisa dalam nada lembut, tiada nada marah atau kecewa lagi. Danisa lebih berhati-hati untuk membuat keputusan, bolehkah dia mempercayai Faez.

“Kalau saya nak menipu awak saya takkan buat pengakuan tadi Danisa. Saya ikhlas hendak berkawan dengan awak Danisa. Saya benar-benar sudah jatuh hati pada awak sejak kali pertama kita berjumpa, mungkin bagi awak susah nak percaya tapi saya memang jatuh cinta pandang pertama pada awak. Kenali saya Danisa, saya percaya awak akan sukakan saya juga.” Tutur Faez penuh yakin, Danisa berfikir sejenak. Sebenarnya hatinya berkata ya, dia mahu mengenali Faez lebih mendalam tetapi mindanya berkata tidak. Pesanan Danish bermain di fikirannya berkali-kali, adakah perlu dia perkenalkan Faez kepada Danish sebelum dia membuat sebarang keputusan? Atau mengenali Faez terlebih dahulu kemudian baru perkenalkan Faez kepada Danish? Danisa buntu.

“Saya rasa saya perlu berfikir dahulu sama ada untuk memaafkan awak dan memberi awak peluang. Kalau benar awak ada membaca tweet-tweet saya, mesti awak tahu saya pernah kecewa teruk dulu. Saya tak mahu kecewa lagi, dan untuk itu saya pernah berjanji untuk diri saya sendiri untuk menjauhkan diri dari cinta.” Danisa meluahkan kata hatinya, dia belum bersedia untuk membuka pintu hatinya untuk cinta walau ada yang datang mengetuknya.

“Saya tak akan kecewakan awak Danisa. Beri masa untuk diri awak kenali saya, saya percaya awak takkan menyesal. Saya Janji Danisa, setulus cinta saya pada awak.” Mudah sahaja bibir Faez menuturkan cinta dan janjinya buat Danisa. Danisa memang terbuai dengan pengakuan cinta Faez tetapi untuk menyambut cinta itu dan menyulam cinta bersamanya, Danisa masih perlu masa untuk berfikir dan membuat keputusan yang dirasakan terbaik untuknya.

*~*

“Akak? Okey tak ni? Senyap je dari tadi.” Tegur Danish bila kakaknya langsung tidak bercakap. Bibir Danisa terkunci sahaja sedari tadi, dia lebih banyak termenung dan berfikir sendirian. Danish yang sedang memandu tidak sedap hati jadinya.

“Huh?”

“Danish tanya, kakak okey ke tak? Senyap je dari tadi, tak bercakap apa pun.” Tanya Danish sekali lagi. Risau juga kalau kakaknya sakit atau ada apa-apa yang terjadi tadi, iyelah kerana Kak Aisyah tidak bersama kakaknya membuatkan dia lebih risau. Tadi dia mahu menemani kakaknya namun ditegah Danisa, Danisa awal-awal lagi menyuruh Danish pergi bermain bola keranjang seperti biasa. Tidak perlu bimbangkan dirinya, kata Danisa tadi.

“Tak ada apalah. Kakak letih je, sebab jogging tadi. Itu je.” Bohong Danisa, dia belum bersedia untuk bercerita mengenai Faez kepada Danish. Lagipun dia belum membuat keputusan sama ada mahu bersetuju untuk mengenali Faez lebih mendalam atau tidak. Biarlah dahulu, jika dia benar-benar mahu bercinta barulah dia akan memberitahu adiknya itu.

“Kakak ni buat orang risau je. Lain kali Kak Aisyah tak ada tak payahlah jogging sorang-sorang, ikut je Danish pergi basketball court, cheer untuk Danish. Mesti akak tak boring sebab Danish hebat tau.” Kata Danish bangga diri. Terus sahaja Danisa menolak tubuh Danish.

“Banyaklah punya cheer, mengada-ngada.” Perli Danisa lalu dia tersengih.

*~*~* 
~bersambung~

an: yoohooo... miss me?? Update untuk hari ini, ok...Faez dah terus terang. ^^ I LIKE~!! 

Nak sembang dengan Danisa? 

me: suka? (^0^)?
Danisa: boleh lah... (^^;;)
me: sukalah tu... (^__^)
Danisa: orang tengah runsing cik writer oi... (>o<)o
me: kalau suka tu cakap jelah!!! (^o^) 
Danisa: sila jangan kacau!!! o(>0<#)o
me: haiiiii~!!!! (^0^)/


5 comments:

  1. nak lgi..haha best laa....faez sweet :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau view bertambah lagi seratus, akak up n3 baru ^^

      Delete
  2. Tak terasa nak sokong Faez lah,tapi saya sokong Danish sebab dia risaukan kakak dia tu kalau dikecewakan lagi sekali

    ReplyDelete