Followers

Monday, April 15, 2013

[Sampai Bila pun Sayang] 16

Sampai bila pun sayang



16
“Yang kakak senyum-senyum ni kenapa?” Tanya Danish dengan rasa curiga, berkerut-kerut wajahnya sambil mengunyah nasi goreng yang dimasak kakaknya itu. Bukan kerana tidak sedap tetapi kerana rasa aneh dengan perlakuan kakaknya yang tidak henti-henti tersenyum dan tertawa tiba-tiba sejak dari tadi.

“Kenapa? Kakak tak boleh senyum ke?” Tanya Danisa dengan kerutan di dahi tetapi senyuman di bibir.

“Peliklah Danish ni.” Sambung Danisa, Danish semakin pelik.

“Akak yang pelik.” Balas Danish lalu dia menyambung menyuap nasi goreng ke mulutnya. Danisa mengambil tempat di hadapan Danish, dia menghirup kopi panas yang dituang adiknya tadi.

“Pagi-pagi kenalah senyum, kalau pagi-pagi dah masam masuk tengah hari macam mana pulak?” Danisa memberi alasan, sebenarnya dia teringatkan mesej selamat pagi dari Faez. Danisa mengambil telefon bimbitnya untuk membaca mesej yang sama buat kali ke-tiga,

Salam, Danisa..saya harap saya orang pertama yang ucapkan selamat pagi pada awak. Good morning sweetheart, rise and shine.

Danisa membalas sms tersebut dengan tangan kirinya sambil tangan kanannya menyudu nasi goreng lalu menyuapkannya masuk ke mulut.
           
Wsalam. Ya Faez, awak orang pertama. :) 

Telefon bimbit itu diletakkan semula di atas meja itu, tanpa Danisa sedari Danish asyik perhatikannya sedari tadi. Sebentar kemudian telefon bimbit Danisa berbunyi, ada mesej baru yang masuk. Cepat sahaja Danisa membacanya, dia langsung tidak menghiraukan Danish di hadapannya.
            
Wow..satu jam setengah lepas sms saya smpi baru Danisa balas. Sy awal sangat atau Danisa bangun lambat?

Danisa tersengih, lincah jarinya menjawab sms itu.
            
Saya dh baca tadi, tp sekarang baru sy reply. Kita smbung nanti, saya rasa Danish tengah tenung saya.

Danisa memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya, mujur dia perasan renungan Danish dari ekor matanya tadi kalau tak pasti dia terlupa yang Danish sedang berada di depannya. Teringat amaran Danish menakutkan Danisa, kalau Danish tahu entah apalah tindakannya. Dia berpesan jangan dekat dengan mana-mana lelaki, tetapi Danisa sudah pergi lebih jauh dari itu, dia sudah bercinta dengan Faez, in relationship.

“Semalam kakak sembang dengan siapa? Danish dengar suara kakak macam tengah sembang.” Tanya Danish, dia tidak mahu curiga dengan kakaknya kerana dia percayakan Danisa. Lebih baik bertanya dari serkap jarang.

“Kawan.” Bohong Danisa, dalam hati dia berdoa supaya Danish akan maafkan dia suatu hari nanti kerana berbohong. Kali ini, dia mahu merasa cinta tanpa terikat dengan sesiapa atau apa-apa pun. Kalau dulu cintanya terikat dengan jarak, sekarang dia mahu bebas bercinta, cuba untuk mencintai Faez seperti mana lelaki itu cintakan dirinya.

*~*
So macam mana?”    

Danisa memandang ke arah Aisyah yang sedang duduk di tempatnya. Bila masa dia masuk? Tak perasan pula dia, Danisa merehatkan tangannya di atas mejanya, belakangnya disandarkan pada kerusinya.

“Macam mana apa?” Tanya Danisa kepada Aisyah. Masuk macam ninja, salam pun tak bagi, tiba-tiba tanya soalan tanpa introduction. Apa ni?

