Followers

Sunday, April 14, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 15

Sampai bila pun sayang



15
“Helo.” Danisa menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya, Faez kah?

“Helo, Danisa?” Suara Faez bertanya seperti dia tidak pasti. Baru sekarang dia berkesempatan untuk menelefon Danisa. Setelah menghantar Syifa ke lapangan terbang tadi dia terus pulang ke rumah, dan makan malam bersama keluarganya. Setelah makan malam, dan membersihkan diri barulah dia berpeluang untuk mendekati telefon bimbitnya. Faez mengalihkan lengannya ke bawah kepalanya, dia masih menanti kepastian dari hujung talian walaupun dia sangat pasti yang suara itu adalah milik Danisa.

“Ya saya.”

“Ah…saya takut Danisa bagi nombor palsu sebab nak kenakan saya.” Kata Faez selamba, Danisa tergelak. Sekali dia buat keputusan dia serius dengannya, tiada masa buat Danisa untuk bermain-main atau berdrama.

“Awak yang suka kenakan saya Faez.” Balas Danisa dengan senyuman terselit dibibirnya. Danisa menanti Faez bersuara, ternanti-nanti apa yang bakal dijawab teman lelakinya itu. Danisa berbaring ke atas tilamnya, jarinya memintal-mintal hujung rambutnya yang panjang.

“Ye, seronok kenakan awak.”

“Saje je, jahat tau. Okay, let’s talk like adults right now.” Ujar Danisa, terasa kebudak-budakkan pula bercakap begitu, dia bukan remaja yang baru mengenali cinta monyet. Faez dihujung talian tertawa, benar dia pun terasa seperti dia berlagak tidak matang sejak akhir-akhir ini. Dia sudah tidak seperti dirinya lagi, cinta menjadikan dia seorang yang tidak terlalu terikat untuk menjadi ‘serius’ sepanjang masa.

“Saya bagi adik saya rasa biskut tu. Hope you don’t mind. I need to cheer her up, she was a little bit down tadi.” Cerita Faez kepada Danisa. Ada sedikit rasa bersalah pada Danisa kerana berkongsi biskut itu dengan adiknya tanpa pengetahuan Danisa. Danisa berikan kepadanya, pesan untuk dia habiskan biskut itu, mungkinkah Danisa akan marah padanya kerana membenarkan adiknya makan biskut itu.

“Tak, saya tak kisah. Dia cakap apa?” Danisa risau pula memikirkan apa tanggapan adik Faez padanya. Bukan sahaja mengenai rasa biskut itu, tetapi pandangannya kepada dirinya secara keseluruhannya.

“Syifa cakap not bad, sedap je.”

“Dia ada cakap apa-apa pasal saya, maksud saya diri saya secara keseluruhannya.” Berdebar-debar Danisa menanti jawapan dari Faez, dia menelan liur, gugup sungguh rasanya.

“Setakat ni dia belum cakap apa-apalah sebab dia tak kenal Danisa lagi, tapi saya dah janji akan bawa dia jumpa Danisa bila dia balik lagi lain kali.” Faez memberitahu mengenai rancangannya pada Danisa. Terus Danisa terasa seperti sukar untuk dia bernafas.

“O.M.G, bila dia balik. How should i prepare myself.” Suara Danisa dalam nada panik. Danisa yang diserang panik secara tiba-tiba mengundang tawa di bibir Faez. Danisa sudah cukup sempurna, dia tidak perlu takut untuk berjumpa dengan ahli keluarga Faez.

“Danisa, relaks. Itu cuma adik saya bukan mak ayah saya, tak perlu prepare apa-apa, she’s a very cool girl. Lagi pun lambat lagi dia balik, mungkin dalam enam bulan lagi kot.” Balas Faez segera setelah tawanya mereda menyelamatkan Danisa dari terus panik tanpa sebab. Danisa mula menarik nafas lega, dia tidak perlu risau buat masa yang terdekat. Hubungan mereka baru bermula, tidak sampai dua puluh empat jam, mana mungkin mereka berbincang mengenai berjumpa dengan keluarga masing-masing. Danisa tidak sesekali bersetuju, biarlah hubungan stabil dahulu barulah merea berjumpa keluarga masing-masing. Danisa juga belum berani dan bersedia untuk memberi tahu Danish perkara ini, biarlah dia tidak tahu dahulu, pandai-pandailah Danisa menjaga diri.

“Lambatnya dia balik?” Tiba-tiba Danisa memberi komen.
“Kenapa, dah tak sabar jumpa adik saya ke?” Pandai sahaja Faez memerangkap Danisa. Danisa menggigit bibirnya, malu dengan kesilapan sendiri. Itulah kata orang terlajak perahu boleh diundur terlajak kata…aduhai…mana nak sorok muka ni.

“Bukanlah macam tu, dia pergi mana?” Danisa membalas, kalau diam lagi malu.

“Dia sekolah asrama, jauh. Kami pun tak galakkan dia balik selalu, lebih baik dia duduk di sekolah dan tumpukan perhatian pada pelajaran.” Faez memberi alasan. Memanglah jauh, di Australia nun dia belajar. Memang jarang sekali Syifa pulang, walaupun keluarganya tiada masalah untuk menanggung tiket pergi baliknya jika dia mahu pulang tetapi mereka tidak menggalakkannya kerana semakin kerap dia pulang semakin kuat perasaan ingin duduk di rumah. Nanti dia tidak menumpukan perhatiannya pada pelajaran pula.

“Oh..macam tu rupanya.”

“Dia pesan saya jangan tweet banyak-banyak pasal perempuan, menjatuhkan imej saya katanya.” Faez terus bercerita mengenai Syifa. Baru sahaja petang tadi dia menghantar Syifa ke lapangan terbang tetapi dia sudah rindu pada adiknya yang manja itu. Mungkin sekarang Syifa sudah pun mendarat di bumi Australia.

“Betul adik awak cakap, tolong padam tweet-tweet awak tu. Awak nak cakap apa-apa kat saya DM saya terus, atau call saya atau mesej handphone saya terus. Jangan tweet apa-apa pasal saya dah.” Danisa tidak mahu lagi Faez tweet mengenai dirinya, walaupun Faez tidak pernah menyebut namanya di dalam tweet-tweet itu tapi dia tahu itu dia. Malu pula Faez sering kali menyebut mengenai dirinya, apa pula kata follower-follower Faez. Apa yang Syifa katakan memang benar, ia merosakkan imej Faez sebagai lelaki yang serius tapi kalau sudah dilamun cinta semuanya dia tak nampak.

“Salah ke kalau saya luahkan dalam twitter, lagipun bukannya jiwang sangat. Saya tengok orang lain pun selalu je luah perasaan lagi teruk dari saya dalam twitter, okey je. Lagipun bukan orang kenal saya pun, awak sendiri pun tak kenal saya.” Kata Faez mempertahankan diri sendiri, dia tidak faham mengapa mereka tidak suka sedangkan ramai yang suka berbuat begitu.

“Kenapa Danisa boleh tak perasan yang itu saya?” Sambung Faez secara tiba-tiba.

“Sebab saya tak terfikir nama Faez boleh dieja dengan f, a, e, z. Saya ingat nama awak, f, a, i, z, i know i sound stupid. Memang nama awak eja macam tu ke?” Tanya Danisa, dia masih belum kenal Faez yang sebenarnya.

“Yup, f, a, e, z. Lain dari yang lain, tak ada siapa yang kenal. And p.s, mana ada you sound stupid.”

“Sebab lain dari yang lainlah orang senang kenal Mister Faez oi..anyway, tolonglah padam ye. The thing is bukan semua orang suka baca benda-benda macam tu.”  Danisa cuba untuk membuat Faez faham mengapa dia meminta lelaki itu memadam tweet-tweetnya. Sesetengah orang tidak suka atau lebih teruk menyampah dengan tweet ‘meluah perasaan’, mujurlah bukan semua tweet-tweet Faez jenis yang jiwang karat tahap naik loya tekak kalau baca, kalau tak mesti ada yang mengutuk di dalam hati bila baca.

“Danisa tak suka ke?”

“Saya tak cakap saya tak suka, tapi saya tak suka kalau orang mengata awak kat dalam hati dia orang bila baca tweet-tweet awak tu. Okey?” Pujuk Danisa, lembut sahaja suaranya memujuk dengan harapan Faez akan faham. Bukan susah pun untuk memadam semula tweet-tweet tu, walaupun ramai yang sudah membacanya kerana Faez sudah mempunyai lebih lima puluh pengikut di twitternya tetapi lebih baik padam supaya orang lain tidak akan nampak lagi tweet-tweet itu di masa hadapan.

“Okeylah, saya padam tweet-tweet tu. Puas hati sayang?”
Danisa menggigit bibir, satu perasaan aneh menyelinap ke hatinya. Pipinya terasa panas bila darah sudah berlumba-lumba menyerbu ke wajahnya. Jantung yang berdegup laju sudah tidak tetap irama, hanya kerana satu perkataan, ‘sayang’. Danisa akui dia terbuai dengan kata-kata bergula yang keluar dari bibir Faez, selama dia bercinta dengan bekas kekasihnya dahulu, jarang sekali lelaki itu mengungapkan cinta padanya, dia juga beritu, sungguh berat untuk dia mengeluarkan kata-kata cintanya. Hubungan cintanya yang sebelum ini jauh lebih matang dari hubungannya dengan Faez yang baru hendak bercambah, kali ini dia lebih kebudak-budakkan dan pentingkan diri sendiri dalam meraih cinta.

“Kenapa diam?” Tanya Faez dihujung talian.

