Followers

Thursday, April 11, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 14

Sampai bila pun sayang





14
Danisa menanti dengar sabarnya di restoran yang sudah dipilih Faez. Dia melihat sekeliling, boleh tahan suasananya.

‘Mesti mahal makan kat sini.’ Fikir Danisa, sedari tadi dia belum melihat menu lagi kerana menunggu Faez. Dia memang sengaja datang awal memandangkan dia hanya ada satu kelas pagi dan satu kelas tutorial disebelah petang yang bermula pada pukul empat petang. Gelas air sejuk yang diisi dipegang dan dilekapkan di bibir, air sejuk itu laju menuruni tekak Danisa yang terasa kering. Gemuruhnya reda sedikit dengan seteguk air itu.

Am i late?” Tanya Faez kepada Danisa sebaik sahaja dia berada di depan gadis itu. Faez sampai di situ tepat pukul satu, dia keluar awal kerana tidak mahu terlewat tetapi Danisa sudah berada di situ. Sudah lamakah Danisa menunggunya?

“Tak, awak on time. Saya yang datang awal sikit.” Jelas Danisa. Dia memberikan senyuman tipis, Danisa cuba untuk menyembunyikan debaran di dadanya.

“Kita order dulu?”

Terus Faez memanggil pelayan untuk meminta buku menu. Sebaik sahaja buku menu itu ditangan mereka, masing-masing diam memilih hidangan apa yang mereka mahukan. Danisa membaca menu itu dengan berhati-hati, kecut perut jadinya bila membaca harga untuk setiap hidangan itu, mahal sungguh. Walaupun Danisa bukanlah yang sengkek sangat, tetapi harga makanan begini adalah terlalu mewah buatnya. Danisa menutup sedikit buku menu itu lalu dia membongkok ke hadapan sedikit untuk berbisik kepada Faez.

“Faez, tak macam mewah sangat ke lunch kat sini?” Perlahan sahaja suara Danisa bertanya kepada Faez.

“Jangan risau saya kenal bos tempat ni, dia bagi kita diskaun.” Jawab Faez lalu mengenyitkan matanya. Sebenarnya dia dia berbohong mengenai diskaun itu, dia tahu Danisa susah hati membaca harga makanan ini. Silapnya juga kerana tersilap memilih restoran, tetapi ini adalah antara restoran kegemarannya, dia pelanggan tetap di sini.

‘Aku dah pilih yang paling biasa dah. Faez Faez, sekarang kau orang biasa, orang biasa tak makan kat tempat macam ni.’ Faez memarahi diri sendiri di dalam hatinya. Dia belum pernah berterus terang kepada Danisa siapa dirinya, apa pekerjaannya yang sebenar, dan Danisa tidak pernah tahu yang Faez sebenarnya lebih dari mampu untuk menjamu selera di restoran semewah ini setiap hari.

Setelah siap pesanan mereka diambil, Danisa sudah bersedia untuk memuntahkan segala yang disimpan di otaknya sedari semalam.

“Faez..”

“Wah….sedapnya awak panggil nama saya macam tu. Boleh kenyang saya dengar.” Seloroh Faez sebelum sempat Danisa menyambung katanya.

“Saya…”

Faez menghalang Danisa terus bercakap dengan meletakkan jari pada bibirnya.

Eat first, talk later.” Kata Faez, kebetulan pada masa yang sama pelayan menghantar hidangan pertama, mushroom soup. Danisa tiada pilihan lain, dia terpaksa mengunci mulutnya sehingga ke hidangan terakhir. Faez juga kurang berbual sepanjang masa mereka menjamu selera kerana dia juga tertanya-tanya apa yang bakal dikatakan oleh Danisa kepadanya.

So what’s up?” Faez bertanya akhirnya, dia mengoyakkan bukusan gula lalu menuang gula ke cawan kopinya. Danisa tersenyum tipis, akhirnya…

“Saya, nak pulangkan majalah awak.” Kata Danisa kepada Faez sambil tangannya mengeluarkan majalah Photo You dari beg tangan totenya. Majalah itu beralih tangan, Faez memandang ke arah Danisa.

“Awak simpan pun tak apa, awak kan minat fotografi.” Kata Faez. Kata-katanya disambut dengan gelengan kecil Danisa.