“Kau dengan Faez lah, macam mana? Dah buat keputusan?” Teruja Aisyah bertanya, masalah Danisa menjadi ‘hiburan’ buatnya pula. Danisa tersenyum, tetapi Aisyah tidak faham maksud senyuman itu, berita gembira kah?

“Dah buat keputusan dan sudah beritahu dia.”

“Aku tak tahu pun, tiba-tiba dah beritahu dia. Kau terima ke?” Tanya Aisyah lagi. Sibuk je nak tahu hal Danisa, maklumlah kawan baiklah katakan. Tetapi Aisyah bukanlah menyibuk kerana dia suka jaga tepi kain orang, tetapi kerana dia mengambil berat mengenai Danisa. Sejak dia dikecewakan setahun lalu, tak pernah Danisa membuka hatinya buat mana-mana lelaki. Bukan tiada yang memikat, tapi semuanya tidak dilayan Danisa, sebelah mata pun tak pandang. Kali ini, lelaki bernama Faez ini amat bernasib baik kerana mendapat perhatian Danisa.

“Ya, aku terima. Aku beritahu dia semalam, kami keluar lunch.” Itu sahaja yang diberitahu Danisa. Kalau dulu, mereka sering kali berbual mengenai lelaki, kadang-kadang apa sahaja nak dibualkannya. Danisa terasa segan pula untuk bercerita, iyelah sekarang bukan zaman muda remaja, dah dewasa, mungkin Aisyah sendiri pun dah muak mendengar kisah cintanya tambahan pula Aisyah sekarang sudah berkahwin, mana nak layan kisah cinta orang lain lagi kan? Kot….

“Kau, kau keluar lunch dengan dia kau tak cakap dengan aku?” Soal Aisyah separuh jerit. Dan dia ulang dua kali dalam nada tidak percaya pula. Danisa mengangguk dengan mulut yang ternganga, biar betul…mak orang ni, masih nak gosip-gosip ke?

Sorry la, kau pergi cucuk kan semalam. Lepas tu petang kau ada kelas, aku ada kelas tak sempat jumpa bila masa aku nak cerita.” Danisa beralasan, nak cerita pada Aisyah? Dia malulah, Aisyah Aisyah, perangai tak pernah berubah rupanya walaupun sudah berkahwin.

“Kau boleh call aku malam semalam.” Aisyah masih tidak berpuas hati, sampai hati Danisa ketepikannya, Aisyah kawan baik Danisa, Danisa kawan baik Aisyah, forever. Danisa lupa ke?

My dear best favorite BFF, i am so sorry. Semalam dia call aku.” Danisa cuba untuk memujuk Aisyah, hai la perempuan mengandung merajuk pula dia, ingatkan dengan suami je mudah merajuk Danisa pun terkena tempiasnya. Danisa memberi senyuman kepada Aisyah, ibu mengandung jangan diganggu emosinya, nanti tak pasal-pasal dia kena serang dengan Hakim, suami si Aisyah ni.

So..bergayutlah ni?” Soal Aisyah dengan senyuman nakal di bibir.

“Sekejap je, dia telefon pun dah lambat.” Balas Danisa pendek.

“Oh…patutlah berseri-seri je muka. Tapi, stop giving me short answer, cerita kat aku full story, dari a sampai z, jangan tinggal satu pun.” Kata Aisyah lantas dia bangun dari kerusi ke ruang hujung bilik mereka, Aisyah duduk di atas karpet hitam putih di situ dan tangannya mencapai bantal kecil berbentuk hati bersedia untuk mendengar kisah dari Danisa. Mujur selepas ini dia sudah tidak ada apa-apa kelas, bolehlah berbual dengan Danisa sehingga waktu rehat makan tengah hari. Aisyah menepuk-nepuk karpet disebelahnya, mengajak Danisa duduk di sisinya untuk menyampaikan ceritanya.