“Faez, jantung saya berdebar-debar.” Entah mengapa kata-kata itu keluar dari bibir Danisa. Dia tidak dapat berfikir dengan betul lalu memberi jawapan yang tidak sepatutnya, entah apa riaksi Faez mendengar dia berkata begitu.

“Wow…that’s a good sign. Mungkin lagi cepat Danisa jatuh cinta dengan saya kalau saya sweet talk dekat Danisa, kan sayang?” Faez sudah tahu kelemahan Danisa, dia akan melancarkan serangan kata-kata bergulanya secukup-cukupnya. Faez mahu Danisa merasa sama seperti apa yang dia rasa, merindui gadis itu setiap hari sejak pertama kali bertemu.

“Sudah-sudahlah tu.” Ucap Danisa dengan bibirnya yang masih digigit hujungnya. Faez memang pandai, suaranya sahaja boleh membuatkan ada pelangi yang terapung di atas kepala Danisa. Faez ketawa bila Danisa sudah tidak dapat membalas kata-katanya, otaknya bukan main ligat membayangkan bagaimanakah rupa Danisa ketika ini.

“Sudah-sudahlah tu, awak gelakkan saya. Tak nak layan. Good night.” Kata Danisa geram, boleh pulak Faez ketawakannya. Ya, Danisa jarang dengar lelaki berkata-kata manis untuknya, dia cair. Tapi Faez tiada hak untuk tertawakannya.

“Eh.. nanti, nanti, nanti. Sorry okay?” Cepat sahaja Faez memohon maaf, merajuk pula Danisa ni. Baru nak bercinta sehari, pasangan sudah merajuk, parah. Danisa melekapkan kembali telefon bimbitnya pada telinganya, tidak jadi untuk memutuskan talian setelah terdengar suara Faez memohon maaf.

“Janganlah marah, tak salahkan kalau saya sweet talk. It’s will make you feel good right?” Sambung Faez, Danisa terangguk perlahan walaupun dia tahu Faez tidak melihat.

I admit, i do feel good. Thanks. Faez, dah lambatlah esok saya ada kelas pagi.” Danisa bersuara, dia menjeling pada jam yang sudah menunjukkan jam dua belas setengah malam. Dia tidak mahu bangun lewat esok, dia sudah berjanji pada Danish yang dia akan menyediakan sarapan pagi esok pagi.

“Ala…kita belum lagi cakap bila first date kita.” Spontan Faez mengompelin, tak sangguh hendak berhenti mendengar suara Danisa. Kalau boleh dia mahu berbual sepanjang malam bersama kekasih hatinya itu.

“Esok kan ada, esok awak tak nak telefon saya dah ke?”

“Saya tak cakap tak nak. Okeylah, saya tak nak kacau your beauty sleep. Good night, sayang, Assalamualaikum.”  Faez akur dengan permintaan Danisa. Esok masih ada, insya-Allah.

“Waalaikumusalam, selamat malam.” Ucap Danisa lalu dia mematikan talian. Sebaik sahaja talian diputuskan Danisa terus meletakkan telefon bimbitnya disebelah bantalnya. Dia ternanti-nanti hari esok, harap ia lebih baik dari hari ini. Mata yang semakin berat dikatup, sebentar cuma Danisa sudah terbuai mimpi indah.
*~*~*
~bersambung~

an: ingat tak saya pernah tanya kenapa saya eja nama faez as FAIZ dalam dialog danisa??? haha.. tak ada siapa dapat teka jawapan dia. sekarang dah tahu lah kan kenapa??? 
kalau yg belum dapat, ini jawapan: sbb dr sudut pandangan danisa, faez dieja sebagai FAIZ. sampailah Faez bagitau yang nama dia memang eja FAEZ barulah dia tau.. ^^

Biasalah macam nak eja nama lin, macam2 org tulis: lin, leen, lyn, liyn..etc ^^ padahal sama je bunyi nye~~~



5 comments:

  1. kalau nama Danisa tu jd Danisha, macam lagi lembut kut nak sebut.
    kalau dipendekkan pun masih boleh dipanggil Nisa.
    sekadar pandangan.;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...reason kenapa saya guna Danisa sebab saya teringatkan butter cookies Danisa tu...

      http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS_nLL2AcfoZLHJwoxd5zXxw0L11V9p5wHg1vnHJIndXAqgECOQ0w

      kalau saya tukar jadi Danisha tak boleh la nak sangkut paut dengan @butter_cookies hehehhehee

      tapi nanti Faez akan panggil danisa as nisa, tp kdg2 jelah...sbb dia selalu panggil 'sayang' erm...n faez je yang panggil nisa, org lain walaupun diorg blh pggl nisa tp ramainya pggil 'danisa'

      Delete
    2. i see.kes butter cookies denmark rupe nye.hehe.ok2.

      Delete
  2. Saya pula yang rasa geli apabila Faez sebut "sayang".Huhu

    ReplyDelete