“Tak pelah. Saya tak nak, it’s yours.” Danisa menolak, Faez berasa kecewa dengan penolakan Danisa, dia merasakan bagai Danisa akan memberikan jawapan negatif kepadanya.

“Kenapa?”

Im a Nikonian Faez, i don’t do Canon.” Jawab Danisa. Tidak langsung terlintas di fikiran Faez itu jawapan yang bakal terkeluar dari mulut Danisa. Sangka Faez, Danisa akan memberitahunya yang dia tidak mahu berjumpa Faez lagi sebab itu dia memulangkan majalah itu, tetapi rupa-rupanya sebaliknya, dia memulangkan majalah itu hanya kesetiaannya pada jenama kamera yang dia pakai.

“Awak bermusuh dengan Canon ke?” Tanya Faez, di dalam mindanya dia sudah bergolek-golek ketawa.

“Tak adalah, saya cuma rasa saya tak perlukan majalah tu. Awak simpan jelah.” Suara Danisa. Faez kemudian mengangguk, dia lebih tenang sekarang. Faez cuba untuk tidak berfikiran negatif lagi, apa yang Danisa pilih adalah hak dirinya.

So, sebab nak pulangkan majalah ni je awak ajak saya keluar makan ni?” Tanya Faez sebelum menghirup kopinya yang sudah suam sedikit. Danisa menggeleng lagi, hari ini Danisa lebih banyak menggeleng dari menyatakan tidak, seperti seseorang yang sedang menahan malu. Danisa mengangkat beg kertas kecil yang diletakkan disisinya lalu diletakkan di atas meja itu. Perlahan-lahan Danisa menolak beg kertas itu kepada Faez, pipinya memerah. Faez yang memerhatikan perlakuan Danisa itu terangkat keningnya.

“Untuk saya?” Tanya Faez sambil menudingkan jarinya pada diri sendiri. Danisa mengangguk-angguk kepalanya, dia langsung tidak memandang ke mata Faez. Faez mengeluarkan barang yang terdapat di dalam beg kertas itu, balang kaca yang dipenuhi biskut mentega dan biskut cip coklat. Danisa tertunduk lagi dengan pipinya yang kemerahan, lagaknya tidak ubah seperti pelajar yang memberikan coklat kepada lelaki yang diminati mereka pada hari valentine.

I hope you don’t hate sweets. Do you?” Soal Danisa bila dia sudah berani untuk mengangkat kepalanya.  Faez kehilangan kata-kata, dia terlalu sukakan pemberian Danisa. Tanpa menjawab soalan Danisa Faez membuka penutup balang itu lalu dia mengambil sekeping biskut mentega, terus dibawanya ke mulut. Biskut itu digigit sedikit dan kemudian Faez menyumbat semua ke dalam mulutnya. Terbeliak mata Danisa melihat lagak spontan Faez.

“Sedap, tapi sayang la nak makan. Saya rasa macam makan awak pula Danisa.” Ujar Faez, sambil dia mengeluarkan sekeping lagi sebelum dia menutup rapat balang itu. Kepingan itu juga disumbat ke dalam mulutnya, sedap sungguh rasanya makan biskut mentega yang manis ini bersama kopi. ‘Masuk’ pula rasanya.

“Awak mesti makan, makan sampai habis kalau boleh.” Pesan Danisa kepada Faez bersungguh-sungguh.

No problem.” Jawab Faez sebelum menghirup kopinya.

It’s my ‘yes’, Faez.”

Faez tersentak. Dia meletakkan kembali cawan kopi itu pada piringnya. Dia merenung pada Danisa mencari kepastian, Danisa mengangguk. Faez mula tertawa, dia menang. Danisa sudah setuju..

“Akhirnya…Tuhan makbulkan doa saya. I’ve been waiting for this for so long.”

“Maaf sebab buat awak tunggu.” Balas Danisa. Melihat riak di wajah Faez membuatkan dia puas membuat keputusan itu.

So when is our first date?” Faez bertanya, dia benar-benar serius kali ini. Dia akan usahakan hubungannya bersama Danisa menjadi, dan kekal.

Im afraid we can’t discuss about that now because the clock will hit 2 p.m. in ten minutes we are running late to the office.” Danisa memberitahu, terus Faez mencuri pandang pada jam tangan Rolex di tangannya. Faez bernasib baik kerana Danisa tidak ternampak jam tangannya itu, sekiranya Danisa ternampak terpaksalah dia berbohong lagi. Kalau dia katakan yang jam itu adalah tiruan, pasti Danisa tidak akan mengesyaki apa-apa, itu sahaja yang mampu difikirkan sekarang.

“Oh, saya half day, ada urusan keluarga petang ni. How about you sweetheart, when is your next class?” Tanya Faez kepada Danisa, tersenyum lebar Danisa mendengarnya. Lalu dia menunduk kepalanya, tersipu dia sebentar.

“Awak ni memang mulut manis kan?” Danisa membalas dengan soalan yang tidak berkaitan dengan soalan Faez tadi. Faez diam tidak menjawab soalan Danisa itu, oleh itu Danisa menyambung menjawab soalan Faez tadi, “pukul tiga, saya ada kelas pukul tiga. So, nak split ke?”

Danisa mengangkat beg tangannya lalu diletakkan pada pahanya, dia menyeluk tangan ke dalam begnya itu untuk mengeluarkan dompet duitnya. Melihat perlakuan Danisa terus Faez cepat-cepat menghalang.

No, no, no, im your boyfriend now and boyfriend pay for everything. Saya pergi settle kat kaunter, nak diskaun kena pergi sana.” Dalih Faez, sebenarnya dia tidak mahu Danisa nampak dia membayar menggunakan kad kredit platinumnya. Faez bangun untuk ke kaunter, sementara menunggu Faez dengan urusannya Danisa mengeluarkan buku notanya dan sebatang pen. Dia mencatatkan sesuatu di atasnya lalu kertas itu dikoyakkan dari buku nota itu. Kertas itu diterbalikkan dan Danisa mencatatkan pula nombor telefon bimbitnya, bibirnya sempat mengulit senyuman.

            Dear Mister Boyrfriend,
      flip this note and you’ll find my number. :)

*~*

Syifa menjeling melihat abangnya disebelah yang sedang memandu. Senyuman langsung tidak lekang dari bibirnya, tawa kecil kadang-kala kedengaran datang darinya. Syifa memandang penuh cemburu, sedang abangnya bergembira dengan hidupnya, dia pula sedang bermasam muka kerana tidak mahu untuk pulang ke Australia.

“Abang asyik senyum je dari tadi.” Tegur Syifa, Faez terus menoleh ke arah adiknya. Simpati menyapa di hati, tapi apa yang boleh dia buat ini yang terbaik buat adiknya.

“Dan adik abang bermasam muka sepanjang hari. Kenapa?”

You know why.” Balas Syifa dengan malas. Sudah tahu mengapa, tetapi masih hendak bertanya.

“Okey, macam nilah. Abang memang tak boleh tolong Syifa untuk stay kat sini, tapi abang boleh bagi advice untuk Syifa macam mana nak hilangkan bosan Syifa tu. Risky but fun.” Faez mula mengeluarkan idea gila. Mengajar adiknya perkara yang tak patut dibuat. Faez dahulu, sewaktu zaman remajanya amat nakal tetapi dia masih tahu limit-limitnya. Sekarang dia mahu mengajar adiknya menjadi ‘nakal’ tetapi dalam yang sama berhati-hati untuk tidak merosakkan diri sendiri.

“Apa?” Tanya Syifa cepat, walaupun dia merasakan besar kemungkinan cadangan abangnya mengarut tetapi dia berminat untuk mendengarnya. Mungkin dapat merubah moodnya yang mendung di kala ini.

“Cari boyfriend. Yang macam muka Justin Bieber ke..”

He’s getting boring now.” Pintas Syifa, Faez mengecilkan matanya. Memilih juga Syifa ni, tetapi selagi dia sudi mendengar idea gila dari mulut Faez itu sudah cukup baik. Faez cuba untuk sekurang-kurangnya buat dia tersenyum, atau lebih..tertawa.

“Okey, muka macam One Direction ke. Have some fun, go on dates. Syifa takkan dapat buat macam tu kat sini, di Malaysia. Mama sentiasa akan masuk campur tentang cinta kalau dia dapat tahu, abang dah kena banyak kali. Bila mama masuk campur, most of the time the relationship failed. So, have fun..mama takkan tahu, dan takkan ambil tahu. Tapi, jaga diri sampai rosakkan diri sendiri, pelajaran mesti jaga, result must be consistent or mama will find out something’s fishy, she will come after you. Dan, sebab Syifa perempuan abang akan tambah satu lagi pesanan, jaga maruah diri, lelaki suka ambil kesempatan, always is a better term i think. Berhati-hati sikit. That’s why i said, risky but fun.” Terang Faez panjang lebar. Syifa mendengarnya terlopong, apa jenis idea yang cuba disampaikan Faez kepada Syifa. Boleh pakai ke?

“Abang dulu macam tu ke?” Soal Syifa tidak percaya, tengok abangnya sekarang tidak dapat dia bayangkan abangnya bagaimana rupa abangnya sebagai seorang remaja yang liar dan nakal. Sewaktu Faez masih bergelar pelajar Syifa terlalu kecil ketika itu untuk mengingati apa-apa abangnya. Syifa merenung abangnya, ada soalan bermain di kepalanya yang hendak dia tanya, kerana Faez tidak memberi jawapan Syifa melontarkan satu lagi soalan kepadanya, “you’re quite a player, aren't you?

 “Dulu la, masa belajar. Untuk isi masa lapang, i did flirt a bit. Adalah girlfriends yang sangkut, tapi itu abang saja main-main je not counted in the three serious one. Sekarang dah tak ada dah, abang nak betul-betul serius kali ni, abang dah nak masuk tiga puluh jadi sekarang bukan masa suka-suka tapi masa untuk cari isteri.” Balas Faez, Syifa masih memandang abangnya. Dia berpendapat sikap abangnya nampak kebudak-budakkan secara luaran tetapi hatinya sudah matang, dia bangga mempunyai abang sepertu Faez.

“Syifa nampak ada beg kertas bersangkut kat belakang, ambil sekejap.”

Syifa hanya mematuhi arahan Faez itu, dia mengambil beg kertas hitam itu tanpa banyak soal. Tanpa kebenaran dari Faez Syifa mengeluarkan isi di dalamnya, sebuah balang kaca yang terisi dengan biskut.

My girlfriend baked that. You can have a taste, one or two.” Kata Faez, dia tidak kisah berkongsi dengan adik bongsunya, yang paling rapat dengannya.

Girlfriend? Abang dah berjaya? Dia terima abang?” Tanya Syifa ceria, Faez mengangguk-angguk. Syifa pula dia sendiri tidak sedar yang dia terlalu gembira untuk berita itu, walaupun hal itu tak ada kena mengena dengannya tetapi dia gembira bagi pihak abangnya, patutlah Faez tersenyum ceria sedari tadi ada berita gembira rupanya.

Syifa membuka balang itu lalu dia mengambil sekeping biskut cip coklat.

“Eh kejap kejap, yang tu abang nak rasmi dulu. Suap abang.” Faez cepat-cepat menyuruh Syifa berhenti bila nampak Syifa memilih untuk makan biskut cip coklat itu. Syifa menyuap biskut itu ke mulut Faez, kemudian baru dia mengambil satu lagi untuk dirinya.

“Sedap.” Komen Syifa, lalu tangannya laju sahaja mengambil satu lagi biskut.

“Kan?” Sahut Faez. Dia menoleh kepada Syifa yang sedang menutup baling itu.

“Abang, boleh tak bagi Syifa ni?” Tanya Syifa sambil mengangkat balang itu, tetapi cepat sahaja Faez menggeleng.

“Abang minta maaf, tapi abang tak boleh bagi.”

Syifa mencebik tetapi sebentar kemudian menarik muka menyampah.

“Okey, Syifa boleh faham kali ni. Dah lama abang tak actually fall in love, so Syifa tak akan complain.” Ucap Syifa lalu dia menghadiahkan senyuman buat abangnya. Syifa menyimpan kembali balang biskut itu ke dalam beg kertas tadi dan dia menggantungkannya di tempat sepatutnya. Abangnya memandang adiknya yang amat memahami dengan perasaan senang.

“Abang betul-betul serius kali ni, jadi Syifa tolong simpan rahsia. Kalau mama tahu, abang tak tahu apa nasib hubungan abang kali ni. Jadi Syifa, abang percaya kat Syifa jangan mention kat sesiapa pun dalam famili kita, ini antara kita dua je. Dan bila sampai masa yang sesuai abang akan beritahu mama sendiri.” Faez meminta Syifa untuk mengunci mulutnya, Syifa terus mengerutkan wajahnya.

“Abang cakap apa ni, tak faham. Syifa tak tahu apa-apa pun.” Ucap Syifa seolah-olah dia tidak tahu menahu mengenai apa yang abangnya sedang katakan. Syifa bukan sahaja bagus dalam memahami perasaan dan tindakan Faez malah dia juga seorang adik yang tahu bertindak mengikut keadaan.

Good.

Faez mematikan enjin kereta, mereka sudah sampai ke tempat yang hendak dituju. Bagasi Syifa dikeluarkan dan Faez menarik bagasi besar itu sedang Syifa memeluk pinggang abangnya, mereka sama-sama beriringan ke dalam lapangan terbang itu.

“Abang sampai sini je lah. Syifa tak nak abang tengok Syifa check in, jadi sampai sini je.” Kata Syifa bila dia tiba-tiba berhenti. Faez memandang ke wajah Syifa meminta kepastian dengan wajah yang berkerut. Syifa mengangguk pada abangnya dan meleraikan pelukan di pinggang Faez.

I’ll tweet you everyday.” Kata Syifa, dia mengawal nadanya supaya tidak ada bunyi sebak. Dia tidak mahu menangis di tengah-tengah lapangan terbang ini, memalukan.

I should say that. Abang akan call selalu, balas tweet Syifa. Belajar elok-elok, dah jumpa ‘One Direction’ send me the picture okay?” Kata Faez lalu memeluk erat adiknya itu. Alangkah bagusnya kalau ke semua ahli keluarganya ada di sini sekarang, bukan selalu Syifa pulang, setahun hanya sekali dua tetapi hanya Faez yang sudi meluangkan masanya demi menghantar Syifa ke lapangan terbang. Itu sesuatu yang menyedihkan, tiada apa yang dapat dilakukan bila mereka memikirkan kerja lebih penting dari ahli keluarga.

“Okey.”

Faez meleraikan pelukan dan melihat adiknya berlalu bersama sekumpulan pelancong yang bergerak pada arah yang sama.
*~*~*
~bersambung~
an:  bila baca balik...rasa macam banyak lagi nak tambah..tapi saya tak tambah lagi...huhu...nanti~~~ 
ps: orang tak rasa ke chapter ni macam terpanjang sket dr yang saya selalu update??

pss: siapa nampak gambar JS Adiwarna update hr ni?? HSHI dah siap print la...excited+doki2 bercampur~~~~~~~~~oh my~~~~~~~~~~

7 comments:

  1. Entah macam mana reaksi Danish bila tau Danisa & Faez bergf bf

    ReplyDelete
  2. agak2?? hehe... mengamuklah dia.. huhu..
    Kesian jugak kat Danisa..

    terima kasih @Nashua Aini Najwa sbb sudi baca dan komen banyak2, saya happy sangat2. Kalau sudi, dn nak tahu kesudahan kisah Danisa, Abang Faez dan Danish, dapatkan novel saya yang sudah bercetak dengan tajuk baru: "Miss Butter Cookies = Cik Danisa" :)

    ReplyDelete
  3. Erm,daerah mana leh dapat buku novel nie? Saya dari orang Melaka.Kalau dkt pasaran yg brdktan,In Shaa Allah,saya beli.Tpi klo dkt KL ke atau daerah luar Melaka,mungkin susah sikit utk sy

    ReplyDelete
  4. cuba cari di kedai buku popular, insya Allah ada. Kadang2 rak buku untuk Adiwarna agak tersorok, kena tengok rak kat bahgian bawah2.

    Atau boleh juga beli online, contact Adiwarna: https://www.facebook.com/profile.php?id=138824209491507

    ReplyDelete