“Okey, since ada dua puluh minit lagi nak lunch hour, aku cerita kat kau.” Danisa berkata lalu tangannya meletakkan pen merah dan kertas ditangannya di atas mejanya. Dia kemudian menanggalkan kasutnya lalu menapak ke karpet itu. Duduklah dia di situ bersila bersama Aisyah berceritakan kisah Danisa dan Faez. Aisyah tersenyum-senyum mendengar dan kadang-kala tertawa, seronok benar rasanya dapat mendengar cerita cinta orang lain, dua puluh minit berlalu begitu sahaja. Tidak cukup dengan itu Danisa perlu menjawab soalan-soalan dari Aisyah sepanjang waktu makan tengah hari mereka, saat ini membawa Danisa dan Aisyah ke zaman muda mereka. Untuk dua saat Danisa teringat kepada Ameer, bagaimana kehidupannya sekarang, bahagiakah dia? Bolehkah dia bahagia setelah memperlakukan Danisa begitu suatu masa dahulu? Danisa tertanya sendiri, kerana dia kini semakin dekat dengan definasi bahagianya.

*~*

“Boleh awak teman saya main tenis esok?” Soal Danisa dengan suaranya yang lembut. Danisa mengawal volume suaranya hari ini kerana bimbang Danish terdengar, semalam Danish keluar bersama rakan-rakannya jadi Danisa tidak terlalu berhati-hati tetapi Danish tetap dapat menangkap suaranya semalam. Mujurlah Danish tidak syak apa-apa lagi, kalau tidak tidak tahulah macam mana hendak Danisa membalas segala apa yang diluahkan Danish nanti.

Berdebar-debar Danisa menanti jawapan dari Faez, dia malu untuk mulakan dulu tetapi atas desakan Aisyah petang tadi dia terpaksa menebalkan muka mengajak Faez keluar. Aisyah banyak kali berpesan untuk mengajak Faez datang bermain tenis esok, dia mahu melihat dengan mata kepalanya sendiri siapakah Faez yang diperkatakan Danisa. Sebagai sahabat dia mahu menilai Faez adakah lelaki itu cukup baik untuk Danisa.

“Danisa invite saya?” Tanya Faez tidak percaya, macam berhenti pula nafasnya mendengar Danisa mengajaknya ‘keluar’ dahulu.

“Yup. Awak free tak?”

Free, tempat biasa macam biasa?” Tanya Faez lagi dalam nada teruja, tak sabar menanti pagi esok. Rindunya pada Danisa juga semakin menggunung, dia perlu berjumpa Danisa juga.

“Ya, dan Faez saya ada benda nak beritahu.” Danisa menahan nafas menanti balasan Faez dihujung talian.

“Apa dia sayang?” Faez mula bermain dengan kelemahan Danisa. Danisa sudah tidak keruan, dia bangun lalu bersandar pada kepala katil.

“Esok kawan baik saya Aisyah ada, dia just datang tengok. Lagi satu, esok awak tunggu je saya kat court tenis boleh? Kalau awak nampak saya jalan dengan Danish, tolong, tolong jangan tegur saya. Is that okay with you?” Suara Danisa serba salah, kesian pula pada Faez kerana dia terpaksa menyembunyikan hubungan mereka dari pengetahuan Danish kerana dia masih belum bersedia mendengar bebelan Danish. Sedangkan sudah ada ahli keluarga Faez yang tahu mengenai hubungan mereka.

“Kenapa?” Tanya Faez, bukanlah dia berkecil hati tetapi dia ingin tahu.

“Danish belum tahu. Dia sangat-sangat protective, kalau dia tahu saya in relationship dia mungkin akan kurung saya dalam rumah. Jadi saya harap awak boleh faham.” Terang Danisa kepada Faez, dia menggigit bibir sementara menunggu Faez memberi respons.

Anything for you sayang.” Faez menurut sahaja kehendak Danisa, usia hubungan baru dua hari takkan sudah mahu paksa-memaksa. Selagi dia selesa begini, dia tidak kisah. Kalau Danish benar-benar mengurung Danisa, lagi susah untuk dia menatap wajah Danisa. Kali ini biarlah dia beralah lagi.

*~*~*
~bersambung~
an: Tina!!!! Akak kotakan janji.. ini dia update hari ni. Next time no more double update.. blh habes stok akak..dah la akak ni tulis speed siput. 




2 comments: