Followers

Sunday, April 7, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 13

Sampai bila pun sayang




13
Sudah berhari-hari Danisa berfikir mengenai Faez, Danisa mengaku memang dia tidak dapat menyingkirkan Faez dari fikirannya. Adakah dia sudah jatuh hati kepada Faez, atau dia hanya keliru kerana luahan rasa Faez. Sejak dari perjumpaan mereka hari sabtu yang lalu, Danisa menjauhkan diri dari twitter. Dia langsung tidak mahu tweet walau satu perkataan kerana dia tahu, Faez memerhati, Faez membacanya.

“Kau rasa dia ikhlas?” Suara Aisyah bertanya sambil tangannya menggenggam kuat tangan Danisa, memberikan sokongan moral kepada gadis itu.

“Aku boleh nampak dia bersungguh-sungguh nak kenal aku, aku boleh rasa keikhlasan dia, tapi aku tak boleh nak percaya dia. Takut keikhlasan yang dia tunjuk tu pun palsu.” Danisa meluahkan apa yang terbuku di hatinya kepada Aisyah. Baru sahaja dia bercerita semua apa yang terjadi antara dia dan Faez selama sebulan ini, dia benar-benar perlu pendapat dari seseorang yang boleh dia percaya dan orang itu adalah Aisyah. 

“Kalau kau nampak dia ikhlas, bagi aku tak salah kalau kau cuba untuk percayakan dia, berikan dia peluang.”  Kata Aisyah tanpa ragu-ragu. Dia sekali lagi menggenggam tangan Danisa lebih erat, terasa kekuatan dan sokongannya mengalir ke tubuh Danisa.

“Danisa, sekarang kau bukan tak percayakan dia tapi kau takut sebenarnya. Kau takut kau dikecewakan lagi, tapi perasaan takut tu takkan bawa kau ke mana Danisa. Kau perlu berani mencapai kebahagiaan kau sendiri, tak ada sesiapa yang akan buat itu untuk kau, kau sendiri yang kena capai kebahagiaan itu dan genggam dengan kejap. Kalau kau kecewa lagi pun, jangan takut untuk jatuh Danisa. Kau kuat, tengok kau sudah boleh bangun semula dalam masa setahun sahaja, kalau pun tiada jodoh antara kau dengan dia tapi kau akan lebih dewasa. Jangan takut Danisa.” Nasihat Aisyah kepada Danisa. Sampai bila Danisa akan berkata dia tidak mahu bercinta lagi hanya kerana kekecewaan lalu. Kalau dibiarkan setahun jadi dua tahun, dua tahun menjadi tiga tahun dan seterusnya, akhirnya menjadi ke sudah Danisa tidak mencari jodohnya.

“Ini bukan beri peluang untuk dia Danisa, tapi beri peluang untuk diri kau.” Imbasan kata-kata terakhir Aisyah siang tadi membuka mata Danisa. Dia mahu memberi peluang untuk dirinya sendiri mengecap bahagia.

Danisa menghidupkan laptopnya, sejurus selepas laptopnya itu bersambung pada internet Danisa terus membuka laman twitter. Danisa mencari nama Faez dari dalam senarai pengikutnya, kemudian nama itu diklik. Lama twitter Faez terbuka, Faez tidak mengunci twitternya membolehkan Danisa membaca tweet-tweet Faez. Nampaknya Faez ada tweet mengenai dirinya tanpa mention twitter i.d.nya, mungkin Faez tidak mahu membuatkan Danisa tertekan. Bila Danisa membaca tweet-tweet itu, dia sedar betapa Faez ikhlas sukakan dirinya, hampir setiap tweet ditujukan buat dirinya.

Tanpa rasa ragu-ragu Danisa klik butang ‘follow’. Kemudian terus sahaja Danisa menghantar direct message kepada Faez, Danisa tiada cara lain ini sahaja satu-satunya cara untuk Danisa menghubungi Faez kerana dia tidak pernah meminta nombor telefon mahu pun alamat e-mail Faez.

Dengan debaran Danisa menanti jawapan. Dia tidak tahu berapa lama Faez akan ambil untuk membalas mesej yang dihantarnya kerana Danisa tidak tahu sama ada Faez berada di talian atau tidak. Sambil menanti balasan Faez Danisa berfikir apa yang akan dikatakannya esok.

*~*

Faez baru sahaja keluar dari kamar mandinya, membersihkan badan setelah penat bersenam di dalam gym di dalam rumahnya. Di hari-hari begini dia lebih suka bersukan dan bersenam, ia dapat mengelakkannya dari berfikir mengenai Danisa terlalu banyak. Senaman dapat merehatkan mindanya.

Danisa…rindunya terlalu mendalam sehinggakan dia rasa sakit di hati. Kalau boleh mahu sahaja dia ke rumah gadis itu untuk menatap wajahnya walaupun sebentar cuma tetapi dia tahu dia tidak boleh berbuat begitu. Hanya gambar-gambar Danisa di twitter dan instagramnya sahaja menjadi pengganti diri mengurangkan rindu di dada.

Faez mengeringkan rambutnya dengan tuala. Dia duduk di birai katil sambil termenung.

“Abang, can you please stop your jiwang karat crap on twitter. I got nausea reading it, don’t you too old to say something like that on social network site?” Kata Syifa dengan slang Australia yang pekat, adik bongsu Faez yang pulang bercuti dari sekolahnya di Melbourne.

“Syifa, where’s your manners?” Tegur Faez dengan jelingan tajam buat adiknya yang selamba melangkah masuk biliknya tanpa mengetuk pintu bilik dahulu. Syifa hanya buat muka tak tahu sambil bergerak ke katil abangnya itu. Dia kemudian menghempas punggung ke atas katil itu juga, duduk disebelah abangnya.

Who’s that girl?” Tanya Syifa lagi, pekat sungguh bunyi slangnya itu. Sudah lama dia tidak pulang ke Malaysia membuatkan slang itu semakin serasi dengan lidahnya. Faez juga pernah lalui zaman itu, bila dia menuturkan bahasa inggeris lebih lancar dari bahasa melayu kerana terlalu lama duduk di negara asing. Kecil-kecil lagi sudah dihantar belajar di International School di luar negara. Tapi setelah pulang ke Malaysia, Faez tidak dapat menafikan dia lebih selesa di Malaysia dari di negara orang. Menutur bahasa inggeris yang dirojakkan dengan bahasa melayu, ataupun kadang-kadang dia juga akan bercakap Manglish bila bersama Leo dan rakan-rakan Leo yang berbangsa cina.

“Siapa?” Faez buat-buat tidak faham. Dia tidak mahu berkongsi mengenai Danisa dengan ahli keluarganya lagi, biarlah mereka tidak tahu. Itu lebih baik.

“Ala…yang jiwang karat tu sebab siapa?” Syifa memaksa abangnya menjawab. Faez diam tidak bercakap, Syifa mula menyiku-nyiku abangnya meminta jawapan.

Come on, tell me. You know you can trust me.” Kata Syifa lagi. Faez tersenyum, adik bongsunya ini memang suka mengambil tahu perihal orang lain. Faez menoleh memandang wajah adiknya yang tersenyum dengan harapan Faez akan memberitahunya mengenai gadis bertuah itu.

I won’t tell you.” Suara Faez, terus sahaja wajah Syifa berubah masam.

But…i will let you meet her next time you fly home, if our relationship works.” Kata-kata Faez mengembalikan senyuman ke bibir Syifa. Syifa terasa istimewa kerana selama ini Faez tidak pernah memperkenalkan mana-mana teman wanitanya kepada Syifa secara personal. Mereka hanya berkenalan bila abangnya membawa teman wanitanya ke rumah mereka untuk kenalkan kepada ibu bapa mereka. Faez tersenyum lagi, dia mula membayangkan bagaimanalah reaksi Syifa kalau bertemu Danisa nanti, dan bagaimana pula reaksi Danisa.

You really fell head over heels for this girl don’t you?” Syifa seolah-olah terpegun melihat wajah abang yang seperti orang mabuk cinta. Memang abangnya mabuk cinta, walaupun hanya cinta yang ‘bertepuk sebelah tangan’. Sudah lama dia tidak melihat abangnya begini, yang tiba-tiba akan tersenyum teringatkan gadis yang disayanginya. Faez lambat-lambat mengangguk, dia mengaku yang dia dilamun cinta, dia benar-benar jatuh cinta pada Danisa. Syifa tergelak.

“Tapi tak boleh beritahu orang lain, rahsia kita dua ja. And again, kalau dia terima abang la.” Kata Faez, dia tidak pasti sama ada Danisa akan menyambut cintanya atau tidak. Tidak pernah dia merasa kurang yakin pada dirinya, Danisa memang seorang gadis yang hebat mampu membuatkan seorang yang sangat memandang tinggi terhadap diri sendiri hilang keyakinan diri.

“Ada ke perempuan yang nak tolak abang? Perempuan bodoh mana yang akan buat macam tu? Come on, where’s your sky high confidence? You’re handsome, have great career, tall, definitely with a genius mind, gentlemen, what could a woman ask more? You’re perfect bachelor, abang.” Panjang pujian Syifa berikan buat abangnya. Abangnya yang rapat dengannya, tidak seperti abang longnya yang melebihkan kerja dari keluarga. Sesibuk-sibuk Faez dia tidak akan membiarkan ahli keluarganya makan seorang diri, dia pasti akan menemani mereka jika mereka keseorangan. Faez akan membeli sendiri hadiah hari jadinya, tetapi abang longnya hanya menyuruh setiausahanya atau isterinya belikan buat Syifa, dari dahulu hinggalah sekarang. Abang kakak Syifa yang lain juga begitu. Oleh sebab itu Syifa lebih sayangkan Faez berbanding adik beradik yang lain.

Faez tersenyum, dia menghargai pujian adiknya. Setidak-tidaknya itu menaikan semangat dan keyakinannya sedikit.

“Dah pack barang?” Faez bertanya kepada adiknya. Syifa terus memberikan senyuman kelat, dia terasa cuti sekejap sahaja habis, dia mahu berlama di sini lagi. Rumah sendiri tetap yang terbaik, di sisi keluarga terutamanya.

“Dah…” Perlahan sahaja jawapan Syifa.

“Kenapa?”

“Rasa macam tak nak balik.” Adu Syifa, Faez memberikan senyuman buat adiknya itu untuk memujuk. Dia faham perasaan itu, dia pernah laluinya dulu.

“Ala…tak lama dah, tinggal tahun last. Lepas ni boleh balik dah.”

“Tak, nanti kalau macam abang macam mana. Sekolah kat Australia, lepas tu Harvard pulak. Habis master baru boleh balik.” Syifa menarik muka. Dia sudah boleh membaca nasib dirinya selepas ini kerana semua abang-abang dan kakaknya begitu. Di hantar ke sekolah antarabangsa di mana-mana negara, kemudian menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi juga di luar negara. Selepas Sarjana Muda atau Sarjana baru boleh pulang ke tanah air. Selepas itu pun mereka tidak diberi peluang untuk memilih kerja, mereka tetap perlu bekerja di syarikat keluarga. Tambahan pula sekarang ayah mereka sudah pun bersara, syarikat keluarga mereka diuruskan anak-anak dan anak saudara sahaja.

“Tak apa. I’ve been there, and I survived. Sekejap je tu, janganlah down macam ni, adik abang mana pernah tak cheerful kan? Esok abang hantarkan okey?” Faez memberikan sokongan kepada adiknya. Tangannya meramas lembut bahu adiknya sedikit sebanyak mengurangkan tekanan yang dirasakan Syifa. Dia kemudian membalas dengan senyuman dan anggukan.

*~*

Setelah Syifa beredar dari biliknya barulah Faez berpeluang untuk menyemak twitternya. Semakin hari semakin rajin pula dia tweet, kebanyakannya dia berkata mengenai Danisa, ada juga dia bertweet dengan dia adik-adiknya. Mujurlah setiausahanya satu-satunya yang orang di dalam pejabatnya yang mengetahui mengenai akaun twitternya kerana jika tidak pasti rosak imejnya, tiba-tiba sahaja Faez Aizuddin rajin berjiwang karat di twitter. Orked pula memang memahami dirinya, walau tanpa dipinta Orked menyimpan kemas rahsia Faez.

Faez berbaring sambil melayari twitter melalui Samsung Galaxy SIII miliknya, Faez terkejut bila ternampak dia mempunyai satu mesej diterima dari Danisa. Cepat sahaja jarinya membuka mesej tersebut.

            @MrFaez0927 can we meet tomorrow? Lunch hour, you pick the place.

Terbangun Faez membaca mesej itu. Adakah ini petanda baik, atau Danisa mahu berjumpanya untuk menyampaikan berita yang dia tidak mahu dengar? Faez mula terasa debaran, bagaimana jantungnya akan berdegup laju esok?
*~*~*
~bersambung~

an: sorry for being late. hope u like it~!!!!^^

3 comments: